Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Sukan SEA 2017

Safuan Idam Hadiah Istimewa Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Pemain boling padang negara, Safuan Said, mengintai tiga sambutan serentak apabila sukan itu kembali disenaraikan pada Sukan SEA selepas hampir sedekad pada edisi ke-29 temasya sukan itu di sini, bulan depan. Bekas juara dunia itu mahu menyambut ulang tahun kelahirannya ke-35 pada 3 Ogos ini serta penglibatanya dalam sukan itu selama dua dekad dengan merangkul pingat emas acara lelaki ‘fours’ apabila sukan boling padang itu dipertandingkan dari 22…

Teruskan Membaca

Nubex Hasilkan Syiling Khas Sempena Sukan SEA 2017

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur menganjurkan kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29 selepas kali terakhir temasya sukan itu dianjurkan di negara ini pada tahun 2001. Penganjuran acara yang bakal berlangsung sepanjang Ogos itu bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos 2017. Sehubungan itu, syarikat pengeluar jongkong emas, perak dan logam…

Teruskan Membaca

Obor Sukan SEA 2017 Tiba Di Dewan Merdeka Parit Buntar

in Sukan/Terkini

PARIT BUNTAR – Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017), peringkat negeri Perak, tiba di Dewan Merdeka Parit Buntar kira-kira pukul 10.40 pagi tadi. Larian yang diketuai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria yang diiringi kira-kira 100 pelari, merupakan sebahagian daripada jelajah Larian Obor KL2017 peringkat negeri yang bermula Isnin lepas. Mahmud…

Teruskan Membaca

KJ Antara 400 Atlet Lulus Ujian Doping Sukan SEA 2017

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin antara 400 atlet negara yang berjaya lulus ujian doping sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada bulan depan. Berita gembira tersebut turut disahkan sendiri oleh Penolong Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar ketika dihubungi media tempatan di sini hari ini. Menurut beliau, pihak…

Teruskan Membaca

Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

SEPANG – Bekas anak didik Watson Nyambek, Jonathan Nyepa optimis beliau akan disenaraikan oleh  Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menggalas cabaran dalam acara 100m pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos ini. Ini susulan pencapaian pingat perak dengan catatan masa 10.28s oleh anak kelahiran Sarawak itu pada Kejohanan Terbuka Korea di Jeongseon, Korea Selatan, kelmarin. Beliau berkata kini saingan antara pelari pecut negara semakin hebat untuk memburu slot dalam acara individu 100m pada Sukan…

Teruskan Membaca

Sukan SEA: Skuad Ragbi Tekad Tebus Kecewa

in Sukan/Utama & Sensasi

KOTA TINGGI – Skuad ragbi negara sedang giat menjalani latihan demi memastikan usaha mereka untuk merampas pingat emas daripada Filipina akan tercapai pada temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Ogos ini. Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata barisan pemain kini berada pada prestasi terbaik dan kemenangan yang disasarkan itu tentunya akan mencipta sejarah sukan ragbi negara. “Memang menjadi impian…

Teruskan Membaca

Skuad Badminton Sukan SEA Diputuskan Minggu Depan

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memutuskan skuad negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) badan induk itu, Khamis depan. Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dijangka mengetuai cabaran negara ke temasya sukan dwitahunan…

Teruskan Membaca

Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Pelumba elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini. Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu yakin sasaran berkenaan mampu dicapai menerusi latihan intensif selama lebih sebulan bersama rakan sepasukannya di Melbourne, Australia selepas sambutan…

Teruskan Membaca

MSN Bukit Jalil Gelanggang Rasmi Acara Memanah

in Sukan/Terkini

PETALING JAYA – Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil menjadi venue atau gelanggang terbaru yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bagi acara memanah pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada 19 hingga 30 Ogos. Dataran Merdeka sebelum ini disenaraikan sebagai gelanggang memanah yang akan mempertandingkan sebanyak 10 kategori antaranya recurve individu lelaki…

Teruskan Membaca

KBS Sasar 20,000 Peserta Larian Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasar penyertaan 20,000 peserta untuk Larian Sukan SEA 2017 pada hari pembukaan temasya dwitahunan berkenaan di hadapan Kompleks Kehakiman di Presint 3, Putrajaya pada 19 Ogos ini. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata larian yang bermula pukul 6 pagi dibuka kepada orang ramai dan warga asing…

Teruskan Membaca

Dayang Nurfaizah Nyanyi Lagu Tema Sukan SEA 2017

in Artis/Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Penyanyi Dayang Nurfaizah diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 atau Kuala Lumpur 2017. Lagu itu adalah hasil gubahan komposer terkenal Ramli MS. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata bersempena tempoh 100 hari menjelang temasya Sukan SEA 2017, rakyat Malaysia dipelawa untuk menyumbang idea bagi…

Teruskan Membaca

Petronas Penaja Platinum Sukan SEA 2017, Para ASEAN

in Sukan/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) disenaraikan sebagai penaja platinum Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dikenali Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan jumlah penajaan RM15 juta. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata syarikat minyak dan gas itu akan dikenali sebagai ‘Rakan Bahan Api Rasmi’ bagi temasya sukan itu yang mana penajaan…

Teruskan Membaca

Program V4KL Berjaya Tarik 4,000 Sukarelawan Muda

in Terkini

KUALA LUMPUR – Program Anak Muda Turun Padang melalui ‘Volunteer for Kuala Lumpur 2017’ (V4KL) yang diwujudkan sebagai persediaan penganjuran Sukan SEA 2017 di ibu negara pada Ogos ini menarik penyertaan lebih 4,000 sukarelawan belia. Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusoff berkata program yang turut menggalakkan penyertaan daripada…

