Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Al-Quran

Netizen Terharu, Umur 4 Tahun Lancar Baca Al-Quran

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEJUK mata yang memandang, sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan anak kecil yang cerdik ini. Kisah menarik ini dikongsi seorang guru tadika dikenali sebagai Wieyna Syazwina setelah memuat naik satu video anak muridnya bernama Muhammad Ahnaf yang lancar membaca Al-Quran. “Muhammad Ahnaf seorang pelajar pintar. Pada usia empat tahun, dia sudah boleh membaca Al-Quran dengan…

Teruskan Membaca

Dijel 4 Tahun Akibat Rasuah Bagi Bekal Al-Quran

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Seorang ahli politik Indonesia dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah berkaitan projek kerajaan untuk membeli al-Quran pada 2012. Mahkamah Rasuah kelmarin turut mengarahkan Fahd El Fouz daripada Parti Golkar membayar denda berjumlah 200 juta rupiah (RM14,858). Fahd didapati bersalah menerima 14.3 bilion rupiah (RM1.1 juta) daripada pengarah PT Sinergi Pustaka…

Teruskan Membaca

Kelas Al-Quran Di Penjara Lahirkan Ramai Huffaz

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TAPAH – Inisiatif Jabatan Penjara Malaysia mewajibkan banduan Islam mengikuti kelas tahfiz al-Quran berjaya melahirkan ramai huffaz dalam kalangan penghuni penjara. Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Alzafry Mohamed Al Nassif Mohamed Adahan berkata menerusi kelas tahfiz yang dimulakan secara berperingkat sejak 2010 itu, ramai penghuni penjara berpeluang mengenal dan membaca al-Quran seterusnya mengamalkan…

Teruskan Membaca

PNM Bantu Penyelidik Kaji Al-Quran Lama

in Terkini

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggalakkan lebih ramai pengkaji naskah Al-Quran tampil menjalankan penyelidikan berkaitan kitab suci itu yang terdapat dalam simpanan PNM. Ketua Pengarahnya, Datuk Nafisah Ahmad berkata PNM mempunyai lebih 60 manuskrip Al-Quran asal yang diperoleh daripada seluruh pelosok negara termasuk beberapa naskhah dari abad ke-19 yang boleh dikaji. ”Kita dapati…

Teruskan Membaca

Memantau Kesilapan Cetakan Teks Al-Quran

in Terkini

KUALA LUMPUR – Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat ribuan salinan Al-Quran yang mempunyai banyak kesilapan teksnya di pasaran Malaysia. Antaranya termasuk kesilapan dalam percetakan dan penjilidan sehinggalah kesilapan pada ayat dan kalimah kerana kerana ada syarikat yang menerbitkan kitab suci Al-Quran tanpa mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ). Menurut Hashimah…

Teruskan Membaca

World #QuranHour: Ayat Suci Iringi Hari Kemerdekaan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tarikh 31 Ogos setiap tahun merupakan hari bersejarah buat negara kerana merupakan ulang tahun kemerdekaan yang disambut meriah rakyat Malaysia di seluruh dunia. Namun, pada tahun ini tarikh itu memberi makna yang lebih dalam kepada rakyat Malaysia apabila program pembudayaan bacaan al-Quran, atau lebih dikenali sebagai World #QuranHour turut diadakan serentak hari…

Teruskan Membaca

Media Quran Hour Cetus Momentum Luar Biasa

in Terkini

KUALA LUMPUR – Sinergi media dalam kempen WORLD#QuranHour dan MERDEKA#QuranHour telah mencetuskan momentum luar biasa apabila menyaksikan peningkatan empat kali ganda jumlah penonton program itu di media sosial, hanya dalam tempoh beberapa bulan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata peningkatan itu jelas membuktikan peranan besar media yang membantu menyebarluaskan kempen program…

Teruskan Membaca

Wanita Mengaku Nabi Ke-26, Perintah Hijrah Ke Makassar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Kononnya dunia akan kiamat dalam masa terdekat, semua umat Islam perlu segera berpindah ke Makassar, bandar raya terbesar dan ibu wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia. Itulah apa yang dikatakan oleh seorang wanita tempatan dan dikenali sebagai Hadasari, 26, setelah mengaku dirinya konon sebagai nabi yang ke-26 selepas hampir 14 kurun kewafatan Rasulullah SAW, lapor…

