Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

selebriti

Zul Ariffin Kunci Mulut Gosip Hubungan Cintanya Berakhir

in Artis/Utama & Sensasi

SEJAK mereka menyulam cinta, pelakon Zul Ariffin mahupun kekasihnya, Zahirah Macwilson tidak pernah bercerita mengenai hubungan mereka.

Namun, baru-baru timbul desas-desus mendakwa hubungan cinta pasangan ini sudah pun berakhir.

Diminta mengulas gosip itu, Zul bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut kerana merasakan ianya akan memberi kesan kepada kerjaya seninya.

“Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar.

“Saya kena menjaga pihak yang melantik saya sebagai duta. Cerita sebegini hanya akan membuatkan mereka berasa tidak selesa.

“Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Zul akui dia tidak kisah sekiranya timbul spekulasi Zahirah bukan lagi kekasihnya.

“Apapun yang berlaku di antara kami, saya tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut.

“Saya tidak kisah dengan apa sahaja andaian orang. Fokus saya kini hanyalah pada kerjaya dan akan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan hubungan pasangan ini telah putus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Dek kerana kecewa, Zahirah dikatakan membawa diri dan memutuskan hubungan itu. – MYNEWSHUB.CC

Amira Othman Belum Sedia Punyai Teman Lelaki

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Penyanyi lagu Jaga-Jaga iaitu Amira Othman belum terfikir untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 24, berkata, sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk dia memberi perhatian kepada kerjaya berbanding memikirkan soal teman hidup.

“Saya belum ada kekasih atau teman lelaki yang istimewa setakat ini kerana saya sibuk dengan kerja. Mungkin juga usia yang baru sahaja 24 tahun membuatkan saya masih rasa selesa dan tidak risau untuk mempunyai teman lelaki.

“Namun, saya ada target untuk mendirikan rumah tangga iaitu pada umur 28 tahun, Insya-Allah kalau ada jodoh,” ujarnya kepada mStar Online.

Amira ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Meriel Skin Care & Cosmetic yang berlangsung di Saloma Bistro, di sini Selasa.

Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon drama Abang Bomba I Love You ini berkata, dia memilih untuk tidak menjalinkan hubungan cinta dalam jangka masa yang panjang.

Dia juga mengelak untuk bercinta dengan lelaki daripada golongan artis.

“Kalau boleh saya tidak mahu bercinta lama-lama kerana takut buang masa, tidak jadi kahwin pula. Saya fikir tidak perlu bertunang, buat yang wajib sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, Amira berkata, dia merancang untuk berlakon sebuah drama pada tahun ini.

Katanya, selepas sambutan baik dalam Abang Bomba I Love You, dia terpaksa menolak beberapa tawaran drama berikutan jadual nyanyian yang agak padat.

“Ada tawaran untuk drama tapi saya tak dapat ambil kerana jadual saya sebagai pengacara Nasi Lemak Kopi O dan nyanyian agak padat.

“Saya tidak mahu terkejar-kejar dan menyusahkan orang lain jika datang lambat ke lokasi penggambaran,” ujarnya. – mStar Online

Janna Dakwa Gaun Seksi, Ini Jawapan Balas Designer

in Artis/Utama & Sensasi

JIKA semalam Mynewshub berkongsikan kisah Janna Nick yang enggan menggayakan sehelai gaun yang didakwa seksi olehnya, hari ini pereka fesyen terbabit tampil menerusi status di laman Facebook membidas kenyataan yang dikeluarkan aktes tersebut.

Baca: Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Menurut pereka fesyen Khairul Amri Hassan dari butik Dokoh, dia ada menyediakan beberapa seleksi pakaian untuk dipakai Janna pada sesi fotografi tersebut namun dia kesal dengan perbuataan pelakon muda itu yang menarik muka terhadapnya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, “Saya sediakan enam pilihan pakaian untuk sesi fotografi itu. Dua yang dipilih adalah persalinan oversized jaket dan skinny fitted pants, manakala satu lagi gaun zamrud yang baru disiapkan sehari sebelum sesi fotografi itu. Turut disediakan adalah sehelai oversized jumper, gaun paras bawah lutut, loose top dan skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam strapless paras lutut seperti yang didakwa.”

“Namun dress (gaun) hitam itu sekadar baju pilihan lain sekiranya ada masalah dengan pakaian lain. Dia (Janna) bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian disediakan, sebaliknya memilih untuk memakai baju yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan itu. Jadi saya menganggap beliau tidak berminat untuk menggayakan pakaian yang saya bawakan. Buat apa mahu menunggu dia?”

Pereka fesyen itu lagi menambah, pelakon itu juga tidak menghulurkan salam perkenalan terhadapnya ketika mereka bertemu di meja solek sebelum sesi fotografi berlangsung.

Menurut Khairul lagi, baik selebriti mahupun pereka fesyen, semua mempunyai jadual kerja harian yang perlu dipenuhi dan segala kudrat yang dicurahkan bukanlah satu perkara percuma.

“Apapun, pada pendapat saya, masing-masing mempunyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian, begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan,” tulisnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Janna Nick memang dikenali dengan imejnya yang sempoi dan sedikit tomboyish.

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Aktres berusia 21 tahun ini juga jarang menggayakan persalinan seksi dalam mana-mana sesi penggambaran yang dilakukan sebelum ini.

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal

Namun, baru-baru ini timbul isu bila mana Janna dikatakan menarik muka apabila diminta memakai dress seksi rekaan pereka fesyen terkenal yang tidak didedahkan identitinya.

Lantaran penolakannya itu, aktres kelahiran Kedah tersebut dicop seorang yang sombong dan berlagak diva.

Mengulas mengenai hal itu, Janna dipetik sebuah akhbar berkata, “Saya cakap jujur saya, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula.”

“Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain.

“Saya menarik muka itu tidak benar. Ketika dia tunjuk koleksi baju yang dibawanya, saya terus beritahu tidak mahu pakai. Saya cakap dengan nada yang baik, bukan tarik muka tau.

“Orang yang tidak tahu cerita sebenar akan beranggapan memang perangai saya macam itu dan akan kata itu memang perangai saya. Kalau boleh saya nak jumpa dengan dia semula. Bukan mencari gaduh tetapi saya mahu bincang, selesaikan perselisihan faham kami,” katanya.

