Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

myArtis

“Jika Budak Baru Tak Salam, Saya Salam Dulu”

in Artis/Utama & Sensasi

JIKA sebelum ini kebanyakan senior dalam bidang industri hiburan meluahkan perasaan mengenai perilaku sesetengah pendatang baharu yang dikatakan tidak menghormati senior, namun Amy Mastura pula mengambil langkah berlainan apabila melibatkan isu seperti itu.

Menurut penyanyi berusia 46 tahun itu dia lebih menyukai prinsip mengelak daripada terlibat dalam pergaduhan sesama artis.

Memetik mStar, Amy berkata, “Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang senior di kalangan artis baharu, jika mereka tidak bersalam dengan saya di lokasi, saya akan bersalam dengan mereka dahulu.”

“Saya rasa itu bukan perkara besar kerana mungkin mereka terlepas pandang dan tidak perasan kita di situ. Saya juga kadang-kala melalui perkara yang sama jika saya terlalu asyik berbual,” katanya.

Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, Amy boleh dikatakan di antara artis yang paling bersih imejnya kerana namanya tak pernah terlibat dalam sebarang gosip liar seperti mana yang dilalui kebanyakan selebriti di luar sana.

Menurut ibu kepada dua anak perempuan yang semakin meningkat dewasa itu, perkara itu merupakan satu ramuan yang menyebabkan namanya terus bertahan sejak dua dekad lalu.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripad dulu lagi.

“Kalau kita tidak suka sesuatu keadaan, kita tarik diri dan jangan panaskan perkara itu. Saya akui tidak boleh mengawal situasi seperti itu,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

“Adalah Sebab Saya Marah Fattah Amin” – Sharnaaz

in Artis/Utama & Sensasi

SUSULAN status ‘kemarahan’ Sharnaaz Ahmad di laman Twitter semalam, Mynewshub cuba mendapatkan kenyataan daripada aktor itu berhubung isu tersebut.

Dalam status tersebut, Sharnaaz mempertikaikan kredibiliti Fattah mengeluarkan buku 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Baca: Sharnaaz Ahmad Sound Tepat Fattah Amin!

Menurut Sharnaaz walaupun dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penulisan namun dia juga boleh menyuarakan pendapatnya berhubung sesuatu penerbitan buku seperti mana lazimnya dilakukan orang lain di luar sana.

“Saya tak tahu buku ke apa (tak mahir dalam bidang penulisan), tapi bila saya baca buku ABC anak buah saya, itu lebih bagus (daripada buku Fattah),” ujarnya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Sementara itu, Sharnaaz turut mengingatkan peminat Fattah supaya jangan terlalu taksub/over meminati seseorang selebriti itu sehingga ‘menganggu’ sesiapa sahaja yang tak berkaitan dengan aktor tersebut.

“Bila peminat dah mengaitkan pasal family, bakal isteri saya, kau (Fattah) jangan duduk diam je.

“Jangan nak tunjuk kau maksum sangat, senang cerita, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,” itu kata-kata Sharnaaz ketika ditanya mengapa dia ‘bengang’ dengan aktor berusia 27 tahun itu.

Enggan menjelaskan sebabnya, Sharnaaz memberitahu Mynewshub yang Fattah mengetahui sebab-musabab kenapa dia ‘tidak berpuas hati’ dengan hero drama Suri Hati Mr. Pilot itu.

Susulan ‘drama’ terbaharu ini, Mynewshub bertanyakan adakah dia akan menjemput Fattah ke majlis perkahwinannya dengan kakak Neelofa, Nabila pada bulan April ini memandangkan bakal adik iparnya itu mempunyai hubungan rapat dengan Fattah, Sharnaaz menjawab, “Saya belah sayalah (tak jemput), belah Nabila saya tak tahulah.”

Sharnaaz bakal mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac depan dan majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 2 April ini di Kuala Lumpur sementara di sebelah Sharnaaz akan berlangsung pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC

Emma Stone Pernah Alami Penyakit Mental

in Artis/Utama & Sensasi

AKTRES Emma Stone yang kini mendapat jolokan American Sweetheart pernah mengalami penyakit mental pada usianya lapan tahun.

Emma atau nama sebenarnya Emily Jean Stone, 29, mengalami gejala panik berlebihan mengakibatkan dia menjadi takut dengan persekitarannya dan sentiasa menyendiri.

Ibu-bapa membawa pelakon ini mendapatkan rawatan terapi agar dia mampu mengendalikan rasa takut dalam dirinya.

Kemudian, dia dihantar ke kelas teater dan mula terdedah dengan dunia lakonan seawal usia 11 tahun.

Ibu-bapa menyokong keinginan Emma untuk meneruskan dunia lakonan dan teater sehingga dia berubah menjadi seorang wanita yang berani berekspresi.

Dia kemudian berusaha menghadiri pelbagai uji bakat lakonan sehingga berjaya dipilih membintangi filem pertama berjudul Superbad.

Bakatnya semakin hari semakin menyerlah dan mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem Hollywood.

Emma Stone Pernah Alami Penyakit Mental
Emma sebagai Mia dalam La La Land bergandingan dengan Ryan Gosling.

Pencapaian filem terbaharunya iaitu La La Land juga membuktikan bakat lakonannya yang tidak boleh dinafikan apabila memenangi dua anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes dan SAG Awards 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

Selain itu, namanya juga disebut-sebut bakal membawa pulang trofi berprestij di Anugerah Oskar 2017 yang bakal berlangsung 26 Februari ini. – mStar Online

Neelofa Sambut Birthday Dengan Kek RM22 Ribu!

in Artis/Utama & Sensasi

WOW bertuahnya Neelofa!  Masakan tidak, syarikat batu permata Swarovski menghadiahkan pelakon dan hos Meletup ini sebuah kek bertatahkan batu Swarovski yang mencecah nilai RM22,000!

Neelofa Sambut Birthday Dengan Kek RM22 Ribu!

Neelofa Sambut Birthday Dengan Kek RM22 Ribu!

Kejutan sambutan hari jadi ke-28 aktres itu diadakan ketika majlis pelancaran hijab Lady Lofa by Naelofar Hijab yang diadakan di pusat beli-belah Publika, semalam.

Tahun lalu pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini turut meraikan ulang tahun kelahirannya dengan kek bertatahkan kilauan batu swarovski yang ditempahnya sendiri berharga RM6,000.

Kek RM6,000 dan RM22,000 dah dirasa Neelofa, agak-agak next year kek bernilai ringgit malaysia berapa pula bakal menghiasi majlis birthday aktres cantik ini? – MYNEWSHUB.CC 

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup ‘Humble’

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN terkenal dan mempunyai simpanan lapan-angka di dalam akaun bank mereka, selebriti-selebriti Hollywood multimillionaire ini masih mengamalkan gaya hidup serba sederhana.

Mereka tidak menghabiskan jutaan dolar untuk membeli rumah agam, kereta mewah, menganjurkan parti penuh glamor atau percutian eksklusif.

Dengan kekayaan mereka, A-Listers ini lebih daripada mampu untuk berbelanja mewah tetapi mereka memilih untuk tidak melakukan begitu. Jom terjah tujuh bintang Hollywood yang kaya tetapi hidup sederhana ini!

