Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Amerika Syarikat

Isu Pendatang Di Sweden, Trump Salahkan FoxNews

in Politik/Utama & Sensasi

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa kenyataan berhubung insiden keselamatan membabitkan pendatang di Sweden dibuat berdasarkan laporan berita FoxNews televisyen yang disaksikannya.

Trump berkata demikian selepas dikecam berikutan kenyataannya pada satu perhimpunan semalam bahawa Sweden sedang berhadapan dengan masalah pendatang yang serius.

“Anda tengok apa yang sedang berlaku malam tadi di Sweden. Siapa yang akan percaya? Sweden. Mereka menerima (pendatang) dalam jumlah yang besar. Mereka menghadapi masalah yang tidak dijangka akan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, perkara yang didakwa Trump itu tidak berlaku di Sweden dan kerajaan negara itu mendesak Jabatan Negara AS memberikan penjelasan.

“Kenyataan saya mengenai apa yang berlaku di Sweden adalah merujuk kepada laporan yang disiarkan di @FoxNews mengenai pendatang dan Sweden,” kata Trump menerusi Twitter.

Fox News, saluran televisyen AS yang sering menjadi pilihan Trump, Jumaat lalu melaporkan mengenai masalah jenayah membabitkan pendatang di negara itu.

Jurucakap Rumah Putih menjelaskan Trump secara amnya merujuk kepada peningkatan kadar jenayah, bukannya kepada insiden khusus di negara Scandinavia itu.

Di Stockholm, jurucakap Kementerian Luar, Catarina Axelsson, membidas kenyataan Trump itu dan berkata: “Kami sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan.”

Sementara itu, statistik rasmi menunjukkan, kadar jenayah di Sweden berkurangan sejak 2005, walaupun negara itu mengambil beribu-ribu pendatang dari Syria dan Iraq. – Reuters

Netizen Parodikan Foto PM Kanada Salam Trump

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JIKA ditanya masyarakat seluruh dunia, siapakah individu yang paling dibenci mereka buat masa ini, pasti jawapannya tertumpu kepada presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ini kerana polisi baharu Trump kebanyakannya disifatkan sebagai rasis dan anti Islam sekali gus mengundang kecaman di kalangan penduduk dunia yang langsung tidak bersetuju dengan fahaman politiknya itu.

Antara rakan sejawatan yang memang terang-terangan tidak bersetuju dengan polisi Trump ialah perdana menteri Kanada, Justin Trudeau yang pernah mengeluarkan status di laman Twitternya mengalu-alukan kehadiran pendatang dan imigran ke negaranya tanpa sebarang sekatan.

Terbaharu, gambar pertemuan Trump dan Trudeau menjadi tular di laman sosial apabila netizen mula memparodikan foto memperlihatkan wajah lucu perdana menteri Kanada itu yang seakan-akan tidak sudi untuk bersalaman dengan Trump.

Netizen membuat dialog sendiri mengenai gambar tersebut sekali gus menjadi trending bila mana mereka memperlekehkan Trump.

Netizen Parodikan Foto PM Kanada Salam Trump

Netizen Parodikan Foto PM Kanada Salam Trump

Netizen Parodikan Foto PM Kanada Salam Trump

Netizen Parodikan Foto PM Kanada Salam Trump

Sebelum ini, video Trump bersalaman dengan perdana menteri Jepun, Shinzo Abe turut menjadi hangat berikutan reaksi wajah yang ditunjukkan Abe sebaik selepas dia bersalaman dengan Trump.

Dari video itu, netizen menyifatkan Abe turut merasa ‘jijik dan meluat’ bersalaman dengan Trump yang pastinya mengungguli carta individu yang paling dibenci pada ketika ini. – MYNEWSHUB.CC

Penahanan Ratusan Migran Cetus Panik Di AS

in Terkini

WASHINGTON – Dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif melibatkan warga asing, pihak berkuasa negara itu telah menahan beratus-ratus pendatang tanpa izin.

Dalam serbuan besar-besaran yang pertama itu, Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE) menahan pendatang tanpa dokumen perjalanan sah yang tinggal di Atlanta, Austin, Chicago, Los Angeles, New York dan bandar lain.

Tindakan itu ternyata telah mencetuskan panik dalam kalangan komuniti imigran seluruh negara.

Bagaimanapun, menurut jurucakap ICE Jennifer Elzea, ia adalah operasi biasa.

“Fokus operasi ini tidak berbeza daripada rutin biasa harian pasukan operasi pelarian ICE untuk melakukan penahanan,” katanya.

Ketua operasi ICE Los Angeles, David Marin memberitahu wartawan, setakat ini kira-kira 160 orang sudah ditahan di California.

Katanya, kira-kira 75 peratus daripada mereka pernah terbabit jenayah dan beberapa yang lain ditahan semata-mata kerana tidak mempunyai dokumen sah.

Pada Jumaat malam lalu, kira-kira 37 pendatang tanpa izin sudah diusir ke Mexico.

Dalam perintah Trump yang berkuatkuasa pada 25 Januari lalu, keutamaan pengusiran adalah terhadap lelaki tanpa izin yang sabit kesalahan jenayah termasuk salah laku.

Perintah itu adalah salah satu langkah untuk memenuhi janji kempennya mengurangkan jumlah pendatang tanpa izin di Amerika yang dianggarkan berjumlah 11 juta orang. – AFP/mStar Online

Sayang Parut, Mangsa Tolak Pembedahan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MENGANGGAP parutnya sebagai sesuatu yang unik dan cantik, seorang mangsa kebakaran dari Cincinnati, Amerika Syarikat enggan lagi melakukan sebarang pembedahan plastik bagi membuang parut yang melingkari wajahnya.

Insiden kebakaran tersebut berlaku ketika Alyssa McDonald berusia dua tahun yang mana pada ketika itu, doktor mengesahkan kepada ibu bapanya agar bersedia dengan majlis pengebumian anak mereka memandangkan dia melecur teruk.

Namun selepas hampir 100 pembedahan yang dilakukannya sepanjang 25 tahun kehidupannya, Alyssa akhirnya menyedari bahawa dia sukakan parutnya selain mahu terus kekal berpenampilan sedemikian.

Dia mahu membuang persepsi bahawa dengan adanya parut tidak semestinya seseorang itu tidak boleh merasa yakin dengan diri sendiri.

Menceritakan pengalaman buruknya ketika bersekolah, Alyssa mengakui sering diejek ‘rakrasa’ oleh rakan sekelas yang tidak dapat menerima ‘kecacatan’ yang terdapat pada dirinya.

“Ketika perayaan Halloween, saya pergi ke kedai untuk membeli gula-gula dan ada banyak kostum seram untuk kanak-kanak, dan jurujual menyangkakan saya memakai topeng malah dia memberikan komen, “ini adalah topeng yang paling realistik pernah saya tengok,” ujarnya memetik Metro UK.

Namun sebaik menginjak dewasa, Alyssa dapat menerima kekurangan dirinya dan tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai senjata yang mampu menjatuhkan keyakinan dirinya.

Sayang Parut, Mangsa Kebakaran Tolak Pembedahan

“Saya tidak boleh berbuat apa mengenai wajah saya, sama ada orang menerima saya atau tidak, kedua-duanya bukan masalah buat saya.

“Parut di wajah saya adalah aksesori tercantik yang menyerlahkan personaliti saya,” ujarnya penuh yakin.

You go, girl!MYNEWSHUB.CC

Tiada Rakyat Malaysia Ditahan Di JFK – Wisma Putra

in Terkini

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK) di Amerika Syarikat (AS) susulan larangan perjalanan oleh Amerika Syarikat, kata Kementerian Luar.