Mungkin agaknya pereka itu tidak mengetahui prinsip Janna yang tidak mahu berpakaian seksi, dan harapnya perselisihan faham di antara Janna dan pereka itu dapat diselesaikan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

Iklan Billboard ABC Vida, Teh Arumugam Jadi Bualan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

IKLAN jenama susu pekat manis Dairy Champ yang menggunakan dua duta baharu mereka iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida dan Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycats nampaknya menjadi bualan di kalangan masyarakat Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Iklan billboard yang diletakkan di lebuhraya utama itu berjaya menarik minat ramai apabila mereka cukup terhibur dengan kempen pengiklanan kreatif yang dilakukan oleh syarikat tersebut.

Iklan Datuk Seri Vida menunjukkan beliau dipotretkan sebagai Air Batu Campur (ABC) yang dituangkan susu Dairy Champ sebagai makhotanya.

Sementara, iklan Datuk David Arumugam pula menggambarkan air teh tarik yang berbuih lebat dengan penggunaan susu jenama tersebut.

Iklan Billboard ABC Vida, Teh Arumugam Jadi Bualan

Iklan Billboard ABC Vida, Teh Arumugam Jadi Bualan

Nampaknya, teknik pengiklanan yang dilakukan mereka boleh dikatakan berjaya apabila ia menjadi bualan hangat lebih-lebih lagi di kalangan netizen.

Makin lakulah jualan susu Dairy Champ lepas ni! – MYNEWSHUB.CC

Iklan Billboard ABC Vida, Teh Arumugam Jadi Bualan

Iklan Billboard ABC Vida, Teh Arumugam Jadi Bualan

Hazama Sah Bergelar Suami Genervie Kam

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Hazama Azmi yang telah selamat sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam, jam 10.30 pagi tadi.

Majlis pernikahan penyanyi yang popular dengan lagu Di Amaran Mama itu diadakan di Villa Orchid, Gombak.

Hazama sebelum ini ada menyatakan akan mendirikan rumah tangga sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada 22 Januari ini.

Majlis pernikahan Hazama dan Genervie diadakan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

😘 #hazamagenervie @generviekam

A photo posted by Mr hazama Ahmad azmi (@mrhazama1) on

Menurut Hazama majlis itu diadakan secara tertutup adalah di atas permintaannya dan keluarga kedua-dua belah pihak. – MYNEWSHUB.CC

3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN kebanyakan artis menolak untuk mengadakan persembahan sempena majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat pada Jumaat ini namun berlainan pula dengan band rock 3 Doors Down dan penyanyi country, Toby Keith.

Mereka menerima pelawaan untuk mengadakan persembahan tersebut biarpun sebelum ini ramai artis terkenal lain seperti Justin Bieber, Justin Timberlake, Bruce Springsteen, Elton John dan Celine Dion menolak jemputan itu.

Mereka menolak jemputan itu kerana tidak menyokong Trump selain desakan peminat yang meminta mereka agar tidak berada dalam majlis pelantikan presiden ke-45 itu.

3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump
Toby Keith
3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump
3 Doors Down

Namun, hal itu berlainan buat Toby Keith bila mana dia berkata, “Saya tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa sekiranya saya membuat persembahan untuk negara ataupun untuk pihak tentera.”

“Sebelum ini, saya sudah melakukan banyak persembahan untuk presiden terdahulu seperti Bush dan Obama,” katanya ketika ditanya mengenai penerimaannya untuk mengadakan persembahan.

Konsert bertemakan Make America Great Again itu akan berlangsung di Lincoln Memorial, Washington DC, Khamis ini. – MYNEWSHUB.CC

“Siapa Nak Pinang Saya, Mai Cepat-Cepat” – Rita

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Rita Rudaini boleh dikatakan seorang wanita yang berjaya dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.

Masakan tidak, dalam kesibukannya bergelar seorang pelakon dan pengusaha restoran, dia sama sekali tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap dua cahaya mata lelaki yang sedang membesar, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 6.

Sejak bercerai dengan bekas suaminya, Rita dilihat lebih senang bersendirian dan hanya baru-baru ini sahaja dia dikaitkan rapat dengan seorang hos Hlive iaitu Donna Muslim.

Namun, Rita tidak pernah mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Donna.

Terbaharu menerusi sebuah video singkat, Rita dilihat membuat ‘tawaran’ kepada mana-mana lelaki yang ingin masuk meminangnya agar segera berbuat demikian.

Walaupung mungkin Rita sekadar bergurau, tapi rasa-rasanya ramai je jejaka yang sanggup beratur nak ambil borang kalau betul Rita kini sedang mencari calon suami. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Gara-Gara Aiman Tino, Herman Tino Dituduh Ada Anak Haram

in Artis/Utama & Sensasi

POPULARITI Aiman Tino semakin memuncak sejak single pertamanya berjudul Ku Rela Dibenci mendapat perhatian peminat hiburan tempatan.

Kejayaan yang dikecapi Aiman Tino bagaimanapun membawa ‘khabar buruk’ buat penyanyi veteran, Herman Tino apabila ada pihak mendakwanya mempunyai anak luar nikah.

Senang cerita gara-gara Aiman Tino, Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 63, dituduh mempunyai anak haram, mungkin orang yang membuat dakwaan tak berasas itu hanya bersandarkan kepada nama komersil Tino yang dikongsi kedua-dua selebriti tersebut.

Mengulas mengenai hal itu, Herman yang dipetik Berita Harian berkata, “Selepas Aiman menjadi sebutan, nama saya terpalit apabila ada pihak menganggap saya mempunyai anak tidak sah taraf.”

“Isteri pun bertanya apakah saya ada hubungan dengan ibu Aiman Tino. Jenuh saya menerangkan kepada isteri, namun biar apa pun tanggapan orang, saya tak kisah,” katanya.

Tak pasal-pasal disebabkan nama, Herman Tino dituduh sebegitu.. Sabar je lah.. – MYNEWSHUB.CC

Selebriti Tempatan Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Faiz

in Artis/Sukan/Utama & Sensasi

KEJAYAAN Mohd. Faiz Subri menggondol anugerah berprestij FIFA Puskas Award mencipta sejarah sebagai anak Malaysia yang pertama menjuarai kejuaraan sukan tertinggi di dunia itu.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya cukup berasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan pemain berusia 29 tahun itu yang disifatkan sebagai agak luar biasa.

