Laman Utama Tags Posts tagged with "PKR"

PKR

337

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu meletak jawatan, kata Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa.

Beliau mendakwa, Peguam Negara menghina proses pentadbiran keadilan negara ini kerana tidak mengekalkan tertuduh kes bunuh, Sirul Azhar Umar dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan.

“Kegagalan ini mengakibatkan Sirul meninggalkan negara dan melarikan diri daripada pendengaran di Mahkamah Persekutuan.

“Proses pentadbiran keadilan telah dihina melalui cara Peguam Negara mengendalikan perkara ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Sivarasa mahu Kabinet melakukan siasatan penuh ke atas Peguam Negara berhubung kejadian itu.

“Dalam mana-mana negara lain di mana budaya akauntabiliti diamalkan, Peguam Negara akan meletakkan jawatannya dengan serta-merta,” dakwanya.

Beberapa media hari ini bagaimanapun melaporkan, pihak berkuasa Australia mengesahkan telah menahan Sirul.

Sirul yang berdepan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditahan oleh pasukan imigresen Australia.

Penahanan itu dibuat selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sebelum ini Australia dilaporjan tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia melibatkan hukuman mati yang tidak diamalkan di negara itu.

807

KUALA LUMPUR – “Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Pengasas Lawyers For Liberty (LFL) Eric Paulsen, namun saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa,” kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh.

Katanya, beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Tweeter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang penangkapan Eric seolah-olah peguam itu penjenayah besar yang cuba melarikan diri.

“Saya percaya perkara ini boleh ditangani dengan cara berdialog secara paling baik dan berhikmah sebagaimana yang disarankan oleh Islam melalui Al-Quran.

“Saya percaya ada beberapa perkara dasar di sini yang perlu difahami dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai agama, kaum dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syed Ibrahim berkata, Islam adalah agama suci umat Islam yang bersifat rahmat bagi sekelian alam, membawa keamanan, keadilan, permuafakatan dan keharmonian antara kaum dan agama namun tegas terhadap kezaliman, kemungkaran, perpecahan dan fitnah

Katanya, Islam mengutamakan kepentingan atau kemaslahatan umum tanpa menafikan hak asasi manusia termasuk hak berbicara sebagaimana yang difahami melalui maqasid syariah

Tambah beliau, Islam menganggap tegur menegur kerana hak dan kebenaran sebagai prinsip utama dan sebahagian prinsip mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan

“Namun perkara dasar ini akan hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan semua pihak termasuk polis Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan Paulsen kembali kepada dasar itu jika benar-benar mahu membebaskan negara daripada unsur ekstrimisme. – mynewshub.cc

358

PETALING JAYA – Hubungan baik antara PAS dan Umno dalam membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda negeri itu menimbulkan keresahan di kalangan sekutu Pakatan Rakyat.

Menyifatkan kerjasama membabitkan dua parti politik itu sebagai ‘tidak perlu’, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu pimpinan PAS dan Umno supaya membezakan antara isu politik dan kebajikan rakyat.

Malah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir turut mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terjerat dengan mainan politik Umno.

“Sekarang bukan masanya nak bercakap tentang soal politik, fokus kepada soal pembangunan semula Kelantan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat untuk bantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana alam…jadi tak perlu dikaitkan dengan Umno ataupun PAS,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kesediaan PAS dan Umno untuk mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan umpama tsunami baru-baru ini.

Kerjasama dua parti politik itu juga telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Rentetan itu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat di negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang ‘tidak senang’ dengan perkembangan itu sebaliknya mendakwa kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak ikhlas membantu Kelantan yang kini berada dalam kesusahan.

“Umno dan kerajaan Pusat janganlah nak ugut Kelantan, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik.

“Kalau nak bantu, jangan sentuh soal politik. Bantu dengan ikhlas,” katanya.

Selain itu, menyentuh mengenai pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, Abdul Aziz melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua kerajaan itu dilihat tidak seiring dalam isu agihan bantuan kepada mangsa banjir khususnya yang hanya tinggal sehelai sepinggang. – mStar Online

360

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk serangan bersenjata ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban.

Ketua Biro Antarabangsa PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, parti itu mengutuk serangan yang dilakukan oleh dua lelaki menggunakan senjata sambil menjerit “Allahu Akbar”.

“Ia sama sekali tidak boleh difahami dan sangat gila untuk menyasarkan sebuah akhbar kerana menyiarkan kartun dan melakukan pembunuhan kejam di atas nama agama .

“Jelas sekali, kejadian mengerikan ini dilakukan untuk mewujudkan suasana kebencian, ketakutan dan perpecahan dalam kalangan penganut agama yang berlainan dan agama di dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo.

Dua lelaki bersenjatakan Kalashnikov dan pelancar roket menyerang bangunan terbabit yang terletak di tengah bandar raya ini sebelum berlaku kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan.

Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan pernah dibom selepas menerbitkan karikator Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charia Hebdo.

Menurutnya, rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Perancis dan masyarakat dunia dalam menghantar mesej yang jelas mengutuk dan mengecam perbuatan ekstremisme serta keganasan di atas nama agama .

“Mereka yang melakukan serangan kejam di Paris itu mesti dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

1007

`PROJEK’ untuk mengambil alih jawatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin agresif.

Sumber dalaman PKR memberitahu mynewshub.cc, Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kini dalam keadaan siap siaga untuk memasuki fasa kedua `projek’ tersebut.

Sumber bagaimanapun memaklumkan Azmin berbuat demikian bukan kerana gilakan kuasa sebaliknya mahu menyelamatkan PKR daripada ambang kemusanahan.

Jelas sumber, Azmin sebenarnya tidak pun berharap untuk menjatuhkan `sifunya’ disebalik `projek’ itu, sekadar mahu mengambil alih tampuk kepimpinan PKR demi masa depan parti.

Ia berikutan ramai ahli PKR menyatakan harapan agar Menteri Besar Selangor itu menjadi pemimpin utama PKR untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ahli bimbang reputasi Anwar yang kini satu liabiliti kepada parti berikutan perbalahannya dengan Istana Selangor akan menyebabkan PKR tumbang di negeri itu.

Ahli turut melihat Anwar mula hilang kredibiliti, kata-katanya makin kurang dipercayai rakyat dan semakin sedikit yang mengambil peduli majlis-majlis ucapannya.

Lebih menarik apabila sumber memaklumkan Azmin turut mendapat sokongan padu ramai pimpinan PAS termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam `projek’ itu.

Selepas PAS berjaya membantu Azmin menjadi Menteri Besar Selangor, kini PAS bersedia untuk membantu Azmin menjadi Ketua Umum PKR pula.

“Sebab itu Presiden PAS (Abdul Hadi) tidak bising-bising Azmin mengurangkan satu kerusi Exco untuk PAS selepas menjadi Menteri Besar Selangor.

“Cerita tentang Abdul Hadi tawar Azmin sertai PAS untuk membentuk kerajaan bersama sebelum ini tidak boleh disangkal,” kata sumber.

Sumber itu bagaimanapun menjelaskan Anwar bukan bodoh. Beliau tahu tentang `projek’ itu maka juak-juaknya dalam parti sedang mengusahakan sesuatu.

Menurut sumber, Anwar tahu hasratnya untuk mengangkat isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau anaknya, Nurul Izzah sebagai pengganti pasti mendapat tentangan ahli.

Justeru, beliau sedang berusaha menaikkan Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden PKR yang diharap boleh melindungi kepentingan keluarganya dalam parti suatu hari nanti.

Sumber memberitahu, sebab itu Anwar melantik Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR kerana Naib Presiden PKR itu mampu menyaingi Azmin daripada segi reputasi dalam kalangan ahli.

“Azmin tidak seperti Rafizi ada jentera propaganda `whistle blower organisation’ yang cekap mengorek maklumat dalaman kerajaan Pusat,” dedah sumber.

Pendedahan awal mynewshub.cc mengenai ramai ahli PKR mahu Azmin menggantikan Anwar baru-baru ini secara tidak langsung disahkan sendiri oleh Chegubard.

Selepas mynewshub.cc mendedahkan perkara itu pada 7 Disember lalu , Chegurbard tampil sekali lagi mendedahkan tentang usaha Azmin mahu menjatuhkan Anwar.

Nampak gaya parti PKR semakin berkecamuk. Inikah parti yang diharap untuk menentukan nasib dan masa depan negara dan kira-kira 30 juta rakyat Malaysia?.

297

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Dr Roland Chia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai ADUN akan membuat pengumuman tentang jawatannya sebagai wakil rakyat selepas Krismas.

Beliau sebelum itu di laman Facebooknya pada 17 Disember lepas, berkata akan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana masalah kesihatan.

Hari ini, beliau menulis status Facebook terbaharu mengatakan beliau berada di luar negara dan pengumuman akan dibuat secara rasmi selepas sambutan perayaan itu.

MENARIK – ADUN PKR Inanam Umum Letak Jawatan Menerusi FB, Twitter?

Dr Chia,44, seorang doktor pakar pergigian dilahirkan di Tawau, Sabah merupakan sebahagian daripada penyandang 12 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Sebelum ini, nama beliau disebut-sebut akan meninggalkan PR tetapi kemudian beliau membuat kenyataan menafikan perkara itu.

Biarpun Dr Chia mendakwa akan berundur atas sebab masalah kesihatan, spekulasi mengatakan wujud isu lain iaitu masalah hubungan beliau dengan Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, tetapi sekali lagi dinafikan Dr Chia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata peletakan jawatan Dr Chia adalah disebabkan masalah kesihatan yang serius berdasarkan sekeping surat daripada wakil rakyat itu.

Dalam surat berkenaan, beliau sudah pun menyuarakan hasrat kepada PKR untuk meletakkan jawatan.

Rafizi berkata, pihak PKR akan membuat keputusan berkenaan kedudukan Dr Chia sebagai sahaja beliau kembali daripada luar negara.

“Kedudukan beliau sebagai Adun Inanam akan kekal seperti status quo,” kata Rafizi.

Sementara itu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata pejabatnya masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Dr Chia dan tiada kekosongan kerusi bagi DUN Inanam.

Dr Chia menang dengan majoriti 3,202 undi menewaskan calon Barisan Nasional daripada Parti Bersatu Sabah, Joseph Lantip serta calon Parti Progresif Rakyat Sabah, Datuk Eric Majimbun. – MYNEWSHUB.CC

Video Dr Chia Berbahas Dalam Sidang DUN Sabah

598

Grafik Azlan Zamhari

KUALA LUMPUR – PKR lewat Khamis membuat pengakuan kepada umum bahawa ADUN parti tersebut di kawasan Inanam di Sabah, Dr. Roland Chia Ming Shen memang berhasrat hendak meletak jawatan, lapor portal berita AgendaDaily.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan media turut mengesahkan bahawa beliau sudah pun menerima surat rasmi daripada Roland yang mahu meletak jawatan berikutan masalah kesihatan yang dialaminya agak serius.

“Kami menasihatkan beliau supaya membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin parti itu di Sabah apabila pulang dari luar negeri pada hujung tahun ini… dan sehingga itu, status quo di kerusi tersebut masih kekal,” kata Rafizi.

Roland yang juga seorang doktor gigi di Sabah membuat pengumuman secara mengejut menerusi laman sosial Facebook dan Twitter milik peribadinya dalam entri terbaharu semalam dengan memberi alasan kesihatan.

