Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

GST

GST: 20% Syarikat Hantar Penyata Cukai Meragukan

in Terkini

KUCHING – Kira-kira 25,000 daripada lebih 437,000 syarikat yang berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didapati masih tidak menghantar penyata pembayaran mereka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata daripada jumlah yang menghantar penyata itu pula 20 peratus daripadanya didapati menampilkan penyata pembayaran cukai yang meragukan. Beliau berkata…

Teruskan Membaca

Kurang Aduan Bukti Masyarakat Semakin Faham GST

in Terkini

KUALA LUMPUR – Jumlah aduan yang berkurangan diterima kerajaan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membuktikan tahap kefahaman masyarakat mengenainya semakin baik. Kementerian Kewangan berkata bagi tempoh April hingga Disember 2016, sebanyak 840 aduan diterima berbanding 6,823 aduan bagi tempoh yang sama pada tahun 2015. Selain itu juga tiada isu kritikal yang dibangkitkan kepada…

Teruskan Membaca

Langkah Laksana Subsidi, GST Beri Manfaat Besar

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah produktif dan progresif yang telah memberi manfaat besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun dalam persekitaran global yang mencabar dan penurunan harga minyak mentah, Malaysia berjaya mencatat pertumbuhan mampan 4.2 peratus pada tahun lepas, “angka yang…

Teruskan Membaca

Datuk Vida Jelaskan Tunggakan GST RM4.2 Juta

in Artis/Utama & Sensasi

IPOH – Jutawan Kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman hari ini menjelaskan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015 hingga Julai 2016 berjumlah RM4.2 juta. Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menjelaskan bayaran itu menerusi draf bank atas nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pagi tadi sebelum perbicaraan…

Teruskan Membaca

Kastam Pasang Peranti Kesan Peniaga Elak GST

in Terkini

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memasang peranti ‘dongle’ pada setiap premis yang berdaftar dengan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengesan peniaga yang mengelak daripada membayarnya. Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST), Datuk Zulkifli Yahya berkata buat permulaan projek perintis berkenaan akan dimulakan di sekitar Lembah Klang bermula pertengahan bulan…

Teruskan Membaca

Kastam Sasar Bayaran Balik Cukai Input GST Capai 85%

in Terkini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ini merupakan susulan peningkatan bayaran balik ITC kepada perniagaan yang mencecah 80 peratus pada tahun lepas berbanding 67 peratus…

Teruskan Membaca

Kastam Sasar Kutipan GST RM42 Bilion Tahun Ini

in Terkini

PASIR MAS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM42 bilion untuk tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM, Datuk Zulkifli Yahya berkata setakat ini kira-kira 433,000 syarikat didaftarkan di bawah GST sejak sistem percukaian baharu itu dikuat kuasa pada 1 April 2015. “Tahun lalu kutipan GST…

Teruskan Membaca

Kerajaan Sasar Kutip GST RM42 Bilion Tahun Ini – Othman

in Terkini

KOTA KINABALU – Kerajaan menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lepas. Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak walaupun berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali. “Melihat suasana…

Teruskan Membaca

Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport DSV

in Artis/Utama & Sensasi

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara termasuk menunaikan umrah. Hakim Murtazadi Amran bagaimanapun mengarahkan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Februari.…

Teruskan Membaca

Kastam Jangka Kutip Tambahan GST Lebih RM3 Bilion

in Terkini

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan tambahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih RM3 bilion melalui pendekatan operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) yang lebih bersifat pematuhan pendidikan pada tahun hadapan. Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk T. Subromaniam berkata sasaran itu berdasarkan kutipan tambahan RM1 bilion yang…

Teruskan Membaca

GST, Penyelamat Kepada Ekonomi Negara

in Terkini

KUALA LUMPUR – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada tahun lepas, menjadi penyelamat kepada ekonomi negara susulan kejatuhan harga minyak mentah telah menyebabkan ekonomi global tidak menentu dan banyak negara mengalami kelembapan ekonomi. Malah, sistem percukaian baharu itu telah membantu Malaysia untuk menampung pengurangan hasil minyaknya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,…

Teruskan Membaca

Pengecualian Caj GST Kad Tambah Nilai Prabayar Kekal

in Terkini

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun depan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah tersebut diambil untuk meringankan bebanan rakyat kerana menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia bergantung kepada perkhidmatan…

Teruskan Membaca

Syarikat Perlu Patuhi Undang-Undang GST – Kastam

in Terkini

BUTTERWORTH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan pengusaha syarikat agar mematuhi perundangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tidak terlibat dengan perbuatan mentaksirkan cukai lebih rendah daripada sepatutnya. Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk T. Subromaniam berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah dan mengenakan penalti sehingga 40 peratus sekiranya mengesan mana-mana syarikat…

Teruskan Membaca

Gagal Kemuka Penyata GST, Dr Vida Didenda RM80,000

in Jenayah/Utama & Sensasi

IPOH – Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah gagal atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim…

