Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Jenayah

Lelaki Ditahan Memandu Dalam Keadaan Berbogel

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG pengurus syarikat produksi yang bekerja dengan BBC dan Sky Sports ditahan polis kerana memandu dalam keadaan berbogel. Steven Barclay, 38, dari London dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau keluar dari keretanya tanpa berpakaian untuk membuang air kecil di kawasan perindustrian. Menurut The Sun, dua wanita melalui kawasan tersebut ketika itu tetapi tidak menyedari…

Teruskan Membaca

‘Andi Lala’ Suspek Bunuh 5 Sekeluarga Di Medan

in Jenayah/Utama & Sensasi

SUMATERA UTARA – Misteri pembunuhan lima sekeluarga yang maut dikelar akhirnya terjawab apabila dua suspek dipercayai mempunyai talian dengan mangsa berjaya diberkas pihak polis. Tribunnews melaporkan dua suspek berkenaan masing-masing merupakan pasangan suami isteri ditahan lewat petang semalam di rumah mereka di Lubuk Pakam, Deli Serdang, Indonesia. Andi Matalata atau lebih dikenali sebagai ‘Andi Lala’, 34,…

Teruskan Membaca

Kadar Jenayah Di Buntong Turun – Zambry

in Terkini

IPOH – Usaha memerangi jenayah memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ahli politik dan bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. “Jangan kita (wakil rakyat) lindungi mana-mana penjenayah atau tingkah laku yang kita ragui, perbuatan subversif, bawah tanah atau kegiatan ekstremis,” katanya semasa menjawab soalan tambahan A.Sivasubramaniam…

Teruskan Membaca

Video: “Lelaki Naik Basikal Pun Ampa Nak Ragut?”

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN – Aksi dua peragut cuba ambil kesempatan terhadap seorang lelaki berbasikal dalam kejadian di hadapan Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor berjaya dirakam seorang pemandu. Dalam insiden pukul 2.14 petang Isnin itu, mangsa yang dipercayai merupakan seorang lelaki warga asing dilihat cuba mempertahankan dirinya sebelum diserang oleh kedua-dua penjenayah berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada…

Teruskan Membaca

6 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Libat Jenayah Terancang

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli dan telah bergaul dengan ahli kumpulan jenayah terancang Geng William. Low Sing Hwa, 30, Ang Boon Leong, 40, Lim Sin Chye, 45, Tham Hock Ann, 37, Liew Chee Hwa, 30, dan Choo Jia Lerk, 24, membuat…

Teruskan Membaca

Lelaki Tumbuk Mati Pemandu Van Sekolah Terima Hukuman

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG bekas opreator kren berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian pemandu van sekolah tahun lalu. Mohd Fifi Md Yousoff mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin, 23, di Jalan Sungai Udang, Klang, kira-kira jam 6.40 petang, 3 Februari tahun lalu. Hakim…

Teruskan Membaca

Jenayah Terancang: ‘Datuk Seri’ Antara 22 Orang Didakwa

in Jenayah/Terkini

GEORGE TOWN – Seorang ‘Datuk Seri’ adalah antara 22 anggota kongsi gelap Geng 24 Pulau Pinang yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lepas. Kesemua mereka yang dibacakan pertuduhan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid, mengangguk faham. Anggota kongsi gelap itu…

Teruskan Membaca

135 Pelajar Ditahan Polis Terlibat Kesalahan Jenayah

in Jenayah/Terkini

KUALA TERENGGANU – Seramai 135 pelajar telah diberkas selepas terlibat dalam pelbagai kes jenayah termasuk kesalahan rogol, merusuh dan mencuri harta benda, tahun lepas. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 36 kes berbanding 99 tangkapan sepanjang tahun 2015. Katanya daripada jumlah itu sebanyak 74 ditahan kerana terlibat dalam…

Teruskan Membaca

Wanita Dipukul, Disumbat Guni, Dicampak Sungai

in Jenayah/Utama & Sensasi

GARA-GARA jalin hubungan dengan suami orang, seorang wanita nyaris maut setelah dibelasah sebelum diikat dan dicampakkan ke dalam Sungai Klang dari jambatan di Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di Seksyen 24, kelmarin. Mangsa yang merupakan pekerja kilang warga Indonesia, bagaimanapun bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadiaan itu kira-kira 11 pagi.…

Teruskan Membaca

Polis Buru 3 Suspek Bakar Kedai Di Taman Johor Jaya

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu tiga lelaki yang terlibat dalam kes kebakaran sebuah kedai di Jalan Dedap 18, Taman Johor Jaya di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu didapati sengaja menyimbah hadapan kedai dengan minyak petrol, sebelum menyalakan api. Perbuatan mereka…

