Laman Utama Tags Posts tagged with "HILANG"

HILANG

392

PENGARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid yang dilaporkan hilang sejak 30 April lalu diberitakan berada dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.

BACA: Pengarah Di KPM Hilang, Anak Minta Bantuan Di Facebook

Perkara ini dimaklumkan anak beliau, Zaheera Zaidi menerusi Facebook sebentar tadi.

Status Zaheera Zaidi memaklumkan bapanya dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.

Status Zaheera Zaidi memaklumkan bapanya dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.

“Alhaammmdulilllaaahhh berjaya dikesan di Miri, Sarawak. Keadaan stabil. Later saya akan update jika ada info. Saya pun belum dapat detail cerita sebenar. Terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya share di Facebook,” tulisnya.

Tidak lama selepas status memaklumkan penemuan bapanya, Zaheera memuat naik satu lagi status meminta agar keluarganya tidak diganggu buat masa ini.

Bersama status tersebut dia memberitahu akan memaklumkan perkembangan terkini selepas bertemu sendiri bapanya itu.

Pengarah Di KPM Ditemui Selamat

Kehilangan Zaidi menjadi viral di media sosial selepas Zaheera memuat naik satu status di Facebook semalam, memohon bantuan orang ramai mencari bapanya yang dikhuatiri hilang sejak 30 April lalu.

Zaheera mendakwa bapanya keluar dari rumah di Seksyen 4, Bangi pada jam enam petang dan memberitahu akan bermalam di Bukit Kiara.

Bagaimanapun selepas 1 Mei jam 8 pagi, Zaheera memberitahu bapanya itu tak lagi dapat dihubungi.

Kehilangan Zaidi turut disahkan bosnya, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi Facebook bersama pesanan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Apa-apa pun, kami pasti Zaheera amat sayangkan bapanya dan risau jika berlaku sesuatu yang buruk lalu bertindak pantas meminta bantuan netizen selepas keluarganya turut membuat laporan polis.

Apa yang penting, bapanya itu sah berada dalam keadaan selamat dan kita doakan yang baik-baik untuk Zaheera dan keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

388

ALOR SETAR – Bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang hilang selepas keluar dari rumah di Hutan Kampung di sini sejak 2 April lalu, seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya yang berusia 23 tahun itu.

Mohd. Shukri Dali, 52, dari Kampung Masjid Hujung berkata sebelum kehilangan anak sulungnya, Noor Shuhaida ada mengadu mengalami sakit gigi sebelum dikatakan keluar ke halaman rumah kira-kira pukul 11.30 malam.

“Pagi sebelum kejadian, Noor Shuhaida yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot di Alor Setar tidak ke tempat kerja kerana sakit gigi. Kira-kira pukul 11.30 malam dia yang terjaga dari tidur terus keluar ke halaman rumah selepas mengadu sakit gigi kepada saya.

Kami sekeluarga hanya menyedari kehilangannya kira-kira 10 minit kemudian selepas mendapati dia tiada di luar rumah. Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya beberapa kali namun tidak menerima sebarang respons,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mohd. Shukri berkata anaknya yang memakai baju-T dan kain batik semasa keluar dari rumah tidak membawa sebarang beg pakaian.

Manakala ibunya, Fazilah Zakaria, 46, berkata anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangannya dan berasa bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu kerana Noor Shuhaida tidak pernah keluar malam secara bersendirian.

“Sejak kehilangannya, kami sekeluarga tidak lena tidur kerana bimbang dengan keselamatannya. Kami telah cuba mencarinya dengan menggunakan pelbagai cara namun masih belum mendapat khabar berita tentangnya.

Kami juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Balai Polis Langgar pada 3 April,” katanya.

Keluarga Noor Shuhaida merayu sesiapa yang menjumpai anak perempuan mereka supaya dapat menghubungi Mohd Shukri di talian 012-4207134. – BERNAMA

645

KAHERAH – Seorang lelaki yang hilang sejak 22 tahun lalu menemui semula keluarganya di Mesir selepas menyiarkan rayuan dalam televisyen dan laman Facebook, lapor akhbar tempatan semalam.

Penonton televisyen dan pengguna Facebook yang melihat mesejnya itu menghubungi keluarganya yang menetap di pusat bandar Asyut, di mana Mohammed Abdullah Rahouma dilaporkan hilang ketika berumur tiga tahun.

Ketika itu, Mohammed dikatakan mahu pulang dari kedai di bandar berkenaan, tetapi sesat dan terus hilang dalam kejadian pada 1994 itu, kata mereka.

Dia dijumpai dan dibesarkan seorang janda, yang kemudian menyerahkannya kepada rumah anak yatim dan di situ, dia mula mencari keluarganya.

Menurut laporan, ujian DNA menunjukkan Mohammed ialah anak kepada sebuah keluarga di Asyut dan mempunyai lima adik beradik perempuan.

“Dia bertemu dengan keluarganya dan mereka bersatu sekali lagi,” kata sumber polis. – Agensi/myMetro Online

912

IBU mana yang tidak cemas apabila anak yang baru berusia 8 tahun tiba-tiba tak pulang dari sekolah seperti biasa tanpa diketahui puncanya.

Apatah lagi, kes kanak-kanak hilang akibat diculik dan sebagainya bukan lagi kisah ganjil didengar pada zaman sekarang.

Begitulah kerisauan dirasai seorang ibu, Hazrin Noor, 32, apabila mengetahui anaknya Aisya Maisarah Mohd Ridzuan hilang sejurus selepas pulang dari sekolah kira-kira pukul 1 petang tadi.

Hal itu membuatkan, ibu kepada tiga cahaya mata ini bertindak menyebarkan berita kehilangan anaknya menerusi aplikasi WhatApps dan media sosial.

Menurut Hazrin, kebiasaannya Aisya akan menunggu suaminya berdekatan pondok pengawal keselamatan sekolah namun hari ini, anaknya gagal dikesan meskipun puas dicari.

“Kami ada bertanyakan kepada pengawal keselamatan. Menurut mereka, anak saya ada memberitahu ingin menaiki sebuah van sekolah.

“Hal itu membuatkan hati saya bertambah runsing sebelum kami membuat keputusan untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis,” ujarnya ketika dihubungi Mynewshub.

Difahamkan, Hazrin membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam Selangor kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun, teka-teki kehilangan murid Darjah Dua itu terjawab apabila Aisya menghubungi sendiri ibunya bagi memaklumkan dirinya berada di rumah rakan sekelasnya yang dikenali sebagai Amber kira-kira pukul 4.50 petang tadi.

Kata Hazrin, keluarga Amber menyangka anaknya telah mendapat kebenaran ibu bapa untuk datang ke rumah mereka.

Apa-apa pun, Hazrin meluahkan rasa syukur kerana anak perempuannya itu ‘hilang’ bukan atas sebab yang dikhuatiri oleh dirinya. – MYNEWSHUB.CC

1025

TAK habis-habis! Jika sebelum ini, kecoh dengan kehilangan gadis remaja 14 tahun yang dilaporkan berlakon diculik, kini muncul kes terbaharu.

Kali ini melibatkan seorang remaja lelaki, Muhd. Azhari Ibrahim, 18; yang dikatakan menghilangkan diri sejurus selepas menyiapkan air mandi ibunya yang sakit.

Bagaimanapun, teka-teki kehilangan remaja yang tinggal di Kampung Batu 7, Simpang Renggam, Kluang, Johor ini terjawab apabila keluarganya menemui sepucuk surat dalam biliknya.

Menerusi surat itu, Azhari menyatakan dia keluar untuk pergi bertapa di Gunung Ledang selama sebulan.

Sementara itu, bapanya, Ibrahim Abd Hamil percaya anaknya yang dipanggil Angah itu pergi bertapa mengikut rakannya yang merupakan ahli kumpulan Tarikat Al Mut Mainnah.

“Tindakan Angah ini seolah-olah diatur seseorang sehingga cepat sahaja dia tinggalkan Simpang Renggam. Selepas anak saya hilang, saya juga ada mencari dan bertanya di tempat belajarnya di Giat Mara.

“Kawan dia kata, sebelum tamat kursus jahitan minggu lepas, ada seseorang yang dikenali sebagai Mustakim menemui Angah.

“Saya percaya dia ahli kumpulan Tarikat Al Mut Mainnah. Saya juga percaya anak saya ini mengikuti kumpulan itu, tapi tak sangka dia mudah terikut sedangkan selama ini Angah sangat berhati-hati dalam bergaul,” katanya

Berikutan itu, Ibrahim berharap anaknya pulang segera dan meminta orang ramai yang menjumpai anaknya memaklumkan pada polis atau menghubunginya di talian 014-6179921. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Online

490

JOHOR BAHARU – Dua beradik lemas manakala nenek dan bapa saudara mereka masih hilang selepas rakit yang dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan dalam kejadian di Sungai Bekok, Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Mender Singh berkata kejadian di sungai bersebelahan Masjid Yong Peng pada 3 petang itu turut melibatkan enam yang lain, namun, mereka berjaya diselamatkan.

“Dua beradik yang lemas adalah Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan. Kedua-duanya merupakan anak seorang anggota polis.

“Nenek mereka pula adalah Lana Ismail, 50-an manakala bapa saudara pula adalah, Mohd Aiman Hairaddin, 10 tahun,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Mender berkata kesemua enam mangsa yang terselamat pula adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.

Beliau berkata kesemua 10 mangsa dalam kejadian itu mempunyai hubungan keluarga dan siasatan awal mendapati kesemua mereka menaiki rakit itu untuk melihat ternakan kambing di seberang sungai yang jaraknya lebih kurang 50 meter.

Katanya apabila sampai di pertengahan sungai, rakit itu ditolak arus dan tenggelam kerana muatan terlalu ramai kerana kebiasaan rakit hanya boleh memuatkan tiga orang dewasa.

Menurut Mender, kesemua mereka yang berasal dari Kangkar Bharu, Yong Peng sebelum itu menghadiri satu majlis perkahwinan di Yong Peng dan kemudian berhasrat untuk melihat ternakan kambing selepas majlis berkenaan.

“Mayat kedua beradik berkenaan kini dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan usaha mengesan dua lagi yang hilang sedang dilakukan oleh pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.54 petang.

Beliau berkata tiga anggota bersama sebuah jentera dan bot tiba di lokasi kejadian pada 3.16 petang dan operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang kini sedang dilakukan. – BERNAMA

1247

SEORANG remaja perempuan bernama Suri Arifah Binti Mohd. Rizal dari Hulu Langat, Selangor dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu. Dia disyaki telah dilarikan oleh bekas guru silatnya.

Suri Arifah Binti Mohd Riza (depan) dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu.

Suri Arifah Binti Mohd Rizal (depan) dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu.

bd700f03-11fd-4a8d-a4b4-8cd04e46f207

Berita mengenai kehilangannya yang disebarkan di Facebook.

Berikutan kejadian ini, bapa kepada Suri Arifah telah membuat satu laporan polis berhubung dengan misteri kehilangan anaknya itu.

Menerusi laporan tersebut, bapanya ada menyatakan yang anak gadisnya itu ada meninggalkan nota yang dijumpai di dalam bilik tidurnya.

Anaknya itu ‘berpesan’ agar tidak mencarinya dan jangan membuat laporan kepada pihak polis berhubung kehilangannya ini, dia sekadar keluar untuk mencari ketenangan.

Laporan polis yang dibuat oleh bapanya, Mohd Riza

Laporan polis yang dibuat oleh bapanya, Mohd Rizal Johari.

Selain nota tersebut, Mohd. Riza juga melaporkan ada menerima satu mesej pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang tidak dikenali.

Mesej ringkas “cepat keluar” itu disyaki dihantar kepada anaknya oleh suspek. Mesej diterima pada jam 1.51 pagi tarikh yang sama anaknya hilang.

