Bukan Berita Online Biasa

PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa

in Politik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, kira-kira 1.20 tengah hari ini.

Najib dalam catatan terbaharu di laman Twitter rasmi beliau, menyifatkan dengan pemergian Adenan, 72, Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tan Sri Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah.

“Jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar, Malaysia kehilangan seorang pemimpin berwibawa. Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri.

Perdana menteri juga berkata beliau akan ke Sarawak bagi menziarahi jenazah Allahyarham. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top