Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Perniagaan

Pemuda UMNO Selangor Bantu Belia Kembang Bisnes

in Politik/Terkini

SHAH ALAM – Bermula daripada sembang-sembang, tetapi akhirnya menjadi sembang yang membuahkan hasil apabila ia dapat memperkembangkan lagi perniagaan seorang belia. Seorang pengusaha produk makanan berasaskan cili dan kelapa, Mohd Hizwan Hamdan, 40, memberitahu hasil ‘sembang-sembang’ dengan Pemuda UMNO Selangor beberapa tahun lepas telah membuka ruang kepada perniagaannya yang beroperasi sejak tujuh tahun lalu untuk…

Teruskan Membaca

Ops Niaga 2 Pantau Perniagaan Warga Asing

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan langkah bersepadu dalam usaha memantau premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing menerusi Ops Niaga 2. Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu adalah kesinambungan daripada…

Teruskan Membaca

Buta Huruf, Tapi Jual Budu Sampai China!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

LELAKI ini tidak tahu membaca, menulis atau menggunakan telefon bimbit namun bagi Mat Ismail Jusoh, 66,itu tidak menghalang cita-citanya untuk menjadi usahawan berjaya. Nekad untuk mengubah nasibnya, lelaki yang berasal dari Pengkalan Kubu, Kelantan ini mula menjual budu buatannya sendiri pada tahun 1980 dengan bantuan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Dengan kekurangan wang modal dan peralatan…

Teruskan Membaca

Pentingnya Mendaftarkan Harta Intelek Dengan MyIPO

in Slider/Utama & Sensasi

HARTA intelek merujuk kepada berberapa jenis hasil dari idea atau minda seperti ciptaan (invention), hasil karya seni, simbol-simbol, nama-nama, imej, dan rekaan dalam perniagaan yang hak eksklusifnya diakui di bawah undang-undang berkait. Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain. Ancaman termasuklah cetak rompak,…

Teruskan Membaca

Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM

in Terkini

KANGAR – Orang ramai boleh mendaftar perniagaan mereka secara dalam talian melalui perkhidmatan ‘EzBiz Online’ dan tidak perlu hadir ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah SSM Perlis, Ahmad Nizam Samsoo berkata pemilik syarikat juga boleh memperbaharui daftar perniagaan, membuat perubahan dan menamatkan perniagaan atau membayar kompaun secara dalam talian. “Transaksi melalui EzBiz Online ini…

Teruskan Membaca

Kaka Azraff Mahu Fokus Nyanyian, Tak Minat Niaga

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN ramai artis yang ceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan, penyanyi Kaka Azraff pula memberitahu dia tidak berminat untuk memulakan sebarang perniagaan. Menurut Kaka, 27, fokus dan keutamaannya buat masa ini ialah nyanyian kerana masih banyak perkara yang belum dicapainya sebagai seorang penyanyi dalam industri seni. “Jika saya, saya memang tidak berminat untuk menceburi bidang…

Teruskan Membaca

Jual Bedak Sejuk, Azza Elite Digelar ‘Artis Kampung’

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN sering menerima kutukan dan kecaman kerana jual bedak sejuk, bekas anggota kumpuan Elite, Azza memberitahu dia anggap ia sebahagian asam garam dunia perniagaan. Menurut Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari, 39, dia tidak malu apabila ada pihak yang menggelarnya ‘artis kampung’ kerana menjual produk yang dikategorikan sebagai produk industri kecil dan sederhana (IKS). “Kenapa…

Teruskan Membaca

Aznil Nawawi Buka Tapak Perniagaan, ‘Bazaar Paknil’

in Artis/Utama & Sensasi

SEJAK kebelakangan ini, tidak dapat dinafikan bahawa semakin ramai artis yang menceburi bidang perniagaan di bawah nama dan jenama sendiri. Tidak ketinggalan ialah pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi. Aznil, 55, memilih konsep hiburan untuk menarik minat orang ramai mengunjungi tapak perniagaannya, Bazaar Paknil yang terletak di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor. Menurut Aznil, idea…

