Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Artis

Tweet Foto Lofa & Fattah Ada Makna Ke?

in Artis/Utama & Sensasi

NAMA Neelofa dan Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan.

Selepas drama bersiri gandingan mereka iaitu Suri Hati Mr. Pilot mencetuskan fenomena luar biasa lewat tahun lalu, keserasian mereka di kaca TV dan gosip-gosip panas yang menyelubungi ‘hubungan cinta’ luar lokasi mereka sentiasa dinanti-nantikan peminat.

Hubungan Neelofa dan Fattah yang digelar ‘Lofattah’ oleh peminat hardcore mereka ini khabarnya sudah putus di tengah jalan gara-gara pembabitan orang ketiga iaitu seorang aktres kacukan, awal Januari lalu.

Tweet Foto Lofa & Fattah Ada Makna Ke?
TINGGAL KENANGAN… Saat-saat bahagia #Lofattah yang kerap dipamerkan menerusi laman sosial mereka.

Namun, sehingga hari ini, Lofattah masih dikaitkan bersama sehinggakan kelab peminat mereka sehinggakan ada yang sanggup membuat solat hajat semata-mata mahu lihat mereka kembali bersama semula!

Tidak cukup dengan itu, malah kisah cinta tak kesampaian Lofattah ini juga mendapat campur tangan adik-beradik dan bakal abang iparnya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Masing-masing meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap Fattah secara terang-terangan menerusi media sosial.

Bagaimanapun, hari ini Neelofa telah memuat naik satu status dan gambar yang bersifat kriptik di akaun Twitternya.

Tweet Foto Lofa & Fattah Ada Makna Ke?

Gambar yang menunjukkan Neelofa dan Fattah sebagai karakter Wardah dan Kapten Ejaz itu diberi kapsyen berbunyi: “Dear fans, dont assume or worry to much, no matter what happens, we will always stick together as friends. Spread positivity & love, always ❤” (Kehadapan para peminat, usah membuat andaian atau terlalu risau, apa-apa pun yang berlaku, kami akan sentiasa menyokong satu sama lain sebagai sahabat. Sebarkan positiviti dan kasih sayang, sentiasa❤).

Hmm, tak boleh move on ke, dik?

Seperti biasa, tweet yang di-retweet sebanyak 2.4 ribu setakat ini itu menerima respon bercampur daripada netizen.

Ada yang memandang tweet Neelofa itu daripada sudut positif:

“@aizatulaqilaa: @Neelofa kesian you asyik kena jawab benda yang sama je kat fans. No worries. I still pemakai Naelofar Hijab tegar ♥️ stay strong pretty!”

“@hudanasir0707: @Neelofa ada hak untuk berkata-kata caption di atas…no worry dear lofattah fans dapat rasa apa yang sebenarnya antara kalian..peace..much love :).”

“@nurlie78: @Neelofa @fattahamin maybe we are not worry. But we are concerned to much & in the end Allah will guide both of u and Us fans to the right path.”

“@AsmaaYusof: @Neelofa aaa sweet gilerryess friends last longer..and foreverrr!!”

“@aishahnurhakim: @Neelofa saya pun selalu eja too tertinggal satu o. Lofa, awak bijak dan berjaya. Tak perlu bimbang harapan peminat.”

Dan, tak ketinggalan juga yang mencemuh tweet Neelofa itu sebagai berita tak penting dan tak kurang juga yang menggunakan peluang ini untuk ‘membahan’ kiriman aktres cantik tersebut:

“@tarmiziwahab: @Neelofa dear sis neelofa, truthfully we don’t care.”

“@MulutChili: @Neelofa Fattah even never make any statement for relationship of u guys, he just steady, being cool, he do know how to being  professional.”

“@MissEika: @Neelofa hahaha…so funny…dah desperate sangat ke nak pancing undi fans…kesian…”

“@miruljmie: @Neelofa Dear fans, dont assume or worry to much. Hari ni kita nak buat solat hajat berapa rakaat untuk #lofattah?”

“@syedkasyah: @Neelofa This shows that u yang tak move on actually. Still nak bring up the story yang dah basi. This is reality not drama sis. Diam je dah..”

Sebenarnya, kami setuju dengan statement terakhir yang di atas ini.

Pada pandangan kami, Neelofa patut mencontohi pendirian Fattah yang mengambil pendekatan gentleman dengan berdiam diri sahaja meskipun menerima tekanan bertubi-tubi daripada peminat untuk menjelaskan situasi yang berlaku di pihaknya.

Bukan apa, nampak sedikit seperti Neelofa yang tidak mampu move on daripada Fattah kerana pihaknya acapkali ‘cari pasal’ dengan mengaitkan dirinya dengan aktor itu! – MYNEWSHUB.CC

Rumahtangga Nazim Othman & Bella Dally Bermasalah?

in Artis/Utama & Sensasi

KECOH menerusi forum-forum dan portal media hiburan tempatan hari ini apabila berita yang melaporkan perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally yang dikatakan sedang bergoyah.

Pasangan yang berkahwin pada 10 September 2016 ini sememangnya sering memuat naik gambar mereka bersama sejak sebelum berkahwin lagi.

Namun, jika tiada angin meniup, masakan pokok bergoyang: spekulasi rumahtangga mereka dilanda ribut ini timbul apabila peminat menyedari satu perubahan drastik yang ditunjukkan pasangan sama cantik sama padan ini menerusi media sosial mereka:

Bella telah memadan semua gambar mereka bersama di laman Instagramnya!

Malah, Bella kini lebih banyak berkongsi gambarnya bersendirian kebelakangan ini.

Rumahtangga Nazim Othman & Bella Dally Bermasalah?
Ramai peminat yang terkejut dan sedih dengan berita ‘masalah’ rumahtangga Bella Dally dan Nazim Othman.

Lebih mendatangkan kecurigaan, Bella juga telah bertindak memadam gambar mereka berbulan madu di Bali, Indonesia tahun lalu.

Mungkin netizen yang terlalu skeptikal tentang situasi rumahtangga Bella dan Nazim, mana tahu mereka cuma bertengkar kecil sahaja?

Sementara itu, mungkin terkesan dengan spekulasi tersebut, hari ini Nazim telah memuat naik satu video nyanyiannya di Instagram yang ditujukan khas buat isteri tersayang:

Hye @belladally

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

So sweet!

Di samping itu, Bella dan Nazim juga menerima sokongan yang tak putus-putus daripada peminat mereka:

“@zck___: Whatever it is i’ll always pray for u both happiness. Cos korang sweeeet dan serasii gileeee 😊😊.”

“@karen_von94: Semoga kekal bahagia selamanya..@nazimothman and kak @belladally.”

“@79_hotmama: Semoga berbahagia sampai ke jannah @nazimothman & @belladally”

“@wanieydawson_: Semoga kekal bahagia selamanya 😊@nazimothman @belladally 💕.”

“@indigo_isblue: Jangan jadi macam yang digembar gemburkan..my fav couple ni😢.”

“@nureyja_: Semoga kekal bahagia sampai ke jannah… Aminnn… Tetap support abang @nazimothman dan kak @belladally…”

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak Nazim mahupun Bella, namun kami andaikan ini mungkin hanya kes ‘merajuk’ yang minor sahaja.

Lagipun, usia perkahwinan mereka masih terlalu baru. Mungkin ini merupakan tempoh penyesuaian diri bagi kedua-dua mereka.

Inilah adat perkahwinan, bukan sentiasa gembira dan tidak dilanda badai dan ujian. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. – MYNEWSHUB.CC

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

in Artis/Utama & Sensasi

BETULLAH pepatah Inggeris ‘sex sells’ (seks melariskan) kerana selebriti-selebriti ini mempertaruhkan keseksian serta tubuh badan yang menggiurkan untuk mendapat tempat di dalam industri hiburan Indonesia.

Meskipun merupakan negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, namun Indonesia tidak ‘sunyi’ daripada kisah-kisah selebriti wanita mereka yang tidak segan-silu bergaya erotik sama ada di dalam media tempatan mahupun media antarabangsa.

Ini merupakan senarai 10 wanita terseksi republik itu:

1. Indah Kalalo

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia
Indah Kalalo merupakan pelakon, pengacara dan model seksi yang terkenal dengan filem-filem dan sinetron seperti Pesan Dari Surga, Belahan Jiwa, Aku Bukan Aku, Taubat, Malin Kundang dan Miss Lina.

Indah sudah berkahwin dengan jejaka Australia bernama Ibrahim Justin Werner dan merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Ayanna Rose Werner, Byron Benjamin Werner dan Tigerlily Grace Werner.

2. Aura Kasih

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia
Sanny Aura Syahrani atau lebih dikenali di Indonesia sebagai Aura Kasih ini memulakan kariernya sebagai finalis dalam pertandingan ratu cantik Miss Indonesia 2007, sebelum terjun ke dunia nyanyian.

Keseksian Aura ini mungkin menyebabkan dia dikhabarkan menjadi pencetus keruntuhan rumahtangga Pasha Ungu dan isterinya serta Mike Lewis dan Tamara Bleszynski.

