Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

jepun

Saintis Terkejut Kera Jepun Buat Seks Dengan Rusa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TOKYO – Saintis antarabangsa buat pertama kali terkejut apabila berjaya menemui dua haiwan berbeza spesies di Jepun yang berjaya dirakamkan selamba sahaja melakukan hubungan seks.

Menerusi satu artikel berjudul ‘Perilaku seks antara kera jantan Jepun dan rusa betina’, perbuatan asmara penuh erotik itu malah digambarkan sebagai satu hubungan reproduksi antara dua binatang yang berlainan rupa.

Sebenarnya, hubungan seks antara dua jenis haiwan yang berbeza telah banyak dilaporkan terjadi dalam dunia binatang liar namun, biasanya persetubuhan itu melibatkan antara spesies mirip dan berhubungan dekat.

Hubungan badan itu dipercayai berlaku dalam konteks semula jadi apabila sejumlah spesies haiwan tersebut yang nekad mahu menyambung keturunan mereka daripada langsung pupus akibat pelbagai faktor alamiah.

Hubungan seks antara haiwan berbeza spesies juga sangat mungkin terjadi terhadap binatang yang hidup dalam zoo atau hutan kawasan kurungan kawalan menyebabkan mereka hanya bercampur gaul dengan kelompok sendiri.

Bagaimanapun artikel ilmiah terbaharu itu melaporkan hubungan seks antara dua spesies haiwan liar, iaitu kera Jepun jantan yang diketahui agak kerap menunggang bahagian punggung rusa sika betina di sebuah kawasan.

Baca: Akibat Tekanan Cuaca Panas, Anjing Laut Rogol Penguin

sex1

Selama ini penyelidik tidak begitu menyedari perbuatan asmara tersebut sehinggalah apabila diamati dengan teliti, kera yang menunggang itu didapati menunjukkan perilaku seksual cukup nyata terhadap beberapa rusa betina.

Beberapa ekor rusa itu pada mulanya agak malu melakukan aktiviti jimak tersebut secara terbuka, tetapi sejumlah rakannya yang lain kelihatan dapat menerima perilaku tidak lazim sang kera memuaskan nafsu dengan kera.

Dalam artikel yang dimuat menerusi jurnal ilmiah terkenal Primates itu, penyelidik antarabangsa turut menulis salah seekor rusa dilihat sengaja merelakan seekor kera jantan dibiarkan bebas menunggang punggungnya.

Malah, rusa betina tersebut didapati turut menjilat lelehan cecair sperma dipancutkan oleh kera jantan itu yang menempel dan melekit di bahagian punggungnya seolah-olah gembira dibasahi air mani primat berkenaan.

Beberapa ekor rusa lainnya bagaimanapun menolak perilaku manja kera itu dan melemparkannya ketika ia cuba menunggangi punggung mereka seolah-olah marah apabila maruah kehormatan diri dicabul spesies lain.

Penyelidik menyatakan, penjelasan paling memungkinkan susulan fenomena aneh ini ialah teori “perampasan pasangan” apabila perilaku terjadi akibat kera tersebut tidak mampu mendapatkan pasangan betina sama spesies.

sex2

Situasi berkenaan boleh berlaku kerana kemungkinan besar kedua-dua haiwan itu sudah lama hidup bersama-sama di kawasan sama sejak sekian lama, lalu kera itu ‘gersang’ nafsunya ketika memasuki kemuncak musim mengawan.

Justeru, penyelidik membuat spekulasi bahawa apa yang dilakukan oleh kera jantan itu kemungkinan merupakan sebuah manifestasi seksual belaka selain andaian nakal konon primat tersebut mencabul atau merogol sang rusa.

Teori lain pula merumuskan ia adalah perilaku cara mereka belajar untuk berhubungan badan tetapi, teori ini sukar dibuktikan kerana kera dan rusa adalah haiwan sosial yang mudah mempelajari sesuatu dari teman satu spesiesnya.

Selain itu, kedua-dua binatang liar ini tidak mungkin berhubungan seks disebabkan faktor kekurangan pasangan sekali gus kemungkinan mereka melakukan masturbasi atau lancap atau menunjukkan perilaku homoseksual.

Kes ini adalah peristiwa kedua yang dilaporkan selepas penemuan pada 2014 lalu apabila pengkaji menemui anjing laut menyetubuhi penguin di benua berais ekstrem Antartika akibat pemanasan global dan kekeliruan identiti.

Bagaimanapun, penyelidik antarabangsa berharap kajian lebih lanjut dilakukan untuk membuktikan hubungan seksual haiwan yang berbeza spesies sangat mungkin terjadi tanpa disedari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Ramai Gadis Jepun Sakit Faraj Akibat Seks Bebas

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TOKYO — Semakin ramai wanita muda Jepun mengadu sakit di bahagian faraj mereka sekali gus menyaksikan peningkatan mendadak jumlah pesakit sifilis di seluruh negara ‘matahari terbit’ itu.

Situasi aneh tersebut turut memaksa pihak Kementerian Kesihatan Jepun bertindak membentuk satu pasukan penyelidik khusus demi mencari jalan untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin berjangkit tersebut.

Sifilis merupakan salah satu infeksi penularan seksual akibat bakteria dikenali sebagai Treponema pallidum yang mula dikesan di Itali sejak kurun ke-15 dan kini dianggarkan lebih 15 juta penghidap direkodkan di serata dunia.

Menurut laporan agensi berita tempatan Kyodo, berdasarkan data yang dikumpul dari pelbagai hospital di seluruh Jepun, sepanjang tahun lalu sahaja, bilangan penderita sifilis secara rasmi sudah mencapai 4,259 orang.

Angka itu meningkat sebanyak 77 peratus berbanding hanya kira-kira 2,412 penghidap pada tahun sebelumnya, bahkan angka tersebut melonjak tujuh kali ganda dibandingkan dengan rekod satu dekad yang sebelumnya.

Jangkitan berkenaan dipercayai disebarkan akibat perilaku heteroseksual secara bebas malah, lebih menakutkan pihak berkuasa apabila angka jangkitan diwarisi daripada ibu kepada anak pun didapati mengalami peningkatan.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Kesihatan menggalakkan rakyat Jepun yang berasa diri mereka berisiko tinggi untuk diserang sifilis agar segera menjalani pemeriksaan lanjut sebelum bahagian kemaluan mereka rosak teruk.

Shibuya, Tokyo, Japan

Ini kerana, penyakit tersebut tetap dapat disebarkan secara senyap, meskipun si penghidap belum merasakan apa-apa pun kejanggalan pada alat kemaluan mereka selepas mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan.

Perilaku golongan muda Jepun yang bangga dapat berganti pasangan seks, selain kegiatan pekerja industri seks, dan peningkatan jumlah pelancong asing juga dipercayai menjadi pemicu penyebaran penyakit ini begitu pantas.

Namun, setakat ini Kementerian Kesihatan bingung belum memperoleh kepastian mengenai penyebab utama penyebaran cepat jumlah penghidap sifilis luar biasa dalam kalangan wanita jika dibandingkan rekod 10 tahun lalu.

Pada ketika ini, penghidap sifilis di Jepun diminta supaya melaporkan diri secara sukarela kepada pihak berkuasa, jika mereka pernah melakukan hubungan jimak, baik dengan pasangan sejenis atau pun berbeza kelaminnya.

Pesakit sifilis yang memiliki pengalaman seks oral pun digalakkan harus melaporkan diri kerana infeksi tersebut dapat menular menerusi penghisapan zakar, yang dikenal pasti dengan munculnya ruam di dalam mulut mereka.