8a77c600-9bab-451c-9664-d60b458018cd

Gambar suspek (bawah) dipercayai melarikan Suri.

Usaha menjejaki kini sedang dijalankan pihak polis dan orang ramai yang ada terserempak atau terjumpa dengan Suri Arifah diminta untuk menghubungi bapanya di nombor 010-7860844. – Sumber: MYNEWSHUBCC

    957

    MICHAEL Cavallari yang merupakan abang kepada pelakon terkenal, Kristin Cavallari, 28, ditemui mati setelah tiga hari dilaporkan hilang.

    Mayatnya ditemui di sebuah kawasan yang agak terpencil di kawasan yang berbatu di Utah, Salt Lake City, Amerika Syarikat.

    Sebelum ini, kereta Honda Civic milik mangsa ditemui dalam keadaan enjinnya masih dihidupkan di kawasan berhampiran pada 27 November lalu.

    Pihak pencarian di Orange County telah menjalankan usaha mencari dan menyelamat sejak tarikh tersebut.

    Menurut jurucakap Grand County Sheriff’s Office, mayat Michael kini telah dihantar ke Utah Medical Examiner untuk siasatan lanjut berhubung punca sebenar kematian.

    Menurut laporan ABC News, Michael pernah ditahan pada 23 November. Mangsa juga dikatakan merupakan seorang yang selalu menghadapi masalah dalam kehidupannya yang lepas.

    Namun hubungannya sangat akrab dengan adiknya, Kristin.

    Kristin Cavallari yang sedih mengenai berita tersebut sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan prihatin terhadap nasib keluarganya dalam kejadian ini dalam laman Instagramnya.

    Beliau merupakan pelakon popular menerusi rancangan MTV- Laguna Beach dan The Hills. – Sumber: ABC News/MYNEWSHUBCC

     

    275

    KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Keramat 1, Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang sejak 23 Okt lepas.

    Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata risikan terperinci masih dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu, 53, yang dipercayai hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu dihentikan pada 10 Nov lepas.

    “Setakat ini kami masih belum menemui petunjuk baharu, siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah untuk tampil ke balai polis berhampiran.

    Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang 23 Okt lepas.

    Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

    [wpdevart_youtube]A3rrnYUOMSc[/wpdevart_youtube]

    400

    KUALA KUBU BHARU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Abdul Rahman Yahya Zikri berkata bacaan Yasin itu akan dikendalikan Unit Bahagian Agama dan Kaunseling, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Kita menggunakan khidmat pasukan paranormal PDRM sebagai ikhtiar selepas semua usaha dilakukan untuk mencari Jashiah sejak 12 hari lepas menemui jalan buntu,” katanya kepada pemberita di pusat operasi di Kampung Buluh Telur, di sini, hari ini.

    Abdul Rahman berkata 40 anggota daripada PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA akan menyertai bacaan Yasin untuk guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu itu, yang hilang sejak 15 hari lepas di Taman Seri Seruling di sini.

    Mengenai operasi hari ini, beliau berkata 73 anggota daripada PDRM, JBPM, JPAM, Pegawai Pendidikan Daerah, individu termasuk pasukan Radio Amatur dan Paramotor, menumpukan pencarian di kawasan ladang serta sekitar pondok itu.

    Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

    Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling, dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

    295

    KUALA KUBU BHARU – Alat pengesan haba digunakan malam ini dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Okt lalu.

    Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu, ASP Mohd Razit Md Tahir berkata alat itu yang lebih berkesan pada waktu malam, digunakan untuk mencari guru besar SK Taman Keramat Satu itu bermula pukul 10.30 malam kelmarin.

    “Alat itu lebih jelas nampak objek yang terlindung dan senang untuk menjejaki mangsa pada waktu malam. Malam ini, kami fokuskan pencarian sejauh dua kilometer bagi mencari mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

    Mohd Razit berkata sehingga operasi berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tadi tidak ada petunjuk baharu ditemui. Operasi SAR akan disambung pada pukul 9 pagi hari ini.

    Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Okt lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

    Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

    812

    KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat guru besar yang hilang sejak sembilan hari lepas di Taman Seri Seruling di sini, kini turut disertai pasukan veteran komando.

    Pasukan veteran komando itu diketuai Penasihat Veteran Komando Malaysia, Datuk Shamsudin Abas bagi mencari guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu.

    Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Razi Hasan berkata, seramai 70 orang veteran komando itu menyertai pasukan mencari dan menyelamat lain yang terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan dan penduduk kampung.

    “Pasukan mencari dan menyelamat kini seramai 167 anggota termasuk 70 anggota veteran komando itu yang akan menggunakan pengalaman mereka di hutan bagi membantu pencarian itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi, Kampung Buluh Telur, pada Sabtu.

    Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat itu kini juga dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil.
    “Tujuh kumpulan itu melakukan operasi mencari meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun berhampiran Taman Milenium, pencarian dari rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah serta anak sungai berhampiran pusat operasi,” kata Razi.

    Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan guru besar itu tiada di rumah.

    Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – ASTRO AWANI

    788

    KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak tujuh hari lepas di Taman Seri Seruling di sini diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Perak Bidor, Perak.

    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata kira-kira 15 anggota PGA terlibat membantu dalam operasi memasuki hari keempat hari ini, yang tertumpu di Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.

    “Operasi yang berkeluasan tiga kilometer radius hari ini akan diteruskan dengan bantuan PGA Sungai Perak yang mempunyai kepakaran dalam hutan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Seramai 69 orang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan, Pegawai Pendidikan Daerah, dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini, katanya.

    Supramaniam berkata pencarian hari ini turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM selain mencari di pondok-pondok kosong berhampiran kebun getah.

    Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga pukul 7 malam mengikut keadaan cuaca.

    Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

    Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

    1397

    KUALA KUBU BHARU – Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.

    Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.

    “Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan…malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

    Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain kira-kira 10km.

    Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah pada Ahad lepas.

    “Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu,” katanya.

    Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.

    “Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.

    “Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya,” kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.

    Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.

    “Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera…seminggu sekali ibu dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling,” katanya.

    Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat beradik.

    “Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah makanan yang kami bawa,” katanya.

    Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Perak memulakan tugas di tempat baharu.

    “Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di Kajang dan tinggal di Kajang,” katanya.

    Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.

    “Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu),” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.

    “Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.

    “Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.

    “Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian,” katanya.

    Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan operasi pencarian masih diteruskan. – BERNAMA

    761

    KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat guru besar sebuah sekolah rendah di Keramat, Kuala Lumpur, Jashiah Rabu yang hilang sejak enam hari lepas di Taman Seri Seruling, di sini diteruskan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, pencarian diteruskan di beberapa kawasan termasuk di hutan simpan Bukit Kutu dan perkampungan Orang Asli.

    Kekuatan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, renjer hutan, penduduk dan Pegawai Pendidikan Daerah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat pada hari ini.

    “Semua agensi terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melakukan pencarian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan mengikut keadaan cuaca.

    Seorang saksi penjaga kandang lembu yang hanya dikenali sebagai Zainal berkata, dia pernah melihat wanita itu berjalan di luar kawasan kandang lembu tetapi tidak menyangka wanita itu akan hilang.

    Katanya pada ketika itu wanita berkenaan kelihatan tidak terurus.

    “Saya biasa nampak dia di kawasan sekitar tetapi sebelum dia dilaporkan hilang, saya ada melihat dia berjalan melalui kawasan kandang lembu ini dan menuju ke perkampungan Orang Asli,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 53 tahun yang tinggal di Taman Seri Seruling kelihatan murung sejak kebelakangan ini dipercayai kesan pengambilan ubat rawatan barah yang dihidapinya. – BERNAMA

    676

    KINABATANGAN – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika menyeberangi Sungai Segaliud di sini semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemidian Majid berkata lelaki itu dikenali sebagai Zainal Lulung, 48.

    Menurut Rosemidian, dua anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima pangggilan pada pukul 7.56 malam.

    Operasi yang turut dibantu penduduk kampung ditangguhkan pada pukul 11.31 malam dan disambung semula pada jam 7 pagi ini, kata beliau ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

    1644

    PELIK campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang, Selangor akhirnya ditemui di lokasi yang sama, pada Jumaat.

    Azhar Muhammad, 45 tahun; atau lebih dikenali sebagai DJ Kahong dikatakan ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus kira-kira jam 7.30 pagi.

    Berkongsi cerita tentang apa yang terjadi, dia berkata telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang.

    Menurutnya, lelaki tua tersebut kemudian memberikan kepadanya rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

    Bertambah aneh, Azhar terkejut apabila mengetahui sudah hilang selama dua bulan kerana menyangka dia tidak pulang baharu cuma sehari.

    “Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia… rupanya dah dua bulan, saya terkejut apabila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

    “Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,” katanya kepada Sinar Harian.

    Azhar dilaporkan hilang pada 10 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan kira-kira jam 7 malam. – MYNEWSHUB.CC

    838

    KOTA BHARU – Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan identiti dua lagi mayat kanak-kanak yang hilang di Gua Musang pada 23 Ogos lepas, adalah Ika Ayel, 9; dan Juvina David, 7.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mayat kedua-dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi itu disahkan identiti mereka melalui ujian DNA yang dilakukan ahli kimia jabatan berkenaan, Nor Aidora Saedon.

    “Spesimen yang diambil daripada satu mayat adalah Ika iaitu anak kandung kepada pasangan Nora Tegau dan Ayel Ajeb.

    “Sementara, spesimen diambil daripada rangka adalah Juvina, anak kandung kepada pasangan Shela Omar dan David Kuasan,” katanya pada sidang media mengenai keputusan ujian DNA OPS Tohoi 07, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Jumaat.

    Mazlan berkata keputusan ujian DNA itu akan dimaklumkan segera kepada keluarga kanak-kanak terbabit, bagi membolehkan proses pengebumian dapat dilaksanakan.

    Beliau berkata keputusan ujian DNA bagi satu lagi mayat dan satu rangka masih belum diperoleh daripada Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, dan dijangka diketahui minggu depan.

    Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli SK Pos Tohoi dilapor melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

    Mereka ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

    Setelah 50 hari hilang, Miksudiar dan Norieen ditemui selamat manakala pihak berkuasa turut menemui dua mayat dan dua rangka kanak-kanak pada awal bulan ini.

    Seorang lagi mangsa daripada kumpulan kanak-kanak itu masih hilang dan misi pencarian masih diteruskan.

    Mazlan berkata pasukan mencari kini memberi tumpuan untuk mencari seorang lagi kanak-kanak berkenaan dengan memperluaskan kawasan pencarian dari Sungai Perias di Pos Tohoi hingga ke Sungai Nenggiri juga di Gua Musang.

    Katanya polis juga akan cuba mendapatkan rakaman percakapan berhubung kejadian itu, daripada Miksudiar dan Norieen, yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini. – BERNAMA

    1454

    KOTA BHARU – Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

    Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

    “Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi,” katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.

    “Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).”

    Beliau berkata, rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

    Katanya, pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

    “Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan,” katanya.

    Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman-laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

    “Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka,” katanya.

    Mazlan berkata, lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Okt lepas.

    Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.

    Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

    Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7. – BERNAMA

    1203

    KOTA BHARU – Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang selamat, Missudiar Aluj, 11, menafikan anak saudaranya takut pulang ke rumah selepas mandi di sungai sebaliknya tidak jumpa jalan pulang menyebabkan dia bersama enam lagi rakan hilang sejak 23 Ogos lalu.

    Suren Seman, 29, berkata, ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh Missudiar kepadanya selepas pulih daripada trauma bertarung nyawa lebih sebulan di dalam hutan bersama seorang lagi rakannya yang selamat, Noreen Yaacob, 10.

    “Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan).

    “Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama pencarian malah kami juga tidak dengar suara mereka,” katanya kepada media ketika ditemui di Wad 5 Pedriatik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.

