Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

kemalangan

Vape Meletup, Lelaki Ini Hilang 7 Gigi, Muka Melecur

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GARA-gara rokok elektronik (vape), lelaki ini terpaksa menderita apabila tujuh batang giginya patah selain mukanya turut melecur disebabkan insiden itu.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Idaho, Amerika Syarikat menimpa mangsa, Andrew Hall, 30, yang menggunakan vape berkenaan pada kuasa kepanasan tahap maksimum ketika menyedut asap dari vape berkenaan.

Letupan itu bukan sahaja mencederakannya malah turut menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di dalam tandas di rumahnya.

“Semalam ketika saya sedang bersiap untuk keluar bekerja, sesuatu yang tidak disangkakan telah berlaku.

“Saya telah menggunakan vape sejak sekian lama tapi kali ini nasib malang menimpa apabila ia telah meletup di muka saya.

“Saya kehilangan tujuh batang gigi dan bahagian muka turut terbakar. Kerongkong dan lidah saya juga cedera,” katanya lagi dipetik Daily Mail.

Susulan insiden itu, Andrew berkata dia tidak lagi akan menghisap vape namun dia sama sekali tidak akan mengutuk sesiapa yang masih lagi menggunakannya. – MYNEWSHUB.CC

Video: Lori Hilang Kawalan Rempuh Stesen Minyak

in Utama & Sensasi

KUCHING – Orang ramai dan petugas di sebuah stesen minyak di pusat bandar ini gempar apabila sebuah lori dikatakan hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kenderaan semalam.

Dalam kejadian di stesen Petronas di Jalan Expressway Kuching – Samarahan, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 malam yang mana turut menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang mengalami kecederaan ringan.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), pemandu lori terbabit pada awalnya dilihat sedang mengisi minyak, namun secara tiba-tiba kenderaan itu bergerak ke arah kiri lalu merempuh belakang dua kereta.

Video: Lori Hilang Kawalan Rempuh Stesen Minyak

Video: Lori Hilang Kawalan Rempuh Stesen Minyak

Video: Lori Hilang Kawalan Rempuh Stesen Minyak

Video: Lori Hilang Kawalan Rempuh Stesen Minyak

Seorang lelaki yang berdiri berdekatan sebuah kereta dan seorang lagi di sebelah motosikal juga turut dihentam lori berkenaan, membuatkan mangsa yang berbaju kuning tercampak akibat impak kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, punca kemalangan dan anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan. – MYNEWSHUB.CC

Kesesakan Luar Biasa Akibat Kereta Masuk Sungai

in Terkini

ORANG awam yang melalui Jalan Kuching menghala ke pusat bandar pagi ini sudah tentu mengeluh dengan keadaan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Kesesakan tersebut menyebabkan banyak kenderaan terkandas dari jam 7 pagi hingga 11 pagi tadi serta membabitkan jalan-jalan lain yang menghubungkan ke Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Kesesakan Luar Biasa Akibat Kereta Masuk Sungai

Punca kesesakan lalu lintas berkenaan disebabkan sebuah kenderaan jenis Proton Satria yang ditemui dalam Sungai Gombak di Jalan Kuching, berhampiran pusat membeli belah Sogo, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Regina Anak Antony, 31 dan rakannya Rahmah Ahad, 43, dalam perjalanan ke Balakong dari rumah mereka di Setapak.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, apabila tiba di Jalam Kuching berhampiran belakang Wisma Bumi Raya, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan mengelungsur ke kiri jalan sebelum melanggar tebing tembok sungai menyebabkan mangsa terjatuh ke dalaman setinggi 12 kaki ke tebing sungai.

Kesesakan Luar Biasa Akibat Kereta Masuk Sungai

Menurutnya, Rahmah yang duduk di bahagian penumpang berjaya keluar dari kereta dan menarik rakannya yang pengsan ke darat.

“Mangsa meminta bantuan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

“Kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Sarawak dan Sabah itu cedera di bahagian muka dan beberapa bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Maut Kereta Dipandu Berlanggar Lori Muatan Tong Ikan

in Terkini

TAWAU – Seorang lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda dipandunya berlanggar dengan lori muatan tong ikan di Batu 23 Jalan Apas dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa, Taufik Chelly, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan kemalangan.

“Semasa di lorong kanan, pemandu lori yang dalam perjalanan dari bandar Tawau menuju ke Semporna ketika hujan telah terbabas ke pembahagi jalan dan sebahagian lori telah masuk ke laluan bertentangan.

“Namun belum sempat pemandu itu mengawal lorinya, sebuah kenderaan jenis Toyota Rav4 yang dipandu mangsa datang dari arah bertentangan terlanggar bahagian kanan belakang lori, lalu kedua-dua kenderaan terbabas dan terbalik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori hanya mengalami luka-luka kecil dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Video: Pengguna E-Skuter Nyaris Dilanggar Van

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUS semangat… Seorang pengguna e-skuter di Singapura nyaris dilanggar sebuah van sebelum sempat melompat untuk menyelamatkan diri, bagaimanapun kenderaan elektriknya itu rosak teruk dirempuh van berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.2o petang kelmarin, insiden tersebut berlaku di antara persimpangan jalan di Seranggon dan Hougang Avenue 4, berhadapan sebuah gereja katolik, di sini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook  Roads.sg, mangsa pada mulanya dilihat sedang melintasi jalan dengan menaiki e-skuternya di mana lampu trafik ketika itu menunjukkan warna hijau di lintasan pejalan kaki.

Sedang dia bergerak untuk menyeberang jalan tersebut, muncul sebuah van yang membelok laju secara tiba-tiba membuatkan lelaki itu nyaris dilanggar.

