Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

dadah

Dadah RM10.8 Juta Dirampas Januari-September

in Jenayah/Terkini

IPOH – Kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Perak semakin membimbangkan berikutan dadah bernilai RM10.8 juta dirampas bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Hasnan Hassan. Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga September itu, sebanyak 6,177 orang ditangkap iaitu meningkat 18 peratus; bekalan atau pengedaran meningkat 10 peratus dan pemilikan…

Teruskan Membaca

Bapa Gembira Anak Perempuannya Mati

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG penagih dadah yang membunuh anak lelakinya yang berusia 23 bulan dengan memberikan dadah kepada kanak-kanak berkenaan pada 2013, akhirnya maut akibat pengambilan dadah berlebihan. Kelly Emery, telah memberikan dadah kepada anaknya, Fenton Hogan untuk menidurkan kanak-kanak berkenaan bagi membolehkan dia menghisap dadah dengan `aman’ di rumah tanpa gangguan. Meskipun Kelly yang berasal dari Birmingham…

Teruskan Membaca

Wanita Ditahan Seludup Syabu Biru Di Singapura

in Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA- Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas cuba menyeludup syabu biru dianggarkan bernilai S$20,000 (RM62,530) ke negara itu, pada Jumaat, 13 Oktober lalu. Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menerusi satu kenyataan bersama, pada Ahad, dadah berkenaan dibawa di dalam sebuah kereta bernombor plat Malaysia yang tiba di pusat pemeriksaan tersebut pada jam…

Teruskan Membaca

Polis Thai Rampas 3.2 Juta Pil Dadah

in Terkini

CHIANG RAI (Thailand) – Polis menangkap lapan suspek dan merampas lebih tiga juta pil methamphetamine, ketamin serta dadah terlarang lain dalam beberapa serbuan di wilayah utara negara itu kelmarin. Jurucakap polis berkata, dalam serbuan berkenaan polis merampas 3.2 juta pil methamphetamine, 4 kilogram methamphetamine, 1 kilogram ketamin, enam kenderaan, buku bank dan beberapa barang kemas.…

Teruskan Membaca

Setapak, Wangsa Maju & Sentul, Zon ‘Panas’ Dadah

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Setapak, Wangsa Maju dan Sentul kini dikategorikan sebagai kawasan ‘panas’ di ibu negara berikutan kerap berlaku aktiviti penyalahgunaan dadah hingga menarik ramai penagih dadah. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata berdasarkan rekod ketiga-tiga kawasan segi tiga emas itu, ia terkenal dalam kalangan penagih apabila banyak…

Teruskan Membaca

Harga Serendah RM5 Faktor Pelajar Terlibat Dadah

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Harga serendah RM5 menjadi antara faktor mengapa semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini terlibat dengan dadah psikotropik (sub: psychotropic drug) berbanding dadah tradisional seperti heroin dan kokain. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend itu berlaku disebabkan dadah jenis kokain, heroin dan ganja dijual dengan mahal…

Teruskan Membaca

Kesan Kempen Duterte Memerangi Dadah

in Jenayah/Terkini

BANGKOK – Pada 29 Mac lalu, Raymart Siapo, 19, yang cacat menjadi mangsa dalam kempen memerangi dadah yang dilancarkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Badannya yang penuh dengan kesan tembakan ditemui berhampiran Barangay NBBS, Navotas City di utara Manila. Pada malam kejadian yang mengerikan itu, remaja tersebut dikatakan telah diculik sekumpulan orang bertopeng yang bersenjata, selepas…

Teruskan Membaca

KDN Cadang Banyak Mesej Antidadah Khutbah Jumaat

in Terkini

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan semua kerajaan negeri supaya memperbanyakkan mesej berkenaan penyalahgunaan dadah dalam khutbah Jumaat. Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya memandang serius tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan orang muda masa kini khususnya remaja Melayu. “Saya minta kalau boleh diselitkan elemen penyalahgunaan dadah ini di dalam khutbah Jumaat…

