Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

kes bunuh

Pekerja Ladang Dituduh Bunuh Penarik Kereta

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penarik kereta di lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, pada 27 Julai tahun lalu. D. Manivannan, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin. Tiada pengakuan…

Teruskan Membaca

Penjual Ayam Didakwa Bunuh Seorang Wanita

in Jenayah/Terkini

IPOH – Seorang penjual ayam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita pada 13 Mac lepas. Mohd Nur Hussein Mohd Salleh, 34, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab. Tertuduh didakwa membunuh Hamidah Abdul Rahman, 53, di sebuah rumah di Taman…

Teruskan Membaca

Bekas Askar AS Sasar Bunuh Kulit Hitam

in Jenayah/Terkini

NEW YORK – Seorang bekas askar menaiki bas ke New York semata-mata mahu mencari mangsa berketurunan Afrika Amerika untuk dibunuh, dan menggunakan pedang sepanjang 66 sentimeter untuk menikam mati seorang lelaki berkulit hitam yang sedang mengutip botol dari tong sampah. James Harris Jackson, 28, memakai kot panjang yang menyembunyikan pedang dibawanya sebelum menemui Timothy Caughman,…

Teruskan Membaca

Pengasas Pewaris Malaysia Didakwa Sebabkan Kematian

in Jenayah/Terkini

KAJANG – Pengasas Pertubuhan Warisan Ketuanan Malaysia (Pewaris Malaysia) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan iaitu menyebabkan kematian pengikutnya, memiliki sepucuk pistol dan sebutir peluru hidup tanpa lesen, dua minggu lepas. Tertuduh, Datuk Seri Jaafar Shaari, 54, yang tampil memakai baju penjara berwarna ungu, membuat pengakuan itu selepas…

Teruskan Membaca

Kes Bunuh: Pengawal Mengaku Tidak Bersalah

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN – Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan cubaan membunuh lima individu menggunakan sepucuk senjata api tahun lepas. Ja’afar Halid, 38, dituduh cuba membunuh dengan menembak K. Arivani, 33, di kepala; Nurul Huda Ab Aziz, 38, di bahu; Lee Hong Boon, 56, di dada…

Teruskan Membaca

Anggota Keluarga Suspek Utama Kes Bunuh Rohingya

in Jenayah/Terkini

KUALA TERENGGANU – Polis semalam menahan isteri, adik ipar, anak lelaki dan abang kepada suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki etnik Rohingya di Kampung Pak Madah, Bukit Payung, Marang, Sabtu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata polis pada mulanya menjumpai abang mangsa yang berumur 40 tahun pada 1…

Teruskan Membaca

Kes Bunuh: Tempoh Reman Peniaga Pasar Dilanjutkan

in Jenayah/Terkini

IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman seorang peniaga pasar bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal, Isnin lalu. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret N.Mageswari mengeluarkan perintah lanjutan reman tujuh hari bermula esok ke atas suspek lelaki yang berumur 34 tahun itu selepas tempoh reman tujuh hari…

Teruskan Membaca

Warga Myanmar Diburu Bantu Siasat Kes Bunuh Rakan

in Jenayah/Terkini

PARIT BUNTAR – Polis sedang memburu seorang suspek utama kes pembunuhan seorang warga Myanmar yang maut dikelar di sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Fasa 2 di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari itu, mangsa, Nyi Tun Oo, 32, ditemui…

Teruskan Membaca

Bapa, Teman Wanita Dihukum Mati Bunuh Anak Lelaki

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Seorang bapa dan teman wanitanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia tiga tahun, di sebuah apartmen di Kulai, empat tahun lepas. Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu terhadap Mohd Imran Mohd Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, selepas…

Teruskan Membaca

Pemain Bola Pembunuh Kejam Kembali Main Bola

in Sukan/Utama & Sensasi

PEMAIN bola sepak Brazil yang telah dipenjarakan kerana mengarahkan pembunuhan teman wanitanya dan kemudian mayat wanita itu dipotong dan beri anjing makan, telah menandatangani kontrak dengan kelab baru sebaik sahaja dibebaskan dari penjara. Bruno Fernandes de Souza, yang merupakan penjaga gol dan dikenali sebagai Bruno di Brazil, telah dihukum penjara selama 22 tahun susulan pembunuhan…

