Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

kepala

Gara-Gara Mee, Pelanggan Pancung Kepala Peniaga

in Jenayah/Utama & Sensasi

AKIBAT bengang dengan harga makanan yang disediakan, seorang pelanggan bertindak nekad menyerang dan menyembelih kepala pemilik restoran di Wuhan, wilayah Hubei, China, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, suspek yang berusia 22 tahun dari wilayah Sichuan memesan tiga mangkuk mee sebelum pertengkaran tercetus dengan pemilik restoran yang didakwa mengenakan caj satu yuan (65 sen) bagi setiap mangkuk.

Difahamkan, harga yang dikenakan lebih mahal dan berlaku pertengkaran antara suspek dengan pemilik restoran berkenaan.

Portal South Morning China Post melaporkan, suspek menggunakan pisau dapur untuk menyembelih pemilik restoran berkenaan dan melemparkan kepala mangsa ke dalam tong sampah.

Mangsa yang berusia 42 tahun tinggal bersama anak lelakinya berusia 13 tahun sejak bercerai kira-kira lima tahun lalu.

Mangsa dikatakan seorang lelaki yang jujur dan tidak menipu pelanggan.

Gara-Gara Mee, Pelanggan Pancung Kepala Peniaga

Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian namun tidak diketahui nasib suspek selepas itu.

Polis tempatan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar kematian mangsa yang tragik dan kejam di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Bayi Berkepala Dua Dilahirkan Di Mexico

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KELAHIRAN bayi dengan dua kepala jarang berlaku namun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan bayi berkepala dua dalam satu tubuh dilahirkan di bandar Ciudad Juarez, Mexico.

Video tersebut dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga bayi tersebut yang terkejut dengan kejadian itu.

Dalam video berdurasi 30 saat itu memaparkan bayi yang dipegang oleh pasukan perubatan dalam keadaan menangis dengan tiub di hidung masing-masing.

Mirror melaporkan pasukan perubatan dan doktor enggan memberi penjelasan mengenai kes tersebut dan mengesahkan ibu bayi kembar siam itu dalam keadaan stabil.

Doktor kini sedang mencari jalan penyelesaian dan memikirkan masa depan bayi itu yang berkongsi tubuh dan organ dalaman namun mempunyai dua otak.

Bayi Berkepala Dua Dilahirkan Di Mexico

Dilaporkan, keadaan bayi lelaki itu dipercayai tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan atau sama ada ibu bapanya sudah mengetahui bakal mendapat kembar siam.

Sebelum ini, kes kembar ganjil yang biasa ditemui ialah kembar siam yang berlaku dalam satu bagi 100,000 kehamilan

Jurnal perubatan menyatakan kejadian kembar bercantum berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah sepenuhnya sebelum ia disenyawakan.

Sebahagian besar kembar bercantum tidak hidup lama kerana organ mereka tidak mampu menampung keperluan tubuh.

Dianggarkan 40 peratus mati sebelum atau sebaik dilahirkan manakala 35 peratus lagi mati beberapa hari kemudian.

Antara kes terbaru sebelum ini, seorang bayi lelaki berkepala dua dilahirkan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Ajmer, Rajasthan, India pada 4 Oktober tahun lalu, oleh wanita berusia 20 tahun namun bayi itu meninggal dunia 32 jam kemudian. – MYNEWSHUB.CC

Kepala Budak Tersepit Di Palang Tangga

in Utama & Sensasi

NILAI – Seorang ibu cemas apabila mendapati kepala anak bongsunya tersepit pada palang tangga di rumah mereka di Laman Delfina Nilai Impian, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 petang itu, Jaheed Al Irfan, 1 tahun, sedang bermain seorang diri di tangga berkenaan sebelum kepalanya tersepit antara ruang pagar tersebut.

Ibunya, Intan Nadia Mohamad Yusof, 31, berkata, sebelum kejadian, dia berada di dapur, manakala dua anak lelakinya termasuk Irfan berada di ruang tamu.