Bagaimanapun keadaan menjadi lebih pelik apabila Rafizi semalam mendakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan akan merujuk kepada PKR Sabah setelah dimaklumkan Roland masih berada di luar negara.

“Saya telah hubungi PKR Sabah dan mereka mengesahkan beliau memang ada masalah kesihatan, tetapi hingga saya dapat bercakap sendiri dengan YB Roland, saya tidak dapat sahkan sama ada itu muktamad,” kata Rafizi pada Rabu.

Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin juga gagal menghubungi ADUN itu namun dimaklumkan pihak PKR Inanam tidak pernah diberitahu isu itu serta mengesyaki akaun laman sosial Roland mungkin digodam orang luar.

Namun jika berita itu sah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersedia dalam tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) pertama tahun 2015 selepas tujuh PRK pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada 2013 lalu.

BN menang 4 kerusi pada PRK sebelum ini iaitu Kuala Besut, Terengganu; Balingian, Sarawak; Teluk Intan, Perak dan Pengkalan Kubor, Kelantan manakala pembangkang kekal di Bukit Gelugor, Pulau Pinang; Kajang, Selangor dan Sungai Limau, Kedah.

Pada PRU lalu, Roland yang kali pertama bertanding, menang kerusi Inanam dengan majoriti 3,202 undi menewaskan calon BN dari komponen Parti Bersatu Sabah, Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Progresif Sabah, Eric Majimbun. – Agensi

818

KOTA KINABALU – Ketika PKR sibuk mencanangkan kononnya beberapa wakil rakyat BN dari komponen UMNO akan berpaling tadah keluar parti, apa yang berlaku, ADUN PKR Inanam, Dr. Roland Chia hari ini mengumumkan hasrat akan meletak jawatan.

Lebih unik, beliau yang juga seorang doktor gigi di Sabah membuat pengumuman secara mengejut itu menerusi laman sosial Facebook dan Twitter milik peribadinya dengan memberi alasan kesihatan, lapor portal berita AgendaDaily dan The Star Online.

Namun, lebih pelik, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di ibu negara mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan akan merujuk kepada PKR Sabah kerana dimaklumkan Dr. Roland masih berada di luar negara.

“Saya telah hubungi PKR Sabah dan mereka mengesahkan beliau memang ada masalah kesihatan, tetapi hingga saya dapat bercakap sendiri dengan YB Dr. Roland, saya tidak dapat sahkan sama ada itu adalah muktamad atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin juga gagal menghubungi ADUN itu namun beliau dimaklumkan pihak PKR Cabang Inanam tidak pernah diberitahu isu itu serta mengesyaki akaun laman sosial Dr. Roland mungkin digodam orang luar.

Begitu pun jika berita itu sah, ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersedia dalam tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) pertama tahun 2015 selepas mengadakan tujuh PRK pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada 2013 lalu.

BN memenangi 4 kerusi pada PRK sebelum ini iaitu Kuala Besut, Terengganu; Balingian, Sarawak; Teluk Intan, Perak dan Pengkalan Kubor, Kelantan manakala pembangkang kekal menguasai Bukit Gelugor, Pulau Pinang; Kajang, Selangor dan Sungai Limau, Kedah.

Pada PRU lalu, Dr. Roland yang kali pertama bertanding, menang kerusi Inanam dengan majoriti 3,202 undi untuk menewaskan calon BN dari komponen Parti Bersatu Sabah, Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Progresif Sabah, Eric Majimbun. – Agensi

776

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Seri Puad Zarkashi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Menurut portal The Malaysian Insider, pujukan tersebut berlaku empat hari selepas tarikh 16 September 2008 yang diulang-ulang pihak pembangkang sebagai ‘tarikh keramat’ dalam pertukaran tampuk kerajaan persekutuan.

Puad yang jadi saksi pembela Datuk Seri Anifah Aman dalam kes saman Anwar terhadap Menteri Luar itu berkata, dalam perbualan telefon bersama ketua pembangkang tersebut, Anwar memberitahu, peristiwa ’16 September’ pasti akan berlaku kerana PR telah memiliki bilangan yang cukup, cuma memerlukan seorang lagi ahli parlimen Melayu dari Johor, sepertinya.

Ujar beliau, “Plaintif (Anwar) juga menyatakan dengan nada meyakinkan 4 sultan bersetuju dan menyatakan sokongan kepada PR untuk ambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan. Antara negeri yang disebut ialah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor.”

Selain itu, Anwar juga berjanji kepadanya agenda Melayu akan dilindungi sekiranya beliau jadi perdana menteri.

Walau bagaimanapun, Puad berkata, dia gementar dengan pujukan Anwar itu  kerana khuatir dengan kemurkaan sultan. Ujarnya lagi, dia kemudian meminta izin plaintif untuk pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah lantas perbualan mereka terhenti setakat itu.

Panggilan terhadap Anwar dibuat melalui wakilnya, Dr Abdul Rahim Ghouse pada 20 September 2008, jam 2 pagi ketika Puad dan Rahim bertemu di Batu Pahat.

Jelasnya, Rahim turut cuba meyakinkannya untuk menyertai PR, dan memberi jaminan tentang rancangan 16 September akan berlaku dalam beberapa minggu, atau sekitar 25 September.

Saya menceritakan kepada Rahim apa yang plaintif beritahu saya. Rahim cakap dengan saya, “Kalau BN tumbang, siapa akan jaga Johor?”

Nmun demikian, selepas pulang dari pertemuan tersebut, Puad bermimpi sekiranya dia menandatangani surat menyokong Anwar, ia bermakna dia sanggup menggadai negaranya.

Saya dihubungi Rahim sekitar tengahari pada hari tersebut dan memberitahu beliau, ‘You tell Anwar, tumbang, tumbanglah, I am prepared to be the opposition but I will not sign the letter (saya bersedia menjadi pembangkang tetapi tidak akan menandatangani surat itu)‘.”

saifudin

Dalam prosiding sama juga, Puad mendedahkan, sebelum 16 September, beliau pernah didekati Setiausaha Agung PRK, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semasa program ‘lawatan sambil belajar’ ke Taiwan anjuran Kelab Penyokong BN bersama 30 ahli parlimen BN yang lain.

Tujuan sebenar program tersebut dianjurkan ialah untuk mengelak daripada percubaan ahli parlimen pembangkang berhubung dengan ahli Parlimen BN.

Pada ketika itu, sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut ke Taiwan, mereka akan jadi suspek atau disyaki akan melompat parti. Kami berangkat ke Taiwan beberapa hari sebelum tarikh 16 September 2008.

“Semasa berada di Taiwan, saya dihubungi Saifuddin Nasution melalui telefon di bilik hotel penginapan saya di Taiwan sekitar jam 2 pagi dan menyatakan beliau juga berada di Taiwan bersama Tian Chua dan Fuziah Salleh.

“Mereka juga menginap di hotel yang sama kami menginap di Taiwan.”

Puad menambah, Saifuddin dan rakan-rakannya dapat menghidu kehadiran mereka di situ setelah mendapat informasi daripada seorang ahli parlimen Taiwan.

Namun, beliau menolak untuk bertemu Saifuddin ketika itu walaupun Saifuddin mendakwa telah bertemu dengan ahli parlimen BN seperti Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Datuk Richard Riot.

Ahli parlimen BN kemudiannya bertolak ke Macau untuk mengelak terus diganggu pihak pembangkang, sebelum pulang ke tanahair pada 18 September setelah hasrat PR mengambil alih tampuk kerajaan gagal.

Dalam prosiding tersebut, Anwar mengemukakan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Anifah setelah didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah pada sidang akhbar di Washington bersama Hillary Clinton. – MYNEWSHUB.CC

Video Kenyataan Media Datuk Seri Anifah Aman Bersama Hillary Clinton Di Washington

464

JOHOR BAHARU – Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau akan keluar Umno dan menyertai parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang terkejut dengan dakwaan itu menegaskan semangat Umno masih menebal dalam jiwanya dan tidak pernah terlintas di dalam hati beliau untuk meninggalkan parti.

“Saya anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno (Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat) yang mengembalikan parti 25 tahun dulu dan masih menebal jiwa Umno dalam diri. Takkan saya nak meninggalkan Umno,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas dakwaan itu ketika ditemui semasa melakukan lawatan ke kawasan projek Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di sekitar Kempas di sini.

Dakwaan itu dipercayai timbul selepas beliau menyatakan “Saya sudah tidak kisah soal kedudukan politik saya lagi,” semasa diminta mengulas oleh sebuah akhbar mengenai kehadirannya pada forum ‘Freedom of Expression Under Threat?’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau dilaporkan sudah tidak kisah dengan kedudukan dalam parti kerana sudah sampai ke peringkat umur yang sudah terlalu tua untuk bercita-cita untuk memegang apa-apa jawatan.

Laporan kenyataan beliau itu turut disiarkan dalam blog pembangkang dan blog prokerajaan.

“Saya hendak masuk pembangkang buat apa. Umno dan Barisan Nasional (BN) sekurang-kurangnya ada misi kerana Pakatan Rakyat nampak tiada permuafakatan dan pecah kepada tiga. Jadi BN jugalah antara yang terbaik untuk disertai.

“Kalau saya kritik Umno itu biasalah sebab saya rasakan Umno juga perlu perubahan agar selari dengan hasrat pemimpin lama yang menghidupkan Umno baharu ini,” kata Nur Jazlan. – BERNAMA

817

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu dilantik, Syed Ibrahim Syed Noh beriltizam untuk mengerakkan parti itu di atas prinsip-prinsip Islam.

Kata beliau, prinsip seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat dalam Islam akan menjadi panduan umum buat beliau.

“Islam bersifat rahmat kepada sekelian alam. Islam menuntut prinsip mengajak kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

“Islam menuntut seruan dengan hikmah bijaksana dan nasihat pengajaran yang baik selain berhujah dengan lebih baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada penganut agama lain seperti dinyatakan dalam Al-Quran, surah An-Nahl, ayat 125,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syed Ibrahim dalam pada itu memaklumkan, beliau pernah melibatkan diri dengan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Beliau juga pernah berada dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Justeru, beliau berharap untuk menggunakan pengalamannya sertai semua pertubuhan dan gerakan tersebut dalam menjayakan penglibatan politik dengan PKR.

519

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah langkah kerajaan memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Joseph Y.Yun bagi menjelaskan kenyataannya baru-baru ini mengenai keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Ahli Biro Politik PKR, N.Surendran mendakwa, tindakan itu memalukan negara kerana Malaysia cuba mengelak kritikan antarabangsa ke atas keadilan dan hak asasi dalam negara ini.

“Kerajaan tidak sepatutnya berbuat demikian hanya kerana berasa tersinggung dengan kritikan yang sah dari luar negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan Duta Amerika Syarikat di Malaysia dipanggil untuk menjelaskan kenyataannya baru-baru ini mengenai keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman dipetik berkata, kerajaan kesal dengan komen yang dibuat oleh Yun dalam satu portal berita pada Dis 6 bahawa AS ‘terkejut’ dengan keputusan Malaysia untuk mengekalkan Akta tersebut.

“Malaysia ingin mengingatkan semua pihak bahawa keputusan berhubung Akta Hasutan adalah kuasa mutlak kerajaan,” kata Anifah.

Anifah turut mengingatkan AS agar menghormati hal ehwal dalaman negara ini dan menegaskan bahawa sebarang komen mengenai keputusan kerajaan berhubung Akta akan dianggap mencampuri urusan dalaman Negara.