Mohd. Faiz menewaskan dua finalis kategori Gol Tercantik Dunia iaitu, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan serta tumpang berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu.

Antara selebriti yang mengucapkan tahniah ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Ayda Jebat, Scha Al-Yahya dan Nadzmi Adhwa.

Well done Faiz Subri 👏🏻👏🏻👏🏻

A photo posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Tahniah Mohd. Faiz kerana telah mencipta sejarah negara dan semoga terus sukses dalam perjalanan karier bola sepak anda! Majulah sukan untuk negara! – MYNEWSHUB.CC

Selebriti Popular Meriahkan Sambutan Hari Lahir Siti Ke-38

in Artis/Utama & Sensasi

TAHUN ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza genap berusia 38 tahun dan walaupun ulang tahunnya jatuh pada hari Rabu ini (11 Januari) namun pihak pengurusan Simply Siti mengambil kesempatan cuti hujung minggu semalam bagi meraikan sambutan hari lahir penyanyi tersebut.

Bertemakan hitam dan putih, majlis penuh glamor dan meriah itu turut dihadiri ramai selebriti popular yang turut mengagumi bakat dan personaliti yang dimiliki figura bernama penuh Siti Nurhaliza Tarudin ini. Antara yang hadir ialah Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elizad Sharifudin, Nazim Othman, Izara Aishah, Elizabeth Tan, Nazim Othman dan pasangan suami isteri popular, Johan Raja Lawak dan Ozlynn.

❤️ @ctdk @jozlynnhanania

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada adik-beradik Siti iaitu Saida dan Saerah yang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa dan Nazim yang berduet dengan pereka fesyen terkenal, Rizman menerusi lagu Kenangan Terindah nyanyian asal kumpulan Samsons.

Sambutan ulang tahun Siti turut dilengkapkan dengan kehadiran suami tercinta, Datuk Khalid Mohd Jiwa, anak-anak tirinya, iaitu Adib dan Ashraf selain kehadiran kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa yang merupakan penaung syarikat produksi Global Station. Selamat hari jadi Datuk Siti! – MYNEWSHUB.CC

Comelnya… Anak Tomok Yang Cute Dah Masuk Sekolah!

in Artis/Utama & Sensasi

ANAK sulung penyanyi Tomok yang cukup terkenal di laman Instagram bapanya iaitu Arrian Shah Akid, 5, sudah pun memasuki alam pra-sekolah.

Arrian yang mempunyai ramai peminat itu disifatkan sebagai antara anak selebriti yang cukup comel dan bijak.

kadang-kadang arrian ni lebih tahu dari ayah…sampai ayah kena google apa benda tu sebenarnya 🍗☺️😋

A video posted by Tomok (@tomokofficial) on

Malah, boleh dikatakan Arrian sebenarnya lebih popular daripada bapanya, malah Tomok sendiri pernah mengakui perkara itu kepada pihak media.

Berkongsikan gambar di hari persekolahan anaknya itu, Tomok menulis kapsyen, “Hari pertama persekolahan sebentar tadi. Kami bersilat nak siapkan budak kecik ni.. Lepas tu bila dah habis sekolah dia tak nak balik pulak. Selamat datang ke sekolah tadika ayam guring.”

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail bagaimanapun tidak menyiarkan lencana sekolah anaknya demi menjaga privasi Arrian.

Selain anak Tomok, anak sulung penyampai radio Mix FM Aishah Sinclair iaitu Soraya Ann, 7, turut sudah melangkahkan kaki ke alam persekolahan darjah satu.

Aishah yang juga merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair memuat naik gambar Soraya yang girang memasuki alam persekolahan.

Seperti mana Tomok, Aishah turut menyembunyikan lencana sekolah anaknya, semuanya demi tujuan privasi anak mereka.

Apa-apa pun semoga Arrian dan Soraya membesar menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. – MYNEWSHUB.CC

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui malu dan berasakan reputasi kumpulan mereka sedikit tercalar berhubung kes penipuan konsert di United Kingdom (UK), band Estranged akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara ini selain mengambil tindakan undang-undang agar individu yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebelum ini, band yang dianggotai Rich, Din dan Hanafi mendedahkan mereka ditipu seorang wanita Melayu yang dikenali sebagai Eziana Abdul Aziz yang mendakwa dirinya merupakan Pengurus Publisiti Apple Inc. yang berpejabat di London berhubung Festival Apple Music yang dijadualkan berlangsung pada 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.

Susulan insiden itu, Estranged mengambil keputusan untuk menyaman wanita berkenaan serta menuntut ganti rugi khas berjumlah RM100,000.

Demi melakukan persiapan rapi bagi menjayakan persembahan di UK, band itu telah menolak sebarang persembahan pentas selama empat bulan bagi memberi fokus terhadap konsert jelajah tersebut.

Menceritakan lebih lanjut mengenai insiden itu, Din berkata, “Estranged telah ditipu untuk mengadakan konsert jelajah di UK. Konsert ini berlangsung dari 23 Disember hingga 2 Januari.”

“Kami blok empat bulan pasal kami nak buat rehearsal kerana difahamkan di London kami akan main di empat lokasi dan dalam masa empat bulan ini juga kami kena keluarkan lagu English, jadi kami terpaksa fokus untuk persiapan festival itu. Berdasarkan show Estranged dalam empat bulan tu, kerugian itu adalah lebih (dari yang dituntut),” kata Din ketika ditemui Mynewshub pada majlis sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada

Menurut band yang terkenal dengan lagu Hancur Aku itu, mereka tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan kerana sebelum ini Estranged pernah mewakili negara di sebuah festival muzik di Taiwan dan dokumen festival kali ini dilihat lebih terperinci daripada persembahan luar yang pernah dijayakan mereka sebelum ini.

“Bila first kita jumpa dia, dia kata festival ini adalah acara tahunan dan dia nak invite Estranged sebab lagu Hancur Aku menjadi antara lagu paling banyak dimainkan di iTunes.

