Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

kanak-kanak

Kanak-Kanak Usia 13 Tahun Dikahwinkan

in Utama & Sensasi

PERKAHWINAN sepasang kanak-kanak yang masing-masing baru berusia 13 tahun dengan pengantin perempuan sedang mengandung lima bulan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan penduduk di China. Majlis perkahwinan yang diadakan bulan lepas itu, hanya terbongkar selepas video mengenainya tersebar. Ia mencetuskan kemarahan ramai disebabkan usia mereka yang masih muda. Umur sah untuk berkahwin bagi wanita adalah 20…

Teruskan Membaca

Jarum Dalam Badan Kanak-Kanak Akibat ‘Ilmu Hitam’

in Utama & Sensasi

MENAKUTKAN…seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menderita kesakitan apabila tujuh batang jarum berada dalam badannya, dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menderanya dengan menggunakan ‘ilmu hitam’. Kanak-kanak yang tidak didedahkan identiti itu berasal dari Bankura, India dan telah dimasukkan ke Hospital SSKM di Kolkata. Beberapa batang jarum turut ditemui dicucuk dalam perutnya dan dia juga…

Teruskan Membaca

Video: “Macam Ni Baru Berbaloi Hantaran 30k”

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RAKAMAN video seorang kanak-kanak perempuan baru berusia sembilan tahun yang hebat memasak bak seorang tukang masak berpengalaman mula menjadi tular di media sosial. Menerusi perkongsian video dimuat naik bapa saudaranya di laman Facebook, si cilik bernama Siti Nurfatihah Mohd. Faizi ini dilihat langsung tidak kekok untuk mengendalikan senduk dan periuk di dapur, termasuklah ‘bermain’ dengan api…

Teruskan Membaca

Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG kanak-kanak perempuan di China maut secara tragis setelah terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya minggu lalu. Lapor portal Shanghaiist, dalam kejadian di sebuah apartment di wilayah Hunan itu, mangsa, Lili, 2, sebelum itu menaiki lif bersama dua orang rakannya ke tingkat 9. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9,…

Teruskan Membaca

Pejabat Agama Urus Jenazah Kanak-Kanak

in Jenayah/Terkini

SEGAMAT – Proses pengebumian jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di sini, Ahad lepas akan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Segamat. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata ini berikutan kanak-kanak yang maut dipercayai akibat didera itu tidak mempunyai anggota keluarga lain susulan ibu dan abangnya yang…

Teruskan Membaca

Mata Kabur Perlu Cermin Mata Rupanya Kanser Otak

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

WANITA ini, Stephanie Downing menyangka anaknya memerlukan cermin mata selepas matanya kabur namun tanpa disangka-sangka, anaknya itu, Daniel rupanya menghidap tumor otak dan mempunyai masa hanya beberapa bulan sahaja lagi. Stephanie hanya mengetahui mengenai berita tragis itu minggu lepas selepas Daniel dirujuk ke hospital oleh pakar mata. Imbas MRI mendedahkan penyakitnya di mana Daniel menghidap…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Mati Di Bilik Sewa

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEGAMAT – Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam di belakang badan dan kepala di sebuah bilik sewa di Jalan Ros dekat sini, awal pagi tadi.  Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata ibu dan abang kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 40-an dan 22 tahun ditahan hari ini bagi membantu…

Teruskan Membaca

3 Kanak-Kanak Di Sarawak Dijangkiti Rabies – KKM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak telah dijangkiti Rabies atau penyakit anjing gila. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai  kejadian kluster jangkitan rabies yang telah dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air

in Terkini

PENDANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun  10 bulan ditemukan lemas di dalam tali air kawasan kebun getah berdekatan rumahnya di Rancangan Perumahan Tempatan (RTP) Paya Mak Insun, di sini petang semalam. Ketua Polis daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata mangsa, Faridah Afrina Mohd Fadhlisham, dijumpai sudah tidak bernyawa oleh bapanya Mohd Fadhlisham  Che Me, 39, semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama penduduk kampung…

Teruskan Membaca

Mati Didera: Polis Buru Lelaki Warga Afrika

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki warga Afrika bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis lepas, dipercayai akibat didera. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid berkata lelaki berkenaan merupakan teman lelaki ibu mangsa dan dikenali sebagai  Ebiziem Afeanyi Stephen, 31. Beliau berkata suspek berjaya meloloskan diri ketika polis menahan ibu mangsa yang berusia 28 tahun itu di Bayan…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Maut, Kereta Dinaiki Langgar Pokok

in Terkini

ARAU – Seorang kanak-kanak perempuan maut, dua cedera parah dan tiga lagi cedera selepas kenderaan dinaiki enam sekeluarga itu terbabas dan melanggar pokok di Km 16 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini malam semalam. Nursyazani Shazrin, 4, yang cedera parah pada badan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, manakala ibunya Norhana Sawal, 30, dan sepupunya Nur Ufairah Afiqa Mohd Zaini, 3, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital sama. Ketua…