Akta itu tidak mengekang demokrasi di dalam Negara sebaliknya merupakan langkah pencegahan untuk mengelakkan ketegangan kaum yang akan menjejaskan kestabilan Negara. – mynewshub.cc

741

KUALA LUMPUR – Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya mendakwa, tiada akta menghasut di bawah undang-undang AS sedangkan undang-undang ekstradisi menetapkan perlu ada kesalahan yang sama di kedua-dua negara sebelum ekstradisi dibenarkan.

“Oleh itu kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permintaan ekstradisi (penulis blog seks Alvin Tan) daripada Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat dakwaan itu sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tindakan ekstradisi ke atas Alvin yang melarikan diri ke AS untuk mengelak daripada tindakan mahkamah.

Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”. – MYNEWSHUB.CC

658

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) kesal dengan ahli parti yang digantung, Badrul Hisham Shahrain kerana mendakwa Menteri Besar, Mohamad Azmin Ali bersetuju dengan pembatalan gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh Istana Selangor.

Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Zafril Eusoff berkata, AMK turut menyelar Badrul Hisham kerana menuduh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menarik semula sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku calon Menteri Besar Selangor beberapa bulan lalu.

“Dakwaan Badrul Hisham tidak berasas serta telah dinafikan oleh wakil-wakil rakyat PKR serta DAP semalam. Dakwaan beliau ini dikitar semula dari kenyataan beliau sebelum ini yang bertujuan memecahbelah serta memalukan parti.

“Manakala serangan berterusan beliau terhadap Mohamed Azmin pula adalah susulan daripada dendam peribadi beliau yang gagal dalam percaturan politiknya untuk menyekat Mohamed Azmin dari memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Zafril berkata, AMK menggesa Badrul Hisham berhenti menjadi duri dalam daging di dalam parti dengan merosakkan kestabilan parti dan menggugat hubungan baik dalam kalangan pimpinan tertinggi parti.

“Jika Badrul Hisham mahu jadi perosak PKR, maka kami menyeru beliau agar keluar parti. PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau,” dakwanya.

Badrul Hisham semalam mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin bersetuju dengan pembatalan gelaran Datuk Seri yang diberikan pada Anwar Ibrahim. – mynewhub.cc

334

KUALA LUMPUR – Pertanyaan wakil rakyat tentang peruntukan Bajet 2015 bukan satu jenayah, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran.

Beliau berkata, persoalan tentang perkara itu juga tidak akan mengancam ketenteraman awam hingga memerlukan siasatan pihak polis.

“Amat keterlaluan apabila Akta Hasutan 1948 digunakan terhadap wakil rakyat Haniza Mohamed Talha yang membangkitkan perkara yang mempunyai kepentingan awam,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Surendran mendakwa, pihak polis merakam kenyataan Haniza hari ini di bawah Akta Hasutan hanya kerana beliau mempersoalkan peruntukan untuk Program Permata Negara (Permata).

Mynewshub.cc semalam melaporkan Haniza yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR disiasat dibawah Akta Hasutan kerana membuat fitnah berhubung Permata.

Haniza dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pukul 9 pagi ini.

Pemimpin pembangkang itu dipercayai disiasat berkaitan artikel “Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta” yang disiarkan oleh sebuah portal berita PKR pada 12 Oktober lalu.

Beliau mempersoalkan peruntukan kepada Permata dalam Bajet 2015 kerana didakwa terlalu besar sedangkan keberkesanan program itu tidak pernah terbukti. – mynewshub.cc

713

DESAS-desus mengenai usaha untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula diperkatakan ramai ahli parti itu sejak kebelakangan ini.

Sebilangan ahli PKR terutama berketurunan Melayu mula melihat Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor lebih layak menjadi Ketua Umum atau Presiden parti berbanding Anwar dan isterinya bagi memastikan PKR kembali dipercayai rakyat.

Ahli PKR terbabit mulai sangsi dengan liabiliti gaya kepimpinan Anwar yang dilihat lebih cenderung kepada konsep `kekeluargaan dan rakan-rakan’ serta keras kepala’.

10802057_10202026569705809_721192551557487471_n

Sumber dalaman PKR memberitahu mynewshub.cc, ramai ahli PKR resah dengan cara Anwar mengendalikan beberapa isu dalam pemilihan parti itu pada pertengahan tahun ini selain kecewa dengan pelaksanaan Langkah Kajang.

Menurut sumber itu, pendekatan Anwar dengan institusi beraja dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor turut mendatangkan keresahan dalam kalangan ahli mengenai hala tuju parti itu dalam menjamin kelangsungan politik PKR.

“Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Anwar pilih calon pun berdasarkan kawan-kawannya. Dia buat Langkah Kajang pun ramai tidak tahu. Cuma Anwar dengan beberapa orang kepercayaannya merancang `projek’ itu.

“Sekarang `team’ Wan Azizah ( Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tengah rungsing dengan Azmin (Mohamed Azmin),” katanya kepada mynewshub.cc baru-baru ini.

Sumber itu memaklumkan, kem Wan Azizah yang juga isteri Anwar sedang berusaha memastikan pemimpin yang akan menerajui PKR jika Ketua Pembangkang itu disumbat ke dalam penjara kerana kes liwat adalah anaknya, Nurul Izzah.

Namun, sebilangan ahli PKR terbabit tidak mahu Nurul Izzah menjadi ketua PKR yang seterusnya sebaliknya lebih percaya kepada kemampuan Azmin menjadi Ketua Umum parti.

Mengata dulang paku serpih. Nampaknya perebutan kuasa dan cah keting dalaman PKR jauh lebih teruk daripada UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Apa agaknya yang akan berlaku kepada parti PKR jika Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar kembali dalam penjara nanti.

VIDEO LAMA

489

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pemberian pampasan sebanyak RM2.6 juta kepada lapan pembantu beliau.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, siasatan perlu dibuat berikutan pendedahan kerajaan Selangor pembayaran itu dilakukan tidak mengikut terma dan prosedur sewajarnya.

“Pendedahan ini sememangnya sesuatu yang amat mengejutkan lantaran sebelum ini Abdul Khalid sering disifatkan oleh para penyokongnya sebagai seorang pemimpin yang amanah, bersih dan berintegriti.

“Bagaimanapun pendedahan oleh kerajaan Selangor jelas membayangkan bahawa wujud kecurangan dan salahlaku tatakelola di dalam proses pembayaran pampasan kepada para pegawai Abdul Khalid,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata, beliau menuntut SPRM menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara itu dan bertindak secara adil dan telus tanpa memilih bulu.

Beliau turut berharap pentadbiran kerajaan Selangor masa kini mencari kaedah serta penyelesaian terbaik untuk mendapatkan semula wang pampasan tersebut untuk dimanfaatkan bagi kepentingan rakyat.

472

KUALA LUMPUR – Pada waktu banyak syarikat swasta negara ini mendiskriminasi kaum Melayu dalam peluang pekerja, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor juga seolah-olah bersikap seperti itu.

Satu iklan jawatan kosong Pegawai Dasar untuk Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor menyebut calon yang berkemahiran berbahasa Mandarin dan Tamil akan diberi keutamaan mengisi jawatan itu.

Iklan jawatan kosong tersebut disiarkan menerusi Facebook exco berkenaan, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.

“Terma dan syarat mesti mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda, mempunyai pengalaman bekerja selama satu atau dua tahun, berminat dengan dasar-dasar awam dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Kemahiran menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil adalah bonus,” kata iklan itu hari ini.

Mereka yang berminat memohon jawatan itu diminta menghantar resume ke career@niknazmi.com.

Persoalannya berapa ramai sahaja calon Melayu yang berkeupayaan berbahasa Mandarin atau Tamil untuk mengisi kekosongan jawatan itu. – mynewshub.cc

811

Sekali lagi, pensyarah yang juga penceramah, Dr Ridhuan Tee Abdullah mengeluarkan kenyataan sensasi apabila mendakwa pemimpin bukan Melayu menjadikan BN & PKR sebagai batu loncatan untuk meneruskan hayat politik mereka.

Tenaga pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, bukan Melayu menggunakan parti PKR sebagai taktik untuk menerajui kepimpinan negeri manakala BN pula digunakan oleh parti komponennya untuk mengekalkan kuasa di Semenanjung.

Memetik kenyataannya di akhbar Sinar Harian, “Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan. 

Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu.”

Dalam pada itu, dia juga mendakwa bahawa survival PKR dalam arena politik tempatan tidak akan bertahan lama andai ianya dipimpin oleh bukan Melayu.

Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur.”

Ridhuan juga mempersoalkan undi yang diberikan oleh kaum Melayu kepada calon DAP walaupun parti itu terang-terang meminggirkan mereka.

DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya.” – MYNEWSHUB.CC

 

657

KUCHING – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dihalang daripada memasuki Sarawak iaitu buat kali kedua tahun ini.

Ahli Parlimen Ampang itu menaiki penerbangan Malindo Air pada pukul 7.15 pagi Ahad dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Turut bersama beliau dalam penerbangan itu ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 9.30 pagi dan menuju ke kaunter imigresen. Saya lepasi pemeriksaan tanpa masalah,” kata Nik Nazmi pada Ahad.

Bagaimanapun seorang pegawai imigresen meminta Zuraida supaya menunggu sebelum diberitahu bahawa namanya berada dalam senarai hitam.

Zuraida kemudiannya diarahkan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Malindo Air pada pukul 4.30 petang.

Mereka berada di Sarawak sebagai sebahagian daripada kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ di seluruh negara untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zuraida pertama kali dihalang memasuki Sarawak ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada bulan Mac.

Bagaimanapun beliau dibenarkan memasuki kembali negeri itu pada 19 April lalu ketika berkempen sempena pemilihan PKR. – mStar Online

475

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung menuntut Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum Cina di Kedah.

Beliau berkata, Mashitah mesti meminta maaf kerana didakwa menyebarkan pembohongan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 kononnya masyarakat Cina di negeri itu membakar Al-Quran.

“Ucapan beliau dikira bertujuan untuk menghasut kebencian kaum dan benci dalam kalangan orang Melayu Kedah terhadap orang Cina Kedah.

“Kalau Mashitah benar-benar mempercayai versi yang diberitahu kepadanya oleh Ketua Wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa) adalah benar bahawa orang-orang Cina telah membakar Al-Quran maka sudah tentunya beliau sudah lama akan membuat laporan polis mengenai dakwaan serius membakar Al-Quran,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hsiao Leung berkata, Mashitah sebagai pemimpin UMNO Kedah sepatutnya tahu akibat menyebar khabar angin berbahaya yang boleh menyebabkan ketidak-harmonian antara kaum di negeri itu.

Beliau turut menyeru Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendisiplinkan Mashitah dan meminta beliau meminta maaf kepada masyarakat cina di Kedah atas kesalahan itu. – mynewshub.cc

 

1157

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah rancangan Kementerian Pendidikan mahu melaksanakan kaedah pembelajaran menggunakan buku elektronik sepenuhnya bagi menggantikan kaedah pembelajaran menggunakan buku bercetak.

Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang mendakwa, penggunaan buku elektronik akan membunuh kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran dan menghalang keupayaan mereka untuk berfikir.

“Hal ini berlaku kerana proses pembelajaran menggunakan buku elektronik akan mengakibatkan hubungan antara guru dan pelajar menjadi renggang. Kurang hubungan langsung antara pelajar dan guru rasa hormat pelajar terhadap guru juga akan semakin berkurangan.