“Masa itu, kami terasa macam betullah dia nak bawa band Malaysia ke sana (UK) sebab benda ini bukan mudah untuk band tempatan buat persembahan di luar negara dan di pertengahan dealing tu nampak semua dokumen tu macam betul, kami pun rasa bangga dan kami pun nak buat all out untuk mewakili Malaysia.

“Kali terakhir kami mewakili Malaysia (buat persembahan) adalah di Taiwan. Tapi cara mereka deal pun tak se-details macam ini (yang dilakukan Eziana). Sebab tu kami tak rasa (kena tipu), sebab yang ini lebih details (dokumen dan tentatif persembahan),” ujar mereka lagi.

Estranged mula mengesyaki mereka ditipu Eziana selepas wanita itu mengarahkan mereka untuk membayar wang berjumlah RM27,951 (£5,000) kerana mendakwa wang pembayaran konsert festival yang sepatutnya diterima kumpulan itu telah disekat Bank Negara.

Sebaik menerima mesej daripada Eziana yang bertarikh 1 Disember 2016 itu, Estranged berasa ragu dan mula mengesyaki yang mereka telah ditipu scam yang dirancang oleh wanita berkenaan.

Menurut Din lagi, mereka percaya motif utama Eziana berbuat demikian adalah untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Selepas menerima mesej tersebut, pengurus Estranged kemudiannya terus berhubung dengan wakil Apple Music Press, Mandy Hershon bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai festival muzik tersebut.

Mandy menyatakan pihak Apple turut menerima aduan yang sama daripada artis negara luar yang mereka turut ditipu dengan menggunakan modus operandi yang sama sejak sebulan lalu dan pihak Apple dilaporkan sedang melakukan penyiasatan lanjut berhubung kes penipuan itu.

Walaupun tidak mengalami kerugian dari segi wang kerana Estranged tidak membayar wanita tersebut, namun kumpulan itu mengambil keputusan mendedahkan perkara ini bagi mengelakkan hal sama berlaku kepada mana-mana pemuzik tempatan.

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada
Eziana Abdul Aziz mendekati anggota kumpulan Estranged menerusi laman Facebook dalam modus operandi penipuannya.

“Itu memang first options kami (untuk tidak mendedahkan hal ditipu), itu memang normal. Memang budaya kita, kita akan berasa malu tapi sebaik-baiknya benda yang betul tu kita harus dedahkan.

“Sejujurnya lepas kami dah dedahkan benda ini, baru kami boleh tidur lena. Kami harap benda ini (saman) akan menghentikan kegiatan-kegiatan penipuan sebegini,” ujar Din lagi.

Sementara itu, Rich tidak menafikan hal itu telah menyebabkan mereka berasa sedikit down namun enggan menoleh ke belakang, mereka sepakat untuk terus melangkah memperjuangkan Estranged.

“Memang saya cakap nak take a break lepas hal ini berlaku, sebab semangat kami jatuh tapi sekarang ini rasa mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Sekarang kami ambil pendekatan, ambil yang jernih, buang yang keruh.

“Jadi, kami akan move forward dan teruskan dengan perjuangan muzik seperti sedia kala.

“Kami pada mulanya down, macam tak nak teruskan konsert di JB, tapi selepas dapatkan nasihat daripada peguam, kawan-kawan kami supaya kami teruskan perjalanan kami, tunjukkan yang kami ini masih boleh berdiri (dalam industri muzik),” kata Rich lagi sambil menambah Konsert Jelajah Estranged Sepenuhnya Vol 1 tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 3 Februari ini bertempat di Kilang Bateri, Johor Bahru.

Menurut Estranged, insiden ini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat mereka, “Kami akan lebih peka tentang hal-hal macam ini, kami akan tukar pihak pengurusan, lepas ini kami akan dapat pengurusan baru sementara pengurusan lama kami rehatkan. Lepas ini kami akan serahkan hal-hal sebegini kepada orang yang lebih arif.”

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada
Mathew Thomas Philip

Sementara itu, peguam yang mewakili Estranged, Mathew Thomas Philip berkata, writ saman telah dikeluarkan dan kes tuntutan saman band itu akan diperdengarkan pada 16 Januari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mathew menjelaskan Estranged selaku plaintif telah didorong oleh Eziana selaku defendan untuk mempercayai band Estranged telah dipelawa membuat persembahan.

Defendan telah menghantar banyak dokumen kepada Estranged dan pihak pengurusan mereka bahawa terdapat festival muzik itu bagi menyakinkan plaintif.

Dalam kes ini plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM100,000 berhubung kos ganti rugi plaintif yang terpaksa menolak sebarang persembahan selama empat bulan demi melakukan persiapan rapi untuk festival yang dikhabarkan itu selain turut menuntut saman ganti rugi teladan. – MYNEWSHUB.CC

Ditipu ‘Penganjur Konsert’, Estranged Nak Saman RM100K

in Artis

SUSULAN isu ditipu wanita yang mendakwa dirinya merupakan seorang penganjur konsert, kumpulan Estranged akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu berkenaan.

Satu sesi sidang media akan diadakan pada keesokan hari di Hartamas bagi menjawab persoalan mengenai isu tersebut.

Baca: Kumpulan Estranged Kena Tipu `Tour’ Di London

Menerusi saman yang difailkan peguam mereka, Estranged menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 selain beberapa ganti rugi lain yang akan ditafsirkan oleh mahkamah.

Mengikut kronologi, band itu pada mulanya dikatakan dijemput membuat persembahan di Apple Music Christmas Festival di United Kingdom yang mana mereka dijadualkan berkongsi pentas dengan band terkenal, Metallica dan Radiohead.

Namun, ternyata semua yang dijanjikan itu adalah satu penipuan dan scam terancang yang dilakukan seorang wanita dikenali sebagai Eziana Abd Aziz yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc yang beribu pejabat di London.

Susulan kejadian itu, Estranged yang dianggotai Rich, Hanafi dan Din akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Harith Iskander Terima Pengiktirafan Daripada KKMM

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Harith Iskander malam tadi menerima penghargaan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai pengiktirafan atas kejayaannya menjadi The Funniest Person In The World.

