Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Singapura

Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Pelaburan rapper Melayu terkenal Singapura, Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai membuka restoran burger halal yang bernama FatPapas di sini nampaknya kini cukup berbaloi. Beliau malah mengambil langkah untuk buka sebuah lagi cawangan – kali ini di Joo Chiat Road, Katong. Ia dicapai hanya dalam masa beberapa bulan sahaja setelah restoran pertama dilancarkan di Bali…

Teruskan Membaca

1 Maut, 10 Cedera Lebuh Raya Runtuh Di Singapura

in Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Seorang pekerja maut dan 10 yang lain cedera setelah struktur lebuh raya yang sedang dibina runtuh di Upper Changi Road East dalam satu insiden pelik awal Jumaat. Menerusi kenyataan menerusi laman Twitter, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kejadian yang melibatkan struktur yang runtuh di susur keluar lebuh raya ke…

Teruskan Membaca

Anak Maki Ibu Dalam MRT, Paksa Ganti Rugi Pijak Kasut

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KASIH ibu membawa ke syurga. Kasih ayah sepanjang masa. Namun ada seorang anak sanggup dan tergamak memaki ibu kandungnya sendiri hanya kerana wanita tua itu tidak sengaja terpijak kasut si anak. Kejadian yang berlaku pada 10 Julai lalu itu telah menyebabkan si anak terjatuh di landasan MRT Singapura dekat stesen Lakeside. Tapi kalau nak diikutkan,…

Teruskan Membaca

Hanya Kambing Australia Untuk Aidiladha Di Singapura

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Dalam satu perubahan ketara bagi ibadah korban tahun ini, hanya kambing korban dari Australia sahaja yang akan dibawa masuk ke Singapura untuk perayaan Hari Raya Haji depan. Ini berbeza daripada sepanjang empat tahun lalu – iaitu dari 2013 dari 2016 – apabila kambing-kambing korban dari sumber alternatif seperti Kanada dan Ireland, juga pernah…

Teruskan Membaca

Jutawan Kapal Tawar Diri Jadi Presiden Singapura

in Politik/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Dengan Pilihan Raya Presiden hanya berbaki dua bulan lagi, Farid Khan Kaim Khan, dengan rasminya mengumumkan hasratnya untuk menjadi calon pilihan raya tersebut hari ini. Dalam sidang media di Village Hotel Changi, beliau mengisytiharkan “memutuskan untuk memenuhi hasrat dan kepercayaan orang ramai dengan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang diperuntukkan bagi kaum Melayu”.…

Teruskan Membaca

2 BMW ‘Rempit’ 180km/j Di Laluan Had 50km/j

in Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Dua lelaki berjaya ditangkap pada Ahad lalu kerana disyaki menyertai perlumbaan haram di kawasan laluan awam di sini, menurut polis Singapura dalam satu kenyataan media. Suspek yang masing-masing berusia 38 tahun dan 39 tahun, ditangkap selepas memandu kereta BMW milik mereka sendiri dengan kelajuan hampir mencecah 180 kilometer sejam walhal had di laluan…

Teruskan Membaca

Aktor Veteran Osman Zailani Meninggal Di Singapura

in Artis/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Pelakon veteran terkenal, Osman Zailani akhirnya meninggal dunia pada lewat Selasa dalam usia 85 tahun, menurut laporan disiarkan stesen tempatan Channel NewsAsia. Khabar sedih itu disampaikan oleh cucu beliau, penyanyi Hady Mirza, menerusi laman Facebooknya. Allahyarham diingati di Malaysia kerana pernah membintangi drama bersiri popular PJ Holdings pada awal dekad 1980-an. Program terbitan…

Teruskan Membaca

Hsien Loong Mahu Elak Heret 2 Adik Ke Mahkamah

in Politik/Terkini

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam berkata, dia mahu mengelak daripada mendakwa dua adiknya atas tuduhan memfitnahnya berhubung tuduhan dia menyalahguna kuasa dalam pertelingkahan mengenai rumah mendiang bapa mereka. Sengketa antara pewaris perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, mencengkam republik berkenaan sejak pertengahan bulan lalu apabila anak kedua dan bongsunya melancarkan…

