Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

P.Kamalanathan

Penganjur Program Libatkan Pelajar Perlu Patuhi SOP

in Terkini

KUALA LUMPUR – Penganjur sebarang kem perkhemahan melibatkan pelajar sekolah perlu memastikan bahawa ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata sebarang kecuaian dalam melaksanakan tanggung jawab itu dikhuatiri boleh menjurus kepada kejadian tidak diingini. “Pihak sekolah dan penganjur mesti sentiasa berhati-hati ketika menjalankan program seumpama itu,” katanya…

Teruskan Membaca

Dakwaan Jual Soalan SPM: Laporan Polis Dibuat

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa terdapat sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata laporan polis itu dibuat tengah hari tadi di Putrajaya bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib mengenai dakwaan…

Teruskan Membaca

Nafi Orang Dalam Dalang Kemelut Kertas Sejarah SPM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menafikan penglibatan orang dalam berhubung viral berita kebocoran soalan kertas sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan calon perlu duduki semula pada 8 Disember ini. “Ini bukan perbuatan orang dalaman, saya percaya mereka yang bekerja dengan kementerian tidak akan membuat perkara sebegini. “Hasrat penyebar maklumat palsu itu…

Teruskan Membaca

Sebanyak 709 Sekolah Di Sarawak Punyai 1BestariNet

in Terkini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 709 daripada 1,211 sekolah luar bandar di negeri Sarawak menerima perkhidmatan Internet 1BestariNet yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata pihaknya berhasrat untuk meningkatkan penetrasi Internet di sekolah-sekolah bagi kawasan luar bandar. Beliau berkata kelewatan penetrasi Internet di kawasan pedalaman Sarawak adalah disebabkan proses berkenaan memerlukan persetujuan…

Teruskan Membaca

Kelewatan Elaun Wang Saku Pelajar Matrik Tidak Akan Ulang

in Terkini

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan memberi jaminan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) yang tertangguh pembayarannya kepada sejumlah 21,000 pelajar kolej matrikulasi di seluruh negara sejak Ogos lalu, tidak akan berulang. Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian akan berusaha memastikan perkara seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan. “Kementerian memohon maaf atas kelewatan pembayaran Elaun…

Teruskan Membaca

Najib Mahu KPM Perteguhkan Pendidikan Sukan

in Terkini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Pendidikan supaya memperteguhkan pendidikan sukan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan. Beliau berkata Najib memuji kejayaan Sekolah Sukan Bukit Jalil, sekolah sukan pertama di Malaysia, dalam melahirkan atlet di negara ini. “Beliau (Najib) memberi contoh Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai…

Teruskan Membaca

Pihak Sekolah SMK Balung Boleh lanjut Tempoh Tutup Sekolah

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah, yang terlibat dengan insiden pendaratan cemas helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Selasa dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk melanjutkan tempoh penutupan sekolah atau sebaliknya. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata keputusan berkenaan boleh diambil berdasarkan situasi semasa…

Teruskan Membaca

Lebih Banyak Sekolah Tamil Dibina Dalam Tempoh Terdekat

in Terkini

GEORGE TOWN – Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan. Pada masa sama, katanya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga akan meningkatkan lagi pedagogi, ko-kurikulum serta pendidikan bahasa Tamil di Malaysia. Kamalanathan berkata selain pembinaan sekolah, kerajaan akan sentiasa memberi tumpuan terhadap aspek…

Teruskan Membaca

Kamalanathan Serah Laporan Penyebaran Soalan Palsu UPSR

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan hari ini menyerahkan laporan rasmi berhubung penyebaran soalan palsu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di media sosial kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Beliau yang hadir ke pejabat MCMC di Cyberjaya menyerahkan laporan rasmi mengenai penyebaran gambar soalan palsu UPSR itu kepada Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan…

Teruskan Membaca

Infrastruktur Pendidikan Di Sarawak Akan Dinaik Taraf Seperti Dijanji

in Terkini

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan akan memastikan infrastruktur sekolah yang perlu dinaik taraf di Sarawak akan dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan. Beliau berkata pihak kementerian akan mengambil tindakan bagi setiap janji yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ditunaikan. “Sama ada (dijanjikan) oleh Perdana Menteri Datuk Seri…

Teruskan Membaca

Wajib Lulus BI: Mesyuarat Kedua Diadakan Masa Terdekat

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengadakan mesyuarat kedua dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan terbaru berhubung pelaksanaan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata mesyuarat kedua itu merupakan susulan mesyuarat pertamanya yang diadakan bersama pihak berkepentingan pada tahun lepas bagi mendapatkan pendapat…