“Konsep mendidik pelajar oleh guru akan menjadi semakin longgar, perhubungan mereka menjadi tidak mesra. Guru-guru akan gagal membentuk peribadi pelajar, bukan sahaja untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin tetapi juga pelajar akan gagal untuk dibentuk menjadi manusia yang beradab dan berakhlak,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abas mendakwa, Biro Pendidikan menjangkakan rancangan baharu itu mengalami kegagalan seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan perbelanjaan hampir RM 10 bilion.

Beliau mendakwa, walaupun dunia buku elektronik berkembang pesat tetapi dunia penerbitan buku bercetak masih terus diterima sebagai kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan di dunia ini.

“Hal ini kerana psikologi pembaca atau pelajar masih percaya bahawa penerbitan buku bercetak masih menjadi kaedah penyampaian ilmu yang terbaik.

“Dengan halangan psikologi tersebut kaedah pembelajaran melalui buku elektronik akan menjadi tidak berkesan dan akan mengakibatkan pembaziran sumber kewangan apabila peralatan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” dakwa beliau. – MYNEWSHUB.CC

803

GENERALISASINYA mudah.. komponen Pakatan Rakyat memang tak surut daripada isu bercakaran dan saling mengkritik, terutama DAP dan PAS, kebelakangan ini.

Belum surut isu DAP hentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akibat ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat, kini situasi tambah gawat apabila dua parti ini makin menunjuk kepada umum ketidaksefahaman antara mereka.

BACA: Abdul Hadi Kuasa Veto Dalam PAS! – Guan Eng

pas_muktamar_1909_6_840_560_100

Percakaran antara DAP dan PAS ketara diperlihatkan apabila, jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya dikhaskan untuk parti Islam tersebut, tetap cuba ‘dicaras’ rakan sekutu dalam PR itu, hari ini.

Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh Nik Nazmi Ahmad (ADUN PKR) yang terpaksa melepaskannya selepas dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, satu persetujuan telah dilakukan untuk mengkhaskan jawatan itu kepada PAS memandangkan kuota yang sepatutnya diisi PAS dalam jawatan ahli Exco telah dikurangkan daripada empat menjadi tiga sahaja selepas Azmin naik jadi MB Selangor.

Namun, Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi PANAS hari ini apabila ketika undian hendak dilakukan, tak ada angin tak ada ribut.. tiba-tiba DAP menamakan calon mereka iaitu ADUN Sekinchan, Ng Swee Lin untuk menduduki kerusi tersebut.

ADUN PAS dari Cempaka, Iskandar Abdul Samad pula menamakan ADUN Bangi, Dr Mohd Shafie Ngah sebagai calon bagi jawatan itu.

Usai sesi mengundi, Dr Mohd Shafie berjaya meraih 28 undi manakala Ng Swee Lin 14 undi. Kesemua ADUN dari Barisan Nasional pula memutuskan untuk tidak masuk campur sesi pemilihan tersebut. Maka amatlah terang lagi bersuluh.. kesemua yang mengundi PAS merupakan ADUN dari PKR sahaja.

Dari segi lain, nampak benar perpecahan dalam kalangan puak-puak PR makin sukar dibendung.

Malaysia's opposition leaders hold hands at the end of their People's Alliance conference in Shah Alam

Segala-galanya dah pasti tak berlaku sekelip mata. Tapi lepas satu, satu.. ada sahaja kes muncul jadi penyumbang pada hubungan retak menanti belah dalam gabungan PR.

DAP dan PKR  dilihat tidak senada dengan PAS di banyak sisi, antaranya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Langkah Kajang, pengguguran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan pelantikan Wan Azizah menggantikan Khalid.

Ramai menyuarakan pandangan bahawa pertelingkahan dalaman itu berlaku akibat misi perjuangan yang berbeza haluan antara ketiga-tiga parti, terutamanya DAP dan PAS.

Mengambil contoh isu Octoberfest apabila ramai pemimpin DAP menghadiri acara jamuan ‘beer’ tersebut, ia seolah-olah mencabar rakan tahaluf siyasinya memandangkan PAS menentang penganjuran program minuman memabukkan itu.

Lim-Kit-Siang-Lim-Guan-Eng.storyimage

Pergolakan dalam pakatan kemudiannya melarat kepada bisik-bisik halus dari DAP yang menginginkan PAS keluar dari Pakatan jika mereka tidak lagi merasakan gabungan tersebut relevan dengan perjuangan mereka.

Membidas balik kenyataan tersebut, PAS juga turut menyeru DAP berbuat perkara sama kalau tak puas hati.

BACA: Najib – Kerjasama UMNO & PAS Tak Boleh Dibincang Terbuka

Nampaknya, ‘kapal’ pakatan kini terumbang-ambing dibadai alun ciptaan sendiri. Entah apa episod yang akan bersambung selepas ini, sama-sama kita nantikan.. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

278

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan satu demonstrasi besar-besaran penghujung tahun ini andai kerajaan persekutuan tidak menurunkan harga bahan api sebelum 1 Disember depan.

Jika tidak, saya dan rakan-rakan akan Pakatan Rakyat akan memimpin satu demonstrasi mendesak harga minyak diturunkan pada 31 Disember depan di Dataran Merdeka,” petik kenyataannya dari portal The Rakyat Post.

Ungkapnya lagi, keputusan menurunkan harga bahan bakar tersebut tersebut dilihat relevan dengan situasi di mana harga minyak di pasaran dunia merudum.

Jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adillah harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah dunia turun.”

Rafizi membuat kenyataan tersebut dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

404

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan Selangor memulangkan semula 351 bible yang mengandungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) kelmarin sejajar dengan ajaran Islam.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Muhammad Nur Manuty berkata, Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin iaitu agama rahmat untuk seluruh alam.

“Dengan langkah yang dilakukan ini dengan jelas membuktikan hakikat bahawa Islam itu adalah agama rahmatan lil ‘alamin dan amat mementingkan keadilan semua tanpa mengira agama anutan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad mengalu-alukan langkah Kerajaan Selangor menyerahkan kembali bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau berharap, kontroversi agama itu tidak digembar-gemburkan lagi dan semua pihak memanfaatkan pendekatan terbaik, berhikmah dan bijaksana dalam meleraikan isu seperti itu di masa depan.

Media kelmarin melaporkan, sSetelah hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada PBM.

Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis ketika kunjungan hormat Pengerusi Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS), Datuk Bolly Lapok menemui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – mynewshub.cc

623

SEBAIK selesai menjalani sesi prosiding mahkamah bagi mendengar rayuan berhubung kes liwat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masanya bertemu dengan segelintir penyokongnya yang sedari awal pagi membanjiri perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Kehadirannya disambut dengan laungan reformasi oleh penyokong-penyokongnya.

Dalam pada itu, Anwar enggan ditemuramah pihak media dan sekadar memberi isyarat tangan untuk ‘tidak bercakap’ apabila diminta anggota parti dan penyokongnya untuk memberi sepatah dua kata.

Hari kedua pendengaran rayuan akan bersambung pada esok hari (Rabu) pada jam 9.30 pagi yang juga merupakan hari terakhir pendengaran namun berkemungkinan besar ia akan berlanjutan sehingga Khamis.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Foto/Video:  RIZA RAZAK 

888

PROSIDING rayuan bagi kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga hari Khamis ini.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di Putrajaya ini ternyata menarik perhatian penyokong kedua-dua belah pihak Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang prosiding ini berlangsung di perkarangan Istana Kehakiman, ada yang memakai topeng Anwar, membahaskan debat dan juga menyatakan sokongan dengan memakai tshirt yang dicetak khas sempena prosiding rayuan ini.

Video di bawah merupakan sebahagian gelagat penyokong yang sempat Mynewshub rakamkan sebentar tadi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

Foto/Video:  RIZA RAZAK

465

KUCHING – Kecewa dengan pergolakan dalaman dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya Idris Bohari hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Idris, 52, memaklumkan perkara itu kepada Bernama hari ini.

“Saya berhasrat untuk melupakan politik pembangkang dan badan bukan kerajaan akan menjadi platform baharu untuk saya meneruskan perjuangan untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Beliau yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri percaya lebih ramai lagi anggota PKR negeri dijangka mengambil langkah sama.

“Saya percaya lebih ramai lagi (anggota PKR di Sarawak) akan mengikuti penghijrahan ini (meninggalkan parti) kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku (dalam PKR),” katanya.

Idris pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas. – BERNAMA

655

Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali menafikan keputusan kerajaan negeri dibayangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tempoh sebulan ini, banyak keputusan besar yang diputuskan, tiada siapa yang mengarahkan saya untuk berbuat demikian kerana kita putuskan berdasarkan fakta dan keperluan,” komen beliau dalam laporan Sinar Harian.

Anwar-Azmin

Katanya lagi, “Saya cukup yakin Anwar mahukan saya menjadi menteri besar yang efektif kerana pengalaman saya bersama beliau selama 30 tahun mendidik saya menjadi pemimpin dan ketua yang tegas dan efektif.”

Justeru, segala keputusan yang dibuat bersama adalah berdasarkan kebijaksanaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dan bukanlah mendapat arahan mana-mana pihak termasuk Anwar.

Hujung bulan lalu, Tun Dr Mahathir mendakwa Azmin adalah boneka Anwar dalam tadbir urus kerajaan negeri Selangor.

Ujarnya, Azmin hanya mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik andai dia tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Tun M

Selain dari itu, abang kepada pengacara kontroversi, Azwan Ali, juga menafikan kewujudan perjanjian bersyarat antaranya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung perlantikan jawatan MB Selangor.

Isu ini timbul apabila baru-baru ini, sebuah blog mendedahkan satu surat perjanjian yang dibuat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang mana Azmin akan dipecat andai beliau tidak menurut arahan PKR. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

601

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjangkakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 29 Oktoberi ini bagi mengetepikan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menjangkakan Anwar akan dipenjara sehingga 15 tahun jika Ketua Pembangkang itu tewas dalam rayuan tersebut.

“Rayuan Anwar adalah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Rayuan dan rayuan balas pendakwaan adalah untuk meningkatkan hukuman penjara.

“Ini menunjukkan bahawa Anwar berkemungkinan bukan sahaja gagal menuntut keadilan tetapi hukuman penjara dilanjutkan sehingga mungkin 15 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kata Nik Nazmi, AMK melancarkan kempen #RakyatHakimNegara bermula hari ini sehingga tarikh mula perbicaraan rayuan tersebut pada 28 Oktober 2014 bagi membangkitkan kesedaran orang awam khususnya generasi muda.

Menurut beliau, antara program yang dirancang termasuk Flashmob, ceramah jelajah negeri, edaran risalah dan program kemuncak pada 28 October ini.

“Kami akan mulai dengan flashmob di Kelana Jaya esok dan disusuli di Selayang, Puchong, Ulu Selangor sehingga ke seluruh negara.

“Selain itu, risalah yang bakal diedarkan telah dilengkapi dengan rentetan perbicaraan kes tersebut. Siri ceramah juga akan dijalankan bersama Anwar di beberapa lokasi,” katanya.

Kata beliau, kemuncak kempen #RakyatHakimNegara adalah Ceramah Perdana di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 Oktober 2014. – MYNEWSHUB

698

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN KEADILAN

PERLANTIKAN KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT PENGGAL 2014 – 2017

Dengan selesainya pemilihan parti, saya telah berbincang dengan pimpinan-pimpinan kanan yang lain untuk melengkapkan kepimpinan KEADILAN bagi penggal 2014 – 2017.

