Laman Utama Tags Posts tagged with "Lembu"

Lembu

339

Anda boleh menemui hampir kesemua benda dalam eBay. Bukan hanya kereta dan hadiah harijadi kepada tersayang malah lebih mengejutkan ialah tahi lembu dari India.

Campuran najis berkenaan yang dijemur hingga kering itu dihasilkan oleh golongan wanita di sebuah kampung di pedalaman India.

Tahi kering berkenaan sudah lama digunakan untuk dijadikan bahan bakar dan dijual pada harga £14 untuk 30 keping.

Disebabkan tempahan yang diterima cukup banyak disebabkan mereka menawarkan penghantaran percuma, wanita yang menghasilkan kepingan tahi kering itu terpaksa mendapat bantuan penduduk di kawasan lain untuk membalut najis berkenaan.

Selain bahan bakar, tahi lembu itu juga boleh dijadikan sebagai baja semulajadi dan pembersih udara apabila dicampur dengan kapur barus.

Permintaan terhadap tahi lembu ini akan meningkat menjelang perayaan Deepavali dan ketika penganut Hindu mengadakan upacara sembahyang di rumah atau pejabat.

Pada musim sejuk pula, orang ramai menggunakannya sebagai bahan bakar ketika menjalankan aktiviti di luar rumah.

557

BERLIN – Seekor anak babi hutan di Goettingen, Jerman dilaporkan sanggup berhijrah meninggalkan hutan untuk hidup bersama-sama dengan sekawan 30 ekor lembu di sebuah ladang ternakan tempatan.

Peladang Dirk Reese memberitahu, babi yang diberi nama timangan ‘Banana’, sudahpun tinggal dengan lapan ekor lembu selama lebih dua bulan di kawasan terletak di utara Hamburg, tidak jauh dari sempadan Denmark.

Agensi berita DPA memetik Reese sebagai berkata, Banana diterima dengan baik oleh lembu-lembu itu – “Ia dapat bergaul dengan sekawan lembu dan ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.”

Menurut Reese, Banana kini semakin terkenal di daerah pedalaman tersebut walaupun ia dianggap haiwan liar dan tergolong pula dalam kumpulan binatang najis berat atau mughallazah menurut ajaran Islam.

Atas sebab itu, Banana dapat hidup bebas bersama keluarga baharu haiwan itu dan bagi Reese pula, beliau boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi bimbang sekiranya Banana dijadikan sasaran oleh para pemburu tempatan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

514

TIANJIN – Lebih 200 tahun lalu, ahli ekonomi Britain, Thomas Robert Mathus meramalkan bahawa bumi akan kehabisan sumber makanan untuk menampung penduduk global yang makin bertambah.

Bagaimanapun, kemajuan bidang biologi sintetik dan kejuruteraan genetik akan menyebabkan berlakunya peningkatan luar biasa bekalan makanan dunia berbanding peningkatan menerusi kaedah biasa seperti diramalkan Mathus.

China sebagai contoh, sedang mengorak langkah untuk memanipulasi bekalan makanan negara itu dengan kaedah kejuruteraan genetik, berbanding meningkatkannya dengan kaedah tradisi.

Pada tahun 2016, Kumpulan Boyalife merancang untuk membuka sebuah kilang klon lembu baharu di Tianjin, di utara China yang mampu menghasilkan lebih sejuta ekor lembu setahun, menjelang tahun 2020.

Logiknya adalah mudah, penternak lembu China gagal memenuhi permintaan daging negara itu dan terpaksa bergantung dengan bioteknologi untuk penyelesaian.

Projek klon komersial itu dilakukan dengan kerjasama antara Sinica, anak syarikat Kumpulan Boyalife; Institut Perubatan Molekular, Universiti Selatan; Akademi Bioperubatan Bersama Antarabangsa Tianjin dan Yayasan Kajian Bioteknologi Sooam, Korea Selatan.

Pelannya adalah untuk menyiapkan kilang klon komersial bernilai AS$42 juta (RM176.68 juta) pada separuh pertama tahun 2016 dan kemudian memulakan pengeluaran sebanyak 100,000 ekor lembu setahun.

Dalam masa lima tahun, kilang itu dijangka meningkatkan penghasilan kepada sejuta lembu setahun. Ia adalah peningkatan luar biasa bekalan makanan daripada sifar kepada 100,000 ekor dan kemudian kepada sejuta lembu hanya dalam tempoh lima tahun.

Jumlah itu menakjubkan kerana China jelas sedang cuba mendapatkan bekalan daging sebanyak mungkin, hingga ke tahap negara luar boleh menempah daging beku atau daging siap masak Australia, dari China.

Pada Julai lalu, China memeterai perjanjian eksport lembu hidup dengan Australia untuk memenuhi peningkatan permintaan dagingnya. Mulai tahun 2016, China dijangka membelanjakan AS$2 bilion (RM8.41 bilion) setahun untuk mengimport sejuta lembu setahun dari Australia. – AGENSI

797

Guadalajara, Mexico – Seorang matador berdepan detik cemas apabila mulutnya ditusuk tanduk lembu jantan dalam pertandingan lawan lembu di bandar ini baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika matador muda dari Peru, Andres Roca Rey, 19, menentang seekor lembu jantan di gelanggang lawan lembu di Plaza Nuevo Progreso di sini.