Video 23 saat itu berakhir dengan pengguna e-skuter itu dalam keadaan terduduk dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Pemandu van berkenaan kemudian dilihat menghentikan kenderaannya untuk melihat sama ada pengguna e-skuter itu cedera atau tidak. – MYNEWSHUB.CC

Suami Isteri Rentung, Lori Dinaiki Terbakar

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri rentung selepas lori ang dinaiki terbabas di bahu jalan dan terbakar di Kilometer 8.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, pemandu lori yang dikenali sebagai Molok Zainal Abidin, 51, bersama isterinya, Rosana Bahtiar, 21, tersepit akibat dihempap muatan cerucuk konkrit.

“Mereka tersepit akibat muatan cerucuk konkrit menggelongsor ke tempat duduk dan menyebabkan mereka terperangkap dan lori itu kemudian terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih tiba di tempat kejadian pada pukul 2 petang.

Beliau berkata Molok berjaya dikeluarkan pada pukul 4 petang manakala isterinya, 40 minit kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Sekolah Perlu Semak Pelan Risiko Nahas – KM Melaka

in Terkini

MELAKA – Pihak sekolah di negeri ini perlu menyemak semula pelan risiko kemalangan di sekolah masing-masing bagi memastikan tidak berlaku insiden yang tidak diingini dalam kalangan murid, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pengurusan secara sistematik perlu dilaksanakan dalam usaha memberikan keselesaan selain menyediakan ruang sekolah yang kondusif kepada murid.

“Pihak sekolah terutama pengetua, guru besar dan guru penolong kanan perlu mengenal pasti kawasan sekolah yang berisiko dan boleh mengundang kecelakaan kepada murid.

“Kemudian, mereka juga perlu mengkoordinasikan pelan tersebut bersama Jabatan Pendidikan negeri supaya sekolah yang mempunyai kawasan berisiko diberi keutamaan untuk ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, di sini hari ini bersempena hari pertama sesi persekolahan 2017. Turut serta isteri Idris, Datin Seri Fadilah Abdullah dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari.

Idris berkata, ini sekaligus mengurangkan rasa bimbang ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang banyak menghabiskan waktu seharian di sekolah.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kejadian seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin, pada Februari tahun lepas, berulang. – BERNAMA

Keputusan Siasatan Bunga Api Meletup Dua Minggu Lagi

in Terkini

KLANG – Keputusan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api meletup dan mencederakan 14 orang semasa sambutan tahun baharu 2017 di padang Kompleks Sukan Pandamaran di sini akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata siasatan yang dijalankan empat pegawai MPK itu antara lain akan menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi.

“MPK memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran SOP atau kecuaian, kakitangan yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagi memberi keterangan berhubung insiden berkenaan.

Turut dipanggil memberi keterangan ialah Ketua Jabatan Kemasyarakat MPK Zaireezal Ahmad Zainuddin.

Dalam insiden pukul 12.05 tengah malam itu, 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baharu 2017 menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu adalah acara kemuncak bagi Fiesta Gegar Klang 2016 yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.

Ditanya mengenai laporan bahawa kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan pertunjukan bunga api itu tidak mempunyai lesen, Mohamad Yasid berkata: “Itu saya akan dedahkan setelah siasatan selesai.” – BERNAMA

Lelaki Maut Kemalangan Dengan Pemain JDT

in Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta dipandu pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di KM15, Jalan Sungai Mati-Bukit Gambir, Serom, dekat Tangkak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 8.05 malam, namun, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan, 23, yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal berusia 30-an tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba dan membuat pusingan menuju ke jalan utama.

“Pada masa sama, terdapat sebuah kereta jenis Audi S5 yang datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu berlaku rempuhan,” katanya ketika dihubungi.

Mohad Idris berkata mangsa yang berasal dari Taman Serom, Tangkak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis sudah mendapatkan keterangan dari Muhammad Fazly dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, Muhammad Fazly dalam perjalanan ke Plaza Tol Bukit Gambir dari kampungnya di Serom untuk pulang ke Johor Bahru. – BERNAMA

PBT Perlu Lantik Penganjur Mahir Pertunjukan Bunga Api

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur terlatih untuk menganjurkan pertunjukan bunga api.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Negeri, Ean Yong Hian Wah berkata kerajaan negeri memandang serius insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 orang ketika sambutan ambang tahun baharu di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

“Majlis Perbandaran Klang (MPK) diarah menjalankan siasatan dalaman dengan telus bagi menentukan punca atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Kaitan: “Kami Ingin Tahu Punca Bunga Api Meletup”

“Tindakan disiplin atau undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab atas kesilapan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPK merupakan penganjur fiesta berkenaan dari 30 Disember hingga semalam.

Juga: 10 Orang Melecur Terkena Letupan Bunga Api Di Klang

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad ketika dihubungi berkata siasatan polis masih menyiasat insiden itu. – BERNAMA

25 Maut Dalam Nahas Van-Trak Di Thailand

in Utama & Sensasi

BANGKOK – Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak pikap bertembung di Chonburi, daerah Banbueng, hari ini.

Menurut ketua polis Daerah Banbueng Kol Dussadee Kunchon Na Ayutthaya, kemalangan yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbakar, berlaku pada 2 petang (waktu tempatan).

“Mereka yang maut terdiri daripada 14 penumpang minivan dan 11 penumpang trak pikap,” katanya kepada media hari ini.

Hanya dua penumpang, masing-masing seorang daripada setiap kenderaan itu, terselamat dan kini dirawat di hospital daerah Banbueng, katanya.

Beliau berkata mayat semua mangsa, sesetengahnya terbakar teruk dan tidak dapat dikenali, dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada waris masing-masing untuk dikebumikan. – BERNAMA

Lagi Kemalangan Libatkan Bas Ekspress

in Utama & Sensasi

MELAKA – Belum selesai kes kemalangan yang mengorbankan 14 nyawa di Pagoh, Johor Bharu, kini satu lagi kemalangan berlaku di Kilometer 193.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka tengah malam tadi yang turut membabitkan perkhidmatan bas ekspress.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, bas yang dalam perjalanan dari Johor menghala ke Kuala Lumpur terbabas selepas cuba mengelak sebuah treler dihadapannya.