Merujuk kepada artikel termasuk laporan bahawa seorang warga Malaysia antara 71 orang ditahan di JFK, New York berikutan larangan perjalanan itu, kementerian dalam kenyataan hari ini berkata ia telah mengesahkan dengan Konsulat Jeneral di New York bahawa tiada rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang.

Kementerian juga berkata ia mendapat penjelasan daripada Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa larangan perjalanan itu tidak termasuk Malaysia dan rakyatnya.

“Warga Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan dan visa yang sah dibenarkan memasuki AS,” kata kenyataan itu.

Semalam, Kedutaan AS mengulangi bahawa rakyat Malaysia tidak terjejas dengan larangan perjalanan oleh Presiden Donald Trump.

Sebuah portal berita dalam talian tempatan semalam memetik tweet dari wartawan Mic.com yang berpusat di AS, Jack Smith IV sebagai bekata seorang rakyat Malaysia ialah antara 71 orang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.

Presiden Trump pada 27 Januari, menandatangani Perintah Eksekutif bertajuk “Melindungi Negara daripada Kemasukan Pengganas Asing ke Amerika Syarikat”, yang secara efektif menyekat kemasukan semua pelarian selama 120 hari dan pelarian warga Syria selama-lamanya.

Perintah Eksekutif itu juga membekukan pengeluaran visa selama 90 hari untuk warganegara enam negara majoriti penduduk Islam atas alasan kebimbangan mengenai keganasan.

Keenam-enam negara itu ialah Iraq, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman. – BERNAMA

Aktor Muslim AS Calon Pillihan Oscar Cerita Islam Indah

in Artis/Utama & Sensasi

NEW YORK – Seorang pelakon kulit hitam warga Amerika Syarikat (AS) yang beragama Islam, Mahershala Karim Ali, melakar sejarah apabila dicalonkan bagi anugerah Oscar buat pertama kali.

Meskipun Ali bukanlah Muslim pertama dicalonkan bagi merebut anugerah berprestij tahunan itu, beliau menjadi perhatian muncul satu-satunya pelakon Islam AS dicalonkan dalam Anugerah Akademi ke-89 tersebut tahun ini.

Ali atau nama asalnya Mahershalalhashbaz Gilmore dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem ‘Moonlight’, dan dianggap para pengkritik sebagai calon pilihan bagi kategori itu, lapor Huffington Post.

Apa yang menarik, Ali pada tahun lalu pernah membuka cerita tentang bagaimana beliau mula memeluk agama Islam, dan bagaimana ajaran Islam kini mempengaruhi keseluruhan gaya hidup dan kerjaya seni dirinya.

Kata Ali yang dilahirkan di Oakland, California kepada Anna Sale dari stesen WNYC, beliau didedahkan kepada ajaran Kristian sejak zaman kanak-kanak lagi, apatah pula ibu dan neneknya sendiri merupakan paderi warak.

Namun, menurut Ali yang bakal berusia 43 tahun pada 16 Februari depan, bapanya sendiri pernah berasa ragu-ragu tentang agama dianuti keluarganya itu, justeru, beliau terdorong untuk mencari kebenaran sebenar.

Ali memberitahu Sale, beliau mula meneroka mengenai Islam selepas berpindah ke New York City untuk belajar tentang bidang seni lakonan di Universiti New York, dan amat kagum dengan ajaran agama Tauhid tersebut.

“Apa yang menyentuh saya tentang Islam adalah fokus keesaan Allah, waima semua insan, termasuk Muhammad sendiri, adalah manusia, mereka nabi, bukan disembah,” kata Ali kepada Sale dalam podcast ‘Death, Sex & Money’.

Aktor Muslim AS Calon Pillihan Oscar Cerita Islam Indah

Ali juga menceritakan tentang pengalaman mengunjungi masjid buat pertama kali bersama-sama dengan wanita yang kini menjadi isterinya, Amatus Sami-Karim, seorang pemuzik dan juga anak perempuan seorang imam.

Ali ketika itu baharu berusia 25 tahun. Beliau pada masa ini sudah membintangi 17 judul filem sejak 2003 dan 17 drama bersiri televisyen sejak 2001; pernah dicalonkan untuk Anugerah British dan Golden Globe namun tewas.

“Saya masuk, kemudian berlakon tunaikan solat dan ia dalam bahasa Arab, saya tidak faham langsung. Saya hanya ikut jemaah lain sujud dan lain lagi, tiba-tiba saya mula menangis.. saya menunjukkan reaksi begitu kuat.

“Solat yang saya tunaikan ini menyentuh tubuh saya dan saya menangis. Seminggu kemudian, saya bangun dan katakan: ‘Saya perlu ke masjid.’ Pendek cerita, saya memeluk agama Islam pada hari itu,” katanya kepada Sale.

Ali menambah, agama Islam yang dipeluknya itu juga memberi kesan kepada kerjayanya – contohnya, beliau berjaya mengelak melakonkan adegan seks – dan ia membolehkan beliau terus berada di landasan yang betul.

Menurut Huffington Post, pencalonan Ali dalam Anugerah Akademi yang juga digelar sebagai Oscars itu adalah langkah yang penting bagi pihak penganjur sendiri, Akademi Sains dan Seni Perfileman AS atau AMPAS.

Sepanjang dua tahun lalu, majlis anugerah elit itu dibelenggu dengan kontroversi kerana kurang mempamerkan kepelbagaian dan kebanyakan calonnya berkulit putih, sehingga hashtag #OscarsSoWhite menjadi tular.

Namun tahun ini, AMPAS mencalonkan paling ramai calon yang berkulit hitam bagi anugerah Oscar. Anugerah itu berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, California pada 26 Februari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Plakad Provokasi: Deejay AS Dedah Fazura Kekasihnya

in Artis/Utama & Sensasi

“TEMAN wanita saya adalah seorang Muslim dan dia dari Malaysia,” itu yang diperkatakan seorang lelaki, Randy Seidman yang pernah dikaitkan dengan pelakon Nur Fazura.

Dia malah sanggup tampil mempertahankan wanita tersebut selepas terganggu melihat plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di YouTube, lelaki yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi ketika mereka berada di New York.

Randy naik ‘berang’ apabila plakad yang meminta orang ramai menderma bagi halang kemasukan umat Islam ke AS sementara seorang lagi memegang kad tertulis “larangan terhadap orang Islam adalah jalan penyelesaian”.

“Kenapa teman wanita saya dilarang masuk sedangkan dia tiada kaitan dengan sebarang keganasan. Anda membuat kenyataan kosong mengenai Muslim dan saya tersinggung.

Plakad Provokasi: Deejay AS Dedah Fazura Kekasihnya

Plakad Provokasi: Deejay AS Dedah Fazura Kekasihnya

Plakad Provokasi: Deejay AS Dedah Fazura Kekasihnya

“Teman wanita saya adalah wanita cantik dan mempunyai jiwa baik dan anda mengatakan dia sepatutnya dihalang masuk. Fikir dahulu sebelum anda bertindak,” katanya.

Fazura dalam video yang berdurasi 10 minit itu hanya mendiamkan diri dan bertindak cuba menghalang Randy daripada terus berbalah dengan dua lelaki berkenaan.

Pemerhatian mendapati video tersebut dihasilkan oleh dua individu dikenali sebagai Izzy dan Haseeb yang sebelum ini banyak menghasilkan video eksperimen sosial berkaitan masyarakat.

Izzy dan Haseeb menghasilkan video tersebut bagi melihat reaksi rakyat AS terhadap perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam oleh presiden Donald Trump baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video tersebut, rata-rata individu di dalam rakaman itu tidak menyokong dan hanya berlalu pergi manakala ada juga yang memberikan sumbangan kepada dua individu itu.

Isu itu juga bukan sahaja menimbulkan kemarahan dan bantahan masyarakat dunia tetapi rakyat Amerika sendiri.

