Bukan Berita Online Biasa

Salahuddin Ayub

PAN Dakwa Melayu Singapura Hidup Cemerlang

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya Melayu Singapura hidup dengan cemerlang dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub mendakwa, perkara itu terbukti apabila Halimah Yacob daripada kaum Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura yang baru.

“PAN menganggap perlantikan itu bukan sekadar mengisi kuota dan secara kebetulan sebagai seorang Melayu Islam.

“Bagi PAN, selayaknya beliau menerima pengiktirafan sebagai mewakili Melayu Singapura abad ini,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden Singapura (Pindaan) diluluskan. Itupun selepas hampir tiga jam ia dibahaskan oleh Ahli Parlimen negara itu.

Perbahasan itu akhirnya menyaksikan Pilihan Raya Presiden Singapura kali ini diperuntukkan kepada calon Melayu.

Kali terakhir Presiden Singapura daripada kaum Melayu hampir 50 tahun lalu iaitu selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Yusof Ishak.

Namun, beliau hanya menjadi Presiden Singapura selama beberapa tahun dan hampir 50 tahun seterusnya, Presiden Singapura bukan daripada kaum Melayu.

Singapura diperintah oleh People’s Action Party (PAP).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mendedahkan parti pembangkang yang mendominasi Pakatan Harapan di Malaysia, Democratic Action Party (DAP) adalah “butir tahi” PAP Singapura.

“Dulu semasa Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP,” katanya.

Pakatan Harapan dianggotai oleh PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Politik

Go to Top