Lagi Kemalangan Libatkan Bas Ekspress

Seramai 24 penumpang dilaporkan terselamat selepas pemandu bas yang berusia 30-an itu berjaya mengawal kenderaan walaupun terbabas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari PBK II Abdul Razak Taat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.19 tengan malam dan bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, semua penumpang sudah dibawa keluar dan dipindahkan ke bas gantian serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hanya pemandu bas cedera di bahagian kaki dan diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Insiden ngeri pada 24 Disember lalu mengorbankan 14 nyawa termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak manakala 16 penumpang cedera selepas bas ekspress tersebut terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan mencetuskan satu suasana sedih di kalangan keluarga mangsa yang terlibat.-MYNEWSHUB.CC

Nenek, Dua Cucu Maut Kemalangan Di Jeli

in Terkini

JELI – Seorang nenek dan dua cucu perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 112 Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Kampung Batu Melintang Luar di sini semalam.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli ASP Ahmad Haizan Abdullah berkata kejadian kira-kira 4.40 petang itu membabitkan Wan Zubaidah Md Zain, 53, serta cucunya, Putri Nur Sofea Mohamad Asriellazuan, 2, dan Putri Nur Syufina Arora, 4.

Beliau berkata Wan Zubaidah dan Putri Nur Sofea meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan manakala Putri Nur Syufina Aurora meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jeli sejam kemudian.

“Kejadian itu berlaku selepas motosikal Honda Wave yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dirempuh sebuah kereta Honda City yang datang dari arah Grik menghala ke Jeli,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Nur Asma Amira Zulkefli, 26, berkata anaknya Putri Nur Sofea sempat berpesan kepada bapanya, Mohamad Asriellazuan Ibrahim, 28, yang bekerja sebagai buruh binaan, supaya tidak pergi berkerja semalam.

“Putri Nur Sofea juga menunjukkan kelakuan pelik apabila enggan bercakap, seolah-olah sedang merajuk,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Chegar Bedil di sini, hari ini.

Nur Asma Amira berkata mereka sekeluarga tinggal di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah dan datang bermalam di rumah mentuanya di Kampung Batu Melintang Luar sempena musim cuti persekolahan.

Beliau berkata kejadian itru berlaku semasa ibu mentuanya membawa kedua-dua anaknya bersiar-siar menaiki motosikal di kawasan sekitar.

“Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit kemudian saya dikejutkan dengan berita kemalangan itu yang berlaku kira-kira 500 meter dari rumah mentua saya,” katanya.

“Saya terus ke lokasi kejadian dan mendapati Putri Nur Sofea dan neneknya sudah tidak bernyawa manakala Putri Nur Syufina dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian. Saya tidak sangka kehilangan dua anak serentak,” katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pasir Dusun pada 11 pagi tadi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam entri di laman Facebook beliau malam tadi, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Katanya beliau berada di tempat kejadian sejurus kemalangan itu berlaku dan memjuat naik gambar kemalangan di laman Facebook itu.

Difahamkan, Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli berada di kawasan berkenaan sempena program lawatan seharinya ke Parlimen itu semalam. – BERNAMA

‘Inilah Punca Aku Tak Nak Naik Bas Ekspres’

in Jenayah/Utama & Sensasi

BARU kelmarin kita dikejutkan dengan tragedi ngeri meragut 14 nyawa melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, Johor.

Kejadian nahas terbabit benar-benar membuka peluang pada orang ramai untuk menuding jari dan menyalahkan serta merta pemandu bas destinasi jarak jauh kerana sikap mereka yang gemar memandu laju dan kadangkala cuai.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pemandu bas ekspres dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur menuju ke Muar, Johor dirakam menggunakan telefon masa memandu.

Salah seorang penumpang yang merakam kejadian, Firdaus Wong Wai Hung berkata, dia yang duduk berhampiran pemandu bas berasa tidak sedap hati melihat kelakuan lelaki itu yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu.

Rakaman sewaktu saya berada dalam bas Mayang Sari nombor plat JRU6400 dari TBS ke Muar,” tulisnya dalam ruangan kapsyen video yang dipercayai dirakam pada pukul 11.30 pagi.

“Barangkali ini antara sebab kemalangan jalan raya berlaku. Merokok, membaca mesej telefon bimbit dan sempat lagi membalas mesej ketika memandu.

Tidak semua pemandu begini maka jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tambahnya yang juga merupakan presiden sebuah pertubuhan dakwah Islam, Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Pemandu bas berusia 40-an itu dilihat dengan selamba menggunakan telefon bagi membalas mesej perbualan dan kemudian memandu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

BACA INI: Leka Guna Telefon: Penumpang Bas Mahu Tindakan Tegas

Malah dia turut merokok biarpun mengetahui perbuatan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

Rakaman video yang dikongsinya itu kini mula tular dan rata-rata netizen mendesak pihak berkuasa agar menyiasat dan segera mengambil tindakan.

'Inilah Punca Aku Tak Nak Naik Bas Ekspres'

Firdaus turut berkongsikan perbualan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan pihak perkhidmatan pelanggan syarikat bas terbabit yang meminta maaf dan berjanji akan mengambil tindakan susulan. – MYNEWSHUB.CC

Siasatan Terperinci Kenal Pasti Punca Kemalangan Bas

in Terkini

JOHOR BAHRU – Polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan bas ekspres yang terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata penyiasatan bakal meliputi pelbagai aspek bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan sama ada disebabkan pemandu itu sendiri atau pun jentera.

“Kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain tidak kira dalam bidang teknikal dan bukan teknikal seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Puspakom Sdn Bhd bagi membantu kita menjalankan siasatan.

