Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Suami Isteri

Anak Dirantai Pada Tong Gas: Suami Isteri Didakwa

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUANTAN – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas, bulan lepas. Mohd Farid Fikri Mohamad, 32, yang merupakan anggota tentera dan isterinya Fatimah Muhammad Zain, 37, dengan tenang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim…

Teruskan Membaca

Bunuh Budak Untuk Dapat Anak Lelaki

in Jenayah/Utama & Sensasi

GILA.. Sepasang suami isteri yang terdesak untuk mempunyai anak lelaki selepas memiliki empat cahaya mata perempuan, sanggup membunuh anak perempuan jiran mereka kerana percaya kanak-kanak itu adalah `korban’ dalam usaha mendapat anak lelaki. Pasangan kejam itu, Satish Singh, 35, dan isterinya, Namita, 30, telah menculik anak jiran mereka yang berusia empat tahun itu lalu memotong…

Teruskan Membaca

Peroleh, Subahat Unit Saham, Suami Isteri Didakwa

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan memperoleh dan bersubahat berhubung 851,600 unit saham bernilai RM2.2 juta, pada 2006. Bekas Ketua Ekuiti Maybank Investment, Goh Keng Huat, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam, Hakim…

Teruskan Membaca

Sanggup Belanja RM57,000 Untuk Beli Anak Lelaki

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEPASANG suami isteri yang mempunyai tujuh anak perempuan, sanggup berbelanja kira-kira RM57,000 untuk beli anak lelaki semata-mata kerana mahu anak itu membawa nama keluarga. Pasangan itu, Puan dan Encik Chen telah ditangkap dan didakwa di wilayah Guangdong, China. Menurut laporan media, bayi itu baru berusia sebulan, telah diculik dan dijual kepada pasangan berkenaan. Namun Chen…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Bingung, 4 Ahli Keluarga Bunuh Diri

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEPASANG suami isteri Patricia dan Eddie Ferrin kini dalam keadaan bingung selepas tiga anak lelaki mereka serta seorang anak saudara pasangan itu telah membunuh diri. Kejadian terbaru melibatkan anak mereka, Stephen Ferrin, 31, yang membunuh diri selepas beberapa hari menghilangkan diri. Stephen, merupakan anggota keluarga keempat yang membunuh diri, sekali gus mengecewakan keluarganya yang berasal…

Teruskan Membaca

Padah Suami Pukul Isteri Sampai Cota Patah…

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang suami yang memukul isteri dengan sebatang cota sehingga senjata itu patah, mendapat pembalasan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan terhadapnya. Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas Irwanizam Sharrudin, 42, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Salzila Sazali, 33,…

Teruskan Membaca

Suami Disebat Isteri Sebab Enggan Seks 10 Kali Sehari

in Jenayah/Utama & Sensasi

SELALU kita dengar kes suami yang sering pukul isteri jika keinginan seksnya tidak dipenuhi, namun kes ini memang rare sekali. Sebabnya si isteri tergamak memukul suami yang enggan melayani nafsunya untuk melakukan hubungan seks 10 kali sehari. Memetik China Press, seorang pekerja kilang mendakwa sering dipukul dengan rotan jika gagal memenuhi permintaan isterinya untuk melakukan hubungan seks…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Ditahan Edar Dadah Di Kota Tinggi

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata serbuan dilakukan pada 7.10 pagi semalam itu berjaya menahan pasangan berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan dan wanita Indonesia, masing-masing berusia 35 dan 44 tahun.…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Maut Terkena Tayar Lori ‘Terbang’

in Utama & Sensasi

SUAMI isteri maut apabila dua tayar lori sarat membawa pasir tercabut lalu merempuh motosikal dinaiki mereka di Kilomter 10, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berdekatan Ladang Juasseh, hari ini. Kejadian 10.55 pagi itu menyebabkan Azizan Sahari, 43, dan isteri Nor Baiti Awang, 44, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika…

Teruskan Membaca

Abai Anak: Suami Isteri Dibebas Dengan Jaminan

in Terkini

JOHOR BAHRU – Ibu bapa kepada kepada tiga kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kediaman mereka di Larkin Perdana di sini, empat hari lepas, dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan. Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kedua-dua pasangan yang berasal dari Sabah itu, berusia 32 dan 21…

Teruskan Membaca

Kisah Isteri Korea Fasih ‘Kecek Kelate’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – Ketika tiba di pekarangan rumah di Kampung Padang Bongor, di sini, semalam, kelihatan pasangan suami isteri muda sibuk mengait buah rambutan. Si suami seorang yang berbangsa Melayu, anak jati Kelantan, manakala isterinya berlainan dari segi bangsa, kulit, penampilan dan perwatakan. Pasangan itu ialah Muhamad Khalid Ismail, 29, dan Lee-Seul, 28, rakyat Korea…