“Apabila saya dengar jeritan dan tangisannya, saya terus ke ruang tamu dan melihat apa yang berlaku. Terkejut saya bila tengok kepalanya tersepit di celah tangga rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Intan berkata, dia cuba untuk mengeluarkan kepala anaknya itu, bagaimanapun tidak berjaya kerana bimbang kepala anaknya cedera atau sakit, lantas menghubungi bomba untuk bantuan.

Sementara itu, Pegawai Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairul Lizal Abu Kasim berkata, sebuah jentera membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dengan dibantu unit EMRS bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan tiba di rumah mangsa, 10 minit kemudian.

“Anggota kita menggunakan alat regangan untuk membuka ruang tangga.

“Kita berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu tidak sampai lima minit. Tiada kesukaran dialami ketika kerja-kerja menyelamat cuma kita perlu menenangkan mangsa. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – Sinar Harian Online

Kepala Wanita Tertusuk Playar Sedalam 15cm

in Utama & Sensasi

SEORANG wanita di barat daya China terselamat daripada maut apabila sebuah playar yang terjatuh dari bangunan tinggi menusuk kepalanya sehingga menembusi tengkorak.

Wang Youfang, 58, dilaporkan bersama cucunya sedang keluar dari pagar apartmentnya yang terletak di Leshan ketika kejadian dilaporkan berlaku, pada Jumaat lalu.

Laporan media tempatan China mengesahkan playar tersebut jatuh dari tingkat 31 bangunan apartmen itu.

Pembedahan selama tiga jam terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan playar yang tertusuk di kepala mangsa sedalam 15 sentimeter.

Kepala Wanita Tertusuk Playar Sedalam 15cm

Pihak polis yang menyiasat kejadian itu telah menahan seorang suspek dan mengatakan bahawa terdapat satu kerja pengubahsuaian bangunan yang menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Doktor juga mengesahkan bahawa wanita itu terdedah dengan risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan dalam masa dua minggu ini. Wanita malang itu masih belum menyedarkan dirinya sehingga kini. – MYNEWSHUB.CC

Kepala Anak Tertusuk Gunting Gara-Gara Diacah Ayah

in Hangat/Utama & Sensasi

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital apabila sebilah gunting tertusuk di kepala ketika dia sedang belajar bersama bapanya di rumah mereka yang terletak di Shanghai, China.

Mengikut sumber, pada awalnya bapa kanak-kanak malang tersebut berasa marah kerana anaknya tidak mahu membuat kerja sekolah pada malam Jumaat seperti biasa.

Si bapa kemudiannya mengambil sebilah gunting lantas mengacah untuk menakutkan anaknya supaya berhenti bermain dan mula membuat kerja sekolah.

Walau bagaimanapun, gunting tersebut terlepas gara-gara tangan bapa berkenaan yang licin kerana baharu selesai mencuci ayam.

Gunting tersebut tertusuk ke dalam kepala kanak-kanak itu sehingga terkena bahagian otak, membuatkan dia segera dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

scissors_head2

Selepas beberapa jam menjalani pembedahan, doktor akhirnya berjaya mengeluarkan gunting sepanjang 15cm dari tengkorak kepala kanak-kanak tersebut.

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil tetapi tidak dapat mengingati apa yang berlaku kepadanya.

Ibu kepada kanak-kanak itu berkata, suaminya hanya mahu menakutkan anaknya dan tidak mempunyai niat mencederakan anak mereka secara sengaja. – MYNEWSHUB.CC

Ngeri, Anak Kecil Malang Tertusuk Test Pen Di Kepala

in Utama & Sensasi

NGERI, seorang anak kecil menahan kesakitan apabila mengalami detik malang tertusuk test pen di bahagian kepalanya.

