Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

pelajar

4 Pelajar Sesat Di Gunung Soga Ditemui Selamat

in Utama & Sensasi

BATU PAHAT – Empat remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Hutan Lipur Gunung Soga, dekat sini, akhirnya ditemui selamat. Keempat-empat pelajar tingkatan dua itu Mohd Amir Haziq Iqramudin, Mohd Azrul Azizi Mohd Zaidi, Mohd Khairul Muttaqim Mohd dan Muhamad Afif Samsudin ditemui hari ini dalam keadaan letih selepas…

Teruskan Membaca

425,251 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di seluruh negara, bermula pagi ini hingga Khamis. Daripada jumlah itu, 394,458 adalah calon sekolah kerajaan, 9,034 (calon sekolah agama negeri), 10,949 (calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan 2,540 (calon sekolah agama rakyat). Manakala 1,091 adalah calon sekolah swasta yang…

Teruskan Membaca

Harga Serendah RM5 Faktor Pelajar Terlibat Dadah

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Harga serendah RM5 menjadi antara faktor mengapa semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini terlibat dengan dadah psikotropik (sub: psychotropic drug) berbanding dadah tradisional seperti heroin dan kokain. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend itu berlaku disebabkan dadah jenis kokain, heroin dan ganja dijual dengan mahal…

Teruskan Membaca

MyCCSkills Ketengahkan Bakat Pelajar

in Terkini

JELEBU – Penganjuran Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) dilihat berupaya menjadi platform untuk mengetengahkan bakat pelajar dalam bidang kemahiran sekali gus dapat melahirkan juara bertaraf dunia. Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata pertandingan seperti itu juga dapat memupuk sikap inovatif dan kreatif dalam kalangan peserta. “Pengalaman dalam pertandingan kemahiran mampu menjadikan…

Teruskan Membaca

Pertimbang Wajibkan Program Keusahawan Di Sekolah

in Terkini

IPOH – Kementerian Pendidikan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan program modul keusahawanan di peringkat sekolah menengah, kata Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan. Beliau berkata cadangan yang disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Taj (TIC), Tina Tajuddin itu diyakini mampu membantu meningkatkan minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. “Kementerian akan melihat bagaimana kita boleh melaksanakannya kerana…

Teruskan Membaca

Remaja Terperangkap 60 jam Dalam Gua Selamat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

INDIANAPOLIS – Seorang pelajar Universiti Indiana berusia 19 tahun ditemui selamat selepas terperangkap dalam gua tanpa makanan dan minuman selama tiga hari. Dalam tempoh 60 jam itu, Lukas Cavar yang ditinggalkan kelab penerokaan gua kolejnya, cuma menjilat titisan air pada dinding gua dan cuba mendapatkan serbuk daripada beberapa pembalut snek tenaga yang kosong. Menurut laporan…

Teruskan Membaca

Bimbang Kantoi Curi, Murid Hentak Guru Tengah Solat

in Jenayah/Utama & Sensasi

LAHAD DATU – Seorang guru wanita sekolah rendah menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar berusia 13 tahun yang cuba curi wang miliknya, di sini, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari, guru terbabit dikatakan sedang menunaikan solat Zohor di salah sebuah surau sekolah rendah di daerah ini. Pesuruhjaya…

Teruskan Membaca

Bina Sekolah Khas Untuk Pelajar Bermasalah – MCCF

in Jenayah/Terkini

​​​​​KUALA LUMPUR – Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sekolah pemulihan khas untuk pelajar bermasalah. Pengerusinya Halim Ishak berkata sekolah yang dimaksudkan bukan seperti sekolah untuk pelajar yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Juvana, sebaliknya adalah untuk pelajar yang bermasalah seperti sering ponteng dan melanggar disiplin sekolah. “Ada golongan pelajar yang nakal…

Teruskan Membaca

Upah Kaki Pukul Untuk Disiplinkan Pelajar

in Utama & Sensasi

LUCKNOW (India) – Bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar lelaki yang semakin meningkat, Universiti Lucknow di sini, mengupah 15 kaki pukul untuk berkawal di asrama. Universiti itu sebelum ini mengambil beberapa langkah bagi membendung masalah kecurian dan pergaduhan di dewan makan di asrama lelaki. Alat perakam kedatangan biometrik yang dipasang pada bulan lalu dan…

Teruskan Membaca

Nasihat Calon Ujian Rajin Belajar, Bukan Sekadar Doa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan calon yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi tidak bergantung kepada doa semata-mata. Sebaliknya mereka pada masa yang sama sepatutnya hendaklah rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran untuk lulus dengan cemerlang. Katanya calon-calon sewajarnya berusaha keras membuat persiapan dan selepas itu barulah memohon…