Teruskan Membaca

Kalimah Allah Muncul Di Dahi Jika Baca Al-Quran, Azan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Penduduk Padangjaya, Kecamatan Majenang, Kabupaten Cilacap, Wilayah Jawa Tengah gempar dengan berita dahi seorang bayi yang memaparkan kalimah Allah dalam tulisan Arab. Media tempatan melaporkan, bayi tersebut merupakan anak kepada pasangan Heriyono dan Tika Fia Diansari yang dilahirkan di sebuah hospital di bandar Majenang, terletak kira-kira 321 kilometer dari ibu kota Indonesia, Jakarta. Menurut…

Teruskan Membaca

Ayat Al-Quran Tiba-Tiba Ghaib Pada 1 Syawal

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MISTERI kehilangan lapan muka surat ayat suci daripada sebuah Al-Quran di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat, Johor pada Ahad lalu mula menjadi tular di seluruh negara. Harian Metro melaporkan, kehilangan lapan muka surat membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri ketika pulang beraya di…

Teruskan Membaca

Imam Di Palembang Warisi Al-Quran Bersalut Emas

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG lelaki tidak menyangka tidak menyangka koleksi Al-Quran bersalut emas 18 karat yang merupakan warisan turun-temurun dari nenek moyangnya itu bersejarah. Media Indonesia melaporkan, Kemas Haji Andi Syarifuddin, 46 tahun menerima Al-Quran itu daripada ibu bapanya pada tahun 1990 sewaktu dia masih bersekolah. Perkara yang diketahuinya adalah usia Al-Quran itu sudah mencecah 250 tahun dan merupakan…

Teruskan Membaca

Awas Apps Al-Quran Dengan Ayat Tidak Tepat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RIYADH – Sesetengah aplikasi al-Quran mudah alih didapati tidak tepat dan umat Islam perlu berhati-hati apabila memuat turun dan menggunakan kandungannya menerusi gajet pintar. Demikian diumumkan oleh para pegawai dari Liga Muslim Sedunia setelah menerima beberapa kiriman e-mel yang mengadu terdapat pelbagai kesilapan dalam sesetengah ayat suci kitab itu, lapor laman berita Saudi Gazette. Aplikasi…

Teruskan Membaca

Azmi Gementar Pimpin Bacaan Guna Quran Braille

in Artis/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui gementar apabila memimpin bacaan surah Al-Ma’un pada program sejam bersama Al-Quran #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini dengan menggunkan quran braille “Agak gementar sebenarnya bila dipilih untuk memimpin bacaan, apatah lagi diketahui ada qari yang lebih hebat memimpin bacaan surah lain. Tapi…

Teruskan Membaca

Masjid, Surau Bergema Dengan Bacaan Al-Quran

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Masjid dan surau di seluruh negara sekali lagi bergema dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sempena program Malaysia #QuranHour hari ini. Edisi ketiga program itu yang diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan, sekali lagi mendapat sambutan menggalakkan dan sokongan padu masyarakat Islam di seluruh negara yang bersatu hati menjayakan program itu yang berlangsung…

Teruskan Membaca

Umat Islam Perlu Baca Al-Quran Sepanjang Masa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam supaya membaca al-Quran pada setiap masa dan bukan hanya semasa bulan Ramadan sahaja. Timbalan Perdana Menteri berkata keistimewaan membaca Al-Quran antaranya akan diterangkan hati dan fikiran individu serta diberikan cahaya diwajahnya. “Walau sibuk manapun, Al-Quran perlu dibaca sekurang-kurangnya satu juzuk sehari atau sehelai…

Teruskan Membaca

Program Tafsir Al-Quran Jadi Program Teras Skuad An-Nur

in Terkini

KUALA LUMPUR – Program terjemahan dan tafsir al-Quran akan menjadi program teras yang dikendalikan Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO di seluruh negara. Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata program berkenaan bertujuan memberi pendedahan dan ilmu al-Quran bukan sahaja kepada anggotanya tetapi juga masyarakat setempat. “Amat mustahak untuk kita memahami al-Quran supaya kita…