    Terdahulu Missudiar dan Noreen yang ditemani ibu masing-masing menerima kunjungan daripada Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bersama Tengku Puan Temenggong, Datuk Tunku Noor Hayati Tengku Abdul Rahman.

    Sementara itu, ibu Missudiar, Rosita Bahir berkata, anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas empat hari berada di HRPZII di bawah pengawasan doktor pakar.

    “Dia dah boleh jalan dan makan dengan baik, dia lebih ceria sebab dapat banyak hadiah daripada pelawat, dia ada cakap mahu pulang ke kampung,” katanya.

    Dalam pada itu, Missudiar mendakwa ada mendengar bunyi helikopter tentera dan pernah menjerit kepada anggota pasukan penyelamat di kawasan berhampiran mereka.

    Namun peliknya, jeritannya itu tidak didengari pasukan penyelamat walaupun jarak antara mereka dengan kumpulan tujuh kanak-kanak hilang itu tidak jauh.

    Pengakuan itu diceritakan Akek Bahir, 46, bapa saudara Missudiar ketika ditemui di HRPZII, semalam.

    Katanya, Mussudiar dapat mendengar bunyi helikopter yang melintasi mereka yang ketika itu dianggarkan berada kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi di Pos Tohoi pada hari ke-12 kanak-kanak itu hilang.

    “Malah, ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

    “Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang maut akan berbeza selain dapat diselamatkan,” katanya.

    Akek yang juga Penghulu Kampung Gawen itu percaya pasukan penyelamat gagal mendengar jeritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang ‘dijaga’ oleh Tenrog (orang bunian).

    “Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.

    “Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya. – Sinar Harian Online

    582

    KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengehadkan lawatan orang ramai terhadap dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi melancarkan proses pemulihan kanak-kanak terbabit.

    Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata walaupun tahap kesihatan kanak-kanak itu bertambah baik sejak menjalani rawatan di hospital berkenaan, dari sudut psiko-sosial, mereka masih lemah selepas hilang dalam hutan selama 48 hari.

    “Setakat ini, kedua-dua mangsa hanya mahu bercakap dan meluahkan perasaan dengan ibu bapa mereka. Apabila dikunjungi orang ramai, mereka akan bertindak mendiamkan diri.

    “Di bawah Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak dan Akta Kanak-kanak, kementerian berhak campur tangan dan membenarkan pihak tertentu sahaja berjumpa dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas melawat kedua-dua kanak-kanak terbabit di HRPZII, di sini, hari ini.

    Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat lepas, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia.

    Sementara, dua rangka kanak-kanak yang ditemui sedang dikenal pasti menerusi ujian DNA, manakala seorang lagi masih hilang.

    MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

    MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

    Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas, kerana takut dikenakan tindakan oleh guru ekoran mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

    Mengulas lanjut, Rohani berkata berita berkaitan perkembangan kesihatan kanak-kanak berkenaan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui HRPZII ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan.

    Selain itu, beliau berkata tahap kesihatan kanak-kanak berkenaan turut menunjukkan perkembangan positif apabila berat badan mereka naik kira-kira satu kilogram.

    “Ketika ditemui, berat badan mereka 15kg dan kajian dijalankan oleh pakar perubatan mendapati mereka kehilangan kira-kira 10kg berat badan sepanjang tempoh 48 hari di dalam hutan,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau menyelar tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kementerian itu langsung tidak mempedulikan nasib ketujuh-tujuh mangsa berkenaan.

    “Sejak hari pertama mereka hilang, kita telah hantar beberapa pegawai bertemu dengan keluarga mangsa. Kita beri bantuan kecemasan sebanyak RM300, bantuan makanan serta kaunseling dan mengadakan perjumpaan bersama mereka setiap empat hari.

    “Dakwaan sebegini hanya menjatuhkan semangat pegawai kami kerana mereka sebenarnya wira tak didendang. Apa sumbangan pihak yang membuat tuduhan dalam kes ini?” katanya. – BERNAMA

    521

    GUA MUSANG – Dua mayat dan dua rangka kanak-kanak yang dipercayai murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui berasingan sejak Rabu lepas, telah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor malam tadi bagi menjalani ujian DNA.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata walaupun ada keluarga mendakwa telah mengenal pasti rangka yang ditemui adalah anak mereka selepas pengecaman awal dibuat, namun ujian DNA perlu dilakukan bagi pengesahan dengan lebih tepat.

    “Jabatan Kimia juga memberi komitmen untuk menjalankan ujian DNA dengan segera dan keputusan akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang di sini, hari ini.

    Hadir sama Komandan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Tohoi yang juga Ketua Polis Daerah, Supt Saiful Bahri Abdullah.

    Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia oleh anggota keluarga.

    Dua rangka yang ditemui masih belum dikenal pasti manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui.

    Mereka ialah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

    MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

    MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

    Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

    Ditanya mengenai usaha pencarian seorang lagi mangsa, beliau berkata ia akan diteruskan dengan operasi bermula seawal 9 pagi pada setiap hari.

    “Setakat ini kita mempunyai kira-kira 250 anggota SAR dan ia mencukupi.. tak perlu penambahan anggota mahupun aset.

    “Saya turut nasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tohmahan terhadap pasukan SAR kerana tindakan berkenaan hanya akan menjatuhkan moral pasukan,” katanya. – BERNAMA

    656

    GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menyediakan aktiviti pendidikan dan kaunseling kepada dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini, yang dijumpai selamat setelah mereka hilang di hutan selama 48 hari bersama lima lagi rakan.

    Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya berkata aktiviti berkenaan bagi pengisian masa Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11 sepanjang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, yang dijangka mengambil masa dua bulan.

    Aktiviti penting seperti kaunseling untuk pemulihan minda selain diberi pendidikan menerusi membaca, menulis, mengira dan mewarna untuk mereka berdua melupakan peristiwa hitam yang mereka lalui dan memulihkan kembali semangat mereka, katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

    Nik Man berkata beberapa pegawai Jakoa yang ada kemahiran dalam bidang pemulihan mental ditempatkan di wad murid berkenaan untuk memberi latihan dan pemulihan semangat.

    Pihaknya juga akan mendapatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan untuk sama-sama menjayakan program berkenaan, katanya.

    Norieen dan Mirsudiar ditemui selamat di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi, pada Jumaat lepas selepas hilang bersama lima lagi rakan pada Ogos lepas, namun tidak bermaya kerana dehidrasi dan kini dirawat di HRPZII.

    MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

    MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

    Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

    Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

    Polis mengesahkan Sasa dan Ika meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA (Deoxyribonucleic acid) manakala satu lagi masih hilang.- BERNAMA

    761

    DUA kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dilaporkan sudah semakin beransur pulih selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

    Memetik Metro Ahad, ibu Norieen, Midah Angah, 40, berkata anaknya itu semakin ceria, makan dengan berselera serta boleh menulis dan melukis.

    “Dia sudah makan dengan makan dengan banyak dan minta untuk makan macam-macam, namun saya hanya bagi dia makan bubur nasi saja,” katanya.

    Dua kanak-kanak itu mengalami kesusutan berat badan sebanyak 10 kilogram sejak dilaporkan hilang pada 23 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

    47 hari hilang, dua kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat

    Oleh:  JULIANA JOHAR 

    1431

    GUA MUSANG – Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.

    Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

    Beliau dimaklumkan perkara itu oleh ibu mangsa yang selamat ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik murid yang masih hidup itu ditemui pasukan penyelamat tengah hari Jumaat.

    Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

    Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7; diikuti Haikal Yacoob, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; dan Linda Rosli, 8.

    “Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, ” katanya.

    Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.

    “Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan,” katanya. – myMetro Online

     

     

    2215

    KES kehilangan tujuh orang murid Orang Asli sejak 47 hari lalu ternyata memberi impak dan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

    Setakat ini, laporan media tempatan telah melaporkan lima orang murid daripada tujuh yang hilang telah ditemui.

    Walau bagaimanapun, hanya dua daripada anak Orang Asli tersebut dijumpai selamat manakala tiga lagi telah meninggal dunia.

    Ikuti kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini:

    23 Ogos 2015 

    – Tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

    – Mereka terdiri daripada Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

    – Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 2.25 pagi.

    NSTP

    Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

    25 Ogos 2015

    – Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

    1 September 2015

    – Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

    – Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

    17 September 2015

    – Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.

    – Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan JAKOA termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

    28 September 2015

    – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

    7 Oktober 2015

    – Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

    – Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

    8 Oktober 2015

    – Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

    – Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

    [KES MURID ORANG ASLI HILANG, MAYAT DIKENAL PASTI SASA SOBRIE]

    Sasa Sobrie ditemui mati

    Sasa Sobrie

    9 Oktober 2015

    – Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

    – Dua orang kanak-kanak yang terselamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

    [KES MURID ORANG ASLI HILANG, DUA DITEMUI SELAMAT]

    DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. - Foto BHarian Online

    Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. – Foto BH Online

    – Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

    – Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

    – Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun. – MYNEWSHUB.CC

    1879

    GEMPAR… Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang dilaporkan hilang sejak 47 hari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias.

    Kedua-dua mangsa yang selamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

    NSTP

    Pasukan penyelamat turut menemui seorang lagi rakan mereka, namun didapati telah meninggal dunia. Identiti kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9.

    Ketiga-tiga kanak-kanak Orang Asli ini ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan tengkorak, petang Khamis.

    Menurut Berita Harian, dua kanak-kanak yang selamat ini ditemui dalam keadaan badan kurus kering dan sudah tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

    Mereka dikatakan hidup dengan bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

    Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

    Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7. – MYNEWSHUB.CC

    Sumber: BH Online

    1181

    GUA MUSANG – Ibu bapa kepada enam lagi murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu yakin bahawa anak mereka masih hidup dan akan dapat ditemui oleh pasukan penyelamat.

    BACA: Kes Murid Orang Asli Hilang, Mayat Dikenal Pasti Sasa Sobrie

    Seorang daripada ibu murid hilang, Midah Angah, 38, berkata, walaupun mayat Sasa Sobri telah dijumpai, dia percaya kedua-dua anaknya iaitu Norieen Yaakob, 10, dan Haikal Yaakob, 8, masih hidup.

    “Saya sudah letih dan habis tenaga menunggu berita, dan saya berharap berita baik yang saya terima. Saya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Sasa Sobri dan berharap ahli keluarga mangsa tabah menerima dugaan.

    “Saya tahu perasaan yang dialami Sobri Latif kerana saya juga kehilangan anak. Bukan seorang tapi dua,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat di Hospital Gua Musang, hari ini.

    Difahamkan, selepas insiden kehilangan dua anaknya, Midah Angah dikatakan tidak membenarkan 2 lagi anaknya untuk kembali bersekolah akibat trauma kehilangan tersebut.

    Sementara itu, seorang lagi bapa murid, Ayel Ajik, 32, menyatakan keyakinan bahawa anaknya, Ika, 9, masih hidup walaupun sudah memakan masa 47 hari sejak kehilangannya.

    “Sukar hendak gambarkan namun saya yakin Ika masih hidup. Walaupun mayat Sasa sudah ditemui, namun pihak polis belum mengesahkan betul atau tidak.

    “Saya yakin pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mencari anak-anak yang hilang dan diharap dapat ditemui dalam masa terdekat,” katanya kepada The Rakyat Post.

    Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

    MISSING_ORANG_ASLI_PUPILS_290915_TMINAZIRSUFARI_17

    Mereka dipercayai hilang selepas melarikan diri dari sekolah kerana takut dikenakan tindakan guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

    Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

    Semalam, mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pada jam 7 malam tadi oleh penduduk kampung.