Pengiktirafan itu membolehkan Harith, 50, menerima trofi penghargaan yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Pada 10 Disember lepas, Harith diumumkan juara pertandingan Laugh Factory, Funniest Person in the World di Finland setelah menewaskan empat finalis lain, sekali gus membolehkannya menerima hadiah US$100,000 (RM443,000).

Sementara itu, Harith ketika ditemui pemberita berkata beliau berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas penghargaan itu.

“Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku dan sepanjang 26 tahun bergelar anak seni, inilah penghargaan tertinggi yang saya terima,” katanya.

Menjelaskan mengenai perancangan masa depan, Harith berkata beliau akan melakukan persembahan komedi dalam jelajahnya di Amerika Syarikat sebagai memenuhi syarat penganjur pertandingan bermula Februari ini.

“Peluang mengadakan persembahan di sana akan saya gunakan untuk meletakkan lawak solo Malaysia pada standard yang lebih tinggi supaya ia lebih dikenali,” katanya.

Harith berkata beliau merancang mengadakan konsert besar-besaran pada akhir tahun ini untuk mengetengahkan bakat solo komedi tempatan bagi memperkembangankan lagi industri itu di negara ini. – BERNAMA

Video: Konsert Tahun Baru, Mariah Carey Kantoi Lip Sync

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI terkenal, Mariah Carey kantoi ‘lip sync’ (menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara) pada malam sambutan tahun baharu 2017 yang diadakan di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Pada awal persembahan, diva itu tidak mengalami masalah menyanyikan lagunya namun bila memasuki lagu kedua berjudul Emotions, dia sudah tidak senang duduk apabila lagu yang keluar tidak sama dengan apa yang ingin ‘dilakonkannya’.

Dia seolah-olah tidak bersedia atau mungkin tidak membuat persiapan rapi bagi melakukan persembahan di tempat ikonik bandar Big Apple itu.

Tidak mahu memperbodohkan dirinya di khalayak umum, Mariah berlakon dengan menghulurkan mikrofon kepada penonton memohon mereka turut menyanyi bersama-samanya.

Di Amerika, bukan Mariah sahaja dikenali sebagai artis yang jarang menyanyi secara live, sebaliknya, Justin Bieber dan Britney Spears turut sering melakukan hal sedemikian walaupun kadang kala ada peminat yang percaya bahawa mereka sedang menyanyi secara live pada ketika itu. – MYNEWSHUB.CC 

Julia Ziegler Sah Bergelar Isteri Jurutera

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Julia Ziegler yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Johan yang merupakan seorang jurutera kimia.

Pasangan mempelai disatukan di kediaman keluarga aktres tersebut di Kampung Baru, Kuala Lumpur tepat jam 11 pagi tadi.  Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga dan saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis itu, Julia atau nama sebenarnya, Julia Bob Fauzi Ziegler; 33, menerima mas kahwin berjumlah RM80 beserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Pelakon kacukan Melayu-Amerika-Jerman itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang hantaran yang diterimanya.

Majlis resepsi meraikan pasangan mempelai baharu itu diadakan petang ini di lokasi yang sama. – MYNEWSHUB.CC

Kredit: Hvp Production

Netizen Kagum Ketabahan Zarina Besarkan Anak Autism

in Artis/Utama & Sensasi

PEMINAT mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar lelaki, Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism.

Walaupun sibuk berlakon, Zarina tetap menjaga sendiri anak kembarnya tanpa bantuan orang luar.

Netizen yang mengikuti perkembangan harian Zarina di laman Instagram baru-baru ini melahirkan rasa kagum dengan semangat dan ketabahan pelakon itu dalam membesarkan anak-anak istimewa.

Komen-komen netizen tersebut semuanya berkait dengan kejadian Zarina dipukul anaknya yang tiba-tiba mengamuk ketika mereka berada di dalam kereta.

Dengan kapsyen, “Tengah drive kereta Azal pukul saya. Dia suruh saya berlakon buka tudung. Tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Saya kena sabar, sabar sabar. Anak saya tengah stress. Apa pun ibu tetap sayang Azal.”

#Part2 @azal_azrai 💕😭😪

A video posted by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Netizen Kagum Ketabahan Zarina Besarkan Anak Autism

Semoga Zarina terus diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menjaga dan memelihara anak syurga yang dianugerahkan Tuhan buat dirinya. – MYNEWSHUB.CC 

Siti Nurhaliza Ucap Takziah, Tak Sempat Ziarah

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI no. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi posting di laman Instagram merakamkan ucapan takziah di atas pemergian biduan negara, Tan Sri Dato SM Salim.

“Saya turut bersedih di atas pemergian beliau dan saya mendoakan agar beliau tergolong di kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau,” tulis Siti di laman sosialnya itu.

Siti turut memohon maaf tidak dapat menziarahi jenazah kerana sedang berada di Jakarta, Indonesia pada ketika ini.

Siti menyifatkan hubungannya dengan Allahyarham ibarat seperti seorang bapa yang sering memberikan nasihat dan contoh yang baik kepada generasi muda yang terlibat dalam bidang seni suara seperti dirinya.

Siti pernah berduet dengan Allahyarham menerusi dua buah lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Bergending Dang Gong.

 

Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dari kami sekeluarga.Satu kehilangan tokoh seni serba boleh kepada industri muzik Malaysia. Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda seperti saya dan rakan2 artis yg lain. Pengalaman berduet bersama beliau seperti lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling serta Bergending Dang Gong merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana beliau memang seorang yang banyak memberi nasihat walaupun terselit lawak jenaka di dalam persembahan malah di luar pentas juga beliau seorang yang sangat rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi. Saya turut bersedih di atas pemergian beliau dan saya mendoakan agar beliau tergolong di kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau dan saya mohon maaf kerana tidak dapat menziarah kerana ketika ini saya berada di Jakarta, Indonesia.

A photo posted by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di sisi ahli keluarga pada jam 5.44 petang hari ini di kediaman anaknya di Taman Sering, Ukay Perdana, Hulu Klang.

Jenazah dijangka dikebumikan sebelum solat Jumaat di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. – MYNEWSHUB.CC

Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

in Artis/Slider/Utama & Sensasi

BIDUAN Negara, Tan Sri Dato SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros disahkan meninggal dunia pada jam 5.44 petang hari ini di kediaman anaknya yang terletak di Sering Ukay Perdana, Hulu Klang.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua di sisi ahli keluarganya.

