Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

rasuah

JBPM Tidak Kompromi Anggota Terlibat Rasuah

in Terkini

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terlibat dengan gejala rasuah. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata tindakan tegas akan diambil termasuklah menamatkan perkhidmatan anggota terbabit serta-merta sekiranya terbukti terlibat dengan amalan yang tidak bermoral itu. “Kita memandang serius perkara ini…

Teruskan Membaca

Koperal Aksem Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah

in Jenayah/Terkini

KANGAR – Seorang anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM7,000 tahun lepas. Bagi pertuduhan pertama Koperal Abdul Halim Darus, 59, didakwa menerima rasuah RM3,000 daripada seorang pengadu agar tertuduh tidak mengambil tindakan ke atasnya yang disyaki menyeludup daum ketum ke…

Teruskan Membaca

Sarjan Polis Didakwa Terima Rasuah RM800

in Jenayah/Terkini

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM800 daripada orang awam, dua tahun lepas. Tertuduh, Bahir Yaacob, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, membuat pengakuan itu hadapan Hakim S. Indera Nehru selepas petuduhan dibacakan…

Teruskan Membaca

Siasatan Dalaman Bomba Berhubung Rasuah Anggotanya

in Terkini

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan siasatan dalaman terhadap anggotanya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan rasuah. Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pada masa kini pihaknya belum dapat menjalankan siasatan terhadap anggota bomba yang bekerja di bahagian operasi itu kerana masih ditahan pihak…

Teruskan Membaca

LPP Pahang Komited Tangani Rasuah, Bebas Rasuah

in Terkini

KUANTAN – Warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pahang hari ini menandatangani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komited agensi itu dalam membanteras gejala rasuah. Timbalan Ketua Pengarah LPP Mohd Naser Harun berkata langkah itu bagi menyokong aspirasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani rasuah serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan. “Kita…

Teruskan Membaca

Sarjan Polis Didakwa Peroleh Suapan RM1,000

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM1,000 daripada seorang suri rumah, dua tahun lepas. Sarjan Tarmizi Ishak, 51, didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,000 daripada Siti Baizura Rosli, 22, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Usman Tanreng yang…

Teruskan Membaca

Reman Ketua Pemuda Bahagian, Rakan Dilanjutkan

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Reman ke atas seorang Ketua Pemuda bahagian sebuah parti politik dan rakan wanitanya di sini yang ditahan berhubung dakwaan penipuan penawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), dilanjutkan dua hari lagi. Lanjutan perintah reman kali kedua itu yang bermula hari ini hingga esok, dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd…

Teruskan Membaca

Bekas Pegawai Dijel 60 Bulan, Denda RM365,000

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Seorang bekas pegawai kanan Padiberas Nasional dijatuhi hukuman penjara 60 bulan serta denda RM365,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi enam pertuduhan rasuah antara 2013 dan 2014. Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassin Mad Zin, 55, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan. Bagi…

Teruskan Membaca

Indeks CPI: Malaysia Masih Dalam Kelompok Terbaik

in Terkini

KUALA LUMPUR – Malaysia masih berada dalam kelompok terbaik dalam kajian Indeks Persepsi Rasuah 2016, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. Walaupun kedudukan negara merosot kepada satu anak tangga berbanding tahun lepas, namun ia tidak boleh dijadikan indikator perbandingan kerana CPI itu adalah bagi membantu kerajaan menambah baik pentadbiran dengan mengambil…

Teruskan Membaca

SPRM Selesai Siasat Kes Libatkan Annuar Musa

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata kertas siasatan kes itu telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya. Beliau berkata demikian dalam jawapan…

Teruskan Membaca

Pengesahan Bertulis Elak Jadi Kambing Hitam – Noh

in Terkini

PUTRAJAYA – Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dinasihatkan mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada pihak atasan yang memberi arahan agar tidak dijadikan ‘kambing hitam’ sehingga didakwa terbabit rasuah, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar. Sebagai barisan hadapan di peringkat tempatan yang memberi perkhidmatan perbandaran, beliau berkata pegawai PBT khususnya bahagian…

Teruskan Membaca

8 Anggota Polis Didakwa Pelbagai Tuduhan Rasuah

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Lapan anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di tiga buah Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas pelbagai pertuduhan rasuah antara 2013 dan 2016. Di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, ASP Mohamad Zafrul Zulkifli, 37, dan Lans Koperal Mohamad Hasirun Abu Hassan, 29, didakwa telah meminta suapan wang tunai, masing-masing RM2,000 dan RM1,500…