3. Farah Quinn

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Farah Farhanah atau Farah Quinn merupakan chef selebriti Indonesia, pemilik restoran dan personaliti media yang popular dengan rancangan masakan.

Farah meminjam nama keluarga bekas suaminya yang berwarganegara Amerika Syarikat, Carson Quinn.

4. Sandra Dewi

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Monica Nicholle Sandra Dewi Gunawan Basri atau Sandra Dewi merupakan model dan pelakon Indonesia yang berbangsa Cina dan Jepun. Dia juga sering dipilih menjadi duta produk-produk tempatan dan Asia Tenggara.

Selain bergelar anak hiburan, Sandra Dewi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perhubungan daripada Universiti London ini juga memegang jawatan pengarah syarikat hartanah PT Paramount Land.

5. Dwi Putrantiwi

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Dwi Putrantiwi ialah seorang aktres dan model dan mula mendpaat perhatian peminat menerusi filem seram Tali Pocong Perawan dan beberapa sinetron tempatan. Wanita berusia 33 tahun ini sudah menikah dengan vokalis kumpulan Tiket, Christian Baskara.

6. Julia Perez

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Julia Perez atau lebih popular sebagai Jupe merupakan aktres, penyanyi dangdut, model, DJ radio dan calon parti politik sememangnya digelar simbol seks Indonesia oleh kerana gaya ‘berani mati’nya sama ada di atas pentas, di dalam kaca televisyen ataupun di muka depan majalah, khususnya majalah untuk lelaki seperti FHM dan Maxim.

Malah, Jupe pernah dicalonkan sebagai salah seorang daripada 100 Wanita Terseksi Dunia.

7. Sarah Azhari 

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Sarah Azhari merupakan seorang pelakon dan model. Dia merupakan salah seorang daripada empat beradik Azhari iaitu Ayu Azhari, Ibra Azhari dan Rahma Azhari yang kesemuanya berkecimpung dalam bidang seni. Sarah lebih dikenali sebagai model berbanding berlakon atau menyanyi.

Sarah sering mencetuskan kontroversi kerana gemar berpakaian ‘tidak cukup kain’ selain penyebaran gambar bogelnya beberapa tahun lalu.

8. Ratu Felisha

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Ratu Felisha memulakan kariernya sebagai model, sebelum terjun ke dunia sinetron. Namanya mulai dikenali ramai selepas gambar-gambarnya beraksi nakal di dalam majalah FHM.

Selepas membintangi beberapa buah sinetron, namanya mulai melambung apabila filemnya, Buruan Cium Gue mengundang kritikan orang ramai pada tahun 2004 lalu kerana dilihat sebagai memberi pengaruh yang buruk kepada belia.

9. Cynthiara Alona

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Cynthiara Alona merupakan seorang model dan aktres. Dia memulakan kariernya ketika berusia 17 tahun dengan menjadi model dan bintang iklan sebuah produk bank. Dari situ namanya mulai menyinar sebagai model.

Kemudian dia terjun ke dalam dunia lakonan dengan membintangi filem Kutunggu Jandamu dan sinetron Cinta Jangan Buru-Buru bersama Nia Ramadhani dan Mike Lewis.

10. Tiara Lestari

Waduh! Senarai 10 Selebriti Terseksi Indonesia

Tiara Ayu Lestari ialah seorang model wanita yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Namanya mula menjadi perbualan hangat di Indonesia pada tahun 2005 apabila perkhabaran mengenai Tiara bergambar dalam keadaan telanjang untuk majalah Playboy dan Penthouse tersebar. – MYNEWSHUB.CC/SK

Nabil Dan Zira ‘Comolot’ Di Venice

in Artis/Utama & Sensasi

SERONOK sungguh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dan isterinya Zira bercuti di beberapa lokasi menarik di Eropah.

Semuanya kelihatan baik sahaja; pasagan itu berkongsi bersama peminat gambar-gambar mereka bersiar-siar di Rome dan Pisa di dalam akaun Instagram @nabilzira mereka dan kelihatan sangat in love seperti pasangan baru berkahwin.

😍😘 @kopi_k_sendiri @zira.ayub

A photo posted by Nabilzira (@nabilzira) on

Tapi yang tak seronoknya, adalah sekeping gambar yang kelihatan tidak manis untuk ditunjukkan kepada umum.

Selepas  Che Ta dan Zain Saidin serta Awal Shaari dan Scha Al Yahya yang mencetuskan kontroversi ‘comolot’ tanpa segan silu di media sosial, kini giliran Nabil dan Zira pula mempamerkan kemesraan mereka.

Nabil Dan Zira 'Comolot' Di Venice

Dirakamkan dan dimuat naik di Instagram oleh jurugambar Asyraf Manan, Nabil yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat berkucupan bibir dengan isterinya semasa menaiki gondola di Venice, Itali.

Amboi!

Walaupun Venice tu memang digelar Kota Romantik dan jauh pula daripada tanah air, tapi itu tak bermakna pasangan suami isteri ini boleh berciuman di khalayak ramai, kan?

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Ahad lalu itu ternyata sekali mencetuskan reaksi negatif peminat. Rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon itu, apatah lagi yang kini sudah bergelar Haji.

Nabil Dan Zira 'Comolot' Di Venice

Difahamkan, Nabil dan Zira berada di Eropah kerana terlibat dalam penggambaran sebuah program terbaru Astro.

Percutian sambil bekerja mereka itu turut disertai oleh seorang lagi alumni Raja Lawak, Jihan Muse serta suaminya, Ungku Hariz.

Malah, Jihan juga sempat ‘mencelah’ kerana gusar jika gambar bercumbuan itu menjadi sasaran peminat. Namun, jurugambar cuma mengiyakan kemungkinan perkara tersebut akan berlaku, seolah-olah sengaja hendak mencari publisiti murahan.

Netizen Kecam Nabil Dan Zira 'Comolot' Di Venice

Jihan juga sempat memberi ‘amaran’ kepada Asyraf agar tidak menyiarkan gambarnya, seperti memberi bayangan bahawa dia dan suami juga tanpa segan silu berciuman untuk dirakam jurugambar.

“Ko jangan upload aku punya. Tu exclusive ;),” komen Jihan pada gambar tersebut.

Netizen Kecam Nabil Dan Zira 'Comolot' Di Venice

Jika Nabil dan Zira melatah dengan kecaman peminat terhadap mereka, rasanya itu sebahagian daripada menjadi figura popular yang setiap pergerakan akan diperhatikan.

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Jikalau sudah tahu ada peminat yang berfikiran sebegitu, kenapa perlu sendiri cari penyakit? Dari satu sudut lain, itu adalah laman sosial milik mereka, jadi suka hatilah hendak muat naik gambar apa pun.

Walaupun tak boleh mahu salahkan Nabil dan Zira seratus peratus dalam hal ini kerana gambar mereka dimuat naik oleh pihak ketiga, tetapi perlukah kisah yang sepatutnya menjadi rahsia dalam ‘rumah tangga’ dibuka dengan sebegini luas? – MYNEWSHUB.CC/SK

Artis Hasilkan Ciptaan Daripada Burung Kakak Tua

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG artis kontroversi, Emily Valentine telah dikecam ramai selepas menghasilkan ciptaan termasuk bra dan skirt berharga RM17,000 yang diperbuat daripada burung kakak tua yang sudah mati.

Emily yang menetap di New Zealand mendakwa dia menggunakan kakak tua yang mati akibat kematian biasa atau terlibat dalam kemalangan.

Dia berhasrat untuk menggunakan wang hasil kutipan penjualan barang berkenaan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan binatang.

Bagaimanapun pengkritik menyifatkan tindakannya itu adalah satu penghinaan terhadap hidupan liar.

Koleksi yang dihasilkan Emily kini dipamerkan di Galeri Janet Clayton di Sydney.

“Saya mahu berdepan dengan mereka yang tidak selesa dan mempersoalkan layanan kami terhadap binatang dan burung serta bagaimana kita membezakan haiwan peliharaan, kesayangan dan haiwan perosak,” katanya ketika menjawab kritikan ramai mengenai karyanya itu.

Penjelasan berkenaan bagaimanapun tidak mampu menghentikan kemarahan ramai terutama pencinta alam yang menyifatkan karya ciptaan Emily itu sebagai menjijikkan. – MYNEWSHUB.CC

“Saya Dan Randy Hanya Kawan Biasa” – Fazura

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Nur Fazura menyifatkan gelaran ‘girlfriend’ yang digunakan oleh DJ dari Amerika Syarikat(AS) iaitu Randy Seidman dalam sebuah video yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, bukan suatu perkara pelik.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata, penggunaan kata itu bukanlah petanda mereka sedang bercinta sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam merujuk kepada kenalan wanita di negara itu.

“Kalau saya di sana (Amerika Syarikat) gelaran girlfriend itu merujuk kepada kawan perempuan. Manakala rakan lelaki mereka merujuk kepada guy friend.

“Jadi bila Randy memanggil saya dengan gelaran girlfriend ia hanya perkara biasa,” katanya memetik blog Rotikaya.

