Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

kembar siam

Bayi Berkepala Dua Dilahirkan Di Mexico

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KELAHIRAN bayi dengan dua kepala jarang berlaku namun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan bayi berkepala dua dalam satu tubuh dilahirkan di bandar Ciudad Juarez, Mexico.

Video tersebut dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga bayi tersebut yang terkejut dengan kejadian itu.

Dalam video berdurasi 30 saat itu memaparkan bayi yang dipegang oleh pasukan perubatan dalam keadaan menangis dengan tiub di hidung masing-masing.

Mirror melaporkan pasukan perubatan dan doktor enggan memberi penjelasan mengenai kes tersebut dan mengesahkan ibu bayi kembar siam itu dalam keadaan stabil.

Doktor kini sedang mencari jalan penyelesaian dan memikirkan masa depan bayi itu yang berkongsi tubuh dan organ dalaman namun mempunyai dua otak.

Bayi Berkepala Dua Dilahirkan Di Mexico

Dilaporkan, keadaan bayi lelaki itu dipercayai tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan atau sama ada ibu bapanya sudah mengetahui bakal mendapat kembar siam.

Sebelum ini, kes kembar ganjil yang biasa ditemui ialah kembar siam yang berlaku dalam satu bagi 100,000 kehamilan

Jurnal perubatan menyatakan kejadian kembar bercantum berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah sepenuhnya sebelum ia disenyawakan.

Sebahagian besar kembar bercantum tidak hidup lama kerana organ mereka tidak mampu menampung keperluan tubuh.

Dianggarkan 40 peratus mati sebelum atau sebaik dilahirkan manakala 35 peratus lagi mati beberapa hari kemudian.

Antara kes terbaru sebelum ini, seorang bayi lelaki berkepala dua dilahirkan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Ajmer, Rajasthan, India pada 4 Oktober tahun lalu, oleh wanita berusia 20 tahun namun bayi itu meninggal dunia 32 jam kemudian. – MYNEWSHUB.CC

‘Buang’ Bayi Kembar Siam Di Hospital

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEPASANG suami isteri sanggup meninggalkan bayi kembar siam mereka di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini.

The Daily Star melaporkan, bayi berkenaan dilahirkan dengan dua kepala, empat tangan dan dua kaki ditinggalkan ibu bapa mereka selepas mendaftar di unit bedah pediatrik Hospital Kolej Perubatan Dhaka kira-kira jam 2 pagi.

Timbalan Pengarah hospital, Dr. Khaja Abdul Gafur berkata, dua individu yang berusia 40 hingga 45 tahun datang ke unit pediatrik bersama kembar siam mereka.

Menurutnya, doktor bertugas mengarahkan mereka untuk mendapatkan tiket bagi pendaftaran tetapi pasangan itu melarikan diri sekaligus meninggalkan bayi mereka.

“Bayi kembar siam ini akan dijaga oleh penyelia wad kanak-kanak hospital, Zillur Rahman untuk sementara waktu ini,” katanya.

'Buang' Bayi kembar Siam Di Hospital

Menurutnya, bayi kembar siam itu dipercayai dilahirkan di sebuah klinik yang tidak diketahui di Dhaka dan dibawa ke hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu.

Seorang jururawat yang menjaga bayi itu, Nasima Akther Beauty berkata, bayi kembar siam itu boleh bergerak, kencing dan menangis.

Sementara itu, Prof Shahnoor Islam yang mengawasi rawatan kembar siam berkenaan menjelaskan, kembar tersebut mempunyai masalah pernafasan dan kemungkinan menghidapi penyakit komplikasi jantung.

“Pemeriksaan perubatan akan dilakukan bagi mengetahui keadaan kembar siam ini,” katanya.

Beliau menjelaskan agak sukar untuk memisahkan kembar siam ini kerana kedua-duanya berkongsi banyak abdomen badan. – MYNEWSHUB.CC

Kembar Siam Lain Jantina Kongsi Hampir Semua Organ

in Utama & Sensasi

INDIA: Seorang wanita melahirkan kembar siam yang mempunyai empat tangan dan dua kaki, di sini pada Rabu minggu lepas.

Kembar lelaki dan perempuan yang dilahirkan itu dilaporkan berkongsi hampir kesemua organ penting dalam tubuh mereka.

Bayi yang dilahirkan Shivrajo Devi, 24, di sebuah klinik swasta itu terpaksa dipindahkan ke Hospital Sadar dan ditempatkan di unit rawatan rapi kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.

34E22DE100000578-3621858-image-a-3_1464946297482

Menurut doktor, bayi tersebut bersambung dari pinggang dan hanya satu kemaluan boleh dilihat, iaitu kemaluan perempuan.

Oleh kerana kesempitan wang, ibu bapa bayi itu terpaksa membawa anak mereka pulang ke rumah. Mengakui terkejut, mereka berkata tidak menyangka anak mereka kembar siam walaupun sudah melakukan pemeriksaan.

“Saya tidak percaya anak saya adalah pasangan kembar siam,” kata ibu kembar tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana saya berharap doktor dapat menyelamatkan mereka, tetapi kini doktor juga tidak dapat membantu.

“Doktor kata anak saya perlu disimpan dan dijaga dalam kotak kaca dan kami perlu membawa mereka ke bandar seperti Delhi untuk rawatan,” katanya lagi. -MYNEWSHUB.CC

Go to Top