Perkhabaran itu disampaikan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi kenyataan media Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah yang mewakili persatuan itu mengirimkan ucapan takziah buat ahli keluarga penyanyi veteran tersebut.

“Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi lagenda seni tanah air dan juga perintis lagu irama malaysia yang sentiasa menghiburkan kita dengan lagu-lagu beliau . Al-Fatihah buat arwah Tan Sri Dato SM Salim.

“Tan Sri menghembuskan nafas yang terakhir disamping keluarga kediaman di Ukay Perdana Hulu Klang kira-kira jam 5.44 pm tadi pada usia 88 tahun,” tulis kenyataan tersebut.

dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, memetik Bernama Radio, anak kedua Allahyarham, Sheikh Shamsul, 52, berkata dia dan adik-beradiknya yang lain sudah bersedia untuk menerima kehilangan ayahanda tercintanya.

Allahyarham meninggalkan isterinya, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh orang anak. Anak pertamanya Siti Nuraishah, 60; Sheikh Samsuddin, 68; Siti Nur Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 52 dan Siti Zubaidah, 35. – MYNEWSHUB.CC

Qi Razali Bercinta Dengan Model Bernama Nia?

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS gagal dalam percintaannya dengan Nelydia Senrose, pelakon Qi Razali dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model bernama Nia, lapor Astro Gempak.

Kisah percintaan mereka terbongkar selepas Qi dikatakan berkongsi gambar dirinya makan malam dengan seseorang di sebuah restoran.

Menerusi gambar tersebut, Qi telah memaut (tag) nama akaun gadis berkenaan iaitu @sleepylllama, namun tidak pula berkongsi wajah Nia dalam Instagramnya.

“Thanks for dinner. I had a really nice time. Oh, the food was good too! Thank you,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun menerusi akaun gadis itu, Nia dilihat lebih terbuka berkongsi gambar Qi dengan pelbagai kapsyen sweet.

 

my favourite flowers for my favourite person🌻💕

A photo posted by nia 🐑 (@sleepylllama) on

as always- you did amazing 🙌🏼🌻#RTW16 #innerfangirlscreAms

A photo posted by nia 🐑 (@sleepylllama) on

Sejak bila hubungan itu terjalin dan sejauh mana hubungan mereka masih lagi menjadi tanda tanya.

Pun begitu, dengan pendedahan adanya gadis ini dalam hidup Qi sekali gus menafikan cinta Qi dan Nelydia yang digosipkan kembali bertaut baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Ikhwan Tamatkan Zaman Bujang 7 Januari Ini

in Artis/Utama & Sensasi

PENGACARA dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Nor Hidayu Shari pada 7 Januari depan.

Menurut  Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli, dia berkenalan dengan ibu tunggal beranak satu itu sejak sembilan bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Ikhwan berkata, majlis pernikahannya akan berlangsung sederhana dan sekadar menepati hukum syarak.

“Saya pilih untuk buat majlis akad nikah terlebih dahulu membabitkan ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat karib.

“Biarlah saya selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu. Insya-Allah sekiranya ada rezeki, saya akan mengadakan majlis resepsi pula.

“Meskipun majlis saya nanti sederhana sahaja, saya mahu ia meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir,” katanya memetik Harian Metro. 

Difahamkan, Ayu juga merupakan kakitangan Media Prima Berhad.

Sebelum ini, Ikhwan pernah dua kali putus tunang pada 2007 dan 2014 menyebabkan dia memilih untuk tidak bertunang dengan Ayu sebaliknya terus mendirikan perkahwinan.

Ibu Carrie Meninggal Dunia Sehari Selepas Kematiannya

in Artis/Utama & Sensasi

LEGENDA filem Hollywood Debbie Reynolds meninggal dunia pada Rabu sehari selepas kematian anak perempuannya iaitu pelakon Carrie Fisher, lapor media Amerika Syarikat.

Debbie, 84, dilaporkan rebah di kediaman anak lelakinya, Todd Fisher di Beverly Hills akibat diserang penyakit angin ahmar sebelum dikejarkan ke hospital.

Todd memberitahu Variety, ibunya itu sempat memberitahu dia mahu ‘bersama’ Carrie.

TMZ dalam satu laporan pula melaporkan Debbie mengalami tekanan perasaan sejak kematian Carrie yang berusia 60 tahun akibat serangan jantung ketika berada dalam penerbangan dari London ke Los Angeles.

Aktres terkenal itu dikatakan berada di rumah Todd untuk membincangkan tentang urusan pengebumian anak perempuannya sebelum tiba-tiba diserang angin ahmar.

Carrie yang terkenal dengan watak Puteri Leia Organa dalam filem Star Wars meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles memberitahu AFP, paramedik berkejar ke kediaman Todd untuk memberi bantuan kira-kira pukul 1 petang.

Bagaimanapun jurucakap itu tidak membuat sebarang pengesahan berhubung keadaan Debbie dan hanya memberitahu ‘seorang wanita berada dalam keadaan serius’ telah dihantar ke hospital.

Debbie yang menerima Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt tahun lalu, pertama kali menawan hati penonton pada tahun 1952 melalui filem berjudul Singin’ in the Rain.

Dia kemudiannya dicalonkan untuk anugerah Oscar dan membantu mengasaskan kumpulan yang berfungsi untuk memerangi isu-isu kesihatan mental. – mStar

Isteri Kedua Adi Putra Nafi Rumah Tangga Bermasalah

in Artis/Utama & Sensasi

TIDAK mahu orang ramai terus membuat spekulasi, isteri kedua Adi Putra, Norshahida Zolkifly, 32, tampil menafikan rumah tangganya bersama bersama aktor popular itu sedang bergolak.

Malah, sebaliknya Norshahida mendakwa, mereka bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, Adi adalah suami yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hati kedua-dua isteri biarpun aktor itu diketahui sebagai seorang yang tegas.

2-1

“Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.

“Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.

“Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Selain itu, Norshahida turut menyatakan hubungan dengan madunya, Aida Yusof, 41, baik.

Adi Putra bersama Aida
Adi Putra bersama Aida

“Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.

“Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh,.

“Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida.

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida,” katanya.

Susulan berita khabar angin menyatakan dirinya keguguran beberapa minggu lalu, Norshahida mengakui hal itu.

Jelasnya, dia keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan.

Sementara itu, menerusi satu akhbar, Adi Putra dikatakan terkejut dan tidak tahu menahu tentang pertemuan isteri keduanya dengan wartawan. – MYNEWSHUB.CC

Man Kidal Kini Peniaga Perfume, Kopi Segera

in Artis/Utama & Sensasi

SIAPA tak kenal dengan pemain gitar handalan kumpulan Search, Man Kidal. Gitaris lagenda yang sudah berkecimpung selama lebih dari 30 tahun dalam bidang seni kini mahu serius dikenali sebagai seorang usahawan.

Memulakan perniagaan menerusi syarikat MK Label Sdn. Bhd, antara produk yang dikeluarkan di bawah jenama Man Kidal ialah minyak wangi, air minuman, kopi segera isotonik, produk kesihatan seperti serum dan sabun muka.

Menurut pemilik nama sebenar Rahman Mahmood ini, minat untuk berniaga sudah lama berputik dalam dirinya.

Cuma hanya baharu tahun lepas dia berkesempatan melunaskan minat dan cita-citanya.

“Pada awal penceburan di alam perniagaan, memang mencabar. Kewangan dan modal perlu diutamakan. Pokoknya, banyak cabaran dan pengorbanan seperti wang ringgit, waktu dan tenaga yang dikorbankan. Bagi saya, tiada jalan pintas!

man

“Saya tidak menggunakan pinjaman bank, sebaliknya mengunakan wang dan aset sendiri sebagai modal utama,” katanya dipetik Berita Mediacorp.

Perniagaan tersebut diuruskan Man dengan bantuan isterinya, Norlaila Yusof dan anak-anaknya.

“Bisnes saya diuruskan oleh anak-anak dan kakitangan saya di MK Label. Mereka adalah ‘tulang belakang’ saya demi memastikan segala urusan perniagaan terurus dan beroperasi dengan baik,” ujarnya lagi.

Bukan hanya melibatkan diri dalam perniagaan produk sebaliknya Man Kidal turut menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan servis dan perkhidmatan.

Perniagaan penginapan chalet yang bakal beroperasi di Kelantan itu dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun hadapan.

All the best buat Man Kidal dan semoga perniagaan yang diusahakannya sukses sentiasa. – MYNEWSHUB.CC

‘Puteri Leia Star Wars’, Carrie Fisher Meninggal Dunia

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON yang dikenali dengan watak Puteri Leia Organa dalam Star Wars iaitu Carrie Fisher meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung.

Jurucakap kepada keluarga pelakon itu, Simon Halls dalam satu kenyataan berkata, Fisher, 60, meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa dan ia satu berita yang amat menyedihkan buat mereka.

Fisher berkahwin dengan ahli muzik Paul Simon pada 1983. Menurut penulis Ames Carlin dalam tulisannya Homeward Bound: The Life of Paul Simon, perkahwinan itu bagaikan satu ledakan.

Ini kerana Fisher seorang yang ketagihan dadah selain tidak pernah merasakan dirinya selamat.

Perkahwinan pasangan itu melalui banyak pancaroba sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berpisah pada 1984.

Beliau dilahirkan di Los Angeles pada 1956 yang juga anak kepada pelakon Debbie Reynolds dan penyanyi Eddie Fisher.

Namanya mula memuncak selepas membintangi Star Wars pada 1977.

Billie Lourd, satu-satunya anak Fisher yang dilahirkan pada 1992.

Fisher terdedah dengan aktiviti penyalahgunaan dadah pada usia 13 tahun apabila dia mula menghisap ganja dan selepas itu ketagihan kokain.

Dia turut berkongsi sikap buruknya itu dalam sebuah buku biografi, Postcard from the Edge yang kemudiannya dijadikan sebuah filem lakonan Merly Streep.

Pada tahun 1985, Fisher telah dikesan menghidap kegagalan bipolar dan kemudiannya lantang menjadi jurucakap untuk penjagaan kesihatan sempurna.

Pada tahun 90-an, Fisher mula memberi fokus kepada bidang penulisan dan menghasilkan Surrender the Pink dan Delusions of Grandma.

Dia juga menulis skrip yang turut difilemkan seperti Wedding SingerHook dan Sister Act.

Pada tahun 2005, Fisher diiktiraf sebagai penerima Anugerah Wanita Berwawasan oleh Women in Film & Video – DC.

Tiga tahun kemudian, biografi Fisher iaitu Wishful Drinking dijadikan sebagai karya pertunjukan pentas sebelum diterbitkan dalam bentuk dokumentari oleh HBO.

Kemilaunya kembali bersinar apabila dia memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Saturn Award 2016.

Dia juga sudah terlibat dalam siri Star Wars berikutnya iaitu Episode VIII yang dijangka ditayangkan pada Disember 2017. PEOPLE

‘Tiada Siapa Suka Dilabel Mak Janda’ – Luahan Rita Ke Donna

in Artis/Utama & Sensasi

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada pengacara Donna Muslim apabila teruk dihentam peminat Rita Rudaini selepas mengelar pelakon wanita itu sebagai ‘Mak Janda’ menerusi laman Instagramnya.

Berikutan insiden itu, Donna, 27, tampil mengakui kesalahannya dan memberi penjelasan kepada semua pihak.

1

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

“Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Donna memberitahu, dia telah pun memohon maaf kepada Rita selepas perkara itu menjadi kecoh.

“Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya, jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih,” katanya.

Sementara itu, Rita yang mengetahui hal itu daripada peminatnya menyifatkan tindakan pengacara itu sebagai kurang bijak.

“Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial. Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu,” katanya.

Diharap salah faham antara ‘teman tapi mesra’ ini dapat diselesaikan segera, tambahan pula Donna telah pun mengakui kesilapan dirinya. – MYNEWSHUB.CC

Shaheizy Sam, Syatilla Bakal Timang Anak Lelaki

in Artis/Utama & Sensasi

PASANGAN selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi mengakui tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Pun begitu, menurut Syatilla, berdasarkan keadaannya sekarang dia berkemungkinan melahirkan anak lelaki.

