Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Bomba

20% Daripada 137 Sekolah Agama, Pondok Diperiksa

in Terkini

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memeriksa lebih 20 peratus daripada 137 buah sekolah pondok dan sekolah agama di seluruh Pahang bagi memastikan mereka memenuhi tahap keselamatan kebakaran. Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata daripada pemeriksaan itu, pihaknya mendapati terdapat beberapa sekolah yang gagal mematuhi tahap keselamatan dan piawaian yang ditetapkan…

Teruskan Membaca

Abang Bomba Sempat Tarik Remaja Terjun Bangunan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas dipercayai cuba terjun bangunan di Apartmen Medan Cahaya, Taman Medan Cahaya di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi Rabu itu, remaja tersebut dipercayai cuba terjun dari tingkat 5 apartmen berkenaan namun disedari oleh orang ramai. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor…

Teruskan Membaca

Termometer Pecah, Merkuri Tumpah Di Klinik Haiwan

in Terkini

TAIPING – Satu unit termometer pecah menyebabkan berlaku tumpahan merkuri di atas lantai di sebuah klinik haiwan di kawasan perindustrian ringan di sini, tengah hari tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Musa Abd Wahab berkata sepasukan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.35 tengah hari. Katanya, dalam…

Teruskan Membaca

Lapor Aktiviti Pendakian Kepada Pihak Berkuasa

in Terkini

YAN – Anggota masyarakat khususnya golongan yang gemar melakukan aktiviti pendakian di kawasan pergunungan di negeri ini, diingatkan agar melaporkan aktiviti mereka sebelum dan selepas pendakian kepada pihak berkuasa. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Abdul Razak Muda berkata ia bagi memastikan usaha mencari dan menyelamat dapat dipermudahkan terutamanya ketika berlaku kejadian tidak…

Teruskan Membaca

Penyu Kudung Diselamatkan Di Stesen Janakuasa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PORT DICKSON – Seekor penyu yang kudung kakinya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Port Dickson selepas tersangkut di muka pintu Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di sini, semalam. Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.19 tengah hari semalam dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. “Ketika sampai, kita…

Teruskan Membaca

Ranau Pusat Kecemerlangan Misi SAR Di Tanah Tinggi

in Terkini

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengisytiharkan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau sebagai pusat kecemerlangan bagi latihan anggota untuk misi mencari dan menyelamat di kawasan tanah tinggi. Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata pengisytiharan itu susulan penubuhan pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda…

Teruskan Membaca

Bomba Selamat 19 Penuntut UM Sesat Di Bukit Fraser

in Terkini

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menyelamatkan 19 penuntut Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang sesat ketika mendaki Bukit Fraser di Raub dekat sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata kumpulan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita menyedari mereka sesat selepas hampir empat jam memulakan pendakian di…

Teruskan Membaca

Sekolah Pondok Diminta Beri Kerjasama Kepada Bomba

in Utama & Sensasi

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pengurusan sekolah pondok supaya memberi kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya mereka datang untuk membuat pemeriksaan di premis mereka. Beliau berkata kehadiran anggota jabatan itu bukan untuk mencari kesalahan atau mendenda pemilik premis yang tidak mengikut peraturan…

Teruskan Membaca

Teruskan Beri Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat

in Terkini

SEREMBAN – Anggota bomba dan penyelamat di negeri ini diseru supaya terus meningkatkan tahap kecekapan supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS) Jusman Roman berkata sebagai anggota penguatkuasa, mereka perlulah sentiasa bersiap siaga dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. “Kita sebagai anggota…

Teruskan Membaca

Ambil Kira Juga Kebajikan Bomba Ketika Bersara

in Terkini

IPOH – Pakej perkhidmatan dan program kebajikan yang dirangka untuk anggota bomba perlu mengambil kira keadaan mereka pada usia persaraan dan bukan hanya semasa sedang berkhidmat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah usaha merangka pakej yang turut menitikberatkan keadaan ketika persaraan adalah setimpal dengan tahap pengorbanan, beban tanggungjawab dan risiko yang dihadapi anggota…

Teruskan Membaca

“Macam Mana Boleh Sampai Pecah Tangki Air?”

in Terkini

CHERAS – Dinding rumah di tingkat 12, Pangsapuri Cheras Utama, Jalan CU 4A, di sini, runtuh selepas tangki air bangunan berkenaan pecah pada 1.15 pagi hari ini. Runtuhan itu juga menyebabkan sebuah kereta Proton Wira dan beberapa motosikal yang diletakkan di tingkat bawah pangsapuri berkenaan rosak. Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif…