Dalam pertunjukan itu, Rey beberapa kali terjatuh selepas ditanduk lembu jantan berkenaan, tetapi dia bertekad meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, ketika lembu jantan itu membuat satu terjahan, Rey gagal mengelak menyebabkan tanduk haiwan itu menusuk mulutnya.

Serangan itu menyebabkan Rey melambung sebelum jatuh ke tanah.

Perlawanan segera dihentikan, lalu Rey dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran.

Bagaimanapun, Rey tidak cedera parah dan hanya dua batang gigi hadapannya patah.

Walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, Rey bertekad kembali ke gelanggang tidak lama lagi untuk mengembalikan maruahnya. – Agensi/myMetro Online

347

BEIJING – Seorang petani di Gansu nampaknya cuba mengembalikan konsep menjual susu zaman dulu kala apabila membawa lembunya ke bandar di Zhangye dan menawarkan penduduknya susu asli sebenar.

Strategi perniagaan lelaki itu nampaknya laris apabila penduduk Zhangye berpusu-pusu membeli susu asli diperah segar dari lembunya.

China News melaporkan ada penduduk tempatan lebih menggemari susu seperti itu berbanding yang sudah diproses dan dijual dalam kotak kerana menganggapnya lebih sihat.

Malangnya, pelbagai bakteria seperti Salmonela, E coli dan Listeria antara kuman yang mampu menjangkiti seseorang jika minum susu tidak dipasteur, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA).

Mungkin petani dari Gansu ini mendapat idea untuk menjual susu lembunya selepas melihat kejayaan gembala kambing di wilayah Shaanxi yang membawa haiwan ternakan mereka ke Xi’an menaiki van untuk menjual susunya dengan harga 10 yuan (RM6.90).

Secara kebetulan, kebanyakan pengguna China kurang mempercayai jenama susu tempatan disebabkan pelbagai skandal pencemaran kimia dikaitkan dengan bahan minuman itu sejak beberapa tahun.

Seterusnya ini membuka ruang untuk usahawan yang kreatif membawa haiwan ternakan mereka ke bandar besar, malah ada juga yang terbang ke Australia semata-mata mahu membeli susu formula bayi untuk dijual semula di China. – Agensi/myMetro Online

917

SEEKOR anak lembu di California menjadi sensasi Internet selepas dipercayai mengalami ‘kecelaruan identiti’.

Goliath yang berusia 8 minggu, telah diselamatkan daripada dibunuh satu ketika dahulu dan kini dijaga serta dibela sebuah keluarga.

[KUCING ‘LUPA DIRI’ LEPAS DIBELA KELUARGA MUSANG]

3

Pemiliknya, Shaylee Hubbs, 18, berkata dia yakin anak lembu itu telah lupa asal-usulnya dan cara untuk berkelakuan seperti seekor lembu.

Shaylee percaya sifat Goliath itu mungkin dipengaruhi oleh 3 ekor anjing berbaka Great Dane yang dibelanya.

4

“Saya yakin Goliath berasakan dirinya seekor anjing selepas dibesarkan 3 ekor anjing itu.

“Kesemua mereka berkejaran dan main bersama-sama. Goliath melihat kesemua anjing itu makan di dalam mangkuk lalu menirunya. Ia juga duduk di atas sofa sama seperti anjing,” kata Shaylee.

2

Malah, Goliath dikatakan menganggap salah seekor anjing peliharaan Shaylee itu adalah ibunya.

Anak lembu yang ‘lupa daratan’ itu mula menjadi viral selepas gambarnya mendapat perhatian di laman makro Twitter. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

1

1003

GAMBAR sekumpulan lembu yang tidak sanggup meninggalkan ‘rakan’ yang mati dilanggar di jalan raya telah menjadi sensasi Internet di Hong Kong.

Sebelumnya, seekor lembu hitam mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 7.35 pagi di Jalan Ma On Shan, semalam.

w2

Sekumpulan lembu lain yang turut cuba melintas jalan raya itu dikatakan cuba membantu lembu tersebut dengan menolak bangkainya ke tepi jalan namun gagal.

Akibatnya sekumpulan lembu itu dikatakan ‘sedih’ dan memutuskan untuk terus berada di samping bangkai tersebut.

w3

w4

Individu yang melanggar lembu malang itu segera melaporkan kejadian kepada pihak polis kerana bimbang kesesakan lalu lintas yang berlaku akibat dari kejadian tersebut.

Apa pun, kasih sayang yang ditunjukkan sekumpulan lembu itu ternyata menyentuh perasaan setiap netizen yang melihat gambar ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

587

PETALING JAYA – Wakil rakyat DAP menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil tindakan ke atas empat restoran India di sini yang didakwa menipu pengguna Hindu mengenai menu daging kambing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv berkata, beliau mendapat aduan restoran terbabit menghidangkan daging lembu untuk menu daging kambing kepada pelanggan beragama Hindu.

