Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

mahkamah

Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu

in Jenayah/Terkini

KLANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas jirannya menggunakan sebatang kayu rotan, dua minggu lepas. Tertuduh, Ching Chee Siong, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.. Ching didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Khor Meng Hiong, 52, di sebuah…

Teruskan Membaca

Sebutan Semula Kes Warga Emas Buang Janin 2 Oktober

in Jenayah/Terkini

TAWAU – Mahkamah Majistret Tawau pada Isnin lepas menetapkan 2 Okt depan untuk sebutan semula kes seorang lelaki warga emas yang dituduh membuang janin bayi perempuan yang dikandung isterinya pada Ogos lalu. Keputusan itu dibuat Majistret Mohammad Faisal Che Saad ekoran tertuduh Sambaliong Saijuan, 75, mempunyai masalah pekak dan alat pendengarannya rosak. “2 Okt nanti…

Teruskan Membaca

Tahanan Ada Kunci Pendua, Gari Bolos

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN – Seorang tahanan yang dipercayai mempunyai kunci pendua gari melarikan diri dari Kompleks Mahkamah George town di sini petang semalam. Hasil siasatan polis mendapati lelaki terbabit dikenali sebagai Khairul Nizam Abdullah Sani dan seorang rakannya menggunakan kunci pendua untuk buka gari berantai yang dikenakan pada mereka bersama 27 tahanan lain. Bagaimanapun, rakan lelaki…

Teruskan Membaca

Mahkamah Thailand Tentu Nasib Yingluck Hari Ini

in Terkini

BANGKOK – Mahkamah Tinggi Thailand hari ini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bersalah atau tidak atas tuduhan penyalahgunaan kuasa. Jika didapati bersalah, Yingluck, 50, berdepan hukuman penjara 10 tahun dan larangan daripada menyertai politik seumur hidup. Bekas perdana menteri wanita pertama yang digulingkan tentera pada 2014 itu dituduh cuai dalam melaksanakan…

Teruskan Membaca

Wang Haram: Bekas Penolong Jurutera Didakwa

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Seorang bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta pada Januari lepas. Ishak Ismail, 56, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan, Ishak pada…

Teruskan Membaca

Nekad Failkan Cerai Sebab Tiada Tandas Dalam Rumah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

AKIBAT tertekan tidak mempunyai tandas dalam rumah, seorang wanita dari New Delhi, India nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, baru-baru ini. Memetik laporan The Hindu, wanita itu sebelum ini pernah merayu kepada keluarga mertuanya untuk membina tandas dalam kediaman mereka kerana sudah tidak tahan terpaksa keluar ke padang berhampiran rumah untuk membuang air kecil dan besar.…

Teruskan Membaca

Padah Suami Pukul Isteri Sampai Cota Patah…

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang suami yang memukul isteri dengan sebatang cota sehingga senjata itu patah, mendapat pembalasan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan terhadapnya. Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas Irwanizam Sharrudin, 42, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Salzila Sazali, 33,…

Teruskan Membaca

Penjaga Kolam Udang Berdepan Tuduhan Liwat

in Terkini

JOHOR BAHRU – Seorang penjaga kolam udang yang sebelum ini mengaku bersalah atas lima pertuduhan meliwat dan melakukan seks luar tabii terhadap dua anak tiri lelakinya berusia 11 dan tujuh tahun, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Kamarudin…

Teruskan Membaca

Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya

in Sukan/Utama & Sensasi

GARA-gara disabitkan tuduhan mengelak membayar cukai jutaan euro, Cristiano Ronaldo menyifatkan ia adalah disebabkan daripada tindakan orang yang tidak menyenangi kejayaan serta kecemerlangan yang diraihnya dalam bidang sukan. “Apa yang mengganggu orang ialah kecemerlangan saya, serangga hanya menyerang lampu yang bercahaya!” kata penyerang Real Madrid itu memetik kapsyen Bahasa Portugis di laman Instagram miliknya. O…

Teruskan Membaca

62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak

in Terkini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 62 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya sejak  mahkamah khas itu beroperasi 4 Julai lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata daripada jumlah itu, 11 kes telah diselesaikan manakala 25 kes dalam sebutan dan 26 kes lagi masih dalam perbicaraan. ”Kes-kes yang didaftarkan di bawah Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan diselesaikan atau dilupuskan dalam tempoh satu tahun dari tarikh ia didaftarkan di mahkamah tersebut,” katanya menjawab soalan…

Teruskan Membaca

Mahkamah Shah Alam Jadi Tumpuan Kes Jong Nam

in Terkini

SHAH ALAM – Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini menjadi tumpuan lebih 50 pengamal media tempatan dan asing hari ini, bagi mengikuti kes sebutan semula pertuduhan dua suspek wanita dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. Media berkumpul seawal pukul 6 pagi bagi mengikuti perkembangan kes itu yang mendapat liputan meluas. Kaunter untuk mendaftar masuk bagi membuat…