Teruskan Membaca

Malaysia Negara Mesra Perniagaan – Jack Ma

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang cekap dan sangat mesra perniagaan untuk menjalin kerjasama ekonomi digital. “Ramai yang bertanyakan kepada saya mengapa saya pilih Malaysia untuk bekerjasama dalam zon perdagangan bebas digital (DFTZ). “Saya bagi tahu mereka yang Malaysia sangat mesra perniagaan dan lebih…

Teruskan Membaca

Nelydia Keluar Katalog Baju Tidur Sensual, Romantis

in Artis/Utama & Sensasi

AWAL Februari lalu pelakon Nelydia Senrose sudah menyatakan dia akan mengeluarkan satu clothing line di bawah jenamanya sendiri. Baca: Nelydia Senrose Bakal Jual Pakaian Tidur Jika kebanyakan selebriti lebih gemar menjual tudung, pakaian kasual dan minyak wangi, pelakon berusia 23 tahun ini pula mengambil pendekatan berbeza dengan mempertaruhkan jualan baju tidur yang direka khas untuk wanita.…

Teruskan Membaca

Selebriti Mampu Tarik Minat Belia Jadi Usahawan

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Bagi mempertingkatkan bilangan usahawan kecil dan sederhana di kalangan para belia, SME Corp. dengan kerjasama Suhan Movies bekerjasama menerbitkan sebuah drama mini bersiri Chor & Chah bagi mencapai hasrat tersebut. Pengerusi SME Corp., Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, medium drama bersiri yang dibintangi ramai bintang terkenal ini…

Teruskan Membaca

Man Kidal Kini Peniaga Perfume, Kopi Segera

in Artis/Utama & Sensasi

SIAPA tak kenal dengan pemain gitar handalan kumpulan Search, Man Kidal. Gitaris lagenda yang sudah berkecimpung selama lebih dari 30 tahun dalam bidang seni kini mahu serius dikenali sebagai seorang usahawan. Memulakan perniagaan menerusi syarikat MK Label Sdn. Bhd, antara produk yang dikeluarkan di bawah jenama Man Kidal ialah minyak wangi, air minuman, kopi segera…

Teruskan Membaca

Restoran Afdlin Jadi Pusat Sehenti Aktiviti Komedi

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki menyifatkan pembukaan restorannya di Great Eastern Mall, Ampang sebagai satu pusat sehenti aktiviti seni khususnya untuk pelawak baharu menonjolkan bakat mereka. Menurutnya, selain menjamu hidangan, pelanggannya juga dapat berhibur dengan persembahan seni daripada penghibur tempatan terutama buat mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam industri hiburan. “Comedy Planet merupakan sebuah…

Teruskan Membaca

Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau berkata bidang kreatif bukan hanya terhad kepada fesyen pakaian semata-mata tetapi boleh mencakupi pelbagai lagi produk yang berpotensi. “Ia…

Teruskan Membaca

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pemilik produk kecantikan Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati meluaskan empayar perniagaannya dengan memperkenalkan koleksi beg tangan Victoria Sloane, hari ini. Menurut Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dia memilih beg tangan kerana ia merupakan kegilaannya sejak dari dulu lagi. “Saya memang ‘gila’ dengan beg tangan, sebab tu saya menceburkan diri dalam…

Teruskan Membaca

Les’ Copaque Perluaskan Perniagaan Ke China

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Nicecrown International Ltd. berpangkalan di Hong Kong untuk meraih projek berkaitan penggunaan jenama ‘Upin & Ipin’ di China. Dalam kenyataan hari ini, studio animasi itu berkata perjanjian tersebut, yang dibuat di bawah program ‘One Belt, One Road’ (OBOR), akan melihat Nicecrown Int.…

Teruskan Membaca

Ahli Perniagaan Rugi RM67,000 Ditipu Sindiket ‘Parcel Scam’

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Seorang ahli perniagaan di sini mendakwa ditipu sindiket ‘Parcel Scam’ yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM67,000. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata lelaki berusia 50-an itu mendakwa berkenalan dengan seorang kawan menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan bagi membolehkan…