1. Jennifer Lawrence

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Bintang The Hunger Games ini mungkin merupakan selebriti muda paling mudah didekati di Hollywood.

Dengan kekayaan bernilai $60 juta (RM266.13 juta), aktres berusia 25 tahun ini masih memandu kereta Chevrolet Volt, mengelak daripada membeli-belah di kedai-kedai mewah dan masih tinggal di apartmen yang sama beliau duduki sebelum menjadi pemenang anugerah Oscar!

2. Sarah Jessica Parker

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Meskipun mempunyai harta bernilai $100 juta (RM443.55 juta), pelakon yang terkenal dengan watak Carrie Bradshaw dalam siri Sex and The City ini langsung tidak menjalani kehidupan seorang jutawan.

Walaupun kaya dan terkenal, dia hanya tinggal di sebuah rumah sederhana di kawasan Greenwich Village, New York bersama suaminya, aktor Matthew Broderick serta tiga orang anak mereka.

Malah, Sarah pernah mengakui bahawa dia tidak begitu berminat untuk makan di restoran mewah dan berbelanja di butik terkemuka kerana dia sering beringat tentang pengalaman membesar dalam keadaan serba sederhana bersama keluarganya.

Oleh itu, Sarah sentiasa berjimat cermat bagi memastikan keluarganya tidak akan mengalami masalah kewangan.

3. Eva Longoria

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Walaupun memainkan watak Gabrielle Solis yang sukakan kemewahan dalam siri Desperate Housewives, Eva Longoria sebenarnya seorang yang suka berjimat-cermat.

Kekayaan bernilai $35 juta (RM155.24 juta) yang dimiliki Eva sedikit pun tidak mengubah peribadinya kerana sama seperti Sarah Jessica Parker, dia tidak berasal daripada keluarga senang.

Kesusahan semasa kecil yang dirasainya menjadikan Eva agak lasak kerana sejak kecil lagi sudah diajar berburu oleh bapanya dan pengajaran yang diperoleh semasa membesar memupuk sikap cermat berbelanja pelakon genit ini.

4. Zooey Deschanel

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Bintang siri New Girl ini cukup tidak berkenan apabila diva-diva dan fesyenista Hollywood cuba untuk mempengaruhi masyarakat untuk membeli busana pereka fesyen yang terlalu mahal.

Zooey yang mempunyai nilai aset terkumpul kira-kira $18 juta (RM79.84 juta) ini gemar berjimat-cermat dan lebih suka membuat pelaburan secara berhati-hati daripada berbelanja mewah.

5. Sarah Michelle Gellar

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Pelakon kegilaan remaja era 90-an ini sememangnya kaya-raya hasil daripada berlakon dalam siri popular Buffy The Vampire Slayer dan filem Cruel Intentions ini mengakui dia sering menggunakan kupon diskaun serta membeli-belah hanya ketika jualan murah berlangsung.

Dia dan suaminya, aktor Freddie Prinze Jr. telah berkahwin selama lebih satu dekad dan mereka lebih gemar menjalani kehidupan jauh daripada lensa kamera.

6. Shailene Woodley

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Pelakon utama filem Divergent ini masih tinggal sebumbung dengan ibu bapanya walaupun mempunyai kekayaan bernilai $9 juta (RM39.92 juta).

Bukan sahaja itu, Shailene juga membuat produk kecantikan berasaskan semula jadi secara sendiri walaupun mampu membeli produk yang mahal.

Wanita berusia 24 tahun ini juga lebih selesa memakai baju sejuk, seluar sukan dan membeli pakaian di kedai baju terpakai (bundle).

7. Keanu Reeves

7 Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup 'Humble'

Bukan artis wanita sahaja yang gemar merendah diri, Keanu Reeves yang hidup bersederhana dan gemar menderma menjadikannya amat popular di kalangan peminat.

Aktor ikonik ini terkenal sebagai seorang yang murah hati kerana bersetuju untuk mengurangkan bayaran bagi filem The Devil’s Advocate semata-mata kerana mahu pelakon veteran Al Pacino turut sama terlibat dalam filem tersebut.

Keanu juga mendermakan 90 peratus daripada bayarannya untuk filem The Replacements kepada seorang lagi pelakon veteran iaitu Gene Hackmab.

Bukan sahaja itu, malah dia juga sanggup mendermakan bayaran $75 juta (RM332.66 juta) untuk sekuel The Matrix kepada krew kesan khas dan rekaan kostum filem tersebut kerana berpendapat mereka lebih wajar menerima bayaran mahal daripada penerbit! – MYNEWSHUB.CC/SK

Que Haidar ‘Dikecam’ Sebab Warnakan Rambut Blonde

in Artis/Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri seketika demi memberi tumpuan terhadap pembesaran anak-anaknya.

Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, namun peminat setia Que masih boleh melihat aktiviti harian aktor itu yang dikongsikannya di laman sosial Instagram.

Terbaharu, Que yang tampil dengan imej rambut blonde mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di laman popular itu.

Ada yang memberikan respons, adakah ibadah solat Que akan diterima sekiranya dia mewarnakan rambutnya namun Que dengan tenang menjawab segala persoalan yang bermain di minda peminatnya.

Que Haidar 'Dikecam' Sebab Warnakan Rambut Blonde

Que Haidar 'Dikecam' Sebab Warnakan Rambut Blonde

Que Haidar 'Dikecam' Sebab Warnakan Rambut Blonde

Menurut Que, pewarna rambut yang digunakannya berstatus halal selain aktor berbakat besar itu juga turut mendoakan kesejahteraan peminat yang mempertikaikan imej terbaharunya itu. – MYNEWSHUB.CC

Neelofa Akhirnya Akui Pernah Bercinta Dengan Fattah Amin

in Artis/Utama & Sensasi

JIKA sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa banyak bermain teka-teki mengenai status hubungannya dengan hero gandingan drama Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) iaitu Fattah Amin, terbaharu Neelofa mengakui mereka sememangnya pernah mempunyai sejarah bercinta sebelum ini.

Menurut Neelofa, hubungan mereka sebelum ini bukanlah sebagai salah satu strategi mahupun gimik bagi ‘melakukan’ drama lakonan mereka.

Memetik kenyataan pelakon berusia 28 tahun itu, dia berkata, “Ramai yang ingat, masa cerita kami timbul awal-awal dulu, ia seperti memberi harapan palsu. Cinta yang digambarkan tidak wujud, hanya igauan, khabar angin, andaian semata-mata dan macam-macam lagilah yang diperkatakan orang.”

“Kami juga sedar peminat harapkan jawapan pasti. Cuma dalam hal ini kami kena berhati-hati. Kami tak mahu menyakitkan hati banyak pihak. Kami mahu berlaku adil kepada semua supaya tidak wujud salah faham dalam perkara begini. Memang dari awal minggu ketika penggambaran SHMP, kami memang pernah bersama.

“Cuma, situasi kami amat berbeza dengan pasangan lain. Kami berada dalam industri yang membabitkan media, peminat, orang ramai dan mereka yang tidak mengenali kami.