Teruskan Membaca

Rayuan Pekerja Pusat Hiburan Keluarga Ditolak

in Terkini

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan  seorang pekerja pusat hiburan keluarga terhadap hukumannya oleh Mahkamah Sesyen pada 8 Feb lalu. Mahkamah Sesyen mendapati Mohd Irwan Shah Zainaul, 34, bersalah terhadap pertuduhan melakukan samun bersama dua suspek yang masih bebas dan menetak seorang mangsa dengan sebilah pisau pada bahagian kepala. Tertuduh yang…

Teruskan Membaca

‘Syaitan’ Durjana Cabul Anak Sendiri

in Jenayah/Utama & Sensasi

MAHKAMAH Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara setahun setengah terhadap seorang bapa yang mengaku bersalah mencabul kehormatan anak perempuannya sendiri. Selain lelaki berusia 35 tahun itu, turut dijatuhi hukuman ialah bapa saudara mangsa dan seorang lelaki lain kerana merogol mangsa. Lapor Harian Metro, Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas bapa mangsa, bapa saudara mangsa berusia 21…

Teruskan Membaca

22 Pati Didakwa Di Mahkamah Sesyen Teluk Intan

in Jenayah/Terkini

TELUK INTAN – Dua puluh dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dari tiga negara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kesemua mereka yang ditangkap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan Ops Mega E-Kad pada 1 Julai lalu, berusia antara 18 hingga 45 tahun membabitkan 19 warga Myanmar,…

Teruskan Membaca

Pemimpin Dewan Perniagaan Di Perak Direman 2 Hari

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014. Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini hari…

Teruskan Membaca

Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah

in Jenayah/Terkini

SEPANG – Seorang pemilik kedai kek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengambil 19 pekerja asing tanpa izin untuk bekerja di kedainya. Hamdam Ismail, 45, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Mohd Said. Tertuduh didakwa mengambil 18 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh yang tidak memiliki pas…

Teruskan Membaca

Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5 Di LTAPP

in Jenayah/Utama & Sensasi

BALIK PULAU – Seorang ejen penghantaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar kira-kira sejuta pil jenis Eramin 5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, dekat sini, dua minggu lepas. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada Shafiee Chin, 49, di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Alif Abdul Aziz. Dia didakwa mengedar pil itu di Kompleks Kargo Penerbangan Malaysia LTAPP, dekat sini, pada pukul 4.30 petang, 18…

Teruskan Membaca

Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dilancar

in Terkini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang akan dilancarkan Khamis ini membuktikan keprihatinan kerajaan membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak serta melindungi mereka secara holistik. Pelancaran mahkamah itu di pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya, dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kewujudan mahkamah itu juga selaras dengan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual…

Teruskan Membaca

Insiden Di Jempol: Pemandu Treler Mengaku Tak Salah

in Jenayah/Terkini

SEORANG pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu, Negeri Sembilan hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Ahad lalu. Berita Harian melporkan, tertuduh, Norzailan Omar, 44, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Mengikut pertuduhan,…

Teruskan Membaca

Bekas Exco Johor & Anak Mengaku Tidak Bersalah

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Bekas Exco Johor, Datuk Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) melibatkan nilai RM35.78 juta. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir…

Teruskan Membaca

Rasuah: Reman 4 Datuk Dilanjut, 2 Dibebaskan

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap empat individu bergelar Datuk. Lanjutan tahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pinjaman ahli koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), lapor Berita Harian. Selain empat individu terbabit, dua…

Teruskan Membaca

Insiden Lahad Datu: 9 Warga Filipina Dihukum Mati

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Sembilan warga Filipina yang terbabit dalam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013 lalu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkmah Rayuan di sini hari ini. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar hukuman lebih berat dijatuhkan terhadap…

Teruskan Membaca

Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah

in Jenayah/Utama & Sensasi

BATU PAHAT – DUA wanita bermadu yang berusia 25 dan 35 tahun bukan sahaja berkongsi suami, malah sanggup berkomplot untuk mencuri barang kemas seorang suri rumah bernilai RM25,000, bulan lalu. Lapor Berita Harian, kedua-dua wanita terbabit menyamar sebagai ‘jururawat palsu’ sebelum menyamun mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Johor Bahru, kira kira jam 1 tengah…

Teruskan Membaca

2 Lelaki Didakwa Di Mahkamah, Edar 28kg Syabu

in Jenayah/Terkini

KANGAR – Dua lelaki, seorang daripadanya rakyat Thailand, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 28 kilogram methamphetamine dua minggu lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada Jamil Abdul Ghani dan Kitti Semruk selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah. Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 55 tahun didakwa mengedar dadah syabu…

Teruskan Membaca

Model Pandu Lawan Arus Bebas Tuduhan Dadah

in Terkini

BUTTERWORTH – Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh hingga menyebabkan kematian dibebaskan daripada pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Harian Metro melaporkan, ujian saringan air kencing tertuduh, Ng Pei Ven, 19, negatif selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zin. Majistret Jamaliah Abd Manap memutuskan…

Teruskan Membaca

Bekas Majistret Didakwa Beri Suapan RM1,000

in Terkini

SHAH ALAM – Seorang bekas Majistret mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi suapan RM1,000 kepada seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menggugurkan kes, tiga bulan lepas. Esther Tan Siew Choo, 54, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Wanita itu yang…