Baca: Plakad Provokasi: Deejay AS Dedah Fazura Kekasihnya

Fazura berkata demikian sebagai mengulas video berdurasi 10 minit yang menyaksikan Randy mempertahankan Islam selepas, melihat dua lelaki memegang sepanduk provokasi bagi melarang kemasukan kemuniti Islam ke negara Uncel Sam itu.

Lelaki itu dilihat melahirkan rasa kesal kerana tindakan terbabit memberikan imej buruk kepada AS dan juga orang Islam, termasuk Fazura yang dirujuk sebagai ‘girlfriend’ dalam video terbabit.

Penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini turut melahirkan rasa terharu di atas sifat kemanusiaan rakannya kerana biarpun berlainan agama, jejaka kulit putih berkenaan sanggup mempertahankan Islam dan penganutnya berhubung isu kontroversi itu. – MYNEWSHUB.CC

Hanez Buat ‘Surprise Birthday’ Suami, Bercuti Bersama

in Artis/Utama & Sensasi

JIKA minggu lalu dunia hiburan tanah air dikecohkan dengan berita aktres Hanez Suraya Abd Aziz, 32, yang dikatakan bakal bercerai dengan suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais, 37, kini Hanez telah tampil memberikan penjelasan mengenai keadaan rumah tangganya dengan cara yang sangat classy.

Sekadar mengimbas kembali, minggu lalu laporan mengenai Hanez memfailkan penceraian mula tersebar baru-baru ini apabila sekeping gambar yang bertulis nama plaintif dan defendan iaitu Hanez Suraya dan Romie di mahkamah syariah.

Namun, Hanez tidak menghadirkan diri mahkamah, sebaliknya hanya mewakili peguamnya. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Hanez, pada masa yang sama dia turut meminta maaf kerana mengambil langkah mendiamkan diri sebelum ini.

Baca: “Kami Masih Bahagia” – Hanez Suraya

Memilih untuk membuat penjelasan tersebut melalui akaun Instagram miliknya, Hanez memuat naik gambar bersama suaminya dengan pose romantis beserta kapsyen mengharapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan hubungan mereka.

Assalammualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kpd semua pihak sekiranya saya mengambil langkah utk berdiam.. Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa utk mencari ruang utk tenang.. Tiada apa yg saya ingin jelaskan di atas apa yg terjadi.. Sememangnya kami hanya manusia biasa yg tidak lari dr melakukan kesilapan.. Cuma apa yg penting antara saya dan suami saya kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa2 yg berlaku.. Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal.. Apa yg terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi2 yg menjadi tokok tambah dr pihak2 tertentu.. Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yg berlaku ini.. Terima Kasih di atas sokongan2 kuat dr pihak keluarga, rakan2 rapat, media dan fans di luar sana yg sentiasa memberi semangat dan mendoakan yg baik2 utk kami.. Assalammualaikum #doakanyangbaikbaik

A photo posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on

Menerusi kapsyen gambar itu, Hanez menjelaskan bahwa mereka berdua hanya manusia biasa dan mahu menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka secara peribadi tanpa pembabitan pihak luar.

Hanez dan Romie ketika ini dilihat sedang bersungguh-sungguh berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka apabila Hanez melakukan ‘surprise’ sempena hari lahir suaminya itu.

Ibu kepada Putri Aleesya, 1, ini turut memuat naik dua buah video merakamkan majlis yang santai dan tampak romantis itu, di mana dalam salah sebuah video itu Hanez sempat bergurau menyuruh Romie meletakkan wajahnya ke arah percikan api semasa suaminya bertanya cara untuk meniup bunga api yang menghiasi kek hari lahirnya, sebelum kedua-duanya tertawa.

Happy Birthday Suami ku syg.. Semoga pjg umur n dimurahkan rezeki.. Ini je mampu i buat utk u.. Harap u happy ya syg.. ❤️🎂

A video posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on

Bukan itu sahaja, Hanez turut mengabadikan percutian mereka di Cameron Highlands di dalam Instagram.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik, jelas di wajah pasangan ini bahawa sememangnya masih wujud ketabahan dan perasaan sayang di antara satu sama lain.

💚

A photo posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on

✌🏻

A photo posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on

Majoriti peminat Hanez turut memberikan kata-kata semangat dan tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan pasangan yang bernikah pada 14 Mac 2015 ini:

“@prettymakeup.co: Semoga bahagia hingga Jannah.”

“@norhayati.tajuddin: Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin.”

“@aisyahn1175ecah: Moga bahagia hingga ke syurga wahai puan hanez suraya.”

“@emmaemilylavigne: 😍😍😍 moga berbahagia Kak Hanez.” – MYNEWSHUB.CC/SK

Tun M Terdesak Perguna Artis Untuk Politik?

in Artis/Politik/Utama & Sensasi

ALAHAI… Gagal ‘menumpang’ populariti otai DAP, Lim Kit Siang yang tidak berapa gah itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini terpaksa pula mempergunakan artis tempatan untuk tujuan politik sempit.

Semalam nama penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza tular apabila konon dikaitkan bakal jadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Terbaharu, sekeping foto memaparkan beberapa lagi artis Melayu bertemu dan bergambar mesra dengan Pengerusi PPBM itu kecoh menjadi tular dalam kalangan netizen media sosial khasnya penyokong totok propembangkang.

Bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya, Mahathir yang kini terpalit pendedahan semula skandal BMF dan tawaran ‘gila’ Kit Siang bakal Timbalan Perdana Menteri, cuba memperbaiki imej rosak dirinya.

Beliau tiba-tiba sanggup ‘berswafoto’ dengan artis popular antaranya Rozita Che Wan, Zain Saidin, Wak Doyok, Ruhainies, Tasha Shiela dan ramai lagi yang dikenali begitu mengagumi ketokohan Mahathir sebagai negarawan.

Memang suatu kelaziman artis memiliki ramai peminatnya jika hendak dibandingkan dengan ahli politik, maka inilah peluang mahu mengeksploitasi mereka untuk memperdayakan rakyat konon PPBM pun disokong artis!

Baca: Artis Tubuh Kelab Sokong Perjuangan UMNO

artis-Mahathir

Terbukti strategi itu berjaya apabila sepanjang hari ini tular melalui laman sosial memaparkan gambar artis berjumpa beliau ‘hangat’ dikongsi sehingga menenggelamkan pelbagai cerita buruk mengenai Mahathir.

Konon mereka bertemu semata-mata membincangkan mengenai topik perkongsian dua hala. Timbul juga persoalan adakah artis terbabit memang propembangkang kerana selama ini sering muncul dalam acara anjuran kerajaan?

Boleh jadi juga barisan artis ini bakal menjadi jentera kempen Mahathir bersama-sama pembangkang diterajui DAP, parti yang dikutuk oleh beliau sebagai rasis cauvinis untuk menumbangkan kerajaan Islam BN diketuai UMNO.

Maklumlah kerjasama Mahathir dengan DAP, yang diketahui tidak membela masyarakat Melayu sebagaimana berlaku di Pulau Pinang sejak 2008; telah menyebabkan sokongan Bumiputera Islam terhadap beliau merudum.

Jika ini benar, maka amatlah malang apabila ada sanggup biar diri diperalat demi kepentingan politik pembangkang yang diketahui selama ini tidak pernah prihatin menjaga kepentingan artis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Hanez Suraya Fail Permohonan Cerai

in Artis/Utama & Sensasi

PERSOALAN mengenai nama pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin yang tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam akhirnya terjawab.

Dikhabarkan, pelakon Autumn Di Hatiku ini telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang berusia 37 tahun di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, Hanez, 32 tidak hadir ke mahkamah dan membuat permohonan tersebut menerusi peguamnya.

Namun, Hanez dilaporkan masih bertindak ‘berdiam’ diri dan sehingga kini tiada penjelasan berhubung perkara terbabit.

Baca: Nama Hanez & Suami ‘Muncul’ Di Mahkamah Syariah?

Pergolakan rumah tangga Hanez pernah menjadi liputan meluas beberapa bulan lalu namun dikhabarkan pasangan itu dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun baru-baru ini.

Difahamkan, Hanez pernah meluahkan keinginannya untuk kembali aktif berlakon awal tahun ini namun suaminya tidak memberi keizinan untuknya kembali ke dunia hiburan.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Elizabeth Tan Akui Rapat Dengan Usahawan Melayu

in Artis/Utama & Sensasi

TERKEJUT jadinya apabila muncul perkhabaran menyatakan Elizabeth Tan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan seorang lelaki Melayu.

Bagaimanapun, Elizabeth tampil menafikan khabar angin yang bertebaran luas itu.

Pun begitu, Elizabeth akui sedang rapat dengan seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu sejak beberapa bulan lalu.

“Memang benar saya berkawan dengan seseorang. Tetapi kalau nak kata kekasih status itu masih terlalu awal kerana kami baru saja berkenalan, sekitar November lalu.

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan dialah lelaki paling rapat dalam hidup saya.

