Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Exco

Ahmad Bashah Ziarah Keluarga Aminuddin Omar

in Terkini

​​​JITRA – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menziarahi keluarga exco kerajaan negeri Kedah Datuk Aminuddin Omar yang kehilangan anak sulungnya dalam kemalangan jalan raya, semalam. Muhammad Irfan Aminuddin, 20, bersama rakannya Wan Khuzairi Wan Chik, 27, maut selepas kenderaan mereka terbabas dan melanggar pokok di KM 12.7, Jalan Kampung…

Teruskan Membaca

DAP Tak ‘Sentuh’ Bangunan Haram Sebelum 2008

in Politik

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata perkara itu dijadikan sebagai dasar kerajaan DAP selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008. “Kami ambil keputusan bahawa semua bangunan haram termasuk…

Teruskan Membaca

PAS Junjung Kasih Atas Perkenan Sultan Selangor

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – PAS Selangor menjunjung kasih di atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hasrat menteri besar untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, PAS turut berterima kasih di atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR. “PAS Selangor telah mengambil…

Teruskan Membaca

Exco PAS Kekal Selagi Diperkenan Sultan

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Tiga Exco PAS di Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa selagi mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia selaras dengan Perlembagaan Negeri Selangor di mana nasib ketiga-tiga Exco terbabit hanya boleh ditentukan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Pelantikan Exco dibuat oleh Sultan Selangor atas nasihat…

Teruskan Membaca

Perlis Lantik 2 Exco Baharu Ganti 2 Yang Digugur

in Terkini

ARAU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad hari ini dilantik sebagai anggota exco baharu. Mereka masing-masing menggantikan Jafperi Othman (Kemudahan dan Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar dan Pemasmian Kemiskinan dan Kesihatan) dan Datuk Sabry Ahmad (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan…

Teruskan Membaca

RM5 Juta Kos Tahun Melawat Pahang 2017 – Exco

in Terkini

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM5 juta sebagai bajet promosi kempen Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017), kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin. Beliau berkata peruntukan daripada kewangan negeri itu dipertanggungjawabkan kepada Pelancongan Negeri Pahang iaitu Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser yang turut dikenali sebagai Pelancongan Pahang. “Tugas Pelancongan Pahang…

Teruskan Membaca

Exco Johor Dibebas Dengan Jaminan SPRM Hari Ini

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Seorang Exco kerajaan Johor yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini, dibebaskan daripada tahanan reman. Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Johor Bahru, Saba’aton Daud membenarkan exco berumur 51 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM200,000. Exco berkenaan direman tujuh hari…

Teruskan Membaca

Wanita Perlu Yakin Kemampuan Diri – Exco

in Terkini

KUANTAN – Golongan wanita perlu membuang sikap negatif, sebaliknya yakin dengan kemampuan diri sendiri agar dapat memberi sumbangan berkesan dalam pembangunan negara. Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata wanita seharusnya tidak meletakkan diri mereka di tahap yang rendah tetapi perlu mencari jalan terbaik untuk meningkatkan kualiti diri dalam…

Teruskan Membaca

Tiada Kes Penyakit Anjing Gila Tahun Ini Di Kedah – Exco

in Terkini

ALOR SETAR – Tiada kes penyakit Rabies (anjing gila) dikesan di negeri ini tahun ini walaupun Kedah pernah diwartakan sebagai kawasan wabak penyakit itu tahun lalu, sidang Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. Exco Pertanian dan Asas Tani Datuk Suraya Yaacob berkata bagi tahun ini, 2,479 pemvaksinan anjing dan 80 kawalan anjing liar dilakukan mengikut…

Teruskan Membaca

Ban Rosak Akibat Fenomena Air Pasang Besar Sedang Dibaiki

in Terkini

SHAH ALAM – Semua ban di kawasan pesisir pantai di Selangor yang rosak akibat fenomena air pasang besar sejak Ahad lepas, telah dan sedang diperbaiki bagi mengelak kejadian banjir berulang. Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib dalam kenyataan, berkata banjir di lima daerah di negeri ini…

Teruskan Membaca

Pertukaran Exco Perkara Biasa – Ahmad Razif

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Rombakan dan penstrukturan semula portfolio anggota Exco kerajaan negeri yang berkuat kuasa 1 Ogos ini tidak wajar dipersoalkan kerana ia adalah transformasi kerajaan Terengganu untuk memantapkan pentadbiran. Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata rombakan yang melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran tugas itu juga adalah perkara biasa, malah tiada sebarang isu yang…

Teruskan Membaca

Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan Seperti Biasa

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi ini di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. Tinjauan Bernama mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu. Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman  dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi. Beliau yang memakai kemeja berwarna…