Bercerita mengenai kehamilannya yang hampir memasuki lima bulan ini, Syatilla memberitahu dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam sesuatu yang sukar didapati.

1

“Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.

“Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik.

“Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa.

“Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram,” katanya kepada BH Online. 

Pelakon wanita kelahiran Pulau Pinang ini sudah pun berehat seketika daripada dunia seni atas nasihat suaminya dan dijangka akan bersalin pada Mei depan. – MYNEWSHUB.CC 

Rumah Tangga Kim K, Kanye West Sudah Berakhir?

in Artis/Utama & Sensasi

KISAH rumah tangga pasangan selebriti terkenal antarabangsa Kim Kardashian dan Kanye West sekali lagi menjadi perhatian media selepas muncul dakwaan menyatakan hubungan mereka telah berantakan.

1-mizz-nina-noh-tak-tertekan-disoal-tentang-zuriat-rotikaya

Ini berikutan, satu sumber terdekat memberitahu laman The Sun, hubungan pasangan suami itu sudah berakhir.

Jelas sumber itu, Kim meminta Kanye untuk tidak hadir dalam parti Krismas yang dianjurkan ibunya, Kris Jenner.

Malah, Kim juga dikatakan tidak lagi memakai cincin kahwin ketika parti tersebut. Ianya dibuktikan menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik adiknya, Khloe menerusi aplikasi Snapchat.

1

Kanye juga dikatakan memilih untuk pergi menonton filem bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, jurucakap Kim tampil menafikan dakwaan itu.

“Cerita itu adalah palsu. Kanye turut hadir di parti itu,”ujar jurucakap tersebut.

Rumah tangga pasangan ini dikatakan berantakan selepas Kim mengalami trauma akibat rompakan di Paris pada Oktober lalu dan ditambah pula dengan keadaan Kanye yang mengalami deprasi pada bulan lalu hingga menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Los Angeles selama 10 hari.

Sementara itu, menerusi pemeriksaan pada akaun Instagram Kim, kali terakhir dia memuat naik gambar adalah minggu lalu.

Perubahan sikap Kim yang tidak lagi aktif dalam Instagram sedikit sebanyak mencetuskan tanda tanya kerana umum mengetahui bintang realiti itu gemar berkongsi gambar kehidupan sehariannya dengan peminat. – MYNEWSHUB.CC

Bayi Cover Nirvana Cipta Kembali Memori 25 Tahun Lalu

in Artis/Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUDAH 25 tahun berlalu sejak gambar kulit album ikonik Nirvana, Nevermind memaparkan aksi seorang bayi berenang dalam sebuah kolam renang.

Bayi berkenaan yang kini sudah meningkat dewasa, Spencer Elden mengambil peluang mengabadikan semula kenangan tersebut dengan beraksi sama seperti dalam gambar yang diambilnya pada tahun 1991.

Jika dulu dia bertelanjang bulat, kali ini, Spencer mengenakan seluar pendek walaupun pada mulanya dia ingin berbogel.

“Saya katakan kepada jurugambar, ‘jom buat dalam keadaan saya berbogel’, namun jurugambar cakap perkara itu akan menjadi pelik, lalu saya menyarungkan seluar pendek,” katanya dipetik New York Post.

Ketika melakukan sesi fotografi ikonik itu, Spencer baharu sahaja berusia empat bulan.

picc1

“Ia sangat kool tapi ia pelik kerana saya langsung tak ingat perkara penting yang saya lakukan itu (sebab masih kecil),” katanya.

Menurut Spencer lagi, ibu bapanya dibayar sebanyak £154 (RM847) ketika dia menjayakan sesi fotografi tersebut.

Foto original tersebut dirakamkan oleh kawan bapanya, Kirk Weddle.

Gambar terbaharu yang diambilnya itu dibidik oleh jurugambar kelahiran British, John Chapple di lokasi sama iaitu di sebuah kolam renang di California, Amerika Syarikat.

Nevermind merupakan album Nirvana paling laris jualannya, bila mana terjual hampir 30 juta keping di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Zaquan, Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Ketiga

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan kepada pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah yang baru-baru ini disahkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu dikongsi pelakon wanita itu menerusi laman Instagramnya.

Ayu memuat naik gambar baby bumpnya dengan kapsyen, “Insyallah… akan datang.”

2-1

Menerusi hashtag yang digunakan, Ayu turut menyatakan harapan agar kali ini dapat menimang cahaya mata perempuan kerana sebelum ini dia sudah memiliki dua anak lelaki.

1-mizz-nina-noh-tak-tertekan-disoal-tentang-zuriat-rotikaya

Sementara itu, rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti ini. – MYNEWSHUB.CC

Siti Nurhaliza Tak Terkesan Dengan Sindiran Jamal

in Artis/Utama & Sensasi

SUSULAN ‘kritikan’ Datuk Siti Nurhaliza terhadap isu dirinya bertuala di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) baru-baru ini, Datuk Jamal Yunos seterusnya ‘membalas’ serangan dengan menyindir penyanyi kesayangan ramai itu.

Kaitan: “Jangan Jadi Macam Jamal Ye,” Nasihat Siti Nurhaliza

Menulis pesanan di aplikasi WhatsApp, Jamal memetik Free Malaysia Today berkata, “Pesanan saya kepada Siti, jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu atau cari air lain.”

Siti sebelum ini memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke SUK hanya dengan bertuala bagi membantah masalah gangguan air di negeri tersebut.

Namun begitu, Siti dilihat cukup tenang dan enggan melayani karenah Jamal apabila membalas sindiran itu sebagai membalas twit yang dikepilkan peminatnya dengan berkata, “Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ni tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah SWT kurniakan.”

Siti Nurhaliza Tak Terkesan Dengan Sindiran Jamal

Bagus pendekatan yang diambil oleh Siti, usah dilayan provokasi murahan yang sengaja diciptakan bagi mencetuskan sensasi di kalangan masyarakat.

Semoga Siti terus sukses dengan kerjayanya dan boo layan isu-isu ‘remeh’ yang tidak memberi manfaat buat dirinya. – MYNEWSHUB.CC

1 2 3 48
Go to Top