“Namun begitu, berita mengatakan kami mahu berkahwin dalam masa terdekat dan dakwaan kononnya saya mahu berhenti menyanyi selepas berkahwin adalah tidak benar,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Bercerita mengenai hubungannya itu, Elizabeth memberitahu dia pernah beberapa kali keluar bersama jejaka berkenaan dan sikap kelakar lelaki itu membuatkan dirinya terpikat.

Sementara itu, Elizabeth memberitahu, sekiranya dia berkahwin dia tiada akan membuat sebarang pengumuman awal seperti artis lain. – MYNEWSHUB.CC

Wan Azlyn Pecah ‘Monopoli’ Shila Amzah

in Artis/Utama & Sensasi

NAMA Wan Azlyn Maashah atau Darling mungkin tidak begitu dikenali dalam dunia hiburan Melayu, tetapi tahukah anda dalam masyarakat Tionghua terutama di utara semenanjung, nama beliau kini mula menjadi sebutan dan ‘rebutan’ promoter persembahan di sana.

Bahkan cakap-cakap mula kedengaran yang nyanyian serta kehebatannya membawa lagu-lagu Cina daripada pelbagai dialek jauh lebih hebat daripada Shila Amzah, penyanyi negara yang sedang mencipta nama di China ketika ini.

Siapa sangka penyanyi bersuara lemak merdu dan gemersik ini rupa-rupanya masih bersekolah di Tingkatan Lima sedangkan suaranya jauh lebih matang daripada usianya.

Ketika ditemui secara eksklusif oleh Mynewshub baru-baru ini, Darling awal-awal lagi menepis ‘cakap-cakap’ yang dirinya sedang mengejar populariti Shila atau lebih tepat, hendak ‘membayangi’ anak penyanyi terkenal ND Lala itu.

Wan Azlyn Pecah 'Monopoli' Shila Amzah

“Mungkin kerana saya pun lebih dikenali kerana mendendangkan lagu-lagu Cina maka timbul persepsi sebegitu. Hakikatnya dari segi lenggok suara, umur dan pengalaman, kami jauh berbeza. Yang pasti sudah tentu saya mahu dikenali dengan imej sendiri, Wan Azlyn adalah Wan Azlyn dan Shila adalah Shila.

“Secara peribadi saya juga mengagumi beliau tetapi pada masa yang sama saya tidak mahu membayangi atau dibayangi sesiapa. Saya tekad untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk peminat muzik tanah air. Persaingan ini bagi saya cukup sihat dan mengujakan,” kata Darling sambil tersenyum.

Antara fakta menarik mengenai Darling, dia yang bersekolah di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkien, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

Suara Darling yang pernah muncul Naib Juara pertandingan nyanyian Idola Kecil pada tahun 2012, kini sering berkumandang di stesen-stesen radio terkenal apabila tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral berjudul Takkan Ada ciptaan komposer, DJ Fuzz.

Menyentuh mengenai perancangan pada 2017, Darling berkata, selain sibuk menghadapi persediaan untuk peperiksaan SPM, dia juga bakal terbang ke China untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian di negara tembok besar itu.

Wan Azlyn Pecah 'Monopoli' Shila Amzah

“Kelihatan seperti jadual saya cukup sibuk apatah lagi hendak memenuhi permintaan untuk mengadakan show di seluruh negara, namun saya merasa cukup bertuah dengan kehadiran ayah yang sentiasa menyusun perjalanan karier seni saya hingga membolehkan semua benda yang dirancang berjalan dengan baik dan teratur.

“Paling penting saya kena jaga semua sudut…daripada aspek nyanyian, pelajaran hinggalah dari segi penampilan kerana walaupun sering dijemput menyanyi di pentas anjuran masyarakat bukan Islam, saya telah diajar dan diasuh untuk tidak sama sekali berbuat sesuatu yang dilarang oleh agama dan budaya kita orang timur,” katanya mengakhiri perbualan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat Darling, bolehlah menghubungi pengurusnya talian 011 10696756. – MYNEWSHUB.CC

Hunny Madu Hasilkan Produk Lipstik Sendiri

in Artis/Utama & Sensasi

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara Hunny Madu memberitahu sudah tiba waktunya untuk dia serius melibatkan diri dalam cabang perniagaan setelah sekian lama mencipta nama dalam bidang seni.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 32, berkata, menyedari kematangannya itu, dia kini baru sahaja mengeluarkan produk pertama atas MaduCosmetics iaitu gincu bibir.

“Menyedari usia kematangan saya di dalam bidang seni, saya kini baru terfikir nak berniaga dengan mengeluarkan produk atas jenama sendiri.

“Sebagai permulaan, saya mengeluarkan produk gincu bibir dalam pilihan tujuh warna menawan yang dipilih oleh saya sendiri dengan jenama MaduCosmetics,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Dalam pada itu kata Hunny, dia memilih gincu bibir adalah kerana keghairahannya pada produk kosmetik itu yang menyerlahkan identiti dirinya sebelum ini.

Tambahnya, produk itu berasaskan bahan semula jadi yang pastinya selamat digunakan tanpa campuran bahan kimia membahayakan.

Katanya, buat masa ini gincu tersebut hanya boleh dibeli menerusi laman sosial Instagram (IG) iaitu maducosmetics sahaja.

“Memandangkan perniagaan saya baru sahaja bermula, saya memilih untuk menjualnya di IG kerana platform itu sangat membantu selain menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit,” katanya.

Katanya sejak diperkenalkan awal Disember lalu, produk itu mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kerana warna yang diketengahkan berbeza dengan gincu bibir sedia ada di pasaran.

Ditanya tidakkah dia bercadang untuk mengeluarkan produk wangian sepertimana trend sesetengah artis, Hunny ada perancangan tersendiri.

“Memang ada perancangan ke arah itu apatah lagi saya mula seronok dalam lapangan perniagaan ini tetapi biar ia berjalan satu persatu.

“Kalau boleh saya mahu keluarkan dulu bedak asas, mascara dan warna pembayang mata atas jenama MaduCosmetics dalam usaha menjenamakan lagi jenama itu di pasaran tempatan,” katanya. – mStar Online

Tan Sri SM Salim Kritikal Sakit Tua

in Artis

PENYANYI lagenda negara, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, dikhabarkan dalam keadaan kritikal akibat sakit tua.

Mstar melaporkan penyanyi lagu Apa Dah Jadi itu berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi tadi sehingga terpaksa diberi alat bantuan pernafasan.

Anaknya, Shamsul Salim, 51, berkata, ayahnya menunjukkan kesukaran bernafas kira-kira 10 malam Selasa dan diberi alat bantuan pernafasan hingga petang tadi.

“Alat bantuan pernafasan sudah dibuka petang tadi dan ayah boleh bernafas macam biasa namun dia tidak sedar diri dan dalam keadaan tenat.

“Semua keluarga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya.

Penyanyi tersebut kini berada di rumah salah seorang anaknya di Ukay Perdana, Ampang dan doktor yang merawatnya juga tidak boleh berbuat apa-apa susulan keadaannya yang sudah uzur serta usia semakin lanjut.

Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu klasik ini lumpuh akibat sakit saraf sejak 17 tahun lalu dan pergerakannya terbatas menyebabkannya terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak. – MYNEWSHUB.CC

Hantar Segera Puisi Rohingya, Artis Popular Sedia Bacakan

in Artis/Utama & Sensasi

PERSATUAN Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) masih membuka peluang kepada orang ramai menghantar puisi untuk dibacakan oleh artis dan selebriti tempatan dalam program amal Doa Untukmu Rohingya pada 1 Januari 2017.

Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, acara amal yang akan diadakan di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur itu bakal mencatat sejarah tersendiri kerana para artis yang diundang akan membaca 100 puisi terpilih ciptaan orang ramai bertemakan keamanan dan kesejahteraan.

“Pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai yang berbakat dalam penulisan puisi untuk menghantar karya mereka yang asli secepat mungkin untuk dipilih dan akan diagih-agihkan kepada artis-artis tertentu bagi menjayakan projek amal ini,” katanya kepada mStar Online.

Hantar Segera Puisi Rohingya, Artis Popular Sedia Bacakan
Erra Fazira antara artis yang sudah mengesahkan mengambil bahagian dalam kerja amal ini.

Katanya, puisi yang dihantar hendaklah tidak lebih 100 patah perkataan dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya seni lain.

Puisi-puisi berkenaan boleh dihantar ke e-mel WHAM iaitu [email protected] atau ke akaun Facebook iaitu www.facebook.com/wartawanhiburanfanpage.

Dijangka lebih 1,000 artis termasuklah karyawan seni, budayawan, pemuzik, pelakon dan penyanyi akan terlihat dalam Doa Untukmu Rohingya ini yang akan berlangsung selama 10 jam bermula 2 petang.

Ia bertujuan memupuk sikap kebersamaan dalam mengenang nasib masyarakat Rohingya yang diperlakukan dengan kejam oleh tentera Myanmar.

Antara artis yang sudah mengesahkan kehadiran mereka dan sedang menanti puisi ciptaan peminat ialah Datuk Hattan, Erra Fazira, Azharina, Datuk Jamal Abdillah, Johan As’ari, Datuk Rosyam Nor, Tasha Shilla dan Zarul Husin.

