Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Rodrigo Duterte

“Kim Jong-un Bodoh & Anak Sundal” – Presiden Filipina

in Politik/Utama & Sensasi

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terus mencetuskan kontroversi apabila menggelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai manusia ‘bodoh’ dan ‘anak sundal’. Beliau lantang berkata demikian ketika berucap di mesyuarat antarabangsa menangani ujian peluru berpandu jarak jauh Pyongyang yang diadakan di Manila, pada Rabu. “Kim Jong Un ini bodoh, dia bermain dengan mainan bahaya, bodoh,”…



Teruskan Membaca

Filipina Undi Pentadbiran Marawi

in Terkini

MANILA – Kongres Filipina akan mengadakan sesi khas hari ini, bagi mengundi sama ada melanjutkan tempoh pemerintahan tentera di Marawi atau sebaliknya, dalam usaha menangani serangan bersenjata militan Islam di wilayah itu. Bagaimanapun, Presiden Rodrigo Duterte yakin hasratnya menyambung pemerintahan tentera di wilayah bergolak itu hingga akhir tahun ini, akan mendapat sokongan anggota kongres negara…



Teruskan Membaca

Filipina, Indonesia Kerjasama Perangi Pengganas

in Jenayah/Terkini

MANILA – Filipina dan Indonesia sepakat untuk bekerjasama rapat bagi memerangi kumpulan pengganas Daesh, kata jurucakap Presiden Filipina Rodrigo Duterte, lapor agensi berita China Xinhua. Kesepakatan itu dicapai menerusi perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin negara berkenaan, kata jurucakap presiden Ernesto Abella pada sidang akhbar di Istana Presiden Malacanang. Kedua-dua pemimpin turut menekankan pentingnya mesyuarat tiga…



Teruskan Membaca

Hisap Rokok Di Filipina, Kena Hukum Penjara

in Gaya Hidup/Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menandatangani arahan eksekutif pengharaman merokok di tempat awam dan mengenakan penjara terhadap mereka yang jual rokok berhampiran sekolah. Undang-undang antirokok yang dianggap paling tegas di Asia itu mengenakan denda terhadap orang ramai yang ditangkap merokok di kebanyakan tempat awam. Peniaga yang menjual rokok dalam lingkungan 100 meter dari kawasan…



Teruskan Membaca

Hormati Prinsip Tiada Campur Tangan Isu Dalaman ASEAN

in Terkini

MANILA – Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte hari ini menegaskan tentang perlunya bagi negara-negara untuk menghormati prinsip tiada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau itu. Beliau berkata hubungan antara negara-negara berhasil apabila ia didasari sikap saling menghormati dan kekal kukuh jika semua pihak berkepentingan belajar…



Teruskan Membaca

Duterte Gesa Abu Sayyaf, Komunis Cuti Krismas

in Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA – Presiden Rodrigo Duterte menggesa kumpulan Abu Sayyaf dan komunis bercuti supaya penduduk Filipina dapat merayakan Hari Natal dan menyambut Tahun Baru dengan aman. Bercakap kepada wartawan ketika melawat markas tentera di barat Mindanao di Zamboanga, presiden Filipina itu berkata, dia berharap keadaan akan aman sepanjang musim percutian hujung tahun ini. “Walaupun ia tidak…



Teruskan Membaca

“Tahniah Trump Kita Serupa,” Kata Rodrigo Duterte

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Tahniah kepada Trump. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan Amerika) kerana Trump sudah menang,” kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Beliau yang sebelum ini ‘bermusuh’ dengan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan negara kuasa dunia itu mempertikaikan pelanggaran hak asasi manusia dalam perangnya menentang dadah. Malah Duterte turut mengancam menamatkan perjanjian senjata dan latihan…



Teruskan Membaca

Nur Misuari Muncul Semula, Bertemu Duterte

in Politik/Utama & Sensasi

MANILA – Pemimpin puak pemisah Islam Filipina, Nur Misuari, muncul semula selepas tiga tahun bersembunyi di selatan negara itu untuk bertemu Presiden Rodrigo Duterte, di sini semalam. Duterta dilaporkan menjemputnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk menamatkan pemberontakan bersenjata selama beberapa dekad di selatan negara rantau Asia tenggara itu. Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu…



Teruskan Membaca

Bunuh Pengedar Dadah Di Filipina Dapat Hadiah RM420

in Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA – Perang pembasmian dadah yang digerakkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ternyata menjadi mata pencarian terbaharu bagi sebahagian besar rakyat negara rantau Asia tenggara itu. Salah seorangnya merupakan pasangan suami isteri yang hanya mahu dikenali sebagai nama Ace dan Sheila. Mereka mendakwa setakat ini sudah berjaya membunuh seramai 800 orang pengedar dadah sejak kempen dimulakan.…



Teruskan Membaca

Presiden Filipina Haram Rokok Di Semua Tempat Awam

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MANILA – Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte memang suka mencetuskan kontroversi dan kali ini beliau akan memperketatkan lagi peraturan tembakau di negara itu. Jabatan Kesihatan Filipina memaklumkan bahawa beliau dijangka mengharamkan perbuatan merokok secara drastik di tempat-tempat awam terbuka di seluruh negara rantau Asia tenggara itu mulai bulan ini. Sebelum ini Duterte bertegas mengharamkan…



Teruskan Membaca

Duterte Samakan Dirinya Dengan Hitler

in Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mencetuskan sensasi apabila menyamakan perwatakan dirinya dengan pemimpin utama Nazi, Adolf Hitler ketika zaman Perang Dunia Kedua. Beliau malah menyuarakan kegembiraan untuk menghapuskan tiga juta pengguna dan pengedar dadah di negara rantau Asia tenggara itu. Walaupun pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengecam kenyataan itu, komen…