“Berita mengenai empat restoran India di Petaling Jaya menawarkan menu daging kambing tetapi sebenarnya daging lembu membimbangkan masyarakat Hindu yang tidak makan daging lembu atas faktor agama.

“Ini berita yang mengejutkan dan tersebar luas menerusi WhatsApp dan saya sendiri telah menerima banyak aduan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kimia dan MBPJ perlu melakukan siasatan ke atas restoran terbabit dan mengenakan tindakan jika dakwaan itu benar.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan hidangan daging kambing yang dijual di restoran-restoran bukan daging lembu. – MYNEWSHUB.CC

440

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan video proses penyembelihan lembu secara tidak halal yang sedang diviralkan di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Dr. Kamaruddin Md. Isa berkata, video tersebut boleh mengelirukan dan meragukan pengguna kerana didakwa berlaku di Malaysia.

“Video menunjukkan proses stunning dan bukannya proses penyembelihan. Proses stunning menggunakan alat pneumatic stunner tidak terdapat di rumah sembelih Malaysia. Oleh demikian, klip video ini berkemungkinan besar menggambarkan keadaan di luar negara.

“Dalam proses penyembelihan sebenar, penyembelih akan melakukan proses penyembelihan dengan menggunakan pisau yang tajam dengan membaringkan ternakan, memutuskan halkum dan dua salur darah karotid. Video yang ditunjukkan tidak dapat digunakan untuk menentukan sama ada proses penyembelihan halal atau sebaliknya dilakukan kerana tiada proses penyembelihan ditunjukkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kamaruddin berkata, pihaknya merumuskan `pneumatic stunner’ yang dipaparkan di dalam video tidak digunakan di Malaysia.

Menurutnya, ia juga tidak digunakan oleh semua pusat penyembelihan di India yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeksport daging ke Malaysia.

“Semua pusat di India yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk pengeksportan daging kerbau sahaja. Sebaliknya video menunjukkan ternakan lembu yang mana turut dilarang penyembelihannya di India,” katanya. – mynewshub.cc

859

DEMI kerana bapa, seorang remaja berusia 15 tahun, kini menjadi tajuk berita muka depan akhbar tempatan selepas dia menyarung kepala lembu dan membiarkan dirinya ditunggangi dengan bayaran 5 yuan, bagi menyara bapanya yang sakit dan lumpuh.

Gadis itu, Hao Dongdong sanggup menjadi lembu tunggangan dan menyediakan perkhidmatan itu di tepi jalan.

Dia hanya duduk berlutut di jalan dan menunggu orang ramai yang mahu menunggangnya sambil dia memakai sarung kepala lembu.

Ada kalanya Hao menjadi mangsa buli dan dia juga pernah ditampar oleh orang yang mabuk. Hao turut ditawarkan menjadi GRO oleh seorang wanita.

Bagaimanapun usahanya itu tidak mendapat sokongan penduduk malah ramai yang menggelarnya sebagai penipu.

Manakala golongan pekedai pula menyifatkan pekerjaan yang dilakukan Hao telah memburukkan tempat tersebut.

Disebabkan mereka tidak mempercayainya, Hao telah membawa bapanya ke tempat kerjanya itu bagi membuktikan kata-katanya.

9

“Bapa saya memerlukan bayaran sebanyak £500 setiap bulan untuk rawatan perubatan. Adik-adik saya pula perlu ke sekolah. Saya tidak mempunyai kad pengenalan jadi saya tidak boleh bekerja, hanya meminta sedekah,” katanya.

Bapanya yang berusia 54 tahun itu menjadi lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan pada 2014. Ibunya pula telah meninggalkan mereka.

“Saya tahu apa yang orang ramai fikirkan tetapi saya tidak peduli,” kata Hao. – MYNEWSHUB.CC

2589

SUNGGUH menyayat hati… seorang imam muda maut selepas parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tanpa diduga tertusuk pada lengan kirinya ketika menunaikan ibadah korban.

Kejadian dilaporkan berlaku di Surau Taman Cahaya Baru, Yong Peng, Johor kira-kira pukul 11 pagi pada Khamis itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali Suharto Bin Meodjib Dimjati cedera parah.

wmwm3

Susulan itu, mangsa segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Yong Peng sebelum dia kemudian dibawa pula ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lebih lanjut.

Bagaimanapun, allahyarham Suharto gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan kerana kehilangan darah yang banyak.

Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Namun, entah macam mana seekor lembu yang sedang disembelih secara tiba-tiba mengelupur dengan kuat sehingga mengakibatkan mangsa dan imam yang menyembelih tercampak ke belakang.

Malangnya, pada masa yang sama parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tadi melantun terkena pula pada bahagian lengan mangsa.

wm1

Al-fatihah dan semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. – MYNEWSHUB.CC

259

HULU TERENGGANU – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ini menyumbangkan 11 ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat di daerah Hulu Terengganu sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata sumbangan lembu korban itu akan diagihkan kepada sembilan buah kampung di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen berkenaan, serta dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Pendidikan Hulu Terengganu dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Hulu Terengganu.