Di Jepun, kewajiban pesakit melapor situasi berbahaya semacam ini ditetapkan menerusi undang-undang tentang penyakit tular dan dianggap sebagai kesalahan jika ada penduduk yang sengaja merahsiakan penderitaan kesihatan.

japan-girl

Media tempatan turut mendedahkan penyebaran infeksi sifilis paling banyak dilaporkan di Shinjuku Ward, Tokyo. Wilayah tersebut memang dikenal sebagai lokasi hiburan malam di ibu kota Jepun yang dihuni 13 juta penduduk.

Sebanyak 40 peratus pesakit sifilis yang direkodkan di seluruh Tokyo secara kebetulan berasal dari daerah merah ini waima Shinjuku Ward juga menyumbang angka 20 peratus daripada jumlah penderita sifilis di seluruh Jepun.

Susulan situasi itu, pihak berkuasa kesihatan di Shinjuku Ward mengarahkan semua hospital agar menyiasat latar belakang pesakit terutama berkisar mengenai apakah bekerja dalam bidang hiburan dan kerakyatan mereka.

Data tersebut diharapkan dapat membolehkan pasukan khas kementerian membuat ‘peta laluan’ utama corak penyebaran sifilis di Jepun dan menyasarkan penyelesaian penularan jangkitan menjelang Mac tahun depan.

Ketua Bahagian Bakteria di Institut Nasional Penyebaran Penyakit Berjangkit Jepun, Makoto Onishi yang dipilih menjadi ketua pasukan itu berhasrat mengenal pasti kelompok paling berisiko selain aspek pencegahan awal.

Manakala Kunio Kitamura, Ketua Persatuan Perancangan Keluarga Jepun memberi amaran, sifilis kini mampu merebak kecuali pasangan yang setia tidak pernah berzina dengan individu lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Terapi Ala Pocong Makin Popular Di Jepun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TOKYO – Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat rapat seumpama pocong sehingga anda pula sukar bergerak ke mana-mana, selama 20 minit?

Percaya atau tidak, itulah kaedah terapi baharu yang kini menjadi tular dan ‘trending’ di Jepun, serta dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Ia bukan sahaja tentunya membuat sesiapa sahaja berasa sukar untuk bernafas, malah kaedah terapi aneh itu boleh dikatakan seperti babak hantu pocong dalam aksi filem seram Nusantara!

pocong1

pocong2

Menurut BBC, terapi Otonamaki diilhamkan daripada amalan Ohinamaki, iaitu bayi dibalut dengan kain putih dengan cara yang sama untuk membantu dalam pembangunan fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit sahaja dan hanya kain tipis yang digunakan agar pelanggan tersebut dapat bernafas dengan selesa ketika mereka berada lama di dalamnya.

“Ia tampak sempit tetapi tidak rasa sempit langsung. Selepas sesi, saya rasa bahu dan belakang tubuh lebih selesa,” kata seorang pelanggan berusia 40-an tahun yang mendapatkan khidmat itu dari syarikat Kyoko Proportion.

Seorang lagi pelanggan yang enggan didedahkan namanya pula berkata kepada BBC bahawa beliau berasa begitu selesa hingga hampir terlena sebelum dikejutkan petugas yang membuka ikatan kain berkenaan.

pocong3

pocong4

Namun, ada sesetengah netizen yang mengakui menerusi media sosial tempatan bahawa kaedah terapi luar biasa itu tampak agak menakutkan dan kelihatan pula seperti babak ngeri dalam filem seram.

Orie Matsuo dari Kyoko Proportion memberitahu BBC, bahawa Otonamaki membolehkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu pada pelanggan mereka untuk menjadi lebih fleksibel.

Namun, Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy berkata, jika seseorang berada di kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, mereka akan mengalami masalah tulang belakang.

Beliau juga malah berkata kepada BBC, bahawa orang ramai dinashatkan supaya tidak menjalani terapi berkenaan kerana bimbang risiko komplikasi sampingan yang lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Merajuk Dengan Isteri, Tidak Bertegur Selama 20 Tahun!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BERAPA ramai yang sanggup membisu dan tidak bertegur sapa dengan pasangan untuk suatu tempoh yang cukup panjang?

Kebanyakan pasangan lazimnya apabila bergaduh hanya tidak bertegur sapa sehari dua atau paling lama pun seminggu.

Percaya atau tidak, satu pasangan di Jepun ini telah berdiam diri dan tidak bertegur sapa selama 20 tahun!

Apa yang anehnya, perkahwinan mereka masih dapat bertahan dan tinggal sebumbung serta mempunyai tiga orang anak.

Otau Kayayama dari Nara, selatan Jepun terus tinggal bersama isterinya Yumi dan pasangan itu hanya berkomunikasi secara mengangguk atau mendengus selama 20 tahun.

Masalah pasangan tu didedahkan oleh anak lelakinya Oshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar kedua ibu bapanya berbual.

Tidak Bertegur Selama 20 Tahun, Tapi Masih Tinggal Serumah

Prihatin dengan masalah yang dihadapi, pihak berkenaan bersetuju dan tampil membantu dengan mengaturkan satu pertemuan di sebuah taman di mana ia adalah lokasi temujanji pertama mereka, sambil diperhatikan oleh anak-anak dari jauh.

Tidak Bertegur Selama 20 Tahun, Tapi Masih Tinggal Serumah

“Sudah lama berlalu sejak perbualan kita yang terakhir. Kamu sangat mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi sehingga kini, kamu sudah banyak bersusah payah. Saya ingin beritahu kamu, saya berterima kasih kerana pengorbanan kamu selama ini,” kata Otau.

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan isterinya kepada anak-anak.

“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,” ujarnya sambil menundukkan kepala, diikuti oleh isterinya.

Melihatkan reaksi ibu bapa mereka, ketiga-tiga anak kepada pasangan itu dengan serta merta menangis akibat terlalu sedih dan gembira dalam masa yang sama setelah melihat kedua ibu bapa mereka kembali bercakap seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC 

Tokong Terbiar Di Jepun Jadi ‘Tokong Coli’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

UNIK… Sebuah tokong terbiar di Jepun ini kelihatan biasa dari luar namun apabila melangkah masuk, sudah tentu terkejut melihat ‘dekorasi’ dalamannya.

Rocketnews24 melaporkan tokong terbiar tersebut menarik perhatian orang ramai apabila banyak coli tergantung di siling dan dinding dalam bangunan tersebut.

Tokong Terbiar Di Jepun Jadi 'Tokong Coli'

Bangunan yang digelar ‘haikyo’ itu mendapat perhatian penduduk di Jepun yang mahu melihat dan mengetahui motif terdapat banyak coli di dalam tokong terbiar itu.

Ianya dikongsikan pengguna di media sosial dan turut mendapat liputan daripada stesen TV tempatan.

Berita mengenai tokong Buddha yang kelihatan menyeramkan itu muncul sejak enam tahun lalu dan sering dikunjungi peminat haikyo dari seluruh Jepun sehinggakan tokong tersebut diberi nama jolokan ‘tokong coli’.

Tokong Terbiar Di Jepun Jadi 'Tokong Coli'

Didalam sebuah bilik di bangunan tersebut terdapat katil dan beberapa koleksi coli yang diikat di siling dan dinding dan ada juga beberapa sarung kaki di bilik lain.

Pengunjung turut dapat melihat sendiri beberapa keping gambar wanita dalam keadaan tersenyum, anak patung bogel yang dipaku pada dinding, alatan memuja dan beberapa karya seni serta dalam bilik tersebut.