Teruskan Membaca

Memahami Sejarah Turunnya Al-Quran

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

Al-QURAN diturunkan pada malam Lailatul Qadar secara berperingkat.* “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1) Tiga peringkat yang dilalui iaitu: Pertama – dari Allah ke Luh Mahfuz.* Di peringkat ini, Al-Quran diturunkan sekaligus. Luh Mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan setiap makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti. (Syarh al-Aqidah al-Thahawiyah,…

Teruskan Membaca

Taktik Terbaharu Syiah Tiru Al-Quran Sesatkan Sunni

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

ORANG ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana ada usaha puak Syiah yang cuba menyesatkan ahlus Sunnah dengan mengedarkan naskhah Al-Quran terbitan Syiah Iran. Lebih mengelirukan umat Islam apabila kitab tersebut sengaja dicetak dengan menyerupai naskhah terbitan Pusat Cetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah An-Nabawiyyah, Arab Saudi. Naskhah Al-Quran terbitan Syiah ini dikhuatiri mengandungi kesalahan dan penyelewengan…

Teruskan Membaca

Video Ustaz Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Mulk Tular

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUBHANALLAH… pastinya seluruh umat Islam mencemburui empunya nama ustaz Jaa’far Abdurrahman ini. Jaa’far yang merupakan seorang qari di Indonesia telah pun kembali kepada sang penciptanya Allah SWT, dua hari lalu. Namun, kisah kematian Jaa’far kini menjadi perbualan di seluruh dunia selepas video pemergiannya yang cukup syahdu menjadi tular di Internet. Allahyarham meninggal dunia ketika sedang…

Teruskan Membaca

Suara Lunak Qari Kelantan Cetus Sensasi Di Arab Saudi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RIYADH – Sebelum ini tular menerusi media sosial mengenai kisah seorang pemuda Kelantan, Muhamad Khalid Ismail, 29; fasih berbahasa Korea dalam satu program televisyen di Seoul. Namun kini, seorang lagi anak Kelantan mengharumkan nama Malaysia apabila kelunakan suaranya membaca ayat suci Al-Quran menarik perhatian ramai netizen di Arab Saudi selain rantau Asia Barat sejak akhir-akhir…

Teruskan Membaca

Pelajar Perdengar Bacaan Al-Quran Di Hadapan Agong

in Terkini

MELAKA – Pelajar tahun enam Sekolah Rendah Agama Ayer Keroh, Ahmad Asraf Azran Azraie teruja hingga sukar melelapkan mata bila mengetahui akan memperdengarkan bacaan Al-Quran di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Ahmad Asraf, 12, memperdengarkan bacaan itu pada Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tanjung Minyak 2 di Tanjung…

Teruskan Membaca

Bakar, Kencing Atas Al-Quran Akhirnya Ditangkap

in Jenayah/Utama & Sensasi

PEREMPUAN kurang ajar, Sheila Szmerekova, 24, yang sebelum ini merakamkan dirinya kencing di atas kitab suci Al-Quran dan kemudian membakarnya, telah ditangkap dan berdepan dengan hukuman penjara enam tahun. Dia ditangkap dan diarahkan ditahan di lokap oleh mahkamah khas di Banska Bystrica sehingga perbicaraan bermula. Sheila didakwa menghasilkan bahan provokasi yang melampau, memfitnah sesebuah negara…

Teruskan Membaca

Biadap! Wanita Ini Koyak, Bakar, Kencing Atas Al-Quran

in Utama & Sensasi

SEORANG wanita di Slovakia nampaknya cuba menyalakan provokasi terhadap umat Islam apabila merakam dirinya kencing di atas helaian Al-Quran sebelum membakarnya. Menerusi video berdurasi tujuh minit itu, wanita yang tidak diketahui identitinya, dilihat melakukan aksi jijik itu di hadapan bendera kebangsaan Slovakia di sebuah hutan. Dia dilihat mengoyakkan kitab Al-Quran helaian demi helaian sebelum bertindak melondehkan…