Teruskan Membaca

Bomba Nafi Lewat Tiba Padam Kebakaran Rumah

in Terkini

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan agensi itu lambat tiba ke lokasi kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Jalan Berek 12 di sini, Isnin lepas. Pengarahnya Nazili Mahmood berkata malah, kecekapan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Kota Darul Naim, Pasir Tumboh dan Tunjong dapat…

Teruskan Membaca

Hanya 30 Premis Pasang SPKA Di Kedah Setakat Ini

in Terkini

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah setakat ini merekodkan hanya 30 daripada sejumlah 305 premis yang diwajibkan memasang Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) di negeri ini sudah berbuat demikian. Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata, kesemua 305 premis berkenaan yang meliputi sembilan kategori termasuk bangunan kerajaan, hospital dan perumahan itu wajib mengguna…

Teruskan Membaca

Operasi SAR Lelaki Hanyut Diperluas Ke Kuala Sg. Linggi

in Terkini

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki, R. Sri Durai, 48, yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Sungai Gadut-Rantau Sabtu lepas, diperluas sehingga ke Kuala Sungai Linggi hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata operasi SAR kini tertumpu di…

Teruskan Membaca

Ibu & Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sri Aman

in Terkini

SRI AMAN – Seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 52, Jalan Sri Aman-Sarikei awal pagi tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Jamayiah Morni, 35, dan anaknya Juma Atun Khodijah…

Teruskan Membaca

Lelaki Tersangkut Atas Pokok Kelapa Akibat Kejang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GOPENG – Seorang lelaki tidak dapat turun dari pokok setinggi 10 meter akibat mengalami kekejangan tangan dan kaki kiri ketika sedang memetik kelapa di Kampung Tersusun, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Sabtu, mangsa berusia 57 tahun dipercayai sudah memanjat pokok dan membawa turun sebahagian buah sebelum naik semula pokok itu…

Teruskan Membaca

Tumpahan Cecair Merkuri Di Klinik Kesihatan Palong 4

in Terkini

SEREMBAN – Kejadian tumpahan cecair merkuri berlaku di Klinik Kesihatan Palong 4 di sini, akibat seunit termometer pecah, kata Pegawai Bomba dan Penyelamat Bahau Muhamad Khairi Adenan. Beliau berkata dalam kejadian itu, termometer suhu badan berkenaan pecah ketika jururawat sedang merawat seorang pesakit di bilik pemeriksaan. “Kami menerima panggilan kecemasan pada 9.05 pagi dan sebaik…

Teruskan Membaca

4 Cedera Bot Langgar Beting Pasir Di Pangkor

in Terkini

IPOH – Empat pelancong cedera selepas bot dinaiki mereka melanggar beting pasir berhampiran Pasir Bogak, Pulau Pangkor, malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata kejadian berlaku kira-kira 11.10 malam ketika kumpulan sembilan pelancong merangkumi tiga warga Korea Selatan dan enam rakyat tempatan itu dibawa bersiar-siar di perairan sekitar pulau. “Bot kemudian tiba-tiba…

Teruskan Membaca

JPN Tergendala Kebocoran Gas Pemadam Api

in Terkini

PUTRAJAYA – Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini dihentikan buat sementara waktu kerana berlaku kebocoran gas pemadam api di aras 6, bangunan JPN. Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian disedari pada pukul 8.45 pagi dan semua anggota JPN serta pelanggan telah diarah mengosongkan bangunan tersebut. “Laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan…

Teruskan Membaca

Belum Dijemput Ajal, Wanita Gagal Terjun Jejantas

in Utama & Sensasi

NIAT seorang wanita ingin membunuh diri dengan terjun dari jejantas berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Manjung di Seri Manjung, Perak gagal apabila dia diselamatkan sekumpulan anggota bomba. Dalam kejadian penuh cemas kira-kira jam 8.42 malam tadi itu, mangsa yang merupakan warga tempatan dilihat sedang bergayut pada tiang besi mengunakan tangannya, sebelum ditangkap dengan pantas oleh…

Teruskan Membaca

Gagal Naik Balik Lepas Bersihkan Perigi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG lelaki berusia 47 tahun terperangkap sejauh hampir 10 meter di dalam perigi selepas membersihkan tempat simpanan air itu di rumahnya di Kampung Kerandang, Besut, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.24 petang itu, mangsa yang hanya berseluar pendek dikatakan gagal naik semula gara-gara terlalu penat. Ekoran kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dipanggil…