Tokong Terbiar Di Jepun Jadi 'Tokong Coli'

Keadaan di dalam tokong tersebut sangat mengerikan dengan ditambahkan lagi dengan cahaya pada waktu siang.

Bagaimanapun, ada pelawat yang tidak yakin dengan ‘keseraman’ tokong tersebut kerana ianya seperti sengaja diadakan.

Tokong Terbiar Di Jepun Jadi 'Tokong Coli'

Ini susulan bangunan tersebut yang dipaksa ditutup pada 2002 kerana pernah menipu orang ramai sehingga menerima jolokan ‘tokong si penipu’.

Namun, persoalan mengenai kejadian coli tergantung mungkin satu pertunjukan seni atau ada rahsia lain masih misteri yang bakal dibongkar suatu hari nanti. – MYNEWSHUB.CC

Viral Pelancong China Belasah Staf Airport Hokkaido

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi/Video Viral

PERANGAI ‘tidak bertamadun’ penduduk negara China sememangnya sudah dikenali seantero dunia.

Dengan pe’el tidak gemar beratur, suka membuat kecoh dan membuang air besar dan kecil di tempat terbuka, itu merupakan sebahagian perangai buruk rakyat negara tanah besar itu.

Terbaharu, tular (viral) sebuah video menunjukkan kekecohan di Lapangan Terbang Hokkaido, Jepun apabila dipercayai seramai 100 pelancong dari China membelasah petugas dan polis di lapangan terbang tersebut gara-gara berang penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan.

Penerbangan terpaksa ditangguh disebabkan ribut salji yang melanda kawasan tersebut, baru-baru ini.

Viral Pelancong China Belasah Staf Airport Hokkaido

Syarikat penerbangan dilaporkan memberi selimut dan beg tidur kepada pelancong yang tidak dapat mendapat kemudahan hotel memandangkan semuanya sudah penuh dibooked.

Susulan itu, mereka yang ‘terperangkap’ terpaksa tidur bergelimpangan di sekitar lapangan terbang.

Tidak ada mana-mana suspek ditahan dalam kejadian tersebut meskipun dua orang dilaporkan cedera dibelasah.

Kebanyakan rakyat Jepun mengecam tindakan buruk pelancong China malah menyifatkan mereka sebagai komuniti masyarakat yang langsung tidak berdisplin dan beradab. – MYNEWSHUB.CC

Ribuan Rakyat Rai Keputeraan Maharaja Jepun Yang Ke-83

in Utama & Sensasi

TOKYO – Ribuan rakyat jelata membanjiri perkarangan Istana DiRaja di Jepun hari ini untuk meraikan hari keputeraan Maharaja Akihito yang ke-83, sambutan hari jadi terakhir di istana selepas baginda meluahkan hasrat untuk turun takhta.

Ini merupakan sambutan hari jadi pertama baginda sejak mengumumkan untuk turun takhta Ogos lalu oleh kerana usia lanjut dan kesihatan yang kurang memuaskan menghalang baginda untuk menjalankan tugas dengan baik.

Akihito merupakan maharaja pertama untuk turun daripada takhta dalam sejarah 200 tahun Dinasti Chrysanthemum.

Ribuan Rakyat Rai Keputeraan Maharaja Jepun Yang Ke-83
Maharaja Akihitomenyambut keputeraan yang ke-83 dengan dihadiri lebih 30 ribu rakyat. – Foto AFP/TORU YAMANAKA

Istana DiRaja berkata, seramai 33 ribu orang rakyat telah hadir di dalam sambutan tersebut — angka terbesar sejak Akihito mula memerintah pada tahun 1989, melambai-lambaikan bendera Jepun sambil melaungkan ‘Banzai’ atau ‘Panjang Umur’.

Sementara itu, perbincangan berkenaan persaraan baginda sedang dijalankan oleh sebuah panel penasihat yang ditubuhkan khas oleh Perdan Menteri Jepun, Shinzo Abe pada September lalu bagi mengkaji mekanisme perundangan yang selayaknya untuk proses persaraan DiRaja, yang masih belum digubal setakat ini.

Akihito akan digantikan oleh puteranya, Putera Mahkota Naruhito, nampaknya menerima sokongan meluas daripada rakyat Jepun berdasarkan bancian pendapat baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

19.2 Juta Ternakan Di Korea Selatan, Jepun Dimusnahkan

in Utama & Sensasi

SEOUL – Korea Selatan dan Jepun mengarahkan lebih banyak ternakan dibunuh bagi membendung wabak selesema burung.

Kementerian Pertanian Korea Selatan berkata, pihaknya mengarahkan pemusnahan tambahan 2.4 juta unggas, menjadikan jumlah yang dibunuh kini 18.4 juta sejak wabak pertama selesema burung dilaporkan di sebuah ladang 18 November lalu.

Wabak jenis patogenik tinggi H5N6 selesema burung itu lebih teruk berbanding H5N8 yang merebak di seluruh negara pada 2014 dan 2015.

Kementerian berkata, jenis H5N8 juga ditemui bulan ini dalam najis burung hijrah, namun tidak dilihat di ladang ternakan.

Di Jepun, pihak berkuasa di pulau utara Hokkaido berkata, kira-kira 200,000 ayam dibunuh, hujung minggu lalu selepas kes selesema burung dikesan di sebuah ladang ternakan di bandar Shimizu.

Ia adalah wabak kelima dilaporkan di negara itu sejak akhir November lalu. Hampir 800,000 ayam dibunuh sejak itu.

Sebahagian Eropah dan Israel turut diserang virus H5N8.

Kira-kira 30,000 ayam Belanda dan itik dibunuh di Jerman hujung minggu lalu sementara Perancis meluaskan sekatan berisiko tinggi ke keseluruhan negara selepas pengesanan beberapa kes H5N8 di ladang.

Kes selesema burung H5N8 juga dilaporkan di sebuah ladang di Britain, Jumaat lalu. – REUTERS/BH ONLINE

Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab FIFA

in Sukan/Utama & Sensasi

TOKYO – Real Madrid berdepan mimpi ngeri sebelum hatrik Cristiano Ronaldo membantu mereka bangkit daripada ketinggalan 1-2 dan memberikan mereka kemenangan 4-2 ke atas Kashima Antlers pada aksi final Piala Kelab Dunia semalam.

Dua gol Gaku Shibasaki menyentak juara Eropah itu ketika kelab tuan rumah Jepun mendahului 2-1 seawal separuh masa kedua sebelum penalti Ronaldo menyamakan kedudukan buat Real selepas sejam.

Juara Eropah 11 kali itu kemudian berdepan beberapa lagi igauan dan hampir kehilangan kapten Sergio Ramos sebelum Ronaldo menjaringkan dua lagi gol pada babak pertama masa tambahan.

Real yang menjuarai kejohanan itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun dan bergelar juara buat kali kelima keseluruhan dijangka beroleh kemenangan mudah apabila Karim Benzema memberikan gol pendahuluan namun Shibasaki mengubah skrip perlawanan apabila menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat.

Kashima adalah kelab Asia pertama mara ke final biarpun mereka layak menyertai kejohanan itu sebagai juara tuan rumah.

Juara Asia Jeonbuk Motors tewas pada suku akhir.

Real berada di depan apabila sepakan voli Luka Modric ditepis Hitoshi Sogahata dan Benzema menolak masuk lantunannya.

Kashima yang enggan menyerah kalah terus mempamerkan aksi kemas dan meraih gol penyamaan sebelum tamat separuh masa.