Artis lain yang akan turut serta ialah Mia Ahmad, Zaiton Sameon, Aizat Amdan, penyampai berita Saiful Nizam Ismail, Deejay Lin dan Nabil Ahmad.

Puisi yang dihantar hendaklah turut menyediakan nama, alamat dan nombor telefon penulis dan perlu dikirimkan sebelum Sabtu ini. – mStar Online

Farah Asyikin Bakal Nikah Kali Ketiga 7 Januari Ini

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN pernah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu, itu bukan penghalang buat bekas penyanyi Farah Asyikin untuk menemui cinta baharu.

Ini kerana, Farah memaklumkan dia sekali lagi akan mendirikan mendirikan rumah tangga pada 7 Januari depan dengan seorang pengurus besar syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51.

Majlis pernikahan itu akan berlangsung di sebuah pusat komuniti di ibu kota.

Menurut Farah, dia mengenali duda anak tiga itu sejak Disember tahun lalu.

“Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya.

“Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya.

“Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.

“Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar.

“Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir.

“Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya.

“Alhamdulillah, anaknya juga dapat menerima saya,” katanya yang merupakan ibu tunggal kepada Ebrahim Owais, 2.

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, Farah memberitahu dia mengenali bakal suaminya melalui kawan yang turut terbabit dalam kerja amal menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf).

Tahniah kami ucapakan kepada Farah dan semoga hubungan ini perkekalan hingga ke syurga.

Sumber: BH Online

Amy Mastura Tidak Terlalu Dedah Hal Keluarga

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Amy Mastura lebih senang mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan privasi keluarganya kepada umum.

Ia merupakan antara petua mengapa dia yang kini berusia 45 tahun itu berjaya mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Kata Amy, atas sebab itu, setiap kali ingin memuat naik gambar keluarga terutamanya melibatkan anak-anak, dia akan meminta izin mereka terlebih dahulu.

”Setiap kali saya memuat naik gambar, kawan-kawan sekolah anak-anak saya yang mengikuti Instgram saya sering beri komen dan sebagai ibu sudah pasti saya tidak mahu membuatkan anak-anak berasa tidak selesa dengan komen yang ditinggalkan,” katanya kepada mStar Online.

Amy berkahwin dengan Alvin Tham Sufian pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana, 15, dan Adalia, 12.

Dia ditemui ketika menjayakan persembahan pada majlis pelancaran produk kecantikan Nyra Skinworks Pearl Foudation di Journal Hotel Kuala Lumpur, di sini, Sabtu lalu.

Nyra Skinworks Pearl Foudation bertindak sebagai bahan asas semula jadi untuk kulit dijual pada harga RM69.90.

Dalam pada itu kata Amy, dia gembira dengan kehidupannya hari ini yang tidak terlalu sibuk dengan kerjaya seni sepertimana pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

“Seronok sebenarnya dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata dan pada saya cukuplah suatu ketika dahulu saya sudah merasai zaman popular dan sekarang tumpuan harus saya lebihkan kepada keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi, suaminya tidak pula menghalang mahupun memaksa untuk dia terus aktif dalam lapangan seni.

amy-mastura-a

Dalam perkembangan lain, Amy kini dalam rangka mempromosikan single terbaharunya berjudul Kalimah.

Dia mengakui mempunyai perancangan untuk melibatkan diri dalam lapangan perniagaan namun masih belum terfikir apakah bentuk perniagaan yang ingin dijalankan.

“Melihat artis-artis berniaga dan mengeluarkan produk sendiri membuatkan hati saya terdetik juga untuk berniaga, tetapi sampai sekarang masih belum terfikir apakah yang hendak saya jual dan keluarkan,” katanya.

Ketika ditanya apakah rahsia pada usia sekarang dia masih kelihatan muda, pelantun lagu Meniti Hari ini tidak banyak berahsia.

“Nak kata rahsia tu tak adalah… sama juga dengan wanita lain yang melakukan rutin mencuci muka dan menjalankan rawatan wajah.

“Cuma mungkin dari satu sudut saya ni seorang yang ceria, positif dan mudah ketawa mungkin membuatkan orang melihat saya seperti awet muda,” ujarnya dengan senyuman. – mStar Online

Lufya Buat Persiapan Nikah Secara Sederhana

in Artis/Utama & Sensasi

PETALING JAYA – Pelakon Lufya Omar memberitahu pembatalan sidang medianya bagi mengumumkan perkahwinan dia dengan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz Oktober lalu bukan kerana hajat untuk berumah tangga berhadapan masalah.

Sebaliknya, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar 31, berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagia yang bakal berlangsung pada November ini.

“Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja.

“Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang,” ujarnya kepada mStar Online.

Lufya mengulas tentang perkembangan majlis perkahwinannya setelah majlis sidang media yang sepatutnya diadakan pada 10 Oktober lalu dibatalkan.

Penyanyi dan pelakon itu mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada Ramadan lalu.

Lufya Buat Persiapan Nikah Secara Sederhana
Kad jemputan majlis perkahwinannya bakal diedar tidak lama lagi.

Sementara itu, Lufya berkata, tarikh sebenar untuk majlis perkahwinan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.

“Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lufya berkata, drama lakonannya berjudul Umairah sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Drama 15 episod itu turut dibintangi oleh Amar Ashraf dan Shah Iskandar. – mStar Online

Awie Terharu Isteri Rapat Dengan Anak-Anaknya

in Artis/Utama & Sensasi

SETELAH hampir sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi rock terkenal Awie berasa lega apabila tiga anak di bawah jagaannya sangat akrab dan menyayangi ibu tiri mereka, Sharifah Ladyana.

Malah, menurut Awie yang juga seorang pelakon, anak-anaknya turut mesra memanggil isterinya dengan panggilan ‘mummy’.

Awie Terharu Isteri Rapat Dengan Anak-Anaknya

Pada masa yang sama, Awie akui terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan isterinya dalam menjada anak-anaknya.

“Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya ‘mummy’.

“Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya.

“Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik,” katanya.

Awie Terharu Isteri Rapat Dengan Anak-Anaknya

Tambahan pula, Awie memberitahu, isterinya turut membantu menguruskan persekolahan anak-anak.

“Setiap hari dia akan menguruskan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang saya kasihan melihat dia menghantar dan menjemput anak dari sekolah tetapi dia menawarkan dirinya kerana minat dan selesa.

“Antara sebab utama saya mempercepatkan proses perkahwinan ini juga adalah disebabkan perkara ini. Saya nak pastikan anak-anak tidak berasa kekurangan atau ketinggalan serba-serbi,” katanya lagi.

Tiga anak yang berada di bawah jagaan Awie ialah Puteri Aleeya Antasha, 16; Puteri Aleefa Antasha, 14; dan Putra Ahmad Merrah,9.

Manakala, dua lagi anaknya berada iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8; dan Puteri Qasseh Antasha, 6, tinggal bersama ibu mereka Rozana Misbun.

Awie dan Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober lalu di Songkhla, Thailand. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Netizen Persoal Imej Isteri ‘Haji’ Nabil Tak Bertudung

in Artis/Utama & Sensasi

DEK kerana gelaran ‘Haji’ yang disandang, isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad, iaitu Zira menerima tempias apabila penampilan tidak bertudungnya dipersoal ramai.

Perkara itu diakui oleh Nabil sendiri hinggakan dia pernah diminta oleh insan di sekeliling supaya menasihati isterinya untuk menutup aurat.

Pun begitu bagi Nabil, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang memberi tekanan kepadanya juga keluarga.

Netizen Persoal Imej Isteri 'Haji' Nabil Tak Bertudung

Menurut Nabil, dia ada berbincang hal itu dengan isterinya namun dalam pada yang sama, tidak mahu bersikap terlalu mendesak.

“Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.

“Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.

“Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia,” katanya kepada BH Online.

Jelas Nabil, isterinya juga tahu persepsi orang ramai terhadap dirinya dan sentiasa peka untuk berpakaian longgar. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

Hero Winter Sonata Timang Anak Sulung, Di Usia 44 Tahun

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan kepada hero Winter Sonata, Bae Yong-joon dan isterinya, Park Soo-jin yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka, semalam.

Soo-jin yang juga merupakan aktres dan penyanyi terkenal di Korea Selatan melahirkan anak lelaki di sebuah klinik swasta.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh agensi pengurusan Yong-joon, Keyeast Co.

Hero Winter Sonata Timang Anak Sulung, Di Usia 44 Tahun

“Soo-jin melahirkan bayi lelaki di klinik perbidanan di Gangnam. Kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2015 di sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul.

Pada April lalu, Soo-jin mengumumkan dia sedang hamil anak pertama.

Yong-joon, 44, merupakan nama bintang tersohor di Korea selepas berjaya mencetuskan fenomena negera itu menerusi drama Winter Sonata.

Winter Sonata yang merupakan drama bersiri pertama Korea yang popular di Malaysia juga terkenal di beberapa negara lain.