Teruskan Membaca

Kes Buli SMK Bandar Tasek Mutiara Selesai – Kamalanathan

in Terkini

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan sudah menyelesaikan kes buli dan samseng yang didakwa berlaku di SMK Bandar Tasek Mutiara, manakala pelajar yang digantung persekolahan digesa merayu agar dibenar kembali bersekolah. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pihak berkuasa sekolah itu dan Jabatan Pendidikan sedang mencari penyelesaian secara baik, bukan sahaja bagi kes itu, tetapi…

Teruskan Membaca

Guru Terlibat Kes Pukul Pelajar Ditamatkan Perkhidmatan

in Terkini

SUNGAI PETANI – Guru sambilan yang didakwa memukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling Isnin lalu sehingga patah tulang kekura tangan, telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa serta merta. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan siasatan daripada pihak polis memandangkan laporan polis telah dibuat berhubung…

Teruskan Membaca

Kementerian Pendidikan Tunggu Laporan Sekolah Kes Murid Gunting Lidah

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan pihak sekolah berhubung kejadian seorang murid di Klang, Selangor yang didakwa dipaksa menggunting lidahnya oleh beberapa murid lain, minggu lepas. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata pihak sekolah sepatutnya telah menghantar laporan penuh mengenai kejadian itu namun kementeriannya masih belum menerimanya. Katanya kementerian akan memastikan pihak…

Teruskan Membaca

Pelajar India Lepasan SPM, STPM Digesa Manfaat peluang Lanjut Pelajaran

in Terkini

SHAH ALAM – Pelajar kaum India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) digesa memanfaatkan semua peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran. Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk P. Kamalanathan berkata kementeriannya menawarkan banyak tempat kepada pelajar India dalam institusi pengajian tinggi tetapi tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. “Sebagai…

Teruskan Membaca

Mi Kaca: Kementerian Pendidikan Gantung Syarikat Pembekal

in Terkini

KUALA LUMPUR – Syarikat yang membekal mi yang terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu. Kementerian berkenaan sedang menunggu laporan daripada pihak sekolah sebelum tindakan diambil terhadap syarikat berkenaan, katanya dalam…

Teruskan Membaca

2,000 Guru ‘Duka Lara’ Disatukan Kembali Dengan Pasangan

in Hangat

SUNGAI PETANI – Hampir 2,000 guru yang sebelum ini terpaksa berpisah daripada pasangan masing-masing atas tuntutan tugas, disatukan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan. “Kementerian akan lihat…

Teruskan Membaca

SPM, STPM Akan Diteruskan Walau Banjir, Jerebu Kembali Melanda

in Hangat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengedarkan topeng penutup hidung kepada calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali pada tahap tidak sihat semasa musim peperiksaan ini. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kalamanthan berkata ini kerana tarikh kedua-dua peperiksaan besar itu tidak boleh sewenang-wenangnya diubah…

Teruskan Membaca

Proses Pengambilan Guru Terlatih Bahasa Inggeris Dari India

in Terkini

KUALA LUMPUR – Proses pengambilan guru terlatih Bahasa Inggeris dari India di bawah program Jurulatih Pakar Pembangunan Prestasi Sekolah (SISC+) akan selesai dalam masa terdekat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kesemua guru itu akan ditempatkan di beberapa sekolah luar bandar seluruh negara termasuk sekolah-sekolah ‘hot spot’ bagi membantu…

Teruskan Membaca

Kamalanathan Nyata Hasrat Tanding Pemilihan MIC

in Politik

SUNGAI PETANI – Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CRW) MIC yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berhasrat bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan. Beliau bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya, sama ada Naib Presiden atau anggota Majlis Tertinggi (MT). “Saya belum buat keputusan lagi, saya sedang dapatkan nasihat daripada pemimpin tertinggi, saya ingin…

Teruskan Membaca

Keputusan Akan Dibuat Sama Ada Persekolahan Perlu Diganti

in Terkini

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan akan memaklumkan keputusan mengenai sama ada sekolah yang ditutup akibat jerebu perlu menggantikan hari persekolahan mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan. “Ada dua (perkara yang perlu dilihat), sama ada cuti atau sekolah diarah tutup. Kalau cuti, ia perlu diganti, kalau diarah tutup, persekolahan mungkin tidak perlu diganti. “Bagaimanapun saya…

Teruskan Membaca

Pertandingan Foto Dapat Sambutan Hangat

in Terkini

PUTRAJAYA – Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 hasil inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan di laman sosial Facebook peribadi beliau mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 100 foto. Empat individu dinobatkan pemenang utama terdiri daripada dua pelajar dan dua guru yang menerima hadiah tablet Samsung Galaxy Tab 4, Apple iPod dan telefon pintar jenama Lenovo,…