“Sumbangan lembu korban ini diagihkan kepada masyarakat di daerah ini bagi mereka merasai suasana Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

“Ini tahun ketiga sumbangan seumpama ini diagihkan, dan setiap tahun kita berikan kepada kampung dan jabatan berbeza,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan lembu korban di Dataran Kuala Berang di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Dula, Abu Bakar Othman berkata sumbangan itu memberi makna besar kepada masyarakat terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan di kampungnya.

“Kita akan sembelih lembu ini secara bergotong-royong, masak dan makan beramai-ramai agar semua penduduk dapat merasai daging lembu ini.

“Ada juga penduduk yang kurang berkemampuan dan dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapatlah mereka menikmati suasana sambutan Hari Raya Aidiladha ini,” katanya. – BERNAMA

440

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) memberi jaminan bekalan lembu dan kambing mencukupi bagi memenuhi keperluan umat Islam melakukan ibadan korban dan akikah pada Aidiladha ini.

Pengarahnya Dr Abd Razak Mohd Zailan berkata jabatan itu membuat persediaan awal dengan meningkatkan bekalan haiwan itu melalui pembekal tempatan untuk memastikan ia mencukupi.

“Insya-Allah, bilangan lembu dan kambing pada Hari Raya Haji mencukupi sebab kita mempunyai ramai pengusaha ternakan di negeri ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya sekiranya pengedar dan pembekal mahu membawa lembu dari negeri lain, mereka perlu mendapatkan permit kesihatan dan permit pemindahan bagi memastikan haiwan itu sihat sepenuhnya.

Mereka juga perlu memohon permit penyembelihan di Pejabat Veterinar.

Dr Abd Razak turut meminta mereka supaya tidak menyembelih lembu betina kerana ia mampu beranak dalam tempoh tujuh tahun. – BERNAMA

1600

KUANTAN – Lima individu ditahan berhubung kes dua lelaki yang disyaki mencuri lembu dibelasah, dipaksa makan najis lembu dan kereta mereka dibakar di Felda Jengka 17, Maran pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Razi berkata mereka ditahan di Jengka 15 dan Jengka 17 hari ini.

Beliau berkata seorang daripada dua mangsa yang dipukul itu telah dibenarkan pulang dari Hospital Bandar Jengka manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi menjalankan pembedahan tangan.

Namun setakat ini belum terdapat laporan polis dibuat oleh pihak yang lembu mereka dikatakan dicuri, katanya.

Keadaan mangsa yang dibelasah dan dipaksa makan najis tersebar luas di laman sosial dan mendapat reaksi pelbagai.

Mat Rizal tidak menafikan kejadian mencuri lembu kerap berlaku di kawasan tersebut namun jarang dilaporkan.

“Lembu-lembu di kawasan ini biasanya dibiarkan bebas berkeliaran di ladang kelapa sawit. Pemilik hanya mengenali lembu mereka berdasarkan rupa bentuk haiwan tersebut misalnya berdasarkan bentuk fizikal dan warna kulit,” katanya. – BERNAMA

539

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengagihkan lembu di setiap daerah di Johor sebagai sumbangan berbuka puasa kepada orang ramai pada Ramadan ini.

Tunku Ismail bertitah demikian sebagai niat baginda bersempena hari keputeraannya yang ke-31 hari ini.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.

“Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat Tuanku Sultan Johor untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa,” titah baginda melalui laman Facebook Johor Southern Tigers di sini.

Tunku Ismail turut bertitah mahu bersedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di seluruh Johor.

“Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat,” titah baginda. – mynewshub.cc

 

716

Madrid – Seorang matador dirodok di kemaluannya di depan ribuan penonton dalam pesta laga lembu di sini.

Marco Galan mengambil bahagian dalam pesta berkenaan di Plaza de Toros de Las Ventasm, gelanggang laga lembu terbesar di Sepanyol, Ahad lalu.

Rakaman video menunjukkan Galan membenamkan dua tombak kecil pada belakang lembu berkenaan sebelum haiwan itu menanduknya, menyebabkan lelaki itu terpelanting.

Rodokan tanduk kiri itu terkena kemaluan Galan. Sebaik dia jatuh, lembu itu menyerangnya lagi. Kali ini, tanduk kanannya menembusi jaket lelaki itu dan dia diheret haiwan berkenaan, menyebabkan matador lain meluru ke dalam gelanggang untuk membantu Galan.

Galan dirakam berjalan keluar dalam keadaan berdarah pada seluarnya.

Akhbar El Mundo melaporkan: “Kantung zakar Galan koyak. Dia menjalani pembedahan di arena itu sebelum dipindahkan ke hospital.”

Galan ialah bandarerillero yang tugasnya menikam banderilla, tombak kecil, pada belakang lembu sambil berlari sehampir mungkin dengan haiwan berkenaan untuk mempamerkan keberanian.

Lembu yang merodok Galan akhirnya mati.