Bersesuaian dengan peruntukan perlembagaan KEADILAN, saya dengan ini mengumumkan perlantikan berikut bagi melengkapkan kepimpinan KEADILAN:

Saudara Rafizi Ramli diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agong yang baru selain dari tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden;

Saudara Xavier Jeyakumar dan Saudara Darell Leiking dilantik sebagai Naib-naib Presiden;

Datin Paduka Tan Yew Kew dilantik sebagai Bendahari Agong;

Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman dilantik sebagai Timbalan Bendahari Agong;

Saudari Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengarah-pengarah Pilihanraya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerakkerja dan strategi pilihanraya;

Saudara Sim Tze Tzin akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Strategi;

Saudara Fariz Musa dilantik menjadi Ketua Setiausaha Pengelola;

Saudara Fahmi Fadzil dikekalkan sebagai Pengarah Komunikasi;

Saudara Sivarasa Rasiah dilantik sebagai Pengarah Guaman;

Saudari Fauziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Latihan.

Senarai lantikan penuh yang lain adalah seperti berikut:

Ahli MPP (Dilantik):

Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Saudari Rodziah Ismail
Saudara Amirudin Shari
Saudara Mohdak Ismail
Saudara N. Surendran
Saudara Mustapha Sakmud

Pengerusi-pengerusi Biro:

Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang

Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur Manuty

Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S. Manickavasagam

Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen

Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara

Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail

Pengerusi Biro Pendidikan: Haji Abas Awang

Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & DUN: Dato Johari Abdul

Pengerusi Biro Masyarakat FELDA & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan

Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani

Pengerusi Biro Kepenggunaan: G. Manivanan

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong

Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah

Ahli Biro Politik Dilantik:

Dr Syed Husin Ali
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Dato Johari Abdul
Dato’ Dr Mansor Othman
N. Surendran
William Leong

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

13 Oktober 2014

526

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menyifatkan kehadirannya ke pesta Oktoberfest malam Jumaat lalu bukan untuk menghina mana-mana pihak, khususnya rakan sekutunya, PAS yang membantah penganjuran majlis itu.

“Tidak bermaksud untuk menghina sesiapa. Pesta itu khas untuk bukan Islam. Jadi ia tiada kena-mengena dengan kepercayaan dan agama lain,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Ahad.

Sambil mempertahankan tindakannya itu, beliau berkata, kehadirannya dan beberapa pemimpin DAP dan PKR ke pesta itu adalah hak kebebasan awam, bukan berniat untuk menghina umat Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berita muka depan sebuah akhbar Bahasa Melayu pada Ahad yang menyifatkan tindakan beberapa pemimpin DAP dan PKR yang menghadiri pesat itu sebagai tidak menghormati pendirian PAS.

Menurut akhbar tersebut, sokongan pemimpin DAP kepada penganjuran pesta arak itu walaupun dibantah masyarakat Melayu-Islam membuktikan parti itu lebih berkuasa di Selangor.

Akhbar itu mendakwa, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dari PKR hanya menjadi “pak turut” kerana tidak berani bertindak tegas membatalkan acara itu.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh juga mempertahankan hak beliau untuk memuat naik gambar semasa menghadiri pesta tersebut di laman Facebooknya.

“Mengapa mahu campur tangan dengan program yang saya hadiri. Terdapat banyak majlis untuk bukan Islam yang saya muat naik di Facebook,” katanya merujuk kepada akhbar berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sebaliknya, beliau hanya berkata: “Biarlah, tu hak mereka (bukan Islam).” – mStar Online

595

KUALA LUMPUR – “PAS seperti orang miskin hidupnya sentiasa menjadi mangsa buli, tetapi walaupun PAS dibuli parti itu tetap hidup dan berjaya”.

Demikian reaksi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung konflik yang sedang berlaku antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurut beliau, PAS daripada awal penubuhannya memang sering dibuli dan lebih teruk kerana parti itu pada waktu ini sedang dibuli rakan-rakan parti dalam pakatan pembangkang.

“Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi. Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

“Hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga. Semua macam tak menjadi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, DAP gembira dan bermegah dengan kuasanya di Pulau Pinang sedangkan parti itu baru memerintah penggal lepas walhal PAS yang sering dibuli DAP sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Lebih teruk, katanya, DAP membuli PAS ddengan mendakwa `riwayat’ PAS di Selangor akan tamat ekoran krisis jawatan Menteri Besar manakala DAP Sarawak pula mengisytihar tidak lagi mahu bekerjasama dengan PAS.

Tegasnya, DAP jangan terlalu suka membuli PAS kerana perbuatan itu akhirnya boleh menjadikan DAP sebuah parti yang bongkak dan sekali gus mendatangkan kemarahan rakyat.

Beliau turut memberi amaran kepada DAP jangan cuma tahu mengungkit kegagalan PAS sedangkan kebaikan PAS dalam pakatan pembangkang selama ini dilupakan kerana apabila PAS menjadi marah maka DAP parti yang paling rugi.

“PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP. Syukurlah,” katanya.

1176

Pergeseran antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula sejak isu pemilihan Menteri Besar Selangor dilihat semakin meruncing dewasa ini.

Satu demi satu kenyataan tak senada dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Terkini, Azmin Ali telah pun mengumumkan barisan exco baharu negeri Selangor di mana exco PAS telah dikurangkan daripada empat kuota kepada tiga.

Exco PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Ab Samad dan Dr Yunus Hairi manakala dua exco terdahulu, Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi digugurkan. Sebagai ganti ADUN PAS Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib dibawa masuk sebagai muka baharu.

Ramai menyifatkan pengurangan kuota exco ini sebagai ‘hukuman’ terhadap PAS namun Azmin menafikannya.

Apa pun kesemua exco pilihan Azmin ini pun dah selamat menjalani upacara angkat sumpah, semalam.

Namun meski pun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata PAS beralah dalam soal exco ini sebagai satu pengorbanan, ahli lain tetap bertegas untuk berpegang pada pendirian asal.

378414_Mohd Khairuddin Othman 02

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) mendakwa PAS Selangor tidak pernah setuju dengan keputusan pengurangan exco ini begitu juga PAS Pusat.

Sebelum ini Pengerusi PAS Selangor Iskandar Ab Samad juga pernah mengeluarkan kenyataan adalah tidak patut PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dikurangkan kuota exco di bawah kepimpinan MB baharu.

Nampaknya ada satu senario jelas di sini — ‘hati dan perasaan’ PAS tak pernah dipentingkan PKR baik dalam isu memilih MB sampailah lantikan exco. Kasihan.. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

386

SHAH ALAM – Pas melahirkan sedikit kekecewaan terhadap komposisi Exco Selangor yang baharu apabila kuota bagi parti itu kurang satu kerusi berbanding sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah menjangka perubahan komposisi itu sambil menyifatkan koalisi politik dalam PR itu sangat kompleks.

“Secara peribadi, saya sudah menjangka bahawa akan berlaku pelakaran atau penstrukturan semula Exco Selangor ini.

“Bagi Pas walaupun sedikit kecewa, tetapi saya meletakkan harapan yang besar terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bersama Dr Yunus Hairi yang kini bersama Exco baharu iaitu YB Zaidy Abdul Talib,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi tadi apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.

Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

Antara Adun PKR yang dilantik itu ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amirudin Shari, Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong.

Manakala wakil DAP sebelum ini dikekalkan iaitu Ean Yong Hian Wah, V. Ganabatirau dan Datuk Teng Chang Kim.

Bagi kuota Pas yang dikurangkan itu menampilkan muka baharu iaitu Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib manakala dua lagi adalah lantikan semula iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Sebagai ‘balasan’ mengurangkan kuota Exco Pas, Azmin mengumumkan jawatan Timbalan Speaker yang disandang oleh Nik Nazmi akan diserahkan kepada Pas.

Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun menegaskan komposisi baharu itu yang memberi kelebihan kepada PKR perlu diterima dengan baik walaupun keputusan itu bertentangan dengan kehendak dan kepentingan parti masing-masing.

“Sebagai pemain dalam politik koalisi ini, kita mesti memahami dan menyelami tuntutan yang saling bertentangan kehendak serta kepentingan dalam parti komponen PR.

“Saya harap mereka dapat berperanan segera dalam satu pasukan pimpinan Selangor kerana bagi Pas, perubahan itu sangat penting untuk terus memacu dan memenuhi visi menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dalam seluruh Persekutuan Malaysia,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang percaturan Azmin dilihat cuba memujuk Pas dengan menyerahkan jawatan Timbalan Speaker kepada Pas, Dzulkefly menafikannya sambil menyifatkan ia sebagai peluang kepada wakil rakyatnya untuk berperanan lebih berkesan.

“Jawatan Timbalan Speaker itu sebagai mukaddimah, mungkin satu hari nanti sebagai Speaker, itu semua dalam dinamiknya politik, saya kira adalah penting untuk kita mendapat pendedahan.

“Saya tidak nampak memujuk atau tidak memujuk, itu bukan bahasa orang politik, orang politik ini sangat cekal, gigih dan tegar, kalau tikam dari belakang pun tidak mati,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

649

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Menteri Besar Selangor yang baharu dilantik, Mohamed Azmin Ali membuat kajian dan pindaan ke atas Perlembagaan negeri Selangor berhubung definasi peranan dan fungsi pemerintahan beraja perlembagaan.

Pindaan itu kononnya bagi menjadikan perlembagaan negeri lebih jelas sejajar dengan amalan sistem Parlimen `Westminster’ yang diamalkan oleh negara terutama dalam hal membabitkan pelantikan ketua kerajaan seperti Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, beliau menggesa Mohamed Azmin menggunakan peranan sebagai Menteri Besar Selangor memulakan reformasi Perlembagaan untuk mengelak krisis lain dalam pelantikan Menteri Besar Selangor pada masa depan.

“Saya berharap Mohamed Azmin melantik jawatankuasa undang-undang negeri yang tinggi untuk menjalankan kajian terperinci Perlembagaan negeri dan mencadangkan pindaan yang perlu untuk membuat ia lebih jelas dalam mendefinisikan peranan dan fungsi pemerintahan beraja perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hsiao Leung dalam pada itu mempertikaikan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Istana Selangor lewat melantik Mohamed Azmin disebabkan pergolakan dalaman PKR serta tiada kesefahaman parti-parti dalam pakatan pembangkang berhubung isu pencalonan nama Menteri Besar.

Beliau mendakwa Istana Selangor tidak mendapat nasihat yang tepat atas kegunaan kuasa `budi bicara’ Perlembagaan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor apabila tidak melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Dakwanya penjelasan yang dikemukakan Mohamad Munir  menjauhi pertimbangan dan prinsip paling asas dalam Perlembagaan iaitu Menteri Besar yang akan dilantik mesti mendapat sokongan majoriti dan keyakinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurutnya, Wan Azizah telah mendapat surat akuan sokongan daripada ADUN PKR dan DAP di Selangor termasuk Mohamed Azmin yang menjadikan Presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor.