Teruskan Membaca

‘Kelas Ngaji Al-Quran Naik Jet Mewah Bidaah’ – Mufti

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – SEJAK semalam, isu kelas mengaji Al-Quran dalam jet mewah yang kendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman hangat diperkatakan netizen di media sosial. Isu ini menarik perhatian ramai memandangkan netizen terkejut dengan caj yang dikenakan hampir mencecah AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan, manakala RM2,000…

Teruskan Membaca

Wow! Belajar Ngaji Dalam Jet Mewah Bernilai RM93.4 Juta

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PERNAHKAH anda terbayang akan mengikuti kelas mengaji Al-Quran di dalam jet peribadi serba mewah? Kini, itu bukanlah satu mimpi apabila syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn. Bhd. menawarkan kelas mengaji di udara. Kelas yang dikendalikan johan qariah tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed…

Teruskan Membaca

Perlis Komited Bangun Pendidikan Islam, Al-Quran

in Politik

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis komited terhadap pembangunan pendidikan Islam dan al-Quran, serta akan bekerjasama dengan pihak yang berminat membuka pusat-pusat pengajian al-Quran di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan amat menggalakkan penubuhan pusat-pusat pengajian tersebut, selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam melahirkan sebanyak mungkin rakyat Perlis yang berkebolehan membaca, menghafaz…

Teruskan Membaca

Semporna Bakal Miliki Pusat Pengajian Al-Quran Tahun Ini

in Terkini

SEMPORNA – Semporna bakal memiliki sebuah pusat pengajian al-Quran yang dijangka beroperasi tahun ini sebagai permulaan ke arah pembangunan pendidikan tahfiz di daerah itu. Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya Datuk Ramlee Marahaban berkata penubuhan pusat itu bertujuan menggalakkan penduduk beragama Islam di Semporna memperkasakan pendidikan al-Quran mereka. “Saya yakin pembukaan pusat ini akan mendapat sambutan…

Teruskan Membaca

Lelaki Kristian Ajar Murid Islam Baca, Hafal Al-Quran

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KAHERAH – Ini cukup luar biasa… Selama berdekad-dekad, seorang lelaki Mesir beragama Kristian sanggup mengajar kanak-kanak Muslim di perkampungannya membaca dan menghafal Al-Quran. Bahkan menurut laporan media tempatan, Al Bawaba, Ayad Shaker Hanna mempunyai sebuah bilik darjah kecil di rumahnya yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak di kampung Akoris untuk membaca dan menulis. Menurut stesen penyiaran…

Teruskan Membaca

Sebak Budak Dirawat Tanpa Bius, Cuma Baca Quran

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG pengacara sebuah stesen televisyen di Turki tidak dapat menahan sebak apabila melihat video seorang kanak-kanak Syria dirawat tanpa diberi ubat bius tetapi dibiarkan membaca al-Quran semasa operasi itu dijalankan. Menerusi video yang dikongsi oleh sebuah laman antarabangsa, Turgay Guler dilihat menitiskan air matanya sebaik sahaja menyaksikan video tersebut, begitu juga tetamu yang diundang ketika…

Teruskan Membaca

Cikgu Terkejut Alas Kaki Dibeli Mengandungi Ayat Al-Quran

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG guru tidak menyangka maklumat yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp mengenai penemuan ayat al-Quran dalam alas kaki di Indonesia, turut berlaku pada dirinya. Kamariah Ali yang mengambil langkah waspada setelah menerima mesej tersebut, membuat pemeriksaan pada alas kaki yang dibelinya sebaik sahaja pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya, apabila mendapati beberapa kertas yang mengandungi ayat al-Quran…

Teruskan Membaca

Sultan Kelantan Lupus Abu Al-Quran Di Laut China Selatan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PASIR PUTEH – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melupuskan 10 tan abu al-Quran, di perairan Laut China Selatan, kira-kira 14 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, semalam. Abu al-Quran itu dimuat dan dilupuskan dalam tiga bot rampasan nelayan haram serta sebuah kapal berusia 52 tahun milik kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dijadikan…

Teruskan Membaca

Bakar Kitab Al-Quran Untuk Tujuan Pelupusan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kejadian pembakaran al-Quran oleh seorang wanita secara terbuka di tepi Jalan Kompleks Hijau, Puchong Perdana, dekat sini, tengah hari tadi, adalah untuk tujuan pelupusan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata hasil siasatan mendapati wanita itu tidak berniat untuk menghina mana-mana agama khususnya agama Islam. “Sebanyak 20 naskhah kitab…