Hantaran Shoma Doi berjaya disambut Shibasaki, di mana sentuhan pertamanya tidak menjadi tetapi mendapat percubaan kedua apabila Raphael Varane gagal mengeluarkan bola dan dia merembatnya menggegar gawang lawan.

Shibasaki sekali lagi menjaringkan gol enam minit separuh masa kedua apabila memanfaatkan kesilapan Real, berjaya melepasi tiga pemain lawan sebelum melakukan rembatan leret sejauh 25 meter yang gagal diselamatkan Keylor Navas.

Real hampir berdepan kekalahan pertama sejak tewas kepada VfL Wolfsburg pada April, memiliki 36 kemenangan sehinggalah Lucas Vazquez dijatuhkan Shuto Yamamoto dan Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti.

Ronaldo menamatkan impian Kashima apabila menyambut hantaran Benzema dan merembatnya melepasi Sogahata lapan minit selepas masa tambahan dan memastikan kemenangan mereka enam minit kemudian dengan penyudah yang menggegar bahagian atas jaring lawan. – myMetro Online

Nazmi Faiz Dipinjamkan Ke Kelab Jepun Selama Setahun

in Sukan/Utama & Sensasi

PERNAH beraksi bersama kelab Beira Mar di Portugal, Nazmi Faiz Mansor kini sah menjadi milik pasukan bola sepak sensasi tempatan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walau bagaimanapun, kelibat pemain berusia 22 tahun itu tidak akan dapat dilihat beraksi di atas padang pada perlawanan musim hadapan kerana dia bakal dipinjamkan kepada sebuah kelab luar negara dari Jepun selama setahun.

Nazmi Faiz Dipinjamkan Ke Kelab Jepun Selama Setahun

Perkhabaran itu dimuat naik oleh laman Facebook Johor Southern Tigers dengan status berbunyi seperti berikut.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Nazmi Faiz Mansor kerana akan dipinjamkan dan bakal mendapat pendedahan di sebuah kelab dari Jepun selama setahun. Kami doakan yang terbaik buat beliau dalam meningkatkan corak permainan ke tahap yang lebih tinggi.

“Nazmi seorang pemain yang berpotensi besar dan merupakan pemain jangka panjang buat kelab JDT. Dengan pendedahan sebegini, pastinya beliau akan menjadi aset utama buat kelab pada masa akan datang. Selamat maju jaya buat anda. Luaskan Kuasamu Johor.”

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sebuah laman akhbar tempatan memberitahu perancangan menghantar Nazmi ke Negara Matahari Terbit adalah untuk membolehkannya mengumpul pengalaman beraksi di tahap tinggi.

Nazmi yang dianggap aset terpenting oleh kelab yang telah menyandang juara Piala AFC 2016 yang lalu itu turut mendapat sokongan padu dari rakan sepasukan.

Perpindahan Nazmi ke JDT menjadikannya pemain ke 8 Selangor yang disambar selepas Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Farizal Marlias, Asrarudin Putra Omar, S Kunanlan serta Azrif Nasrulhaq. – MYNEWSHUB.CC

Jepun Perkenal Pelekat Kod Bar Untuk Warga Tua Nyanyuk

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEBUAH syarikat di Iruma, utara Tokyo memperkenalkan pelekat kuku kecil bagi mengesan warga emas dengan penyakit nyanyuk (demensia) bagi mengelakkan risiko sesat.

BBC melaporkan setiap pelekat tersebut mempunyai nombor pengenalan unik bagi membantu keluarga pesakit berkenaan mencari orang tersayang mereka yang hilang.

Pelekat berkod untuk kuku ini, sebahagian daripada perkhidmatan percuma yang dilancarkan bulan ini dan yang pertama di Jepun berukuran hanya satu sentimeter (0.4 inci).

Jepun Perkenal Pelekat Kod Bar Untuk Warga Tua Nyanyuk

Sistem QR tersebut mengandungi maklumat mengenai alamat, nombir telefon dan nombor identiti unik pada setiap pesakit.

Pejabat kebajikan sosial bandar Jepun menjelaskan, pelekat tersebut akan diletakkan pada jari tangan dan kaki pesakit dengan kod bar imbasan.

Cip tersebut mampu melekat dalam tempoh purata dua minggu walaupun basah.

Teknologi ini memudahkan pasukan polis mendapatkan maklumat mengenai pesakit selepas mengimbas kod bar pada jari dan tangan pesakit.

Jepun berdepan dengan penuaan penduduk yang pesat dengan warga emas dijangka membentuk 40 peratus penduduk sekitar 2060. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Mati Tercekik ‘Onigiri’ Ketika Sertai Pertandingan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG warganegara Jepun berusia 28 tahun meninggal dunia akibat tercekik bebola nasi dalam satu pertandingan makan paling pantas yang diadakan di barat bandar Hikone, Jepun.

Penganjur acara tersebut, koperasi petani tempatan dalam kenyataan pada 22 November, menjelaskan mangsa lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meninggal dunia pada 16 November di hospital tiga hari kemudian selepas tercekik.

Di dalam acara berkenaan para peserta perlu bersaing kepantasan untuk memakan lima bebola nasi kukus atau ‘onigiri’ iaitu sejenis makanan ruji popular masyarakat Jepun.

Difahamkan mangsa telah menyumbat bebola nasi yang kelima ke dalam mulutnya sebelum pengsan lalu dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Peraduan itu disertai oleh tiga kumpulan yang dianggotai lima peserta bagi setiap satu kumpulan.

“Kumpulan pertama dan kedua berjaya menamatkan acara berkenaan dan ketika melihat kumpulan ketiga beraksi, kejadian yang tidak dijangka ini berlaku,” kata wakil penganjur yang tidak mahu namanya didedahkan.

Pertandingan makan dengan pantas merupakan acara popular di pelbagai pesta daerah di Jepun bagi mempromosikan hasil tempatan dan budaya negara itu.

Peserta Jepun yang tidak asing lagi dalam acara seumpama itu, Takeru Kobayashi yang pernah menjuarai peraduan makan sosej tahunan di New York telah memuat naik twit memberi peringatan kepada peserta amatur yang cuba mengambil bahagian dalam peraduan yang serupa. – MYNEWSHUB.CC

54 Pelajar Malaysia Di Fukushima Selamat

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seramai 54 pelajar Malaysia di Fukushima, Jepun yang dilanda kejadian gempa bumi berada dalam keadaan selamat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan perkara itu.

“Kesemua 54 pelajar Malaysia di Fukushima, Jepun selamat memandangkan kedudukan universiti tempat mereka meneruskan pengajian jauh daripada pantai tempat berlakunya gegaran tersebut.

“Seramai 49 daripada mereka merupakan penuntut di Tohoku University, manakala lima lagi menuntut di Sendai Kosen Technical College,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo akan terus memantau keadaan semasa dan mengingatkan semua pelajar terbabit supaya sentiasa berhati-hati.

Katanya, mereka turut diminta peka terhadap arahan keselamatan negara berkenaan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan. – MYNEWSHUB.CC

Malaysia Tawar Jadi Penasihat Halal Jepun

in Terkini

TOKYO – Malaysia menawarkan khidmat sebagai penasihat industri halal kepada Jepun, yang semakin mempunyai potensi besar kepada produk tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permintaan terhadap makanan atau produk halal dijangka meningkat menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“…Sukan Olimpik tahun 2020, sudah tentu ramai pengunjung dan atlet dari negara Islam yang berkehendakkan makanan dan produk halal,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja beliau ke Jepun.

Bandaraya Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas yang akan berlangsung pada Ogos 2020. Sebelum ini, Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada 1964.