Teruskan Membaca

Lelaki Dipenjara Seumur Hidup Bunuh Anak

in Jenayah/Terkini

PANAMA CITY – Seorang lelaki berusia 27 tahun kini terpaksa menghabiskan sepanjang hidupnya dalam penjara kerana membunuh anaknya yang masih bayi dengan menyumbat sarung kaki ke dalam mulut mangsa supaya berhenti menangis. Gene Anthony Quinones-Rivera akan menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol – hukuman paling berat bagi pembunuhan tahap kedua – selepas mengaku bersalah,…

Teruskan Membaca

Lelaki Direman Bantu Siasat Kes Bunuh Ibu Tunggal

in Jenayah/Terkini

IPOH – Seorang lelaki ditahan reman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini, semalam. Perintah tahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaima Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ipoh di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun…

Teruskan Membaca

Kes Bunuh: Anak Pelik Ibu Belum Bangun Lagi

in Jenayah/Utama & Sensasi

IPOH – Seorang pembantu peniaga pasar di sini ditemui mati dengan terdapat kesan luka di belakang badannya dipercayai dibunuh di bilik tidur tingkat atas kediamannya di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini awal pagi tadi. Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Hamidah Abdul Rahman, 53, ditemui anak perempuan…

Teruskan Membaca

Keputusan Rayuan Kes Bunuh Sosilawati 16 Mac

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Mac untuk keputusan rayuan akhir oleh empat lelaki yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya. Ketika dihubungi, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili R. Matan, berkata mereka menerima surat bertarikh 3 Mac daripada pendaftar Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan tentang…

Teruskan Membaca

Pembantu Restoran Ditemui Mati Dibunuh

in Terkini

MELAKA – Seorang pembantu restoran lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah pada badan, dipercayai dibunuh di sebuah rumah kedai di Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata warga tempatan berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh individu dipercayai majikannya…

Teruskan Membaca

Hanya Waris Sah Boleh Tuntut Mayat

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengulangi hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, di sini. Beliau berkata pihaknya tidak akan menerima tuntutan daripada pihak lain termasuk kedutaan atau delegasi Korea Utara kerana ia…

Teruskan Membaca

Malaysia Terbuka Kongsi Maklumat Selepas Selesai

in Jenayah/Utama & Sensasi

BANGI – Malaysia tidak akan berkongsi maklumat siasatan kematian warga Korea Utara Kim Jong-nam dengan badan antarabangsa sehingga semua proses perundangan selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkongsian maklumat secara perjanjian bantuan perundangan bersama (MLAT) yang melibatkan empat aspek iaitu…

Teruskan Membaca

Kaunselor Korea Utara Herdik Media, Cermin Sisi Tanggal

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu-song mengherdik pengamal media yang menyerbu Mercedes Benz berwarna biru gelap dipandunya sehingga cermin sisi kereta itu tertanggal. Beliau ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya dari kawasan kedutaan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Ahad. Yu-song lalu keluar daripada keretanya bagi membetulkan cermin itu di sebelah…

Teruskan Membaca

Agen Saraf VX Tak Pernah Ditemui Di Malaysia

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Agen saraf VX yang dikesan digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. Beliau berkata ia senjata kimia yang boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas. Beliau…

Teruskan Membaca

Klia2 Disahkan Bebas Toksik Bunuh Kim Jong-nam

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEPANG – Terminal penerbangan tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di sini diisytiharkan sebagai selamat selepas pemeriksaan rapi dilakukan pada pagi Ahad. Ia susulan pendedahan mengejutkan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia pada Jumaat lalu yang mengesahkan Kim Jong-nam mati akibat penggunaan bahan toksik berbahaya kepada tubuh manusia di premis itu baru-baru ini.…

Teruskan Membaca

Kes Jong-nam: Kedutaan Indonesia Temui Siti Aisyah

in Jenayah/Utama & Sensasi

CYBERJAYA – Diplomat Indonesia hari ini mendapat akses untuk bertemu suspek wanita republik itu yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Andreano Erwin menemui Siti Aisyah, 25, dari Serang, Indonesia, kira-kira 30 minit di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di…