Teruskan Membaca

Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran

in Utama & Sensasi

SEORANG lelaki cedera di kepala selepas terkena pisau pemotong daging yang dilemparkan oleh seorang wanita ketika dia sedang bergaduh dengan suaminya. Kejadian bermula apabila wanita itu, Channa, 30, telah bertengkar dengan Sim Thea, 30. Dalam pergaduhan itu, Sim telah mengoyak baju isterinya dengan menggunakan pisau berkenaan di rumah mereka di Kampung Cham, Kemboja. Channa bagaimanapun…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan 5 Kereta

in Terkini

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi. Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan…

Teruskan Membaca

Pasangan Fenomena Berbulan Madu Di Jakarta

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

HASRAT remaja berusia 16 tahun, Selamat Riyadi untuk membawa isterinya, Rohaya berbulan madu di Jakarta akhirnya tercapai selepas mereka dijemput menghadiri satu program bual bicara. Selamat dan pasangannya yang berusia 71 tahun itu mencetuskan fenomena apabila berita perkahwinan mereka tersebar di media sosial baru-baru ini. Perkahwinan pasangan itu yang berbeza umur 55 tahun menjadikan mereka tumpuan…

Teruskan Membaca

Gurauan 3 Tahun Lepas Kini Bertukar Jadi Suami

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BERMULA dengan gurauan akhirnya Llia Apostolou bertemu jodoh dengan suaminya, Phil. Tiga tahun lalu, Llia telah meminta netizen, kalau ada yang sanggup berpura-pura menjadi temannya bagi menghadiri majlis perkahwinan kakaknya. Tanpa disangka-sangka lelaki yang menyahut cabarannya itu akhirnya menjadi suami Llia. “Adakah anda lelaki? Bolehkan saya meminjam anda untuk majlis perkahwinan minggu depan? Markah bonus…

Teruskan Membaca

Sayu… Suami Isteri Maut Tercampak Ke Gaung

in Utama & Sensasi

PASIR MAS – Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung akibat tayar pecah di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, dekat Batu Karang, pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, rakyat Thailand, Jehsalamae Ma-Ae, 48, dan isterinya warga tempatan, Noorashikin Berahang, 45, tercampak dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.…

Teruskan Membaca

Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

in Jenayah/Utama & Sensasi

MUHAMMAD Jabrullah Yahya, 27, dan Nur E’Ezati Md. Sofri, 27, baru sahaja berkahwin sekitar September tahun lalu, namun semalam mereka menemui ajal bersama. Insiden menyayat hati itu berlaku selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin. Lebih memilukan,…

Teruskan Membaca

Seorang Isteri Maut Dibakar Suami Akibat Dendam

in Jenayah/Terkini

SUNGAI PETANI – Seorang isteri maut dibakar suaminya, dipercayai akibat dendam di sebuah rumah di Taman Arked dekat sini 26 Mei lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Saifi Abd Hamid berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa berusia 44 tahun sedang membersihkan ayam di dalam sinki yang terletak di belakang rumahnya…

Teruskan Membaca

Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik

in Jenayah/Utama & Sensasi

AKIBAT takut dicederakan, seorang isteri terpaksa mengurung suaminya yang sedang mengamuk di dalam bilik rumah mereka Kampung Sungai Tua, Selayang, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, sang suami dikatakan cuba mencederakan isterinya selain telah bertindak memecahkan siling dan cermin tingkap rumah mereka. Malah, mangsa yang ketakutan turut melarikan diri dan meminta bantuan abang iparnya untuk menghubungi…

Teruskan Membaca

Islam Larang Suami `Pancut Luar’ Tanpa Sebab

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana perbuatan itu akan mengurangkan bilangan umat Islam. Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak merupakan rahmat dan warisan agama maka membanyakkan anak yang soleh bererti mengukuhkan kekuatan dan kedudukan umat…