“Cara bagaimana Istana, yang secara salah telah dinasihatkan dalam membuat penilaian calon Menteri Besar yang berpotensi, juga telah mewujudkan kekeliruan ramai tentang peranan raja berperlembagaan yang diamalkan dalam sistem Parlimen `Westminster’ yang diikuti kami – membangkitkan soalan yang serius – iaitu siapa yang memilih Menteri Besar?. Raja atau parti pemerintah yang dipilih oleh rakyat,” dakwanya.

625

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kebimbangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh PAS pada masa depan.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan PAS dengan tegas tidak menerima cadangan PKR dan DAP berhubung isu jawatan Menteri Selangor kali ini.

“Jika krisis Menteri Besar Selangor menyaksikan PAS tidak dapat menerima cadangan PKR dan DAP, tidak mustahil di masa mendatang ada parti tunggal yang tak bersetuju dengan keputusan yang dicapai antara dua parti lainnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jesteru, Suhaizan berkata, jalan perdamaian berhubung isu calon Menteri Besar Selangor masih terbentang luas sekiranya semua pihak dalam pakatan pembangkang kembali ke meja rundingan.

Beliau turut menggesa PAS, PKR dan DAP merangka kembali dasar persefahaman yang benar-benar utuh dalam pakatan pembangkan.

“Garis sempadan antara parti-parti komponen pakatan perlu dilakar dengan jelas dan jangan dilanggar,” katanya. – mynewshub.cc

370

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berganjak dengan keputusan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismai sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, PKR berpegang teguh kepada keputusan parti yang dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik PKR minggu lalu.

“Oleh demikian, calon PKR bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu Presiden PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, sebarang berita kononnya Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain mengenai calon Menteri Besar Selangoor adalah tidak tepat.

Beliau mendakwa, PKR kekal dengan pendiriannya kerana mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem Raja Berpelembagaan.

“Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa PKR berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sstem Raja Berpelembagaan ini,” dakwanya. – mynewshub.my

742

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR kekal dengan pendirian mahu Presidennnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

“Saya ingin menegaskan bahawa pendirian rasmi PKR mengenai isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah sama seperti yang telah saya nyatakan dalam kenyataan media semalam.

“Sebarang laporan lain terutama dari sumber tidak rasmi adalah tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Anwar nod for Azmin to be Selangor MB’.

Sebuah portal berita lain pula hari ini melaporkan Istana Selangor sudah menemuduga tiga orang calon Menteri Besar Selangor.

Dua calon terbabit adalah anggota Exco daripada parti PAS dan seorang lagi merupakan Azmin.

285

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan akan mengadakan satu sidang media pada pukul 3 petang ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, ada pihak mengeluarkan satu makluman media palsu mengenai perkara itu.

:Harap maklum bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan satu makluman media yang kononnya dihantar oleh saya.

“Makluman media itu bertajuk “Pengumuman Menteri Besar Selangor” yang memanggil sidang media jam 3 petang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Fahmi berkata, makluman media tersebut adalah palsu, berniat jahat, dan tidak benar.

“Tidak ada sebarang sidang media yang dipanggil untuk petang ini,” katanya. – mynewshub.cc

595

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bayan Baru daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin meminta kerajaan merombak semula sistem Unit Pusat Universiti (UPU).

Beliau mendakwa, kajian Portal dan Aduan Pendidikan Tinggi (HEAP) PKR mendapati terdapat dua kelemahan ketara pada sistem tersebut.

“Kami boleh merumuskan bahawa terdapat dua senario kelemahan sistem UPU iaitu pelajar cemerlang dapat kursus luar pilihan dan luar biasa.

“Kelemahan kedua pelajar yang cemerlang tetapi gagal mendapat tawaran tetapi pelajar yang lebih lemah dapat tawaran,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tze Tzin berkata, PKR akan mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Pendidikan untuk mencadangkan penyelesaian yang konstruktif.

Beliau dalam pada itu mendakwa berasa kecewa kerana jumlah pelajar yang layak untuk sesi 2014/2015 seramai 67,388 pelajar tetapi kemasukan pelajar cuma 42,795.

Dakwanya, pengambilan pelajar untuk sesi kali ini cuma pada kadar 63.5 peratus berbanding sesi 2013/2014 yang kadar pengambilan pada 71.9 peratus.

“Ini bermaksud institusi pengajian tinggi awam mengurangkan pengambilan sebanyak 8.4 peratus berbanding tahun lepas.

“Mengikut statistik World Bank, jumlah rakyat Malaysia berpendidikan tinggi hanya pada 36 peratus sahaja,” dakwanya lagi.

302

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Selangor, Dr A.Xavier Jeyakumar menafikan beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau dalam satu kenyataan mendakwa satu Akuan Bersumpah yang kononnya dikeluarkan beliau berhubung perkara itu adalah palsu.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas telah keluar PKR.

“Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah sepenuhnya palsu,” katanya.

Xavier mendakwa Akuan Bersumpah itu dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baiknya.

Dakwa beliau, ia juga bertujuan mengeruhkan lagi isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang sedang cuba diselesaikan oleh PKR.

“Saya telah membuat laporan polis dan mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

2175

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mencadangkan hanya satu nama calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baharu di negeri ini.

Tindakan itu dilakukan selepas rakan sekutunya, DAP melakukan perkara yang sama, pagi Selasa.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR dan Pakatan Rakyat tegak di atas prinsip keluhuran Perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam (Isnin), pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

“PKR mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan raja Melayu dan institusi raja berperlembagaan,” katanya menerusi satu kenyataan media, Selasa.

Anwar berkata, pendirian yang sama juga telah ditegaskan dalam surat-surat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor.
Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama Anwar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyerang PKR kerana menghantar satu nama, sama seperti yang diamalkan BN dalam sejarah pemerintahannya.

Katanya, kenyataan Najib pada Isnin juga adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

“Datuk Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan Umno sejak negara merdeka 1957, Umno dan Perikatan, dan kini BN hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

“Selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan kerajaan BN dan tidak menyerang PKR kerana mematuhi amalan yang sama,” katanya.

Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan terhadap PKR dan DAP kerana menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor walaupun diminta mencalonkan lebih dari dua sejak awal lagi.

438

SUBANG JAYA – Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengakui wujud perbincangan antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan berhubung calon yang akan dinamakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

“Saya dimaklumkan ada perbincangan. Apa jua pandangan akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Bliau berkata, nama calon yang akan dipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat di kerusi DUN Pengkalan Kubor akan diselesaikan sebelum 11 September ini.

“Ia akan diselesaikan dalam minggu ini… sebelum 11 September ini,” katanya.

Jelas beliau, Pemuda PAS akan menyokong sesiapa sahaja calon yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Setelah diputuskan siapa saja calon, kita dah janji sepakat berkempen untuk bantu calon itu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Pemuda PAS mencalonkan individu daripada dikalangan mereka, Suhaizan mengesahkan bahawa tiada cadangan dibuat oleh pihaknya.

“Tidak ada. Kita serah kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk putuskan calon terbaik,” katanya. – The Star Online

728

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegur Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad kerana membuat kenyataan yang membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, Nik Nazmi selaku Ketua AMK sepatutnya menjadi pendamai kepada konflik yang sedang melanda pimpinan tertinggi PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kepada Nik Nazmi Ketua AMK, suka saya kongsi bersama bahawa kita sama-sama sayangkan Presiden masing-masing.

“Marilah kita damaikan mereka. Kita anak muda ini, bagaikan pengikat kasih sayang ibu dan bapa yang sedang bermasam muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Suhaizan berharap DPPM dan AMK dapat mencari jalan menyelesaikan kemelut pakatan pembangkang itu dalam mesyuarat pemuda pakatan di Subang, Selangor esok.

Nik Nazmi hari ini melahirkan kekesalan ke atas Presiden PAS kerana mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, perkara itu bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat apabila mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Justeru, Nik Nazmi menyelar Abdul Hadi kerana membuat kenyataan seperti itu yang didakwa bercanggah dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Suhaizan dalam pada itu menjelaskan, beliau berasa sedih dengan perkembangan negatif dalam pakatan kerana ia semakin membesar dan semakin jauh daripada harapan anak-anak muda negara ini kepada pakatan. – mynewshub.my

412

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) kesal dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketuanya AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat apabila mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Justeru, beliau menyelar Abdul Hadi kerana membuat kenyataan seperti utu yang bercanggah dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

“Kenyataan Hadi Awang yang mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tidak berkebolehan sangat tidak wajar.

“Mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan berganding bahu dalam membuat keputusan,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi menegaskan bahawa Wan Azizah memimpin PKR sejak 1999 dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008 yang turut diiktiraf Presiden PAS.

Dakwanya, Wan Azizah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

“Saya menggesa Presiden PAS menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan menarik balik kenyataan beliau yang telah mendakwa Presiden PKR sebagai tidak berkebolehan,” katanya. – mynewshub.my

730

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Lee Khai Loon membantah tindakan pihak polis menyiasat tiga pegawai khas beliau berhubung penganjuran “Flashmob I LOVE Kangkung” pada Januari lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk mempersoalkan mengapa tiba-tiba polis menyiasat kes itu sedangkan “Flashmob I LOVE Kangkung” diadakan lebih lapan bulan lalu.

Justeru, katanya, tindakan polis untuk menyiasat semula insiden tersebut menimbulkan persepsi bahawa tindakan itu berbaur politik.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah menghantar surat ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk untuk bantu siasatan polis petang semalam.

“Dalam surat tersebut, polis meminta tiga pegawai khas ADUN Machang Bubuk iaitu Ho Leng Hong, Tan Xin Ying dan Andrew Chew membantu siasatan dalam isu “Flashmob I LOVE Kangkung”,” katanya dalam satu kenyataan.

Khai Loon mendakwa, kes tersebut diklasifikasi oleh polis di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan namun masa belum ditetapkan dan tindakan yang selanjutnya tidak dimaklumkan.

“Cubaan untuk mewujudkan “white terror” melalui tekanan politik akan menyebabkan demokrasi undur ke belakang,” dakwanya. – mynewshub.my

592

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan Astro Awani yang mendakwa parti itu akan mencalonkan Timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor jika pencalonan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ditolak Istana.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Astro Awani telah beberapa kali melaporkan isu jawatan Menteri Besar Selangor secara tidak bertanggungjawab tanpa memetik sumber rasmi parti berkenaan.

“Astro Awani yang kononnya memetik sumber parti berhubung keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat 2 September 2014 yang berlangsung malam tadi. Amalan Astro Awani yang berterusan melaporkan isu Menteri Besar Selangor tanpa memetik sumber rasmi PKR amat dikesali.

“Mesyuarat itu hanya memutuskan dua perkara iaitu menegaskan sokongan kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor dan cadangan PKR Kelantan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, Majlis Pimpinan Pusat PKR menerima cadangan Majlis Pimpinan PKR Kelantan untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubur.

Bagaimanapun, katanya, cdangan itu akan dibincangkan oleh PKR dengan PAS dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan keputusannya.

1051

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin mengingatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan tentera peribadi milik Ketua Polis Negara (KPN).

Beliau mendakwa KPN perlu diingatkan tentang perkara itu kerana beliau telah bertindak melampau dalam beberapa perkara sejak kebelakangan ini.

“KPN telah bertindak melampau dengan menahan anggota Pertubuhan Peronda Sukarela (PPS). Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana pertubuhan sebagai tidak sah dan perlu melalui prosedur yang jelas.

“Mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pertubuhan Pendaftar perlu terlebih dahulu diisytiharkan tidak sah. Perlu juga ada bukti pertubuhan telah cuba mendaftar tetapi ditolak oleh ROS,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Zuraida mendakwa, PPS adalah sebahagian daripada badan kerajaan Pulau Pinang yang melibatkan Exco kerajaan negeri dan telah terlibat dalam banyak kerja-kerja kesukarelawanan di Pulau Pinang selama ini.

Dakwa beliau, PPS telah ditubuhkan selama beberapa tahun maka tidak wajar KPN secara tiba-tiba mengisytiharkan ia tidak sah dan memburu anggota pasukan sukarelawan tersebut.

“Jika PDRM sangat efisien, tiada keperluan untuk sukarelawan ini tambil membantu polis dalam kerja-kerja mereka. Disebabkan semangat kemasyarakatan anggpta PPS, kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun,” dakwanya.

Beliau dalam pada itu membidas tindakan KPN berhubung kes Victor Wong dan Nasrul yang didakwa menghina beliau. – mynewshub.my

 

579

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mengambil pendirian untuk mengunci mulut berhubung kontroversi pemilihan calon pengganti Menteri Besar Selangor yang baharu.

Walaupun mengakui sudah mempersembahkan nama calon bagi mengisi kerusi panas itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, PKR bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah nama yang dikemukakan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya mengesahkan bahawa PKR sudah menghantar surat jawapan berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor ke istana pada Isnin.

“Dah serah semalam, 1 September (Isnin),” katanya ringkas menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (sms) kepada mStar Online pada Selasa.

Sementara itu Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi mengesahkan parti itu tetap dengan pendirian untuk hanya mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

“Bagi DAP hanya Kak Wan (Dr Wan Azizah),” katanya sambil memberitahu bahawa surat jawapan kepada istana itu sudah dihantar pada pagi Selasa.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (esok).

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagi jawatan berkenaan. – mStar Online

506

SHAH ALAM – Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina sultan.

Beliau yang hadir kira-kira jam 2.30 petang tadi diambil keterangan hampir sejam dan disoal siasat berkenaan kenyataannya yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya.

“Pada akhir ketika memberi keterangan itu, pegawai penyiasat ada bertanya kepada saya adakah mengaku bersalah.

“Saya hanya menjawab ringkas, tidak dan saya menggunakan hak saya untuk mendiamkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama menemani Hassan ialah peguamnya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan beberapa penyokong beliau.

Hassan dipanggil ke IPD Shah Alam hari ini berhubung siasatan ke atas beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitternya yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Antara kenyataan beliau itu berbunyi,”Sultan jenis apa dia ni? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri dan kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram”.

Ketika ini, Hassan masih tidak didakwa atau ditahan pihak polis sehingga satu waran tangkap dikeluarkan.

Peguamnya, Mohd Radzlan memberitahu anak guamnya berkemungkinan akan dikenakan waran tangkap namun diberikan jaminan polis.

“Saya tengah menunggu proses untuk jaminan polis, kehadiran anak guam saya untuk memberi keterangan sebagai orang yang disyaki

“Sama ada dakwa atau tidak, itu tidak pasti,” ujarnya lagi. – Sinar Harian Online

770

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu selain daripada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail membuat kenyataan terbuka tidak akan menerima sebarang pencalonan menjadi Menteri Besar Selangor.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bahawa calon Menteri Besar yang baharu adalah Wan Azizah.

“Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN di Selangor yang menyokong pencalonan Wan Azizah dan menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad kerana membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan bagi jawatan Menteri Besar seperti yang disyorkan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Nik Nazmi hari ini menolak cadangan Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat supaya beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Sebaliknya Nik Nazmi menegaskan beliau tetap menyokong pencalonan Wan Azizah. – mynewshub.my

1176

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ialah pada 25 Sept.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.

Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.

“Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di sini Jumaat.

PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi). – BERNAMA

 

515

BERLAGAK betul Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) mampu menyapu bersih seratus peratus kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika dibubarkan.

Zuraida dengan nada bongkak, seperti biasa menyalahkan UMNO sebagai punca pembubaran DUN di negeri Selangor. Beliau mendakwa kononnya UMNO akan kehilangan semua kerusi DUN mereka jika pilihan raya negeri diadakan.

Beliau juga yakin seluruh rakyat Selangor akan tetap menyokong PR walaupun sebenarnya yang punca perebutan kerusi Menteri Besar Selangor itu ialah PKR sendiri.

(DUN Selangor Jangka Dibubar – Siap Sedia Pilihan Raya Negeri)

“Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, UMNO perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

“Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan UMNO akan sifar di Selangor,” katanya dengan nada yang cukup sombong di hadapan perwakilan Wanita PKR ketika Kongres parti itu.

Bagaimanapun di hadapan seluruh penonton, Zuraida berkata mustahil untuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenana membubarkan DUN Selangor kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mendapat sokongan majoriti Ahli DUN.

Pelbagai pihak yang sudah muak dengan permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melaksanakan strategi Langkah Kajang sebelum ini semata-mata mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

Kini mereka kebanyaknnya mahu Sultan Selangor memilih untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberikan mandat sekali lagi kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri ekoran kemelut yang dicetuskan secara sengaja oleh PKR ini. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

425

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

“Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu,” katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur pada Sabtu, yang mendakwa PKR “dibuli” PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR. – mStar Online

955

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan mempertikai komitmen PAS dalam komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres AMK PKR ke-10 di Shah Alam, Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil merujuk ketiadaan Hadi dalam mesyuarat pertama PR pada 23 Julai lalu yang bertujuan untuk membincangkan berkenaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau mempersoalkan tindakan Hadi menghantar timbalannya, Mohamad Sabu untuk berbincang soal Khalid bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.

“Sekiranya wakil yang dihantar, maka dia harus mempunyai autoriti untuk membuat keputusan.

“Menghantar wakil yang tidak dapat memberikan kata putus akan menggagalkan proses ini.

“Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat,” katanya.

Shamsul yang baru memenangi jawatan Naib Presiden pada pemilihan partinya, turut membidas tindakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PP) Dr Zuhdi Marzuki yang mengeluarkan analisis senario untuk PAS keluar daripada PR.

“Pergantungan kepada penasihat-penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarka lagi keadaan.

“Jika diteliti, krisis ini sebahagian besarnya berpunca daripada tiadanya komitmen kepada proses musyawarah dan disiplin untuk mematuhi keputusan yang dicapai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur krisis itu tidak berjaya memecah belahkan kesepakatan di dalam PR dengan PAS mempertegaskan komitmen mereka untuk bersama pakatan rakyat.

Ini merupakan kali kedua Shamsul menjadikan kongres sebagai pentas untuk mengecam rakan komponennya itu.

Untuk rekod, Kongres sebelum ini Shamsul turut mengecam Hadi berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU). -bnbbc.my

514

SHAH ALAM – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kehadiran perwakilannya pada persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang sedang berlangsung di sini sudah menepati jangkaan mereka.

Katanya, lebih 400 perwakilan Wanita PKR berdaftar untuk persidangan, hari ini.

“Saya rasa itu (faktor tertenu menyebabkan kurang kehadiran perwakilan) bukan isunya. Kerana perwakilan yang dijangka hadir lebih daripada 400 orang.

“Dan saya rasa ia sudah hampir mencapai sasaran. Itu jumlah perwakilan yang berdaftar,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, ruang kelihatan kosong kerana kebiasaannya Wanita PKR dan AMK bergabung ketika perasmian.

“Ruang yang disediakan lebih dari cukup. Saya rasa ruang yang diberikan ini terlalu besar. Sedangkan AMK di MBSA.

“Selalunya kita bergabung dengan AMK untuk upacara perasmian tapi kali ini kami berasingan itu yang kelihatan kosong. Dan saya rasa sebahagian lagi sedang dalam perjalanan,” katanya.

Majlis perasmian itu tadi dilaksanakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. – Sinar Harian Online

571

PETALING JAYA –  Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas meraih 22,562 undi sekali gus menewaskan pencabarnya Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat 10,743 undi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang sebelum ini pencabar utama Azmin, tidak lagi bertanding selepas dipecat dari parti pada 9 Ogos lalu.

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden PKR apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, mengumumkan keputusan pemilihan parti itu di ibu pejabat parti itu di sini, sebentar tadi.

Mengikut Johari, bagi jawatan Naib Presiden, gandingan tiga pemimpin PKR sebelum ini yang membentuk kumpulan bersama iaitu penyandangnya, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Pengarah Strategi, Rafizi Ramli menduduki empat teratas jawatan berkenaan.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memperoleh 29,712 undi diikuti Tian Chua dengan 22,324 undi dan Rafizi (18,887).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dikaitkan dengan kumpulan Mohamed Azmin turut mengisi satu daripada empat jawatan Naib Presiden PKR selepas mendapat 19,839 undi. – BH Online

377

Selepas tersebarnya satu dokumen yang dikatakan, dokumen rahsia dan sulit berkenaan “Langkah Kajang” yang dirangka oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, hari ini tuan punya badan tampil menafikannya.

Rafizi menuduh blogger dari UMNO yang mencipta sendiri dokumen berkenaan.

Dalam penafian itu, Rafizi dibantu oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dengan membuat satu kenyataan yang agak bercanggah daripada kenyataan Rafizi sendiri.

Menurut Fahmi dalam tweetnya berkaitan pendedahan itu, Rafizi dikatakan tidak menyebut strategi mengadakan pilihan raya kecil Kajang itu sebagai “Langkah Kajang” tetapi “Serampang Kajang”.

rafizi1

Bagaimanapun, menurut laporan laman web Keadilan Daily dalam kenyataan Rafizi pada 29 Januari Rafizi sudah memang menggelarkan strategi berkenaan sebagai Langkah Kajang sebelum beliau menulis di blognya rafiziramli.com sebagai Serampang.

Dokumen yang dikatakan dihasilkan oleh PKR untuk menjelaskan kepada parti itu kini sudah tersebar meluas dalam kalangan blog dan di laman sosial di internet.

Di laman Facebooknya, Rafizi meminta orang ramai khususnya para penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya berhati-hati dengan helah yang dimainkan didakwanya hasil kerja Barisan Nasional (BN) untuk memfitnah pimpinan.

Para blogger pro-BN kini dengan lantang mencabar Rafizi supaya mendedahkan dokumen sebenar Langkah Kajang jika dokumen yang terdedah itu bukan dokumen sebenar.

Sehingga kini apa yang ada daripada Rafizi dan Fahmi hanyalah penafian semata-mata dengan tuduhan ditujukan kepada UMNO yang dikatakan mencipta dokumen terbabit. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : KUMBANG WIRA 

1071

Hari ini, dikhabarkan ada dokumen sulit dan rahsia berkaitan Langkah Kajang oleh Parti Keadilan Rakyat sudah tersebar serta didedahkan pihak tidak diketahui di laman sosial Facebook secara meluas.

Dokumen yang bertajuk “Ringkasan Eksekutif : Langkah Kajang, Selangkah Ke Putrajaya” setebal kira-kira enam mukasurat dengan penjelasan ringkas berkaitan Langkah Kajang.

Daripada apa yang tertulis di dalam dokumen itu, strategi Langkah Kajang dilaksanakan semata-mata untuk meletakkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor untuk akses kepada rizab negeri berjumlah RM3.2 Bilion.

[BACAAda Yang Tak Puas Hati Sebab Saya Lawan ‘Langkah Kajang’]

Dana berkenaan akan digunakan kemudiannya oleh PKR untuk membiayai kempen yang cukup lama perancangannya untuk melancarkan serangan demi serangan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) seterusnya menggulingkan kerajaan.