Teruskan Membaca

Lelaki Tidak Dikenali Serah Dokumen Di Kedutaan

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Sekeping sampul surat berisi dokumen dipercayai daripada Kementerian Luar Negeri diserahkan kepada wakil Kedutaan Korea Utara di sini pada kira-kira 1.10 tengah hari tadi oleh seorang lelaki tidak dikenali. Lelaki yang memakai baju biru tanpa lengan dan bertopi hitam itu pada mulanya kelihatan merayau-rayau di sekitar kawasan kedutaan sambil membawa sampul surat…

Teruskan Membaca

Korea Utara Patut Terima Kasih, Bukan Keruh Keadaan

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Nama Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia sebelum ini. Secara tiba-tiba nama Kim Jong-nam atau Kim Chol menjadi sebutan dunia apabila lelaki berusia 46 tahun itu mati diracun ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Feb…

Teruskan Membaca

Adik Bongkar Kejadian Abang Dibunuh Ayah

in Jenayah/Utama & Sensasi

TERGAMAK seorang ayah membunuh anaknya sendiri hanya kerana lewat pulang selepas diarahkan membeli rokok di kedai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka di Desa Aek Lung, Kecamatan Doloksanggul, Kabupaten Humbang Hasundutan Sumatera Utara, Indonesia. Setelah hilang selama enam hari, mayat Aldi Manata Sibarani, 10, ditemui dalam keadaan menyedihkan di kawasan semak selepas keluar membeli…

Teruskan Membaca

Tunggu Laporan Akhir Siasatan Kes Jong-nam

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati pihak-pihak yang berkaitan agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, daripada membuat andaian. Beliau berkata siasatan masih belum lengkap, hanya laporan awal hasil ujian kimia yang sudah dimaklumkan kepada pihak media. “Kita tunggulah laporan akhir…

Teruskan Membaca

Bekas Tertuduh Ke-2 Tidak Tahu Mayat Dalam Tong

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Bekas tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa dia tidak tahu adanya mayat di dalam sebuah tong ketika mengisi simen ke dalamnya. G. Gunasekaran, 49, berkata dia mengisi simen ke dalam tong itu pada 4 September 2015 dan hanya…

Teruskan Membaca

Campak Mayat Kekasih Dalam Tangki Kumbahan

in Jenayah/Utama & Sensasi

LONDON – Seorang lelaki didapati bersalah membunuh kekasihnya yang juga penulis novel remaja di Britain sebelum mencampak mayat mangsa di dalam tangki kumbahan di rumahnya semata-mata mahu mendapat harta mangsa bernilai 3.3 juta pound (RM18 juta). Panel juri semalam mendapati Ian Stewart bersalah membunuh kekasihnya, Helen Bailey, 51, selain tuduhan mengganggu siasatan dan menghalang pengebumian…

Teruskan Membaca

Staf Kedutaan Dikehendaki Miliki Kekebalan Diplomatik

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu meminta Korea Utara menggugurkan kekebalan diplomatik Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song sebelum boleh dipanggil oleh pihak polis. Pegawai-pegawai diplomat berkata selagi rejim Korea Utara tidak berbuat demikian, tiada tindakan boleh diambil oleh pihak polis disebabkan peruntukan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Mereka…

Teruskan Membaca

Media Berjaya Rakam Wajah Suspek Korea Utara

in Jenayah/Terkini

SEPANG – Sejak ditahan Sabtu lepas, wajah suspek warga Korea Utara berkaitan kes kematian Kim Jong-nam menjadi suatu misteri yang didamba oleh petugas media untuk dirungkai dan hari ini misteri itu terjawab. Kegigihan menunggu berjam-jam di bawah terik matahari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini membuahkan hasil apabila kelibat lelaki itu berjaya…

Teruskan Membaca

Kena Bunuh Lepas Ugut Nak Sebar Gambar Bogel

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Polis percaya berjaya menyelesaikan kes pembunuhan terhadap seorang pemandu lori kurang dari tempoh 24 jam dengan penahanan lima individu dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Mersing, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata hasil risikan yang dilakukan, kesemua mereka yang melibatkan empat lelaki dan…

Teruskan Membaca

“Buat Apa Tiga Tahun Di Malaysia?”