Teruskan Membaca

Lelaki Kantoi Ambil Video Perempuan Pakai Skirt

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG gadis menerusi laman Facebooknya membuat pendedahan bahawa terdapat seorang lelaki ‘gila’ yang gemar mengambil video perempuan memakai skirt. Baru-baru ini, gadis tersebut, Giney Chan turut menjadi mangsa lelaki tersebut namun dia berjaya ‘menghalang’ lelaki itu daripada menyebarkan video tersebut. Ini kerana dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkenal itu, Giney yang mengesyaki…

Teruskan Membaca

Teman Wanita Tikam Kekasih Sebab Curi Makan Keropok

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG wanita tergamak menikam teman lelakinya dengan pisau selepas berang dengan tindakan mangsa menghabiskan keropok kentang miliknya. Dianne Margaret Clayton, 34, dari Blackburn, Lancashire, United Kingdom dikatakan bergaduh dengan kekasihnya, Simon Hill di rumah rakannya November lalu. Dianne berang selepas keropok kentang yang dibawanya dihabiskan Simon lantas mengambil sebuah pisau di dapur dan terus menikam…

Teruskan Membaca

Video: Cedera Parah Ditetak Individu Tak Dikenali

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUCHING – Bagaikan mimpi ngeri, seorang lelaki terpaksa menyelamatkan diri dengan berlari ke sebuah restoran setelah ditetak oleh seorang invidu tidak dikenali di Jalan Padangan, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa cedera di bahagian tangan kanan dan belakang badan ketika cuba mempertahankan dirinya, membuatkan mangsa kehilangan banyak darah. Video keadaan mangsa…

Teruskan Membaca

Penumpang Ramas Payudara Pemandu Grab Car Wanita

in Jenayah/Utama & Sensasi

PERJALANAN yang sepatutnya mengambil masa lima minit menjadi satu mimpi ngeri buat seorang pemandu Grab Car wanita apabila dirinya dicabul penumpang, baru-baru ini. Mangsa berusia 20-an, dipercayai mengambil penumpang tersebut di Taman Bandaraya, Bangsar pada jam 11.45 pagi dan diminta memandu ke arah bangunan pejabat berhampiran sebelum suspek tiba-tiba merabanya. Suspek didakwa meraba betis dan…

Teruskan Membaca

Dua Beradik Cedera Ditetak Semasa Bantu Jiran Disamun

in Jenayah/Utama & Sensasi

MARAN – Dua beradik cedera ditetak semasa membantu jiran mereka yang dirompak enam suspek bersenjatakan parang di Jengka 11 di sini, awal pagi ini. Pada kejadian kira-kira 4 pagi itu, Fauzi Dollah, 42, dan adiknya Kamaruzzaman, 26, cuba membantu selepas menyedari kehadiran sekumpulan individu yang cuba memotong dan membuka tingkap rumah jiran mereka. Kamaruzzaman berkata…

Teruskan Membaca

Tembak Mati Pengawal, 2 Lelaki Dihukum Mati

in Jenayah/Terkini

TAIPING – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman mati terhadap dua lelaki selepas mereka didapati bersalah melakukan rompakan dan menembak mati seorang pengawal keselamatan, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan dilakukan Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong…

Teruskan Membaca

IPD Johor Laksana Program Kesedaran Bendung Jenayah

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sentiasa peka terhadap segala bentuk maklumat, insiden semasa yang berkaitan keselamatan komuniti yang berlaku agar tindakan pencegahan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan komuniti setempat di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata bagi memastikan kawasan itu selamat dikunjungi dan didiami,…

Teruskan Membaca

6 Sekeluarga Mati Dikurung Perompak Dalam Bilik Air

in Jenayah/Terkini

JAKARTA – Enam sekeluarga maut setelah dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di sebuah rumah di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur di sini. Keenam-enam mangsa termasuk dua kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia awal pagi tadi setelah sesak nafas akibat kekurangan oksigen setelah dikurung sejak pagi semalam dalam bilik…

Teruskan Membaca

Indeks Jenayah Ipoh Menurun Tahun Ini

in Jenayah/Utama & Sensasi

IPOH – Kadar indeks jenayah di daerah Ipoh bagi tempoh Januari hingga November tahun ini mencatatkan penurunan kepada 1,957 kes berbanding 2,182 bagi tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata daripada semua kes itu, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 47.52 peratus kes setakat ini. “Jangan mudah bersikap selesa dengan pencapaian…

Teruskan Membaca

Indeks Jenayah Turun Persepsi Positif Tidak Meningkat

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun namun persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kadar jenayah telah berkurangan antara 4.2 peratus hingga 12.6 peratus dari 2011 hingga tahun lepas tetapi persepsi tidak meningkat kerana wujud prasangka terhadap pihak…

