Bukan Berita Online Biasa

Non Muslim Bukan Warganegara Kelas Kedua

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – DAP akan menentang mana-mana pihak yang cuba menjadikan bukan Islam sebagai warganegara kelas kedua di negara ini.

Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, atas sebab itu DAP akan melawan parti politik perkauman dan pelampau di Malaysia.

Terdahulu, Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana dilantik sebagai Presiden Singapura.

Menurut beliau, bukan sahaja Halimah seorang wanita, malah merupakan orang Melayu dan beragama Islam yang merupakan golongan minoriti di Singapura.

“Dia juga memakai tudung, Ini baik untuk memberi peluang yang sama untuk semua tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng bagaimanapun mendakwa DAP tidak berhasrat melobi bukan Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana mendakwa tiada bukan Melayu atau bukan Islam mahukan jawatan itu. -MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Politik

Go to Top