Menurut Najib, beliau telah memaklumkan tawaran tersebut kepada rakan sejawatannya Shinzo Abe semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jepun di pejabatnya, di sini.

Katanya beliau juga memberitahu Abe bahawa pelancong, termasuk dari Malaysia semakin berminat untuk berkunjung ke Jepun, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi kepada produk halal.

Najib berkata piawaian halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai kredibiliti tinggi dan diterima oleh pihak Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Jika Malaysia dilantik sebagai penasihat industri halal Jepun, sudah pasti (produk halal) di sini mudah diterima oleh mana-mana pihak,” katanya.

Semasa kunjungan ke Jepun Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis Halal Malaysia, turut mempromosikan piawaian halal Jakim kepada rakan sejawatannya Taro Aso, yang juga Menteri Kewangan Jepun.

Ketika ini, sebanyak 54 badan persijilan dari 32 negara dan empat pihak berkuasa dari Kesatuan Negara Islam telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. – BERNAMA

Kecoh Murid Didenda, Pelajar Jepun Rileks Jadi ‘Kuli’

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik di luar kelas, kutip sampah, berdiri di tengah padang dan bermacam-macam lagi hukuman diberikan guru atas kesalahan dilakukan.

Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami ‘kesakitan’ itu tidak akan memberitahu ibu bapa jika dirotan atau didenda oleh guru kerana bimbang hukuman tersebut akan ‘digandakan’ pula.

Namun, lain pula ceritanya pada zaman serba canggih ini apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak dapat menerima ‘hukuman’ daripada guru terhadap anak-anak mereka.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun dr Ismail didenda duduk di atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.

Belum reda dengan kisah itu, tersebar pula kisah mengenai seorang guru yang ditegur oleh ibu bapa pelajarnya gara-gara meminta anak didiknya itu memadamkan papan hitam.

Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan

BACA INI: Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam

Guru tersebut diarahkan untuk tidak lagi menyuruh pelajarnya memadamkan papan hitam kerana pelajar bukanlah orang gaji atau orang suruhan tetapi pelanggan.

Di manakah tahap mentaliti ibu bapa ketika ini yang seakan-akan ‘memanjakan’ anak-anak mereka sehingga tidak boleh ‘diusik’. Tindakan ini boleh ‘memakan diri’ suatu hari nanti.

Memetik kata-kata juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias: ‘Zaman sekolah dulu, bila cikgu minta padam papan hitam, bawa buku latihan ke bilik guru, ambil rotan di bilik guru, ya Allah! Berbunganya hati. Terasa sangat diraikan,”.

Itu yang digambarkan penceramah bebas itu apabila diminta untuk membantu guru ketika di sekolah tetapi ianya sangat berbeza pada zaman yang penuh berteknologi kini.

Pelajar sekolah di negara ini nampaknya perlu mencontohi sikap pelajar di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam mendidik tingkah laku seiring dengan kemodenan negara ini.

Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan

Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.

Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.

Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.

Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan

Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.

Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.

Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan

“Kami melakukan perkara ini kerana kewajipan. Ia bukanlah sesuatu yang asing sehingga saya berpindah ke luar negara,” katanya yang kini bekerja sebagai pengurus di Manhattan, New York.

Idea melibatkan pelajar dalam aktivit membersihkan kawasan sekolah ini dapat memupuk rasa hormat mereka dengan persekitaran selain mewujudkan kerjasama di antara pelajar.

Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.

Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama. -MYNEWSHUB.CC

Video: Bandar Jepun ‘Diserang’ Lubang Gergasi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TOKYO – Sebuah lubang gergasi muncul secara tiba-tiba di Fukuoka, kira-kira 1,085 kilometer dari ibu kota Jepun semalam, ‘menelan’ lima lorong jalan raya berhampiran sebuah stesen kereta api.

Lubang berukuran kira-kira 20 meter panjang dan 15 meter lebar itu berlaku di persimpangan lampu isyarat di selatan bandar raya berkenaan, lebih kurang jam 5 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.

Menurut Telegraph.co.uk, kejadian itu berlaku semasa hari masih gelap dan lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat dan dipenuhi air dari paip yang pecah.

n-fukuoka-b-20161109

2531

A massive shinkhole is created in the middle of the business district in Fukuoka, southern Japan Tuesday, Nov. 8, 2016. Parts of a main street have collapsed in the city, creating a huge sinkhole and cutting off power, water and gas supplies to parts of the city. Authorities said no injuries were reported from Tuesday's pre-sunrise collapse in downtown Fukuoka. (Kyodo News via AP)

Pihak berkuasa mengesahkan, tiada kecederaan yang dilaporkan dari kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejadian itu berhubung kait dengan projek pembinaan kereta api bawah tanah.

Selain itu, pakar berpendapat mungkin kebocoran yang berlaku pada paip telah menyebabkan strutktur tanah menjadi lemah menyebabkan runtuhan itu berlaku.

Difahamkan, lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat. - MYNEWSHUB.CC

Siswa Ditahan Tolak GF Ke Landasan Kereta Api

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG pelajar sebuah universiti di Jepun telah ditangkap polis kerana bertindak menolak teman wanitanya dari platform ke landasan kereta api stesen Hiyoshi, pada Ahad lalu.

Yuki Ozawa, 22, pelajar tahun tiga di Universiti Keio, didakwa dengan cubaan membunuh teman wanitanya berusia 21 tahun dari institusi yang sama.

Difahamkan, pasangan itu antara sekumpulan pelajar yang pulang dari berhibur sebelum bertengkar sesama mereka sama ada untuk pergi minum atau tidak, kata laman Straits Times Singapore memetik The Japan Times.

Siswa Ditahan Tolak GF Ke Landasan Kereta Api
Stesen Kereta Api Hiyoshi

Walau bagaimanapun, mangsa terselamat daripada digilis kereta api selepas seorang penumpang secara kebetulan sempat memberi amaran kepada kakitangan stesen berkenaan.

Kakitangan stesen itu kemudian menekan butang kecemasan untuk menghentikan kereta api kira-kira 400 meter daripada lokasi mangsa terjatuh.

Mangsa difahamkan mengalami lebam pada bahagian lutut akibat terjatuh.

Tambah laman itu, Ozawa mengaku menolak teman wanitanya kerana hilang sabar namun menafikan dia berniat untuk membunuhnya ketika ditahan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

Terkentut Semasa Dibedah, Wanita Melecur Teruk

in Utama & Sensasi

SEORANG wanita dari Jepun melecur teruk selepas kentutnya dikesan menjadi penyebab kepada insiden kemalangan yang dialaminya, beberapa bulan lalu.

Punca kebakaran itu berlaku ketika wanita berusia 30-an itu sedang menjalani prosedur pembedahan laser di bahagian serviks di Hospital Universiti Perubatan Tokyo.

Hasil pemeriksaan dan penyiasatan yang dilakukan, punca kebakaran dipercayai berpunca daripada wanita itu yang terkentut ketika pancaran laser sedang dilakukan sekaligus menyebabkan dirinya melecur teruk di bahagian pinggang dan kaki.

Kejadian itu berlaku April lalu namun hanya baru-baru ini sahaja hasil keputusan penyiasatan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa dan diumumkan kepada pihak media. – MYNEWSHUB.CC

Curi Penutup Tandas: Pelancong China Mohon Maaf

in Utama & Sensasi

PENUTUP atau tempat duduk tandas pun hendak ‘dicuri’ oleh sepasang pelancong dari China selepas menginap di sebuah hotel di Nagoya, Jepun baru-baru ini.