Nyata perintah tersebut menimbulkan rasa bimbang masyarakat dunia terutamanya masyarakat Islam yang akan menjadi mangsa kepada penguatkuasaan baharu itu.

Bagaimanapun, Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut malah setakat ini hanya tujuh negara yang terlibat iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman. – MYNEWSHUB.CC

Reformasi Trump: Apakah AS Bakal Negara Paling Celaka!

in Politik/Utama & Sensasi

AMERIKA Syarikat (AS) selalu menganggap dirinya sebagai simbol kesejagatan dunia. AS mempromosi dirinya sebagai Bapa Demokrasi Moden. Sejak tamat Perang Dunia Kedua, AS menggunakan nilai intelek dalam idea demokrasi untuk menentang pengaruh komunis Rusia dan China.

AS menyertai Perang Korea pada 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953 dengan misi demokratik menyelamatkan Korea Selatan dari komunisme. Dua tahun kemudian, AS menyertai Perang Vietnam selama dua puluh tahun (1955-1975) dengan kempen menegakkan demokrasi di Indo China.

Di Eropah Timur hingga Mediteranean sampailah ke benua Afrika, AS terlibat dalam gerakan inteligen mengekang pengaruh komunis Rusia selama 42 tahun hinggalah jatuhnya Rejim Bolshevik di Moskow pada 1987.

AS sejak 1945, menggerakkan intelegen FBI dan CIA dengan pelbagai agenda perang saraf dalam mengekang pengaruh komunis. Selepas 1987, halaan itu dipindahkan ke negara Islam. Afghanistan dan Iraq menjadi sasaran selepas Peristiwa WTC 11 September 2001.

AS dan sekutu Barat mempromosi globalisasi sebagai idea ekonomi dan politik moden yang cuba menghapuskan identiti totok idea negara bangsa di banyak bekas negara kolonial.

Begitulah hebatnya AS. Gerakan pro demokrasi di AS juga menggegarkan Beijing dengan Revolusi Medan Tiananmen di China pada 1988. Namun, kejayaan paling besar dicapai dalam Revolusi Eropah Timur di Poland, Romania, Bulgaria, Hungary, Jerman Timur dan Kesatuan Yugoslavia sepanjang 1989 hingga 1992.

Mulai 2011, gerakan pro demokrasi AS berjaya menjatuhkan kerajaan totalitarian di Algeria, Tunisia, Mesir dan Libya. Di Syria, AS memainkan peranan dalam perang saudara menjatuhkan Bashar Assad.

Inilah wajah demokrasi AS selama 70 tahun.

Namun keputusan Pilihanraya Presiden pada Nov 2016 lalu, membuktikan AS sebenarnya hanya sebuah negara rasis.

Undi majoriti pada Donald Trump mendedahkan wajah sebenar AS. Hakikatnya AS sebuah negara ultra kulit putih apabila polisi anti Islam dan anti Latin yang menjadi idea kempen Trump menerima sokongan majoriti rakyat AS.

Bermula 20 Januari, sebagai Presiden, Trump mengembalikan AS ke zaman hitam 1607 hingga 1807. Selama dua abad itu, AS ialah negara yang menjalankan hukum perhambaan kulit hitam.

Dasar Trump yang anti Latin dan pendatang Islam menjadikan AS sebagai komuniti tamadun moden yang paling hodoh. AS bukan saja dibenci negara-negara latin terutama jirannya Mexico, malah turut dikritik sekutu Baratnya, Jerman.

Sejarah propaganda tidak akan mampu bertahan lama. Rakyat AS selama ini bersembunyi di balik nama demokrasi, pada hal mereka adalah bangsa yang paling rasis di dunia.

Halangan imigresen terhadap tujuh negara Islam – Iran, Iraq, Syria, Yaman, Libya, Sudan dan Somalia – menjadikan polisi imigresen AS, sebagai terburuk dalam sejarah dunia moden.

Cadangan pembinaan tembok di sempadan Mexico ialah simbol anti kemanusiaan yang tidak akan diterima dalam peradaban masa kini. Lupakan Statut of Liberty dan budaya intelek di Harvard. AS hanya sebuah negara ultra kulit putih yang memalukan.

Sekiranya AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis dalam usaha menyokong rejim Zionis Israel, maka AS adalah negara paling celaka di dunia! – MYNEWSHUB.CC

Trump: ‘Filem Skinhead’ Terkini Dalam Katalis AS

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

AMERICAN History X direlis siaran pada 1998. Ia menjadi fenomena di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia. Filem drama keganasan yang penuh dengan aksi pembunuhan dan suara-suara perkauman ini arahan Tony Kaye.

Namun, lakonan Erward Norton dan Edward Furlong dikenang peminat filem sebagai nadi utama filem ideologi Skinhead ini.

Pada 23 October 1998, ketika memasuki pawagan di America Utara, AHX menerima sorotan menarik dengan rating popular 83 peratus nilaian Rotten Tomatoes. Manakala agensi Metacritic memberikan rating 62 peratus.

Edward Norton pada tahun itu juga dicalonkan dalam Academy Award bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Majalah Empire menyenaraikan AHX sebagai filem ke 311 Terhebat Sepanjang Zaman.

Kenapa filem ini sangat fenomena?

Pastinya kerana ia membongkar realiti perkauman di AS. Sentimen Skinhead yang terus menghidupkan budaya rasis selepas 30 tahun kematian Martin Luther King pada 4 April 1968. Bahawa, AS dengan segala macam nilai moden, masih berdepan isu anti kulit hitam.

AHX ialah filem rasis generasi sembilan puluhan. Satu kejutan bagi negara AS moden yang mahu bebas daripada Klu Klux Klan zaman perhambaan.

Isu rasis dalam Kini AHX kini berlanjutan. Diteruskan melalui dasar-dasar Trump. Satu gambaran AS bukan Tanah Kebebasan yang kononnya diperlembagakan melalui nilai Statut Of Liberty. AS balik menjadi negara AHX dengan modus operandi White House terhadap pendatangan warna kulit negara Islam.

Trump, seperti puluhan ribu penganut Skinhead AS yang kembali taksub pada ideoleogi Swastika Hitler melalui gerakan Neo Nazi, kini membangkitkan sentimen majoriti rakyat AS untuk membenci umat Islam secara terbuka.

Tindakan menyenarai hitamkan pendatang Islam dari tujuh negara krisis seperti Iraq, Syria, Libya, Yaman, Somalia dan Sudan satu gambaran jelas anti Islam yang bersandarkan alasan di sebalik krisis perang saudara. Manakala menyenarai hitamkan Iran pula, satu sikap Trump yang terang-terangan pro Israel.

18 tahun selepas AHX, kini Trump menyertai kelangsungan budaya Skinhead yang serba rasis melalui dasar luar AS terhadap Islam.

Trump akan sebaris dengan 16 Years of Alcohol (2003) arahan Richard Jobson Adam’s, Apples (2005) arahan Anders Thomas Jensen, American History X (1998) arahan Tony Kaye, Arena: Tell Us the Truth arahan Sham 69 (1979).

Kesemua ini melengkapkan dokumentasi pemikiran dan tindakan rasis ala AS. – MYNEWSHUB.CC

Trump Ban Muslim, Pengguna Ikut Boikot Uber

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEJAK Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam ke negaranya, pelbagai reaksi diterima daripada masyarakat seluruh dunia.

Baca: Trump Halang Kemasukan Rakyat 7 Negara Islam

Pengguna Uber di AS pula mengambil inisiatif sendiri dengan membuang aplikasi tersebut di telefon pintar masing-masing.

Ia sebagai tanda protes terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Travis Kalanick yang dikatakan menyokong kepimpinan Trump.

Trump Ban Muslim, Pengguna Ikut Boikot Uber
CEO Uber, Travis Kalanick.