Teruskan Membaca

Pelajar Tingkatan Dua MRSM Lemas Di Lata Kulim

in Terkini

GERIK – Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu lemas ketika berkelah bersama-sama keluarganya di Lata Kulim, Kampung Kenayat dekat sini, hari ini. Mayat Muhammad Afiq Ishak, 14, yang berasal dari Felda Papulut, Lenggong, ditemui pada 2.15 tengah hari di dasar air terjun sedalam tiga meter oleh pasukan mencari dan menyelamat.…

Teruskan Membaca

Lima Pelajar Lemas Ketika Sambut Hari Lahir

in Terkini

COLOMBO – Lima pelajar yang sedang bercuti disahkan maut, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang selepas bot yang mereka naiki karam ketika mengelilingi kepulauan kecil di sekitar Jaffna. Polis dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa yang berusia antara 19 hingga 20 tahun itu sedang mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran apabila nahas itu berlaku. Hanya seorang…

Teruskan Membaca

Bukan Belajar Guna Peranti Sepanjang Masa Di Sekolah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BUKIT KAYU HITAM – Kebenaran bawa alat peranti ke sekolah awal tahun depan hanya sebagai tambahan untuk buat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara interaktif dan bukannya belajar menggunakan alat itu sepanjang masa. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata proses P&P di dalam kelas tetap berlangsung seperti biasa dan penggunaan peranti itu…

Teruskan Membaca

Pelajar Boleh Bawa Peranti Mulai Tahun Depan

in Slider/Utama & Sensasi

GENTING HIGHLANDS – Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling. Bagaimanapun katanya, telefon bimbit…

Teruskan Membaca

Jenayah Pelajar Sekolah Di Selangor Membimbangkan

in Jenayah/Terkini

KLANG – Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di seluruh Selangor dilihat masih membimbangkan, sekalipun berlaku trend penurunan jumlah kes dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Datuk K. Kumaran berkata kebanyakan pelajar dilaporkan cenderung terbabit dengan kegiatan jenayah itu merangkumi kes samun, pecah rumah, rogol,…

Teruskan Membaca

Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan ‘Berjemaah’

in Jenayah/Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Rakaman video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam. Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi. Mangsa dilihat merayu supaya dilepaskan…

Teruskan Membaca

Murid Parah Jatuh Bangunan Sekolah Tingkat 4

in Utama & Sensasi

KUANTAN – Seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini, parah selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah itu, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata Muhammad Syawal Heri, 12, dikatakan memanjat bumbung sekolah itu kira-kira pukul 3.30 petang untuk menangkap burung bersama-sama empat rakannya. “Mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke bahagian…

Teruskan Membaca

Bomba Usung Pelajar Saiz Besar Turun Gunung

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BALING – Seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) yang dipercayai mempunyai berat badan 120 kilogram terpaksa diusung turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baling selepas terseliuh ketika menuruni Gunung Pulai di sini, hari ini. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata mangsa berusia 20 tahun…

Teruskan Membaca

Jawapan Kepada Soalan Fizik Bawah Kuku

in Utama & Sensasi

LONDON – Bagi pelajar di United Kingdom (UK), musim panas terlalu sinonim dengan peperiksaan dan tekanan akibatnya. Bagaimanapun, seorang pelajar licik mendapat penyelesaian unik untuk membantunya menangani peperiksaan subjek fizik apabila melekatkan jawapan pada hujung kukunya. Dalam gambar dimuat naik ke Reddit, gadis menggunakan nama Blood_Repaer itu yang dipercayai dari UK menunjukkan bagaimana dia menuliskan…

Teruskan Membaca

Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai

in Terkini

LABUAN – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Taman Damai, Kampung Layangan di sini semalam (Ahad). Mohd Shahrul Iskandar, 16, dikatakan sedang mandi bersama empat rakannya di pantai yang terkenal itu pada hujung minggu, apabila secara tiba-tiba kesemua mereka dipukul ombak besar kira-kira pukul 4 petang.…

Teruskan Membaca

Kafe Bagi Diskaun Kepada Pelajar Yang Tidak Bersolek

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEBUAH kafe di Korea Selatan menawarkan diskaun 20 peratus kepada pelajar perempuan dengan syarat mereka tidak mengenakan solekan. Selain itu, diskaun tambahan 30 peratus akan diberikan untuk harga makanan dan minuman sekiranya pelajar terbabit memakai skirt yang lebih panjang iaitu sekurang-kurangnya pada paras lutut. Bagi pelajar yang memakai seluar panjang pula, ia perlu berukuran kira-kira…