    Menurut siasatan awal, pihak polis mendapati mayat kanak-kanak tersebut ialah Sasa Sobrie yang berusia 8 tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Sumber: The Rakyat Post

    356

    GUA MUSANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas akan diperluaskan ke bandar-bandar kecil berdekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata kawasan SAR diperluaskan daripada kawasan hutan hingga ke bandar-bandar kecil kerana pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah dan penculikan membabitkan murid berkenaan.

    “Kita akan meliputi kawasan pencarian ini ke bandar-bandar kecil berdekatan kerana kita khuatir ada pihak yang melakukan penyembunyian kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat SAR itu dan bertemu ibu bapa tujuh murid berkenaan di Sekolah Kebangsaan Tohoi di sini, Isnin.

    Dalam kejadian itu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran. Mereka pada mulanya dikhuatiri tersesat di hutan.

    Turut mengiringi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin.

    Ahmad Zahid berkata pihak risikan termasuk polis dan tentera akan menggiatkan usaha menjejaki tujuh kanak-kanak yang hilang itu memandangkan setakat SAR yang memasuki hari ke-37 hari ini, tiada bukti yang ditemui yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak itu.

    “Bukti yang ditemui tidak memperlihatkan langsung (seperti) stokin dan selipar yang ditemui (dalam hutan) daripada kanak-kanak terbabit (ini) berdasarkan DNA dan sebagainya,” kata beliau.

    Beliau berkata operasi SAR yang melibatkan kawasan hutan berbukit Pos Tohoi diperluaskan dari 80 kilometer (km) radius kepada 140km radius.

    Setakat ini lapan agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sedang melakukan operasi SAR dan ia akan diteruskan sehingga kesemua murid terbabit ditemukan.

    Beliau berkata unit Senoi Praaq daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dilibatkan dalam operasi SAR di kawasan hutan belantara itu kerana mereka terdiri daripada Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam operasi di hutan.

    Ahmad Zahid berkata kerajaan mengambil serius kehilangan kanak- kanak Orang Asli berkenaan dan akan menggunakan pelbagai pendekatan sehingga kesemua mereka ditemui.

    “Media sosial jangan cuba memutarbelitkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, jangan cuba untuk meletakkan unsur-unsur yang negatif, mereka harus membezakan. Ini soal kemanusian, ini soal perasaan ibu bapa, jangan mempermainkan perasaan mereka ini.

    “Mereka (media sosial) seharusnya bersama kami untuk memberi motivasi dan semangat bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga kepada pegawai dan anggota pasukan pencarian, jangan rendah-rendahkan keupayaan dan komitmen mereka … mereka bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

    Ahmad Zahid juga meminta Kementerian Pendidikan untuk memindahkan kelas-kelas di SK Tohoi ke bangunan asrama sekolah itu supaya sekolah dan asrama berada dalam satu kawasan.

    Sekarang ini kelas-kelas SK Tohoi dan bangunan asrama dipisahkan dengan jalan pembalakan.

    Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak terbabit yang ditemui menyatakan rasa gembira dengan komitmen diberikan kerajaan melalui Ahmad Zahid itu dan berharap anak-anak mereka segera ditemui.

    Medah Angah, 38, berkata komitmen yang diumumkan Ahmad Zahid memberi harapan baharu kepada ibu bapa yang amat menanti-nantikan anak-anak mereka ditemui.

    “Kami sudah lama menanti anak-anak kami pulang, kami minta anak-anak kami segera ditemui,” katanya.

    Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11. – BERNAMA

    1308

    PADA tahun 1987, Joy White bawa anaknya yang berusia 3 minggu, Carlina ke Hospital Harlem di New York City, Amerika Syarikat. Kemudian, mimpi ngeri setiap ibu terjadi.

    Carlina dipisahkan oleh ibunya untuk menerima rawatan IV. Pada masa itulah seorang wanita yang menyamar berpakaian seperti seorang jururawat menyelinap ke dalam hospital dan menculik Carlina.

    Dia mencabut IV dari lengan Carlina dan membawanya jauh beribu-ribu batu ke Georgia. Walau bagaimanapun, wanita yang menculik Carlina, Ann Petty menjaganya seperti anak sendiri.

    Ironi 23 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Cukup untuk seseorang tidak lagi mengenali ahli keluarganya. Pada ulang tahun kelahirannya ke-16 tahun, Carlina rasa sesuatu tidak betul mengenainya.

    Ini kerana tidak ada seorang pun adik beradiknya yang lain menyerupainya. Pada tahun yang sama, dia mengandung dan perlukan dokumen kelahiran untuk proses kelahiran bayinya nanti.

    Dia bertanya kepada ‘ibunya’ di mana sijil kelahirannya tetapi ibunya enggan memberitahu. Tidak sedap hati dengan keadaan itu, dia menyelongkar barang-barang Ann Petty dan menjumpai sijil kelahirannya.

    Namun, apabila dia membawa ke pejabat kerajaan, mereka menuduh Carlina mencuri identiti orang lain. Ianya adalah sijil kelahiran palsu. Apa yang lebih menyedihkan, Ann memberitahu Carlina bahawa ibu kandungnya telah tinggalkan dia sejak lahir dan ibunya tidak akan kembali lagi.

    Itulah saat Carlina menyiasat siapakah dirinya yang sebenar. Tujuh tahun kemudian dia pergi ke National Center iaitu pusat untuk mereka yang kehilangan anak.

    Kemudian dia membuat panggilan telefon yang mengubah hidupnya. Dia dan Joy White iaitu ibu kandunganya membuat ujian DNA dan mereka disahkan ibu dan anak kandung.

    Selepas 23 tahun diculik oleh seseorang yang menyamar sebagai ibunya, Carlina bertemu kembali ibu kandung dan keluarganya. Manakala, Ann Petty dipenjarakan 12 tahun kerana melakukan kesalahan tersebut. – era.fm

    961

    KOTA BAHARU – Masuk hari ini, genap 32 hari tujuh murid anak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang hilang di dalam hutan selepas didakwa melarikan diri dari asrama kerana takut dikenakan hukuman selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.

    Tujuh murid terbabit iaitu enam perempuan dan seorang lelaki – Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

    Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan penduduk kampung, masih gagal menemui sebarang petunjuk, melainkan stokin dipercayai milik salah seorang murid terbabit pada 1 Sept lepas, selain kesan tapak kaki di kawasan berpasir berdekatan sebatang anak sungai pada 7 Sept lepas.

    Pelbagai spekulasi timbul di laman sosial sehingga ada yang mendakwa kanak-kanak berkenaan diculik sindiket pemerdagangan manusia sehingga menyebabkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim tidak menolak untuk menyiasat kemungkinan itu walaupun kejadian berlaku di dalam hutan.

    Pos Tohoi merupakan antara kawasan yang paling sukar untuk dimasuki di Kelantan kerana hanya mempunyai jalan pembalakan dan memerlukan masa kira-kira dua jam dari bandar Gua Musang.

    Apabila tiba musim tengkujuh, laluan berkenaan langsung tidak boleh digunakan oleh mana-mana kenderaan darat termasuklah pacuan empat roda kerana lumpur yang tebal.

    Lantaran itu bagi meneruskan SAR, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi meneruskan misi mencari kanak-kanak malang itu.

    Ratusan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuklah penggunaan aset udara serta khidmat anjing pengesan milik ATM dan JBPM dikerahkan ke lokasi kejadian dan radius pencarian turut diperluaskan sehingga 80 kilometer dengan enam sektor pencarian diwujudkan.

    Namun sehingga kini, tujuh kanak-kanak itu masih belum ditemui walaupun pelbagai cara telah digunakan oleh pasukan keselamatan dalam melakukan misi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

    Bagi pasukan penyelamat, keadaan demografi kawasan berkenaan yang berbukit-bukau serta hutan tebal bukanlah satu masalah besar bagi mereka untuk melasanakan operasi SAR, namun kekurangan maklumat tepat adalah penghalang utama dalam misi berkenaan.

    Menurut Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin, pelbagai versi berbeza berhubung jejak yang digunakan oleh kanak-kanak itu merupakan antara faktor terbesar kegagalan pasukan penyelamat mencari jejak mangsa.

    “Contohnya, bila kita menemubual guru ataupun rakan-rakan mereka, ada pelbagai cerita yang keluar dan kita kena siasat semua, namun akhirnya hanya menemui jalan buntu.

    “Bagi pasukan penyelamat, maklumat tepat atau dalam istilah tentera A1 Information (maklumat A1) adalah penting bagi memudahkan pencarian. Sekurang-kurangnya kita tahu di mana kanak-kanak itu dilihat kali terakhir,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

    Bagaimanapun, beliau berkata moral pasukan sentiasa berada di tahap tertinggi dalam misi berkenaan walaupun Hari Raya Aidiladha bakal disambut esok.

    Katanya, seramai 120 anggota 4 Rejimen Sempadan (RS) berpangkalan di Grik, Perak telah mengambil alih tugas 216 anggota daripada 1 RS, Tanah Merah bermula Isnin lepas (21 Sept) bagi memberi rehat kepada pasukan terdahulu.

    “Kita diberi tanggungjawab untuk melakukan pencarian di kawasan utara SK Tohoi dengan radius pencarian sehingga 80 kilometer.

    “Dalam radius itu, kita bahagikan kepada enam sektor melibatkan tiga sektor di Kampung Gawin dan enam sektor di Kampung Penad,” katanya.

    Sementara itu, masyarakat Orang Asli yang dikatakan memiliki kepakaran tertentu ketika berada di belantara kerana hutan ibarat ‘rumah’ mereka, pun masih gagal mengesan murid-murid terbabit.

    Ibu bapa kanak-kanak terbabit yang sedih dengan kejadian tersebut tetap menaruh harapan supaya anak-anak mereka berjaya ditemui.

    Seorang ibu Medah Angah, 38, dari Kampung Gawin berkata beliau hampir setiap hari menitis air mata mengenangkan nasib dua anaknya Norieen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, yang masih belum ditemui.

    Beliau bersama penduduk kampung memberi kerjasama kepada pasukan mencari dalam usaha mengesan murid-murid terbabit.

    “Kami sudah tidak ada selera untuk makan selagi dua anak kami tidak dijumpai dan tak tahulah nasib mereka sama ada masih hidup atau mati, tetapi berharap ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

    Komander SAR yang juga Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata operasi mencari dan menyelamat kesemua tujuh murid terbabit masih diteruskan. – BERNAMA

    1005

    GUA MUSANG – Sekurang-kurangnya 40 bomoh dan pawang tampil membantu mengesan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah mereka sejak sebulan lalu.

    Ada antara pengamal perubatan itu dijemput sendiri masyarakat Orang Asli selain ada juga menawarkan diri selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kanak-kanak itu hingga hari ini.

    Malah, ibu bapa mangsa turut mengakui menjemput Tok Halak iaitu orang kepercayaan paling dihormati masyarakat Orang Asli dari Bidor, Perak untuk melakukan ritual sewang berubat minggu lalu.

    Upacara dilakukan tiga malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk lokasi tujuh murid berada, namun masih belum berhasil.

    Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, berkata, dia sekeluarga sudah puas menggunakan khidmat bomoh dan pawang termasuk menjemput Tok Halak, namun masih belum berhasil. – myMetro Online

    643

    PORT DICKSON – Tentera darat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang di Gua Musang, Kelantan sejak 23 Ogos lepas.

    Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed berkata pihaknya komited dengan operasi yang turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

    “Daripada lebih 300 anggota agensi yang terlibat dalam operasi itu, lebih 200 adalah anggota tentera darat. Kita turut menghantar unit anjing pengesan untuk membantu operasi itu.

    “Di sini bolehlah saya rumuskan tentera darat komited untuk mengesan tujuh murid Orang Asli yang hilang itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan tamat latihan perajurit muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

    Menurut Raja Mohamed Affandi, setakat ini tempoh pencarian itu tidak ditetapkan.