Travis merupakan salah seorang penasihat perniagaan Trump.

Ibu pejabat Uber di San Francisco turut dibanjiri dengan ribuan penduduk yang membantah polisi terbaharu Trump yang diumumkan pada Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Trump Halang Kemasukan Rakyat 7 Negara Islam

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mengenakan sekatan masuk kepada pelancong dan pendatang dari tujuh negara Islam selama 90 hari bermula semalam.

Tindakannya itu dikatakan bertujuan untuk melindungi rakyat Amerika daripada serangan pengganas.

Tujuh negara itu ialah Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Walaupun sekatan itu bersifat sementara, namun banyak pihak mengecam perkara tersebut termasuk rakyat AS sendiri.

Malah pakar perundangan di negara Uncle Sam itu juga tidak bersetuju dengan polisi terbaharu Trump.

Menurut mereka, pendatang mahupun pelancong yang memasuki AS dengan visa yang sah tidak perlu dihantar balik seperti mana yang diarahkan Trump.

Kesemua pakar tersebut telah menghantar petisyen sebagai salah satu langkah membantah sekatan 90 hari yang dikenakan ke atas rakyat tujuh negara Islam itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula bernada berbeza dengan Trump apabila mengalu-alukan pelarian yang dilarang masuk ke AS untuk datang ke negaranya.

kanada

Menerusi kenyataan rasminya di Twitter, Justin berkata, Kanada mengalu-alukan kedatangan pelarian yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama.

“Kepelbagaian adalah kekuatan kita,” tulis beliau. – MYNEWSHUB.CC

Pekerja Kantoi Calit Darah Haid Di Burger Pelanggan

in Jenayah/Utama & Sensasi

BENGANG dengan pelanggan, seorang pekerja makanan segera di Mississippi, Amerika Syarikat kantoi meletakkan calitan darah haidnya selain meludah dalam burger yang dipesan pelanggan tersebut.

Tindakan buruk Sky Juliett Samuel, 18, itu ditangkap oleh rakan sekerjanya yang melaporkan hal itu kepada pihak pengurusan restoran tersebut.

Pelanggan wanita itu menyedari burger yang diterimanya mempunyai calitan darah ketika dia memesan set burger daripada Sky menerusi drive thru.

Susulan kejadian itu, Sky telah dipecat serta-merta di atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Sky dikatakan berbuat demikian kerana bengang dengan perangai buruk pelanggan itu ketika mengambil pesanan daripadanya. – MYNEWSHUB.CC

TPM Terima Kunjungan Hormat Duta AS

in Terkini

PUTRAJAYA – Inisiatif Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang, perkembangan penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat, ancaman keselamatan peringkat serantau dan global serta isu migrasi.

Itu adalah antara intipati perbincangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu, Kamala Shirin Lakhdhir, yang membuat kunjungan hormat ke atasnya di sini pada Jumaat.

Kunjungan pengenalan yang berlangsung selama setengah jam itu antara lain membincangkan inisiatif Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang menjelang penilaian tahunan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam kenyataan media mengenai pertemuan itu berkata, Malaysia telah mengambil langkah drastik bagi meningkatkan jumlah sabitan bagi jenayah tersebut.

Katanya pada tahun lepas, jumlah sabitan meningkat kepada 91 berbanding tujuh sabitan pada 2015, manakala sebanyak 403 kes berkaitan jenayah itu telah dibicarakan di mahkamah pada tahun lepas.

“Satu langkah penting ialah penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menangani jenayah ini dengan kerjasama pihak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Pejabat Dadah dan Jenayah yang berpejabat di Bangkok, Thailand termasuk dengan pihak Amerika Syarikat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia dan Amerika Syarikat menjalin hubungan diplomatik sejak 1957, meliputi pelbagai bidang kerjasama antaranya perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, pendidikan, sains dan teknologi serta pertanian.

“Hubungan dua hala yang telah diperkukuhkan semasa pentadbiran Amerika Syarikat terdahulu di bawah Presiden Barack Obama perlu diperkukuhkan di bawah pentadbiran Amerika Syarikat yang baharu di bawah Presiden Donald Trump yang mengangkat sumpah pada 20 Januari,” katanya.

Di bidang keselamatan, katanya kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman dalam membanteras jenayah rentas sempadan termasuk Memorandum mengenai Kerjasama Imigresen.

Di samping itu, menurutnya dua perjanjian turut ditandatangani mengenai pertukaran maklumat berhubung senarai pengganas yang dikenal pasti dan disyaki serta Perjanjian dalam Membanteras Jenayah Berat.

Lakhdhir memulakan tugas sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 5 Januari lepas, menggantikan Joseph Yun yang menamatkan perkhidmatannya pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA

Remaja 16 Tahun Tolak Tawaran RM28 Juta Pelabur AS

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

IBARAT tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu, begitulah nasib, Mohammed Ali dari Dewsbury, Yorkshire, England apabila ditawarkan £5 juta (RM28 juta) oleh pelabur dari Amerika Syarikat.

Remaja berusia 16 tahun itu bagaimanapun menolak tawaran pelabur AS untuk membeli idea berhubung laman sesawang berkaitan simpanan wang yang dihasilkan hanya di bilik tidurnya.

Dailymail melaporkan, Mohammed menolak tawaran tersebut Disember lalu sebelum sambutan Krismas kerana yakin harga untuk ideanya itu akan meningkat lebih tinggi pada masa akan datang.

“Jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan dolar, cuba bayangkan berapa nilainya jika orang sudah mula menggunakannya.

“Saya menyedari ini adalah risiko tetapi saya mahu melakukannya untuk diri sendiri,” kata pelajar A Level dari Dewsbury ini.

Jelasnya, perkara utama yang difikirkan adalah setiap yang dilakukannya itu perlulah tidak mempunyai saingan dan ia akan memberikan pulangan lumayan seperti Bloomberg.

Mohammed yang mencipta laman sesawang weneed.com pada 2009 itu pernah menjana pendapatan £30,000 (RM167,735) pada tahun 2012 selepas projek permainan videonya, Project 2006 dilancarkan. – MYNEWSHUB.CC

Tindakan AS Keluar TPP hanya Perkukuh Momentum RCEP

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan memperkukuhkan lagi momentum untuk menjayakan pemuktamadan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi Asia Pasifik IHS Global Insight, Rajiv Biswas berkata tindakan Presiden Donald Trump menandatangani arahan eksekutif yang mengesahkan penarikan diri AS daripada TPP, juga akan merancakkan peralihan signifikan landskap dasar perdagangan di rantau Asia Pasifik.

Pada masa sama, katanya dalam satu kenyataan hari ini, keputusan AS juga hanya mengukuhkan lagi kedudukan China sebagai peneraju ekonomi di Asia Pasifik, khususnya membabitkan RCEP dan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP).

China juga melaksanakan inisiatif ekonomi serantaunya sendiri seperti strategi ‘Satu Jajaran, Satu Laluan’ selain berperanan penting mewujudkan institusi kewangan pembangunan baharu iaitu Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

“Negara China berkemungkinan besar akan mengukuhkan peranan utamanya sebagai peneraju perdagangan Asia Pasifik pada masa depan menerusi beberapa inisiatif liberalisasi perdagangan pelbagai hala terutamanya RCEP dan FTAAP,” katanya.

Malah kata Biswas, pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Lima, Peru pada November lepas, dua negara Amerika Selatan yang juga anggotai TPP iaitu Chile dan Peru turut menyuarakan minat untuk menyertai rundingan RCEP berkenaan.

Ini dilakukan berikutan jangkaan TPP akan menemui jalan buntu.

RCEP merupakan inisiatif liberalisasi perdagangan Asia Pasifik diterajui China yang turut melibatkan 10 negara anggota ASEAN selain Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan India.