Teruskan Membaca

Hampir 200 Kilogram Dadah Dilupuskan Di Perak

in Jenayah/Terkini

TAIPING – Lebih 196 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk daun ketum bernilai lebih RM7.7 juta dimusnahkan pada program pelupusan eksibit dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Perlucuthakan Harta Jabatan Siasiatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, ACP Raja Zahudeen Raja Toran berkata dadah terlibat termasuk…

Teruskan Membaca

14 Maut, Pusat Pemulihan Dadah Diserang

in Jenayah/Terkini

BANDARAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lapan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pemulihan dadah di Chihuahua, utara Mexico pada Selasa malam. Sekumpulan penyerang dikatakan memasuki pusat “Uniting Families” dan melepaskan tembakan rambang, menurut polis tempatan lapor agensi berita China Xinhua. Pusat pemulihan berkenaa dihuni kira-kira 25 orang dan polis masih mengesan…

Teruskan Membaca

Polis Sarawak Rampas Dadah, Pil Khayal RM3.4 Juta

in Jenayah/Terkini

KUCHING – Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 11 kilogram serta 993 pil ekstasi dibungkus dalam beberapa bungkusan teh Cina, yang dianggar bernilai RM3.4 juta, selepas menyerbu sebuah rumah di Stutong di sini Khamis lepas. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata ia merupakan rampasan dadah membabitkan nilai terbesar…

Teruskan Membaca

Pesta Seks & Dadah, Ramai Tak Sempat Beraksi

in Jenayah/Utama & Sensasi

MUNGKIN pada hari minggu akan dipilih sebagai waktu yang sesuai bagi anak muda untuk melakukan perkara maksiat atau berjoli sakan. Semalam, seramai 46 lelaki dan 26 wanita telah ditahan oleh pihak polis Johor ketika mereka sedang mahu ‘membuka gelanggang’ untuk berpesta arak dan seks secara berjemaah. Kejadian itu telah berlaku di sebuah banglo di Kempas,…

Teruskan Membaca

Suami Isteri & Penjawat Awam Disyaki Edar Dadah

in Terkini

SARIKEI – Polis Sarikei memberkas sepasang suami isteri dan seorang penjawat awam di sebuah rumah di Taman Susur Jambu di sini petang semalam kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah. Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Mat Jusoh Muhammad berkata, beberapa paket plastik dan tiub penyedut minuman dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 51.89 gram dianggarkan…

Teruskan Membaca

Dadah Dirampas Di Selangor 8 Bulan Pertama

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Polis Selangor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM73.3 juta serta menahan 12,931 individu yang terlibat dengan pelbagai kes berkaitan dadah di seluruh negeri itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata antara individu yang ditahan termasuk 77 penjawat awam, 226 pelajar dan 817 warga asing.…

Teruskan Membaca

15 Ditahan Penyalahgunaan Dadah Di Kuala Muda

in Jenayah/Terkini

SUNGAI PETANI – Seramai 15 lelaki berusia lingkungan 16 hingga 55 tahun ditahan polis kerana terlibat penyalahgunaan dadah dalam Op Tapis Bersepadu yang dijalankan di kawasan pengkalan nelayan Kota Kuala Muda dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Saifi Abdul Hamid berkata operasi bersepadu itu melibatkan Pasukan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda…

Teruskan Membaca

Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

in Jenayah/Utama & Sensasi

NAMPAKNYA kita dilihat masih lagi terkejut dengan isu sedih yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara baru-baru ini. Hari demi hari pelbagai rahsia yang berjaya dirungkai. Rupa-rupanya suspek yang ditahan itu sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada rakan sebaya malah kepada penduduk sekitar. Rata-rata penduduk kawasan berkenaan mengakui bahawa kumpulan remaja terbabit…