    Pada masa sama, katanya, jika operasi itu dihentikan nanti, tentera darat bercadang menggunakan kawasan tersebut sebagai tempat latihan hutan untuk anggotanya.

    “Itu arahan yang akan saya keluarkan untuk menjadikan tempat itu kawasan latihan hutan,” katanya.

    Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

    Sementara itu, Raja Mohamed Affandi meminta cadangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk menarik minat kaum Cina dan India menyertai tentera.

    “Bagaimanapun, saya yakin mereka ini akan tampil menyertai ATM ketika negara memerlukannya. Tapi kalau boleh waktu ini, kita isikan sedikit komposisi kaum Cina dan India.

    “Rakyat Malaysia harus sedar mempertahankan kedaulatan negara terletak di bahu kita semua. Oleh itu, saya menyeru anak-anak muda daripada pelbagai kaum supaya tampil menyertai ATM,” katanya.

    Seramai 1,553 perajurit muda terdiri daripada 1,523 lelaki dan 30 wanita berjaya menamatkan latihan mereka selama enam bulan hari ini.

    Pada majlis itu, Ahmad Azizul Mat Safie diumumkan sebagai Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik, manakala Muhammad Zaireen Zailan Akram (Akademik Terbaik), Muhammad Izuan Lamat (Jasmani Terbaik), Mohammad Aniq Akmal Saini (Kawad Terbaik) dan Mohd Akmal Aziz (Penembak Terbaik). – BERNAMA

    473

    HUTAN MELINTANG – Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi.

    “Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya. Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.

    “Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini hari ini.

    Timbalan Pendakwa Raya Hilang Sejak Jumaat Lepas

    Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.

    Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya.

    Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

    Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – BERNAMA

    718

    PUTRAJAYA – Satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membantu usaha mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang hilang sejak Ahad lepas.

    Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata jawatankuasa khas itu, yang dipengerusikan Pegawai Pendidikan Dearah Gua Musang Muhammad Zahari Othman, turut melibatkan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang, guru-guru SK Tohoi, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Jawatankuasa khas itu juga akan memantau dan menentukan tindakan yang perlu diambil sehingga semua murid berkenaan ditemui.

    “Usaha mencari dan menyelamat turut melibatkan bantuan masyarakat kampung dan ibu bapa murid-murid berkenaan masih berusaha mengesan serta mencari mereka di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

    Khair berkata satu bilik gerakan juga disediakan di PPD Gua Musang bagi menyelaras gerak kerja mencari dan menyelamat bersama-sama semua agensi terlibat.

    “JPN Kelantan dan PPD Gua Musang telah diarah untuk mengambil semua tindakan perlu dan wajar sehingga kesemua pelajar berkenaan ditemui,” katanya.

    Menurutnya kementerian amat bimbang tentang keselamatan murid-murid berkenaan memandangkan mereka masih kecil.

    Tujuh murid berkenaan iaitu enam perempuan dan seorang lelaki yang berusia antara tujuh dan 11 tahun, berasal dari Kampung Pos Tohoi, Gawing, Penat, Sedal, Simpol, Jadil dan Langsat.

    Laporan media menyatakn semua murid berkenaan melarikan diri ke dalam hutan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka mandi di sungai berhampiran sekolah itu tanpa kebenaran.

    Seorang guru sekolah itu membuat laporan polis mengenai kehilangan murid berkenaan pada 2.25 pagi pada Selasa lepas. – mStar Online

     

    807

    SEBUAH kapal tangki milik Singapura, MT Jaoquim yang dilaporkan hilang semalam di perairan Selangor, berjaya ditemui kembali kira-kira 10 jam kemudian.

    Kapal tersebut dijumpai di Pulau Rupat, Indonesia pada jam 8.45 pagi tadi dan kesemua 10 anak kapalnya dilaporkan selamat.

    Memetik laporan The Rakyat Post, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Bakar berkata, pesawat Bombardier CL 415 Maritim Malaysia berjaya menemui kapal tersebut di kedudukan 14 batu nautika Timur Pulau Rapat iaitu 1.5 batu nautika luar sempadan Malaysia.

    Kapal Tangki MT Jaoquim Dipercayai Hilang

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Datuk Ahamd Puzi Ab Bakar menunjukan gambar kapal tangki MT Joaquim yang hilang dengan membawa 3,500 tan metrik 'marine fuel oil' pada sidang media operasi mencari dan menyelamat kapal itu di ibu pejabat APMM hari ini.  - Foto BERNAMA

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Datuk Ahamd Puzi Ab Bakar. Foto BERNAMA

    “Sepuluh anak kapal terdiri daripada sembilan warganegara Indonesia dan seorang warganegara Singapura, keadaan kesemua anak kapal adalah baik,” ujar beliau seperti dilaporkan portal tersebut.

    Walau bagaimanapun, Ahmad Puzi memaklumkan, muatan kargo sejumlah 3,500 tan metrik bahan api petrol telah hilang dari kapal berkenaan dan kerugian dianggarkan bernilai RM2.8 juta.

    “Menurut laporan awal dari wakil kapal pada jam 8.55 pagi tadi, MT Jaoquim telah dibebaskan oleh perompak namun kargo didapati hilang.

    Pada 11 Jun lalu, sebuah kapal milik Malaysia MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta turut hilang ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Kuantan, Pahang.

    Namun, ia berjaya ditemui semula 19 Jun kemudian di perairan Kemboja. – MYNEWSHUB.CC

    Laporan Kehilangan Kapal Milik Malaysia, MT Harmony

    828

    BALING – Seorang Orang Asli yang mencari kulat di hutan Carok Nau di sini semalam dilapor hilang.

    Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Dan Trafik IPD Baling, ASP Faudzli Mohd Ali berkata usaha mencari Jali Din, 34, dari Kampung Lubuk Legong sedang dilakukan oleh 35 anggota mencari dan menyelamat.

    “Mangsa didakwa hilang setelah memasuki kawasan hutan di situ untuk mencari kulat buluh bersama lima lagi rakannya kira-kira pukul 10 pagi semalam,” katanya.

    Beliau berkata rakan-rakanya gagal mengesan Jali sehingga petang sebelum mereka membuat laporan polis. – BERNAMA

    924

    Susulan insiden kehilangan sebuah kapal tangki, MT Orkim Harmony bersama 22 kru di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, kerajaan akan menggunakan aset negara bagi mengesan kedudukannya.

    Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor

    Menerusi ruangan mikro Twitter rasminya, Najib berkata, dia amat sedih dengan laporan kehilangan tersebut dan berdoa agar kesemua kru yang terlibat selamat.

    “Saya sedih mendengar laporan tentang kehilangan sebuah kapal tangki milik Malaysia. Saya doakan keselamatan kesemua kru yang terlibat.

    “Kerajaan akan menggunakan sumber-sumber yang ada untuk mengesan kedudukannya.”

    MT Orkim Harmony membawa kira-kira 6,000 tan metrik muatan berisi petrol Ron 95 dan sedang membuat perlayaran dari Melaka ke Kuantan.

    Walau bagaimanapun, ia dilaporkan gagal dikesan pada jam 8.50 malam, Khamis lalu.

    orkim-map-940x470 (1)

    22 kru terlibat dalam perjalanan tersebut yang mana 16 daripadanya merupakan rakyat Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang dari Myanmar.

    Operasi pencarian kini dibuat meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi, dari Tanjung Penawar sehingga ke Mersing, Johor sebelum masuk ke kawasan perairan negara jiran.

    – MYNEWSHUB.CC

    Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

    Laporan Kehilangan Kapal Tangki MT Orkim Harmony

    1933

    SUSULAN kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki pada 22 Mac lalu di sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan, mangsa akhirnya berjaya ditemui semula lewat petang semalam.

    Namun, yang mengejutkan, budak berusia tujuh tahun itu ditemui sedang meminta sedekah di kawasan berhampiran KB Mall.

    TERDAHULU: Budak 7 Tahun Hilang Ketika Temani Bapa Di Masjid

    Menurut bapa mangsa, Kamarolzaman Mohamad, 50, anaknya berjaya dikesan setelah seorang individu mengecam wajah berdasarkan gambar yang tersebar di aplikasi Whatsapp.

    Berdasarkan informasi dari individu tersebut, dia terlihat mangsa berada dalam keadaan resah setelah ditinggalkan seorang lelaki sambil disuruh membawa bekas untuk mengemis.

    “Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yong beritahu, anak saya dilihat seperti menangis kerana dipaksa meminta sedekah dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah.

    “Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dan terus menghampiri anak saya dan bertanyakan kenapa berada di situ. Nasib baiklah anak saya dapat mengingati alamat dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah saya di Kampung Che Deris, PCB.”

    Dalam kejadian dua hari lalu, mangsa disedari hilang setelah si bapa selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Muhammadi.

    Lantas, jemaah masjid segera mencari budak lelaki tersebut sebelum membuat laporan polis pada tengah malam kerana usaha mengesannya gagal.

    – MYNEWSHUB.CC

    Oleh: ALI, AHMAD & ABU

    Budak Maut Jatuh Eskelator Kenanga Wholesale City

    1224

    SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang ketika menemani bapanya menunaikan solat Isyak di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

    Semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Kamarolzaman dikatakan sedang bermain bersama rakan sebayanya di dalam masjid.

    Kehilangan kanak-kanak itu disedari oleh bapanya sebaik selesai solat Isyak lalu mahu mengajak anaknya pulang.

    Bapa mangsa, Kamarolzaman Mohammad, 50, percaya anaknya berada tidak jauh dari masjid kerana selipar yang dipakai masih ada di tangga masjid.

    Berikutan itu, Kamarolzaman memohon bantuan ramai untuk menghubungi jika terserempak atau mempunyai maklumat mengenai kehilangan anaknya.

    “Anak saya ketika kehilangannya malam tadi memakai seluar sukan panjang warna merah dan berbaju T warna biru.

    “Saya berharap sekiranya ada sesiapa yang ternampak keluarnya di mana-mana supaya menghubungi saya di talian 012-9229146 atau balai polis berdekatan,” katanya yang datang ke masjid pada jam 8.30 malam.

    Sebaik menyedari kehilangan anaknya beberapa jemaah lain turut membantu mencari selama beberapa jam berdekatan masjid berkenaan sebelum Kamarolzaman bertindak membuat laporan polis.

    Pihak polis mengesahkan kejadian ini dan gerakan mengesan giat dijalankan.

    – MYNEWSHUB.CC

    Oleh: CARRIE

    Sumber: The Rakyat Post

    470

    KATHMANDU – Sebanyak 89 warga asing masih dilaporkan hilang di Nepal selepas gempa bumi kuat melanda negara itu pada 25 April lepas, menurut Polis Nepal.

    Angka berkenaan adalah antara 329 orang yang dilaporkan hilang di laluan perjalanan terutamanya kawasan Langtang, menurut jurucakap Polis Nepal Kamal Singh Bam.

    Beliau bagaimanapun tidak memperincinkan kerakyatan warga asing yang hilang itu dan berkata, jumlah rakyat Nepal yang hilang dalam kejadian itu mungkin lebih ramai berbanding yang dilaporkan.

    “Operasi mencari warga asing dan Nepal sedang dijalankan dan mereka mungkin telah ditimbus di bawah runtuhan,” kata Bam.

    Menurut rekod polis Nepal, angka kematian gempa bumi setakat ini mencecah sebanyak 8,675 manakala mereka yang cedera meningkat kepada 21,845.

    Sejumlah 8,598 mayat telah diserahkan kepada saudara-mara untuk upacara pengebumian.

    Kebanyakan yang cedera telah pulang ke rumah selepas menerima rawatan. Bagaimanapun, 5,613 mangsa yang cedera parah sedang mendapatkan rawatan di pelbagai hospital di seluruh negara, kata Bam.