FTAAP pula membabitkan kesemua 21 negara ekonomi APEC menerusi liberalisasi perdagangan dan apabila dilaksanakan kelak, bakal menjadi zon perdagangan bebas terbesar dunia merangkumi 57 peratus ekonomi global dan hampir separuh perdagangan dunia.

Biswas bagaimanapun mengingatkan, para pemimpin APEC perlu mengesahkan semula komitmen mereka untuk meneruskan wawasan jangka panjang membabitkan pembentukan FTAAP dengan langkah seterusnya digariskan dalam Deklarasi Lima.

“Memandangkan FTAAP akan direalisasikan di luar APEC namun seiring proses pertubuhan, ia akan mewujudkan fleksibiliti yang lebih ketara untuk beberapa anggota yang tidak berhasrat meneruskan wawasan itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas kesan penarikan diri AS terhadap Malaysia, Biswas berkata ia memberi impak ketara terhadap unjuran pertumbuhan eksport negara ini.

Ini berikutan jangkaan sektor eksport perusahaan Malaysia dan Vietnam menjadi antara penerima terbesar TPP kerana kewujudan akses lebih besar ke (pasaran) Amerika Utara.

“Perjanjian TPP itu misalnya akan menyaksikan pengurangan sekatan tarif bagi industri perusahaan elektronik di kedua-dua negara. Ia juga dapat menyuntik rangsangan besar kepada eksport tekstil Vietnam,” katanya.

Biswas juga menyifatkan pengunduran AS daripada TPP turut memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe serta usaha pembaharuan ekonominya.

Ini berikutan kepentingan perjanjian TPP sebagai teras pembaharuan struktur Jepun yang dilaksanakan Abe dikenali ‘Abenomics.’

Menurutnya, biarpun 11 negara anggota TPP dapat mewujudkan satu perjanjian serupa tanpa pembabitan AS, namun manfaat ekonominya terjejas dan berkurangan dengan ketara.

Ini berikutan faktor 68 peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat itu mewakili gabungan KDNK 12 negara yang berunding bagi TPP berkenaan.

Bagaimanapun, Biswas menyifatkan masih ada manfaat di sebalik tindakan AS menarik diri daripada perjanjian TPP berkenaan.

Trump misalnya sudah menyuarakan hasratnya untuk meneruskan rundingan perdagangan dua hala dengan negara anggota TPP.

“Pendekatan (rundingan) dua hala ini juga boleh mewujudkan peluang bagi usaha liberalisasi perdagangan selanjutnya antara AS dan negara terbabit,” katanya. – BERNAMA

Jika 1 Juta Pengikut, YouTuber Ikrar Kongsi Video Seks

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG ‘bintang’ YouTube dari Los Angeles, Amerika Syarikat, Lena Nersesian berikrar akan menayangkan video dia dan teman lelaki melakukan hubungan seks sekiranya pengikut (subscribers) YouTubenya bertambah sehingga sejuta orang.

Setakat ini subscribers-nya sudah pun mencecah lebih 233,000 orang.

Walaupun membuat tawaran itu, namun tak semua bersetuju dengan langkah yang diambil gadis berusia 25 tahun itu.

Ada sesetengah mengelarkannya seorang yang menyedihkan kerana terlalu mengejar glamor malah ada yang membandingkannya dengan sosialit terkenal, Kim Kardashian.

Ini kerana Kim juga merupakan antara selebriti yang dikenali ramai hanya selepas video seksnya tersebar di Internet.

Dalam video pengumuman itu, Lena berkata dia akan melakukan seks dengan kekasihnya, Adam, 22, yang juga merupakan seorang YouTuber dan video itu akan ditayangkan sekiranya kedua-dua akaun YouTube mereka mencecah angka 1 juta.

Lena membuat akaun YouTube dengan menggunakan nama Lena The Plug sejak sebulan lalu.

Kandungan videonya menceritakan hal kehidupan sehariannya selain kisah-kisah panas seperti salah satu video yang dikongsikannya berjudul ‘Saya tak kisah kawan baik melakukan hubungan seks dengan teman lelaki saya’.

Walaupun mengakui pernah mendapat tawaran berlakon dalam filem pornografi namun Lena mengatakan dia sama sekali tidak berminat untuk melakukan perkara itu.

Sebaliknya, dia lebih selesa melakukan seks dengan lelaki yang dicintainya sahaja dan tidak kisah berkongsikan video itu sekiranya mencapai matlamat 1 juta pengikut di YouTube. – MYNEWSHUB.CC

Hillary ‘Tangkap’ Bill Clinton Khusyuk Pandang Ivanka

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KETIKA semua mata tertumpu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump pada majlis angkat sumpahnya Jumaat lalu, namun lain pula yang menarik perhatian bekas presiden Bill Clinton.

Tindakannya yang khusyuk memerhatikan anak perempuan Trump iaitu Ivanka Trump ‘ditangkap’ sendiri oleh isterinya, Hillary Clinton yang juga merupakan seteru Donald Trump pada pemilihan presiden berlangsung November lalu.

Aksi Bill itu sempat dirakam jurukamera yang mana perbuatan ‘mata keranjangnya’ itu turut disedari Hillary yang sempat menoleh ke arah suaminya.

Hillary membuat mimik muka seolah-olah ‘tak pernah berubah suami aku ni’ sekali gus menjadikan video ini antara yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Sampai ke sudah Bill tidak berkelip atau menoleh ke arah lain sewaktu Melania membuat kemunculannya pada majlis ‘pertabalan’ suaminya sebagai presiden bagi menggantikan Barack Obama.

Bill, presiden AS ke-42 berkhidmat dari tahun 1993 hingga 2001.

Ketika di zaman pemerintahannya, Bill terlibat skandal seks dengan pekerja Rumah Putih iaitu Monica Lewinsky sehinggakan menjadi topik hangat media antarabangsa seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Pelantikan Mike Pence

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada Mike Pence atas pelantikannya sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan di sini, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan AS mempunyai hubungan rapat yang kukuh.

“Kedua-dua negara akan bekerjasama rapat untuk menghapuskan ekstremisme dan radikalisme.

“Kita akan bersama-sama dengan AS untuk mencari penyelesaian di kawasan-kawasan berkonflik bagi memastikan dunia yang lebih baik dan selamat,” katanya.

Dari segi ekonomi, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia percaya pentadbiran AS akan menggubal dasar yang boleh diterima dan baik untuk semua negara.

“Malaysia akan bekerja bersama AS dalam pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan semua aspek dalam hubungan dua hala kami,” katanya. – BERNAMA

Topi Kempen Trump Pun Buatan China, Bangladesh

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

WASHINGTON DC – Satu dunia tentu maklum dengan kempen Donald Trump ketika pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang turut mempopularkan slogan ‘Make America Great Again’.

Menerusi kempen itu, beliau yang juga presiden tertua dalam sejarah AS berjanji mengutamakan negara tersebut termasuk membatalkan perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia melibatkan 12 buah negara iaitu TPPA.

Malah antara intipati ucapan sulung Trump, 70, apabila secara rasmi dilantik sebagai presiden AS ke-45 di sini pada Jumaat ialah pentadbiran beliau lebih mengutamakan “beli produk AS dan peluang pekerjaan untuk warga AS”.

Namun menurut agensi berita antarabangsa Reuters, ungkapan popular itu penuh dengan ironi apabila tinjauan mendapati topi besbol dengan ayat ‘Make America Great Again’ pun ialah buatan China, Vietnam, dan Bangladesh.