Teruskan Membaca

Diplomasi Samseng Ala Dueterte, Relevan Hadapi AS?

in Politik/Utama & Sensasi

MINGGU lalu dimakinya Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama dengan gelar anak haram. Itulah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang sentiasa kontroversi. Sentiasa hangat di pasaran. Duterte lebih awal meraih perhatian dunia apabila mengumumkan perang terhadap sindiket dadah Filipina. Duterte mengeluarkan kenyataan awam bernada arahan dan jaminan: “Anda bunuh pengedar dadah, saya di belakang anda!” Dua…



Teruskan Membaca

Obama Batal Pertemuan Dengan Presiden Filipina

in Politik/Terkini

WASHINGTON – Presiden Barack Obama membatalkan pertemuan yang dirancang dengan Presiden Rodrigo Duterte, kata Rumah Putih, selepas sekutunya di Asia itu mengecam beliau. Duterte menggelar Obama sebagai ‘anak haram’ beberapa jam sebelum itu, berikrar tidak akan membenarkan pemimpin Amerika Syarikat berkenaan mengajar beliau mengenai hak asasi manusia. “Presiden Obama tidak akan mengadakan pertemuan dua hala…



Teruskan Membaca

Presiden Filipina Gelar Obama ‘Anak Pelacur’

in Politik/Utama & Sensasi

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterter dalam satu persidangan menggelar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai anak pelac*r sebelum mereka berjumpa di Laos, semalam. Duterte menggunakan panggilan tersebut ketika mengatakan beliau tidak berminat untuk menghadiri persidangan yang akan turut dihadiri oleh Obama berkenaan hak asasi kemanusiaan. Obama dijangka akan bertanyakan isu berkaitan dadah yang telah meragut lebih 2,400…



Teruskan Membaca

Presiden Filipina Isytihar ‘Huru-Hara’, 14 Maut Dibom

in Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengisytiharkan ‘keadaan huru-hara’ di negara itu susulan 14 orang maut dibom di sebuah pasar malam di kampung halamannya, bandar raya Davao. Letupan kuat tidak dijangka itu berlaku ketika beliau kebetulan melakukan lawatan di sana. Duterte berkata, letupan lewat semalam di luar sebuah hotel mewah itu memburukkan lagi…



Teruskan Membaca

‘Saya Pukul Kepala Kamu’ – Presiden Filipina

in Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk memukul kepala pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar untuk memantau ‘perang menentang dadah’ yang dilancarkannya. Dalam satu wawancara dengan pihak media tempatan, beliau ditanya mengenai kemungkinan PBB menghantar pemerhati ke Filipina bagi memantau perkembangan di negara itu yang menyaksikan hampir 1,000 suspek dadah berjaya dibunuh. “Sebenarnya saya…



Teruskan Membaca

Duterte Arah Musnahkan Abu Sayyaf

in Politik/Terkini

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan militan Abu Sayyaf kerana menurutnya jika dibiarkan negara itu bakal ‘dicemari’ oleh militan Negara Islam (IS). “Musnahkan mereka, ini perintah,” kata Duterte kepada tentera di sebuah pangkalan tentera di Zamboanga, selatan Filipina. Menurutnya, Abu Sayyaf ialah pengganas dan penjenayah yang membunuh orang awam…



Teruskan Membaca

Presiden Filipina Ugut Kasi Zakar Suami Lebih 3 Anak

in Utama & Sensasi

MANILA – Kebanyakan tokoh politik terkenal Filipina sejak sekian lama berusaha menghindarkan diri daripada bertentangan pendapat dengan pihak biskop Kristian Katolik yang cukup berpengaruh di negara itu. Mereka mengambil sikap yang kurang jelas atau tidak agresif untuk mendorong masyarakat khasnya golongan remaja berhubung kesedaran penggunaan alat pencegah kehamilan seperti kondom bagi merancang keluarga. Namn, sikap itu…



Teruskan Membaca

Duterte Diisytihar Presiden Filipina Ke-16

in Terkini

MANILA – Rodrigo Duterte menjadi Presiden Filipina yang ke-16 selepas jawatankuasa Kongres mengisytiharkan beliau memenangi pilihan raya 9 Mei lalu, menggantikan Benigno Aquino yang akan meninggalkan jawatan itu bulan depan selepas enam tahun menjadi presiden. “Saya dengan ini mengisytiharkan Rodrigo Roa Duterte dan Maria Leonor Gerona Robredo sebagai presiden dan naib presiden Republik Filipina,” kata…



Teruskan Membaca

Takut Hantu, Presiden Tak Mahu Tinggal Di Kediaman Rasmi

in Hangat/Utama & Sensasi

“SAYA tidak mahu tinggal dan tidur dengan hantu. Semua hantu yang ada di Filipina berada dalam rumah itu. Ada yang berkeliaran ke sana ke mari. Ada juga yang kelihatan bermesyuarat di situ,” kata Duterte. Itulah luahan Rodrigo Duterte setelah dilantik sebagai Presiden Filipina yang baharu apabila dia enggan tinggal di kediaman rasmi yang disediakan oleh kerajaan…



Teruskan Membaca

Kaki Seks, Mulut Celupar Sah Jadi Presiden Baharu Filipina

in Utama & Sensasi

MANILA – Ingat nama ini – Rodrigo Duterte. Inilah nama yang akan anda dengar dengan lebih kerap lagi pada minggu dan bulan mendatang, malah beliau boleh dikatakan sebagai seseorang yang penuh ‘warna warni’. Berusia 71 tahun, Duterte juga dikatakan seorang yang celupar kerana tidak takut menggunakan kata-kata kesat semasa berucap di hadapan umum, dan juga…



Teruskan Membaca

Go to Top