Bukan Berita Online Biasa

Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Sarawak 4 Julai Ini

Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Sarawak 4 Julai Ini

in Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Sarawak diadakan pada 4 Julai susulan pelucutan jawatan penyandang kerusi itu daripada DAP, Dr. Ting Tiong Choon.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, mesyuarat khas hari ini turut menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr. Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi Pujut, kerana didakwa turut mempunyai kewarganegaraan Australia. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top