Beberapa penyokong tegar Trump yang ditemui turut terperanjat apabila mengetahui bahawa topi kempen yang dipopularkan Trump dan dipakai mereka di kepala selama ini ternyata bukan produk buatan firma AS sendiri.

trump cap1

Rob Walker, 44; yang memandu kereta ke Washington dari Georgia bersama-sama isterinya, Abby, 36; sempat singgah di tempat rehat trak semata-mata hendak membeli topi bertuliskan ‘Make America Great Again’ itu.

“Oh Tuhan, semoga ini bukan buatan China,” kata Abby sebelum membalikkan topi tersebut untuk memastikan jangkaannya salah tetapi kemudian melihat label pada topi: Made in China! Jangan beritahu sesiapa ya!”

Sebenarnya topi Trump ini mudah dibeli sepanjang kempen Trump dan pada mulanya memang dibuat di sebuah kilang tekstil terkenal iaitu Cali-Fame di Los Angeles, California yang dijual pada harga AS$25 (kira-kira RM111).

Walhal tinjauan mendapat ia dijual lebih murah oleh peniaga jalanan hanya AS$20 (hampir RM89). Ironi lebih 80 peratus pekerja di kilang seluas 2,800 meter persegi itu ialah warga Mexico, negara jiran yang cukup dibenci Trump!

Sementara itu, Joshua Roja, 25; dan Alyssa Young, 28; yang sanggup datang dari jauh di Texas untuk menyaksikan pelantikan Trump di sini turut mengenakan topi warna merah jambu bertuliskan ‘Make America Great Again’.

“Saya langsung suka dengan corak topi ini sebaik sahaja saya kali pertama melihatnya. Saya bahkan membelinya di luar sana dari seorang penjual tepi jalan dengan harga AS$20,” kata dia tetapi apakah itu memang buatan AS?

trump cap4

Young menjawab: “Saya tidak tahu di mana sebenarnya topi ini dibuat. Biar saya periksa terlebih dulu ya.” Dia kemudian menyelak topinya dan memeriksa label pada bahagian belakang. “Oh tidak! Buatan Vietnam!” teriak dia.

Hal serupa menimpa Victoria Scott, 13; dan adiknya, Andrew Scott, 12; yang mengenakan topi ‘Make America Great Again’ apabila mendapati topi yang dibeli pada harga AS$25 itu adalah buatan China. Namun mereka tidak peduli.

Andrew yang tertarik untuk memeriksa topinya turut menjerit “Banglakes?” dalam nada kehairanan setelah meriksa label pada topinya. Bapa mereka kemudian segera membetulkan ayat anaknya itu. “Bangladesh.”

Manakala Robert Morrison dari Queens, New York, mengenakan topi “Make America Great Again” yang dia beli dari jalanan pada harga AS$20 dan dia juga mengenakan topi kelab bola lisut tempatan terkenal New York Yankees.

Sebagai mana yang lain, lelaki ini terkedu apabila mendapati ia buatan China! Padahal dalam pidatonya, Trump memikat masyarakat dengan ucapan yang garang konon mempertahankan maruah AS sebagai kuasa besar dunia.

“Mulai sekarang, jadikan AS yang utama. Kita akan ikut dua pendekatan sederhana ini, Buy American and hire American! jelasnya merujuk keutamaam produk buatan AS dan pekerjaan untuk rakyat AS. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Pelajar M’sia Dapat Jemputan Angkat Sumpah Trump

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN – Asher Paul Ang hanya berusia 18 tahun tetapi mahasiswa dari Rawang, Selangor, ini mungkin bakal menjadi rakyat Malaysia paling muda yang dijemput menghadiri majlis pengisytiharan Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ang, pelajar tahun ketiga program ijazah sarjana muda Sains Politik di Dallas Baptist University di Texas, menerima tiket eksklusif untuk menghadiri peristiwa bersejarah di bangunan Capitol di Washington, Jumaat.

“Saya sangat berbesar hati mendapat peluang seumur hidup untuk mewakili Kelab Republikan Kolej bagi universiti saya, di mana saya baru sahaja dilantik sebagai presiden.

“Lebih satu juta orang dijangka menghadiri majlis tersebut. Tetapi, tiket ini membolehkan saya duduk di salah satu tempat duduk di Union Square, betul-betul di belakang tempat duduk VIP.

“Tiket ini biasanya berharga AS$600 (RM2,666) atau lebih,” katanya kepada The Star dalam satu temu bual telefon dari Dallas, Rabu.

Ang, yang menyertai kelab itu ketika memasuki universiti pada 2015 berkata ia merupakan satu ganjaran yang memuaskan kerana beliau dan ahli-ahli kelab telah bertugas sebagai sukarelawan perayu undi melalui telefon semasa kempen pilihan raya presiden.

Selain mahu mengambil gambar dan video peristiwa bersejarah itu, beliau berharap dapat menjalin hubungan dengan rakan-rakan dari Kelab Republikan Kolej lain dan mungkin juga akan bertemu dengan beberapa orang kenamaan.

“Mungkin sukar untuk bertemu Presiden Trump tetapi jika saya dapat peluang, saya akan mengambil gambar ‘wefie’ dengannya.

“Saya juga berharap untuk bertanya kepadanya tentang perspektif beliau berkaitan pengukuhan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan negara-negara Asean lain,” katanya.

Ang, yang akan mengambil penerbangan selama tiga jam dari Dallas ke Washington berkata beliau juga telah dijemput untuk menghadiri tiga acara lain yang dianjurkan sempena hari bersejarah ini.

“Saya akan menamatkan pengajian pada Mei tahun depan. Impian utama saya adalah untuk menjadi duta diplomatik dan penasihat politik.

“Saya percaya bahawa politik adalah cara terbaik bagi mempengaruhi dasar-dasar untuk rakyat dan juga untuk membawa perubahan positif yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Menghadiri perasmian presiden dan terdedah kepada senario politik AS juga akan menjadi satu pengalaman berguna, katanya.

Beliau berharap dapat menerapkan apa yang dipelajarinya di sana di Malaysia pada masa akan datang. – mStar Online

Donald Trump Lantik Menantu Jadi Penasihat Kanan

in Utama & Sensasi

WASHINGTON – Menantu bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Jared Kushner dilantik sebagai penasihat kanan Rumah Putih yang bertanggungjawab mengendalikan perjanjian perdagangan dan isu Asia Barat, kata pegawai peralihan, hari ini.

Perlantikan itu dianggap satu perkara yang jarang berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat presiden, yang diberi peranan penting di Rumah Putih.

Kushner, 35, suami kepada anak perempuan Trump, Ivanka menerima tugas itu selepas penasihat perundangan menjelaskan beliau tidak melanggar undang-undang antinepotisme Amerika Syarikat.

Berdasarkan keputusan mahkamah, undang-undang nepotisme itu tidak terpakai di Rumah Putih dan pelantikan itu tidak memerlukan pengesahan Senat AS. – REUTERS

Tragik: Remaja 12 Tahun Tayang Video Live Bunuh Diri

in Utama & Sensasi

SEORANG remaja perempuan berusia 12 tahun, Katelyn Nichole Davis nekad mengambil nyawanya sendiri dengan menggantungkan dirinya di sebuah pokok di hadapan rumahnya, baru-baru ini.

Sebelum membunuh diri, Katelyn yang berasal dari Polk County, Georgia, Amerika Syarikat menyiarkan proses persediaan saat kematiannya itu secara langsung menerusi aplikasi Live.me.

Dalam video asal berdurasi lebih 40 minit itu, Katelyn menunjukkan proses dia mengikat tali di pokok sebelum akhirnya mengambil nyawanya sendiri.

Sebaik bergayut di tali sambil berdiri di atas baldi, Katelyn yang kelihatan ketakutan akhirnya mengucapkan selamat tinggal dengan menendang baldi tersebut sebelum dirinya bergayut di pokok.