Teruskan Membaca

Rafizi Diminta Mohon Maaf Atau Dikenakan Tindakan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA TERENGGANU – “Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang”, itulah kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim…

Teruskan Membaca

Mahkamah Tolak Saman 492 Peneroka Terhadap Felda

in Terkini

TEMERLOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak saman yang difailkan 492 peneroka gugusan Felda Bera terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan sebuah anak syarikatnya, atas dakwaan penipuan dan pecah amanah. Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan mereka dan tiada keterangan yang boleh menyokong dakwaan itu.…

Teruskan Membaca

Padah Sodok Botol Pewangi Ketiak Masuk Faraj

in Jenayah/Utama & Sensasi

MELAKA – Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan penghuni lain. Keempat-empat tertuduh yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan…

Teruskan Membaca

Lelaki Mengaku Salah Miliki Bahan Berkaitan Daesh

in Jenayah/Terkini

KOTA TINGGI – Seorang pekerja am resort mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, bulan lepas. Mohd Firdaus Saibi, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan memiliki 29 keping imej dan 240 video dalam telefon bimbitnya…

Teruskan Membaca

Bunuh Jong-nam: 2 Wanita Asing Dikawal Ketat

in Jenayah/Terkini

SEPANG – Dua wanita asing yang didakwa membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-nam, dibawa di Kompleks Mahkamah Sepang di sini hari ini untuk sebutan semula kes dalam keadaan dikawal ketat. Dua tertuduh berkenaan tiba dalam konvoi pacuan empat roda berasingan oleh anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) yang lengkap memakai topeng muka, berpakaian gelap serta…

Teruskan Membaca

Jamal, 9 Pengikut Didakwa Guna Kekerasan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan pengikutnya dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan menggunakan kekerasan dalam satu kejadian di Ampang Point, 13 November tahun lepas. Jamal, 47, yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar bersama Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47,…

Teruskan Membaca

30 Mei: Sebutan Semula Kes Bunuh Jong-nam

in Jenayah/Terkini

SEPANG – Mahkamah Majistret di sini hari menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semua kes pembunuhan berprofil tinggi, Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Hakim Mahkamah Sesyen, Harith Sham Mohamed Yasin, yang bertindak sebagai majistret, menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad. Muhamad…

Teruskan Membaca

SPR Sedia Beri Penjelasan Di Mahkamah

in Terkini

YAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan memberi penjelasan di mahkamah sekiranya kerajaan Pulau Pinang meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap badan itu susulan dakwaan penemuan ‘maklumat mengejutkan’ tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR tidak akan menghalang sebaliknya melihat perkara itu jalan penyelesaian terbaik. “Kita…

Teruskan Membaca

Juruteknik Jalani 200 Jam Khidmat Masyarakat

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Gara-gara menunggang motosikal secara melulu sambil membuat aksi ‘Superman’, seorang juruteknik diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini. Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Firdaruz Miskol, 20, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Leburaya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini…

Teruskan Membaca

Angkara Pisang Setandan, Buruh Dijel 14 Hari

in Jenayah/Utama & Sensasi

ALOR SETAR – Padah mencuri setandan pisang, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Tertuduh, Mohmad Firdaus Mohd Fauzi, 27, mengaku bersalah kerana mencuri pisang pada malam 26 Mac lalu di sebuah rumah di Pendang, dekat sini, lapor Harian Metro. Majistret Noor Farah Hazwani Osman memerintahkan Mohmad Fidaus menjalani hukuman itu…

Teruskan Membaca

Sebutan Semula Kes Miliki Bahan Daesh Pada 11 Mei

in Jenayah/Terkini

KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengawal keselamatan yang didakwa memiliki gambar dan buku berkaitan kumpulan pengganas Daesh. Majistret Nordiana Abd Aziz menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan yang memaklumkan mereka masih menunggu laporan pakar. Dalam kes…

Teruskan Membaca

Ibu, Anak Ditahan Curi Barangan Di Pasar Raya

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak perempuannya ditahan polis dipercayai mencuri pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM1,300 di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt. Noor Hashim Mohamad berkata kedua-duanya yang berumur 58 dan 30 tahun ditahan kira-kira 1 tengah hari oleh pengawal keselamatan pasar…

Teruskan Membaca

Pembantu Akaun PIBG Didakwa Guna Cek Palsu

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas 28 pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah RM20,800. Ew Bee Hoon, 38, yang juga seorang suri rumah, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. Berdasarkan…

Teruskan Membaca

Pemilik Syarikat Didakwa Tawar Skim Pelaburan

in Jenayah/Terkini

TEMERLOH – Seorang pemilik perniagaan sebuah syarikat kepentingan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menawarkan skim pelaburan berkaitan pertanian yang tidak sah, walhal tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Roslan Husain, 40 dari Kampung Machang Raja, Tembeling Tengah Jerantut, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan…

Teruskan Membaca

1 2 3 9
Go to Top