Aktor kacak itu kini sibuk dengan agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment selaku pemegang saham utama. – MYNEWSHUB.CC

Sofi Jikan Jual Minyak Hitam Akibat Tiada Tawaran Berlakon

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Sofi Jikan memberitahu kekurangan tawaran berlakon sejak tiga tahun lalu mendorongnya ceburi bidang perniagaan dengan jual minyak silinder atau minyak hitam jenama Aerorev.

Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Sofi Jikan, 46, menganggap rezeki yang kurang dalam bidang berkenaan mendorong dia kepada bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama keluarganya.

“Saya sudah tidak ada tawaran berlakon sejak dua, tiga tahun lalu dan disebabkan itu saya mula beralih ke bidang perniagaan.

“Sekarang saya sibuk menjual minya hitam dan Insya-Allah pada 27 Oktober ini saya akan lancarkan minyak wangi Rockstar bagi lelaki dan Superstar bagi wanita pula,” ujarnya kepada mStar Online.

Sofi Jikan Jual Minyak Hitam Akibat Tiada Tawaran Berlakon
Barisan pelakon utama Rock Bro.

Sofi yang ditemui pada malam gala filem Rock Bro arahan Mamat Khalid pada Khamis.

Pelakon ini berkata, dia menganggap perjuangannya dalam bidang seni juga sudah semakin hampir ke penghujung.

Katanya, kemunculan pelakon-pelakon baharu yang lebih berbakat dan pakej yang lengkap membuatkan dia semakin sukar mendapat peluang.

“Saya sedar semakin tiada tempat dalam industri kerana kehadiran pelakon-pelakon baru yang lebih bagus dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai artis.

“Saya tidak boleh bertahan, lebih baik saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Lagi pula beberapa tahun dalam industri saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia menandakan lakonan saya tidak cukup bagus,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang lakonannya dalam filem Rock Bro, Sofi berkata, ia merupakan salah satu projek filem yang dianggap istimewa.

Katanya, pengarah filem iaitu Mamat Khalid sendiri merayu agar dia menyertai filem berkenaan.

“Bidang lakonan saya anggap sudah saya kuburkan dalam tanah, jika ada orang yang mahu saya berlakon semula mereka perlu gali tanah itu.

“Mamat Khalid beri tawaran kerana dia sahaja yang benar-benar nampak bakat dan lakonan saya selama ini,” ujarnya.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. yang bakal ditayangkan mulai 27 Oktober ini. – mStar Online

Cico Harahap Tidak Halang Anak Jadi Artis

in Artis/Utama & Sensasi

AKTOR Cico Harahap tidak menghalang jika anak perempuannya, Rindu Nur Fitrah yang kini berumur tujuh tahun ingin menceburi bidang seni sama ada nyanyian atau lakonan.

Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 39, berkata, dia melihat kanak-kanak itu sudah mula berani untuk bercakap dan menunjukkan minat dalam bidang seni.

“Dulu dia pendiam tapi sekarang saya lihat dia semakin berani dan mula menunjukkan rasa minat dalam seni.

“Saya tidak menghalang, malah sentiasa menyokong apa juga yang dia mahu. Kalau dia ingin masuk dalam industri seni saya tiada masalah dan bersedia untuk memberi bimbingan kepadanya,” ujarnya kepada mStar Online.

Cico telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Fuziani Abdullah pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand, namun bercerai pada 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Cico berkata, dia kini menghabiskan masa bekerja di taman-taman laut di negeri Terengganu.

Katanya, dia terpaksa berulang-alik antara Kuala Lumpur ke Terengganu setiap dua minggu bagi melihat keadaan anak dan ibunya, iaitu penyanyi veteran, Uji Rashid.

“Lakonan sudah semakin perlahan, saya banyak habiskan masa di Terengganu membangunkan taman-taman laut di sana.

“Anak saya dijaga oleh ibu saya di Kuala Lumpur, jadi jika ada kelapangan dua minggu sekali saya akan balik melihat mereka.

“Ibu pernah menyatakan hasrat untuk ikut pindah ke Terengganu, namun apabila difikir balik banyak kenangan manis kami di sini,” ujarnya.

Ditanya tentang keadaannya membesarkan anak tanpa bantuan isteri, Cico berkata, dia berterima kasih kepada ibunya yang banyak membantu dalam menjaga anak perempuannya itu.

“Ibu saya banyak bantu dan jaga anak saya, hubungan kami tiga beranak memang rapat dan anak saya turut dimanjakan oleh neneknya,” ujarnya. – mStar Online

Gangguan Emosi Bawa Hasil Buat Siti Nurhaliza

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tidak menyangka gangguan emosi yang diterimanya ketika merakamkan lagu ‘Menatap Dalam Mimpi’ akhirnya membuahkan hasil positif.

Siti Nurhaliza, 37, berkata, ketika merakamkan lagu yang ditujukan khas buat arwah ayahnya, Taruddin Ismail, dia begitu beremosi sehingga mengganggu fokus nyanyian.

Namun ia memberi hasil apabila lagu tersebut layak dipertandingkan menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22).

“Sememangnya lagu ‘Menatap Dalam Mimpi’ dibuat khas untuk arwah ayah dan cabaran saya ketika menyanyikan lagu ini agak besar kerana emosi saya cukup terganggu.

“Ia disebabkan perasaan rindu yang membuak-buak pada arwah ketika itu sekali gus mengganggu fokus saya pada saat rakaman dibuat.

“Apa-apa pun di situlah penghayatan sebenar yang dapat saya berikan terutama dari aspek vokal dan Alhamdulillah, hari ini menerusi lagu tersebut saya dicalonkan dalam AIM22,” katanya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza ditemui pada majlis sidang media mengumumkan lima calon akhir AIM 22, di Hotel Royal Chulan, di sini, pada Khamis.

Menerusi AIM 22, dia menerima tujuh pencalonan daripada 16 kategori dipertandingkan iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged.

Manakala menerusi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Siti mendapat dua pencalonan iaitu ‘Jaga Dia Untukku’ dan ‘Menatap Dalam Mimpi’.

Siti Nurhaliza AIM 22

AIM22 akan diadakan pada 18 Disember depan.

Dalam pada itu, kata Siti Nurhaliza, dia berkemungkinan akan turut terlibat dalam persembahan pentas pada malam berprestij AIM22 dan kini masih memikirkan idea mengenai konsep persembahan tersebut.

“Kalau boleh untuk AIM kali ini saya mahu berikan suatu persembahan yang berbeza dan diingati penonton tetapi semuanya masih dalam perbincangan kerana membuat persembahan di pentas berprestij seperti ini agak memberi tekanan sebenar,” katanya.

Berkongsi tentang album terbaharu, Siti Nurhaliza kini sedang mengumpul lagu-lagu terbaik dari beberapa komposer tempatan dan Indonesia untuk dirakamkan pada Disember depan.

“InsyaAllah pada November ini saya akan buat sesi pemilihan lagu dan akan memilih 10 yang terbaik pada Disember untuk proses rakaman kerana pada Januari tahun depan saya sasar album ini sudah berada di pasaran.

“Antara komposer yang terlibat selain Aidit Alfian dan beberapa lagi nama hebat tempatan. Komposer dari Indonesia iaitu Opick juga akan memberikan lagunya kepada saya untuk dirakam selain harapan saya agar ada sebuah lagu Inggeris diselitkan menerusi album kali ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti memberitahu cekera padat video (VCD) Konsert Siti Nurhaliza & Friend yang diadakan di Stadium Negara pada 3 April lalu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat. – mStar Online

‘Cukup Sekali’ Bukan Hak Milik Kumpulan Spoon

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kumpulan baharu yang mengetengahkan genre Pop Melayu, Oja & Tunable Band menyangkal single mereka berjudul ‘Cukup Sekali’ ialah lagu yang dicipta untuk kumpulan Spoon pada era 1990-an.

Norule atau nama sebenarnya Norul Fikri Abdul Samad yang merupakan bekas gitaris kumpulan itu berkata, tiada isu perlu ditimbulkan siapa pemilik asal lagu tersebut hanya kerana ia dicipta sewaktu dia masih menganggotai Spoon.

“Apa yang boleh saya katakan, sewaktu lagu itu dicipta, antara saya dan Spoon mempunyai beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan ditambah masa saya bersama kumpulan tersebut agak terhad pada waktu itu.

“Kebetulan pada waktu yang sama saya mempunyai perancangan bersama Oja & Tunable Band untuk projek single dan saya rasa tiada salahnya untuk saya berikan lagu ciptaan saya itu sebagai karya pertama bagi memperkenalkan band ini,” katanya kepada mStar Online.

Norule ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu kumpulannya di Auditorium P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas dekat sini, pada Rabu.

Oja
Oja

Selain Norule, Oja & Tunable Band turut dianggotai oleh Oja (vokalis), Botak (bes) dan dua lagi bekas anggota kumpulan Spoon iaitu Boy (gitar) dan Shahnaz (Drum).

