Bukan Berita Online Biasa

Nothing 2 Hide: Polis Tahan 3 Suspek, Penganjur Dipanggil

in Politik/Terkini

SHAH ALAM – Tiga suspek ditahan polis susulan kekecohan yang berlaku semasa program Nothing To Hide 2.0 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Dua orang daripada mereka memakai baju-T merah berlambang Armada dan seorang baju-T hitam. Umur 17-19 tahun, dua orang daripada mereka ini adalah pelajar kolej swasta.

“Sehingga 5.45 petang tadi, tidak ada satu laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Tambah beliau, penganjur Nothing To Hide 2.0 juga akan dipanggil susulan kekecohan itu.

“Mesti memastikan keselamatan semua yang hadir terjamin. Itu syarat kita. Kita akan panggil penganjur untuk meneruskan siasatan.

“Kita akan jalankan siasatan dalam semua aspek kerana mereka telah gagal mematuhi arahan kita,” tegasnya. – Astro Awani

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top