Kejadian berkenaan menjadi bualan di media sosial selepas pihak hotel mengenal pasti individu yang mencuri penutup tandas itu melalui agensi pelancongan.

Pasangan suami isteri yang dikenali ssebagai Li dan Chen ‘membawa’ pulang penutup tandas itu kerana menyangka barang tersebut adalah milik tetamu lain yang menginap di bilik yang sama.

Stomp melaporkan, penutup tandas itu ditemui bawah katil dalam bilik hotel berkenaan.

Pihak hotel menghubungi pasangan berkenaan melalui agensi pelancongan dan mereka menafikan mengambil penutup tandas sebelum ditemui dalam bagasi.

Pasangan itu memohon maaf dengan kejadian tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.

Insiden tersebut mendapat kritikan netizen sehingga ada yang mencadangkan pelancong wanita yang bekerja sebagai pengurus bank di wilayah Taizhou, Zhejiang, China meletakkan jawatan. – MYNEWSHUB.CC

Seorang Maut Letupan Bom Di Taman Rekreasi Jepun

in Jenayah/Utama & Sensasi

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera parah.

Menurut laporan BBC, letupan dipercayai berlaku pada jam 11.30 pagi tadi waktu tempatan.

Stesen penyiaran Jepun, NHK World turut memaparkan gambar memaparkan dua buah kereta yang diletakkan berhampiran tempat letupan itu musnah terbakar.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat menangkap individu yang mencetuskan letupan tersebut.

Sebuah festival yang meraikan budaya tradisional Jepun yang diadakan berhampiran taman tersebut turut dicemari dengan salah satu letupan yang didengari saksi.

Seorang saksi berkata dia mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dan bau serbuk senjata api yang melatari kawasan kejadian.

1 Terbunuh Letupan Di Taman Rekreasi Jepun

Menurut kamera litar tertutup di sebuah stesen kereta api Utsunomiya, kedengaran tiga kali letupan iaitu yang pertama pada jam 11.31 pagi, kedua 11.32 pagi dan yang ketiga, letupan paling kuat didengari berlaku 15 saat selepas itu.

Pihak polis telah menyekat akses orang ramai ke tempat kejadian dan masih menyiasat siapa dalang di sebalik insiden tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Jari Manusia Jadi ‘Ramuan’ Tambahan Mi Ramen Di Jepun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JIJIK… Seorang wanita terpaksa berhadapan dengan situasi menjijikkan apabila menemui hujung ibu jari manusia dalam mi ramen yang dipesannya di sebuah rangkaian restoran popular di Jepun.

Japan Today melaporkan, hujung ibu jari berkenaan ditemui dalam mangkuk ramen seorang pelanggan wanita pada bulan lalu selepas hampir memakan ramuan tambahan itu.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, ‘ramuan’ yang ditemui itu adalah sebahagian jari dengan kuku dengan kulit tebal kira-kira satu sentimeter lebar dan tujuh hingga lapan milimeter panjang.

Susulan kejadian itu, restoran yang dikendalikan Kourakuen Holdings diarahkan untuk membersihkan peralatan memasak dan memeriksa kesihatan setiap pekerja.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja wanita yang bekerja separuh masa dikatakan secara tidak sengaja terpotong sebahagian ibu jarinya ketika memotong daging babi untuk dijadikan hidangan.

Syarikat berkenaan turut mengeluarkan surat minta maaf dan memberi jaminan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. – JAPAN TODAY

Lagu Pen Pineapple Apple Pen Cetus Fenomena Sedunia

in Artis/Hangat/Utama & Sensasi

JIKA dahulu lagu Gangnam Style menjadi siulan ramai sehingga menjadi antara lagu yang paling tinggi jumlah tontonan di laman Youtube, terbaharu seorang lagi penyanyi dari Jepun berjaya mencipta fenomena ‘gila’ seperti itu.

Lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen kini menjadi siulan di kalangan masyarakat dunia termasuk di Malaysia berikutan melodi dan liriknya yang cukup catchy serta aksi bersahaja penyanyinya, Piko Taro dalam muzik video lagu tersebut.

Piko Taro, watak lelaki dalam video tersebut sebenarnya merupakan alter ego kepada pelawak dan penyampai radio dari Jepun, DJ Kosaka Daimaou.

Fenomena lagu PPAP bukan sahaja menjadi bualan di Asia sebaliknya di seluruh pelusuk dunia lebih-lebih lagi apabila penyanyi terkenal, Justin Bieber menulis di laman mikro Twitternya, mengatakan, PPAP merupakan video kegemarannya di Internet buat masa ini.

ppap2

Dalam muzik video PPAP, Kosaka yang menukar perwatakannya sebagai Piko Taro, berpakaian suit kulit ular berona kuning serta skaf bercorak harimau bintang diiringi muzik elektronik beserta lirik, “I have a pen. I have a apple. Uh! Apple pen! I have a pen. I have pineapple. Uh! Pineapple pen!”

Setakat ini, muzik videonya sudah mencecah lebih 39 juta tontonan sejak ia mula dimuat naik pada 24 September lalu. – MYNEWSHUB.CC

Pemandu Dapat Kopi Free Jika Tak Main Fon

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

DALAM langkah untuk menjadikan daerah Aichi Prefecture, Jepun sebuah tempat yang selamat dalam pemanduan, sebuah aplikasi telah diperkenalkan bagi tujuan tersebut.

Aplikasi itu akan memberikan minuman kopi percuma kepada pemandu yang tidak melihat telefon bimbit mereka sekurang-kurangnya dalam jarak pemanduan 100 kilometer (km).

Sejak 13 tahun lepas, Aichi Prefecture telah mencatatkan kadar kematian jalan raya paling tinggi di negara matahari terbit itu.

Pemandu Dapat Kopi Free Jika Tak Main Fon

Pemandu Dapat Kopi Free Jika Tak Main Fon

Tahun lepas sahaja sebanyak 443,691 kes kemalangan direkodkan melibatkan kemalangan nyawa dan kecederaan parah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 50,101 kes dipercayai melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

Bagi mengelak masalah itu daripada berlarutan, tiga buah syarikat gergasi, Toyota Motor Corporation, Komeda Co Ltd dan KDDI Corporation telah memperkenalkan satu aplikasi.

Ia dilihat mampu mencapai matlamat mereka dalam usaha untuk menjadikan daerah itu sebagai satu kawasan yang selamat untuk pemanduan.

Tiga syarikat itu telah menghasilkan aplikasi Driving Barista yang mengukur jarak perjalanan serta berapa lama telefon bimbit itu tidak disentuh pemandu sepanjang dia memulakan perjalanan.

Sekiranya Driving Barista mengenal pasti pemandu itu tidak memegang telefon pintarnya dalam jarak pemanduan lebih 100 km, ia akan menghadiahkan kupon percuma untuk pemandu menebus minuman kopi mereka di Komeda Coffe Shop.

Satu langkah yang bagus untuk mengelakkan pemandu bermain telefon bimbit di kala sedang sibuk memandu. Mungkin lepas ni Malaysia pun boleh menggunakan aplikasi sebegini demi mencapai matlamat yang sama? Mana tahu kan… – MYNEWSHUB.CC

Kes Acu Pistol, Konsert Chris Brown Di Jepun Kena Tunda

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI Chris Brown dilarang memasuki Tokyo susulan rekod dakwaan jenayah yang dilakukan olehnya, walaupun untuk menjayakan dua konsert yang telah drancang di negara tersebut.