Menurut sumber YouTube, Katelyn berkemungkinan mengambil jalan singkat sedemikian kerana mengalami masalah kemurungan yang melampau.

Menerusi diari online dan posting di laman Instagram, Katelyn pernah mendakwa dirinya sering didera dan pernah hampir dirogol oleh bapa tirinya. – MYNEWSHUB.CC

Perbuatan Nakal: Mercu Tanda ‘Hollywood’ Jadi ‘Hollyweed’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JIKA sambutan tahun baru di kebanyakan negara meriah dengan percikan bunga api di angkasa, lain pula yang berlaku di bandaraya Los Angeles, Amerika Syarikat apabila papan tanda gergasi Hollywood menerima ‘wajah baru’.

Penduduk bandar itu terkejut setelah mendapati mercu tanda ikonik itu bertukar menjadi ‘Hollyweed’, semalam.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Sarjan Robert Payne berkata, kamera pengawasan di bandar itu merakam individu berpakaian hitam pada 3 pagi Ahad waktu tempatan (7 malam tadi waktu Malaysia) yang dipercayai dalang perbuatan tersebut.

Difahamkan, bahan seperti kain tarpal diletakkan pada kedua-dua huruf ‘O’ supaya kelihatan seperti huruf ‘E’.

Perbuatan Nakal: Mercu Tanda 'Hollywood' Jadi 'Hollyweed'

Setakat ini, identiti suspek belum dikenal pasti namun jika ditangkap, suspek bakal didakwa atas tuduhan menceroboh, katanya.

Menurut Latimes, kejadian vandalisme itu dipercayai berpunca akibat penggubalan undang-undang mengenai penjualan marijuana yang dipinda pada November lalu, di mana membolehkan ganja digunakan secara rekreasi di California, biarpun dadah itu masih haram di bawah undang-undang persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Kejadian vandalisme itu merupakan kali kedua selepas kali pertama berlaku pada 1976, iaitu kira-kira 41 tahun lalu melibatkan seorang pelajar jurusan seni yang menceroboh masuk ke kawasan itu.

Mercu tanda kebanggaan Hollywood itu dibina pada tahun 1923 dengan nama asalnya ‘Hollywoodland’ sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kawasan perumahan yang baru sahaja dibina di situ pada waktu tersebut.

Ianya kemudiannya ditukar menjadi Hollywood sehingga hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Zulhasnan Rafique Dilantik Duta Malaysia Ke AS

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Zulhasnan pernah menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.

Beliau juga pernah menjadi Anggota Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan Anggota Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.

Sejak 2014, Zulhasnan merupakan Canselor Geomatika University College Malaysia. – BERNAMA

AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel

in Politik/Utama & Sensasi

ATAS inisiatif Malaysia dan tiga negara, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil ketetapan menuntut menghentikan pembinaan petempatan Israel di tanah milik Palestin.

Ini berikutan, AS tidak menggunakan kuasa pembatalnya sekali gus memberi laluan bagi majlis yang dianggotai 15 negara itu meluluskan ketetapan tersebut, dengan 14 undi menyokong.

Keputusan itu dikatakan dibuat kerana kekecewaan rakyat AS terhadap tindakan rejim Israel membina penembatan sekali gus menafikan milik tanah Palestin.

Walhal, selama ini AS dilihat sentiasa melindungi pemerintah Zionis Israel termasuk menghulurkan bantuan ketenteraan.

Sementara itu, seorang pegawai rejim tersebut menyifatkan tindakan AS kali ini sebagai satu `pengabaian’ ke atas negara Yahudi terbabit.

“Presiden (Barack) Obama mungkin mengisytiharkan kesediaannya membatalkan resolusi itu secara segera, namun sebaliknya menyokong.

“Ini adalah satu pengabaian ke atas Israel yang memecahkan berdekad dasar AS melindungi Israel di PBB dan melemahkan prospek bekerjasama dengan pentadbiran berikutnya berhubung lanjutan isu damai,” kata pegawai terbabit.

Ketetapan itu diusulkan New Zealand, Malaysia, Venezuela dan Senegal selepas sehari Mesir menarik diri.

Mesir bertindak menarik diri kerana berhadapan tekanan dari Israel dan Donald Trump.

Dalam PBB, negara yang mempunyai kuasa pembatal adalah Amerika, Rusia, Perancis, Britain dan China. – MYNEWSHUB.CC

Adam Saleh Popular Dengan Video ‘Prank’ Dalam Pesawat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUSULAN kejadian bintang YouTube Amerika Syarikat, Adam Saleh yang dihalau keluar dari penerbangan Delta Airlines baru-baru timbul pula cerita kurang enak mengenainya di laman sosial.

Pemuda berketurunan Yaman ini popular di laman YouTube apabila memuat naik video yang kebanyakannya menunjukkan reaksi rakyat di AS terhadap muslim dan perkauman serta video prank.

Pelakon, penyanyi rap dan vlogger dari New York berusia 23 tahun ini mempunyai lebih 1.6 juta pengikut di laman YouTube.

Bintang muda ini mula menghasilkan video pada 2012 yang pada awalnya dengan niat untuk berseronok dan kini mendatangkan keuntungan kepada dirinya.

Antara videonya yang popular adalah Killer Clown Prank Gone Wrong’, treet Boxing Match dan ‘Zombie Prank Gone Wrong.

Namun, video bertajuk Racial Profiling Experiment yang dimuat naiknya pada 2004 mencetuskan kontroversi.

Dalam video tersebut memaparkan dua individu yang bergaduh di hadapan seorang polis namun tidak diendahkannya.

Sebaliknya dalam situasi yang sama dengan dua individu berpakaian jubah dan serban bergaduh di hadapan polis yang sama telah di marahi serta diperiksa.

Adam Saleh Popular Dengan Video Prankster Dalam Pesawat

Kecoh di Twitter apabila netizen memuat naik gambar dan senarai video Adam yang dirakam di dalam pesawat.

Dalam beberapa video di dalam pesawat itu, Adam mengenakan pakaian jubah dan serban serta berbicara mengenai adalah menjadi satu ‘kesalahan’ berpakaian sedemikian.

Susulan itu, timbul persoalan di kalangan netizen dengan kejadian tersebut sama ada Adam benar-benar di halau keluar dari pesawat hanya kerana berbahasa Arab ataupun sikapnya yang membuatkan penumpang lain tidak selesa.

Pemuda tersebut didakwa cuba mencetuskan kontroversi dengan sengaja bercakap dalam bahasa Arab di dalam pesawat bagi melihat reaksi penumpang lain.

Kaitan: Video: Dihalau Dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

Bagi seseorang yang sudah sebati dengan sikap ‘prank’ ini sudah tentunya akan menerima akibatnya dan kali ini, Adam terpaksa berdepan dengan masalah apabila dihalau keluar dari pesawat.

Bagaimanapun, Adam menerusi akaun Twitternya membuat kenyataan menjelaskan tindakan syarikat penerbangan Delta terhadap mereka adalah salah dan pihaknya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Perkara yang dilakukan mereka adalah salah dan kami berhak untuk bersuara supaya kejadian yang sama tidak berulag lagi.

“Ya, kami adalah prankster dan apa yang terjadi hari ini adalah benar,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, Adam mendakwa diusir keluar daripada pesawat dijadualkan berlepas ke New York selepas seorang penumpang wanita berasa ‘kurang selesa’ dengan bahasa Arab yang dituturkannya bersama ibunya menerusi panggilan telefon. – MYNEWSHUB.CC

Video: Dihalau Dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

“KAMI dihalau keluar hanya kerana berbual menggunakan bahasa Arab di dalam pesawat!”

Demikian luah seorang lelaki yang dinafikan hak menggunakan perkhidmatan penerbangan Delta Airlines di Amerika Syarikat (AS) gara-gara menggunakan bahasa Arab di dalam pesawat.