Teruskan Membaca

13 Kesan Akibat Penggunaan Telefon Pintar Sejak Kecil

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JIKA dahulu sebelum zaman telefon pintar diperkenalkan, ibu bapa ‘diamkan’ anak-anak kecil dengan pelbagai jenis mainan. Kini, sudah berbeza apabila ibu bapa gemar memberikan telefon pintar ataupun tablet khas untuk anak-anak supaya tidak menganggu keadaan atau berbuat bising. Baru beberapa bulan dilahirkan di dunia, sudah didedahkan dengan telefon pintar dengan menonton video, mendengar muzik ataupun…

Teruskan Membaca

Sistem Kupon Untuk Bantu Anak-Anak Chow Kit

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pertambahan kanak-kanak dan remaja tempatan di jalanan terutamanya di sekitar kawasan Chow Kit di sini sangat membimbangkan sehingga ramai yang tertanya-tanya tentang masa depan mereka apabila dewasa. Ramai di antara mereka tidak menerima pendidikan formal dan sesetengah daripadanya langsung tidak mempunyai sijil lahir atau kad pengenalan, yang menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran atau…

Teruskan Membaca

Lebih 5 Juta Kanak-Kanak Perlu Bantuan Di Iraq

in Terkini

BAGHDAD – Lebih lima juta kanak-kanak amat memerlukan bantuan di Iraq, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini, menggambarkan perang ke atas militan Daesh sebagai antara paling kejam dalam sejarah moden. “Di seluruh Iraq, kanak-kanak terus menyaksikan kezaliman dan keganasan yang tidak dapat dibayangkan. “Mereka dibunuh, dicederakan, diculik dan dipaksa menembak mati orang lain dalam satu…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami keadaan di mana saiz kepalanya membesar dua kali ganda berbanding saiz normal, telah meninggal dunia. Roona Begum, yang mendapat perhatian dunia selepas keadaannya itu didedahkan pada 2013, meninggal dunia di rumahnya di sebuah kampung di kawasan pedalaman India. Menurut ibunya, Fatima Begum, anaknya itu mengalami kesukaran bernafas.…

Teruskan Membaca

Kononnya Hendak Sakitkan Hati Bekas Suami

in Jenayah/Utama & Sensasi

BUDAK lelaki berusia tiga tahun yang muncul dalam rakaman video dan didakwa dipaksa menghisap syabu diselamatkan polis hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat ketika dibawa oleh ibunya yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, 1.30 tengah…

Teruskan Membaca

Kepala Budak Tersangkut Lubang Katil Urut

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada lubang katil urut dalam kejadian di Jalan Temenggong, Taman Ros, Ipoh, Perak pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.17 pagi itu, kepala kanak-kanak berusia tiga tahun itu tersepit sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. Kepala mangsa dibawa keluar selepas anggota bomba menggunakan gunting dan pisau…

Teruskan Membaca

Beri Sokongan Moral Kanak-Kanak Penghidap Kanser

in Terkini

KUALA LUMPUR – Walaupun tidak dapat memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit tetapi berilah sokongan moral kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser, kata Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS), Hamidah Tajudin. Beliau berkata kanak-kanak yang menghidap kanser tidak menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak sihat yang lain kerana mereka perlu menjalani rawatan berbeza…

Teruskan Membaca

Pemilik Motosikal WFM 7450 Sila Serah Diri!

in Jenayah/Utama & Sensasi

PEMILIK motosikal dengan nombor pendaftaran WFM 7450 diminta supaya menyerah diri selepas terlibat dalam kes langgar lari seorang kanak-kanak lelaki di persimpangan sebuah pusat beli-belah. Menurut pengguna Facebook, Ash Halip yang berkongsi detik cemas itu, insiden membabitkan anak kepada rakan baiknya itu berlaku di The Strand, Kota Damansara pada malam, 8 Jun lalu. Ash Halip turut…

Teruskan Membaca

Helah Bijak Budak Kecil Halau 4 Anjing Jalanan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