Teruskan Membaca

Elaun Pelajar IPG PPISMP Ambilan Jun 2018 Dimansuh

in Terkini

PUTRAJAYA – Pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi ambilan Jun 2017, akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata bagi pelajar IPG sedia ada mereka akan terus menerima elaun seperti…

Teruskan Membaca

Mayat Seorang Pelajar Lemas Di Dungun Ditemui

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk sungai Kampung Delong sejak tiga hari lalu ditemui terapung kira-kira 7.05 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dijumpai pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. “Mayat mangsa…

Teruskan Membaca

Pelajar Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Dungun

in Terkini

DUNGUN – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di kawasan lubuk Sungai Kampung Delong, semalam selepas terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil bola yang disepak oleh rakannya. Mangsa Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dipercayai lemas, kira-kira 6.45 petang selepas dikatakan bermain bola berhampiran sungai berkenaan bersama rakan-rakannya. Bola yang…

Teruskan Membaca

Kes Video Tular Pelajar Bertumbuk Disiasat Polis

in Jenayah/Utama & Sensasi

BELUM lagi reda kes membabitkan mangsa buli yang meninggal dunia baru-baru ini, timbul pula satu lagi video dua pelajar sekolah menengah bertumbuk yang tular di media sosial. Menerusi perkongsian video berdurasi 1.15 saat itu memaparkan aksi dua remaja yang dipercayai pelajar sekolah sedang ‘gigih’ bertumbuk sesama mereka di sebuah taman permainan. Pergaduhan dua remaja itu disaksikan…

Teruskan Membaca

Pelajar Bekas Tahanan Korea Utara Meninggal Dunia

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG pelajar universiti warga Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bekas tahanan di Korea Utara selama 17 bulan meninggal dunia di sebuah hospital Cincinnati pada Isnin, beberapa hari selepas dibebaskan. Menurut keluarganya, doktor memaklumkan bahawa Otto Warmbier yang ditahan di Korea Utara semasa mengunjungi negara itu sebagai pelancong, 22, mengalami kerosakan otak. “Malangnya, layanan tidak sepatutnya…

Teruskan Membaca

13 Pelajar UPNM Boleh Sambung Belajar

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kesemua 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibenarkan diikat jamin sehingga sebutan semula kes pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, dibenarkan menyambung semula pengajian di universiti itu. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata keputusan itu diambil pihak UPNM bagi…

Teruskan Membaca

Remaja 13 Tahun Mengaku Berzina Ramai Lelaki

in Utama & Sensasi

DISANGKANYA naif dan bukanlah anak yang nakal serta liar. Seorang ibu terkejut apabila mengetahui anaknya sudah berzina dengan ramai lelaki sejak berusia 13 tahun lagi. Menerusi perkongsian yang diambil dari penulisan Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Ariza Mohamed menceritakan kisah seorang remaja perempuan dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang sudah berzina dengan ramai…

Teruskan Membaca

Guru Ditahan Disyaki 50 Kali Liwat Pelajarnya Di Kapit

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG guru ditahan kerana dipercayai terlibat dalam tabiat seks songsang hingga sanggup meliwat pelajarnya puluhan kali di Kapit, Sibu, Sarawak. Berita Harian melaporkan, guru yang berusia lingkungan 40 tahun itu dipercayai meliwat pelajarnya lebih 50 kali di sebuah rumah di Kemunyang, kuarters guru dan hotel bajet sejak 2015. Guru terbabit ditahan pagi semalam selepas laporan…

Teruskan Membaca

Pensyarah Dibuang Kerja Pukul Pelajar Dengan Besi

in Jenayah/Utama & Sensasi

HANYA kerana lambat, beberapa pelajar perempuan dari Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di China telah dipukul dengan batang besi oleh pensyarah mereka. Pensyarah terbabit yang dikenali sebagai Nie bagaimanapun telah dibuang kerja selepas video yang merakamkan dia memukul pelajar terbabit menjadi tular. Rakaman eksklusif itu dimuat naik dalam forum pelajar yang dinamakan sebagai ‘Sichuan high…

Teruskan Membaca

Pelajar 11 Tahun Lulus Subjek Sukar Universiti

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BANGKOK – Ketika rakan sebayanya sibuk bermain permainan video, seorang budak perempuan berusia 11 tahun sibuk belajar di sebuah universiti terbuka. Open Universiti Sukhothai Thammathirat (STOU) mengumumkan pelajar itu, Supanida Apaiwong berjaya lulus dalam dua subjek iaitu undang-undang awam dan pengenalan pengurusan pada semester ini. Bangkok Post melaporkan, pelajar Sekolah Rattana Suksa di daerah Thung…