Adam Saleh yang memiliki 1.6 juta pengikut di YouTube, telah diusir keluar daripada pesawat dijadualkan berlepas ke New York selepas seorang penumpang wanita berasa ‘kurang selesa’ dengan bahasa Arab yang dituturkannya.

Menurut Dailymail, Adam, 23, ketika di tempat duduknya, berbual melalui telefon bimbit dengan ibunya dan tidak menyedari seorang wanita kebetulan merenungnya seperti tidak berpuas hati.

Bagaimanapun tidak beberapa lama kemudian, seorang lelaki tiba bersama kapten pesawat Delta Airlines dan mengarahkannya segera meninggalkan pesawat itu.

“Namun saya kata saya bebas berbahasa apa sahaja yang disukai menyebabkan wanita itu mula menjerit sebelum kami dihampiri oleh kapten pesawat yang meminta keluar dari pesawat.

Bintang Internet itu kemudian merakam insiden tersebut dan memuat naik rakaman berdurasi satu minit 25 saat ke laman sosial dengan menyatakan rasa tidak puas hati ketika diminta keluar oleh pramugari syarikat berkenaan.

“Saya dihalau kerana cakap dalam bahasa lain selain Inggeris. Adakah ini tahun 2016? Terima kasih banyak, saya bukan penjenayah,” ujarnya di dalam video yang turut memaparkan aksi beberapa penumpang lain bersikap rasis terhadapnya.

Menurut Adam, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghubungi ibu sebelum dia berlepas di dalam pesawat namun kali ini tindakannya itu telah mencetuskan insiden yang tidak dijangkakan sama sekali.

Ekoran insiden berkenaan, Adam dan rakannya telah disiasat polis namun tiada sebarang pendakwaan jenayah yang dikenakan terhadap mereka.

Dia kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Delta Airlines mengesahkan dua penumpangnya telah dikeluarkan dari pesawat susulan kes yang menyebabkan kononnya 20 penumpang pesawatnya yang lain berasa kurang selesa dengan insiden itu. – MYNEWSHUB.CC

Wanita Diheret Keluar Kerana Menyelinap Masuk Pesawat

in Jenayah/Utama & Sensasi

GARA-GARA menyelinap masuk ke sebuah pesawat, seorang wanita terpaksa diheret keluar selepas dia enggan meninggalkan kawasan tersebut.

Sebuah video yang dirakam penumpang penerbangan itu menjadi viral menunjukkan wanita itu diheret keluar oleh pengawal keselamatan dalam kejadian yang berlaku awal minggu ini.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Metropolitan Detroit, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan Delta Air Lines, pihak mereka terpaksa mengheret wanita itu selepas dia enggan keluar walaupun sudah diarahkan oleh pegawai bertugas.

Wanita tersebut dilaporkan berjaya memasuki penerbangan itu tanpa sebarang pas masuk.

“Walaupun sudah diarahkan banyak kali untuk keluar dari situ, tapi dia masih degil untuk keluar dari pesawat sehinggakan kami terpaksa mengheretnya keluar.

“Dia kini ditahan dan bakal dikenakan tindakan undang-undang berhubung tindakannya itu,” kata wakil itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Budak Lelaki 2 Tahun Maut Dilanggar Kereta Api Di Florida

in Utama & Sensasi

ZEPHYRHILLS – Seorang budak lelaki berusia dua tahun maut manakala pengasuhnya cedera dirempuh kereta api CSX ketika berjalan di atas landasan di timur laut Tampa di Florida.

Pejabat Sherif Daerah Pasco, dalam satu kenyataan, menyatakan Hunter Fink berjalan dengan kakaknya, empat tahun, pengasuh mereka dan seorang lelaki dikenali sebagai Cody Williams sepanjang landasan kereta api apabila menyedari kereta api datang.

Williams sempat menyambar kakak mangsa dan melompat dari landasan ke bawah kira-kira dua meter.

Menurut Pejabat sherif, pengasuh terbabit, Heather Henderson, 26, memegang Hunter tetapi tidak sempat melompat. Beliau dalam keadaan stabil.

CSX dan pejabat sherif sedang menyiasat kejadian itu. – AP

Angkasawan AS Pertama Orbit Bumi Meninggal Dunia

in Utama & Sensasi

BEKAS senator, John Glenn yang menjadi angkasawan warga Amerika Syarikat pertama mengorbit Bumi, meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Glenn menghembuskan nafas terakhir pada Khamis yang disaksikan ahli keluarganya di Pusat Perubatan Ohio State University Wexner di Columbus.

Angkasawan itu meninggal dunia seminggu selepas dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang tidak dikenal pasti.

Glenn meninggalkan balu, Annie yang dikahwininya selama 73 tahun; anak lelaki, John Glenn Jr; anak perempuan, Carolyn dan cucu-cucunya.

Gabenor Ohio, John R. Kasich dalam satu kenyataan pada Khamis berkata: “Kami amat berduka cita di atas pemergiannya, dan John Glenn akan sentiasa dikenang sebagai wira kelahiran Ohio.”Mail Online/mStar Online

Wanita Maut Kereta Terjunam Dalam Jalan Berlubang

in Utama & Sensasi

SEORANG wanita dilapor maut selepas kereta yang dipandunya terjunam dalam jalan raya yang berlubang di Texas, Amerika Syarikat, Ahad lalu.

Menurut pihak polis tempatan, mangsa, Dora Nishihara bersendirian memandu kereta sebelum jalan yang dilaluinya tiba-tiba runtuh menyebabkannya terperangkap dalam kenderan.

Keretanya terbalik dalam dalam runtuhan itu dan ditenggelami air menyebabkan mangsa maut serta merta di tempat kejadian.

Turut sama menjadi mangsa ialah seorang lelaki warga emas namun dia terselamat selepas beberapa pengguna jalan raya membantu membawanya keluar dari kawasan runtuhan berkenaan.

Sehingga kini pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian yang menyebabkan jalan tersebut runtuh. – MYNEWSHUB.CC

Ular Termakan Tombol Pintu Disangka Telur Ayam

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEEKOR ular mendapat nama jolokan ‘Doorknob’ setelah memakan tombol pintu yang disangkanya sebagai telur ayam.

Menurut sebuah laman antarabangsa, reptilia berkenaan dibiarkan membiak oleh seorang peladang di Ballwin, Missouri, Amerika Syarikat berhampiran reban ayamnya untuk menangkap tikus yang berkeliaran di sekitar kawasan tersebut.

Seperti kebiasaannya, peladang itu meneruskan rutin harian memeriksa reban ayamnya namun terkejut dengan melihat perut ular itu membonjol.

Sangsi dengan benjolan tersebut, peladang itu telah membawa ular berkenaan ke klinik veterinar yang terdapat di bandar itu untuk menyiasat apa yang dimakan oleh reptilia berkenaan.

Ular Termakan Tombol Pintu Disangka Telur Ayam

Ular Termakan Tombol Pintu Disangka Telur Ayam

Setelah melakukan imbasan X (X-ray), doktor mengesahkan benjolan yang ada di dalam perut ular itu adalah tombol pintu dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk membuangnya.

Difahamkan tombol pintu itu pada asalnya diletakkan oleh peladang tersebut di atas tanah sebagai ‘telur palsu’ bagi menggalakkan ayam ternakannya bertelur.

Namun tidak menyangka lain pula yang terjadi apabila ia menjadi santapan seekor ular yang menyangka ianya adalah telur ayam.

Reptilia berkenaan terpaksa menjalani tempoh ‘berehat’ selama beberapa bulan bagi menyembuhkan kesan pembedahan sepanjang 6 inci di perutnya sebelum dilepaskan semula ke habitatnya. – MYNEWSHUB.CC

1 2 3 10
Go to Top