Teruskan Membaca

Al-Quran Digunakan Sekolah, Tahfiz KPM Diperakukan KDN

in Terkini

SEREMBAN – Al-Quran digunakan dalam program tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diperakukan dan disahkan bahagian penapisan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengarah Bahagian Pendidikan Agama KPM Wan Ramdzan Wan Mamat berkata perakuan itu diperoleh selepas kandungan al-Quran disahkan tiada kesilapan. Setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai penggunaan al-Quran…

Teruskan Membaca

Lantunan Merdu Ayat Suci Fatih Seferagic Memukau

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

VIRAL menerusi laman sosial alunan suara daripada seorang pemuda membaca Al-Quran saat menjadi imam yang sangat mengagumkan dan menyentuh hati. Fatih Seferagic mencetuskan fenomena tersendiri kerana memiliki suara yang lunak dan merdu saat melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Baru sahaja berusia 21 tahun dan merupakan warganegara Bosnia meskipun dilahirkan di Jerman, Fatih dilahirkan pada Mac 1995…

Teruskan Membaca

Budak Buta Hafal Quran Hanya Dengar Radio

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MESKIPUN mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafal beberapa surah panjang di dalam kitab suci al-Quran. Menurut laman berita Arab News, Hussein Mohammad Tahir yang menetap di Jeddah, Arab Saudi bersama bapanya yang merupakan warganegara Myanmar menghafal surah-surah berkenaan hanya dengan mendengar melalui siaran radio tempatan. Kebolehan unik yang dimiliki…

Teruskan Membaca

Al-Quran Terselamat Daripada Dijilat Api

in Utama & Sensasi

Jerantut – Seorang mangsa kebakaran di Kampung Batu 1, dekat sini, semalam, terkejut apabila mendapati hanya al-Quran miliknya saja yang terselamat daripada dijilat api. Dalam kejadian pada jam 6 pagi, tiga unit rumah sewa dan rumah milik lelaki itu hangus terbakar mengakibatkan dia kerugian kira-kira RM80,000. Menceritakan kejadian itu, Roslan Deris, 44, berkata, dia memasak…

Teruskan Membaca

Sunnah Baca Surah Al-Kahfi Hari Jumaat & Malam Jumaat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

“BARANGSIAPA yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” [HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471] “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” [HR. An Nasa’i dan Baihaqi.…

Teruskan Membaca

Video: Sayu, Hafiz Cilik Nangis Ketika Baca Al-Quran Sebab..

in Utama & Sensasi

SEBUAH video memaparkan seorang hafiz cilik sedang membaca Al-Quran di hadapan beberapa juri kini tersebar menjadi viral di media sosial Indonesia. Video tersebut mencetuskan rasa terharu dan keinsafan orang ramai khususnya umat Islam apabila melihat perilaku kanak-kanak lelaki tersebut yang menangis tatkala membaca al-Quran. Kanak-kanak tersebut pada awalnya lancar membaca Surah Al-Jumuah, namun tiba-tiba memperlahankan…

Teruskan Membaca

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya

in Hangat/Slider/Utama & Sensasi

CEBISAN kertas ayat suci al-Quran ditemui bertaburan di atas jalan raya dari Yong Peng menuju ke Segamat, Johor pada awal tengah hari, semalam. Menurut individu yang menemui cebisan kertas itu, Wahid Md Elah, 55, kejadian tersebut disedari kira -kira jam 12 tengah hari ketika tiba di tempat kerjanya selepas pulang dari mengambil anak di sekolah.…

Teruskan Membaca

Hayati Al-Quran Untuk Capai Kecemerlangan – Musa Aman

in Terkini

KOTA KINABALU – Umat Islam harus meningkatkan usaha mempelajari dan menghayati al-Quran bagi mendapat panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata kefahaman terhadap al-Quran membantu dalam pembangunan modal insan, termasuk dari segi pembangunan rohani dan jasmani. “Inilah faktor kejayaan dan kecemerlangan pembangunan ummah dan negara di zaman…

Teruskan Membaca

1 2 3
Go to Top