Teruskan Membaca

Pasangan Jual Kuih Raya ‘Ghaib’ Bakal Dijel 10 Tahun

in Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Seorang wanita dan seorang lelaki dicekup kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan berkaitan penjualan kuih dan kek Hari Raya Puasa yang sebenarnya tidak wujud. Ia susulan polis Singapura menerima beberapa aduan antara 19 dengan 21 Jun daripada ramai mangsa yang pernah ditipu setelah menempah biskut dan kek sempena perayaan Aidilfitri yang diiklankan…

Teruskan Membaca

Ramai Berang MRT Singapura ‘Teruk’ 4 Hari Berturut-Turut

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Ketika negara jirannya ‘ceria’ meraikan pelancaran laluan Transit Aliran Massa (MRT) antara Sungai Buloh dan Kajang, lain pula kisahnya di Singapura yang jauh lebih maju. Ramai penumpang dilaporkan meluahkan kekecewaan mereka menerusi laman media sosial ekoran kelewatan perjalanan sistem kereta api itu yang berlaku buat empat hari berturut-turut di Laluan Utara-Selatan (NSL). Kelengahan…

Teruskan Membaca

Pemandu Grab Pulangkan Dompet Pelanggan RM27K

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JIKA sebelum ini sering kali kita terdengar hal-hal buruk tentang pemandu Grab, namun ini satu berita positif mengenai mereka yang wajar dicontohi oleh setiap pemandu perkhidmatan e-hailing. Seorang penumpang Grab, Leo berkongsi kisah baik hati pemandu Grab yang dinaikinya sanggup memandu balik ke arah lokasi yang diturunkannya selepas Leo mendapati dia tertinggal dompetnya yang mempunyai…

Teruskan Membaca

Melayu Singapura Paling Lama Dengar Siaran Radio

in Artis/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Kaum Melayu di Singapura dilaporkan paling lama mendengar siaran stesen radio tempatan, malahan jumlah tempoh waktunya turut semakin meningkat berbanding sebelumnya. Perkara tersebut didedahkan dalam laporan kajian terbaaru Tinjauan Diari Radio Nielsen, yang dijalankan firma pengukuran audiens antarabangsa AC Nielsen dan dipetik oleh agensi berita MediaCorp Singapura baru-baru ini. Stesen radio berbahasa Melayu…

Teruskan Membaca

Hobi ‘Bela’ Semut Makin Popular Di Singapura

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Hobi menyimpan semut kini menjadi semakin popular di Singapura, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah Channel NewsAsia baru-baru ini. Malahan sebuah kumpulan Facebook tempatan dikenali sebagai “Ants Singapore”, yang mula dibentuk Disember tahun lalu, kini mempunyai lebih 300 anggota aktif dari seluruh republik tersebut. Antara lain, kumpulan ini menganjurkan lawatan pemburuan semut selain…

Teruskan Membaca

Chef Wan Buka Restoran Baru Di Singapura

in Artis/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Setelah menutup restoran 1 Market by Chef Wan yang terletak di Plaza Singapura pada akhir Jun 2016, Chef Wan kembali membuka sebuah premis makanan di republik itu. Kali ini cef selebriti terkenal Malaysia itu bakal membuka sebuah restoran baharu di Singapura – lebih tepat lagi di kawasan Esplanade!, yang diberi nama ‘Chef Wan’s…

Teruskan Membaca

Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Sekitar 27,000 kereta sewa persendirian sudah berjaya ditampal dengan pelekat khas, seminggu sebelum peraturan baharu mengenainya mula berkuat kuasa Sabtu depan. Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam menerusi satu kenyataan media yang turut disiarkan stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia di sini. Bermula 1 Julai, semua kereta sewa peribadi yang…

Teruskan Membaca

Lee Keluarkan SD Berhubung Rumah LKY Di Oxley Road

in Gaya Hidup/Terkini

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengeluarkan akuan berkanun kepada Jawatankuasa Kementerian mengenai wasiat mendiang Perdana Menteri, Lee Kuan Yew berhubung rumahnya di 38 Oxley Road. Ini berikutan kenyataan adik-adiknya yang dikeluarkan pada 14 Jun yang merujuk kepada representasinya kepada Jawatankuasa Kementerian, khususnya berkaitan soalan yang beliau timbulkan tentang suasana yang…