Festival berkenaan ditangguhkan tahun lalu, buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun selepas tiga matador dirodok. – Agensi/myMetro Online

 

1631

CANBERRA — Industri perdagangan ternakan hidup Australia kembali dilanda kontroversi susulan laporan hasil siasatan dilakukan kerajaan Australia yang mendapati lembu negara itu dipukul dengan kejam di Vietnam.

Pasukan penyiasat Jabatan Pertanian Australia berjaya menemui bukti lembu yang dieksport ke Vietnam dipalu kuat pada kepalanya sehingga mati dengan menggunakan tukul besi dan bukan disembelih di bahagian leher.

Siasatan itu mendapati tiga kes sedemikian berlaku pada Mac tahun ini malah awal bulan ini, organisasi sukarela Animals Australia juga mengesahkan laporan lembu negara itu dibunuh dengan tukul di Vietnam.

Pemerhati hak asasi haiwan itu dalam laporan mereka menyatakan, kejadian mengerikan tersebut untuk mematikan sejumlah lembu Australia berlaku di beberapa rumah haiwan yang tidak rasmi di utara Vietnam.

Animals Australia melakukan penyelidikan di Vietnam setelah menerima maklumat daripada wakil industri ternakan Australia pada April lalu bahawa ribuan lembu Australia disembelih dengan cara yang tidak sesuai.

“Pembunuhan lembu dan kerbau dengan cara melakukan pemukulan berulang kali di kepala ternakan itu menggunakan tukul merupakan kaedah penyembelihan tradisional di Vietnam,” kata organisasi tersebut.

Vietnam adalah pasaran eksport kedua terbesar Australia untuk sektor ternakan hidup selepas Indonesia dan menurut Animals Australia, ada 178,000 ekor binatang ternakan yang dieksport ke Vietnam sepanjang tahun lalu.

Aktivis hak asasi haiwan tempatan menyatakan, sudah ada lapan aduan serupa yang dilaporkan kepada mereka selama dua tahun terakhir mengenai kaedah pembunuhan kejam ternakan import berlaku di Vietnam.

Seorang jurucakap Kementerian Pertanian Australia, Barnaby Joyce, menjelaskan, Jabatan Pertanian akan memantau ketat eksport lembu ke Vietnam sejak menerima laporan mengenai hal tersebut pada Mac lalu.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk memastikan semua masalah yang dilaporkan dapat diperbaiki dan standard kesejahteraan haiwan yang cukup ketat harus dilaksanakan,” kata jurucakap itu.

Jabatan tersebut juga masih terus mencari maklumat daripada pengeksport negara lain di Vietnam untuk menentukan apakah telah terjadi pelanggaran sama bagi ternakan mereka. — Agensi/H.A.AMREE

1698

Nakuru – Satu keluarga sebuah kampung di Kenya terkejut selepas mendapati lembu peliharaan mereka bertukar menjadi karnivor apabila memakan bebiri sejak minggu lalu.

Charles Mamboleo berkata, dia terperanjat apabila bangun pagi Rabu lalu dan mendapati lembunya memakan seekor bebiri yang ditanduk hingga mati sebelum itu.

Keesokannya, lembu itu makan seekor lagi bebiri walaupun sudah disediakan rumput dan air untuknya makan seperti sebelumnya.

“Selepas kejadian pertama, kami menyangka lembu itu kelaparan. Kami tambah rumput dan air. Tetapi ia masih mengejar biri-biri,” kata Mamboleo.

Dia bimbang lembu itu disihir kerana ia tidak melahirkan anak sejak dibeli.

Isteri Mamboleo, Consepta Kerubo juga menyuarakan kebimbangan haiwan itu akan makan anak mereka.

Bagaimanapun, pegawai pertanian tempatan Albert Kabugi menolak dakwaan lembu itu disihir.

Menurutnya, haiwan berkenaan mungkin kekurangan zat dan mineral yang ditemui pada rumput.

Rumput semakin sukar diperoleh di negara itu kerana kemarau.

Dia bagaimanapun mengaku terkejut dengan kejadian itu dan berkata, ini kali pertama ia mendapat tahu lembuh makan daging. – Agensi

925

Le Roy (Amerika Syarikat) – Air mani dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000) dicuri dari sebuah ladang ternak di Minnesota, kelmarin.

Pemilik ladang Daniel Weness berkata, dia mengambil air mani dan embrio itu dari lembu yang diternaknya.

Bekas untuk menyimpan air mani dan embrio itu saja bernilai AS$500 (RM1,800).

“Memang ada pasaran untuk air mani dan embrio itu. Ramai penternak membelinya daripada Weness kerana mereka tidak perlu mengangkut lembu betina masing-masing untuk dikawankan dengan lembunya.

“Mereka perlu membelinya dan melakukan permanian beradas terhadap lembu mereka,” kata syerif Mower County Mark May.

Dia percaya pencuri terbabit menjual air mani dan embrio itu kepada penternak lain.

“Ramai orang bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya,” kata May.