“Lalu, dalam membuat sebarang keputusan membabitkan hal ini, kami kena fikirkan mereka semua. Kami kini memilih untuk berterus-terang kerana wujud cakap-cakap mengatakan semua hanya gimik, permainan dan seperti wujud penipuan,” ujarnya yang dipetik menerusi portal Budiey.com. 

Fenomena Neelofa dan Fattah yang digelar LoFattah oleh peminat mereka, bakal diperkatakan lagi selepas ini kerana dikhabarkan, pasangan ini akan sekali lagi digandingkan menerusi sebuah drama arahan Michael Ang.

Mungkinkah drama terbaharu itu mampu mencatat fenomena seperti mana yang diraih Suri Hati Mr. Pilot, sama-sama kita nantikan! – MYNEWSHUB.CC 

Perubahan Drastik, Orang Hampir Tak Kenal Pamela

in Artis/Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PELAKON simbol seks, Pamela Anderson mengejutkan peminat Hollywood dengan perubahan drastik pada raut wajahnya yang hampir tidak dapat dikenali orang ramai.

Penampilan terbaharu Pamela di sebuah majlis gala di Paris, Perancis pada 27 Januari lalu ternyata meninggalkan tanda tanya di kalangan peminat dan pihak media.

Perubahan Drastik, Orang Hampir Tak Kenal Pamela
Pamela Anderson

Wajah terbaharunya yang tidak mengenakan solekan terlalu tebal seperti mana kebiasaannya sebelum ini betul-betul mengejutkan malah ramai mengatakan pelakon siri Baywatch itu menjalani pembedahan plastik bagi mengubah raut wajahnya.

Namun begitu, kebanyakan peminat menyukai imej terbaharunya itu yang disifatkan nampak muda buat dirinya yang kini sudah pun menginjak usia 50 tahun.

Hal ini bukan perkara biasa di Hollywood bila mana sebelum ini, pelakon gred A, Renee Zellweger juga turut berhadapan situasi sama apabila dia langsung tidak dapat dikenali apabila tampil dengan wajah terbaharu sebaik ‘menukar’ rupanya 100 peratus. – MYNEWSHUB.CC

Perubahan Drastik, Orang Hampir Tak Kenal Pamela
Wajah sebenar Renee Zellweger (kiri) sebelum melakukan pembedahan plastik.

Rengekan Manja Ruhainies Takut Kena Suntik Jarum

in Artis/Utama & Sensasi

TAK sangka di usia 25 tahun, pelakon kecil molek Ruhainies ini rupa-rupanya masih takut dengan jarum suntikan.

Menerusi laman Instagramnya, aktres yang mempunyai iras wajah Nora Danish ini berkongsikan dua video menunjukkan gelagatnya yang takut ketika hendak disuntik jarum oleh doktor yang bertugas.

Ruhainies mengambil suntikan itu untuk melakukan ibadah umrah yang akan dilakukan tidak lama lagi bersama ahli keluarga yang lain.

Turut kelihatan dalam video itu ialah kakaknya, Nur Risteena yang juga merupakan seorang pelakon.

Nak saksikan babak rengekan manja Ruhainies, tontonlah video bawah ni! – MYNEWSHUB.CC 

“Kami Bukan Keluarga Selebriti Terkaya Di Malaysia”

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan keluarga merupakan antara keluarga selebriti terkaya di Malaysia.

Ini semua kerana orang ramai melihat mereka sering kali ditawarkan menjadi duta produk beberapa jenama terkemuka.

Namun Awal tidak menafikan kombinasi mereka anak-beranak sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan.

“Kami bertiga mungkin ada nilai tersendiri dan apabila digabungkan untuk kemunculan pada satu-satu masa, maka harga yang dibayar secara keseluruhan nampak mahal.

“Tetapi kadang-kala ada pihak hanya meminta satu (publisiti), tetapi mendapat tiga sekali gus termasuk publisiti menerusi akaun Instagram kami,” katanya dipetik Malaysiakini.

Menurut hos Melodi ini lagi menaja mereka tidaklah semahal menaja kelab-kelab bola sepak di luar sana.

Dalam perkembangan terbaharu, Awal dan Scha baharu sahaja melancarkan produk wangian Bleu dan Maroon yang menggunakan intipati dari Dubai. – MYNEWSHUB.CC

"Kami Bukan Keluarga Selebriti Terkaya Di Malaysia"

Seroja Dewi Harapan, Nama Anak Kedua Monoloque

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan buat pemuzik Loque yang selamat dikurniakan cahaya mata kedua, minggu lalu.

Yang uniknya, Loque dan isteri Dahlia Nadirah memberikan nama yang cukup unik buat anak perempuan kedua mereka iaitu, Seroja Dewi Harapan.

Anak sulung pasangan ini turut mempunyai nama unik dan indah, Anggerik Dang Jelita.

Seroja Dewi Harapan, Nama Anak Kedua Monoloque

Loque atau nama sebenarnya, Khairil Ridzwan Anuar berkongsikan berita gembira itu menerusi laman Instagram, semalam.

Seroja dilahirkan pada jam 9.47 malam, 21 Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Alhamdullillah Syukur Ke HadratNya . Sgala Puji Pujian Wahai Tuhanku Yang Maha Sgalanya krana telah memperkenankan doa kami, memperlancarkan dugaan/ hasrat kami dan akhirnya mengurniakan cahaya mata kami yang kedua ini tanpa sebarang cacat cela dan teramat istimewa ceteranya. . Alkisah, stelah melalui perit getir , mengharungi lembah lurah ,gaung maung selama 9 Purnama ( trutamanya Sang Isteriku) , maka dengan gemilangnya pada tanggal 21/01/2017, tepat jam 9.47 malam , kami skluarga dikurniakan 🌞 ⚡️SEROJA DEWI HARAPAN 🌞⚡️ . Jesteru itu – . Mewakili Seroja Dewi Harapan, Dahlia Nadirah , Anggerik Dang Jelita dan saya ingin mengucapkan “Assalamualaikum “dan “Hello Dunia” buat pertama kali kepada anda smua . Dialah ‘Dewi Harapan’ , dari kali pertama kami mendapat tau bahawasanya jantungnya berdegup , hingga ke saat-saat terakhir lagi cemas @dahlianadirah bertarung nyawa melahirkannya, pancaran “harapan” dari anakandaku Seroja senantiasa menjadi garapan. Smoga anakanda dapat mengubah dunia , mengubah Malaysia ( yeah!!) suatu hari nanti ya , Seroja 🎻🎧 ! Amin!

A photo posted by MonoloQue ProloQue (@antiloque) on

Scarlett Johannson Bercerai Lepas 2 Tahun Kahwin

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON simbol seks Hollywood, Scarlett Johansson dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, lelaki Perancis, Romain Dauriac selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini bagaimanapun tidak mendedahkan punca keretakan mahligai mereka.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Rose Dorothy yang kini berusia dua tahun.