Teruskan Membaca

Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Kelibat babi hutan berkeliaran di republik kecil ini bukan lagi pemandangan pelik, bahkan jumlahnya makin bertambah setiap tahun hingga mencetuskan kebimbangan penduduk. Terbaharu, satu rakaman video amatur tersebar tular menerusi media sosial tempatan pada lewat Rabu lalu yang menunjukkan sekumpulan babi liar dari semak berdekatan ‘ceria’ berkeliaran bebas di hentian bas Tuas di…

Teruskan Membaca

2 Adik Kutuk PM Singapura Makin ‘Gila Kuasa’

in Politik/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Krisis ‘perang peribadi’ yang asalnya hanya isu pertikaian rumah keluarga Lee Kuan Yew, kini makin panas apabila dua anaknya mula mengutuk abang mereka sendiri secara terbuka. Awal pagi Rabu, Lee Hsien Loong terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membidas tohmahan keras oleh dua adiknya, Dr. Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang setebal enam…

Teruskan Membaca

Video: Inilah Contoh Bikers Jiwa Sejati…

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG penunggang motosikal di Singapura menerima pujian ramai selepas video yang memaparkan dirinya membantu seorang warga emas menjadi tular melalui media sosial. Menerusi rakaman berdurasi dua minit 45 saat, Elfie Amin yang sedang menunggang motosikal pada mulanya terserempak dengan lelaki itu yang dilihat berada di tengan-tengah Lebuhraya Rentas Pulau (PIE). Dia yang kehairanan dengan keadaan itu lantas…

Teruskan Membaca

Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar

in Jenayah/Utama & Sensasi

KECOH menerusi media sosial sejak semalam apabila sebuah rakaman video memaparkan situasi mencemaskan seorang wanita terjun bangunan di sebuah kondominium di Singapura. Dalam kejadian jam 7 petang di kondominium The Interlace semalam, wanita yang dipercayai warga Myanmar itu dilihat duduk di luar kawasan balkoni kediaman pada ketinggian tingkat 19. Dalam video tersebut, kedengaran seorang wanita…

Teruskan Membaca

Omar, Si Rimau Putih Tertua Zoo Singapura Dimatikan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Omar, seekor harimau putih tertua di Taman Haiwan Singapura, mati pada Rabu lalu dalam usia 17 tahun, menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS). Dalam satu kenyataan media dikeluarkan pada Khamis, WRS menyatakan bahawa harimau belang nadir tersebut terpaksa dimatikan selepas keadaan kesihatannya pula semakin teruk. Pasukan doktor haiwan dan penjaga Omar memantau keadaannya untuk melanoma…

Teruskan Membaca

SIA Bakal Buang Ramai Staf Sebab Kerugian Besar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Ketika pembangkang negara jirannya buat tohmahan jahat konon Malaysia bakal muflis dan sering buat perbandingan dengan Singapura, lain pula hal berlaku di republik tersebut. Ekonomi Singapura kebelakangan ini bukan sahaja bergerak lesu, malahan banyak firma besar termasuk syarikat berkaitan milik pemerintah yang terpaksa membuang ribuan pekerja demi mengurangkan bebanan kos operasi. Antaranya ialah…

Teruskan Membaca

Singapura Rampas Puluhan Basikal ‘Parkir’ Haram

in Gaya Hidup/Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Lazimnya pihak berkuasa tempatan menyita kereta atas kesalahan parkir di tempat larangan, namun kini lain halnya di Singapura apabila basikal juga dikenakan tindakan sama! Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dilaporkan media tempatan terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap puluhan basikal yang sengaja diletakkan secara haram sehingga mengganggu aliran pergerakan pejalan kaki. Stesen penyiaran milik pemerintah,…

Teruskan Membaca

Reka Bentuk Punca Terminal 2 Changi Mudah Terbakar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Di sebalik gah sebagai negara maju, Singapura mendapat aib apabila Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi terbakar dan puncanya ialah reka bentuk bangunan itu! Perkara pelik tersebut didedahkan sendiri oleh bebarapa pakar kejuruteraan awam kepada agensi berita tempatan MediaCorp di sini hari ini sebagai mengulas insiden kebakaran di dewan perlepasan pada petang Selasa…