Teruskan Membaca

Pelajar Sekolah Rempuh Kereta Polis Ditahan

in Jenayah/Terkini

MIRI – Polis menahan dua pelajar Tingkatan Lima dari sebuah sekolah menengah di Bintulu berikutan tindakan marabahaya mereka membawa kenderaan sehingga merempuh kereta peronda polis, semalam. Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, suspek tersebut iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, ditangkap ketika memecut kenderaan Perodua Alza milik bapa seorang daripadanya apabila polis peronda menjalankan…

Teruskan Membaca

Pelajar Malaysia Diingatkan Sentiasa Waspada

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengeluarkan amaran dan peringatan kepada semua pelajar Malaysia di luar negara susulan serangan di Notre Dame Cathedral, Paris semalam. Amaran itu dibuat oleh KPT menerusi Education Malaysia UK dan Ireland yang berkomunikasi dengan Persatuan Pelajar Malaysia Perancis (MASAF) berhubung insiden berkenaan. “Kementerian ingin mengingatkan semua pelajar Malaysia di…

Teruskan Membaca

Suspek Dera Akibat Bomoh Kata Mangsa Curi Laptop

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

PENUNTUT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat didera, kelmarin dilaporkan dipukul rakan gara-gara seorang bomoh mendakwa dia merupakan individu yang mencuri komputer riba suspek. Perkara itu didedahkan oleh rakan mangsa yang memaklumkan kepada ibu Zulfarhan, Hawa Osman menerusi mesej WhatApps, kata bapa saudara mangsa. Dalam mesej itu menyatakan, mangsa telah…

Teruskan Membaca

Pelajar Malaysia Di UK Diminta Patuhi Peraturan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) UMNO meminta semua pelajar yang tinggal di sekitar Manchester untuk sentiasa berhubung dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Ia berikutan penahanan tiga pelajar Malaysia oleh pihak polis Greater Manchester, baru-baru ini. Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut meminta agar semua warga Malaysia di sana…

Teruskan Membaca

Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak

in Jenayah/Terkini

IPOH – Jabatan Kesihatan negeri Perak mengadakan Operasi Bersepadu Perak Bersih dan Sihat peringkat Daerah Kinta selama tiga hari bermula hari ini dengan memberi tumpuan kepada pelajar sekolah yang merokok. Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Samad Mohd Dom berkata operasi yang memfokuskan kawasan di sekitar Ipoh dan Batu Gajah itu dibuat…

Teruskan Membaca

Nasib Pelajar Kelas Tercorot Yang Sering Diabaikan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

“JANGAN salahkan saya bila saya tak pandai. Setidaknya saya cuba.” Dilema budak kelas tercorot ini, salahnya pada guru atau pada pelajar? “Setiap hari pergi sekolah, hadap silibus skema setiap hari. Cikgu pula ajar guna gaya yang sama macam mana dia ajar budak kelas depan.” Itu antara rungutan budak kelas corot. Sebagai pelajar, ia istilah asas…

Teruskan Membaca

Anekdot Pelajar: Guru Memang Penyuluh Ilmu

in Utama & Sensasi

BILL Gates, Pengasas Microsoft, pernah berkata, “Teknologi hanya alat. Dalam hal membuat siswa bekerja sama dan menjadikan mereka bermotivasi, gurulah yang paling utama.” Orang yang berilmu dan menyebarkan ilmu lebih tinggi darjatnya daripada orang yang alim. Kita harus sedar betapa pentingnya menggalas tugas seorang guru. Bukan calang-calang orang boleh menjadi guru. Tambahan lagi apabila kita…

Teruskan Membaca

Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG pelajar perempuan terkejut apabila diarahkan untuk menanggalkan pakaian dalamnya atau baju dalam sebelum menduduki peperiksaan memasuki kolej perubatan terkemuka di India. Stesen tempatan NDTV melaporkan, pelajar berusia 18 tahun itu diminta untuk berbuat demikian susulan pihak sekolah bimbang berlakunya penipuan semasa peperiksaan di Kerala, India. Pelajar yang enggan dikenal pasti itu memberitahu media, dia…

Teruskan Membaca

Pukul Tahfiz Guna Penyapu, Ustaz Didenda RM2,000

in Jenayah/Utama & Sensasi

TINDAKAN seorang ustaz memukul seorang pelajar tahfiz  hanya kerana ambil minuman di dalam peti ais tanpa kebenaran mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam. Majistret Atiqah Abd [email protected] menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Saufi, 22, yang mengaku besalah memukul pelajar berkenaan menggunakan penyapu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di…

Teruskan Membaca

1 2 3 12
Go to Top