Ini merupakan penceraian kedua Scarlett, sebelum ini pada tahun 2008 aktres popular itu pernah berkahwin dengan pelakon Deadpool, Ryan Reynolds namun berpisah tiga tahun kemudian. – MYNEWSHUB.CC

Scarlett Johannson Bercerai Lepas 2 Tahun Kahwin

Suami Dikelilingi Wanita Cantik, Wawa ‘Pasang Badan’

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON kecil molek, Wawa Zainal mengakui dia serba sedikit berasa terganggu apabila suaminya, aktor kacak Aeril Zafrel sering dikelilingi wanita cantik, menyebabkannya terpaksa ‘pasang badan’ (sentiasa berdandan cantik).

Selain alasan itu, Wawa juga menyatakan sebagai seorang selebriti, seseorang itu haruslah sentiasa mengambil berat mengenai isu penampilan diri.

“Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah. Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik. Tapi sebenarnya, saya tak cemburu pun.

“Selain itu, memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti, kita kena jaga penampilan. Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak,” jelasnya menerusi sebuah akhbar mengenai dirinya yang kini kelihatan semakin susut berat badan.

Sebelum ini, pernah timbul cerita mengenai peminat wanita yang cuba ‘mengorat’ Aeril secara terang-terangan di laman sosialnya sehinggakan ia menjadi tular suatu ketika dahulu.

Ini semua gara-gara kapsyen Aeril di sebuah foto di laman Instagramnya yang berbaur agak nakal, “Left or right? Right please, left tak sunat lagi.”

Suami Dikelilingi Wanita Cantik, Wawa 'Pasang Badan'

Gambar itu memaparkan dirinya bersama anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah sehingga menarik minat seorang peminat wanita yang dikenali sebagai Iqa yang sudi menjadi isteri kedua Aeril susulan foto yang dimuat naik itu.

Suami Dikelilingi Wanita Cantik, Wawa 'Pasang Badan'

Tidak seperti Aeril yang dilihat semakin aktif berlakon, Wawa pula kini seakan memperlahankan karier seninya demi memberi tumpuan dalam hal penjagaan kedua cahaya mata mereka yang semakin membesar iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. – MYNEWSHUB.CC

Rumah Tangga Serina Retak Menanti Belah?

in Artis/Utama & Sensasi

TIADA angin, tiada ribut… tiba-tiba muncul desas-desus menyatakan rumah tangga pelakon Serina Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Serina Che Wan kini retak menanti belah.

Khabar angin ini muncul selepas anak chef terkenal ini dilaporkan telah pergi ke mahkamah syariah.

Ditanya mengenai hal itu, Serina bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun akan menjelaskan kepada peminat apabila tiba waktunya.

Rumah Tangga Serina Retak Menanti Belah?

“Ooo…hal tu..ya..masih dalam rundingan.  Nanti dah tiba waktu saya umumkan.  Belum tahu lagi.  Doakan yang terbaik,” jawab Serina ringkas melalui WhatsApp kepada MH Online.

Pada masa yang sama, Serina turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokongnya.

Serina mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki Inggeris iaitu Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

“Kami Masih Bahagia” – Hanez Suraya

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Hanez Suraya Abd Aziz hari ini menerusi laman Instagramnya, menjelaskan rumah tangganya dalam keadaan baik sahaja selain dia masih bahagia bersama suami, Romie Razin Adilha Abd Jais.

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, rumah tangganya masih kekal bahagia dan meminta pihak di luar sana tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hal perkahwinannya.

“Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan.

“Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana tertentu,” tulisnya.

Assalammualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kpd semua pihak sekiranya saya mengambil langkah utk berdiam.. Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa utk mencari ruang utk tenang.. Tiada apa yg saya ingin jelaskan di atas apa yg terjadi.. Sememangnya kami hanya manusia biasa yg tidak lari dr melakukan kesilapan.. Cuma apa yg penting antara saya dan suami saya kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa2 yg berlaku.. Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal.. Apa yg terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi2 yg menjadi tokok tambah dr pihak2 tertentu.. Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yg berlaku ini.. Terima Kasih di atas sokongan2 kuat dr pihak keluarga, rakan2 rapat, media dan fans di luar sana yg sentiasa memberi semangat dan mendoakan yg baik2 utk kami.. Assalammualaikum #doakanyangbaikbaik

A photo posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on

Hanez sebelum ini dilaporkan memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Baca: Hanez Suraya Fail Permohonan Cerai

Aktres itu bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.

Hanez dan Romie berkahwin pada 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aleesya, 13 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Peminat Komen Nakal Pada Gambar Fazura Letih Di Gim

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Nur Fazura sememangnya dikenali sebagai di antara selebriti yang cukup mementingkan gaya hidup seimbang dan sering kali berkunjung ke pusat kecergasan untuk mengekalkan stamina dirinya.

Aktiviti harian di gim juga sering dikongsikan aktres kelahiran Pahang ini menerusi laman sosial miliknya.

Terbaharu, apabila Fazura memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia terbaring keletihan selepas melakukan rejim kecergasan, pelbagai komen berbaur nakal ditinggalkan peminatnya terutama di kalangan kaum lelaki.

Jika peminat lelakinya ‘terliur’ melihat posing Fazura, peminat wanitanya pula memberikan ‘ceramah percuma’ mengenai perasaan dan sifat malu yang sepatutnya ada pada aktres itu sebelum memuat naik gambar-gambar yang boleh menimbulkan berahi orang ramai di luar sana.

pixx

Apa pula komen anda mengenai gambar ni, terlebih seksi atau biasa-biasa je gambar Fazura ni? – MYNEWSHUB.CC

Penyanyi Tak Berkualiti, Chef Wan Kecewa Dengan AJL 31

in Artis/Utama & Sensasi

CHEF selebriti Chef Wan atau nama lengkapnya, Datuk Redzuawan Ismail sememangnya dikenali antara individu yang agak lantang dalam melontarkan pendapatnya mengenai sesuatu isu menerusi medium media sosialnya.

Terbaharu, Chef Wan ‘mengomel’ mengenai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) yang berlangsung gah dan gemilang semalam.

Menurut bapa kepada Chef Ridz dan Serina Redzuawan ini, beliau melihat AJL 31 sudah kekurangan penyanyi berkualiti tidak seperti beberapa tahun sebelum ini.

“Dah berzaman tak mengikuti lagu-lagu Melayu ini. Tonight (semalam) i tried to watched Juara Lagu. Personally I find it hard to enjoy some of the male singer song. (Secara peribadi, saya rasa sukar nak enjoy dengan lagu sesetengah penyanyi lelaki).

“Lain rasanya quality penyanyi zaman Juara Lagu i grew up and so used to than what I see tonight.

Maybe the music and song are just not my cup of tea and saya cepat rasa bosan apatah lagi quality suara penyanyi itu sendiri yang some I find to be tak sedap for my ears,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Walaupun begitu, Chef Wan tidak ketinggalan memberikan pujiannya terhadap penyanyi yang dirasakan mempunyai kualiti nyanyian yang cukup bagus seperti Dayang Nurfaizah dan Syamsul Yusof yang memperlihatkan bakat rapnya menerusi lagu Kalah Dalam Menang.