Wennes memiliki 80 lembu di ladangnya dan setakat ini, dia tidak dapat mengesyaki pencuri berkenaan. – Agensi

    1594

    PENYANYI Kaka Azraff menerima kritikan hebat daripada ‘keyboard warrior’ apabila disamakan dengan lembu selepas memuat naik foto mengenakan cincin hidung.

    Geram dengan komen diterima, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, menyifatkan pemberi komen tersebut sebagai tidak adil dan bersikap jahat.

    Kaka bagaimanapun, tidak mahu ambil hati dan berpendapat masyarakat tidak mengetahui perkara sebenar.

    “Biarpun saya berasakan komen menyamakan saya seperti lembu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

    “Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu,” katanya.

    foto-kaka-azraff-macam-lembu-2 Anis

    Kaka kemudiannya menjelaskan, dia berpakaian ala Bollywood lengkap dengan aksesori cincin hidung tersebut bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk seorang penuntut universiti bagi menyiapkan projek akhirnya.

    “Saya setuju menjayakan projek itu kerana sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

    “Hendak salahkan ‘keyboard warrior’ yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham,” jelasnya lagi.

    – MYNEWSHUB.CC

    1239

    Colombia – Demi perjuangannya bagi mengharamkan sukan lawan lembu, seorang wanita, Fanny Pachon, 35, sanggup menahan kesakitan dengan mencucuk 2,500 jarum di belakang badannya.

    Pachon berbuat demikian untuk mendesak agar sukan yang kejam dan tidak bertamadun itu dihentikan.

    Sebagai simbolik kepada usaha tersebut dia sanggup membiarkan 2,500 jarum dicucuk di badannya. Pachon juga berjaya memecahkan rekod dunia dengan jarum paling banyak dicucuk di badan.

    Bagaimanapun Pachon berkata dia tidak berminat dengan rekod tersebut kerana apa yang lebih penting ialah binatang tersebut.

    “Saya dan rakan-rakan telah bertahun-tahun cuba untuk mendedahkan mengenai sukan lawan lembu itu namun tiada siapa yang mendengarnya.

    “Kami kemudiannya sedar bahawa kami perlu melakukan sesuatu ketika dua kejohanan sukan itu akan diadakan tidak lama lagi,’’ katanya yang turut mencabar matador supaya merasai kesakitan yang dialami oleh lembu terbabit.

    Menurut Pachon, dia memutuskan untuk berbuat demikian selepas protes yang diadakan di bandar Cartagena,gagal membuahkan hasil.

    Dia mencucuk 2,500 jarum itu di depan dewan bandaraya di mana sebelum itu pestisyen meminta pengharaman sukan berkenaan telah dihantar kepada pihak berkuasa.

    1380

    TANAH MERAH – Seorang bekas anggota tentera ditemui mati dalam keadaan misteri bersama bangkai seekor lembu di sebuah kandang di Kampung Panglima Bayu, dekat sini, petang semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat Mohd Azhar Abdul Halim, 44, ditemui pemilik lembu dalam keadaan tanpa pakaian bersama seekor lembu yang sudah mati dalam kandang berkenaan.

    Pemilik lembu terbabit, Mohamad Husin, 61, berkata, dia bersama seorang rakan mencari lembunya yang hilang, kemudian ditemui mati itu tidak jauh dari kandang tersebut sejak awal pagi.

    Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi bedah siasat

    Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi bedah siasat

    “Kami cari di tempat biasa lembu ini ditambat tetapi tidak ada, kemudian saya cuba cari di kawasan lain dan ketika melalui kandang, saya ternampak ada lembu mati dan mayat mangsa.

    “Saya terus panggil rakan untuk lihat sendiri kejadian sebelum buat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

    Sementara itu, adik mangsa, Mohd Abdul Halim, 30, memberitahu, abangnya menghidap beberapa penyakit seperti jantung, paru-paru berair dan asma serta pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini.

    “Saya dapat tahu dia meninggal dunia dalam kandang lembu selepas dimaklumkan seorang jiran. Arwah tidak ada di rumah sejak jam 10 malam semalam dan isterinya cuba cari dengan menghubungi rakan arwah tapi gagal,” katanya.

    Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan  kes sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

      2056

      Mungkin niat pelakon komedi popular ini hanya untuk berkongsi aktivitinya bersempena Hari Raya Korban, namun tindakan Zizan Razak memuat naik gambar seekor lembu yang baru disembelih menimbulkan respon negatif dari pengguna laman sosial.

      Melalui muat naik tersebut, Zizan Razak dilihat memegang sebilah pisau sambil merenung seekor lembu yang baru disembelih.

      Mungkin tidak memahami ajaran Islam dan sejarah aktiviti korban, gambar tersebut dilimpahi komen-komen dari warga asing yang mengkritik Zizan dengan menggelar figura terkenal itu sebagai seorang pembunuh haiwan.

      Untitled

      Terdapat sesetengah pengikut yang menyokong tindakannya, namun ada juga yang menasihati Zizan supaya memadamkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti agama, namun sehingga kini gambar tersebut masih belum dibuang.

      Kesian Zizan, tak habis-habis dirunding satu persatu isu semenjak dari awal pembabitannya dalam industri seni tempatan.