Teruskan Membaca

Kecoh Terowong Termahal Singapura ‘Hujan Lebat’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Lebuh raya paling mahal di Singapura kecoh tengah hari Khamis apabila terowong bawah tanahnya tiba-tiba dibasahi ‘hujan lebat’ akibat kebakaran yang sebenarnya tidak wujud! Insiden yang dianggap sebagai agak memalukan pihak berkuasa republik itu dikesan berlaku sekitar pukul 12.57 tengah hari di laluan dasar laut Lebuh Raya Pantai Marina (MCE), menurut laporan media tempatan…

Teruskan Membaca

Mesin Layan Diri Jual Kereta Mewah Terbesar Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Mungkin anda boleh melupakan sahaja minuman bergas atau makanan ringan jika melihat saiz mesin layan diri terbaharu di Singapura ini apabila kelihatan lain daripada yang lain. Terletak di Jalan Kilang, Bukit Merah tidak jauh dari gedung perabot terkemuka IKEA Alexandra, mesin runcit ini hanya menawarkan kenderaan mewah, termasuk model Bentley, Ferrari, Lamborghini dan…

Teruskan Membaca

Harga Susu Di Singapura Kedua Tertinggi Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Setelah teruk dibebankan dengan kos sara hidup cukup tinggi termasuk tarif air dan elektrik naik, warga Singapura sekali lagi terpaksa berdepan harga produk susu tepung yang mahal. Ia susulan langkah pemerintah republik itu bersetuju menerima saranan dikemukakan Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) untuk menaikkan harga produk tersebut hasil tinjauan pasaran terhadap bekalan susu tepung.…

Teruskan Membaca

Singapura ‘Top 10’ Cetak Rompak Online Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Di sebali gah sebagai sebuah negara maju dengan pendapatan perkapita rakyatnya lebih tinggi daripada jirannya di rantau Asia tenggara, Singapura turut mencipta rekod negatif. Terkini, ia disenaraikan sebagai negara kesembilan di dunia bagi kegiatan cetak rompak secara online sepanjang 2016, sekali gus muncul satu-satunya negara ‘kaya’ dan juga wakil Asia tunggal dalam kelompok 10…

Teruskan Membaca

Video: “Nak Duit? Cukup Tak Kalau Saya Beri S$1,000?”

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

INDIVIDU yang hina seorang pemandu teksi di Singapura dengan mengatakan dia sebagai chao ah gua (pondan) serta secara bongkak menunjukkan 20 keping wang not S$1,000; telah dikenal pasti. Menurut laporan akhbar berbahasa Cina terkenal Singapura, Shin Min Daiy News (SMDN), lelaki terbabit merupakan pengusaha sebuah restoran nasi ayam ‘Hainan Chicken Rice’ yang dikenali sebagai Lim Kian…

Teruskan Membaca

Video: Bomba Terselamat Dari Letupan Teksi Terbakar

in Utama & Sensasi

EMPAT anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) cedera selepas sebuah teksi yang terbakar, meletup secara tiba-tiba berhampiran stesen MRT Buona Vista, semalam. Lapor Mediacorp, polis berkata mereka dimaklum mengenai kemalangan antara teksi dan sebuah kereta sekitar jam 2.15 petang di Commonwealth Avenue, bagaimanapun teksi jenis Trans-Cab itu kemudiannya terbakar sehingga menyebabkan satu letupan besar…

Teruskan Membaca

Akibat Lesu Seks, Singapura ‘Tutup’ Banyak Sekolah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Ketika negara jirannya sibuk membina banyak sekolah baharu ekoran pertambahan pesat penduduk, lain pula hal berlaku di Singapura apabila terpaksa menutup sejumlah sekolah. Langkah tersebut yang diumumkan baru-baru ini mencatatkan rekod jumlah paling banyak dalam sejarah republik tersebut, namun ia dirujuk pula oleh pihak Kementerian Pendidikan (MOE) dengan istilah sebagai penggabungan Menterinya sendiri,…

Teruskan Membaca

Singapura Pasang Peranti Di Bilik Air Kawal Tabiat Mandi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Peranti pintar yang mengukur jumlah air digunakan semasa mandi akan dipasang di 10,000 buah rumah dalam masa beberapa tahun akan datang, menurut laporan media tempatan. Inisiatif dilakukan agensi utiliti awam (PUB) itu menyaksikan tender peralatan canggih dibekalkan di bawah satu projek perintis yang diberi nama Program Mandi Bijak dan akan dilancarkan pada suku…