Teruskan Membaca

Hanya Sedikit Perubahan Dalam Senarai Portfolio Exco Kedah

in Terkini

ALOR SETAR – Hanya sedikit perubahan dalam senarai portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang diumum Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini. Ahmad Bashah, memegang portfolio pernah dipegang bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, iaitu Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis…

Teruskan Membaca

Ahmad Bashah Kekalkan 9 Exco Kedah, Angkat Sumpah Pagi Ini

in Politik

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik oleh bekas menteri besar sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan akan berlaku perubahan dalam barisan Exco, ternyata itu hanya khabar angin semata-mata. Pengekalan barisan Exco Mukhriz ini secara tak langsung…

Teruskan Membaca

Exco Perlis Nasihat Wanita Waspada Ambil Pil Kecantikan

in Terkini

KANGAR – Golongan wanita di negeri ini dinasihat agar berhati-hati apabila mengambil pil kecantikan kerana ia dikhuatiri mengandungi dadah terlarang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Perlis, Rela Ahmad berkata mereka perlu mendapat nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan kesihatan atau kecantikan yang terlalu banyak di pasaran. “Demi untuk kelihatan cantik, seseorang…

Teruskan Membaca

Jemaah Pemangku Sultan Perkenan Senarai Exco Kedah

in Terkini

KUALA NERANG – Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah jawatan itu pada Isnin ini. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata senarai itu dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada Rabu lepas semasa beliau menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala…

Teruskan Membaca

Perubahan Pucuk Pimpinan Tak Jejas Pelaburan Di Kedah – Exco

in Terkini

JITRA – Perubahan pucuk pimpinan di Kedah tidak akan menjejaskan minat dan keyakinan pelabur asing di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Perdagangan Dalam Negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail. Beliau berkata pemilihan Kedah sebagai destinasi pelaburan bukan disebabkan oleh individu tertentu, sebaliknya berdasarkan faktor-faktor kebolehupayaan sesebuah negeri menawarkan keselesaan kepada…

Teruskan Membaca

Jabatan Kesihatan Negeri Diarah Siasat Kes Bayi Tertukar

in Terkini

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri diarah menyiasat termasuk memantau rekod dan prosedur operasi di pusat perubatan swasta di Jitra, bagi mengelak kes tertukar bayi berulang. Exco Kesihatan negeri Datuk Dr Leong Yong Kong berkata walaupun isu itu sudah selesai setelah ibu bapa sebenar menukar kembali bayi masing-masing, namun, ia masalah serius kerana berkaitan dengan…

Teruskan Membaca

22 Kematian Akibat Denggi Di Perak – Exco

in Terkini

IPOH – Sebanyak 22 kematian akibat denggi dicatatkan di Perak bagi tempoh Januari hingga 5 Sept lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon. “Jumlah kematian itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding lapan kes sahaja yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya…

Teruskan Membaca

Tamadun Sungai Batu Lambang Kehebatan Bangsa Melayu

in Terkini

ALOR SETAR – Usaha mengkaji dan memelihara khazanah negara di Tapak Arkeologi Sungai Batu perlu dilipatgandakan kerana peninggalan yang dtemui di tapak yang pernah berdirinya “Kedah Tua” itu melambangkan kehebatan tamadun bangsa Melayu di Nusantara. Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, tapak arkeologi…

Teruskan Membaca

Exco Pulau Pinang Kena Siasat Bawah Akta Hasutan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis di bawah Akta Hasutan 1948. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Sekretariat Pejabat Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan hari ini. “Exco Kerajaan Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua AMK akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman…

Teruskan Membaca

Melaka Kekal Destinasi Pelancongan Popular – Exco

in Terkini

MELAKA – Jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka yang mencatatkan peningkatan bagi tempoh tiga hari sejak Rabu lepas bersempena cuti Tahun Baharu Cina membuktikan negeri ini kekal menjadi destinasi pelancongan popular, kata Exco Pengangkutan Dan Pemulihan Projek negeri Datuk Lim Ban Hong. Beliau berkata bagi tempoh tiga hari itu, sebanyak 157,957 buah kenderaan dicatatkan memasuki Melaka…

Teruskan Membaca

RM1.5 Juta Pemuliharaan Pulau Bidong – Exco

in Terkini

SETIU – Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan asas dan pemuliharaan dasar laut Pulau Bidong, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie. Beliau berkata projek itu akan bermula awal tahun depan menerusi kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi. Langkah memulihara Pulau Bidong,…

Teruskan Membaca

Azmin Nafi Komposisi Exco Dikekalkan, Salahkan Media

in Politik/Terkini

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi jumlah Exco daripada setiap parti dalam pakatan rakyat adalah kekal seperti dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. Mohamed Azmin dalam status terkini Twitternya kira-kira sejam lepas dilihat menyalahkan laporan media mengenai jumlah komposisi itu selain mengatakan ia sebagai tidak tepat malah menyifatkan…

Teruskan Membaca

Go to Top