    Beliau berkata, ramai yang masih berada dalam khemah kerana takut untuk pulang ke rumah berikutan gempa susulan yang kerap berlaku meskipun Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan kepada rakyat untuk pulang dan menjalani kehidupan normal.

    “Kami menggesa orang ramai untuk pulang ke rumah kerana gempa susulan adalah biasa dan tidak menyebabkan kerosakan besar,” menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Sabtu.

    Lima gempa susulan berukuran lebih 4 pada skala Richter melanda Kathmandu pada Jumaat.

    Gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter juga melanda bahagian barat Nepal dengan pusat gempa di Humla, berhampiran sempadan Nepal-China, menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC). – BERNAMA

     

      5153

      KECOH jadinya dunia hiburan hari ini apabila satu laporan dari media Singapura menyatakan diva popular, Anita Sarawak dilaporkan hilang setelah tidak menghubungi adik tirinya, Noorkumalasari mahupun ahli keluarga lain sejak dua bulan lalu.

      Laporan tersebut mendedahkan, Noorkumalasari memberitahu kakaknya itu telah mendiamkan diri sehingga mesej dan panggilan turut tidak berjawab.

      Rakan yang datang ke kediaman Anita di Las Vegas, Amerika Syarikat juga dikatakan gagal untuk bertemu dengannya.

      [Noorkumalasari Bingung, Ke Mana Anita Sarawak Menghilang?]

      post_1-11_7_1

      Namun menerusi laporan terkini Harian Metro, Noorkumalasari telah pun memaklumkan bahawa dia berasa lega kerana kakaknya itu sudah menghubungi ahli keluarga dua hari lalu.

      Anita dikatakan menghubungi adiknya Noor Jumaatun dari Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya.

      “Menurut adik saya, Anita sihat dan dalam keadaan baik sahaja.

      “Saya tak cakap dia hilang, cuma pelik kenapa dia tak hantar mesej bertanya khabar seperti kebiasaannya.

      “Apabila dia senyap tentu saja kami sekeluarga bimbang terutama soal kesihatannya. Namun, apabila dia menghubungi adik saya kelmarin, barulah saya lega,” ujar Noorkumalasari.

      – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ALI, AHMAD & ABU

      Video Muzik Anita Sarawak – Asmara

      1820

      SELEPAS  66 hari laporan kehilangannya di laut dibuat oleh ahli keluarga, seorang lelaki akhirnya berjaya ditemui semula di atas kapal layarnya yang sudah terbalik, 200 batu nautika dari Utara Carolina, Amerika Syarikat semalam.

      Memetik laporan berita antarabangsa, pihak berkuasa mendapat panggilan dari sebuah kapal kontena German tentang  seorang individu yang ditemui di tengah-tengah laut.

      Sejurus selepas itu, sebuah helikopter diterbangkan ke sana untuk menyelamatkan Louis Jordan lantas membawanya ke sebuah hospital di Norfolk, Virginia.

      920x920

      Menurut sumber, Jordan, 37, mengalami kecederaan di bahagian bahu namun keadaan lanjut mangsa tidak diketahui.

      Berdasarkan kenyataan seorang penyelamat, keadaan kapal layar dinaiki Jordan sudah terbalik dan tidak boleh berfungsi ketika mereka menemui lelaki itu terbaring di bahagian atas kapalnya.

      293f0b0bdaa902a7e690babcb34857c4275132f7

      Difahamkan, Jordan hanya memakan ikan yang ditangkapnya bagi mengalas perut untuk terus hidup.

      Mengimbas kembali kejadian, Jordan dikatakan mengambil keputusan untuk melakukan pelayaran solo sambil menangkap ikan dan telah memberitahu tentang hasratnya itu kepada ahli keluarga.

      “Kami menunggu kepulangannya namun selepas sekian lama kami gagal mendapat berita daripadanya.

      “Kami pasti sesuatu yang buruk telah berlaku. Ia ibarat satu keajaiban. Kami sangat teruja dia berjaya ditemui dalam keadaan selamat,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

      – MYNEWSHUB.CC

      Laporan Antarabangsa Tentang Penemuan Jordan Di Laut Selepas 66 Hari

      1671

      RESAH menantikan khabar berita tentang keadaan seorang pemuda yang tidak pulang-pulang, ahli keluarga dan rakan-rakannya kini menviralkan mesej tentang kehilangan individu itu di laman sosial!

      Menurut akaun Facebook adiknya, Ona Nabila, pemuda tersebut, Asmadi Balkhis Abu Bakar, berusia 30 tahun yang juga seorang jurulatih Zumba dan berasal dari Bandar Baru Kulim, Kedah, dipercayai telah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

      1514938_10155329698870122_3997080326160443646_n (1)

      Namun, dia kemudiannya gagal dihubungi melalui semua medium termasuk aplikasi Whatsapp dan mesej. Berdasarkan informasi dari rakan-rakan, dia telah pulang menggunakan perkhidmatan kereta api.

      Walau bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum muncul di rumahnya di Kedah.

      Tambah adiknya lagi, berdasarkan maklumat yang diterima, mereka pasti, Asmadi atau turut dikenali sebagai Muddy berada di Kuala Lumpur mahupun Seremban.

      Ceritanya lagi, kesihatan kedua-dua ibu bapanya turut terjejas memikirkan keadaan dan keselamatan abangnya itu, lantas dia memohon jasa baik orang ramai agar menyalurkan informasi sekiranya mengetahui berita berkaitan Muddy.

      10409073_10155329698885122_6856705364761531701_n (1) 10649532_10155329698880122_3502517299462092116_n (1)

      Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Buat mana-mana individu yang mempunyai maklumat ataupun pernah terlihat individu ini di mana-mana, silalah hubungi ahli keluarganya ataupun langsung kepada pihak berkuasa.

      Ya lah, berat mata memandang, berat lagi mahu memikul, kan? Sama-samalah kita doakan agar Muddy dapat ditemui dalam keadaan selamat. – MYNEWSHUB.CC

      1280

      ANAK Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Asma’ Salsabila mendedahkan di laman Facebook, beberapa barangan yang digunakan semasa pengebumian ayahandanya pada 13 Februari lalu telah hilang.

      Menolak segala prejudis dan salah sangka, anak mantan Menteri Besar Kelantan ini memohon orang ramai yang terambil barangan tersebut memulangkannya kembali kerana ia merupakan ‘pusaka’ keluarga.

      Menurut Salsabila, barangan yang digunakan semasa perjalanan terakhir ayahandanya itu berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto merah kuning dan bantal.

      Kesemuanya dilaporkan hilang sesudah selesai upacara pengebumian.

      10996927_842087872524899_7509525101236391521_n

      Salsabila memberitahu, barangan pusaka tersebut adalah ‘bahagian’ buat bonda mereka yang merupakan insan paling dicintai Allahyarham selepas kedua ibu bapanya, yang akan menggunakan barangan tersebut kelak.

      Isteri Allahyarhum juga dikhabarkan seringkali runsing dan bertanya sama ada barangan tersebut sudah ditemui atau belum.

      Salsabila turut menegaskan, mana-mana pihak yang mengambil barangan pusaka ayahandanya itu dengan niat mahu mengambil ‘berkat’ supaya membatalkan niat tersebut.

      “Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat ‘Tok Guru’, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa izin,” katanya.

      Nik Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Khamis lalu jam 9.40 malam pada usia 84 tahun kerana kanser prostat.

      – MYNEWSHUB.CC

      Video Pengebumian Nik Abdul Aziz

      Oleh: FARAH

      2082

      Seorang gadis remaja berusia 15 tahun dilaporkan hilang tanpa khabar berita sejak 3 Februari.

      Gadis bernama Nur Khairul Nisa Bin Ahmad Soid ini dikatakan hilang selepas keluar untuk pergi ke kedai berdekatan.

      10979487_940852279272491_1321787362_n

      Nur Khairul Nisa (tudung kuning) bersama ibunya.

      Nur Khairul Nisa (tudung kuning) bersama ibunya.

      Malangnya, hingga kini gadis itu tidak pulang dan tiada sebarang khabar berita mengenai remaja berkenaan.

      Menurut ibu remaja berkenaan, Izientie Mona berkata, keluarganya telah membuat laporan polis di Balai Polis Sik, Kedah namun hingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa berita mengenai anak gadisnya itu.

      Susulan itu, ibu bapa gadis remaja ini memohon kepada orang ramai yang berjaya menjumpai atau menemui Khairul Nisa menghubungi mereka di talian 018-9400890.

      -MYNEWSHUB.CC

      Video Remaja Lelaki Didakwa Hilang Di Villa Nabila

       

      2048

      SEJAK Khamis, beberapa laman sosial didapati sibuk memperkatakan tentang kisah remaja berusia 13 tahun, ditemui dalam keadaan hilang ingatan di Seremban.

      Ketika ditemui remaja itu mendakwa hanya mengingati nama dan tempat tinggalnya di Selangor.

      Namun selepas diselidik, rupa-rupanya remaja itu telah berselisih faham dengan keluarganya sebelum bertindak keluar dari rumah di Senawang tanpa pengetahuan mereka, menurut laporan Sinar Harian.

      Bila dah diketahui kisah sebenar, maka remaja itu diserahkan kembali kepada ibunya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

      Alahai, kes merajuk rupanya!

      Lain kali jangan buat begitu dik, tak pasal-pasal muka dah viral seantero Malaysia..

      -MYNEWSHUB.CC

      Video Kanak-Kanak Merajuk dan Mengamuk

      Oleh: ELZA

      858

      KASIHAN sungguh kami membaca rayuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kamarulzaman Mahmad Khairai kepada individu yang telah mencuri barangan miliknya menerusi akaun Facebook pada 29 Disember lalu.

      Dia bukan sahaja kehilangan komputer riba, telefon bimbit dan barangan berharga, tetapi juga laporan projek tahun akhir yang sudah diusahakannya selama setahun.

      Lebih memeritkan, pada masa sama, dia juga berdepan kerisauan mengenangkan nasib keluarganya di Pahang berikutan bencana banjir.

      Pendek kata, dugaan datang bertimpa-timpa buat Kamarulzaman.

      Kasihan...Pelajar UIA Rayu Pencuri Pulangkan Komputer Ribanya

      Nasihat kami, banyakkan bersabar dan berdoalah semoga harta yang hilang itu akan dipulangkan kembali.

      Kepada si pencuri, anda bukan sahaja melakukan perbuatan yang amat keji kerana mencuri di surau, tetapi turut memperjudikan nasib dan masa depan mangsa.

      Jangan sampai ditimpa kifarah daripada Allah S.W.T di dunia baru nak menyesal ya..! – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      1162

      Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan terbang tidak jauh dari tujuh lagi pesawat lain sebelum ia dilaporkan terputus hubungan pada jam 7.24 pagi, semalam.

      Memetik laporan Detiknews.com, tujuh pesawat tersebut ialah:

      1. Garuda Indonesia 500 Jakarta-Pontianak (ketinggian 35,000 kaki)

      2. Lion Air 320 Jakarta-Pontianak (ketinggian 35,000 kaki)

      3. Lion Air 626 Jakarta-Balikpapan (ketinggian 36,000 kaki)

      4. Uni Emirates Arab 406 Melbourne-Kuala Lumpur (ketinggian 36,000 kaki)

      5. AirAsia 502 Denpasar-Singapura (ketinggian 38,000 kaki)

      6. Garuda Indonesia 602 Jakarta-Manado (ketinggian 29,000 kaki)

      7. AirAsia 550 Denpasar-Kuala Lumpur (ketinggian 34,000 kaki)

      Menurut Pengarah Keselamatan dan Piawaian Airnav Indonesia, Wisnu Darjono, tiga daripada tujuh pesawat itu terbang sejalur dengan pesawat QZ8501.