“Kita mahu mengenal pasti penyumbang utama kemalangan ini berlaku sama ada ia disebabkan kecuaian manusia atau berkaitan masalah teknikal iaitu bas dan jalan raya yang digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, di sini hari ini.

Mohd Zakaria berkata antara perkara yang akan diteliti adalah waktu rehat pemandu, penyediaan pemandu kedua dalam perkhidmatan, ketahanan dan kekerapan penyelenggaraan bas serta jadual perjalanan bas.

“Syarikat bas sebelum ini memaklumkan ada membekalkan pemandu kedua tetapi kesahihan dakwaan ini kita akan siasat. Kawasan lebuh raya itu memang pernah berlaku kemalangan tetapi bukanlah kerap sangat berlaku,” kata beliau.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemungkinan besar kemalangan berlaku disebabkan faktor kelajuan bas kerana bas tidak melanggar mana-mana kenderaan lain, kesan tayar di atas jalan raya tidak menunjukkan kesan brek manakala siasatan ke atas bas serta laporan saksi ada menggambarkan kesan hentakan yang kuat.

Mohd Zakaria berkata tragedi yang menyedihkan itu telah menarik perhatian masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin atasan dan pihaknya menasihatkan agar pemandu-pemandu tidak kira individu, keluarga atau penyedia perkhidmatan yang berada di jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan.

Dalam nahas itu, seramai 14 orang maut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun, manakala 16 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter lalu merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor. – BERNAMA

13 Jasad Mangsa Tragedi Bas Sudah Dituntut Keluarga

in Terkini

MUAR – Dua lagi jasad mangsa kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh semalam, dituntut waris mereka, menjadikan kesemua 13 jasad telah dituntut setakat 11 pagi ini.

Dua jasad itu ialah Mohd Hisham Wahab, 32, dan Wong Kok Chan, 32.

Jenazah Allahyarham Mohd Hisham yang dituntut bapanya Wahab Jusoh, 60, dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultanah Fatimah (HPSF), di sini kira-kira 10.35 pagi untuk dibawa pulang ke Kampung Rawai, Marang, Terengganu.

Jasad mendiang Wong yang dituntut abang sulungnya Wong Kok Huen, 40, pula dibawa keluar lima minit kemudian untuk dibawa pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat itu dengan anggota keluarga dan kenalan mangsa yang berada di situ dilihat begitu sedih dan sayu.

Sementara itu, jenazah Abdullah Hadi Yusof, 47, yang merupakan warganegara India sudah dibuat pengecaman oleh rakan-rakannya.

Jenazah ahli perniagaan itu, bagaimanapun dijangka dihantar pulang ke Tiruchirappalli, Tamil Nadu, India esok selepas proses dokumen diselesaikan pihak terlibat.

Setakat 9.15 malam tadi, enam jasad mangsa iaitu Nor Saidatul Akmal Idris, Nur Amira Izzaty Mohd Razip, G. Palanivelan, V. Renugah, Zakeer Zubir dan Nur Natasya Zahara Zakeer sudah dituntut keluarga masing-masing.

Jasad Suriyah Abd Hamid, Faridah Tamron, Hazimah Mustafa, Au Poi Kiew dan Hamimah Mammu kemudian turut dituntut waris mereka selepas itu. – BERNAMA

Jenazah Pemandu Bas, Anak Perempuan Selamat Dikebumikan

in Terkini

GEORGE TOWN – Jenazah Zakeer Zubir, 32, dan bayi perempuannya, Nur Natasha Zahara, 1, yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Pagoh, Johor semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Hashim Yahaya, di sini awal pagi ini.

Ibu Zakeer, Rashidah Abdul Rahim, 60, tenang ketika kedua-dua jenazah itu tiba di perkarangan Masjid Hashim Yahya, bersebelahan tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 4.50 pagi tetapi hampir pengsan ketika diadakan bacaan Yasin dan tahlil.

“Anakku…kamu pergi terlalu cepat. Ibu akan merinduimu,” katanya sayu sambil air mata tergenang di matanya.

Allahyarham Zakeer adalah pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengorbankan 14 nyawa termasuk anak bongsunya.

Isteri Allahyarham, Miyarseh, seorang warga Indonesia, yang turut berada dalam bas sama, bagaimanapun terselamat dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Fatimah kerana cedera parah.

Allahyarham Zakeer, anak kedua daripada tiga beradik, mempunyai dua anak perempuan Nur Natasha dan Nur Cahaya Zulaikha, 4.

Menurut Rashidah, anaknya itu bercadang mengadakan kenduri doa selamat yang besar pada hujung tahun ini dan mahu menjemput ramai tetamu.

Bagaimanapun, ternyata kenduri yang dirancangkan itu termasuk mengadakan sambutan hari jadi anak pertamanya, bertukar menjadi majlis pengebumian.

“Kali terakhir saya menemuinya adalah tiga hari lepas dan dia berkata akan pulang ke rumah. Dia juga meminta saya untuk menjaga anak-anaknya selain memaklumkan mahu berhenti kerja kerana tugas itu cukup meletihkan.

“Saya tidak percaya itu adalah pertemuan terakhir kami,” katanya.

Jenazah Zakeer dan Nur Natasha dikebumikan selepas solat subuh dengan dihadiri kira-kira 50 anggota keluarga dan saudara mara. – BERNAMA

‘Saya Lihat Bas Terbang’ – Mangsa Terselamat

in Jenayah/Utama & Sensasi

MUAR – “Saya lihat bas terbang,” kata seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Pagoh awal pagi semalam.

Semasa berkongsi detik-detik cemas yang dialaminya itu, R. Nagadevan , 32, yang berasal dari Sungai Siput, Perak, berkata beliau berasa tidak senang hati sebelum menaiki bas itu, yang tiba lewat hampir sejam.

