Bukan Berita Online Biasa

UMNO

Tunjuk Kesatuan UMNO Semporna Pada Pembangkang

in Politik/Terkini

SEMPORNA – Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mahu anggota parti terus menunjukkan kesatuan yang tinggi kerana itu mampu mewujudkan kegerunan pada pihak pembangkang.

Menurutnya, dengan kesatuan itu kerja berpasukan termasuk mendekati rakyat dapat ditingkatkan.

“Sekiranya kerja berpasukan itu lemah dan UMNO tidak menunjukkan kekuatan maka itu akan memudahkan lagi pihak lawan menawan kawasan yang selama ini berada di bawah kepimpinan kita,” katanya di sini hari ini.

Nasir yang juga wakil rakyat Senallang berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan awal kepada 130 pelajar yang menerima tawaran belajar masuk universiti awam dan swasta di negara ini.

Sementara itu, katanya, UMNO Semporna siap siaga untuk pilihan raya umum dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.

“Sebenarnya kami telah bersiap sedia (untuk menghadapi PRU14) lebih awal lagi dan kami tidak tunggu dan lihat apa yang pembangkang buat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi gambaran bahawa PRU boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top