Teruskan Membaca

Rasuah: Ketua Balai Bomba Langkawi Dipenjara 40 Bulan

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dijatuhi hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan rasuah, pada Oktober 2012. Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Yaakob Hassan, 49, selepas meneliti rayuan yang dikemukakan oleh peguam bela, Paramjit Singh dan hujahan oleh…

Teruskan Membaca

Merkuri Tumpah Di Makmal Sekolah Di Kuantan

in Terkini

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang hari ini, mengambil masa 30 minit untuk membersihkan tumpahan merkuri di makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih di sini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1 tengah hari tadi, walaupun kejadian dipercayai berlaku petang…

Teruskan Membaca

Anak Saleem Iklim Tiada Niat Raih Populariti

in Artis/Utama & Sensasi

ANAK kepada penyanyi legenda popular era 1990’an  mengakui tidak menyangka video nyanyian menerusi aplikasi Smule menjadi tular menerusi media sosial. Ia sekali gus membuatkan dirinya mula menjadi perhatian netizen akhir-akhir ini setelah kisah kehidupannya sebagai anggota bomba didedahkan oleh Mynewshub baru-baru ini. Baca: Suara Bomba Ini Sebijik Saleem! Rupa-Rupanya… Menurut Nursyafiq, dia lanfsung tiada niat untuk mencari perhatian…

Teruskan Membaca

Jangan Bakar Jerami Padi Waktu Siang – Bomba Perlis

in Terkini

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menasihatkan penduduk di negeri ini agar tidak membakar jerami padi secara terbuka pada waktu siang ketika musim angin timur sekarang. Pengarahnya Fadzil Haroon berkata situasi cuaca panas ketika ini boleh meningkatkan kes kebakaran. “Cuaca sekarang yang panas dan berangin serta kering adalah berisiko tinggi untuk kebakaran…

Teruskan Membaca

Bomba Wujudkan Skuad Bomba Di Sekolah Tahfiz

in Terkini

TAPING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak akan menubuhkan skuad bomba di sekolah tahfiz di tiga daerah tahun ini dalam usaha menangani kebakaran awal di sekolah. Ketua Zon 2 Bomba dan Penyelamat Perak Mohamad Yusoff Abdul Rahman berkata skuad itu dianggotai pelajar dan guru di sekolah tahfiz di daerah Larut Matang dan Selama, Kerian dan…

Teruskan Membaca

Warga Emas Yang Hilang Ditemui Selamat

in Terkini

MUKAH – Seorang warga emas yang hilang semasa keluar mencari buah asam paya di hutan di Jalan Kampung Bakong, Oya, di sini sejak pagi Jumaat ditemui selamat petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Bonny Martin berkata mangsa, Sidek Bakrii, 75, ditemui penduduk kampung dalam keadaan lemah dan letih. Menurutnya, warga emas itu ditemui…

Teruskan Membaca

Bomba Pahang Cipta Treler Penyelamat Terapung

in Utama & Sensasi

MARAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya mencipta bot pelbagai fungsi dipanggil treler penyelamat terapung (FRT) yang boleh diguna pakai atas jalan dan kawasan darat yang ditenggelami air untuk tugas menyelamat mangsa banjir. Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata bot dalam peringkat pembangunan prototaip itu merupakan hasil inovasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat…

Teruskan Membaca

Adakah Ini Ahli Bomba Wanita Paling `Hot’ Di Dunia?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

ADAKAH ini ahli bomba wanita yang paling `hot’ di dunia? Melihat kepada wajah dan bentuk badan Gunn Narten, 30, yang berasal dari Norway ini, memang tidak dapat disangkal lagi. Gunn menyifatkan kerjayanya sebagai ahli bomba sebagai sesuatu yang mencabar serta merupakan karier idamannya sejak dia berusia 19 tahun lagi. “Saya memang seorang yang aktif dan…

Teruskan Membaca

Bomba Selamatkan Harta Lebih RM1.5b Tahun Lepas

in Terkini

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Melaka berjaya menyelamatkan harta benda bernilai lebih RM1.5 bilion melibatkan 2,465 kes kebakaran tahun lepas. Pengarah JBPM Melaka Nazili Mahmood berkata nilai itu meningkat berbanding kira-kira RM443.4 juta pada tahun 2015 antara lain disebabkan JBPM Melaka berjaya mencapai ‘response time’ 11 minit berbanding 15 minit ditetapkan JBPM. “Kami…