Pegawai konsulat Jepun memberitahu, undang-undang Jepun tidak menerima mana-mana tetamu yang mempunyai rekod jenayah atau berstatus sedang disiasat pihak berkuasa mana-mana negara memasuki negara tersebut, walaupun atas urusan kerja.

Chris Brown, 27, sebelum ini didakwa mengacukan sepucuk pistol terhadap seorang wanita di kediamannya selepas mereka bertikam lidah mengenai masalah barang kemas.

Walau bagaimanapun dikatakan untuk menjaga privasi dan nama Chris, jualan tiket konsertnya di Jepun diumumkan terpaksa ditunda dengan alasan masalah berkaitan visa.

Peminat yang sudah membeli tiket turut dinasihati memulangkan tiket untuk mendapatkan semula wang mereka.

Dalam pada itu, Chris membantah dakwaan yang difailkan wanita bernama Baylee Curran dan mendakwa ianya tidak berasas sama sekali.

Menurut peguam penyanyi itu Mark Geragos, pihak polis tidak menjumpai sebarang barang kemas yang menyerupai dengan keterangan Baylee ataupun senjata seperti yang didakwa. – MYNEWSHUB.CC

Nenek-Nenek Jepun Jadi Muda Sertai Pasukan Sorak

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TOKYO – Usia semakin tua dan tenaga pun berkurangan, namun itu bukan penghalang kepada lebih 20 orang nenek yang berjiwa muda untuk menyertai kegiatan kumpulan sorak atau ‘cheerleading’.

Lengkap dengan pakaian seragam warna merah jambu dan pom pom kelabu, Fumie Takino, berusia 84 tahun; menemui jiwa muda beliau dalam kegiatan kumpulan sorak tempatan, menurut media Jepun.

Menerusi rakaman video agensi berita AFP yang dimuat naik menerusi laman YouTube, dia bersama-sama kumpulan yang semuanya tergolong daripada nenek-nenek, begitu ligat menari.

Aksi lincah pantas mereka serentak mengikut irama lagu rancak ‘Dreamgirls’ yang dimainkan meskipun ia membuatkan mereka mungkin agak termengah-mengah dan berpeluh-peluh.

Nenek-Nenek Jepun Jadi Muda Sertai Pasukan Sorak

Takino menerajui kumpulan itu sejak dua dekad yang lalu dan menubuhkan skuad Japan Pom Pom setelah beliau jatuh cinta dengan kegiatan tersebut pada usia 60-an, walaupun ia lazimnya dilakukan oleh gadis-gadis remaja.

“Anda perlu berusia 55 tahun dan ke atas,” katanya sambil merujuk kepada usia minimum yang melayakkan seseorang untuk menyertai kumpulan beliau, yang secara purata anggotanya berusia sekitar 70 tahun.

“Sebaik sahaja anda telah mencecah usia 70 tahun, anda terpaksa akur bahawa anda mungkin tidak mampu lagi untuk meneruskannya,” tambah Takino sambil tersenyum.

Jepun sememangnya dikenali dengan warga tuanya yang lincah dan cergas – malah golongan wanita mampu hidup sehingga purata usia 87 tahun manakala lelaki sehingga 80 tahun.

Nenek-Nenek Jepun Jadi Muda Sertai Pasukan Sorak

Namun pada 10 tahun terakhir hidup, ramai yang mengalami sakit-sakit fizikal dan mental. Namun bagi Takino pula, beliau menegaskan bahawa hobi ini membantu mengurangkan kesan penuaan.

Ia sekali gus membuatkan dirinya berasa lebih sihat baik dari segi mental mahupun fizikal. Menurut Takino, dia dan rakan-rakan sekumpulannya menjalani latihan intensif setiap minggu namun tidak berlebih-lebihan.

Mereka bahkan memandang serius setiap sesi latihan selain menganalisis rakaman video mereka sendiri untuk memperbaiki setiap persembahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Gempa Bumi Kuat Landa Pantai Timur Honshu

in Terkini

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu, Jepun, pada pukul 8.14 pagi ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata gempa itu berpusat di 141km dari tenggara Ichihara, Jepun, dan 3,979km dari timur laut Pitas, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. – BERNAMA

Pemandu Kencing Di Landasan Kerana Takut Lewat

in Utama & Sensasi

TOKYO – Sebuah operator kereta api Jepun, JR East semalam memohon maaf selepas seorang pemandunya dilihat kencing di landasan ketika bertugas kerana dia tidak mahu perkhidmatan itu terlewat sekiranya pergi ke tandas.

Pemandu berusia 50-an itu dilaporkan melakukan perbuatan itu pada Isnin lalu, ketika kereta apinya berhenti di stesen Sakura di Chiba, tenggara Tokyo.

Dia kemudian membuka pintu kabin dan kencing di atas landasan sebelum kereta api itu bergerak semula.

Menurut laporan media Jepun, pemandu itu kencing di atas landasan kerana dia tidak mahu perkhidmatan itu terlewat sekiranya dia pergi ke tandas.

JR East yang menerima laporan berkenaan daripada beberapa saksi, mengarahkan pemandu itu pergi ke tandas jika perlu tetapi tidak memberitahu tindakan yang diambil ke atas lelaki itu.

“Kami memohon maaf kerana menyebabkan pelanggan kami berasa jijik dan tidak selesa.

“Kami memandang kes ini dengan serius dan memberi arahan jelas kepada pemandu supaya kejadian serupa tidak berulang lagi,” kata syarikat itu.

Kes itu berlaku selepas seorang pemandu kereta api laju dikecam pada awal bulan ini selepas sekeping gambar yang menunjukkan dia meletakkan kaki di atas panel kawalan tersebar di Internet.

Syarikat Kereta Api Tengah Jepun berkata, pemandu berusia 29 tahun itu mengaku mengendalikan kereta api berkenaan dengan posisi seperti itu selama 10 saat.

Syarikat itu juga berjanji mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan. – AFP/myMetro Online

Priyanka Yoshikawa Dinobat Ratu Cantik Jepun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GADIS yang memiliki darah campuran India-Jepun telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Jepun pada tahun ini.

Priyanka Yoshikawa, 22 tahun; mewarisi darah India dari sebelah bapanya dan Jepun dari ibunya.

Kemenangan yang disandang itu merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut dari peserta yang memiliki darah campuran.

Priyanka Yoshikawa Dinobat Ratu Cantik Jepun

Pada tahun lalu, Ariana Miyamoto telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik 2015 negara matahari terbit itu.

Bagaimanapun kemenangan itu dikritik oleh warga tempatan yang beranggapan bahawa peserta yang memiliki darah Jepun ‘tulen’ sahaja yang patut memenangi pertandingan itu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, hanya 2 peratus sahaja bayi yang dilahirkan setiap tahun di Jepun yang memiliki darah campuran atau dipanggil sebaga ‘haafu‘ dalam bahasa Jepun.

Pun begitu, menurut Yoshikawa, dia menganggap isu berkenaan sepatutnya tidak diperbesarkan. Malah dia bertekad untuk mengubah persepsi warga matahari terbit itu terhadap isu kacukan dan sikap prejudis tersebut.

Priyanka Yoshikawa Dinobat Ratu Cantik Jepun

“Sebelum kemunculan Ariana, gadis kacukan tidak berpeluang untuk memasuki pertandingan ini.

“Saya tetap berbangga dengan keturunan bapa yang merupakan orang India.Namun ia tidak bermakna saya bukanlah orang Jepun,” katanya.

Dalam pada itu Yoshikawa juga berterima kasih kepada Ariana kerana telah membuka peluang baginya untuk turut sama menyandang gelaran Ratu Cantik negara matahari terbit itu.