      “Jadi ada pesawat-pesawat lain ketika AirAsia minta untuk terbang pada ketinggian 38,000 kaki, maka dari 32,000 ke 38,000, ada jarak ketinggian yang harus dilalui. Jarak harus cukup selamat dan tidak membahayakan penerbangan lain,” jelas Wisnu.

      Kenyataan itu sekaligus memberi jawapan terperinci mengenai isu permintaan juruterbang pesawat untuk terbang lebih tinggi ditolak oleh pihak kawalan trafik udara (ATC). – MYNEWSHUB.CC

      (BACA: Permintaan Juruterbang QZ8501 Untuk Terbang Lebih Tinggi Ditolak)

      Oleh: ELZA

       

      785

      Susulan laporan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, isteri kepada Sii Chung Huei, ahli perniagaan yang berasal dari Kuching, Sarawak kini berada di Singapura bagi mengikuti perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu.

      Memetik laporan Berita Harian, isterinya, Annie Wong Muk Ngikk merupakan salah seorang pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.

      Justeru, kejadian yang menimpa suaminya yang juga satu-satunya penumpang Malaysia turut mengejutkan pihak akademik universiti.

      (BACA: QZ8501 : Penumpang Malaysia – Sii Chung Huei, Ahli Perniagaan)

      UiTM Sarawak Beri Sokongan Moral Kepada Isteri Penumpang QZ8501

      Menurut Rektor UiTM Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali, pihak universiti akan berusaha sedaya-upaya untuk memberi sokongan moral secara berterusan kepada Annie dalam mengharungi dugaan itu.

      Ahli perniagaan itu merupakan salah seorang daripada 155 penumpang pesawat QZ8501 yang sepatutnya tiba di Singapura setelah berlepas dari Surabaya, awal pagi semalam.

      Lokasi terakhir pesawat sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan ialah di kawasan perairan berhampiran Pulau Belitung yang terletak tidak jauh dari Palembang, Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

       

      1750

      Ternyata perubahan waktu pada jadual penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang tidak disedari oleh 10 sekeluarga membawa hikmah yang cukup besar buat mereka.

      Cristianawati dan sembilan ahli keluarganya sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 6.30 pagi (waktu Malaysia), namun hanya mengetahui pesawat itu sudah berlepas lebih awal sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Juanda Surabaya.

      Memetik laporan Detiknews, mereka kemudiannya membuat aduan kepada AirAsia sebelum diberi jadual penerbangan yang lain iaitu pada jam 11.45 pagi (waktu Malaysia).

      Cristianawati juga dimaklumkan bahawa pihak AirAsia sebenarnya sudah menghubungi mereka pada 15 dan 26 Disember lalu, namun panggilan itu tidak dijawab.

      Bagaimanapun, rasa kesal kerana perubahan jadual itu berganti dengan kesedihan apabila mereka menerima perkhabaran mengenai pesawat QZ8501 telah terputus komunikasi dengan pihak kawalan trafik udara Indonesia pada jam 7.24 pagi, semalam.

      “Kami menangis mendengarnya. Kami bersyukur, namun sedih memikirkan penumpang. Doa kami panjatkan untuk mereka yang berada dalam pesawat, semoga segera ditemui,” katanya.

      Justeru, dia telah membatalkan kesemua tiket penerbangan keluarganya, termasuklah tempahan hotel dan juga aktiviti yang mereka rancangkan di Singapura.

      Pesawat tersebut membawa 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal.

      Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada hari ini oleh pihak Indonesia dengan bantuan Malaysia dan Singapura. – MYNEWSHUB.CC

      (BACA: Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan? – Pakar)

      Oleh: ELZA

      838

      Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ 8501 yang dilaporkan hilang komunikasi dengan menara kawalan Bandara Juanda, Surabaya pada jam 7.17 pagi (waktu Malaysia) hanya mempunyai minyak yang cukup untuk penerbangan selama 4 jam 30 minit.

      Justeru, pesawat itu dianggap sudah kehabisan bahan bakar pada saat ini dan agak mustahil untuk ia masih terbang, memetik laporan Okezone.com.

      Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Republik Indonesia, Djoko Murdjiatmo yang turut menyebut, pesawat itu terputus hubungan tidak sampai sejam penerbangannya.

      “Kami tidak mahu membuat sebarang kesimpulan selain daripada mengatakan pesawat tersebut hilang komunikasi,” katanya.

      Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat ditumpukan di sekitar Pantai Tjung Pandan dan Pontianak.

      Pesawat tersebut membawa 155 orang penumpang iaitu 68 orang wanita, 70 orang lelaki, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. – MYNEWSHUB.CC

      (BACA: 155 Nama Penumpang QZ8501, 23 Orang Tidak Daftar Masuk)

      Oleh: ELZA

      997

      Susulan kehilangan pesawat AirAsia QZ 8501, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyeru agar kakitangan syarikatnya untuk terus kuat menghadapi perkhabaran itu.

      Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Twitternya kira-kira sejam yang lalu.

      tony

      Pesawat dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan menara kawalan, awal pagi tadi.

      Air Asia menerusi kenyataannya memaklumkan operasi mencari dan menyelamat pesawat jenis Airbus A320-200 itu sedang giat dijalankan.

      Untuk makluman, lokasi terakhir pesawat itu ialah di Laut Jawa. – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      947

      Sebentar tadi, Facebook rasmi Air Asia turut menyertakan maklumat mengenai anak kapal yang terlibat dalam kehilangan pesawat QZ8501, pagi tadi.

      AirAsiaStatement_2

      Pesawat yang membawa 155 orang penumpang itu turut disertai dua juruterbang, empat krew penerbangan dan seorang jurutera.

      Sementara itu, AirAsia juga mengesahkan tiada warga British di dalam pesawat berkenaan seperti senarai pecahan penumpang yang diberikan sebelum ini sebaliknya hanya ada satu warga Perancis yang berada dalam pesawat itu.

      (BACA: Pecahan Penumpang Dalam Penerbangan QZ8501)

      Kapten pesawat tersebut mempunyai 6,100 jam penerbangan, manakala pembantunya 2,275 jam penerbangan.

      Setakat ini, nama mereka yang terlibat belum lagi didedahkan.

      Laman Facebook itu memaklumkan operasi mencari dan menyelamat kini dikendalikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia (CAA) dan pihak AirAsia memberikan kerjasama penuh dalam mengesan pesawat itu.

      “Pesawat itu terbang mengikut laluan yang dirancang tetapi meminta mengubah laluan kerana cuaca buruk sebelum terputus komunikasi di bawah kawalan trafik udara Indonesia,” katanya.

      Orang ramai ahli keluarga dan rakan mereka yang mungkin berada di dalam pesawat berkenaan boleh menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan yang diwujudkan oleh AirAsia di talian +622129850801. – MYNEWSHUB.CC

      Oleh: ELZA

      518

      HULU TERENGGANU – Kesemua 26 orang, terdiri daripada 18 pekerja Jabatan Ukur dan Pemetaan dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am yang terkandas di puncak Gunung Gagau, Kuala Berang, dilaporkan dalam keadaan selamat.

      Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata kumpulan itu dilaporkan memasuki kawasan gunung tersebut sejak seminggu lalu menggunakan helikopter, namun kehabisan bekalan makanan.

      Katanya berikutan cuaca buruk, mereka gagal untuk keluar ke base camp berhampiran.

      “Kita menerima laporan berhubung bantuan yang diperlukan untuk mangsa keluar dari Gunung Gagau pada Ahad dan operasi menyelamat digerakkan awal pagi Isnin dengan kekuatan 15 anggota,” katanya.

      Sementara itu, Ketua Balai Bomba Hulu Terengganu Mohd Zamri Omar berkata kumpulan itu dilaporkan berada pada kedudukan kira-kira 40 kilometer dari Base Camp Aring 5.

      Beliau berkata ketika ini pasukannya sedang berusaha untuk membawa keluar kumpulan itu menggunakan laluan darat setelah usaha menyelamat menggunakan helikopter gagal berikutan cuaca buruk.

      Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat ini, katanya dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp. – BERNAMA

      512

      KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki hilang di Pantai Kampung Baru Gebeng dekat sini semalam terpaksa dihentikan seketika ekoran hujan lebat dan laut bergelora.

      Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penguasa Kanan Ramli Yusof berkata operasi yang melibatkan 40 anggota dari empat agensi penyelamat akan disambung semula sekiranya cuaca kembali elok esok.

      “Kita telah mulakan operasi SAR pada pukul 7 pagi tadi di sekitar 300 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang. Sehingga kini kita belum menemui sebarang petunjuk atau kedudukan mangsa,” katanya.

      Bot fiber yang dinaiki mangsa Tan Kok Meng, 37, dari Batu 3 dekat sini dan rakannya Cheah Yong San, 33, dari Taman Kurnia Jaya dilapor terbalik dipukul ombak ketika mereka memancing.

      Cheah bagaimana pun dapat berenang ke pantai. – BERNAMA

      867

      KUANTAN – Seorang lelaki hilang manakala rakannya terselamat selepas bot yang mereka naiki dipukul ombak sebelum terbalik di Pantai Baru, Gebeng dekat sini hari ini.

      Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata Tan Kok Meng, 37, dari Batu 3 dekat sini dan rakannya Chea Yong San, 33, dari Taman Kurnia Jaya dekat sini, keluar memancing di kawasan berkenaan pada 8 pagi tadi.

      Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah hari semasa kedua-dua mangsa berada di dalam bot fiber berkenaan, sebelum tiba-tiba bot itu dipukul ombak dan terbalik.

      “Chea berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, namun mangsa (Tan) tidak ditemui,” katanya kepada Bernama hari ini.

      Beliau berkata Chea juga meminta bantuan rakannya yang lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Gebeng.

      Polis segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada 1.35 tengah hari, sebelum meminta bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin serta bomba untuk mencari mangsa, katanya. – BERNAMA

      1041

      KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk bersama isteri dan empat orang anaknya ditemui berada dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang ketika berjoging di Taman Rekreasi Mont Kiara pada Sabtu pagi.

      Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner(ACP) Muhammad Azlee Abdullah berkata, kumpulan tersebut ditemui oleh pasukan penyelamat di pinggir hutan Damansara Country Heights lebih kurang pukul 12.15 pagi Ahad.

      “Mereka selamat, namun kelihatan letih selepas berjoging di Mont Kiara pada pukul 5.30 pagi dan hilang daripada laluan.

      “Lebih kurang 8 malam, kami menerima panggilan daripada salah seorang rakan Datuk yang memberitahu mereka hilang di hutan Mont Kiara,” katanya.

      Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail bersama pasukan polis Brickfield menjalani pencarian selama empat jam.

      “Kami terus berhubung dengan mereka dan menyuruh menunggu di situ serta memasang GPS (global positioning system).

      “Kami percaya mereka sesat ketika mencari jalan pulang, tambahan pula cuaca hujan pada sebelah petang,” katanya.

      Tambahnya, pasukan penyelamat berjaya mengesan mereka lebuh kurang 11 malam dan membawa mereka keluar dari hutan berdekatan kawasan Damansara Country Height. – mStar Online

      1024

      ALOR SETAR – Seorang pemuda yang dilaporkan sesat di kawasan hutan Peranginan Bukit Wang, Jitra, pagi semalam ditemui dalam keadaan selamat pagi ini.

      Pegawai Operasi Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Hafizi Hassan berkata Mohd Yahya Zakri, 24, dari Tikam Batu dekat Sungai Petani, ditemui kira-kira 10.30 pagi.

      “Mangsa dijumpai di luar kawasan hutan peranginan tersebut oleh penduduk kampung yang terus menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan tentang mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

      Beliau berkata mangsa dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.

      Mangsa dikatakan ke kawasan peranginan itu bersama-sama keluarganya sebelum didapati hilang dan setelah menyedari kehilangan mangsa, seorang keluarganya menghubungi bomba pada 2.49 petang, semalam.

