Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

PKR

Adam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Bersalah

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PKR jika terbukti bersalah bagi enam pertuduhan berkaitan rasuah. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan parti itu tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan kes rasuah kerana agenda parti adalah berpegang teguh kepada integriti, telus dan akauntabiliti.…

Teruskan Membaca

Anwar ‘Tersepit’ PKR Sabah, Sarawak Tolak RUU 355

in Politik/Utama & Sensasi

PKR Sabah dan Sarawak menolak Rang Undang-undang (RUU) persendirian dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Keputusan tegas itu jelas bertentangan dengan pendirian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini menyatakan pendirian bahawa usul dirujuk sebagai RUU 355 itu wajar dipersetujui semua pihak.…

Teruskan Membaca

PKR, DAP Tolak Lajim Jadi Ketua Pembangkang Sabah

in Politik/Utama & Sensasi

PKR membantah keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali mengekalkan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sehingga hujung penggal DUN itu. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebaliknya berkata, PKR dan DAP mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api merangkap Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew memegang jawatan…

Teruskan Membaca

PKR Hantar Memorandum Kepada Badan Komanwel

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Awal-awal lagi parti pembangkang sudah kelihatan sangat cemas untuk berhadapan Barisan Nasional (BN) dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Situasi cemas itu hingga ke peringkat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memaklumkan beliau mahu menghantar memorandum kepada Badan Komanwel berhubung pilihan raya di Malaysia. Beliau mendakwa memorandum itu dibuat…

Teruskan Membaca

PAS Bakal Tentukan Hubungan Dengan PKR

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

BUKIT MERTAJAM – Kerjasama politik antara PAS dan PKR akan ditentukan dalam Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata isu mengenai tahaluf siyasi antara PAS-PKR itu akan menjadi topik perbincangan dan berkemungkinan besar akan…

Teruskan Membaca

Henti Pertikai Tindakan SPRM Tahan Pemimpin PKR

in Jenayah/Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu berhenti mempertikai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemimpin muda PKR berhubung siasatan berkaitan kekayaan yang dimilikinya. Sambil menyambut baik tindakan itu, Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) percaya SPRM bertindak demikian berdasarkan bukti yang diperolehnya. “Pihak yang mempertikai tindakan itu perlu menyerahkan kepada proses undang-undang bagi menentukan…

Teruskan Membaca

Gara-Gara Dikecam, Tiba-Tiba Anwar Sokong RUU 355

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyokong pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355). Kenyataan itu sangat bercanggah dengan pendirian yang dipamerkan ramai Ahli Parlimen PKR dalam membantah pembentangan RUU 355 oleh PAS di Parlimen kelmarin. Anwar…

Teruskan Membaca

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan MP Bukit Katil

in Terkini

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mencabar keperlembagaan undang-undang digunakan terhadapnya bagi pertuduhan menyertai perhimpunan “Black 505”. Penel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan rayuan Shamsul Iskandar tidak dikemukakan secara betul di mahkamah. Beliau…

Teruskan Membaca

Setiap Rakyat Malaysia Akan Dapat COLA – PKR

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor memberi jaminan setiap rakyat Malaysia konon akan menerima Elaun Sara Hidup (COLA) daripada kerajaan jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengerusinya, Hassan Karim berkata, kerajaan Pakatan Harapan berjanji akan turut menetapkan gaji minimum baharu yang jauh lebih tinggi untuk…

Teruskan Membaca

Mengapa PAS Belum Putus Kerjasama Dengan PKR?

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan mengapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama PAS masih belum meluluskan usul oleh akar umbi parti itu supaya memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat berkata, beliau pernah menganggotai Jawatankuasa Usul PAS lebih lima kali dan PAS kebiasaannya akan segera…

Teruskan Membaca

PAS P.Pinang Usul Putus Hubungan Dengan PKR

in Politik/Utama & Sensasi

BUKIT MERTAJAM – PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini. Pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Mohd Yusof berkata 13 Kawasan PAS Pulau Pinang telah bersetuju membawa usul itu kerana…

Teruskan Membaca

PKR Terengganu Kekal Pembangkang Sendirian

in Politik/Terkini

KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu akan terus kekal sebagai pembangkang dan meneruskan kerja-kerja politik bersendirian jika PAS mengambil keputusan menghentikan kerjasama politik kedua-dua parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Pengerusi PKR Terengganu merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail berkata gerak kerja dan motif PKR Terengganu sekali-kali tidak akan berubah…

Teruskan Membaca

Propaganda Munafiqin Perlihat Islam Itu Bodoh

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Allah S.W.T dalam firmannya pernah mendedahkan tentang kelicikan golongan munafiqin dalam bermain propaganda untuk menjauhkan orang ramai daripada Islam dengan cuba mengambarkan mereka yang beriman kepada Islam sebagai golongan yang bodoh. Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Abdul Mu’izz Muhammad berkata, Allah S.W.T dalam Firmannya menjelaskan golongan munafiqin akan melemparkan tanggapan kononnya sesiapa…