NEW DELHI – Apakah yang akan anda buat jika terserempak dengan anjing jalanan? Bukan seekor tetapi sebanyak empat ekor! Lazimnya, ramai kalangan kita akan berlari macam lipas kudung. Namun berbeza dengan aksi seorang budak lelaki di India yang rakaman videonya berdurasi 1 minit itu menjadi tular setelah dilihat dengan ‘berani’ bertindak pantas seolah-seolah sekawan anjing tersebut…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

in Uncategorized

LANGKAWI – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan rentung manakala bapanya cedera dalam kebakaran sebuah pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Kilim, di sini, awal hari ini. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa dikatakan terperangkap dalam kebakaran pondok tersebut manakala bapanya, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak itu, berjaya menyelamatkan diri dengan…

Teruskan Membaca

Budak 8 Tahun Rentung Dalam Pondok Pengawal

in Jenayah/Utama & Sensasi

LANGKAWI – Seorang kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Jalan Bukit Tembok, Klim, awal pagi Khamis. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 pagi itu, kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun tersebut dipercayai terperangkap ketika struktur bangunan terbabit mula terbakar. Kejadian tersebut turut menyebabkan bapa mangsa cedera selepas sempat…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

ELI Thompson, kanak-kanak yang dilahirkan tanpa hidung dan telah membuatkan orang ramai terharu dengan kisah uniknya itu, meninggal dunia pada usia dua tahun. Menurut bapanya, Jeremy Finch, anaknya itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Springhill di Alabama pada malam Sabtu lalu. Eli yang menyambut ulang tahun kelahiran kedua pada 4 Mac lalu, dilahirkan tidak…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Etnik Rohingya Dijual Untuk Mengemis

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis berjaya membongkar satu sindiket penjualan kanak-kanak etnik Rohingya dengan harga RM1,200 hingga RM1,500 untuk tujuan mengemis selepas menyelamatkan sembilan kanak-kanak dan dua remaja yang dkurung di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi di sini, semalam. Dalam operasi bermula 11 pagi itu, tujuh kanak-kanak lelaki dan dua perempuan serta dua remaja lelaki,…

Teruskan Membaca

Padah Keluar Ikut Lubang Pintu Jeriji

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GARA-gara cuba keluar dari rumah melalui lubang pintu jeriji, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tersangkut kira-kira 40 minit sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 26, Shah Alam, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kanak-kanak lelaki itu dipercayai cuba keluar dari rumahnya di tingkat 14 blok…

Teruskan Membaca

Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEOARANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mempunyai tempoh untuk hidup selama beberapa minggu sahaja sekiranya dia gagal mendapatkan rawatan bagi merawat tumor di mata kirinya. Bongre Anton Peter, dari Papua New Guinea, telah menunjukkan tanda-tanda ketumbuhan itu pada Mac 2015, namun doktor tempatan gagal mengesannya. Sebaliknya dia hanya diberikan ubat titis pada mata dan pil…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Menangis, Penceramah Dikecam

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TINDAKAN seorang penceramah yang memberi amaran kepada lebih 3,500 kanak-kanak sekolah rendah supaya berbuat baik kepada ibu mereka bagi mengelakkan ibu masing-masing mengalami ‘sakit mental’ telah dikecam ramai. Ini kerana kata-kata penceramah itu telah mengakibatkan kanak-kanak terbabit menangis dan meraung. Kritikan keras itu disuarakan netizen di China selepas video berkenaan tersebar semalam dan telah menarik…

Teruskan Membaca

Budak 4 Tahun Didera: Polis Didakwa ‘Lepas Tangan’?

in Jenayah/Utama & Sensasi

KES dera membabitkan ibu dan teman lelakinya sudah sering kali dilaporkan. Ada kanak-kanak malang ini terpaksa hidup dalam ketakutan dan kesakitan malah ada juga yang meninggal dunia akibat kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan ini. Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa dera dipercayai dilakukan oleh ibu kandung dan teman lelakinya sehingga lebam seluruh badan, pendarahan…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi

in Terkini

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam baldi di bilik air sebuah pejabat di Bandar Meru Raya di sini, semalam. Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 4 pagi dan mangsa, Fatini Aleysha Abdul Karim tidak sedarkan diri ketika ditemui dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.…

Teruskan Membaca

Budak 5 Tahun Koyak Duit Bernilai RM30,800

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

IA adalah mimpi ngeri baru seorang bapa, Gao, apabila anak lelakinya yang berusia lima tahun telah menjadikan wang tunainya yang berjumlah kira-kira RM30,800 sebagai bahan mainan. Lebih malang apabila wang berkenaan telah dikoyaknya kepada kepingan kecil. Gao hanya menyedari mengenai keadaan itu selepas balik ke rumah apabila mendapati kepingan kecil wang kertas itu berselerak di…