Dah berzaman tak mengikuti lagu2 Melayu ini tonight i tried to watched Juara Lagu. Personally i find it hard to enjoy some of the male singer song. Lain rasanya quality penyanyi zaman Juara Lagu i grew up and so used to then what i see tonight. May be the music and song are just not my cup of tea and saya cepat rasa bosan apa tah lagi quality suara penyanyi itu sendiri yg some i find to be tak sedap for my ears. Wow susah juga bila nak Host dan MC beramai ramai ini and its a tough job to keep the audiences entertain and in good spirit with seem as merapu too much and abit of a drag. Obviously there should be some chemistry between all of them kan. Ya la bila kita ni dah jadi golongan orang lama apa tah lagi kurang berminat lagu2 rock, hip hop mau pun rap and more towards the Jazz type perhaps that is why i cannot seem to enjoy or appreciate some of this performance. Ya la masa pun sudah berubah. Kita pulak rasa mcm ketinggalan zaman pulak and i kept asking myself where are all the quality singers and voices in my mind. May be its just me feeling that way.. Baik apa pun its just my own personal view and opinion sahaja. Waiting for one of my favorite female singer Dayang pulak. Jacky opening song for Gemilang was Wow! Loved the song and its lyric. Even enjoyed Shamsul and Mawi voice. Didnt know Shamsul anak Yusoff Haslam tu can sing. Ketinggalan zaman saya asyik tengok American Idol with all that super quality singer voices sampai lupa lagu2 Melayu baru pulak. Seriously i have not watched for years and years as masa pun tak ada. Super loved Dayang song tonight.Lyric so wonderful and her voice is so powerful.Memang vocal terbaik so far.I hope she will win the best vocal tonight. Hafiz and Misha Omar song pun baik but tak sehebat lagu Dayang and her performance la to me that seem more powerful. But i like the song lyric though. Their music composition tu mcm dah selalu dengar rasanya rentak nya bila dua penyanyi berduet to my ears lah. Despite that its still a good song compared to so many others yg compete tonight.

A photo posted by chef wan (@chefwan58) on

AJL 31 menobatkan lagu Lelaki Teragung karya Natasyah dan Iman Imran selaku juara manakala penyanyinya, Dayang Nurfaizah turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik.

'Lelaki Teragung' Juara Lagu Ke-31
‘Lelaki Teragung’ Juara Lagu Ke-31

Tempat kedua dimenangi lagu duet Misha Omar dan Hafiz berjudul Terimaku Seadanya dan tempat ketiga, Sudahku Tahu nyanyian Projector Band.

Pemenang

Sementara itu kategori Persembahan Terbaik dimenangi Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana yang diundi para penonton.

AJL 31 yang bertemakan ‘Cerita Dalam Lagu’ dihoskan Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari, Fizi Hot FM dan Fara Fauzana. – MYNEWSHUB.CC 

Hos

Edika Yusof Pendam Hasrat Aktif Berlakon Demi Keluarga

in Artis/Utama & Sensasi

PETALING JAYA – Pelakon era 1990-an iaitu Edika Yusof berkata hasrat untuk kembali aktif ke bidang lakonan terpaksa dilupakan berikutan tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya.

Edika, 50, berkata, keadaan isterinya Nuhidayah Yusri, 38, yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 13 tahun lalu memerlukan dia memberi perhatian sepenuhnya.

“Saya memang rindu dan ada perasaan untuk kembali berlakon tetapi ia hanya impian sahaja dan realitinya saya tiada masa untuk meneruskan kerjaya itu.

“Saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, isteri saya lumpuh separuh badan sejak 13 tahun lalu perlu perhatian sepenuhnya.

“Anak-anak pula sedang membesar dan sibuk dengan persekolahan,” ujarnya kepada mStar Online.

Edika ditemui pada majlis pelancaran filem Permata Hati yang boleh dilanggan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Januari ini.

Tambah Edika, Permata Hati merupakan filem yang dilakonkan selepas 20 tahun berehat daripada industri hiburan tanah air.

Katanya, pengarah dan penerbit filem itu iaitu Datuk Seri Shah Rezza, memberi keistimewaan dengan membuat penggambaran mengikut masa kelapangannya.

“Saya bekerja di rumah kerana perlu uruskan isteri dan anak-anak, jadi selepas Shah Rezza beri tawaran saya teragak-agak untuk terima kerana takut menyusahkan dia.

“Tapi dia memberi sokongan dan mengikut masa saya untuk penggambaran berkenaan,” ujarnya.

Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 13 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 12, dan Fareena Nurulhaq, 13, serta Nazirul Afiq yang berusia 18 tahun iaitu anak hasil perkahwinan terdahulu isterinya.

Sementara itu, bercerita tentang pengalamannya, Edika berkata, dia agak kekok ketika kembali semula ke lokasi penggambaran dan kurang keyakinan.

“Mula-mula masuk semula set saya rasa tidak yakin kerana sudah lama tidak berlakon. Tapi nasib baik juga berlakon dengan rakan-rakan yang sudah biasa.

“Tapi Alhamdulillah, bila sudah habis rasa rindu pula untuk kembali ke set penggambaran,” ujarnya. – mStar Online

Adibah Nak Pencen Nyanyi Kalau Lagu ‘ITU’ Menang AJL?

in Artis/Utama & Sensasi

PEMENANG Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) bakal terjawab Ahad ini apabila anugerah itu akan dipancarkan secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebanyak 12 finalis sudah diketahui bakal merebut gelaran yang diidamkan oleh semua komposer, penulis lirik dan pelantun lagu yang dipertandingkan.

Namun, dalam kehangatan itu, ada terselit cerita kurang enak, bila mana penyanyi senior Adibah Noor ada menulis satu twit yang berbunyi, “Kalau lagu ITU lah yang menang AJL Ahad ni… I pencen.”

adibah

Persoalannya di sini, lagu yang mana satu yang dimaksudkan oleh penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa ini.

Ketika ditanya peminatnya, Adibah menjawab terdapat empat lagu yang dimaksudkan ‘ITU’ olehnya.

adibah1

Hmm, agak-agaknya lagu mana yang tak masuk dalam citarasa lagu Adibah Noor ni ya?

Di bawah kami senaraikan 12 finalis AJL edisi ke-31. All the best buat semua finalis! – MYNEWSHUB.CC

1. Lelaki Teragung – Dayang
2. Terakhir – Sufian Suhaimi
3. Sudahku Tahu – Projector Band
4. Selamanya Cinta – Alif Satar & Shila Amzah
5. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
7. Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
8. Obses – Akim & The Majistret
9. Setia – Elizabeth Tan & Awi Rafael
10. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof & Mawi
11. Hang Pi Mana – Khalifah
12. Anugerah Terindah – Black

Janna Dakwa Gaun Seksi, Ini Jawapan Balas Designer

in Artis/Utama & Sensasi

JIKA semalam Mynewshub berkongsikan kisah Janna Nick yang enggan menggayakan sehelai gaun yang didakwa seksi olehnya, hari ini pereka fesyen terbabit tampil menerusi status di laman Facebook membidas kenyataan yang dikeluarkan aktes tersebut.