Teruskan Membaca

Isu Tok Lebai: Azmin Jadi MB Selangor Bukan Kerana PAS

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengingatkan Dewan Muslimat PAS Selangor bahawa PAS tidak akan memenangi sebarang kerusi di negeri itu dalam pilihan raya sebelum ini tanpa bantuan DAP dan PKR. Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha sebaliknya berkata, fakta menunjukkan bahawa PAS hanya mampu menembusi Selangor kerana mendapat kerjasama DAP dan…

Teruskan Membaca

Isu Tok Lebai: Wanita PKR Kecam Muslimat PAS

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menuntut Dewan Muslimat PAS Selangor menarik balik kenyataan yang dilemparkan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha mendakwa Dewan Muslimat PAS Selangor menjadi `budak suruhan’ Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz untuk mengkritik…

Teruskan Membaca

PKR Yakin Kemelut Dengan PAS Dapat Diselesaikan

in Politik/Terkini

KUALA SELANGOR – Walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang. Katanya tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa…

Teruskan Membaca

Yakin Ahli PAS Permatang Pauh Tidak Setia

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ahli PAS Permatang Pauh lebih mengutamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berbanding kesetiaan mereka kepada parti PAS. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin ahli PAS Permatang Pauh akan tetap memberi sokongan kepada Presiden PKR walaupun PAS kawasan itu membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan…

Teruskan Membaca

PAS Pusat Digesa Putuskan Hubungan Dengan PKR

in Politik/Terkini

PERMATANG PAUH – PAS kawasan Permatang Pauh hari ini mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan kerjasama politik dengan PKR kerana tindakan PKR yang dikatakan bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi. Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata usul itu mendapat undian sebulat suara berikutan tindakan PKR itu akan menjejaskan kedudukan PAS untuk berhadapan dengan pengundi…

Teruskan Membaca

Anwar Kata PPBM Hanya Mampu Beri Lonjakan Kecil

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan hanya mampu melonjakkan sedikit sokongan kepada gabungan parti pembangkang. Beliau dalam satu perutusan dari dalam Penjara Sungai Buloh malah menegaskan bahawa Pakatan Harapan masih mampu mempertahankan prestasi yang dicapai pakatan pembangkang…

Teruskan Membaca

Wanita Berkhidmat Untuk Lelaki Pemikiran Kolot!

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Mengharapkan kaum wanita untuk terus berkhidmat kepada kaum lelaki pada zaman sekarang merupakan pemikiran satu pemikiran yang kolot. Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, pemikiran yang lama itu berunsur patriarki dan kebelakang kerana zaman telah berubah. “Sekarang adalah masa untuk perubahan. Pemikiran yang masih lama, berunsur patriarki dan kebelakang.…

Teruskan Membaca

PKR Bimbang Hilang Kerusi Tun M Sahut Cabaran Nazri

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa kerusi Parlimen Padang Rengas akan tetap ditandingi oleh parti itu, bukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, PKR malah telah mempersiapkan calonnya bagi kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). “PKR telah mempersiapkan calon-calon yang layak untuk…

Teruskan Membaca

MP PKR Kata Ikan Tasik Chini Tak Boleh Dimakan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh mendakwa ikan di Tasik Chini, Pahang yang merupakan Tapak Rizab Biosfera dalam negara tidak boleh dimakan. Beliau mendakwa perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Orang Asli di kawasan tersebut bahawa ikan di tasik itu tidak lagi boleh dimakan akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan…

Teruskan Membaca

PKR Ingatkan PPBM Anwar Calon PM Pembangkang!

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan sekutunya termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya merampas pemerintahan negara. Bendahari PKR, Dr. Tan Yee Kew berkata, beliau memberi peringatan itu kerana terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi…

Teruskan Membaca

Tuduhan Pembangkang Mengenai KWSP Berniat Jahat

in Gaya Hidup/Politik/Utama & Sensasi

SAYA terkejut dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga pemimpin pembangkang iaitu, Dr. Dzulkefly Ahmad (PAN), YB Wong Chen (PKR) dan YB Teresa Kok (DAP) dua hari lalu. Mereka secara berniat jahat menuduh KWSP kini mengalami masalah kewangan justeru mengiystiharkan kadar dividen yang lebih rendah pada 5.7 peratus bagi 2016 berbanding 6.4 peratus untuk tahun sebelumnya.…

Teruskan Membaca

Wan Azizah Diperintah Bayar RM70,000 Kepada FELDA

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010. Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd Nordin membuat keputusan itu dalam kamarnya ketika…