Teruskan Membaca

Budak Perempuan ‘Yakin Cantik’ Bikin Netizen Ketawa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KECANTIKAN dan keyakinan. Dua kualiti ini akan selalu menjadi pegangan bagi setiap wanita. Namun berbeza dengan kanak-kanak berusia enam tahun dari Sacramento, California ini apabila mempunyai dua kualiti tersebut di usia yang sangat muda. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Kyle Dinsmore yang memuat naik satu video mengenai keyakinan kecantikan adiknya itu sudah menerima lebih 38,000…

Teruskan Membaca

Keriangan Kanak-Kanak Ini Nyaris Bertukar Tragedi

in Utama & Sensasi/Video Viral

KERIANGAN seorang kanak-kanak nyaris bertukar menjadi tragedi apabila ditarik secara tiba-tiba oleh seekor anjing laut ketika duduk di tepi sebuah jeti. Menurut laporan Vancouver Sun, kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki bertindak memberi makan kepada anjing laut itu yang kemudiannya menghampiri jeti berkenaan. Kanak-kanak malang itu datang menghampiri tepi jeti berkenaan untuk melihat secara dekat haiwan…

Teruskan Membaca

Budak 9 Tahun Dakwa Didera Dan Dihalau Ibu

in Jenayah/Utama & Sensasi

BAWA DIRI… Gara-gara nakal, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa dirinya dihalau dari rumah ibunya sendiri di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah. Kanak-kanak terbabit bagaimanapun ditemui bersendirian di tepi jalan belakang sebuah sekolah oleh seorang pengawal keselamatan. Harian Metro melaporkan, kanak-kanak tersebut mendakwa hanya diberi RM3 sebelum dihalau oleh ibunya dan disuruh pulang…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Menangis Dan Berpeluh Darah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

INI yang dinamakan menangis air mata darah. Jika dulu kita tidak mungkin menemuinya, tapi kini seorang kanak-kanak, Phakamad Sangchai telah mengejutkan ramai apabila dia mula menangis air mata darah sejak enam bulan lepas. Phakamad, 7, yang berasal dari Nongkghai, Thailand, telah mendapatkan rawatan di hospital namun ia gagal menyembuhkan keadaannya itu. Bukan sahaja dia menangis…

Teruskan Membaca

Aksi Peminat Cilik Bertemu Sultan Nazrin Jadi Tular

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PENGALAMAN bergambar bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Permaisurinya, Tuanku Zara Salim menjadi kenangan paling manis buat peminat cilik dari Singapura ini. Lebih menarik perhatian netizen apabila reaksi dan gelagat kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 10 tahun melambai-lambai tangannya ke arah Sultan sebaik melihat kehadiran baginda di Hotel Syeun di Ipoh. Sultan Nazrin…

Teruskan Membaca

Tulang Rusuk Patah, Pankreas Koyak

in Terkini

KANAK-KANAK lelaki meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk kanan dan pankreas terkoyak di Kajang, semalam. Dalam kejadian 6.55 pagi itu, ibu mangsa yang baru bangun daripada tidur menyedari pernafasan anaknya berusia dua tahun tidak stabil. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa terus dibawa ke Hospital Kajang oleh ibunya.…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Patah Kaki Tersepit Rim Motosikal

in Utama & Sensasi

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun patah kaki kanan selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya di Jalan Sungai Ular, Kulim, hari ini. Dalam kejadian pada 7 pagi tadi mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit. Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar dalam…

Teruskan Membaca

Budak Tangan Terperosok Di Rim Terima Bantuan

in Terkini

ALOR SETAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah hari ini menyampaikan bantuan kepada Muhammad Qayyum Sobri, 4, yang patah tangan kiri akibat tersepit pada rim motosikal pada Ahad lepas. Bantuan RM300 menerusi Tabung Bantuan Segera JKM itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Suraya Yaacob kepada…

Teruskan Membaca

“Beratnya Anak Perempuan Saya,” Keluh Bapa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG bapa di India buntu selepas berat badan bayi perempuannya yang baru berusia sembilan bulan naik mendadak hingga mencecah 19 kilogram. Suraj, 23, berkata, bayinya yang diberi nama Chahat dilahir dengan berat hanya dua kilogram (kg), lebih rendah berbanding bayi normal di India. Ujarnya, berat Chahat meningkat mendadak ketika berusia empat bulan dan kini mencecah…

Teruskan Membaca

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KETIKA berusia dua tahun, Aldi Rizal yang berasal dari Indonesia, telah menjadi sensasi antarabangsa disebabkan dia mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok sehari. Kini, pada usia sembilan tahun, Aldi berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Dia berjaya membuang ketagihan tersebut pada tahun 2013, iaitu selepas dua tahun menjadi tumpuan ramai. Aldi…

Teruskan Membaca

1 2 3 16
Go to Top