Teruskan Membaca

Operasi Kesan Remaja Lemas Diperluas Ke Sempadan K’tan

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menjejaki seorang pelajar yang dilaporkan hilang di Pantai Bukit Keluang, Besut sejak Jumaat lepas diperluaskan sehingga ke sempadan Kelantan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azlimin Mat Noor berkata operasi yang kini memasuki hari keenam melibatkan radius pencarian sejauh 60 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. “Kita telah melakukan…

Teruskan Membaca

3 Sesat Di Bukit Cerakah Ditemui Selamat

in Terkini

SHAH ALAM – Tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Cerakah di Jalan Pulau Angsa, Seksyen U10, di sini ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada polis kira-kira…

Teruskan Membaca

Tumpahan Merkuri Di Pejabat JKR Seremban

in Terkini

SEREMBAN – Kira-kira 20 warga kerja Jabatan Kerja Raya di tingkat dua Blok A Wisma Negeri di sini terpaksa meninggalkan pejabat susulan tumpahan merkuri daripada seunit termometer dinding. Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N. Sundradarum berkata sebuah jentera dan lima anggota digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 11.13 pagi tadi. “Pemeriksaan mendapati…

Teruskan Membaca

Atuk Panggil Bomba Minta Bantuan Cucu Tersepit Kepala

in Terkini

SHAH ALAM – Budak lelaki tersepit kepala kira-kira 30 minit pada jeriji pintu depan rumahnya ketika bermain, malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang, dekat sini, pada 8.30 malam. “Datuk kepada mangsa datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bagi melaporkan kejadian berkenaan. “Sepasukan enam…

Teruskan Membaca

Bomba KL Selamatkan Harta RM1.2 Bilion Tahun Lepas

in Terkini

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPMKL) berjaya menyelamatkan aset bernilai RM1.2 bilion dalam 1,734 kebakaran bangunan dan harta benda yang direkodkan tahun lepas. Pengarahnya Khiruddin Drahman berkata nilai kerugian pula berjumlah RM83.9 juta. “Dari segi jumlah kes kebakaran, ada peningkatan berbanding 2015 yang mencatatkan 1,620 kes namun nilai harta yang…

Teruskan Membaca

Bomba Keluarkan Cincin Tersekat Pada Zakar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Anggota bomba terpaksa membantu seorang lelaki mengeluarkan cincin logam yang tersekat pada kemaluannya. Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi berkata 12 anggota bomba telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas menerima panggilan pada kira-kira pukul 8.56 malam, Jumaat daripada pihak hospital. Apabila mereka tiba…

Teruskan Membaca

Warga Emas Ditemui Selamat Selepas Hilang 43 Jam Dalam Hutan

in Terkini

KUCHING – Seorang warga emas yang hilang hampir 43 jam di dalam hutan berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Mas Bintawa, Batu 27 Jalan Kuching-Serian, dekat sini ditemui selamat hari ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pria Nangkai, 64, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.30 pagi tadi. “Mangsa ditemui…

Teruskan Membaca

Wanita Cuba Bakar Bilik BF Terpaksa Diselamatkan

in Jenayah/Utama & Sensasi

BALASAN sekelip mata… Seorang wanita yang cuba bakar bilik teman lelakinya selepas mereka bertengkar, terpaksa diselamatkan oleh bomba selepas dia sendiri terperangkap di dalam bilik itu. Wanita yang hanya dikenali sebagai Xie dan berasal dari Taizhou, China itu, kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan di bahagian paru-paru. Menurut media tempatan, ketika diselamatkan, dia…

Teruskan Membaca

Tangan Budak 5 Tahun Sepit Di Mesin Pemerah Santan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TAMPIN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tersepit tangan kiri di mesin pemerah santan di Pasar Bukit Rokan Utara, Gemas dekat sini pagi ini. Ketua Balai Bomba Gemas, Syed Ammar Syed Abas berkata anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin pemerah santan itu. “Pihak kami menerima panggilan kecemasan…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Terperangkap 45 Minit Dalam Kereta

in Terkini

LUMUT – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira 45 minit dalam kereta bapanya di tempat letak kereta di Hospital Seri Manjung di sini hari ini. Mangsa yang dikenali sebagai Hakim, 5, dipercayai tertidur dalam kenderaan tersebut selepas menerima rawatan di hospital berkenaan kerana demam. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung,…

Teruskan Membaca

1 2 3 8
Go to Top