Teruskan Membaca

Kastam Sasar Kutipan GST RM38 Bilion Tahun Ini

in Terkini

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mencecah RM38 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad. “Sehingga Nov, kira-kira RM37 bilion telah berjaya dikutip dan sasaran kutipan RM38 bilion pada tahun ini dijangka akan dicapai memandangkan perlaksanaan sistem GST kini dilihat semakin stabil dan…

Teruskan Membaca

Mesir Akan Laksana GST Sebanyak 14% Tahun Depan

in Utama & Sensasi

MESIR akan menggenakan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 14 peratus bermula tahun hadapan bagi memperkukuhkan lagi ekonomi negara Timur Tengah itu. Menurut Menteri Kewangannya, Amr El Garhy, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan bersama di Parlimen bagi memperkasakan lagi keutuhan ekonomi. “Tahun ini kita mengenakan sebanyak 13 peratus namun bermula tahun hadapan ia akan…

Teruskan Membaca

Pembelian Peralatan OKU Dapat Pelepasan GST Dipermudah

in Terkini

PUTRAJAYA – Pembelian peralatan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak mendapat pelepasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan lebih dipermudahkan mulai 1 Jan depan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata buat masa ini, OKU perlu melalui badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar untuk membolehkan mereka mendapat pelepasan GST. “Kita menerima…

Teruskan Membaca

Bayaran Balik Khas GST Dibuat Dengan Teratur – JAN

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pembayaran balik khas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibuat dengan teratur, mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah sub-seksyen 190(1), Akta GST, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2. Bagaimanapun, laporan itu menyebut terdapat beberapa kelemahan dalam tempoh pengauditan antara Oktober 2015 dan Januari 2016 seperti pengurusan…

Teruskan Membaca

Kutipan GST RM32.71 Bilion Sehingga Oktober Tahun Ini

in Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 31 Oktober tahun ini adalah RM32.71 bilion, manakala RM27.01 bilion kutipan direkodkan untuk tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015. Menurut Kementerian Kewangan, semua hasil cukai itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama-sama dengan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dikutip…

Teruskan Membaca

Yakin Kutipan GST 2016 Akan Cecah RM39 Bilion

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan yakin kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mencecah sasaran jumlah sebanyak RM39 bilion untuk 2016. Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Lee Chee Leong berkata sehingga bulan Oktober, jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak kira-kira RM29 bilion. “Angka tersebut masih dalam lingkungan sasaran dan matlamat kami adalah untuk mencapainya,” kata beliau…

Teruskan Membaca

Rakyat UK Kena 20% GST Tak Pernah Merungut, Tapi Kita…

in Utama & Sensasi

RAKYAT Malaysia sering kali mengeluh mengenai Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan di negara ini sejak April tahun lalu. Namun tahukah anda, di negara maju seperti United Kingdom (UK), rakyat mereka tidak sesekali pun mengeluh dan menyalahkan kerajaan dengan cukai sama yang dikenakan mereka malah dengan kadar peratus yang jauh lebih tinggi daripada dikenakan…

Teruskan Membaca

Kekal GST 6%: Orang Ramai Akan Sambut Baik Keputusan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengekalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada enam peratus adalah satu langkah yang akan disambut baik oleh orang ramai, kerana kebanyakan mereka merasai keperitan keadaan ekonomi sekarang, kata seorang pakar cukai. GST Partner daripada Deloitte Malaysia, Senthuran Elalingam, bagaimanapun memberi tahu Bernama daripada perspektif pembaharuan cukai, banyak lagi yang boleh…

Teruskan Membaca

Kutipan Cukai GST Tampung Sebahagian Kekurangan Hasil

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi serta penjanaan hasil tambahan daripada langkah yang diumumkan semasa pengubahsuaian Bajet 2016 mampu mengimbangi hasil Kerajaan Persekutuan yang dijangka menyusut pada 2016. Menurut Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kutipan GST pada tahun 2016 dijangka meningkat dengan mendadak sebanyak 42.5 peratus kepada…

Teruskan Membaca

GST: Pemilik Syarikat Telekomunikasi Didenda RM40,000

in Terkini

IPOH – Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tempoh lapan bulan. Hakim Murtazadi Amran, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika tertuduh, Wong Kean Yik, 35, gagal membayar…

Teruskan Membaca

Kerajaan Tidak Pernah Cadang Mansuh GST – Johari

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula 1 April, 2015. Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana objektif pelaksanaan GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan efisien. “Struktur GST yang dilaksanakan telah mengambil kira kedudukan…

Teruskan Membaca

Datuk Vida Berdepan 32 Pertuduhan Akta GST 2014

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

IPOH – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014. Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida Vida, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi…

Teruskan Membaca

Datuk Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai GST RM4 Juta

in Jenayah/Slider/Terkini

JUTAWAN kosmetik yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida hari ini didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh kerana kegagalan mengemukakan penyata seta gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Memetik Malay Mail Online (MMO), Vida akan didakwa di atas tiga kesalahan berkaitan…

Teruskan Membaca

Pemilik Telco Mengaku Bersalah Gagal Penyata GST

in Jenayah/Terkini

IPOH – Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tempoh lapan bulan. Wong Kean Yik, 35, yang juga pengarah Sun Yi Telecommunication Trading membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan…

