Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

tahfiz

Gubal Segera Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

in Terkini

KUALA LUMPUR – Dasar Pendidikan Tahfiz Negara mendapat perhatian beberapa perwakilan yang membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini. Mereka antara lainnya mahu kerajaan segera menggubal dasar itu bagi memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia. Wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata dasar berkenaan dapat menjamin masa depan…

Teruskan Membaca

12 Pengetua Tahfiz Minta Penjelasan Agihan Peruntukan

in Terkini

KOTA BHARU – Dua belas pengetua sekolah tahfiz di Kelantan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan yang diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz baru-baru ini. Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata) Ya’akob Wan Harun berkata 12 pusat tahfiz masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000. “Apa yang…

Teruskan Membaca

Dasar Pendidikan Tahfiz Dilaksana Sebaik Diperkenan

in Terkini

PASIR PUTEH – Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata dasar itu yang bakal digunakan sebagai garis panduan kepada pusat tahfiz termasuk milik swasta kini di peringkat akhir untuk mendapat perkenan. “Dasar ini bukan satu bentuk undang-undang…

Teruskan Membaca

Bajet 2018 Bakal Bela Nasib Pusat Tahfiz – PM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Mengambil kira kedaifan prasarana pusat-pusat tahfiz di negara ini, kerajaan dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan dan faedah kepada untuk pusat-pusat tersebut di dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan 27 Oktober ini. Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan peristiwa sedih yang dialami Pusat…

Teruskan Membaca

Premis Tak Ikut Spesifikasi Boleh Ditutup

in Terkini

SIK – Mana-mana premis di Kedah, termasuk sekolah pondok dan pusat tahfiz, yang gagal mengikuti spesifikasi keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), boleh ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata terdapat undang-undang mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Bomba 1988, yang membolehkan…

Teruskan Membaca

Jawatankuasa Khas Semak Semula Syarat Operasi Tahfiz

in Terkini

ALOR SETAR – Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyemak semula syarat yang perlu dipenuhi sekolah pondok dan pusat tahfiz di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 di Kedah. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Abdul Rahman Ismail berkata kerajaan memandang serius perkara itu dan mahu pihak sekolah memenuhi syarat…

Teruskan Membaca

Siasat Piawaian Keselamatan Semua Pusat Tahfiz – PM

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kabinet mengarahkan bomba melakukan siasatan terhadap piawaian keselamatan di semua pusat tahfiz seluruh negara bagi memastikan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini tidak berulang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan siasatan itu nanti, mana-mana pusat tahfiz yang tidak mematuhi piawaian akan diberikan tempoh meningkatkan tahap keselamatan pusat…

Teruskan Membaca

Seorang Suspek Bakar Pusat Tahfiz Dibawa Ke Lokasi

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis membawa seorang daripada tujuh suspek yang dipercayai membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, ke lokasi kejadian, pagi tadi. Suspek yang berusia 16 tahun itu dibawa oleh pegawai dan anggota polis dengan menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai,…

Teruskan Membaca

Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

in Jenayah/Utama & Sensasi

NAMPAKNYA kita dilihat masih lagi terkejut dengan isu sedih yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara baru-baru ini. Hari demi hari pelbagai rahsia yang berjaya dirungkai. Rupa-rupanya suspek yang ditahan itu sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada rakan sebaya malah kepada penduduk sekitar. Rata-rata penduduk kawasan berkenaan mengakui bahawa kumpulan remaja terbabit…

Teruskan Membaca

PBT Jadi ‘Bapa Angkat’ Pantau Pusat Tahfiz

in Utama & Sensasi

MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melantik pegawai kanan sebagai ‘bapa angkat’ kepada pusat tahfiz dalam kawasan pentadbiran masing-masing bagi memantau perkembangan premis mereka secara berkala. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata inisiatif itu diambil bagi mengelak tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 14 September…

Teruskan Membaca

Orang Awam Dinasihat Tidak Ambil Gambar Sembarangan

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Ekoran kejadian tragik kebakaran pusat tahfiz pada pagi Khamis lalu, kawasan Datuk Keramat mula menjadi tumpuan orang ramai. Jalan di hadapan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikatakan sesak dan semakin banyak kenderaan keluar masuk bagi menyaksikan lebih dekat keadaan institusi berkenaan. Penolong Pengarah Bahagian Koordinasi Dan Pengurusan Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,…

Teruskan Membaca

Remaja Ditahan Bukan Suspek Bakar Tahfiz – KPN

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kisah tular seorang remaja lelaki yang ditahan polis pada Jumaat sebenarnya bukan suspek kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat di sini. Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengakui ada seorang yang berjaya ditangkap pihak polis, tetapi dia bukan suspek kes kebakaran tragik bangunan pusat tahfiz tersebut…