Teruskan Membaca

Menanti Anak Yang Ke-20 Dan Terakhir

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

LONDON – Pasangan suami isteri, Noel dan Sue Radford, kini menanti kelahiran anak mereka yang ke-20 dan mengambil keputusan, anak yang akan dilahirkan September depan itu adalah yang terakhir. Sue, 42 berkata, keputusan diambil kerana usianya yang semakin meningkat. “Saya dapat merasakan keletihan ketika melahirkan dua anak terakhir sebelum ini. Selepas berbincang dengan Noel, kami…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Tertinggal Anak Dalam Pesawat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BEIJING – Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku. Bagaimanapun, satu keluarga di China mengejutkan kakitangan sebuah pesawat apabila mereka tertinggal anak mereka. Kejadian berlaku baru-baru ini apabila sepasang suami isteri turun dari sebuah pesawat tanpa anak mereka selepas mereka tiba dari Chengdu. Kakitangan pesawat Southern Airlines terpaksa menelefon pasangan berkenaan untuk…

Teruskan Membaca

Isteri Tahu Suami Curang Selepas Meninggal Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG isteri hanya mengetahui mengenai kecurangan suaminya selepas lelaki itu terbunuh dalam nahas jalan raya ketika mahu menghantar kekasih gelapnya pulang ke rumah. Ketika itu, Kadeel Newby, 23, yang juga bapa kepada dua anak, memandu kereta Toyota Yaris dan kemalangan berlaku akibat kenderaan itu dipandu laju. Ia mengakibatkan kekasihnya, Natasha Gregson tercampak keluar dari tingkap.…

Teruskan Membaca

Pasangan Suami Isteri, Kekasih Ditahan Edar Dadah

in Jenayah/Terkini

KUALA PILAH – Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah, dalam dua serbuan berasingan di Kuala Pilah pada Isnin dan Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Haslah Bachok berkata dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas dadah jenis ganja, heroin dan methamphetamine seberat 382.85 gram (g) bernilai RM10,000…

Teruskan Membaca

Cekup Bini Tak Bercoli Main Projek Lepas Balik Makkah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SIAPA sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup jalin hubungan sulit dengan suami orang. Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa berbaju dalam, manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun. Ikuti luahan…

Teruskan Membaca

Pasangan Suami Isteri Serang Wanita Tolak Anak Mereka

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEPASANG suami isteri dirakamkan bergaduh besar dengan seorang wanita di sebuah stesen kereta api bawah tanah di timur China, menurut laman berita antarabangsa Daily Mail. Lucunya, pergaduhan itu tercetus berpunca daripada anak pasangan Mao berusia lima tahun yang terlompat-lompat di atas bangku dan terpijak kot putih salah seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Chen. Difahamkan…

Teruskan Membaca

Lelaki Maut, Isteri Parah Dilanggar Penunggang Mabuk

in Terkini

BELURAN – Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar seorang penunggang motosikal mabuk di Jalan Kampung Melapi Telupid semalam. Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata mangsa berusia 47 tahun itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala isterinya yang berusia 43 tahun kini dirawat di Hospital…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Ditetak Penagih Tegar Di Pendang

in Jenayah/Terkini

PENDANG – Sepasang suami isteri cedera parah akibat ditetak penagih tegar di Felda Sungai Tiang di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata pelakunya adalah adik kepada abangnya sendiri Muhamad Yusob Abdullah, 55. Beliau berkata dalam kejadian 9 malam itu, Muhamad Yusob dan isterinya Zaiton Mohamad Salleh, 52, sedang berada di…

Teruskan Membaca

Edar Dadah: Suami Isteri Lepas Tanpa Bebas

in Jenayah/Terkini

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan sepasang suami isteri terhadap dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah, dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Abdullah membuat keputusan tersebut terhadap Shahrizal Said, 40, dan Zarimah Yusof, 37, setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan itu. Bagi pertuduhan pertama, pasangan…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi

in Terkini

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut dengan mayat kedua mereka rentung apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta lain di Kilometer 81.6, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata ketika kejadian, mangsa, Mohd Farid Tumpang, 25, dan isterinya Suzana Jumri, 32, dipercayai dalam perjalanan ke…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Takut Dikejar Ah Long Walau Tak Buat Pinjaman

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEREMBAN – Sepasang suami isteri diselubungi ketakutan apabila menerima notis ugutan dipercayai dilakukan ‘Ah long’ yang tersalah sasaran dan tambah meresahkan apabila kediaman mereka turut disimbah cat sebulan selepas menerima notis ugutan. Mohd Ariffin Ayob, 46, berkata beliau dan isteri berasa bingung kerana dikejar Ah Long dan diserang seperti itu sedangkan dia dan isteri serta…