Baca: Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Menurut pereka fesyen Khairul Amri Hassan dari butik Dokoh, dia ada menyediakan beberapa seleksi pakaian untuk dipakai Janna pada sesi fotografi tersebut namun dia kesal dengan perbuataan pelakon muda itu yang menarik muka terhadapnya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, “Saya sediakan enam pilihan pakaian untuk sesi fotografi itu. Dua yang dipilih adalah persalinan oversized jaket dan skinny fitted pants, manakala satu lagi gaun zamrud yang baru disiapkan sehari sebelum sesi fotografi itu. Turut disediakan adalah sehelai oversized jumper, gaun paras bawah lutut, loose top dan skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam strapless paras lutut seperti yang didakwa.”

“Namun dress (gaun) hitam itu sekadar baju pilihan lain sekiranya ada masalah dengan pakaian lain. Dia (Janna) bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian disediakan, sebaliknya memilih untuk memakai baju yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan itu. Jadi saya menganggap beliau tidak berminat untuk menggayakan pakaian yang saya bawakan. Buat apa mahu menunggu dia?”

Pereka fesyen itu lagi menambah, pelakon itu juga tidak menghulurkan salam perkenalan terhadapnya ketika mereka bertemu di meja solek sebelum sesi fotografi berlangsung.

Menurut Khairul lagi, baik selebriti mahupun pereka fesyen, semua mempunyai jadual kerja harian yang perlu dipenuhi dan segala kudrat yang dicurahkan bukanlah satu perkara percuma.

“Apapun, pada pendapat saya, masing-masing mempunyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian, begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan,” tulisnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Janna Nick memang dikenali dengan imejnya yang sempoi dan sedikit tomboyish.

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Aktres berusia 21 tahun ini juga jarang menggayakan persalinan seksi dalam mana-mana sesi penggambaran yang dilakukan sebelum ini.

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Namun, baru-baru ini timbul isu bila mana Janna dikatakan menarik muka apabila diminta memakai dress seksi rekaan pereka fesyen terkenal yang tidak didedahkan identitinya.

Lantaran penolakannya itu, aktres kelahiran Kedah tersebut dicop seorang yang sombong dan berlagak diva.

Mengulas mengenai hal itu, Janna dipetik sebuah akhbar berkata, “Saya cakap jujur saya, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula.”

“Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain.

“Saya menarik muka itu tidak benar. Ketika dia tunjuk koleksi baju yang dibawanya, saya terus beritahu tidak mahu pakai. Saya cakap dengan nada yang baik, bukan tarik muka tau.

“Orang yang tidak tahu cerita sebenar akan beranggapan memang perangai saya macam itu dan akan kata itu memang perangai saya. Kalau boleh saya nak jumpa dengan dia semula. Bukan mencari gaduh tetapi saya mahu bincang, selesaikan perselisihan faham kami,” katanya.

Mungkin agaknya pereka itu tidak mengetahui prinsip Janna yang tidak mahu berpakaian seksi, dan harapnya perselisihan faham di antara Janna dan pereka itu dapat diselesaikan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

Hazama Sah Bergelar Suami Genervie Kam

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Hazama Azmi yang telah selamat sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam, jam 10.30 pagi tadi.

Majlis pernikahan penyanyi yang popular dengan lagu Di Amaran Mama itu diadakan di Villa Orchid, Gombak.

Hazama sebelum ini ada menyatakan akan mendirikan rumah tangga sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada 22 Januari ini.

Majlis pernikahan Hazama dan Genervie diadakan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

😘 #hazamagenervie @generviekam

A photo posted by Mr hazama Ahmad azmi (@mrhazama1) on

Menurut Hazama majlis itu diadakan secara tertutup adalah di atas permintaannya dan keluarga kedua-dua belah pihak. – MYNEWSHUB.CC

3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN kebanyakan artis menolak untuk mengadakan persembahan sempena majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat pada Jumaat ini namun berlainan pula dengan band rock 3 Doors Down dan penyanyi country, Toby Keith.

Mereka menerima pelawaan untuk mengadakan persembahan tersebut biarpun sebelum ini ramai artis terkenal lain seperti Justin Bieber, Justin Timberlake, Bruce Springsteen, Elton John dan Celine Dion menolak jemputan itu.

Mereka menolak jemputan itu kerana tidak menyokong Trump selain desakan peminat yang meminta mereka agar tidak berada dalam majlis pelantikan presiden ke-45 itu.

3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump
Toby Keith
3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump
3 Doors Down

Namun, hal itu berlainan buat Toby Keith bila mana dia berkata, “Saya tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa sekiranya saya membuat persembahan untuk negara ataupun untuk pihak tentera.”

“Sebelum ini, saya sudah melakukan banyak persembahan untuk presiden terdahulu seperti Bush dan Obama,” katanya ketika ditanya mengenai penerimaannya untuk mengadakan persembahan.

Konsert bertemakan Make America Great Again itu akan berlangsung di Lincoln Memorial, Washington DC, Khamis ini. – MYNEWSHUB.CC

“Siapa Nak Pinang Saya, Mai Cepat-Cepat” – Rita

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Rita Rudaini boleh dikatakan seorang wanita yang berjaya dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.

Masakan tidak, dalam kesibukannya bergelar seorang pelakon dan pengusaha restoran, dia sama sekali tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap dua cahaya mata lelaki yang sedang membesar, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 6.

Sejak bercerai dengan bekas suaminya, Rita dilihat lebih senang bersendirian dan hanya baru-baru ini sahaja dia dikaitkan rapat dengan seorang hos Hlive iaitu Donna Muslim.

Namun, Rita tidak pernah mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Donna.

Terbaharu menerusi sebuah video singkat, Rita dilihat membuat ‘tawaran’ kepada mana-mana lelaki yang ingin masuk meminangnya agar segera berbuat demikian.

Walaupung mungkin Rita sekadar bergurau, tapi rasa-rasanya ramai je jejaka yang sanggup beratur nak ambil borang kalau betul Rita kini sedang mencari calon suami. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Gara-Gara Aiman Tino, Herman Tino Dituduh Ada Anak Haram

in Artis/Utama & Sensasi

POPULARITI Aiman Tino semakin memuncak sejak single pertamanya berjudul Ku Rela Dibenci mendapat perhatian peminat hiburan tempatan.

Kejayaan yang dikecapi Aiman Tino bagaimanapun membawa ‘khabar buruk’ buat penyanyi veteran, Herman Tino apabila ada pihak mendakwanya mempunyai anak luar nikah.

Senang cerita gara-gara Aiman Tino, Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 63, dituduh mempunyai anak haram, mungkin orang yang membuat dakwaan tak berasas itu hanya bersandarkan kepada nama komersil Tino yang dikongsi kedua-dua selebriti tersebut.

Mengulas mengenai hal itu, Herman yang dipetik Berita Harian berkata, “Selepas Aiman menjadi sebutan, nama saya terpalit apabila ada pihak menganggap saya mempunyai anak tidak sah taraf.”

“Isteri pun bertanya apakah saya ada hubungan dengan ibu Aiman Tino. Jenuh saya menerangkan kepada isteri, namun biar apa pun tanggapan orang, saya tak kisah,” katanya.