Teruskan Membaca

Kerana Rebut Meja, Pasangan Biadab Kasari Warga Emas

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Polis berjaya menangkap seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 46 tahun dan 39 tahun kerana ganggu ketenteraman awam di sebuah medan selera di sini baru-baru ini. Insiden kekocahan pasangan Cina itu menjad tular apabila video rakaman amatur seorang pengunjung dikongsi menerusi laman Facebook tempatan, The Local Society pada 23 April lalu sehingga disaksikan…

Teruskan Membaca

Majikan Terkejut Orang Gaji Curi Pakai Baju Dalam

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG majikan dari Singapura tidak menyangka sepanjang ketiadaannya di rumah, pembantu rumahnya tergamak memakai pakaian dalam miliknya. Sudahlah pakai baju dalam majikannya, malah si pembantu itu tidak segan silu berkongsikan fotonya beraksi seksi dan manja di atas katil bilik majikannya yang diletakkan di laman Facebook. Memetik laporan Sin Chew Daily, majikan tersebut yang enggan dikenali…

Teruskan Membaca

Mangsa Rebah Disahkan Warga Emas Sakit Jantung

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal yang meninggal dunia di atas motosikalnya kelmarin dipercayai mengalami serangan jantung sebelum rebah setelah pulang dari kerjanya. Menurut laporan media tempatan, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yam Kok Kong dan bekerja sebagai jurutera projek di Tuas, Singapura, disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian itu kira-kira jam 6 petang Khamis.…

Teruskan Membaca

Video: Allahuakbar… Mudah Lelaki Ini Meninggal

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SETIAP yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Namun, bila dan bagaimana seseorang yang hidup itu meninggal dunia, itulah yang masih menjadi misteri. Apa pun, setiap yang beriman pastinya berharap meninggal dunia dengan keadaan yang mudah dan senang. Demikian yang berlaku menerusi satu rakaman CCTV ini, yang memaparkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia secara tiba-tiba…

Teruskan Membaca

Usia 9 Tahun Berani Terbang Solo Singapura Ke Jepun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Usianya baharu sekecil sembilan tahun, tapi kanak-kanak ini, Nadya Naori Ikeda, sudah ada keberanian untuk ‘terbang’ dari satu negara ke satu negara yang lain – secara solo! Menurut agensi berita MediaCorp Singapura,  anak warga Melayu republik itu bernama Dr. Rita Zamzamah Nazeer, menaiki pesawat bagi penerbangan selama tujuh jam, dari Singapura ke Tokyo secara…

Teruskan Membaca

6 Dicekup Cuba Jual 45 Jongkong Emas Palsu

in Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Sebanyak 45 jongkong emas palsu dirampas dan enam lelaki ditangkap kerana cuba jual barangan itu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media hari ini. Suspek-suspek berusia antara 17 hingga 24 tahun itu, berjaya dicekup selepas beberapa operasi secara serentak dijalankan kelmarin dan semalam di sekitar Yishun, Joo Koon Road, Kampong Java…

Teruskan Membaca

Tempat Najip Ali Selaku Juri MLM 2017 Diganti Lain

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON dan pelawak Najib Ali yang terlibat dalam kontroversi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi rancangan bual bicara komedi berjudul OK Choppe! di Singapura, dilaporkan tidak akan lagi menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017. Menurut seorang sumber kepada Harian Metro, tempat Najip bakal diganti dengan seorang lagi bintang lain yang juga merupakan bekas pengkritik program…

Teruskan Membaca

Hina PM: Stesen Singapura, Pelawak Najip Ali Minta Maaf

in Artis/Slider/Utama & Sensasi

SETELAH teruk menerima kritikan, Channel 5 milik Mediacorp Singapura yang bertanggungjawab menerbitkan sebuah rancangan bual bicara OK Chope akhirnya memohon maaf secara terbuka. Ia berhubung kontroversi isu komen celupar beberapa ahli panel tempatan menerusi program komedi tersebut secara bebas menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Rancangan yang menampilkan lima selebriti…

Teruskan Membaca

1 2 3 12
Go to Top