in Jenayah/Utama & Sensasi

SUSPEK keempat yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam menetap di Malaysia lebih tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang dinyatakan dalam permitnya ataupun menerima gaji. Ri Jong Chol, 47, mempunyai visa kerja Malaysia yang menunjukkan dia merupakan kakitangan di Tombo Entreprise. Bagaimanapun, menurut pemilik syarikat itu, Chong Ah Kaw memberitahu Jong Chol tidak pernah…

Teruskan Membaca

Kes Jong-nam: Polis Malaysia Tolak Siasatan Bersama

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menolak cadangan pihak berkuasa Korea Utara supaya diadakan siasatan bersama berhubung kes pembunuhan seorang warga Korea Utara, Kim Jong-nam, pada 13 Feb lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. “Tiada… perkara ini dalam bidang kuasa kami, bukan mereka,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di…

Teruskan Membaca

Rakaman CCTV Klia2, MAHB Bertanggungjawab

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Polis diarah untuk menjalankan siasatan ke atas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagaimana rakaman kamera litar tertutup yang dikaitkan dengan kes kematian Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2), boleh disiarkan oleh media asing. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek keselamatan di…

Teruskan Membaca

2 Suspek Wanita Tahu Ia Bukan Gurauan – KPN

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis menolak keras dakwaan bahawa dua suspek wanita dalam pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam hanya melakukan ‘prank’ terhadap lelaki tersebut. Malah menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua wanita berkenaan mengetahui aksi spontan tersebut melibatkan penggunaan bahan dipercayai racun yang mampu membunuh manusia. Beliau dalam sidang akhbar…

Teruskan Membaca

Status Setiausaha Kedua Kedutaan Jadi Teka-Teki

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Hyon Kwang-song, yang dikenal pasti polis sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, dan sedang dicari untuk membantu siasatan berhubung kematian Kim Jong-nam, tidak tersenarai sebagai staf kedutaan itu. Semakan Bernama terhadap senarai Perwakilan Diplomatik dan Konsul Malaysia yang terdapat dalam laman sesawang Kementerian Luar menunjukkan individu yang menyandang jawatan…

Teruskan Membaca

Indonesia, Vietnam Sedia Beri Bantuan Guaman

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Indonesia dan Vietnam menggesa Malaysia supaya memberikan akses bantuan guaman kepada rakyat negara itu yang ditahan berhubung dakwaan pembunuhan Kim Jong-nam, saudara tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Perkara itu dirundingkan semalam ketika para Menteri Luar dari ketiga-tiga negara bertemu di Mesyuarat Para Menteri ASEAN di Boracay, Filipina. Dalam satu kenyataan yang…

Teruskan Membaca

Pelajar Praktikal Ditemui Mati Dibunuh Di Ladang

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan amali di Ladang Teluk Sengat, Kota Tinggi, ditemui mati dengan kesan tikaman di ladang terbabit, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah, kira-kira pukul 6 petang oleh beberapa pekerja ladang…

Teruskan Membaca

Laporan Bedah Siasat Selepas Analisis Jabatan Kimia

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Laporan penuh mengenai bedah siasat mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan dikeluarkan selepas Jabatan Kimia menyiapkan analisis forensiknya. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata hasil bedah siasat itu akan membantu menentukan punca kematian dan identiti sebenar si mati. Bercakap pada sidang akhbar yang padat dengan petugas…

Teruskan Membaca

Berlegar Di HKL, Polis Sedang Mengesan Seorang Wanita

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan mencurigakan malam tadi. Wanita itu dilihat berlegar-legar di kawasan perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), dan anggota keselamatan HKL yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan, telah membuat laporan polis pada 9.56 malam tadi. Ketua Polis Daerah…

Teruskan Membaca

BBC Sudah Tahu Awal Plot Bunuh Kim Jong-nam?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEOUL – Perbadanan Penyiaran British (BBC) seakan-akan sudah dapat ‘hidu’ awal berita kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari, menurut akhbar berpengaruh Korea Selatan, The Korea Times. Harian berbahasa Inggeris itu melaporkan stesen penyiaran antarabangsa berpusat di London, England tersebut secara kebetulan melancarkan perkhidmatan siaran radio terbaharunya dalam bahasa Korea pada awal bulan ini. BBC yang…

Teruskan Membaca

1 2 3 14
Go to Top