Tak pasal-pasal disebabkan nama, Herman Tino dituduh sebegitu.. Sabar je lah.. – MYNEWSHUB.CC

Selebriti Tempatan Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Faiz

in Artis/Sukan/Utama & Sensasi

KEJAYAAN Mohd. Faiz Subri menggondol anugerah berprestij FIFA Puskas Award mencipta sejarah sebagai anak Malaysia yang pertama menjuarai kejuaraan sukan tertinggi di dunia itu.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya cukup berasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan pemain berusia 29 tahun itu yang disifatkan sebagai agak luar biasa.

Mohd. Faiz menewaskan dua finalis kategori Gol Tercantik Dunia iaitu, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan serta tumpang berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu.

Antara selebriti yang mengucapkan tahniah ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Ayda Jebat, Scha Al-Yahya dan Nadzmi Adhwa.

Well done Faiz Subri 👏🏻👏🏻👏🏻

A photo posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Tahniah Mohd. Faiz kerana telah mencipta sejarah negara dan semoga terus sukses dalam perjalanan karier bola sepak anda! Majulah sukan untuk negara! – MYNEWSHUB.CC

Selebriti Popular Meriahkan Sambutan Hari Lahir Siti Ke-38

in Artis/Utama & Sensasi

TAHUN ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza genap berusia 38 tahun dan walaupun ulang tahunnya jatuh pada hari Rabu ini (11 Januari) namun pihak pengurusan Simply Siti mengambil kesempatan cuti hujung minggu semalam bagi meraikan sambutan hari lahir penyanyi tersebut.

Bertemakan hitam dan putih, majlis penuh glamor dan meriah itu turut dihadiri ramai selebriti popular yang turut mengagumi bakat dan personaliti yang dimiliki figura bernama penuh Siti Nurhaliza Tarudin ini. Antara yang hadir ialah Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elizad Sharifudin, Nazim Othman, Izara Aishah, Elizabeth Tan, Nazim Othman dan pasangan suami isteri popular, Johan Raja Lawak dan Ozlynn.

❤️ @ctdk @jozlynnhanania

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada adik-beradik Siti iaitu Saida dan Saerah yang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa dan Nazim yang berduet dengan pereka fesyen terkenal, Rizman menerusi lagu Kenangan Terindah nyanyian asal kumpulan Samsons.

Sambutan ulang tahun Siti turut dilengkapkan dengan kehadiran suami tercinta, Datuk Khalid Mohd Jiwa, anak-anak tirinya, iaitu Adib dan Ashraf selain kehadiran kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa yang merupakan penaung syarikat produksi Global Station. Selamat hari jadi Datuk Siti! – MYNEWSHUB.CC

Iklan Pil Kuat Seks Guna Gambar Siti Tanpa Kebenaran

in Artis/Utama & Sensasi

SUSULAN tindakan peniaga ubat pil kuat seks menggunakan gambarnya tanpa kebenaran dalam mempromosikan produk mereka, penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Siti yang terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar beliau dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa adalah satu kesalahan besar.

Peniaga tersebut sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang kemudian dikongsikan kepada akaun pengguna.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman sosial pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk. – MYNEWSHUB.CC 

Comelnya… Anak Tomok Yang Cute Dah Masuk Sekolah!

in Artis/Utama & Sensasi

ANAK sulung penyanyi Tomok yang cukup terkenal di laman Instagram bapanya iaitu Arrian Shah Akid, 5, sudah pun memasuki alam pra-sekolah.

Arrian yang mempunyai ramai peminat itu disifatkan sebagai antara anak selebriti yang cukup comel dan bijak.

kadang-kadang arrian ni lebih tahu dari ayah…sampai ayah kena google apa benda tu sebenarnya 🍗☺️😋

A video posted by Tomok (@tomokofficial) on

Malah, boleh dikatakan Arrian sebenarnya lebih popular daripada bapanya, malah Tomok sendiri pernah mengakui perkara itu kepada pihak media.

Berkongsikan gambar di hari persekolahan anaknya itu, Tomok menulis kapsyen, “Hari pertama persekolahan sebentar tadi. Kami bersilat nak siapkan budak kecik ni.. Lepas tu bila dah habis sekolah dia tak nak balik pulak. Selamat datang ke sekolah tadika ayam guring.”

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail bagaimanapun tidak menyiarkan lencana sekolah anaknya demi menjaga privasi Arrian.

Selain anak Tomok, anak sulung penyampai radio Mix FM Aishah Sinclair iaitu Soraya Ann, 7, turut sudah melangkahkan kaki ke alam persekolahan darjah satu.

Aishah yang juga merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair memuat naik gambar Soraya yang girang memasuki alam persekolahan.

Seperti mana Tomok, Aishah turut menyembunyikan lencana sekolah anaknya, semuanya demi tujuan privasi anak mereka.

Apa-apa pun semoga Arrian dan Soraya membesar menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. – MYNEWSHUB.CC

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui malu dan berasakan reputasi kumpulan mereka sedikit tercalar berhubung kes penipuan konsert di United Kingdom (UK), band Estranged akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara ini selain mengambil tindakan undang-undang agar individu yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebelum ini, band yang dianggotai Rich, Din dan Hanafi mendedahkan mereka ditipu seorang wanita Melayu yang dikenali sebagai Eziana Abdul Aziz yang mendakwa dirinya merupakan Pengurus Publisiti Apple Inc. yang berpejabat di London berhubung Festival Apple Music yang dijadualkan berlangsung pada 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.

Susulan insiden itu, Estranged mengambil keputusan untuk menyaman wanita berkenaan serta menuntut ganti rugi khas berjumlah RM100,000.

Demi melakukan persiapan rapi bagi menjayakan persembahan di UK, band itu telah menolak sebarang persembahan pentas selama empat bulan bagi memberi fokus terhadap konsert jelajah tersebut.

Menceritakan lebih lanjut mengenai insiden itu, Din berkata, “Estranged telah ditipu untuk mengadakan konsert jelajah di UK. Konsert ini berlangsung dari 23 Disember hingga 2 Januari.”

“Kami blok empat bulan pasal kami nak buat rehearsal kerana difahamkan di London kami akan main di empat lokasi dan dalam masa empat bulan ini juga kami kena keluarkan lagu English, jadi kami terpaksa fokus untuk persiapan festival itu. Berdasarkan show Estranged dalam empat bulan tu, kerugian itu adalah lebih (dari yang dituntut),” kata Din ketika ditemui Mynewshub pada majlis sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada

Menurut band yang terkenal dengan lagu Hancur Aku itu, mereka tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan kerana sebelum ini Estranged pernah mewakili negara di sebuah festival muzik di Taiwan dan dokumen festival kali ini dilihat lebih terperinci daripada persembahan luar yang pernah dijayakan mereka sebelum ini.

“Bila first kita jumpa dia, dia kata festival ini adalah acara tahunan dan dia nak invite Estranged sebab lagu Hancur Aku menjadi antara lagu paling banyak dimainkan di iTunes.