Teruskan Membaca

Kompaun Jika Tunggakan GST 2015 Gagal Dijelaskan

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Pihak berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih mempunyai tunggakan cukai itu bagi 2015 diberi tempoh sehingga 31 Oktober ini untuk menjelaskannya. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata sekiranya mereka gagal membayar tunggakan GST 2015 itu selepas tarikh tersebut, tindakan kompaun sehingga maksimum RM20,000 akan dikenakan.…

Teruskan Membaca

Syarikat Didakwa Gagal Kemuka Penyata GST

in Jenayah/Terkini

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tempoh sembilan bulan. Tiga pengarah Syarikat Razortech Enterprise Sdn Bhd, Teoh Chin Ching, 65, Teoh Wee Let, 37, dan Teoh Evon, 35, meminta kes dibicarakan…

Teruskan Membaca

Gagal Kemuka Penyata GST, Syarikat Ke Mahkamah

in Jenayah/Terkini

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tempoh lapan bulan. Dua pengarah Syarikat Faito Racing Trend Sdn Bhd itu, Teoh Chin Ching, 65, dan Teoh Wee Let, 37, meminta kes dibicarakan selepas…

Teruskan Membaca

Kastam Kelantan Buru 700 Syarikat Liat Bayar GST

in Terkini

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan sedang memburu 700 syarikat di negeri ini yang dikategorikan sebagai ‘liat’ membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Yusoff berkata pihaknya melancarkan Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) mulai Khamis lepas (1 Sept) hingga akhir Disember depan, bagi mengesan pemilik syarikat…

Teruskan Membaca

95 Peratus Syarikat Hantar Penyata GST Secara Bulanan

in Terkini

KUALA LUMPUR – 95 peratus daripada kira-kira 420,000 syarikat yang diwajibkan menghantar penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara bulanan telah berbuat demikian kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia merupakan petanda baik terhadap kelancaran sistem penerimaan penyata yang memudahkan syarikat. “Pengemukaan penyata (GST) merupakan asas kepada…

Teruskan Membaca

21 Syarikat Disiasat, 3 Dihukum Berkaitan GST – Kastam NS

in Terkini

SEREMBAN – Sebanyak 21 syarikat sedang disiasat manakala tiga syarikat telah didakwa dan dihukum di mahkamah berkaitan kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan Datuk Abdullah Jaafar. Beliau berkata kesalahan dilakukan tiga syarikat terbabit ialah gagal menghantar penyata GST dan membuat tuntutan…

Teruskan Membaca

Kastam Masih Terima Aduan Mengenai Resit Bercukai GST

in Terkini

KUCHING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih lagi menerima aduan mengenai invois dan resit bercukai GST, kata Pengarah Kastam Negeri Sarawak Ahmad Jii. Beliau berkata ini termasuk aduan mengenai invois yang dikeluarkan tidak menepati kehendak Akta Barang dan Perkhidmatan 2014, orang berdaftar yang tidak mengeluarkan invois/resit bercukai GST dan syarikat berdaftar tidak mengenakan GST…

Teruskan Membaca

Pemilik Stesen Minyak Didenda, Gagal Kemuka Penyata GST

in Terkini

KUALA LUMPUR – Akibat gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebuah stesen minyak didenda RM72,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada sembilan pertuduhan itu selepas pemilik syarikat Nur…

Teruskan Membaca

4 Syarikat Di Sabah Didakwa Kerana Langgar Akta GST

in Terkini

KOTA KINABALU – Empat syarikat perniagaan di negeri ini akan didakwa di mahkamah kerana melanggar peraturan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, kata Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Datuk Dr Janathan Kandok. Beliau berkata syarikat tersebut dikenal pasti berdasarkan pemantauan jabatan kastam dan tindakan dikenakan atas kesalahan tidak mengeluarkan resit…

Teruskan Membaca

Tiada Kenaikan Kadar GST Selepas PRK Seperti Didakwa

in Terkini

SHAH ALAM – Kerajaan menafikan dakwaan pembangkang bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada lapan peratus selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Sabtu ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tidak ada perbincangan, cadangan mahupun sebab untuk kerajaan menaikkan kadar…

Teruskan Membaca

GST Beri Impak Positif Kepada Hasil Negara

in Terkini

KANGAR – Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) berjaya memungut hasil cukai tidak langsung sebanyak RM27.31 bilion sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan sejak 1 April tahun lepas sehingga 8 Mei lalu. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jumlah menunjukkan pertambahan RM12.81 bilion berbanding kutipan dibuat mengikut sistem lama, Cukai Jualan dan Perkhidmatan…

Teruskan Membaca

Gabenor BNM Akui GST, Rasionalisasi Subsidi Banyak Bantu Negara

in Terkini

PUTRAJAYA – Pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi diakui oleh Gabenor Bank Negara baharu Datuk Muhammad Ibrahim sebagai langkah berani yang diambil kerajaan untuk membantu negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dimaklumkankan kepadanya dalam perbualan beliau dengan Muhammad baru-baru…

Teruskan Membaca

1 2 3 12
Go to Top