“Masa saya naik bas memang sudah tidak sedap hati sebab lambat. Bas sepatutnya sampai 1 pagi tapi (ia) sampai 1.50 pagi. Saya fikir, tak apalah sebab mungkin musim perayaan.

“Bila naik bas saya terus tidur, dan hanya terjaga apabila bas tekan brek mengejut dan penumpang menjerit. Saya lihat bas seperti terbang sebelum kami semua jatuh ke dalam curam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, hari ini.

Menurutnya ketika kejadian, hampir kesemua penumpang sedang tidur dan lampu bas juga dipadamkan.

“Saya nampak penumpang lain termasuk saya berasa seperti dihentam kuat ke kiri dan kanan sebelum saya terhantuk ke kerusi hadapan dan tersepit di celah kerusi.

“Akibat kemalangan itu, saya cedera di kedua-dua belah kaki, dada, tangan kiri serta luka di bibir yang memerlukan jahitan,” jelasnya.

Nagadevan, yang bekerja sebagai penyelaras di sebuah gudang di Singapura, bagaimanapun berasa syukur kerana terselamat dalam kemalangan ngeri itu.

“Saya duduk di kerusi perseorangan barisan ketiga hadapan… syukur kerana selamat. Masa saya dikeluarkan dari bas, saya sempat bertanya kepada anggota penyelamat waktu ketika itu dan diberitahu sudah 4.30 pagi.

“Pada hari itu, saya bercadang menghadiri satu program keagamaan di Seremban, Negeri Sembilan dan memang tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang cedera, Zaw Oo, 25, yang berasal dari Myanmar, turut berkongsi pengalaman ngerinya dalam kemalangan itu.

“Bila sudah naik bas, saya terus tidur dan hanya terbangun semasa kemalangan berlaku. Saya lihat sekeliling bas dalam keadaan hancur,” katanya yang ditemani abang dan adik lelakinya.

Beliau yang cedera di kepala dan kaki kiri dijangka dibenarkan keluar dari HPSF hari ini.

Antara mangsa yang masih dirawat di hospital itu adalah warga India R. Govindara, 50, R. Kesavan, 26, dari Kajang, Selangor dan isteri pemandu bas yang hanya dikenali sebagai Miyarseh, warga Indonesia.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu, bas itu terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera. – BERNAMA

Nahas Bas: Isteri Pemandu Trauma – Ayub Rahmat

in Jenayah/Utama & Sensasi

MUAR – Isteri pemandu bas ekspres, yang cedera dalam kemalangan di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Kampung Jayor, Pagoh semalam, masih trauma dan mengalami gangguan emosi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata wanita itu, yang dikenali sebagai Miyarseh, kini dirawat kerana cedera di kaki kiri.

“Kita tidak menemui dokumen pengenalan diri pada wanita itu. Dia sedang mengalami gangguan emosi dan tidak mampu berkomunikasi dengan jelas berikutan kematian suami, Zakeer Zubir, 32 dan anak perempuannya, Nur Natasya Zahara, setahun, dalam nahas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa nahas itu di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah HPSF Selahuddeen Abdul Aziz.

Ayub berkata sehubungan itu, pihak HPSF menyediakan khidmat kaunseling bagi membantu memulihkan emosi wanita berkenaan.

Selain itu, empat lelaki yang selamat dalam nahas itu sedang dirawat di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan stabil.

Mereka adalah warga Myanmar Zaw Oo, 20-an, warga India Govindara Raj, 50, serta dua rakyat tempatan R.Nagadevan, 32, dan lelaki yang hanya dikenali sebagai Kesavan, 26.

“Saya yakin pihak HPSF memberikan perkhidmatan dan rawatan terbaik kepada kesemua mangsa supaya dapat sembuh segera,” katanya yang turut menyampaikan wang sumbangan kerajaan negeri Johor kepada kesemua pesakit berkenaan.

Mengenai warga Singapura yang turut cedera dalam nahas terbabit, Ayub berkata kesemua mereka memohon untuk dibenarkan keluar dari HPSF semalam bagi menyambung rawatan di republik itu.

Mengenai 14 mangsa yang maut, beliau berkata waris sudah mengenal pasti 13 mayat termasuk tiga rakyat Singapura yang sudah dituntut untuk urusan pengebumian sejak semalam hingga pagi tadi.

Ayub berkata hanya jenazah Abdullah Hadi Yusof, 47, dari India, yang belum dituntut dan Kedutaan India sedang menguruskan jenazahnya.

“Keseluruhannya, saya berpuas hati dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) menyelamat yang diguna pakai HPSF. Saya mewakili kerajaan negeri turut berterima kasih dengan pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam membantu pengurusan jenazah,” katanya. – BERNAMA

Nahas Bas Ekspres: Khaled Nordin Zahir Rasa Takziah

in Terkini

MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas kemalangan bas ekspres yang berlaku di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kampung Jayoh, Muar, awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan media, Khaled berharap ahli keluarga mangsa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan.

“Saya merakamkan rasa dukacita di atas kejadian yang menimpa para penumpang bas ekpress yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi berhampiran Pagoh, Johor.

“Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terlibat di dalam nahas tersebut. Semoga terus bersabar dan tabah menerima dugaan ini.

“Kita bersama doakan agar roh mereka yang terkorban dirahmati Allah SWT jua.

Semoga mereka yang tercedera dalam kejadian itu juga, kembali pulih seperti sedia kala,” tulis kenyataan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Bas Ekspres Terbabas Dipercayai Sebab Pandu Laju

in Jenayah/Terkini

BAS dipandu terlalu laju dipercayai penyebab punca nahas kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Kampung Jayor, Muar, awal pagi tadi.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati nahas itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, “Hasil siasatan awal, kami percaya bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek.”

“Ia kemudian melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor.

“Akibat hentakan kuat itu, 14 daripada 30 penumpang serta pemandu bas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini,” katanya.