Teruskan Membaca

4 Anggota Polis Didakwa Peroleh Rasuah Di Sabah

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh rasuah daripada orang awam membabitkan nilai RM43,500. DSP Mohd Mahyuddin Abdullah, 44, dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, didakwa atas tiga pertuduhan rasuah memperoleh wang tunai daripada orang awam. Bagi pertuduhan pertama…

Teruskan Membaca

4 Suspek Skandal Hartanah Dibebas Dengan Jaminan

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Empat lelaki yang sebelum ini ditahan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Perintah pembebasan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Saba’aton Daud, selepas membenarkan permohonan SPRM. Ia selari dengan tempoh reman ke atas mereka yang telah mencapai…

Teruskan Membaca

Inspektor Polis Didakwa Terima Rasuah RM15,500

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM15,500 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk mengurangkan lima pertuduhan teman lelakinya, tahun lepas. M. Krishnan, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Bagi pertuduhan pertama, Krishnan yang…

Teruskan Membaca

SPRM Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata agensi itu juga bertekad untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah baginda. “Sebagai satu-satunya agensi penguatkuasa…

Teruskan Membaca

Tipu Pindah Milik Tanah: Tiga Individu Lagi Direman

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian di sini antara tiga individu yang direman 21 hari bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah menggunakan kekerasan dua tahun lepas. Perintah reman itu yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Mac dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Mohd Allias selepas membenarkan permohonan Timbalan…

Teruskan Membaca

Warga India Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Rasuah

in Terkini

KUCHING – Seorang warganegara India dan seorang warganegara Malaysia minta dibicarakan atas tuduhan melakukan rasuah bersama, di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini. Warga India itu Balaji Ramachandran, 38, dan Abdul Nasar Kassim, 50, dari Sungai Buloh, Selangor dituduh melakukan rasuah kira-kira 12.10 tengah hari pada 12 Nov tahun lalu di dalam sebuah kenderaan…

Teruskan Membaca

Agong Dukacita Ketirisan Dalam Kerajaan

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menzahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam. Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan. “Justeru, beta mengalu-alukan tindakan membawa…

Teruskan Membaca

PAN Mahu Pengarah Imigresen Perak Dipecat

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pengarah Imigresen Perak yang ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini dipecat. Timbalan Ketuanya, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, penahanan itu secara tidak langsung menjawab persoalan tentang pusat hiburan, perjudian dan rumah urut yang berleluasa di Perak. “Pusat-pusat ini bermaharajalela beroperasi dan pihak…

Teruskan Membaca

Reman 4 Individu Kes Rasuah Hartanah Johor Dilanjut

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas empat daripada enam lelaki yang disiasat berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor. Perintah lanjutan reman sehingga 9 Mac itu dikeluarkan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor hari ini. Ia bagi membolehkan siasatan terus dilakukan di…

Teruskan Membaca

Rasuah: Pegawai Imigresen Dan 3 Individu Bebas

in Jenayah/Terkini

IPOH – Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Perak bersama tiga individu lain yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah kini bebas selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mendapatkan perintah lanjutan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kesemua mereka, yang tiba pada pukul 9.45 pagi tadi, sebelum ini ditahan direman selama lima…

Teruskan Membaca

Suspek Tukar Status Rumah Kepada Bukan Bumiputera

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor yang ditahan semalam kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu, dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera. Menurut sumber, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak tahun 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga…

Teruskan Membaca

Pegawai Kanan MAHB Bebas Reman Jaminan RM40,000

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak Khamis lepas bagi siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan, dibebaskan hari ini. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin. Lelaki itu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Teruskan Membaca

SPRM Tahan Individu Ikut Maklumat – MB Johor

in Jenayah/Terkini

PASIR GUDANG – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana dipercayai terlibat dalam rasuah serta penyelewengan hartanah dibuat berasaskan maklumat dan aduan yang diterimanya. “SPRM membuat apa pun mesti berasaskan aduan dan sebagainya. Saya tidak fikir dia (SPRM) suka-suka (tahan) seperti apabila dia…

Teruskan Membaca

SPRM Tahan 3 Penyelia Kem Tentera Terlibat Rasuah

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga penyelia kem tentera kerana disyaki terlibat rasuah dalam tender penyelenggaraan di beberapa negeri. Menurut sumber, mereka yang berusia antara 33 hingga 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuantan pada 6.50 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan. Sumber itu berkata ketiga-tiga suspek merupakan penyelia di…

Teruskan Membaca

MB Johor Serah SPRM Siasat Kes Seleweng Hartanah

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri ini. “Saya tidak mahu komen, biar SPRM siasat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penahanan enam lelaki termasuk anak dan pegawai khas…