Teruskan Membaca

SME Corp Sasar 10 PKS Raih Manfaat Geran Promosi

in Terkini

KUALA TERENGGANU – SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu menyasarkan 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri itu dapat meningkatkan perniagaan mereka dengan pemberian geran padanan aktiviti pemasaran dan promosi bernilai RM500,000 sebelum akhir tahun ini. Geran itu diperuntukkan di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata melalui geran…

Teruskan Membaca

Siti Buhari Mahu Contohi Semangat Kental Arwah Ibu

in Utama & Sensasi

ANAK bongsu pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Siti Nur Fatimah Buhari menjadikan arwah ibunya itu sebagai idola dalam hidup. Menurut Siti; 19, ibu merupakan insan yang paling dikaguminya dan dia mahu mencontohi semangat kental arwah dalam menjalankan perniagaan Sosilawati bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 47,…

Teruskan Membaca

KL Termurah Untuk Bisnes, Singapura Ke-5 Mahal

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Lokasi termurah di rantau Asia Pasifik untuk perniagaan ialah Kuala Lumpur manakala Singapura adalah lokasi kelima paling mahal, menurut hasil kajian yang dijalankan berdasarkan pada kadar harian. Dikeluarkan oleh ECA International, penyedia pengetahuan, maklumat dan perisian utama dunia untuk pengurusan dan menempatkan pekerja di seluruh dunia, hasil kajian itu mendapati Bangkok, Phnom Penh…

Teruskan Membaca

Zain Saidin Mahu Che Ta Fokus Perniagaan

in Artis/Utama & Sensasi

KEJAYAAN aktres jelita, Che Ta dalam bidang perniagaan melalui pemasaran pelbagai jenis produk terbukti membuatkan namanya berdiri dengan gah  dalam insudtri dan dikenali ramai. Menurut suaminya, Zain Saidin pula, dia mahu agar Che Ta, 43; fokus kepada perniagaannya sahaja kerana ia merupakan minat Che Ta dari dahulu untuk bergelar usahawan. “Andainya Che Ta tak berlakon…

Teruskan Membaca

Moha Group Rai Anak Yatim RPWP

in Terkini

SEBAGAI memenuhi tanggungjawab korporat sosial (CSR), Moha Group Sdn. Bhd. tidak pernah gagal mengadakan program tahunan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang telah dijadikan sebagai agenda syarikat sejak ia ditubuhkan pada 2005. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yaya Mohamad, memang menjadi tradisi buat syarikatnya untuk meraikan golongan yang kurang bernasih baik bagi bersama-sama merasai keindahan…

Teruskan Membaca

Taktik Laris, Guna Nama Nabi Untuk Tarik Pelanggan?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TEKNIK pemasaran yang unik dan lain daripada lain tidak dinafikan menjadi pemangkin kepada keberlangsungan sesebuah perniagaan itu. Tapi kalau dah sampai menggunakan nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk menarik pelanggan itu dah macam mempergunakan agama je kan. Macam baru-baru ini terdapat sebuah booth menjual pakaian baju Melayu, Baju Melayu Sunnah yang mana tukang jahitnya…

Teruskan Membaca

Spiderman Jual Nasi Lemak Tarik Perhatian Penduduk Kelantan

in Gaya Hidup/Hangat

KEUNIKAN menggayakan kostum adiwira Spiderman menjadikan perniagaan jualan nasi lemak yang diusahakan Zawawi Ghazali semakin mendapat perhatian penduduk di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Selain kelainan memakai kostum superhero Barat itu, pemuda berusia 29 tahun itu juga turut menjual nasi lemaknya dalam harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM2 sebekas penuh portionnya. Memetik laporan Sinar Harian,…

Teruskan Membaca

Cipta Kelainan, Farah Asyikin Jual Pakaian Dalam Wanita

in Artis

PENYANYI Farah Asyikin tampil dengan perniagaan berbeza iaitu menjual pakaian dalam dan baju tidur, tidak seperti barisan artis lain yang memilih untuk menjual minyak wangi dan juga tudung. “Lumrah bagi masyarakat tempatan terutama wanita bertudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara…