Menurut Azman lagi, kesemua mangsa yang maut adalah mereka yang duduk di bahagian hadapan bas berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Seorang Lagi Penumpang Bas Meninggal Dunia

in Terkini

NAHAS bas ekspres yang terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki mencatatkan seorang lagi mangsa korban menjadikan seramai 14 orang terkorban dalam insiden yang berlaku di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi tadi.

Terdahulu, 13 maut manakala 17 lagi cedera dalam kemalangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, antara yang terkorban melibatkan tujuh wanita, lima lelaki termasuk pemandu bas serta seorang kanak-kanak perempuan.

Kemalangan bas Alisan Golden Coach yang bertolak dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki.

Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Senarai mangsa cedera:

1) Muhammad Hilmi (Singapura)

2) Mustafa Yasin (Singapura)

3) Muhamad Juhaify (Malaysia)

4) Muhammad Syafiq (Malaysia)

5) Zaw Oo (Myanmar)

6) Mohamed Taufik (Malaysia)

7) Alifah Mohd Said (Singapura)

8) Cyril Joseph (Malaysia)

9) R. Nagadevan (Malaysia)

10) Mohd Syed (Singapura)

11) Ral Za Uk (Myanmar)

12) Kesavan (Malaysia)

13) Govinda Raj (Singapura)

14) Muhammad Abdullah (Malaysia)

15) Muhammad Fitri (Singapura)

16) Seorang lagi yang identiti masih belum dikenal pasti

Hadiah Perkahwinan Jadi Penutup Mayat

in Utama & Sensasi

HULU TERENGGANU – Selimut tebal Toto yang sepatutnya menjadi hadiah perkahwinan seorang anggota keluarga, akhirnya menjadi penutup mayat sipembeli yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, juruteknik Mohd Hanapi Mohammad, 26, maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di kilometer 380 Lebuhraya Panta Timur 2 (LPT2).

Bapanya Mohamad Ismail, 57, berkata selimut Toto itu dibeli anaknya Mohd Hanapi, dua minggu lalu untuk dihadiahkan kepada keluarga besan, yang akan melangsungkan perkahwinan Sabtu ini.

“Kami berhasrat untuk bertolak ke Seremban Sabtu ini dan arwah akan menunggu di Kemaman sebelum meneruskan perjalanan.

“Kakaknya meminta arwah membelikan Toto berkenaan dan sejak itu dia hanya membiarkan Toto itu di dalam keretanya,” katanya ketika ditemui di unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kerteh untuk ke tempat kerja.

“Biasanya sebelum ke tempat kerja dia akan berjumpa dan bersalam dengan saya namun hari ini dia tidak berbuat demikian kerana saya menyangka dia sudah terlewat.

“Kira-kira pukul 8 pagi tadi ketika minum bersama rakan-rakan, pekerja trak tunda menelefon bagi memaklumkan insiden itu, pada mulanya saya tidak percaya kemalangan itu membabitkan anak saya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. – BERNAMA

Anak Maut Digilis Bapa Sendiri Di Pontian

in Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut digilis sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu ayahnya di sebuah kolej di Pulai Sebatang, Pontian, semalam.

‎Ketua Polis Daerah Pontian, Supt. Zakaria Abdul Rahman berkata pada kejadian 11.40 pagi itu, pemandu tersebut tidak menyedari akan kehadiran anaknya yang berada di hadapan ‎kenderaan ketika hendak memulakan perjalanan.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan kanak-kanak itu tergilis. ‎

“Pemandu yang berasal dari Selangor itu datang ke Pontian untuk menguruskan urusan salah seorang anaknya ke sebuah kolej di sini.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian dan bedah siasat juga tidak dijalankan atas permintaan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Anak Menangis Bila Tahu Ibu Bapa Maut Dalam Kemalangan

in Utama & Sensasi

ALOR SETAR – “Munirah nak balik rumah, nak balik rumah”. Itu rintihan Munirah Mohd Padzil, 6, sebaik mengetahui kedua ibu bapanya Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Alor Punti, Pendang, Sabtu lalu.

Perkara itu diceritakan ibu saudara mereka, Ruslina Rashid, 48, ketika ditemui pemberita di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Katanya, sebaik dimaklumkan berita itu, Munirah terus sebak dan menangis teresak-esak.

“Munirah hanya cakap mahu balik rumah, saya ingat dia masih tidak percaya berita itu tetapi selepas dipujuk, dia dapat menerimanya walaupun sukar,” katanya.

Abang Munirah, Muhammad Asyraf, 11, terus menangis sebaik mengetahui berita itu, katanya.

Ruslina berkata, dalam pada itu Masyitah, 12, dan Muhammad Akmal, 11, sehingga kini masih belum dimaklumkan mengenai berita sedih itu kerana berada dalam keadaan lemah.

“Sebelum ini kami rahsiakan demi menjaga emosi mereka, tetapi selepas berbincang dengan ahli keluarga dan doktor, kami perlu memaklumkan perkara sebenar, cuma Muhammad Akmal yang berada di Unit Rawatan Rapi dan Masyitah belum dimaklumkan,” katanya.

Seorang lagi ibu saudara, Muzaini Mohd Noor, 45, berkata, buat masa ini semua anggota keluarga sepakat untuk menjaga kelima-lima anak saudara mereka sebelum memikirkan siapa yang berhak untuk penjagaan sepenuh masa.

“Kedua-dua belah di pihak perempuan dan lelaki bersedia menerima dan menjaga anak-anak ini, tetapi buat masa ini biarlah mereka sembuh dan terserah kepada mereka untuk menetap dengan siapa yang mereka mahu nanti.

“Kami tidak mahu mereka terpisah antara satu sama lain dan saya sendiri pun sedia menjaga mereka,” katanya.

Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajkan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah Datuk Suraya Yaacob hari ini melawat kelima-lima beradik itu di wad HSB hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) akan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa termasuk mendapatkan khidmat kaunseling untuk mereka bagi menghilangkan trauma akibat kejadian itu.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk menempatkan Masyitah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kepala Batas bersama kakaknya Maisarah dan membantu memindahkan sekolah anak-anak yang lain jika perlu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Suraya berkata, seorang kanak-kanak perempuan empat tahun yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Flet Paya Nahu, Sungai petani pada 24 Nov lalu masih menerima rawatan di wad biasa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

“Keadaanya semakin baik dan setakat ini nenek kanak-kanak itu minta untuk menjaganya dan pihak kita tidak mahu mencampuri urusan berhubung hak penjagaan kanak-kanak itu yang masih mempunyai waris,” katanya.

Pada 24 November lalu, pergaduhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu mangsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain selimut di dalam tong ikan di sebuah bilik di rumah flet terbabit.

Turut didera ialah kakak mangsa berusia empat tahun yang kini masih menerima rawatan di HSAH. – BERNAMA

2 Maut, 6 Cedera Parah Kemalangan 8 Kenderaan

in Utama & Sensasi

IPOH – Dua maut, enam cedera parah dan tiga cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Km371.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar ke Slim River, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang maut dalam kejadian membabitkan empat buah kereta dan empat buah lori pada kira-kira 3.30 petang itu dikenal pasti Intan Maizura Aidul Badri, 34, dan Ridzuan Abdul Rajak, 33.

Mayat kedua-duanya dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River, katanya ketika dihubungi Bernama.

“Kejadian itu berlaku apabila sebuah lori dari arah selatan menghala utara hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan lain,” katanya.

Susulan kejadian itu, aliran trafik di kedua-dua arah bergerak perlahan apabila lorong kanan menghala utara ditutup sementara, katanya. – BERNAMA

Pengantin Baru Nyaris Maut Kereta Terbabas Di Sg. Petani

in Terkini

SUNGAI PETANI – Seorang pengantin perempuan dan dua rakannya nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terjatuh ke tepi tebing di satu selekoh di Jalan Pinang Tunggal dekat sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, pengantin perempuan dikenali sebagai Siti Kholijah Hashim, 26, bersama dua rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang dari sebuah butik pengantin menuju ke rumah pengantin perempuan.

Kereta jenis Perodua Bezza dipandu rakannya yang berusia 24 tahun dan turut dinaiki seorang lagi rakan berusia 23 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di sebelah tebing sebelum melanggar papan tanda jalan dan pokok di kawasan itu.

“Bagaimanapun pengantin perempuan hanya mengalami lebam pada pipi manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan di bahagian kepala akibat terhantuk, seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Md Zukir berkata, kesemua mangsa bagaimanapun dihantar menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Difahamkan, pengantin perempuan yang juga jururawat Hospital Pulau Pinang (HPP) dikatakan dalam perjalanan pulang dari sebuah butik pengantin di Taman Kempas ke rumahnya sebelum ke majlis persandingan di Kampung Pantai Prai, Sidam Kiri dekat sini.

Sementara itu saksi kejadian, Razif Saad, 32, berkata ketika kejadian beliau sedang dalam perjalanan dari Taman Kempas dekat sini menuju ke Pantai Prai, Padang Serai sebelum ternampak kereta dinaiki mangsa kelihatan membelok ke Simpang Pantai Prai sebelum terlajak dan terbabas ke tepi jalan berkenaan.

“Orang kampung kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa-mangsa kerana kenderaan mangsa terbabas hampir 100 meter dari tepi jalan utama, dan mengalami kerosakan teruk,” katanya. – BERNAMA

MRT Kurangkan Kesesakan, Kemalangan – NIOSH

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yakin pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama bermula semalam akan dapat mengurangkan masalah kesesakan trafik di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya juga yakin pelaksanaan sepenuhnya MRT kelak mampu mengurangkan kemalangan jalan raya terutama yang berlaku ketika perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

“Media melaporklan 27,900 kemalangan jalan raya berlaku ketika perjalanan pulang dan balik dari tempat kerja pada tahun lepas. Secara purata, tiga orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap hari di Malaysia dan dua daripadanya melibatkan perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja.

“Perkara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai kerana kebanyakan kemalangan itu berlaku dalam lingkungan 5 kilometer daripada tempat kerja mangsa.

“Lebih menyedihkan, hampir 70 peratus kemalangan tersebut melibatkan mereka yang bekerja syif pagi dan mungkin mereka ini mengejar masa atau menjadi mangsa keadaan cuaca yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Lam Thye, usaha kerajaan untuk memperkenalkan pengangkutan awam yang moden dan cekap perlu disokong semua pihak kerana ia mampu mengurangkan kemalangan jalan raya terutama ketika perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

Beliau dalam pada itu menyarankan supaya tempat khas untuk basikal juga perlu diperbanyakkan bagi menggalakkan orang ramai menaiki basikal ke stesen MRT berdekatan.

“Adalah diharapkan pengangkutan awam menjadi pilihan utama rakyat daripada pelbagai lapisan- termasuk golongan pekerja, ahli perniagaan, kakitangan awam dan juga para pemimpin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kemalangan 2 Beradik Maut Terbabas Dekat Maran

in Utama & Sensasi

KUANTAN – Dua beradik maut selepas kenderaan jenis Toyota Innova yang dinaiki bersama anggota keluarga mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di KM143.3 Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur dekat Maran tengah hari semalam.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu penumpang belakang kenderaan itu yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, Afif Iman Hasmady, 16, maut di tempat kejadian manakala adik lelakinya Safiy Daniel, 13, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Temerloh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt. Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian itu dipercayai berlaku kerana tayar belakang sebelah kiri kenderaan dipandu bapa mangsa Hasmady Che Mat, 44, pecah hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas.