      Sebelum ini, dia terbabit dengan isu permasalahan dengan pengurusnya, Marina Juki berkenaan isu dalaman syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd dan isu seluar ketat sehingga menonjolkan ‘anu’nya pada konsert pertama Akademi Fantasia 2014.  – MYNEWSHUB

      Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

      952

      TAMWORTH – Satu pasangan pengantin cemas selepas seekor lembu tiba-tiba cuba menyerang mereka ketika satu sesi fotografi di sebuah kawasan ladang di sini baru-baru ini lapor New York Daily News kelmarin.

      Pasangan berkenaan, Brian dan Rebecca Pepper yang baru berkahwin pada 21 September lalu mengupah seorang jurugambar, Rachel Deane untuk merakamkan detik bahagia mereka.

      Ketika pasangan berkenaan sedang merakamkan gambar di satu kawasan padang rumput tiba-tiba mereka dihampiri seekor lembu jantan.

      Lembu jantan itu dilihat cuba menyerang Rebecca tetapi Brian yang menyedari perkara itu segera mempertahankan isterinya sebelum menghalau lembu tersebut.

      Deane yang turut terkejut sempat merakamkan aksi Brian menghalau haiwan berkenaan dan gambar tersebut menarik perhatian pengguna internet selepas dia memuat naik gambar di laman Facebook miliknya.

      “Lihatlah lembu ini yang cuba mencabar Brian untuk mendapatkan cinta Rebecca,” kata Deane. – AGENSI

       

      537

      SETIU – Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di sini semalam.

      Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab. Rahman Raja Mohamad berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.

      Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

      “Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.

      “Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi ‘aku langgar kamu’,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. – BERNAMA

      751

      KUCHING – Tiga hari menjelang sambutan Aidiladha, sebanyak 1,200 ekor lembu yang disediakan PPES Ternak Sdn Bhd (PPES Ternak) untuk ibadah korban tahun ini, sudah habis ditempah pelanggan.

      PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), merupakan pembekal utama ternakan korban di negeri ini sejak syarikat itu beroperasi 30 tahun lepas.

      Tinjauan Bernama di PPES Ternak di Bintawa mendapati petugasnya kini mula melakukan proses penghantaran sebahagian lembu yang ditempah itu ke lokasi pelanggan.

      Menurut Eksekutif Pemasaran PPES Ternak, Artino Arshad jumlah tempahan 1,200 yang diterima tahun ini meningkat berbanding 938 tempahan yang diterima tahun lalu.

      “Pelanggan mula menempah lembu untuk sambutan Aidiladha sejak Februari. Dari segi harga PPES Ternak menetapkan harga seekor lembu berdasarkan saiz di antara RM4,100 hingga RM7,340 manakala harga daging lembu segar dijual di antara RM37 hingga RM46 sekilogram,” katanya.

      Artino berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, bekalan lembu untuk Aidiladha di negeri ini diperoleh dari ladang SEDC di Rosewood Cattle Station dan Strathmere Beardie Aggregation di Australia serta ladang di Karabungan, Miri. – BERNAMA

      539

      KUALA TERENGGANU – Persatuan Ternak Terengganu (PTT) menjangka permintaan lembu tempatan untuk ibadah korban sempena Aidiladha di negeri ini tahun ini berkurangan berikutan harga ternakan itu yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

      Pengerusi PTT Hamid Salleh berkata, perkembangan itu berikutan harga lembu meningkat antara RM4,000 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz berbanding RM2,000 hingga RM3,000 seekor tahun-tahun sebelumnya.

      “Kita jangka tahun ini orang buat korban berkurangan sebabnya rata-rata orang ramai yang kami temui mengeluh kerana tidak mampu untuk membeli kerana harga lembu tempatan mahal,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai harga lembu tempatan untuk ibadah korban yang mahal pada masa kini.

      Menurut Hamid, masalah bekalan ternakan di negeri ini pada masa ini tidak berbangkit memandangkan ramai penternak membawa masuk lembu import dari Thailand dan Myanmar.

      Beliau berkata, pihaknya sedia membantu sekiranya orang ramai memerlukan lembu untuk membuat korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

      Sementara itu, seorang pembekal lembu dari Kuala Terengganu, Wan Musa Wan Abdul Mutalib berkata kadar permintaan lembu yang diterima daripada umat Islam di negeri ini pada kali ini dilihat merosot teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

      Beliau yang juga anggota jawatankuasa PTT berkata beliau cuma dapat menjual antara 40 hingga 60 ekor sahaja berbanding 100 ekor tahun lepas.

      “Bila bekalan lembu saya dapat harganya sudah tinggi, maka saya terpaksa jual dengan harga tinggi, jadi orang korban tidak banyak,” katanya. – BERNAMA

      378

      PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini memberi jaminan bekalan lembu hidup yang diimport sempena sambutan Aidiladha Ahad ini adalah sihat dan bersih daripada sebarang penyakit.

      Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jaminan itu diberikan bagi mengelak pengguna berasa khuatir akan tahap kesihatan lembu import terutamanya berkaitan penyakit kuku dan mulut.