      Sepasukan 40 anggota bomba dari Balai Bomba Jitra, Balai Bomba Alor Setar dan Balai Bomba Kuala Nerang menyertai gerakan mencari dan menyelamat mangsa. – BERNAMA

      513

      BESUT – Dua penduduk Pulau Perhentian Kecil yang dilaporkan hilang, ditemui sekumpulan nelayan tempatan, petang semalam.

      Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata Mohd Suhaimi Ibni Shukri, 27, dan Suffian Mohd Nor, 42, ditemui hanyut kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Perhentian, pada pukul 3.30 petang.

      “Mereka hanyut di tengah laut lebih 18 jam kerana bot mereka kehabisan minyak akibat terpaksa meredah ombak besar setelah berlepas dari Jeti Kuala Besut untuk pulang ke pulau berkenaan kira-kira 8 malam Isnin,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

      Sementara itu Mohd Suhaimi, pemandu bot jenis fiber berukuran 24 kaki panjang itu, ketika ditemui bersyukur kerana pertolongan tiba ketika mereka berdua sudahpun tidak berdaya dan kelaparan.

      “Sekiranya bantuan tidak sampai dalam tempoh tiga atau empat jam lagi, saya rasa sudah pasti kami akan pengsan kerana matahari terik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

      “Saya dan Suffian telah cuba menghubungi keluarga dan rakan masing-masing diPulau Perhentian tetapi tidak dapat, kerana tiada perkhidmatan dan terpaksalah membiarkan bot dihanyutkan dengan harapan kembali ada talian untuk meminta pertolongan,” katanya.

      Mohd Suhaimi berkata mereka berdua sempat bertembung dengan sekumpulan nelayan dari Thailand kira-kira pukul 2 pagi tetapi mereka melarikan diri kerana menyangkakan mereka berdua penguat kuasa.

      Selepas mencuba banyak kali membuat panggilan telefon, akhirnya kira-kira pukul 7 pagi, mereka berjaya menghubungi keluarga Mohd Suhaimi namun hanya dapat bercakap dua minit, tetapi sempat memberitahu yang mereka hanyut di lautan.

      Katanya sepanjang berada di dalam bot itu, mereka berdua sekali-sekala terpaksa minum air laut kerana terlalu dahaga akibat cuaca panas. – BERNAMA

      470

      KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai mengesa dua remaja perempuan warga Myanmar yang dilaporkan hilang pada 24 Oktober lalu.

      PDRM dalam satu kenyataan memberitahu, dua remaja itu dilaporkan hilang di Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India di sini.

      “Remaja itu dikenali sebagai Roshidah Mohd Rafik, 15, berketinggian 147 cm dan berat 58 kg. Alamat terakhirnya di Taman Sikamat Utama, Seremban, Negeri Sembilan.

      “Seorang lagi remaja yang hilang adalah Sharifah Mohd Rafik, 14, tinggi 166 cm dan 81 kg,” kata kenyataan itu hari ini.

      Sehubungan itu PDRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ditalian 03-26002222.

      Orang ramai boleh juga menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian 03-26977099 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. – mynewshub.cc

       

      430

      BESUT – Seorang pemancing dikuatiri hilang ketika memancing kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil dekat sini semalam.

      Bot yang dinaiki Ali Majid, 59, dari Rumah PPRT Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut ditemui kira-kira 2 petang di satu kawasan di pulau itu tanpa kelibatnya.

      “Seorang nelayan hanya menemui ikan yang masih segar di dalam bekas ikan di dalam bot itu serta peralatan memancingnya, kata isteri mangsa Hasnah Mat, 52.

      Suaminya dikatakan turun ke laut berseorangan pada sebelah pagi.

      Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah melancarkan operai mencari dan menyelamat. – BERNAMA

      1231

      KUALA TERENGGANU – Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

      Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak  mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

      “Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa,” katanya kepada Bernama.

      Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini dilaporkan hilang pada Sabtu setelah dia tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, sebelum bapanya Azman Othman memaklum kepada pihak penganjur dan kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

      Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang tersepit antara celah batu di kawasan yang terdapat sungai mengalir, tidak jauh dari trek perlumbaan.

      Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.

      “Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

      “Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

      Ahmad Razif mahu penjelasan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan negeri berhubung kejadian itu.

      Mayat Ahmad Rafikin dikebumikan awal pagi tadi. – BERNAMA

      760

      HULU TERENGGANU – Jenazah pelajar yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dan ditemui  meninggal dunia kemudiannya, selamat dikebumikan awal pagi tadi.

      Jenazah Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dikebumikan kira-kira pukul 1.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di Kuala Berang di sini.

      Suasana pilu menyelubungi semasa pengkebumian diadakan.

      Terdahulu jenazah dimandi dan dikafan di Hospital Hulu Terengganu sebelum disembahyangkan di Masjid Jalan Pusara yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

      Ahmad Rafikin dilaporkan hilang Sabtu lalu setelah tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom sebelum bapanya Azman Othman membuat laporan polis pada hari yang sama.

      Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 3.30 petang semalam di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

      Walaupun merasa sedih, namun Azman bersyukur kerana anaknya dapat ditemui walaupun bukan dalam keadaan yang diharapkannya.

      “Kami sekeluarga bersyukur dapat kembali anak kami dan apa yang terjadi, kami redha dengan takdir Ilahi. Terima kasih pada semua pihak yang terlibat sepanjang empat hari pencarian sehingga semuanya selesai dengan selamat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengkebumian jenazah anak bongsunya dari tiga beradik itu. – BERNAMA

      1147

      Seorang pelajar tingkatan empat dipercayai hilang selepas menyertai satu perlmubaan maraton di kawasan perkelahan Sekayu, Kuala Berang di Hulu Terengganu petang semalam.

      Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata, pelajar itu Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menghabiskan maraton Gunung Gajah Terom, membuatkan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis pada pukul 6 petang,

      Sebelum itu, Azman memaklumkan penganjur kerana gagal menemui anaknya, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di Kuala Terengganu yang sepatutnya dijemput pulang pada pukul 3 petang.

      Semua 32 peserta lain kecuali Ahmad Rafikin telah tiba pada masa itu, menurut laporan Mstar Online.

      “Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis,” kata Hussin.

      Difahamkan Ahmad Rafikin tidur di sebuah khemah di lokasi itu pada 31 Okt dan meninggalkan telefon bimbitnya di rumah.

      Operasi mengesan pelajar itu digerakkan oleh 42 orang anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, RELA dan penduduk kampung.

      Menurut wakil Urusetia maraton Mohd Rafi Kori, Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 km yang disertai.

      Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada pukul 8.15 pagi.

      Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara. – MYNEWSHUB.CC

      728

      Seramai enam anak kapal sebuah bot tunda dipercayai hilang ketika ini selepas sebuah kapal dagang melanggar bot yang mereka naiki di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang di Kuantan, awal pagi tadi.

      Kejadian berlaku pada pukul 5 pagi, dipercayai semasa tujuh anak kapal berada dalam bot tunda sebelum dirempuh kapal berkenaan.

      Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang secara kebetulan melalui kawasan itu dan baki enam masih gagal ditemui.

      Memetik laporan Mstar Online, kesemua anak kapal terbabit dipercayai warga asing dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot itu sudah beredar daripada lokasi kejadian.

      Kini operasi mencari dan menyelamat diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang giat dijalankan.

      Difahamkan pihak APMM mengadakan sidang media pada pukul 3.30 petang tadi untuk perkembangan lanjut kes itu tetapi sehingga kini nasib kesemua enam yang hilang masih belum diketahui. – MYNEWSHUB.CC

      303

      KOTA KINABALU – Polis Sabah masih giat mengesan seorang lelaki warganegara Itali yang dilaporkan hilang sejak tiba di Lahad Datu pada 13 Okt, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

      Katanya maklumat terakhir melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diterima pihak polis mendapati mangsa, William Bocchi, 52, dikesan mendaftar masuk di Hotel Four Point di Sandakan pada 13 Okt jam 9.25 malam dan mendaftar keluar pada 14 Okt.

      “Sehingga sekarang usaha-usaha mengesan telah diperluaskan ke Lahad Datu, Semporna dan Sandakan. Mungkin kita akan perluaskan ke kawasan pedalaman hingga ke Kinabatangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

      Menurut Jalaluddin pihaknya telah mengarahkan semua ketua polis daerah di timur Sabah untuk mengedarkan gambar William untuk mengesannya dan percaya kehilangan William tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.

      Jalaluddin berkata Kedutaan Itali sudah menghubunginya mengenai kejadian itu.

      Katanya orang ramai juga diminta segera menghubungi pihak polis sekiranya terlihat mangsa.

      Bocchi, seorang peniaga, tiba di Kota Kinabalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12 Okt sebelum meneruskan penerbangan pada keesokan harinya dan tiba di Lahad Datu pada jam 1.05 petang. – BERNAMA

      879

      Setelah kehilangan burung kakak tuanya selama empat tahun, pemilik haiwan itu berkata, burung tersebut ditemui kembali namun ia bercakap dalam bahasa Sepanyol!

      Memetik laman berita Reuters, burung spesies African Grey itu sebelum ini diajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris slanga ‘British’ oleh tuannya, Darren Chick.

      Selain itu, ketika dibawa pulang ke rumah, haiwan yang diberi nama Nigel itu juga mencari seseorang yang bernama Larry.

      Kata Darren kepada akhbar Daily Breeze, “Nigel berada dalam keadaan baik. Ia sangat aneh, namun saya tahu itu burung saya ketika melihatnya.”

      Nigel ditemui oleh pasangan Torrance di belakang premis bisnes mereka, dan kemudiannya menyerahkannya kepada Teresa Micco kerana Teresa telah menyebarkan iklan tentang kehilangan burung kakak tuanya.

      Namun, Teresa kemudiannya sedar bahawa Nigel bukanlah burung miliknya sebelum menyerahkan kepada Darren melalui rekod jualan asal. – MYNEWSHUB

      Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

      667

      KOTA BHARU – Dua beradik yang lemas dalam kejadian bot terbalik di Sungai Golok semalam masih belum ditemui.

      Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman, berkata sehingga jam 4 petang tadi, kira-kira 100 anggota yang menyertai operasi itu masih gagal menemui Wan Nurdina Nadia Wan Azli, 10, dan adiknya, Wan Nurhabib Naufal, 6.

      Beliau berkata, operasi pencarian meliputi kawasan sepanjang tiga kilometer.

      “Operasi akan dihentikan pada jam 7 malam ini dan disambung esok,” katanya.

      Mayat ibu mereka, Rosmiwati Zakaria, 37, ditemui pada jam 5.45 petang semalam, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

      Tiga beranak itu adalah antara 15 penumpang bot dalam perjalanan pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di seberang Sungai Golok, sebelah Thailand.

      Rosmiwati adalah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut, Pahang sementara Wan Nurdiana Nadia adalah murid Sekolah Kebangsaan Jerantut.

      Bot itu terbalik dalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan lebat sebelum itu.

      Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing. – BERNAMA

      1944

      JIKA sebelum ini Pulau Tioman kecoh dengan kisah pembunuhan seorang gadis warga Perancis, hari ini dilaporkan lagi tentang kehilangan seorang lagi pelancong warganegara yang sama.

      Mangsa, Jerome Philippe Laurent, 24, dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 petang semalam.

      Kehilangan Jerome disedari rakannya apabila beliau tidak pulang ke chalet selepas keluar melakukan aktiviti air berhampiran Berjaya Resort Tioman.

      Rakannya melaporkan kehilangan mangsa di Balai Polis Tioman untuk tindakan susulan.

      Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata usaha mencari mangsa sedang giat dilaksanakan sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang kampung.

      Semoga Jerome ditemui selamat secepat mungkin :- MYNEWSHUB.CC

      Oleh: SYA