Teruskan Membaca

Insiden Utama Jenayah Dan Keselamatan Pada 2016

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kes pembunuhan ngeri, pedofilia, bot karam, nahas helikopter, culik dan tanah runtuh menjadi tajuk utama kes jenayah dan bencana alam di negara ini sepanjang 2016. Berikut adalah antara insiden utama pada tahun ini: * 26 Januari – Seramai 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia mati lemas setelah bot pancung mereka…

Teruskan Membaca

3 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Wanita

in Jenayah/Utama & Sensasi

KOTA TINGGI – Mayat wanita yang dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tangan diikat di sebuah kebun getah di Kampung Lukut, Batu Ampat, di sini semalam, disahkan warga tempatan. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman yang mengesahkan perkara itu berkata mayat wanita berusia 37 tahun itu dijumpai dua sekawan yang mahu ke kebun mencari…

Teruskan Membaca

Tutup Tirai… Anwar Gagal Bebas Diri Kes Liwat Saiful

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

DRAMA biasa…apa lagi nak kata kecuali terus dan terus dakwa mahkamah tak betul.  Itulah antara reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau gagal guna saluran terakhir perundangan untuk bebaskan diri dari bersalah dalam kes meliwat bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan. Dalam suasana yang muram dimana cuma sekitar 100 saja penyokongnya berkumpul di luar kompleks Istana Kehakiman…

Teruskan Membaca

Pasangan Kekasih Didakwa Miliki Pistol, 45 Butir Peluru

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUANTAN – Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan 45 butir peluru, dua minggu lalu. Tertuduh Chun Yeap Guan, 39, seorang penjual rokok dan pasangannya Goh Kah Lee, 40, didakwa dengan niat bersama memiliki sepucuk pistol Sig Sauer P239 pada pukul 2.30 pagi, 1…

Teruskan Membaca

Percaya Anak Didera, Bapa Kecewa Tiada Tindakan

in Jenayah/Utama & Sensasi

“SAYA akan pastikan bekas pengasuh ‘mental’ itu menerima balasan,” itu luahan seorang bapa yang kecewa setelah insiden bayinya yang didera pengasuh seperti tak diambil peduli oleh pihak berkuasa. Hazmizi Hasan mendakwa, anaknya, Rayyan Mizi Mikhail lebam teruk di bahagian mata dan tulang tangannya bengkok dipercayai dipukul oleh bekas pengasuhnya dalam kejadian pada November lalu. Namun biarpun…

Teruskan Membaca

Polis Bantuan Berperanan Kurangkan Jenayah

in Terkini

IPOH – Kewujudan polis bantuan di kawasan penempatan mampu membantu mengurangkan kadar jenayah serta meningkatkan keyakinan penduduk, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Rusli Ahmad. Katanya walaupun hanya menjawat jawatan sebagai polis bantuan, namun anggota berkenaan juga melakukan tugas-tugas polis sebenar di kawasan yang telah ditugaskan. “Polis bantuan yang dilantik…

Teruskan Membaca

Polis Tahan 3 Suspek Beli Telefon Pintar Guna Wang Palsu

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Polis menahan tiga suspek dalam 12 kes penipuan pembelian telefon pintar menggunakan wang palsu, di sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, Klang, pada Ahad lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, ACP Mohd Sakri Ariffin berkata dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand itu yang aktif melakukan jenayah berkenaan sejak dua minggu…

Teruskan Membaca

Lelaki Parah Ditetak Di Butterworth

in Jenayah/Terkini

BUTTERWORTH – Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai permainan simulator di Jalan Kampung Paya, di sini, hari ini. Lelaki berusia 40 tahun itu dilapor ditetak dengan parang oleh empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi ketika dia bersama rakannya keluar daripada kedai permainan simulator itu pada pukul 4.30 pagi. Menurut…

Teruskan Membaca

Penjual Sayur Dijel 3 Tahun Cederakan Rakan Serumah

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang penjual sayur dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan rakan serumahnya sehingga retak tapak tangan. Hakim Zaman Mohd Nor menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Ibrahim Abdul Rahim, 39, warganegara Myanmar, selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Mohd Kassim Isa, 28, penjual sayur senegaranya. Tertuduh didakwa memukul dengan…

Teruskan Membaca

Polis Tahan 15 Suspek Disiasat Kes Bunuh Warga Myanmar

in Jenayah/Terkini

KOTA BHARU – Polis menahan 15 suspek warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan empat warga Myanmar di Bachok pada 30 Oktober lalu. Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata empat suspek ditahan pada 3 Nov dan 10 lagi pada 13 Nov. Katanya kesemua suspek itu, termasuk seorang wanita, berusia antara 20 dan…