Teruskan Membaca

Polis Perak Rampas Dadah RM10.5 Juta Bagi Jan-Ogos

in Jenayah/Terkini

IPOH – Polis Perak merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.5 juta menerusi penangkapan 5,573 orang sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP R. Ravi Chandran. Beliau berkata dadah yang dirampas ialah 79.1 kilogram (kg) syabu, 934.54 gram ketamin, 180,001 biji pil yaba, 18,098 biji pil Erimin 5…

Teruskan Membaca

Polis Thai Rampas 1.2 Tan Marijuana Untuk Ke Malaysia

in Jenayah/Terkini

BANGKOK – Polis di selatan Thai menggagalkan percubaan menyeludup sejumlah besar ganja ke Malaysia bila ia berjaya merampas 1,286kg (1.28 tan metrik) dadah tersebut dalam dua insiden berasingan di Songkla dan Satun. Menurut pemangku ketua Polis Kawasan 9 Wilayah Lt Jen Ronnasil Phusara, seorang lelaki ditahan di di Songkla pada 12 Sept sementara seorang lagi…

Teruskan Membaca

Dua ‘Tokan’ Rakyat Malaysia Dicekup Di Singapura

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Dua lelaki rakyat Malaysia antara tiga ditahan dalam serbuan Pusat Biro Narkotik Singapura (CNB) dalam satu operasi di Woodlands Town Garden’s, Singapura, kelmarin. Lelaki berusia 21 dan 26 tahun itu dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah berdasarkan penemuan ganja dan heroin dalam kereta seorang rakyat Singapura dipercayai rakan mereka. Jurucakap CNB berkata, anggotanya…

Teruskan Membaca

Tokan Dadah Tunggu Pelanggan Ditahan

in Jenayah/Terkini

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan polis dalam serbuan di kawasan letak kereta di Flat Blok L4, Jalan Tenggiri di Seberang Jaya di sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan sejak beberapa minggu lepas, polis menahan lelaki…

Teruskan Membaca

Belajar Saja Tinggi, Tapi Akal Pendek

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam memberikan alasan ‘karut’ apabila mendakwa perlu mengambil ganja sebelum memulakan ulang kaji pelajaran secara berkumpulan kononnya untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari. Dalam serbuan Op Cegah di sebuah pangsapuri di Shah Alam kira-kira jam 2 pagi semalam, kumpulan…

Teruskan Membaca

54 Penagih Dadah Ditahan AADK N.Sembilan

in Jenayah/Terkini

TAMPIN – Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan (AADK) menahan 54 individu yang didapati positif dadah dalam serbuan Op Perdana AADK Negeri Sembilan di sekitar Tampin, di sini, hari ini. Pengarahnya Ismail Ahmad Khairi berkata dua wanita adik-beradik berusia lingkungan 20-an merupakan antara yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan selepas hasil risikan selama dua minggu di…

Teruskan Membaca

28 Individu Ditahan, Pelbagai Jenis Dadah Dirampas

in Terkini

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan 28 individu termasuk empat wanita dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM570,000 dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Kajang, dekat sini, antara 1 hingga 11 Ogos lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata kesemua suspek yang ditahan termasuk seorang wanita warga Indonesia berumur antara 18 hingga 63 tahun dan mereka disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini. “Menerusi tangkapan itu, polis merampas sejumlah 134 kilogram ganja, satu kilogram syabu, 595 gram…

Teruskan Membaca

21 Ketua Kumpulan Dadah Filipina Tumpas

in Jenayah/Terkini

MANILA – Polis Filipina membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dalam beberapa siri serbuan antidadah, hari ini. Tindakan itu adalah susulan daripada misi Presiden Rodrigo Duterte memerangi skandal dadah di negara berkenaan sejak mengambil kuasa, tahun lalu. Serbuan semalaman itu merakamkan angka kematian tertinggi sejak 16 dibunuh, termasuk seorang datuk bandar di bandar raya, bahagian selatan pada…