Teruskan Membaca

Independent Barber, Kedai Gunting Rambut Terbaik Di Cheras

in Utama & Sensasi

JIKA di Barat, gaya potongan rambut ala Inggeris pompadour buat golongan lelaki sudah menjadi trend sejak di era 50-an lagi. Dinamakan sempena Madame de Pompadour; iaitu kekasih gelap Raja Louis XV, gaya rambut ikonik ini jugak mendapat jolokan gaya rambut Rock ‘n Roll. Fleksibel dan sesuai untuk semua jenis tekstur rambut, gaya ini menampilkan sikatan…

Teruskan Membaca

RM200 Juta Untuk Amanah Ikhtiar Bantu Golongan Miskin Berniaga

in Terkini

LANGKAWI – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan untuk memberi pinjaman mikro kredit kepada 54,000 orang termasuk anak peminjam sedia ada bagi memulakan perniagaan pada tahun hadapan. Pengerusi Eksekutif AIM Dr Zubir Harun berkata jumlah itu mampu dicapai berikutan peruntukan RM200 juta yang diterima badan berkenaan di bawah Bajet 2016. Menurutnya peruntukan itu adalah yang paling…

Teruskan Membaca

Kejayaan Lelaki Bangla Ini Yang Pasti Buat Anda ‘Ternganga’

in Hangat

TIDAK dinafikan sememangnya terdapat segelintir rakyat asing yang berjaya menjana pendapatan lumayan di negara ini meskipun mereka bukan warganegara Malaysia. Halangan dan peraturan yang ketat bukanlah alasan bagi mereka untuk tidak merebut peluang dan menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan. Pepatah di mana ada usaha, di situ ada jalan ini sangat tepat dengan kisah yang ingin…

Teruskan Membaca

Maskot Produk Makanan Popular Yang.. Lain Macam?

in Hangat

PENGGUNAAN maskot merupakan salah satu daripada bentuk promosi dalam memasarkan produk lebih-lebih lagi yang mendapat permintaan tinggi di kalangan kanak-kanak. Maklumlah, kanak-kanak merupakan golongan paling gembira jika berjumpa dengan maskot sesebuah produk yang diminatinya. Namun begitu, cuba anda perhatikan maskot bagi biskut jejari jenama popular ini.. Ada pelanggan mempertikaikan rupanya yang agak ‘lain macam’ justeru tidak…

Teruskan Membaca

Testimoni Produk Ni Kantoi Ciplak Gambar Orang

in Hangat

NAK menjalankan sesuatu perniagaan itu mestilah jujur dan beretika, barulah perniagaan yang kita buat tu mendapat berkat dan keredaan. Tapi, kalau dah terang-terang kantoi macam ni, siapa yang malu? Itulah.. curi lagi gambar orang tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu. Lepas tu suka-suka mendakwa individu itu berjaya menambahkan berat badan dengan menggunakan produk keluarannya. Memang…

Teruskan Membaca

Norasurah Jual Pakaian Tembusi Pasaran Paris

in Hangat

CYBERJAYA – Paris sememangnya sinonim dengan fesyen dan pakaian berjenama namun percayakah anda bahawa seorang rakyat Malaysia berjaya menembusi pasaran jualan pakaian di kota terkenal itu? Itu yang berlaku kepada seorang peniaga bumiputera, Norasurah Abd. Wahab, yang juga pemilik kedai online EDZ.com.my di tanah air apabila mencatat jualan daripada pelanggan di seluruh dunia termasuk di…

Teruskan Membaca

SSM Promosi Usahawan Online Lebih Diyakini Pengguna

in Hangat

TIDAK ramai sedar, kehidupan seharian kita selama ini telah banyak dipermudahkan dengan pelbagai bantuan kecanggihan teknologi. Ini termasuklah transaksi jual beli yang dipanggil perniagaan online atau atas talian. Ia bukanlah satu bentuk bisnes baharu, sebaliknya medium perniagaan cuma beralih daripada cara konvensional di premis jualan tetap kepada platform siber atau alam maya. Namun, kerisauan utama…

Teruskan Membaca

Video: Wanita Mengamuk Barang Jualan Dirampas Penguatkuasa

in Hangat

VIDEO seorang wanita yang mengamuk akibat tindakan pihak berkuasa yang merampas barangan-barangan jualannya mencetuskan kekecohan di media sosial. Menerusi video yang kini giat diperkongsikan, wanita tersebut melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas kepada perakam video berkenaan yang dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan. Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui.…