Teruskan Membaca

Polis Ubah Status Kehilangan Misteri 5 Beradik

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Kes lima beradik yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lepas, kini diklasifikasikan sebagai dilarikan orang dari pusat penjagaan yang sah mengikut Seksen 363 Kanun Keseksaan. Status sebagai kes orang hilang sebelum ini kini diubah berikutan tiada petunjuk baharu bagi mengesan mangsa berusia antara 10 dan 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31…

Teruskan Membaca

7 Sahabat Didakwa Curi Susu Formula Hampir RM14,000

in Jenayah/Terkini

PETALING JAYA – Tujuh sahabat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri 143 tin susu formula pelbagai jenama bernilai hampir RM14,000 di dua buah pasar raya. Elita Mohd Kusahang, 46, Satria Sisa, 41, Ahmad Wahab, 52, Jovielyne [email protected], 35, Kasmah Ibrahim, 32, Irsang Langsang, 30, dan Albert Tiya, 35, kesemuanya…

Teruskan Membaca

Suspek Raba Dalam LRT Berjaya Diberkas

in Gaya Hidup/Jenayah/Utama & Sensasi

SUSPEK yang dipercayai meraba dalam sistem aliran ringan (LRT) seperti yang diviralkan baru-baru ini telah berjaya diberkas oleh Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana, pagi tadi. Memetik Awani, suspek berusia lingkungan 44 tahun itu ditahan sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni. Suspek kemudiannya diserahkan…

Teruskan Membaca

Penjaga Kaunter Spa Didakwa Perdagang Manusia

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kaunter spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua beradik warga Indonesia untuk eksploitasi seks. Lor Weng Thye, 35, mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Lor bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa telah memperdagangkan dua orang…

Teruskan Membaca

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui Dengan Kesan Kelar

in Jenayah/Terkini

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher dan perut di sebuah tokong di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah di sini hari ini. Mayat Kan Thuo, 37, yang berlumuran darah ditemui seorang lelaki tempatan yang melalui kawasan itu pada pukul 8 pagi ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik…

Teruskan Membaca

Paderi Kantoi Rogol Budak 5 Tahun Melalui Lukisan

in Jenayah/Utama & Sensasi

PERBUATAN seorang paderi dari Minas Gerais, Brazil merogol kanak-kanak berusia lima tahun terbongkar selepas mangsa meluahkan perasaannya menerusi beberapa siri lukisan, baru-baru ini. Paderi berusia 54 tahun itu didakwa merogol mangsa yang merupakan anak muridnya dalam kelas Bahasa Inggeris. Perbuatan terkutuknya itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa menemui beberapa keping lukisan yang dilukis mangsa menggambarkan…

Teruskan Membaca

Tertuduh Lari Ketika Majistret Jatuhkan Hukuman

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini kecoh seketika apabila seorang tertuduh, yang baru dijatuhi hukuman denda kerana menampar seorang pengawal keselamatan, melarikan diri ketika prosiding itu masih berlangsung. Saiful Anuar Abdul Halim, 24, yang berada di dalam kandang tertuduh, kelihatan panik lalu berlari keluar semasa Majistret Adira Adnan menjatuhi hukuman denda RM1,800 atau tiga…

Teruskan Membaca

Sindiket Dadah Di Ipoh Lumpuh, Ganja Lebih 8Kg Dirampas

in Jenayah/Terkini

IPOH – Polis Perak berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki bersama ganja seberat 8.09 kilogram di sini Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP R. Ravi Chandran berkata suspek yang berumur 46 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Raja DiHilir kira-kira…

Teruskan Membaca

Bising Buat Seks, Lelaki Diserang Orang Bilik Sebelah

in Jenayah/Utama & Sensasi

MACAM-MACAM hal. Seorang lelaki yang bengang kerana jiran sebelah bilik hotelnya melakukan seks dengan bunyi yang kuat, telah mengamuk dengan memecahkan pintu dan mengheret lelaki berkenaan keluar sebelum memukulnya dalam kejadian yang mengejutkan di sebuah hotel di Beihai, China. Ia bermula apabila lelaki itu yang juga seorang ahli perniagaan, Zhang tidak dapat tidur kerana terganggu…

Teruskan Membaca

Lepas Lembu, Bekas Banduan Rogol Budak 2 Tahun, Nenek

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG lelaki dari Kenya tergamak melakukan jenayah rogol terhadap neneknya sendiri serta seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang merupakan anak jirannya. Menurut Nairobi News, lelaki berusia 36 tahun itu merupakan bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan dari penjara beberapa bulan lalu atas kesalahan melakukan seks dengan lembu. Suspek tertangkap selepas perlakuannya itu kantoi di tangan…

Teruskan Membaca

1 2 3 11
Go to Top