Teruskan Membaca

Jangan Sewenang-Wenang Serbu Premis Di Selangor

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyambut baik tindakan polis menahan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos kerana menceroboh premis yang didakwa menjalankan kegiatan perjudian haram di sekitar Selangor. Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, penahanan Jamal itu harus dijadikan peringatan kepada rakyat yang berfikir mereka…

Teruskan Membaca

Zaid Dedah Cara PPBM `Mainkan’ Pakatan, PAS

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mengapa berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi-kerusi Pakatan Harapan asalkan kerusi PPBM kekal “satu lawan satu”. Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, situasi itu menyebabkan PPBM tetap mahukan kerjasama PAS dalam PRU14 walaupun mengetahui PAS menolak kerjasama dengan sekutunya, Pakatan Harapan.…

Teruskan Membaca

Luahan TH… Kesal Imej Diserang Pembangkang

in Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Kami tidak akan membenarkan organisasi ini dipaksa memberi penjelasan berulang kali dan menghabiskan masa mempertahankan serangan-serangan negatif yang tidak tepat dan berasaskan analisa cetek.” Demikian luahan kesal Tabung Haji (TH) atas serangan dan asakan berterusan pemimpin pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu merosakkan imej insitusi terpenting umat Islam Malaysia tersebut…

Teruskan Membaca

PKR, PAN Perlu Nyata Pendirian Kit Siang Jadi TPM

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) perlu menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan rancangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya memerintah negara. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun Mahathir dan Kit Siang cuba menafikan…

Teruskan Membaca

Pakatan Harapan Minta Siasat Isa Samad

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut disiasat berhubung kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta. Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) turut mendesak Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Samad meletak…

Teruskan Membaca

Caj 20 Sen Denda Ke Atas Rakyat Selangor – PKR

in Politik/Utama & Sensasi

SHAH ALAM – Caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan ke atas rakyat Selangor oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan denda yang perlu ditanggung oleh rakyat negeri itu. Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid berkata, denda itu dikenakan ke atas rakyat Selangor kerana konon mereka…

Teruskan Membaca

Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bersikap melampau kerana seolah-olah cuba meraih merit politik atas kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini. Tanpa menghiraukan perasaan keluarga dan rakyat Sarawak yang sedang bersedih, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang…

Teruskan Membaca

PKR Patut Malu Saifuddin Penasihat Strategik

in Politik

KUALA LUMPUR – DAP berjaya mendapatkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Penasihat Strategik Kerajaan Pulau Pinang kerana kesilapan dan keangkuhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyusun kroni korupnya di Selangor. Justeru, bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dengan panggilan Chegubard dan antara pengasas parti itu yang…

Teruskan Membaca

Chegubard Dedah Siapa Sebenarnya Azmin…

in Politik

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin mendakwa kerajaan Selangor kini ditadbir oleh seorang Menteri Besar bercirikan kartel yang licik menutup sebarang kepincangan yang berlaku di negeri itu daripada pengetahuan rakyat. Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan Chegubard dan antara pengasas PKR yang kini mengetuai gerakan anti-Kerajaan, Solidariti Anak…

Teruskan Membaca

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! – Naib Presiden

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan depan kita kata lain, belakang lain!” Demikian tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berhubung hubungan PKR dan PAS yang masih mempunyai kerjasama longgar dalam kerajaan Selangor waktu ini. Kata beliau, PKR perlu menyatakan pendirian berhubung kerjasama diantara kedua-dua parti itu…

Teruskan Membaca

Pakatan Harapan Mahu Anwar Jadi PM – Wan Azizah

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini. Beliau mendakwa Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Amanah Negara (PAN) telah lama membuat ketetapan mengenai perkara berkenaan.…

Teruskan Membaca

PAN Memalukan Azmin, Enggan Bergabung Sertai PKR

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

IBARAT retak menanti belah, PAN sebuah parti serpihan daripada PAS, bertegas membuat keputusan untuk menolak keras cadangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. Ia susulan saranan aneh daripada Menteri Besar Selangor itu agar kedua-dua parti pembangkang kecil tersebut dapat bergabung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang tidak berapa lama lagi.…

Teruskan Membaca

Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut Faktor Kemenangan

in Politik/Terkini

SHAH ALAM – Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibuat dengan memberi keutamaan terhadap faktor kemenangan calon ataupun parti, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara pakatan itu dan PPBM pada 13 Disember lepas…

Teruskan Membaca

PRU-14: PH Ketengah Calon Berprofil Tinggi Di Johor

in Politik/Terkini

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik gabungan calon berprofil tinggi dengan pemimpin tempatan bagi memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di negeri Johor. Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata calon berprofil tinggi tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan…

Teruskan Membaca

DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail

in Politik/Utama & Sensasi

KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim andai Pakatan Rakyat pimpinan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu dibuat dalam satu majlis khas di Pulau Pinang malam tadi. Beliau juga menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang sesuai…

Teruskan Membaca

1 2 3 10
Go to Top