Teruskan Membaca

Cuma Nak Cari Sesuap Nasi, Kenapa Nasib Mak Cik Ini Jadi Begini?

in Terkini

KASIHAN…Bukanlah hidup insan ini mencari kekayaan mahupun kemewahan tetapi hanya sedikit untung untuk meneruskan kehidupan seharian. Nasib seorang mak cik ini yang berniaga kecil-kecilan di kawasan Hospital Raja Permaisuri Bainun nampaknya tetap diuji apabila dia dikatakan diminta menghentikan perniagaan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Kejadian yang dikatakan berlaku baru-baru ini sekelip mata menjadi viral di ruangan…

Teruskan Membaca

Tauke Jamu Dedah Suami Penagih , Gila Seks & Kaki Pukul!

in Hangat

MUNGKIN tak ramai yang mengenali nama Hanni Borhan, namun wanita itu merupakan salah seorang ahli perniagaan yang kini mula menempa kejayaan dek penangan menjadi tauke jamu! Beberapa bulan lalu, beliau menjadi sebutan ramai kerana perkongsian tips di laman sosial tentang kejayaannya meraih pendapatan lumayan hasil berniaga. Tak lokek ilmu, Hanni menceritakan cara-cara menguruskan wang serta…

Teruskan Membaca

Susu Kambing Segar Di Tepi Jalan Jadi Kegilaan

in Terkini

HANYA berbekalkan modal empat ekor kambing betina, pasangan China ini dilihat berjaya menarik perhatian orang di tepi jalan dengan menjual susu kambing segar yang diperah secara langsung terus di situ. Mereka berdua dikatakan mampu meraih keuntungan yang sangat lumayan apabila berjaya menjual susu segar itu dengan harga 13 yuan (kira-kira RM6) sebotol di ibu wilayah…

Teruskan Membaca

Nelayan Diseru Ceburi Perniagaan Industri Perikanan

in Terkini

LUMUT – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru nelayan agar menceburi bidang perniagaan terutama dalam rangkaian industri perikanan bagi meningkatkan ekonomi mereka. Beliau berkata selain menangkap ikan, nelayan seharusnya mencari peluang dalam bidang perniagaan untuk merubah nasib mereka sekali gus mengatasi penguasaan orang tengah terhadap rantaian pemasaran perikanan.…

Teruskan Membaca

Ahli Perniagaan Ditetak 8 Lelaki Ketika Hadiri Majlis Birthday

in Terkini

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan cedera ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika menghadiri majlis sambutan kelahiran anak rakannya di sebuah restoran di Tanjung Tokong, di sini Ahad malam. Lelaki berusia 50-an yang menghadiri sambutan kelahiran anak rakannya yang berusia sebulan itu, diserang lapan lelaki ketika berada di khemah di hadapan restoran berkenaan bersama 15…

Teruskan Membaca

Modal MLM Punya Pasal…Peniaga Sanggup Suruh Tipu Ibu Bapa

in Terkini

Kami yakin anda biasa melihat dialog seumpama di atas  apabila melibatkan perniagaan multi-level marketing (MLM). Dalam hal ini, si peniaga MLM sanggup mendesak individu ini supaya menipu ibu bapanya demi mendapatkan modal sebanyak RM3,000 untuk masuk ke rangkaian perniagaannya. Biarpun dijanjikan dengan pulangan sehingga lima angka, individu terbabit bertegas untuk tidak menuruti kemahuan peniaga tersebut. Bagi…

Teruskan Membaca

KPDNKK Giat Perkasakan Industri Francais

in Terkini

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengorak langkah menceburi industri francais yang dilihat semakin berkembang sejak ia diperkenalkan oleh kerajaan lebih 20 tahun lalu. Sehingga tahun ini, 60 produk tempatan seperti Marry Brown dan Nelson sudah berjaya menembusi pasaran luar negara menerusi konsep perniagaan itu. Justeru, bagi meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai mengenai industri…

Teruskan Membaca

Go to Top