“Masa itu, kami terasa macam betullah dia nak bawa band Malaysia ke sana (UK) sebab benda ini bukan mudah untuk band tempatan buat persembahan di luar negara dan di pertengahan dealing tu nampak semua dokumen tu macam betul, kami pun rasa bangga dan kami pun nak buat all out untuk mewakili Malaysia.

“Kali terakhir kami mewakili Malaysia (buat persembahan) adalah di Taiwan. Tapi cara mereka deal pun tak se-details macam ini (yang dilakukan Eziana). Sebab tu kami tak rasa (kena tipu), sebab yang ini lebih details (dokumen dan tentatif persembahan),” ujar mereka lagi.

Estranged mula mengesyaki mereka ditipu Eziana selepas wanita itu mengarahkan mereka untuk membayar wang berjumlah RM27,951 (£5,000) kerana mendakwa wang pembayaran konsert festival yang sepatutnya diterima kumpulan itu telah disekat Bank Negara.

Sebaik menerima mesej daripada Eziana yang bertarikh 1 Disember 2016 itu, Estranged berasa ragu dan mula mengesyaki yang mereka telah ditipu scam yang dirancang oleh wanita berkenaan.

Menurut Din lagi, mereka percaya motif utama Eziana berbuat demikian adalah untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Selepas menerima mesej tersebut, pengurus Estranged kemudiannya terus berhubung dengan wakil Apple Music Press, Mandy Hershon bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai festival muzik tersebut.

Mandy menyatakan pihak Apple turut menerima aduan yang sama daripada artis negara luar yang mereka turut ditipu dengan menggunakan modus operandi yang sama sejak sebulan lalu dan pihak Apple dilaporkan sedang melakukan penyiasatan lanjut berhubung kes penipuan itu.

Walaupun tidak mengalami kerugian dari segi wang kerana Estranged tidak membayar wanita tersebut, namun kumpulan itu mengambil keputusan mendedahkan perkara ini bagi mengelakkan hal sama berlaku kepada mana-mana pemuzik tempatan.

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada
Eziana Abdul Aziz mendekati anggota kumpulan Estranged menerusi laman Facebook dalam modus operandi penipuannya.

“Itu memang first options kami (untuk tidak mendedahkan hal ditipu), itu memang normal. Memang budaya kita, kita akan berasa malu tapi sebaik-baiknya benda yang betul tu kita harus dedahkan.

“Sejujurnya lepas kami dah dedahkan benda ini, baru kami boleh tidur lena. Kami harap benda ini (saman) akan menghentikan kegiatan-kegiatan penipuan sebegini,” ujar Din lagi.

Sementara itu, Rich tidak menafikan hal itu telah menyebabkan mereka berasa sedikit down namun enggan menoleh ke belakang, mereka sepakat untuk terus melangkah memperjuangkan Estranged.

“Memang saya cakap nak take a break lepas hal ini berlaku, sebab semangat kami jatuh tapi sekarang ini rasa mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Sekarang kami ambil pendekatan, ambil yang jernih, buang yang keruh.

“Jadi, kami akan move forward dan teruskan dengan perjuangan muzik seperti sedia kala.

“Kami pada mulanya down, macam tak nak teruskan konsert di JB, tapi selepas dapatkan nasihat daripada peguam, kawan-kawan kami supaya kami teruskan perjalanan kami, tunjukkan yang kami ini masih boleh berdiri (dalam industri muzik),” kata Rich lagi sambil menambah Konsert Jelajah Estranged Sepenuhnya Vol 1 tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 3 Februari ini bertempat di Kilang Bateri, Johor Bahru.

Menurut Estranged, insiden ini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat mereka, “Kami akan lebih peka tentang hal-hal macam ini, kami akan tukar pihak pengurusan, lepas ini kami akan dapat pengurusan baru sementara pengurusan lama kami rehatkan. Lepas ini kami akan serahkan hal-hal sebegini kepada orang yang lebih arif.”

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada
Mathew Thomas Philip

Sementara itu, peguam yang mewakili Estranged, Mathew Thomas Philip berkata, writ saman telah dikeluarkan dan kes tuntutan saman band itu akan diperdengarkan pada 16 Januari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mathew menjelaskan Estranged selaku plaintif telah didorong oleh Eziana selaku defendan untuk mempercayai band Estranged telah dipelawa membuat persembahan.

Defendan telah menghantar banyak dokumen kepada Estranged dan pihak pengurusan mereka bahawa terdapat festival muzik itu bagi menyakinkan plaintif.

Dalam kes ini plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM100,000 berhubung kos ganti rugi plaintif yang terpaksa menolak sebarang persembahan selama empat bulan demi melakukan persiapan rapi untuk festival yang dikhabarkan itu selain turut menuntut saman ganti rugi teladan. – MYNEWSHUB.CC

Ditipu ‘Penganjur Konsert’, Estranged Nak Saman RM100K

in Artis

SUSULAN isu ditipu wanita yang mendakwa dirinya merupakan seorang penganjur konsert, kumpulan Estranged akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu berkenaan.

Satu sesi sidang media akan diadakan pada keesokan hari di Hartamas bagi menjawab persoalan mengenai isu tersebut.

Baca: Kumpulan Estranged Kena Tipu `Tour’ Di London

Menerusi saman yang difailkan peguam mereka, Estranged menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 selain beberapa ganti rugi lain yang akan ditafsirkan oleh mahkamah.

Mengikut kronologi, band itu pada mulanya dikatakan dijemput membuat persembahan di Apple Music Christmas Festival di United Kingdom yang mana mereka dijadualkan berkongsi pentas dengan band terkenal, Metallica dan Radiohead.

Namun, ternyata semua yang dijanjikan itu adalah satu penipuan dan scam terancang yang dilakukan seorang wanita dikenali sebagai Eziana Abd Aziz yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc yang beribu pejabat di London.

Susulan kejadian itu, Estranged yang dianggotai Rich, Hanafi dan Din akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Video: Konsert Tahun Baru, Mariah Carey Kantoi Lip Sync

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI terkenal, Mariah Carey kantoi ‘lip sync’ (menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara) pada malam sambutan tahun baharu 2017 yang diadakan di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Pada awal persembahan, diva itu tidak mengalami masalah menyanyikan lagunya namun bila memasuki lagu kedua berjudul Emotions, dia sudah tidak senang duduk apabila lagu yang keluar tidak sama dengan apa yang ingin ‘dilakonkannya’.

Dia seolah-olah tidak bersedia atau mungkin tidak membuat persiapan rapi bagi melakukan persembahan di tempat ikonik bandar Big Apple itu.

Tidak mahu memperbodohkan dirinya di khalayak umum, Mariah berlakon dengan menghulurkan mikrofon kepada penonton memohon mereka turut menyanyi bersama-samanya.

Di Amerika, bukan Mariah sahaja dikenali sebagai artis yang jarang menyanyi secara live, sebaliknya, Justin Bieber dan Britney Spears turut sering melakukan hal sedemikian walaupun kadang kala ada peminat yang percaya bahawa mereka sedang menyanyi secara live pada ketika itu. – MYNEWSHUB.CC 

1 2 3 39
Go to Top