Teruskan Membaca

SPRM Tahan 6 Termasuk Anak Pegawai Kerajaan Johor

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi dalam…

Teruskan Membaca

SPRM Pahang Tahan Pegawai Kanan Tentera

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki terlibat rasuah. Sumber SPRM memberitahu Bernama, suspek berusia 57 tahun yang berpangkat Leftenan Kolonel itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh pada 2.30 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan dirinya. “Suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor,…

Teruskan Membaca

Pemilik Gudang Ditahan Cuba Sogok Pegawai SADA

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Seorang pemilik gudang ditahan selepas cuba memberi rasuah RM500 kepada pegawai penguatkuasa Syarikat Air Darulaman Sdn. Bhd. (SADA), setelah didapati bersalah melakukan kegiatan mencuri air lebih empat tahun. Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Abd Ghani Zainuddin berkata suspek, seorang lelaki berumur 68 tahun, cuba memberi suapan ketika pegawai berkenaan sedang melakukan pemeriksaan…

Teruskan Membaca

SPRM Tahan 2 Pegawai Agama Terima Rasuah

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai agama hari ini kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Johor. Pegawai berkenaan yang masing-masing berumur 45 dan 55 tahun, bertugas di Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Johor Bahru. Kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul…

Teruskan Membaca

Bekas Pemandu Kastam Ditahan Terima Rasuah

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang lelaki semalam kerana menerima rasuah bernilai RM2,500 dengan menyamar sebagai pegawai kastam. Lelaki berumur 52 tahun itu ditahan selepas menerima wang suapan daripada seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng, dekat Batu Pahat, kira-kira pukul 2.30 petang. Difahamkan, lelaki itu…

Teruskan Membaca

Rasuah: Bekas YDP Dan 2 Kontraktor Direman 7 Hari

in Jenayah/Terkini

SEREMBAN – Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini dan dua kontraktor direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan rasuah. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan. Ketiga-tiga mereka tiba di perkarangan…

Teruskan Membaca

Wang Pendahuluan Untuk Beli Pemain Rasuah – Annuar

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Perbuatan pasukan tertentu memberi wang pendahuluan kepada pemain yang masih terikat dengan pasukan lain bagi mendapatkan khidmat pemain itu merupakan satu bentuk rasuah. Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, perbuatan itu sangat tidak beretika walaupun pasukan berkenaan mampu menawarkan pakej gaji yang menarik kepada pemain terbabit. “Persatuan…

Teruskan Membaca

Rasuah: Ibu Tunggal Dipenjara 6 Bulan, Denda RM100,000

in Jenayah/Terkini

MELAKA – Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan meminta suapan RM20,000, tahun lepas. Hakim Mohd Nasir Nordin ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Nooraszlina Ismail, 35, turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Nooraszlina…

Teruskan Membaca

Guru Besar Dipenjara 8 Bulan Kerana Rasuah

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menerima RM4,400 daripada seorang pengusaha kantin, tiga tahun lepas. Suapan itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang. Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman…

Teruskan Membaca

Kedah Tak Lindungi Penerima Rasuah – Ahmad Bashah

in Jenayah/Terkini

JITRA – Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan akan terus menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada pegawai kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, teguran mengenai bahaya rasuah sudah kerap kali dibuat dan sudah sampai masanya tindakan tegas diambil dengan mengheret yang terlibat ke…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Dipenjara Dan Denda Atas Tuduhan Rasuah

in Jenayah/Terkini

IPOH – Sepasang suami isteri, juga merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masing-masing dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas semua pertuduhan pilihan membabitkan rasuah. Hakim S. Indra Nehru memerintahkan Leftenan Komander TLDM Rizalman Ghazali, 38, dipenjara selama sembilan bulan dan denda RM20,000 bagi setiap…

Teruskan Membaca

SPRM Perlu Bukti Kukuh Elak ‘Jerung Besar’ Terlepas

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – “Tunggu”, itulah kata-kata tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad kepada mana-mana ahli anggota politik yang terbabit dengan rasuah di negara ini. Mengulas amaran daripada ketua SPRM itu, Profesor Madya di Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi berkata ia mencerminkan ketegasan SPRM untuk bertindak…

Teruskan Membaca

Dosa Pengamal Seks Bebas Lebih Besar Daripada Rasuah!

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Presidan PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa ke atas sikap sebilangan umat Islam negara ini kerana bersedia menerima pemabuk dan pengamal seks bebas menjadi pemimpin Malaysia. Menurut beliau, umat Islam terbabit sanggup dipimpin mereka yang kaki mabuk, mengamal seks bebas dan melakukan lain-lain kemungkaran di sisi Allah S.W.T kerana…

Teruskan Membaca

1 2 3 9
Go to Top