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh laman Daily Traffic menunjukkan objek tajam itu tertanam di bahagian sisi kanan kepala kanak-kanak malang itu.

Tidak pula dinyatakan oleh laman itu bagaimana objek tajam tersebut boleh tertusuk di kepala anak kecil itu.

Kadang-kadang ibu bapa terlalu alpa dengan kerja harian sehinggakan anak-anak terabai dan menjadikan objek tajam sebagai permainan mereka.

Malang tidak berbau, kecederaan melibatkan kanak-kanak kebiasaannya belaku dalam lingkungan umur 2 tahun ke bawah.

Pada umur sebegini, sesetengah mereka baru sahaja boleh merangkak dan berjalan serta sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Pelbagai benda atau objek yang dilihatnya pasti digambarkan sebagai makana atau alat permainan.

Oleh itu ibu bapa perlu mengawasi setiap tingkah laku mereka dan menjauhi dari tempat-tempat merbahaya seperti bilik air, tangga, dapur serta tempat yang dipenuhi dengan objek tajam.

Setiap objek yang merbahaya hendaklah disimpan di tempat yang tersorok, jauh dari pandangan mereka dan tidak mampu dicapai oleh mereka.

Kesannya, kejadian malang dan tidak diingini berlaku seperti yang dilaporkan oleh laman Daily Traffic. -MYNEWSHUB.CC

Bayi ‘Kepala Dua’ Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketulan

in Utama & Sensasi

NEW DELHI – Seorang bayi di India dilahirkan seakan-akan mempunyai dua kepala kerana memiliki ketulan darah dan bendalir otak di bahagian belakang kepalanya itu, menurut laporan Dailymail.

Yamanoor Naranal yang baharu berusia lima bulan dilahirkan dengan penyakit Encephalocele yang menyebabkan bendalir otak keluar dari tengkorak dan berkumpul di bawah lapisan kulit kepala.

Yamanoor Naranal

335E102B00000578-0-image-a-20_1461179660242

Ibu bapa Yamanoor iaitu Karriappa Naranal dan Shridevi Naranal yang berasal dari perkampungan Tavariyara di selatan Karnataka, dikhabarkan bahawa anak mereka ada harapan tipis untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun sudah mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, pasangan ini nekad berusaha meminta pertolongan daripada beberapa buah hospital kerajaan di Kustagi, namun ditolak.

Setelah hampir berputus asa, seorang pekerja pusat kesihatan mencadangkan Kariappa pergi ke Bangalore untuk mendapatkan rawatan di hospital yang lebih baik.

Kariappa, 35; dan Shridevi, 28; bagaimanapun mengambil risiko dengan membenarkan pembedahan dengan rekod kejayaan nipis sebanyak 50-50 di sebuah hospital di Bangalore.

Selepas pembedahan selama enam jam, doktor berjaya mengeluarkan ketulan darah dan bendalir otak berukuran diameter 20 sentimeter.

“Bayi berisiko dilahirkan dengan keadaan sebegini sekiranya ibu mengandung tidak mempunyai asid folik yang cukup,” kata Dr. Hariprakash Chakravarthy pakar neuro di Hospital Sapthagiri.

Tambah Dr. Hariprakash lagi, harapan untuk pembedahan ini sangat tipis memandangkan bayi tidak mampu mengalami pendarahan yang banyak ketika pembedahan.

“Kehilangan darah sebanyak 10 mililiter sehingga 20 mililiter sudah cukup untuk membuat jantung seorang bayi terhenti. Kami bersyukur kerana pembedahan ini berjaya dan bayi tersebut selamat”.

Bapa Yamanal berterima kasih kepada doktor dan pekerja pusat kesihatan itu kerana memberi peluang untuk anaknya hidup walaupun terpaksa menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan.

“Saya tidak percaya ia akan berakhir dengan gembira, terima kasih kepada Tuhan dan doktor,” kata Kariappa. -MYNEWSHUB.CC

Go to Top