Lagu ‘Cukup Sekali’ mengambil masa lebih kurang setahun dan dirakam sepenuhnya di Tunable Record Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Oja selaku vokalis kumpulan tersebut mengakui agak sukar untuk dia memilih lagu-lagu yang ada di dalam senarai rakaman mereka sebelum dikeluarkan sebagai single pengenalan bandnya itu.

“Sehingga sekarang kami sudah merakam lebih 10 buah lagu di mana ‘Cukup Sekali’ dilihat mempunyai kelebihan untuk diketengahkan terlebih dahulu kerana melodi dan liriknya yang senang diingat,” katanya.

Lebih menarik, biarpun nama Oja & Tunable Band masih hijau dalam industri hiburan tempatan, namun dua buah lagu mereka iaitu ‘Cukup Sekali’ dan ‘Sayang Mengundang‘ telah dipilih untuk menjadi lagu runut filem (OST) ‘Aku Bukan Spy’, sebuah filem kerjasama antara produksi Malaysia dan Indonesia yang akan ditayangkan pada Januari depan.

Oja sebelum ini pernah bergelar penyanyi di era 1990-an dan mempunyai beberapa buah album seperti Anak Jalanan (1992), Oja & Mastura (Ceneke- 1994) serta Oja & Mastura (Apo Salah Eh – 1995). – mStar Online

“Orang Melayu Gemar Cerita Hal Orang” – Fazura

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fazura beranggapan segelintir orang Melayu hari ini lebih gemar untuk bercerita dan memberi komen terhadap seseorang apabila timbul sesuatu isu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, sebagai artis yang sudah lama berada dalam dunia hiburan tanah air, dia sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.

“Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.

“Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai),” katanya kepada mStar Online.

Fazura diminta komen selepas video persembahannya pada konsert Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) awal Oktober lalu menjadi viral apabila nyanyiannya dikatakan sumbang sehingga menerima kecaman daripada netizen.

Menurut penyanyi yang juga ahli perniagaan itu, kritikan negatif yang diterimanya tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang nyanyiannya.

Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) ini bagaimanapun mengakui lagu yang dibawanya iaitu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar bagi penyanyi yang baharu menceburi bidang nyanyian.

“Saya akui lagu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar untuk dibawa bagi penyanyi baru seperti saya. Saya rasa ia satu kesilapan, kerana melakukannya melebihi kemampuan saya,” katanya. – mStar Online

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016

in Artis/Utama & Sensasi

SHAH ALAM – Peserta dari Selangor, Amir menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam Ahad.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 20, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, biasiswa pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), kredit beli-belah bernilai RM5,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Pada peringkat akhir itu, Amir menyampaikan dua buah lagu iaitu Romantis nyanyian asal Spring dan single pertamanya ciptaan Sri Kandi dan Hang Nadim berjudul Pemilik Cinta.

Amir juga menerima trofi Fantasi D’Herbs dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Naib juara pula milik Ammal, 21 yang menyampaikan lagu Bukan Diriku dan lagu baharu yang dicipta oleh DJ Fuzz, Adik Viral, Al Abbas dan Yus Zai iaitu Aku Kejar pada peringkat akhir itu.

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016
Amal (kiri), Amir dan Reshma bersama trofi kemenangan masing-masing.

Ammal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, kredit beli-belah sebanyak RM4,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Tempat ketiga pula milik Reshma, 18, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, kredit beli-belah bernilai RM3,000 tajaan 11 Street dan trofi.

Reshma menyampaikan lagu nyanyian asal Lady Gaga, Bad Romance dan sebuah lagu baharu ciptaan Edry Abdul Halim berjudul Sayang Jadi Benci.

Manakala Ara dan Afi masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Bagaimanapun mereka tidak pulang dengan tangan kosong dan menerima hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM10,000 dan RM5,000.

Mereka juga menerima kredit beli-belah bernilai RM2,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Pengetua AF2016, Datuk Shake.

Turut hadir pada acara itu adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan isteri, Datin Seri Raya Erom.

Dalam pada itu, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengkritik.

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016
Kumpulan KRU membuat kejutan apabila tampil mengadakan persembahan istimewa di pentas Akademi Fantasia 2016.

Pada malam kemuncak itu turut memperlihatkan kemunculan kumpulan KRU mengadakan persembahan lagu medley popular mereka selain Akim & The Majistret dan Indigo.

Ia dihoskan oleh Zizan Razak dan Alif Satar.

AF2016 turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). – mStar Online

Ada Pihak Cuba Aniaya Saya, Niena – Raja Afiq

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pelakon, Raja Afiq, 22, mendakwa ada pihak sengaja mahu aniaya dirinya dan Niena Baharun sehingga sanggup menyamar di aplikasi sosial WhatsApp dengan perbualan kononnya mereka ada hubungan sulit.

Raja Afiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali bagaimanapun enggan terlalu mengambil serius mengenai penyebaran paparan skrin WhatsApp itu memandangkan ia perbualan palsu.

“Perkara itu tidak betul pun. Saya sudah lama tinggalkan grup drama Sayangku Kapten Mukhriz. Ketika masih bersama grup itu pun, saya hanya bertanyakan perkara berkaitan penggambaran

“Secara logiknya, takkanlah Niena mahupun saya ingin bercakap perkara peribadi seperti itu? Kami juga tidak pernah menggunakan kata nama diri adik atau kakak.

“Bagi saya, paparan skrin WhatsApp itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi tujuan mengenakan kami,” katanya kepada BH Online.

Raja Afiq berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran foto paparan skrin grup WhatsApp Sayangku Kapten Mukhriz, kononnya Niena bercerita mengenai hubungan intim mereka.

Sementara itu, kata Raja Afiq, sejak akhir-akhir ini beliau kerap juga menerima maklumat daripada peminat kononnya ada individu yang menyamar sebagai dirinya.

“Individu berkenaan follow (mengikuti) semua pengikut saya di Instagram dan kemudian mengesahkan kononnya saya membuka akaun Instagram baharu. Individu itu mengaku dirinya adalah saya.

“Saya tidak mahu mengambil serius kerana saya percaya, perkara sebegini akan berulang lagi. Asalkan tidak mengganggu kerjaya atau keluarga, saya okay,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, pemuda itu kini sedang menjalani penggambaran drama, Lara Tangisan Ameena, bersama Tiz Zaqyah dan Zarina Zainoordin.

Selain itu, beliau juga terbabit dengan penggambaran telefilem, Trauma, bersempena penganjuran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). – BH Online

Amira Akur Lakonan Dikritik Macam ‘Kayu’

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Amira Othman terpaksa akur apabila berdepan kritikan netizen yang menyifatkan lakonannya seperti ‘kayu’ menerusi drama Abang Bomba I Love You.

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 23, menganggap kritikan terbabit sebagai komen membina yang membantunya mempertingkatkan lagi kemahiran lakonannya.

“Lumrah menjadi anak seni, walau perbuatan sebesar zarah, yang baik mahupun kurang baik pasti ada yang suka dan tak suka.

“Saya anggap baik atau buruk yang timbul dalam karier sebagai asam garam dunia seni.

Saya percaya, setiap perkara baharu yang dilakukan adalah proses pembelajaran.

“Insya-Allah, komen positif mahupun negatif, saya akan terima dengan fikiran terbuka.

Lagipun, saya perlukan pandangan umum dalam memperbaiki lakonan mahupun nyanyian saya,” katanya kepada BH Online.

Drama Abang Bomba I Love You yang turut menampilkan pelakon Hisyam Hamid, Nadya Syahera, Jazlin Puasa dan Roy Azman mula ditayangkan pada 12 September lalu menerusi sebuah stesen televisyen berbayar.

Sejak tayangannya, drama terbitan Global Station itu mendapat kritikan daripada netizen yang menyifatkan persembahan bekas pelajar Akademi Fantasia itu seperti ‘kayu’.

Bagaimanapun, tidak kurang yang memuji dirinya sebagai berbakat walaupun julung kali berlakon.

Sementara itu, Amira berkata, memandangkan dia tiada masa untuk menyertai kelas lakonan, dirinya mengambil pendekatan bertanya dengan pelakon lebih berpengalaman mengenai ilmu lakonan.

Pada masa sama, gadis ini akan memastikan dirinya memahami skrip sebaik mungkin sebelum memulakan penggambaran.

Dalam pada itu, walaupun sibuk dengan aktiviti baharu dalam bidang lakonan, dunia nyanyian masih menjadi keutamaan wanita muda ini.

Malah, dia kini sibuk menjalani promosi single lagu baharunya, Jaga-Jaga. “Saya tidak menolak rezeki berlakon, tetapi nyanyian tetap menjadi keutamaan.

Cuma, saya masih baharu dalam industri seni, jadi saya akan cuba apa saja tawaran yang sesuai untuk melihat sejauh mana bakat saya mampu pergi,” tuturnya. – BH Online

Uqasha Senrose Mahu Berehat Selepas Isu Buka Tudung

in Artis/Utama & Sensasi

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberitahu pelakon kontroversi Uqasha Senrose meminta untuk berehat dalam tempoh tertentu sebelum kembali semula berlakon.