Teruskan Membaca

Lompat Depan Kereta Bersama Bayi Kerana Marahkan Isteri

in Utama & Sensasi

Seorang lelaki yang bertengkar dengan isterinya, telah bertindak bodoh dengan melompat ke arah kenderaan yang sedang bergerak sambil memegang anak mereka yang masih bayi. Kejadian mengejutkan itu berlaku di Xiamen, China dan lelaki berkenaan dikatakan berbuat demikian untuk melepaskan kemarahannya. Nasib baik dia dan anak kecilnya itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Aksi itu telah dirakamkan…

Teruskan Membaca

Netizen Terharu Lelaki Buta Teman Isteri Tengok Wayang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SAYU hati rasanya tatkala membaca kisah mengenai seorang suami cacat penglihatan namun masih tetap ingin menemani isterinya untuk menonton wayang bersama. Dikongsikan oleh Myra Mimi menerusi halaman Facebook, kejadian tersebut berlaku di Sunway Pyramid ketika dia berada di lokasi majlis pelancaran Satin Skin di TGV Sunway Pyramid, baru-baru ini. Menurut Myra, ketika majlis pelancaran itu berlangsung,…

Teruskan Membaca

2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Dipercayai Seludup Senjata Api

in Jenayah/Terkini

CHANGLUN – Polis Kedah menahan dua pasangan suami isteri yang sedang menaiki dua kenderaan selepas disyaki menyeludup masuk senjata api ke negara ini, malam tadi. Keempat-empat suspek berumur antara 26 dan 41 tahun itu ditahan ketika rondaan cegah jenayah oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan di…

Teruskan Membaca

Demi Lelaki Nepal, Isteri Tergamak Bunuh Suami

in Jenayah/Utama & Sensasi

TELUK INTAN – Demi cinta, seorang isteri tergamak bersekongkol dengan kekasihnya, seorang warga Nepal untuk membunuh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, wanita berusia 30 tahun itu datang sendiri ke Balai Polis Hutan Melintang, Bagan Datoh untuk membuat laporan.…

Teruskan Membaca

Lelaki Ceraikan Isteri Kerana Kaki Bau Busuk

in Utama & Sensasi

SEORANG lelaki yang tidak tahan lagi dengan kaki busuk isterinya telah memutuskan untuk menceraikan wanita tersebut. Dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen, lelaki itu yang dikenali sebagai Su, berkata, dia sebelum ini telah berulang kali meminta isterinya supaya membasuh kaki, namun tidak dihiraukan. Menurut Su, yang berasal dari Henan, China, isterinya juga lebih…

Teruskan Membaca

Pasangan Suami Isteri Culik Bayi Mengaku Tak Bersalah

in Jenayah/Utama & Sensasi

PASIR MAS – Pasangan suami isteri yang melarikan seorang bayi perempuan di hospital Tanah Merah minggu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menculik. Ahmad Abdul Muizz Abdul Halim, 26 dan isterinya, Nur Rashedah Che Faizo, 23 dibicarakan dihadapan Hakim Dazuki Ali atas kesalahan bersama-sama menculik seorang bayi perempuan…

Teruskan Membaca

Dendam Suami Tergamak Gigit Hidung Isteri

in Jenayah/Utama & Sensasi

NEW DELHI – Sebahagian hidung seorang wanita putus selepas digigit suaminya yang berang kerana dia enggan melunaskan wang hantaran atau pulang ke pangkuan lelaki itu selepas mereka berpisah sejak setahun lalu. Raj Kumari, 21, diserang suaminya Shiv Prasad, 23, ketika berjalan untuk menghadiri kelas pada Selasa lalu. Prasad tiba-tiba menerpanya dari belakang dan menggigit hidungnya.…

Teruskan Membaca

Acara Susu Suami: Netizen Ketawa Terbahak-Bahak

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

‘SUSUKAN suami’? Perbuatan ini mungkin kita tak pernah dengar atau jarang kita lihat diadakan secara terbuka di khalayak ramai. Pun begitu, nampaknya, sudah ada yang ‘berani’ melakukan aksi ini. Bagaimanapun, ini bukan perbuatan tidak senonoh atau lucah yang disangkakan ramai sebaliknya merupakan pertandingan sukaneka semata-mata. Inilah yang berlaku di negari Cik Siti Wan Kembang, Kelantan…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Warga Filipina Guna Dokumen Palsu

in Jenayah/Terkini

LUMUT – Dua pasang suami isteri bersama barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit merupakan antara 23 warga Filipina yang ditahan dalam Op ID di beberapa lokasi di sekitar daerah Manjung di sini awal pagi tadi. Pasangan berkenaan yang berumur sekitar 30-an ditahan di rumah mereka di Kampung Deralik kira-kira pukul 5 pagi tadi bersama barang…

Teruskan Membaca

1 2 3 5
Go to Top