Meskipun pelbagai tohmahan yang diterima, Yoshikawa bersyukur dengan ejekan dan kritikan itu menjadikannya lebih kuat.

” Semasa saya kembali ke Jepun, semua orang berfikiran seolah-olah saya ini kuman.

“Mereka mengibaratkan menyentuh saya seperti menyentuh sesuatu yang buruk. Tetapi saya bersyukur, ia menjadikan saya lebih kuat,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Wajah Sybil Kathigasu Hiasi Ikon Google Doodle

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

GAMBAR ilustrasi seorang wanita yang lengkap berpakaian seragam jururawat berdiri di depan sebuah rumah kedai lama menghiasi laman enjin pencarian terkenal Google, sepanjang hari ini.

Ikon yang dipaparkan Google Doodle itu sebenarnya ialah Sybil Kathigasu, iaitu satu-satunya wanita di Tanah Melayu yang pernah dianugerahkan Pingat George oleh kerajaan British ketika era penjajahan.

Wajah Sybil Kathigasu Hiasi Ikon Google Doodle

Untuk pengetahuan anda, Kathigasu semasa hidupnya teruk diseksa ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Menurut pihak Google, pemilihan itu dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-117 kelahiran Kathigasu.

“Pada ulang tahun ke-117 kelahiran Kathigasu, kami ingat dan meraikan dedikasi beliau untuk kebebasan.

“Terima kasih, Kathigasu, kerana keberanian anda dan warisan yang kuat, anda telah ketinggalan,” katanya.

Google turut menceritakan bagaimana Kathigasu dengan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu yang sama-sama membantu membekalkan ubat-ubatan dan rawatan, serta berkongsi maklumat kepada tentera Berikat di sekitar daerah Papan, Perak.

Bagaimanapun, pertolongan yang dihulurkan Kathigasu dihidu oleh pihak Jepun hingga menyebabkan dia ditangkap.

Semasa disoal siasat, Kathigasu teruk diseksa namun dia langsung tidak mendedahkan identiti kumpulan yang dibantunya.

Malah, anak perempuannya yang berusia tujuh tahun juga digantung dari pokok oleh tentera Jepun hinggakan semut menggigit kanak-kanak tersebut.

Dia akhirnya ‘dibuang’ ke penjara Batu Gajah, sehinggalah Tanah Melayu bebas daripada Jepun pada tahun 1945.

Susulan itu, Kathigasu telah dihantar ke Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum beberapa bulan selepas itu dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dideritainya itu pada tahun 1948.

Ikon Google Doodle ini akan berubah dari masa ke masa mengikut kesesuaian peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Gambar: Inilah Pemandu Teksi Paling Hot Di Jepun!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KEBIASAANNYA, pekerjaan sebagai pemandu teksi lebih banyak dipelopori oleh kaum Adam.

Namun, jangan tak tahu di negara matahari terbit, ada seorang pemandu teksi yang cukup menarik perhatian semua netizen di sana.

Wanita ini malah mungkin merupakan pemandu teksi yang paling hot dan cantik di bumi Jepun.

Gambar: Inilah Pemandu Teksi Paling Hot Di Jepun!

Gambar: Inilah Pemandu Teksi Paling Hot Di Jepun!

Gambar: Inilah Pemandu Teksi Paling Hot Di Jepun!

Gambar: Inilah Pemandu Teksi Paling Hot Di Jepun!

Masakan tidak, ini kerana Ikuta Kana merupakan seorang model dan menjadikan profesyen pemandu teksi sebagai pekerjaan keduanya kerana pendapatannya yang tidak menentu sebagai model.

Wanita jelita berusia 25 tahun itu telah memandu teksi sejak setahun setengah lalu selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Fanatik Barbie, Sanggup Habis Wang Realisasi Keinginan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG wanita berusia 34 tahun dari Jepun yang fanatik dengan anak patung Barbie sanggup berhabis puluhan ribu yen untuk memastikan minatnya itu menjadi realiti.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Azusa Sakamoto atau Azusa Barbie membelanjakan 7,368,022 yen (RM292,232) untuk koleksi 145 anak patung Barbie, 40 pasang kasut dan 60 beg tangan jenama patung berkenaan.

Fanatik Barbie, Sanggup Berhabis Wang Realisasikan Keinginan

Fanatik Barbie, Sanggup Berhabis Wang Realisasikan Keinginan

Bagaimanapun, jumlah wang tersebut tidak termasuk dengan harga barang-barang perhiasan yang terdapat di dalam rumahnya yang turut habis dihias seperti rumah karektor patung pujaannnya itu.

Malah wanita ini juga mengecat rumahnya dengan warna merah jambu agar kelihatan feminine dan kebetulan memang merupakan warna tema karektor tersebut.

“Seluruh rumah saya Barbie termasuk tempat tidur, permadani, hiasan dinding dan jika terdapat sesuatu yang bukan bertema Barbie, saya akan meletakkan tanda dengan menampal pelekat dan aksesori Barbie,” katanya.

Fanatik Barbie, Sanggup Berhabis Wang Realisasikan Keinginan

Fanatik Barbie, Sanggup Berhabis Wang Realisasikan Keinginan

Difahamkan, Sakamoto mula minat terhadap karektor Barbie sejak berusia 15 tahun, apabila menerima bekas makanan yang tertera gambar anak patung tersebut.

“Sejak itu saya gila Barbie dan warna merah jambu,” jelasnya.

Disebabkan minatnya yang keterlaluan terhadap patung Barbie, kebanyakan orang di sekelilingnya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pelik apatah lagi dengan usianya yang bukan lagi ‘remaja’ atau ‘kanak-kanak’.

Walaupun mempunyai minat dan obses terhadap patung Barbie, namun dia tidak berhasrat untuk merubah dirinya menjadi seperti karektor tersebut seperti yang dilakukan oleh seorang model terkenal Ukraine iaitu Valerie Lukyanova. – MYNEWSHUB.CC

Malas Belajar Punya Pasal, Ayah Tikam Anak Hingga Mati

in Jenayah/Utama & Sensasi

TOKYO – Seorang ayah tergamak menikam anak lelakinya yang berusia 12 tahun sehingga mati gara-gara tidak lulus di dalam satu ujian peperiksaan di Jepun.

Kengo Satake, 48, sebelum kejadian dilaporkan bertengkar dengan anaknya, Ryota akibat pelajar itu tidak mahu menuruti arahan untuk belajar sebelum menghadapi ujian memasuki sekolah swasta.

Berdasarkan sumber polis Nagoya, Daily Mail melaporkan pada Selasa, Ryota dikejarkan ke sebuah hospital pada Ahad selepas ditusuk di dada, namun tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan banyak darah.

Suspek menikam dada anaknya dengan menggunakan pisau dapur,” ujar jurucakap polis yang enggan mengulas dengan lebih lanjut motif pembunuhan.

Suspek ditahan setelah pihak hospital menghubungi pihak polis dan ketika disoal, suspek turut mengaku tidak sengaja menikam anaknya.

jepun

Difahamkan, si ayah menyasarkan agar anaknya itu memasuki salah sebuah sekolah swasta di Aichi.

Rakan yang mengenali keluarga Satake mengaku, sepanjang persiapan ujian, si ayah kerap memarahi Ryota.

Persaingan memasuki sekolah terbaik di Jepun sememangnya amat sukar, justeru bagi pelajar yang berjaya memasuki sekolah mempunyai ‘nama’, ia seakan memberi petanda pelajar berkenaan mempunyai masa hadapan cerah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Dailymail

1 2 3 7
Go to Top