Teruskan Membaca

Larian Obor KL2017 Dapat Sambutan Menggalakkan

in Sukan/Terkini

REMBAU – Seramai 5,000 orang memohon untuk menyertai Larian Obor KL2017 sempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Ogos depan diterima setelah pendaftaran ditutup Jumaat lepas. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, bagaimana pun pihaknya hanya memerlukan 3,400 peserta untuk larian itu yang mana obor akan dibawa mengeliling negara bermula di Johor Baharu pada…

Teruskan Membaca

Sukan SEA 2017: Fatin Tekad Kekalkan Kecemerlangan

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Pemanah compound wanita negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh bertekad untuk mengekalkan momentum kecemerlangannya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini. Atlet kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu mengakui pencapaian satu pingat emas dan dua perak yang diraihnya pada edisi pertama Kejohanan Memanah Universiti Asia di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, minggu…

Teruskan Membaca

Skuad Tinju Tekad Sumbang Pingat Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Skuad tinju kebangsaan bertekad untuk menyumbangkan pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekaligus menebus kekecewaan pada edisi 2015 di Singapura. Pengurus skuad tinju kebangsaan, Datuk Rahman Lariwoo yakin kegagalan mengutip sebarang pingat di Kota Singa itu dapat ditebus berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan peninju negara. Beliau berkata sebagai persediaan terakhir menghadapi…

Teruskan Membaca

Sukan SEA: AUAC Beri Atlet Memanah Persiapkan Diri

in Sukan/Terkini

NILAI – Penganjuran Kejohanan Memanah Universiti Asia (AUAC) 2017 yang disertai beberapa atlet memanah kebangsaan, adalah bertepatan dalam mempersiapkan mereka agar dapat menampilkan prestasi terbaik pada Sukan SEA ke-29, Ogos depan. Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Hazally Jali berkata kejohanan di Stadium Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, akan…

Teruskan Membaca

80 Peratus Kerja Di Venue Sukan SEA Siap – Khairy

in Sukan/Terkini

PUTRAJAYA – Kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan beberapa venue bagi Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN (KL2017) sudah pun mencapai 80 peratus. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Lapang Sasar Nasional di Subang, yang merupakan venue bagi sukan menembak, telah siap manakala venue lain dijangka siap dalam masa terdekat. “Setakat ini, semua persiapan…

Teruskan Membaca

Ajinomoto Co Inc, Penaja Platinum Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

PUTRAJAYA – Syarikat Ajinomoto Co Inc menjadi penaja luar Asia Tenggara pertama menyumbangkan tajaan terbesar bagi Sukan SEA Kuala Lumpur yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan. Tanpa mengumumkan nilai tajaan tersebut, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jumlah penajaan wang tunai setakat ini, mencecah RM18.05 juta bagi temasya sukan dwitahunan itu. “Memang…

Teruskan Membaca

Birmingham Pertimbang Rombak Skuad Hadapi Sukan SEA 2017

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham bakal melakukan rombakan kecil dalam barisan atletnya bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di sini. Tanpa mendedahkan barisan perenangnya, jurulatih berasal dari Australia itu berkata beliau akan mengekalkan beberapa pemenang pingat Sukan SEA 2015 selain memberi peluang kepada perenang muda yang berpotensi untuk membuktikan kemampuan mereka. “Ketika…

Teruskan Membaca

Pusat Latihan Perahu Layar Langkawi Bakal Wajah Baharu

in Sukan/Terkini

ALOR SETAR – Persiapan skuad perahu layar negara menghadapi Sukan SEA 2017 terus diperkukuhkan dengan pusat latihan mereka di Pulau Langkawi bakal menerima peralatan gimnasium yang baharu bulan depan. Penyelia Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Nabil Fikkri Mohamed Fauzi berkata, sudah masanya peralatan di gimnasium tersebut yang menjadi medan latihan utama 38 atlet perahu layar…

Teruskan Membaca

Traisy Tekad Pamer Prestasi Terbaik, Buru Slot Sukan SEA ’17

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Atlet terjun wanita yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012, Traisy Vivian Tukiet berazam kembali mempamerkan prestasi terbaik bagi merebut slot beraksi pada Sukan SEA 2017, walaupun masih mengalami kecederaan. Penerjun berusia 22 tahun itu mengakui kecederaan melibatkan pergelangan tangan dan buku lali dialaminya pada Olimpik London menjadi punca kemerosotan prestasinya,…

Teruskan Membaca

Naik Taraf Pusat Latihan Perahu Layar Langkawi Siap Mei

in Sukan/Terkini

ALOR SETAR – Kerja menaik taraf venue utama acara perahu layar pada temasya Sukan SEA 2017 iaitu Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi dijangka siap Mei tahun depan. Penyelia Pusat Latihan berkenaan, Nabil Fikkri Mohammed Fauzi berkata pihaknya kini giat memberi tumpuan kepada projek menambak dan membina pemecah gelombang laut yang sudah pun mencapai 15…

Teruskan Membaca

Skuad Bola Sepak Wanita Negara Sasar Gangsa Sukan SEA’17

in Sukan/Terkini

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak wanita negara meletakkan sasaran realistik untuk meraih pingat gangsa di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad berkata sasaran itu bertepatan dengan tahap kebolehan skuad negara serta standard saingan di temasya sukan dwitahunan tersebut. “Sudah pasti…

Teruskan Membaca

Go to Top