David berkata, pelakon yang baharu sahaja menandatangani kontrak di bawah syarikat pengurusannya Ogos lalu itu akan kembali berlakon selepas dia benar-benar bersedia.

“Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat dan menenangkan fikiran.

“Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia kembali semula berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu dia bersedia dahulu,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, tawaran untuk menyertai syarikat pengurusan itu dibuat sebelum aktres itu mencetuskan kontroversi dengan kembali membuka hijab.

“Uqasha sebelum ini memang dari pengurusan kami dan dia pertama kali berada dalam industri dengan filem pertamanya bersama MIG berjudul Paku.

“Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri,” ujarnya.

Tambah David, dia sudah merancang beberapa filem dan drama untuk pelakon Tundukkan Playboy Itu. – mStar Online

Artis Popular Kongsi Kisah Air Mata Dalam Labbaikallah

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS Aizat Amdan dan Neelofa, tiba giliran Aflin Syauki, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin muncul dalam program Labbaikallah di stesen TV AlHijrah.

Pada 6 September, Aizat Amdan berkongsi pengalaman peribadi bagaimana pertama kali hatinya terkedu lalu jatuh cinta pada kebesaran Kaabah. Sebagai insan biasa dirinya merasa kekerdilan diri saat menatap Kaabah pada kali pertama.

Manakala Neelofa pada 31 Ogos telah bercucuran air mata menceritakan detik-detik mengatur langkah mendekati Kaabah. Betapa dari kejauhan bayangan Kaabah yang ditatap sedikit demi sedikit meruntun jiwanya lalu menangis tersedu-sedu.

Itu pengalaman saat menunaikan umrah. Semalam 6 September, Neelofa terbang lagi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertama.

Malam ini 7 September tiba giliran Aflin Syauki pula berkongsi isi hati berada depan Kaabah.

Apa pengalaman Aflin? Apakah komedian popular dan pelakon jiwa kental serta serba berani ini menangis?

Apa pula pengalaman Datuk Siti Nurhaliza dan Rosyam Nor?

Ikuti Labbaikallah yang dihoskan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di TV AlHijrah. Siti Nurhaliza akan bersiaran pada Khamis 8 September dan Rosyam pula akan muncul 9 September.

WhatsApp Image 2016-09-07 at 1.16.47 PM

Labbaikallah akan turut menyiarkan proses pertukaran kain Kiswah pada 11 September. Suasana di Kota Suci makin meriah menjelang Hari Tasyrik pada 12, 13 dan 14 September.

Kaabah makin dekat di hati 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia. Serta empat juga jemaah dari lebih 150 negara yang kini telah berada di Tanah Suci.

Jangan lepas peluang bersama Labbaikallah pada 9.00 malam ini di TV AlHijrah.

Didekati Lelaki, Fasha Sandha Selesa Berkawan

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Fasha Sandha, 32, mengakui masih belum mahu mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Januari lalu.

Fasha juga mengakui dia ada didekati oleh beberapa orang lelaki yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat tetapi dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan anak.

“Bukan senang untuk mencari ganti dan buat masa ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar. Itu yang paling penting bagi saya.

“Memang ada beberapa lelaki yang cuba rapat dengan saya, tetapi saya selesa untuk berkawan sahaja dan tidak mahu berfikir soal mencari ganti,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Fasha, dia berasa gembira dan bersyukur kerana anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1, tidak menimbulkan banyak masalah dan tidak meragam jika dia berada diluar atas urusan kerja. -MYNEWSHUB.CC

“Pulang” Kolaborasi Terbaru Yuna Dan SonaOne

in Artis/Utama & Sensasi

TIDAK pernah gagal memberi kejutan dalam kembara karier seninya sejak pertama kali muncul dengan EP yuna pada tahun 2008, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai kini kembali dengan sebuah kejutan baharu.

Pada saat namanya meledak dengan kolaborasi antarabangsa bersama Usher, Crush, Yuna tidak mahu peminat setianya di Malaysia dibiarkan tanpa sebarang sentuhan magis daripada dirinya.

Kali ini, Yuna masuk dalam atmosfera berbeza apabila muncul dengan single duet bersama SonaOne.

Kolaborasi tersebut merupakan kerjasama perdana antara dua figura berpengaruh besar dalam belantika muzik tempatan.

Terbang bebas dan tinggi di angkasa muzik tempatan, Asia serta Amerika Syarikat, Yuna memilih Pulang sebagai single duet perdananya bersama SonaOne.

Ternyata, ia bukan satu karya yang dibikin hanya untuk memenuhkan profil seninya, tetapi Pulang membawa signifikan tersendiri bagi perantau berjiwa besar ini dalam mempelopori dan mencetak namanya dalam peta dunia.

Pulang yang dihasilkan sendiri oleh Yuna yang sudah mula membuat karya sendiri sejak berusia 14 tahun itu disifatkan sebagai satu material yang sarat mesej kasih sayang, pengorbanan, kekeluargaan serta impian yang sedang dijalani untuk sebuah kelangsungan hidup.

“Saya suka meletakkan Pulang sesuai dengan situasi saya sekarang. Saya seorang pengembara seni yang berkelana jauh di negara orang.

“Kerap berada di negara orang dalam satu tempoh yang lama untuk membentuk karier sendiri, saya sebenarnya selalu merindukan kampung halaman dan keluarga.

“Jadi Pulang dihasilkan dengan pengisian walaupun jauh kelana saya ke negara orang, saya tetap memerlukan kualiti masa untuk diri sendiri bersama keluarga.

“Dan saya harap begitu juga ia mampu memberi inspirasi kepada semua pendengar yang begitu keras mengejar impian tanpa perlu melupakan keluarga,” ujar Yuna mengenai Pulang.

Tambah wanita yang karya-karyanya tidak pernah gagal mencetus gelombang tersendiri, Pulang dijadikan apresiasi dirinya kepada semua rakyat Malaysia yang tidak pernah lelah menyokong kariernya.

“Saya perlu bekerja keras untuk tidak menghampakan harapan mereka kepada saya,” katanya lagi.

Bercakap mengenai pemilihan kolaborasi bersama SonaOne, Yuna tanpa berselindung memberitahu sudah lama mengagumi bakat yang ada pada Pemenang Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) menerusi lagu Apa Khabar bersama Joe Flizzow itu.

"Pulang" Kolaborasi Terbaru Yuna Dan SonaOne

Menyifatkan SonaOne sebagai istimewa dan berbakat besar, wanita yang pernah dipilih Pharrell Williams selaku komposer untuk singlenya, Live Your Life yang meledak di AS pada tahun 2012 itu cukup berpuashati dengan hasil sentuhan SonaOne di dalam Pulang.

“Sewaktu menulis lagu ini, saya telah terfikirkan SonaOne sebagai rakan kolaborasi paling sesuai.

“SonaOne menulis bahagiannya sendiri di dalam Pulang dan dia telah menghasilkan sesuatu yang luar biasa untuk melengkapkan karya ini. Saya berharap Pulang akan diterima baik oleh pendengar,” luah Yuna yang pertama kali melangkah keluar dari Malaysia pada tahun 2011.

Pejuang seni yang kini bernaung di bawah syarikat muzik gergasi milik David Foster, Verve Music Group itu juga menjelaskan, beliau tidak pernah meletakkan garis sempadan untuk berkolaborasi dengan sesiapa dalam memperluas dan memasarkan karya-karyanya.

Bagaimanapun, Yuna hanya meletakkan beberapa kriteria untuk memastikan karya yang bakal dihasilkan kelak akan meninggalkan impak yang besar bukan sahaja dalam profil seninya, tetapi industri hiburan tempatan atau antarabangsa.

Kata Yuna, asas utama untuk sebuah kolaborasi yang baik bersamanya adalah sikap antusias terhadap kerja yang dibikin serta jujur dalam setiap karya yang mahu diterjemahkan kepada pendengar.

“Saya tidak kisah walaupun seseorang itu adalah pendatang baharu dalam dunia muzik, tetapi apa yang penting adalah sikap jujur dengan setiap karya yang mahu dipersembahkan,” katanya.

Sebagai rekod, Yuna juga memulakan kariernya dengan hanya meletakkan hasil karyanya di laman sosial MySpace, pernah terkandas dalam pertandingan program realiti televisyen, One In The Million.

Namun bakat luar biasa dan kejujurannya dalam menghasilkan karya mengikut acuan Yuna telah meletakkan dirinya jauh meroket meninggalkan banyak penyanyi seusianya dengan melakar nama di peta dunia.

Untuk peminat setia Yuna, nantikan Pulang, kolaborasi sulungnya bersama SonaOne yang dipasarkan oleh Universal Music Malaysia dalam waktu terdekat ini.

Inilah buah tangan yang tidak boleh dilepaskan selepas Yuna membius pendengar dengan untaian hit bahasa Melayunya seperti Lelaki, Dan Sebenarnya dan Terukir Di Bintang.

Pulang akan membawa ‘pulang’ dan memahat keghairahan semula peminat terhadap Yuna, wanita manis kelahiran Kedah yang kini namanya harum di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

1 2 3 13
Go to Top