      “Lembu-lembu yang diimport biasanya akan diperiksa tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibawa masuk dan kemudian akan dikuarantinkan selama 10 hari,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Duta Brazil ke Malaysia Madam Maria Auxiliadora Figueiredo di pejabatnya di sini hari ini.

      “Kita memang sentiasa pantau lembu-lembu yang dibawa masuk ke negara ini, dan kebanyakan lembu yang gagal dibawa masuk ke sini rata-ratanya kerana menghidap penyakit kuku dan mulut,” katanya.

      Katanya kementerian turut menempatkan sebanyak 361 pegawai bagi memantau tahap kesihatan dan proses sembelihan lembu-lembu import terbabit.

      Separuh daripada 25,000 ekor lembu yang disediakan sebagai bekalan sempena Aidiladha pada tahun ini diimport dari Myanmar, Thailand dan Australia.

      Sementara itu, kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dua hala bidang pertanian antara Malaysia dan Brazil adalah menggalakkan dengan kemungkinan untuk pertumbuhan dalam perdagangan pertanian yang tinggi. – BERNAMA

      296

      IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengagihkan sejumlah 370 lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 5 Okt ini.

      Sumbangan haiwan itu untuk 52 kawasan Dewan Undangan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

      Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU) Datuk Ismail Saffian berkata program kali ke-5 itu merupakan program tahunan kerajaan negeri semenjak Perak ditadbir oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

      “Kita menjemput 52 orang wakil rakyat, wakil agensi (dan jabatan) kerajaan serta badan bukan kerajaan untuk menerima sumbangan ini.

      “Wakil rakyat di kawasan masing-masing akan menyerahkan sumbangan itu kepada masjid atau surau untuk ibadah korban,” katanya yang mewakili Zambry pada majlis Sumbangan Korban Perdana Negeri Perak di sini hari ini. – BERNAMA

      544

      PUTRAJAYA – Lebih 25,000 ekor lembu disediakan sebagai bekalan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 5 Okt ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

      Selain stok tempatan, lembu untuk korban juga diimport dari Thailand, Australia dan Myanmar, katanya

      Kementerian akan memastikan bekalan lembu pada musim perayaan sentiasa mencukupi sebagai contoh pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas tiada aduan ketidakcukupan bekalan dilaporkan, katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi 2014 peringkat kementerian di sini hari ini.

      Terdahulu Tajuddin dalam ucapannya berkata warga kementerian harus memikirkan bagaimana untuk melaksanakan transformasi yang boleh memberikan perubahan lebih baik kepada kumpulan sasar selain menjalankan tangungjawab sedia ada. – BERNAMA

      2131

      EMAZIZINI – Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

      Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

      “Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

      “Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

      “Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

      Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

      “Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

      Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

      Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

      “Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. – Agensi

      612

      SERDANG – Pelanggaran antara Toyota Vios dan lembu yang berkeliaran di Kilometer 0.8 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menyebabkan berlakunya kesesakan teruk di laluan arah ke Putrajaya pada malam Jumaat.

      Lembu berkenaan dipercayai dari ladang berhampiran Hospital Serdang memasuki laluan tengah SKVE apabila kenderaan itu terlanggarnya pada kira-kira pukul 8.30 malam. Lembu itu mati di tempat kejadian.

      Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu, pegawai kewangan Muhamad Shukri Abdullah berkata, beliau tidak sempat membrek apabila pemanduannya dikejutkan dengan kehadiran lembu di lorong tengah lebuh raya itu.

      “Lembu itu melambung ke kereta saya dan menyebabkan cermin depan pecah sebelum ia jatuh ke jalan.

      “Muka saya pula cedera akibat terhentak ke cermin yang pecah itu,” katanya.

      Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

      Pegawai bank, Ahmad Uwais, 25, membuat panggilan kecemasan itu selepas menyaksikan kemalangan itu sebelum ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian.

      “Ini bukan kali pertama lembu berkeliaran dan menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan ini.

      “Sepatutnya pemilik haiwan itu menjaga ternakannya supaya tidak merayau-rayau ke jalan kerana ia membahayakan pengguna jalan raya,” katanya. – mStar Online

      744

      KUALA TERENGGANU – Persatuan Penternak Terengganu (PPT) memberi jaminan bekalan lembu untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha mencukupi di negeri ini.

      Pengerusi PPT Abdul Hamid Datuk Mohd Salleh berkata ketika ini peniaga lembu giat membawa masuk lembu dari luar sebab lembu tempatan susah diperoleh selain harganya tinggi.

      Katanya kadar harga lembu tempatan di Terengganu sekarang sekitar RM4,000 seekor berbanding RM3,000 sebelum ini.

      “Lazimnya di Terengganu setiap tahun lebih 1,000 ekor lembu diperlukan untuk sambutan hari raya korban,” katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan ke-23 PPT di sini hari ini.

      Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong.

      Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan menjaga kebersihan semasa membuat korban bagi mengelak jangkitan penyakit kuku dan mulut. – BERNAMA