Teruskan Membaca

Petani & Rakan Dicekup Bersama Dadah Di Besut

in Terkini

BESUT – Seorang petani bersama rakannya ditahan polis bersama dadah jenis heroin bernilai RM20,000 di sini. Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian pukul 10 malam Ahad lepas, kedua-dua lelaki itu sedang dalam perjalanan dari Jalan Besar Pasir Putih menghala ke Jertih dengan sebuah kereta dipercayai untuk menemui pelanggan. Katanya…

Teruskan Membaca

96 Ditahan Bersabit Dadah Di Rompin

in Jenayah/Terkini

ROMPIN – Pasangan suami isteri antara 96 individu merangkumi suspek pengedar dan penagih dadah yang ditahan polis dalam operasi khas dua hari hingga semalam di sini yang turut menyaksikan rampasan sebilah pedang dan selaras senapang angin daripada suspek. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azly Mohd Noor berkata kesemua mereka yang termasuk empat wanita,  berusia antara 15 dan 52 tahun, ditahan di sekitar Felda Keratong 1 hingga Felda Keratong 10, Felda Selancar, Kampung Bukit Serok dan Tanjung Gemok di sini. Katanya Op Sarang itu  diketuai oleh Pegawai Turus Risikan dan Operasi…

Teruskan Membaca

Dadah: 11 Termasuk 3 Remaja Ditahan

in Terkini

YAN – Seorang remaja lelaki 16 tahun yang tercicir persekolahan bersama dua rakannya berusia 18 tahun antara penagih yang ditahan dalam Operasi Cekup & Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Pegawai AADK Daerah Yan Mohamad Ramli berkata kesemua remaja itu ditahan sewaktu leka melepaskan gian di sebuah…

Teruskan Membaca

Op Sarang Khas: 61 Suspek Dadah Ditahan

in Terkini

KUANTAN – Polis menahan 61 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM20,000 dalam Op Sarang Khas di sekitar Felda Panching dan Felda Lepar Hilir di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua suspek berusia antara 20 dan 45 tahun itu ditangkap sekitar 10 malam semalam hingga 2.30 petang hari ini. “Tangkapan…

Teruskan Membaca

Pengedar & Pelanggan Ditahan Sedang Khayal Dadah

in Terkini

TELUK INTAN – Polis menahan seorang pengedar dadah dan pelanggan wanitanya bersama selaras senapang angin dan empat butir peluru dalam satu serbuan di Langkap, dekat sini pada Rabu lalu (2 Ogos). Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata polis menyerbu rumah tersebut pada pukul 5 petang sebelum memberkas suspek yang berusia dalam…

Teruskan Membaca

Polis Thai Gagalkan Cubaan Seludup 400kg Dadah ‘Ice’

in Jenayah/Terkini

BANGKOK – Polis Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 400kg “Ice” (sejenis dadah Methaphetamine) ke Malaysia dianggar bernilai 804 juta Baht (RM100 juta) dengan tertangkapnya 11 anggota satu sindiket, termasuk tiga wanita, pada 28 dan 31 Julai. Tiga suspek, dua beradik perempuan berumur 20 dan 28 tahun serta seorang rakan lelaki mereka berusia 43 tahun, yang sering…

Teruskan Membaca

4 Lelaki Ditahan Ketika Leka Menagih Dadah

in Terkini

SUNGAI PETANI – Empat lelaki berumur lingkungan 19 hingga 25 tahun ditahan dalam Operasi Cegah Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2.0 yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda di kawasan perumahan Flat Paya Nahu dekat sini, hari ini. Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Masiri Abdul Rahman berkata operasi yang bermula 11.30 pagi hingga 2 petang itu dibuat selepas pihaknya…

Teruskan Membaca

4 Lelaki Ditahan, Dadah & Wang Tunai Dirampas

in Terkini

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM20,687 serta wang tunai berjumlah RM38,142 dalam dua pemeriksaan di Kubang Semang dan Perai, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kes pertama di sebuah rumah di Kubang Semang pada 1.30 tengah hari, polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 43…

Teruskan Membaca

Peminat Dakwa Syafiq Kyle Kurus Sebab Ambil Dadah?