“Strategi ini dinamakan Langkah Kajang kerana satu Pilihan Raya Kecil akan diaturkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang bagi membolehkan Anwar bertanding di kerusi DUN Selangor seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” menurut dokumen itu.

LangkahKajang_2 LangkahKajang_3

Selain itu, dalam bahagian penjelasan ringkas Langkah Kajang, ia turut memaklumkan bahawa kegagalan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah kerana kekangan kewangan.

Oleh itu, strategi baru itu dirangka bagi memastikan kewangan PR adalah mencukupi untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Langkah Kajang dirangka dan digubal bagi memastikan kemampuan PR adalah mencukupi seterusnya kejayaan Langkah Kajang ini akan meranapkan keupayaan kewangan BN menjelang dan semasa PRU14.

“Langkah Kajang ini diadun dengan pelbagai strategi peringkat tinggi melibatkan pengambilan untung dari pasaran saham tempatan seterusnya menyerang kepentingan strategik kewangan BN,” menurut apa yang tertera di dokumen itu.

Antara tulisan yang membimbangkan di dalam dokumen berkenaan ialah kesudian beberapa orang taikun yang bersedia menyumbangkan sejumlah wang secara konsisten untuk kejayaan PR.

LangkahKajang_4 LangkahKajang_5

“Menerusi Proksi Pakatan, Tabung Khas daripada kutipan ‘tidak terancang’ secara konsisten dari rakan perniagaan di Selangor. Kelulusan serta kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meluluskan Lesen Pusat Hiburan, Pusat Rehat dan Spa amatlah penting bagi melancarkan urusan ini.

“Sejumlah 273 taikun telah bersetuju untuk menyumbang secara konsisten RM50,000 sebulan bagi tujuan membiayai kempen Langkah Kajang dengan hasil sebanyak RM13.6 juta sebulan.

“Sebaik sahaja Khalid digugurkn, sejumlah RM50,000 akan disalurkan kepada setiap cabang seluruh negara bagi membiayai pergerakan mereka. Bakinya akan dijadikan Bajet Tergempar untuk membiayai program tertentu.

“Dana ini akan diuruskan secara bersama oleh Setiausaha Agung dan Pengarah Strategi,” menurut dokumen berkenaan.

PR sudah pun menyatakan komitmen untuk menggunakan dana khas dari kerajaan Negeri Selangor untuk digunakan bagi membiayai kempen peperangan siber dengan pembelian alat komunikasi untuk tentera siber mereka.

Menurut dokumen itu, kempen yang diadakan secara berterusan akan mewujudkan persepsi yang bepanjangan.

“Oleh kerana itu, PR menerusi dana khas Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan Pusat Latihan Propaganda Politik yang akan melatik sekitar 50 orang dari seluruh negara setiap bulan.

“Latihan ini akan dimulakan dengan latihan kepada semua Jawatankuasa Cabang seluruh Malaysia.

“Latihan Intensif Propaganda Siber ini akan dilakukan dengan kepakaran dari Institusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara. Insentif seperti pemberian gajet akan mula diagihkan 24 bulan menjelang PRU14 hasil dari dana yang diperolehi dari Serangan Kajang.

LangkahKajang_6 LangkahKajang_7

“Sejumlah 3,800 unit alat mobil jenama Samsung akan ditender sebaik sahaja Menteri Besar Selangor yang baru dilantik dengan nilai RM7.6 juta untuk membolehkan semua Ketua Cabang dan Jawatankuasa Cabang seluruh Malaysia mempunyai akses internet,” menurut dokumen berkenaan.

Menjelang 24 bulan sebelum PRU14, sejumlah 5,000 unit komputer riba dengan nilai anggaran RM10 juta akan diagihkan kepada petugas siber PR di seluruh negara.

Pihak PKR pastinya mesti tampil dan menjawab segala isi kandungan di dalam dokumen ini yang terang-terang mahu menyalahgunakan dana kerajaan negeri Selangor demi kepentingan politik mereka yang ingin menguasai Putrajaya.

Andai dokumen ini palsu, pihak PKR harus segera membuat laporan polis dan penafian terperinci.

Anda lihat dan baca sendiri petikan-petikan gambar dari dokumen berkenaan. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : KUMBANG WIRA 

736

KUALA LUMPUR – Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memanggil Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Tan Kee Kwong untuk memberi keterangan berhubung aduan salah laku.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Kee Kwong dipanggil oleh ROS melalui sepucuk surat yang dihantar jabatan itu kepada pemimpin PKR tersebut semalam.

“Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin PKR menerima sepucuk surat dari ROS meminta beliau hadir ke Putrajaya untuk memberikan keterangan pada 21 Ogos 2014.

“Ia berkaitan satu aduan salah laku yang tidak diperincikan di dalam surat tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fahmi berkata, pihaknya difahamkan satu pasukan daripada Bahagian Penguatkuasaan ROS telah bertemu dengan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR di Tropicana Merchant Square di sini hari ini.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, pegawai ROS memaklumkan bahawa pertemuan yang sepatutnya berlaku esok telah ditunda ke 28 Ogos 2014, 10 pagi di pejabat ROS di Putrajaya.

“Pengerusi Lembaga Disiplin PKR akan ditemani peguam R.Sivarasa dalam pertemuan minggu hadapan,” katanya.

164

HARI ini ada cakap-cakap dari sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin digugurkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Sumber dalaman itu menyebut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok-PKR Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Cakap-cakap itu sudah pun tersebar luas di laman sosial Facebook hari ini. Tindakan itu dilakukan Anwar untuk cuba menarik kembali keyakinan PAS ke dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Anwar dilaporjan cukup risau apabila PAS keluar dari PR memandangkan jentera PAS yang ramai dan pasti melemahkan PKR jika PAS keluar.

“Dr Idris sebelum ini telah menjadi sebut-sebutan dari PAS,” kata sumber berkenaan.

Dengan berita terbaru ini, berkemungkinan hayat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi jika PAS kembali menyokong idea PKR untuk menukar Menteri Besar.

Menurut sumber dalam itu, pengumuman nama baru itu akan dibuat Anwar dalam masa terdekat.

Semalam, Dr Wan Azizah telah mengadakan satu sidang media di Subang Jaya mengumumkan bahawa PR sudah pun memiliki sokongan 30 orang ADUN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditambah sokongan dua ADUN PAS iaitu ADUN Morib Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Klang Saari Sungib.

Dalam nada yakin semalam, Dr Wan Azizah tetap yakin bahawa hanya nama beliau akan berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana kehendak parti yang dicanangkan sejak beliau memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebelum ini. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

139

SHAH ALAM – Anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PKR Rodziah Ismail berkata beliau akur kepada keputusan partinya berhubung krisis politik Selangor, yang menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Beliau yang baru pulang dari Bangkok, Thailand malam semalam selepas  mewakili parti itu dalam satu kursus di sana, dalam satu kenyataan ringkasnya berkata:

“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor. Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya.

“Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor,” katanya yang mengikuti kursus di Thailand sejak 11 hingga 13 Ogos.

Menteri Besar Selangor sebelum ini bertindak memecat lima anggota exconya selepas didapati tidak menyokong pentadbirannya.

Lima anggota Exco yang disahkan dipecat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan supaya Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata pemecatan itu tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air. – BERNAMA

638

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu PAS menjelaskan mengapa parti itu sangat menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata perlu ada satu sebab mengapa PAS menolak presiden PKR untuk memegang jawatan tertinggi di negeri itu.

“Ada desas desus bahawa PAS tidak mahu menerima Dr Wan Azizah kerana beliau adalah seorang wanita. Jika ini yang menjadi kes, maka mereka harus tampil dan menyuarakan demikian.

“Kami mahu PAS mengatakan secara terbuka bahawa mereka menentang Dr Wan Azizah sebagai MB kerana beliau adalah seorang wanita.

“Biarlah seluruh Malaysia tahu sebab mereka tidak bersetuju dengan Dr Wan Azizah kerana beliau adalah seorang wanita.

“Jika mereka rasa hanya seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin atau Menteri Besar, mereka harus mengatakannya. PAS tahu bahawa 51 peratus daripada pengundi adalah wanita. Mereka harus terbuka dan tampil menyatakan mengapa mereka tidak mahukan beliau. Ini akan menjadikan PAS lebih dihormati,” katanya dalam satu temu bual.

Saifuddin berkata Khalid bukanlah seorang yang boleh berkerja dalam pasukan, tidak mematuhi komitmen yang dibuat oleh parti dan Pakatan Rakyat dan jarang muncul untuk mesyuarat parti, dengan menghadiri hanya 42 dari 136 mesyuarat sejak 2010.

Beliau berkata kes hutang RM67 juta Khalid dengan Bank Islam memberikan amaran kepada parti bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Beliau berkata parti itu bimbang isu ini akan digunakan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dan sebab itu Khalid terpaksa digantikan. – The Star Online

1419

KOTA BAHARU – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku Ketua Dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata, mengikut sejarah, parti itu pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

“Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

“Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.

Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama PAS telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.

“Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.

“Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga,” katanya.

Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan anggota DUN Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan.

“Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia,” katanya. – BERNAMA

309

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang pernah menjadi sekutu pakatan pembangkang dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini mengutuk tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arulchelvan turut menyifatkan PKR mengamalkan ‘penghakiman kangaroo’ kerana tidak memberi ruang kepada Menteri Besar Selangor itu membela diri.

Beliau turut mendakwa pemecatan itu tidak sah kerana tertuduh harus diberi peluang hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan itu dilakukan.

“Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah proses pemecatan tidak sah atau `penghakiman kangkaroo’,” katanya melalui laman Facebook.

Arulchelvan berkata, PKR sepatutnya menunggu keputusan parti-parti dalam pakatan pembangkang tetapi tetap menjadi Abdul Khalid mangsa perebutan kuasa dalaman parti itu.

Tegasnya, hal itu bagaimanapun telah menjadikan Abdul Khalid `hero’ dalam kalangan masyarakat.

PSM tahun lalu lantang mengkritik PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan sistem membuli dalam politik parti itu dan PSM antara mangsa parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ia berikutan PKR menganggap PSM sebagai parti yang kurang popular dan menempatkan calon kroni di kerusi parti itu tanpa mempedulikan sumbangan PSM kepada pakatan pembangkang selama ini. – mynewshub.my

 

944

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekarang adalah masa untuk terus bergerak ke hadapan berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata adalah penting untuk mendapatkan pandangan semua ahli gabungan parti, kerana isu itu bukan sahaja melibatkan Selangor tetapi juga Pakatan Rakyat.

“Saya akan bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi untuk menyampaikan pandangan saya dan mendengar apa yang dia katakan dan saya percaya kita boleh mencapai persefahaman.

“Semuanya sama, saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana berkerjasama dengan kami,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat DAP, Ahad.

Apabila ditanya sama ada ahli-ahli Exco Pakatan Rakyat akan meletakkan jawatan untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berundur, Anwar berkata mereka perlu terus bergerak ke hadapan.

“Pendirian kami adalah jelas tetapi kita perlu bergerak ke hadapan. Kami telah berbincang dengan orang-orang yang sepatutnya,” katanya.

Beliau menambah, majoriti ahli parti telah hilang keyakinan terhadap Khalid dan mereka yang lain harus menghormatinya. – mStar Online