Teruskan Membaca

Sektor Pendidikan Sarawak Akan Ditambah Baik

in Terkini

KUCHING – Kementerian Pendidikan akan memastikan sektor pendidikan di Sarawak bertambah baik dari semasa ke semasa. Timbalan Menterinya P.Kamalanathan berkata sehubungan itu beliau akan kerap mengadakan lawatan ke negeri ini bagi memastikan segala keperluan pendidikan Sarawak dipenuhi. Menurutnya disamping keperluan, lawatannya akan turut mendengar dan membawa segala permintaan kerajaan negeri ke peringkat tertinggi agar sektor…

Teruskan Membaca

Kementerian Tunggu Laporan Siasatan Murid Orang Asli Dipukul Guru

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan masih menunggu hasil siasatan polis berhubung kes seorang murid orang Asli diikat dan dipukul oleh beberapa guru kerana dituduh mencuri di sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan, bulan lepas. Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata belum ada tindakan diambil terhadap guru-guru berkenaan kerana pihaknya masih belum mendapat laporan hasil siasatan polis…

Teruskan Membaca

Salah Fakta: Buku Sejarah Tahun 5 SJKC Dicetak Semula

in Slider/Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mencetak semula buku mata pelajaran sejarah tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan melakukan pembetulan dan penambahbaikan pada kesilapan yang didakwa pada buku berkenaan. Timbalan Menteri P. Kamalanathan berkata keputusan itu dibuat selepas semakan dan penelitian oleh sekumpulan Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah sebaik sahaja kementerian…

Teruskan Membaca

Tiada Cadangan Hentikan Program J-Qaf – Kamalanathan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan sistem pembelajaran j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) di sekolah-sekolah aliran kebangsaan yang dilaksanakan sejak 2005. Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata ini kerana program j-QAF berjaya memperkasakan Pendidikan Islam dan penghayatannya dalam kalangan murid-murid Islam di sekolah rendah. “Pada masa ini, Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan…

Teruskan Membaca

Program 3K Dilancarkan Semula

in Terkini

PUTRAJAYA – Anugerah Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Kesihatan) untuk mendidik pelajar dengan amalan gaya hidup sihat dilancarkan semula selepas dihentikan pada 2009. Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata ia merupakan satu gerakan kesedaran untuk mendidik gaya hidup yang sihat, aktif dan cergas dengan menggunakan nutrien susu sebagai asasnya. Katanya pasukan daripada kementerian dan Dutch Lady…

Teruskan Membaca

Kementerian Laksana Strategi Kukuh Bagi STEM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara. Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata antara strategi itu termasuk meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu, pemantapan…

Teruskan Membaca

Semua 39 Projek Di SJKT Dijangka Siap Hujung 2016

in Terkini

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan optimis semua 39 projek pembinaan bangunan baharu dan bangunan tambahan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini akan siap pada penghujung tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata semua projek berkenaan adalah di bawah Pakej Rancangan Khas 2012 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM216 juta. “Sebanyak 37 sekolah telah…

Teruskan Membaca

Lebih 8,000 Cadangan, Maklum Balas Diterima Berhubung PPPM (PT)

in Terkini

JOHOR BAHARU – Kementerian Pendidikan menerima lebih 8,000 cadangan dan maklum balas daripada pelbagai medium berhubung pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT) 2015-2025. Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata cadangan dan maklum balas itu diterima daripada pelbagai pihak termasuk orang awam, golongan akademik, swasta, pihak industri dan pelajar. “Kami (kementerian) berterima kasih kepada…

Teruskan Membaca

PTPTN: Kem.Pendidikan Tiada Hasrat Guna Agensi Pengutip Hutang

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk menggunakan khidmat agensi pengutip hutang bagi mengutip balik pinjaman yang belum dijelaskan daripada 170,000 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata, ini kerana kaedah dan pendekatan yang digunakan agensi itu dalam mengutip hutang adalah kurang mesra pelanggan. “Kaedah dan pendekatan…

Teruskan Membaca

Kem. Pendidikan Lancar Kluster Perkhidmatan Kewangan

in Terkini

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Kluster Perkhidmatan Kewangan, kluster ke-10 yang ditubuhkan di bawah Program Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata ICoE merupakan program ‘signature’ kementerian yang menjadi model kepada kejayaan hubungan kerjasama antara universiti dan industri. Katanya program ICoE itu disokong syarikat peneraju yang dikenal…

Teruskan Membaca

Go to Top