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON drama Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle mengaku terkejut dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia kononnya mengambil dadah berikutan keadaan badannya yang makin susut. Syafiq, 25, sebaliknya menjelaskan penurunan berat badannya itu secara kebetulan atas sebab pengamalan pemakanan dan gaya hidup sihat yang diamalkan sejak kebelakangan ini. Ia bukannya berpunca daripada pengambilan dadah seperti mana…

Teruskan Membaca

Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah

in Terkini

KUANTAN – Polis Pahang menahan enam warga tempatan termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket menjual dadah dalam empat serbuan berasingan di Temerloh, Lanchang, Pekan dan Jengka, Isnin lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman berkata suspek yang berusia antara 27 hingga 38 tahun itu ditahan sekitar pukul 5.15 petang hingga 6 petang, dan polis turut merampas pelbagai jenis…

Teruskan Membaca

IPD Besut Hampiri Sasaran KPI Banteras Dadah

in Terkini

BESUT – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Besut yakin mampu mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Polis Bukit Aman dalam pembanterasan dadah sehingga Julai tahun ini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata ia susulan pelbagai operasi dan program yang dilakukan, malah BSJN IPD Besut telah mencapai prestasi terbaik setakat pertengahan tahun…

Teruskan Membaca

Polis Sarikei Gempur Penyalahgunaan Dadah, 159 Ditahan

in Terkini

SARIKEI – Polis daerah Sarikei menjalankan tindakan agresif dan menyeluruh bagi menggempur aktiviti penyalahgunaan sejak awal tahun ini, hasilnya 159 individu yang positif dadah telah ditahan sehingga Jun lalu. Ketua Polis Daerah Sarikei, Suprintenden Mat Jusoh Muhammad berkata, tangkapan itu merupakan sebahagian daripada 199 kes yang diarah untuk menjalani saringan ujian air kencing kerana disyaki menyalahgunakan…

Teruskan Membaca

11 Remaja Khayal Di Pesta Dadah Ditahan

in Terkini

BESUT  – Polis menahan 11 remaja berumur antara 17 hingga 22 tahun ketika sedang khayal akibat mengambil dadah dan berpesta di sebuah inap desa di Kampung Gong Kepas dekat Kampung Raja di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu , pasukan polis dari Bahagian Jenayah Narkotik Daerah (BJND) Besut telah menyerbu inap desa terbabit setelah…

Teruskan Membaca

Dadah RM6.2 Juta Dirampas, 12 Individu Ditahan

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM6.2 juta dan menahan 12 individu dipercayai anggota sindiket memproses dadah dalam lima serbuan sekitar bandaraya Johor Bahru pada Isnin lepas (10 Julai). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata turut dirampas dalam serbuan itu sebutir bom tangan, empat…

Teruskan Membaca

Polis Rampas Heroin Tahan 2 Pengedar Dadah

in Jenayah/Terkini

KUANTAN – Polis menahan dua pengedar dan merampas dadah jenis heroin seberat 2.26 kilogram bernilai RM56,300 dalam satu serbuan di kawasan tempat letak kereta di Bentong tengah malam semalam. Dua lelaki berusia 30-an itu diberkas pada pukul 12.30 tengah malam ketika sedang menunggu pelanggan di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di kawasan parkir kenderaan…

Teruskan Membaca

Polis Indonesia Sita Dadah Diseludup Kapal Asing

in Terkini

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengesahkan telah menahan tiga rakyat asing dan menembak mati seorang serta merampas satu tan metrik dadah dipercayai jenis syabu dalam operasi khas di kawasan berhampiran dermaga di Banten, kira-kira 100 kilometer dari sini semalam. Lelaki yang mati itu dipercayai rakyat China dan dikenali sebagai Lin Ming Hui ditembak…

Teruskan Membaca

1 2 3 9
Go to Top