“Kenderaan ini terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh sebatang pokok hingga menyebabkan dua penumpang pada bahagian tempat duduk belakang tercampak keluar manakala pemandu serta penumpang lain tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Kesemua mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Noor berkata berikutan kejadian itu dua adik-beradik mangsa lain yang turut duduk di bahagian belakang kenderaan berkenaan iaitu Abid Iman, 16, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan Muhammad Zulfar, 2, juga cedera parah pada bahagian kepala serta luka pada bahagian muka.

“Bapa mangsa yang merupakan seorang guru, Hasmady pula cedera pada bahagian kepala dan luka-luka tangan kiri dan muka manakala ibu mangsa yang juga seorang guru dan penumpang hadapan kenderaan tersebut Mahani Muhammad, 43, pula mengalami luka-luka pada bahagian muka dan tubuh badan,” katanya.

Beliau berkata mayat dan kesemua mangsa yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Temerloh serta kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Siasatan Menyeluruh Nahas Enam Korban Di LPT 2 Masih Berjalan

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Siasatan menyeluruh berhubung nahas jalan raya yang meragut enam nyawa di Kilometer 288.6, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) Ahad lalu masih berjalan.

Ketua Polis daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menjangkakan akan memperolehi keputusan siasatan terbabit dalam masa terdekat.

Katanya, tayar kenderaan terbabit yang dipercayai punca berlakunya kemalangan itu telah dihantar ke Jabatan Kimia Pahang untuk pemeriksaan lanjut.

“Manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex yang terbabit dalam kemalangan itu juga dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan menyeluruh.

Siasatan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kemalangan itu dan kita telah menghantar kenderaan dan tayar untuk pemeriksaan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kemalangan ngeri Ahad lalu yang membabitkan 10 anggota keluarga itu dikatakan berlaku selepas kenderaan MPV yang dipandu Ahmad Nasal Abd Rahman, 52 hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang jejambat.

Insiden itu menyebabkan isterinya, Mahani Ngah,42, dan dua anak mereka Quratulnisa, 11 dan Ahmad Nijat,9, meninggal dunia manakala tiga lagi anaknya mengalami kecederaan.

Turut meninggal dunia ialah abangnya iaitu Ahmad Razif Abdul Rahman, 63, bersama isteri Pauziyah Awang, 56, serta cucu mereka Sofea Adriana Shahruddin, 7. – BERNAMA

Video: Bas Ekspres Kurang Ajar Nyaris Sebabkan Kemalangan

in Utama & Sensasi

RAKAMAN aksi berbahaya pemanduan sebuah bas ekspres yang momotong di garisan berkembar sehingga nyaris mengakibatkan kemalangan jalan raya mengundang kecaman hebat netizen di media sosial.

Tindakan tidak bertaggungjawab pemandu bas Dyana Express itu dirakam pada Ahad, jam 11.39 pagi di Jalan Ranau-Telupid, Sabah.

Menerusi video berdurasi 11 saat, bas berkenaan yang membawa kira-kira 40 penumpang hampir menyebabkan perlanggaran dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Kereta malang itu terpaksa mengelak sehingga menyebabkannya terbabas sedikit ke bahu jalan bagi mengelak bertembung dengan bas tersebut yang ingin memotong sebuah lori di garisan berkembar.

Reaksi netizen yang menonton rakaman itu sehingga kini mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap cara pemanduan berbahaya pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, seorang individu yang dikenali sebagai Muhammar Ghadafi Abd Mahar, dipercayai pemandu bas tersebut tampil memberikan penjelasannya.

Bas Ekspres Kurang Ajar Nyaris Punca Kemalangan

Saya pemandunya SD9599H kelmarin dari Kota Kinabalu ke Semporna. Kepada yang suka-suka viral ini, saya nak beritahu bahawa kamu bukan berada dalam bas pada waktu itu. Jangan pandai-pandai komen.

44 penumpang saya yang berada di dalam bas itu semalam tidak bising. Inikan pula kamu yang hanya melihat gambar.

Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dengan kereta. Orang yang begini, bagus saya tampar terus. Tengok dengan mata kamu sendiri dulu, bukan melalui orang lain,” katanya menerusi gambar screenshot yang tersebar di media sosial.

Malangnya, netizen tetap enggan menerima penjelasan pemandu bas itu dan menegaskan adalah satu kesalahan bagi mana-mana kenderaan yang memotong di jalan raya yang mempunyai garisan berkembar.

Tidak setakat itu sahaja, netizen turut menyemak nombor pendaftaraan bas ekspres berkenaan yang mana menunjukkan terdapat 22 saman berjumlah RM6,600 yang masih belum diselesaikan. – MYNEWSHUB.CC

Jangan Cetuskan Spekulasi Kemalangan Di LPT2

in Utama & Sensasi

KEMAMAN – “Jangan cetuskan spekulasi dan andaian kemalangan di LPT 2 semalam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir Rosli Othman.

Beliau berkata kemalangan yang mengakibatkan enam maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT 2) itu dipercayai berpunca daripada kerosakan tayar, dan bukan disebabkan faktor jalan di kawasan terbabit.

“Saya minta orang ramai hentikan andaian. Biar pihak bertanggungjawab lakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Orang ramai tidak perlu mendahului pihak berkuasa dengan menyebarkan andaian punca kemalangan itu kerana mendatangkan kesengsaraan kepada keluarga,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini malam tadi.

6 Sekeluarga Maut, 4 Cedera MPV Terbabas Di LPT2

Rosli, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kemasik, turut membantu keluarga mangsa dengan menyediakan van jenazah bagi menghantar kesemua mangsa ke Marang dan Shah Alam.

Dalam kejadian itu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terlanggar tiang jambatan.

Insiden itu turut mengakibatkan empat lagi mangsa termasuk pemandu cedera parah.- BERNAMA

1 2 3 15
Go to Top