Teruskan Membaca

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Tahfiz

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran berjaya ditahan polis untuk siasatan lanjut. Menurut portal Harian Metro yang memetik sumber sebagai berkata, remaja berkenaan kemudian dibawa pihak polis kembali ke lokasi kejadian semalam untuk proses pengumpulan bukti. Tinjauan di lokasi insiden tersebut…

Teruskan Membaca

Penguatkuasaan Ketat Keselamatan Cegah Kebakaran

in Terkini

KUALA LUMPUR – Satu lagi tragedi berlaku di sebuah sekolah tahfiz berasrama dan seperti biasa bermulalah keadaan saling menuding jari mencari siapa yang bersalah dengan kebanyakannya berkisar kepada kenapa dan bagaimana ia terjadi. Dan seperti biasa juga, satu lagi jawatankuasa siasatan khas akan ditubuhkan untuk menyiasat tragedi itu yang mengorbankan 21 budak dan remaja lelaki…

Teruskan Membaca

Enggan Tanggung Kos Punca Banyak Tiada Sijil Bomba

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Keengganan menanggung kos tambahan untuk tingkatkan aspek keselamatan antara faktor banyak pemilik premis gagal mendapat sijil perakuan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim. Beliau berkata, sikap kedekut dan terlalu berkira pemilik premis ada kalanya berakhir dengan kesedihan apabila ada nyawa terkorban hanya kerana…

Teruskan Membaca

Ustaz Yusof Sanggup Masuk Semula Selamat Pelajar

in Utama & Sensasi

“SAYA nampak dua lelaki turun dari tingkat tiga guna saluran paip dan saya percaya seorang ialah Ustaz Yusuf,” kata seorang peniaga yang kebetulan lalu di depan tahfiz itu semasa kejadian. Allahyarham Ustaz Mohd Yusof Md, 26, merupakan salah seorang warden yang terkorban dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara pagi semalam.…

Teruskan Membaca

Minta Henti Tuding Jari Pada Pusat Tahfiz Sahaja

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR  – Tindakan segelintir pihak secara berterusan menyalahkan pengendali pusat tahfiz kononnya tidak mementingkan prosedur keselamatan adalah amat mendukacitakan. Pengerusi Persatuan Tahfiz Negeri Sembilan, Mohd. Ali Abdul Kadir berkata,  pada dasarnya pengurusan institusi tahfiz di seluruh negara amat mengambil berat aspek berkaitan keselamatan nyawa pelajar mahupun tenaga pengajar. Bukan itu sahaja jelas Mohd. Ali,…

Teruskan Membaca

Tragedi Ittifaqiyah: Terkilan Tak Jemput Balik 3 Beradik

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Anggota keluarga kepada tiga beradik yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, terkilan tidak menjemput mereka pulang ke rumah dengan segera. Ini kerana sebelum itu ibu mereka ada mendapat panggilan telefon daripada salah seorang mangsa pada Rabu yang meluahkan hasrat hendak balik ke rumah untuk berehat pada hujung minggu.…

Teruskan Membaca

“Mereka Bagaikan Anak Angkat Saya” – Rizalman

in Artis/Utama & Sensasi

TRAGEDI kebakaran yang telah menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam bagi seluruh penduduk Malaysia. Terdapat beberapa artis tempatan yang turut berkongsi kesedihan ini. Ada juga golongan artis ini yang malah sememangnya mempunyai hubungan agak rapat dengan pelajar yang terkorban itu semalam. Antaranya ialah pereka fesyen terkenal, Rizalman. Difahamkan bahawa…

Teruskan Membaca

“Memang Nombor Akaun Bank Ittifaqiyah”

in Utama & Sensasi

PIHAK pengurusan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengesahkan nombor akaun CIMB Bank yang tular menerusi media sosial adalah nombor akaun rasmi mereka. Wakilnya, Mohamad Affandi Hamzah mengesahkan perkara itu susulan pihaknya menerima banyak aduan daripada beberapa pihak memberitahu konon nombor akaun itu adalah palsu. “Nombor akaun 8602299587 atas nama Darul Quran Ittifaqiyah adalah benar akaun rasmi…

Teruskan Membaca

Sukar Kenal Pasti Jenazah – Keluarga Mangsa

in Terkini

KUALA LUMPUR – Proses pengecaman mayat mangsa insiden kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini sukar dilakukan kerana kesan kebakaran yang teruk. Noor Aini Kamarudeen, 31, Cheras, kakak ipar kepada seorang mangsa, Muhammad Haikal Abdullah, 12, berkata pengecaman kali kedua hari ini tidak dapat disahkan waris iaitu ibu serta adik-beradik arwah. Mereka kini terpaksa…

Teruskan Membaca

Senarai Nama Mangsa Maut Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar

in Utama & Sensasi

Berikut ialah senarai nama penuh semua mangsa yang disahkan sebagai terkorban dalam tragedi kebakaran dahsyat di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur pada Khamis. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh semua mangsa dan ditempatkan mereka dalam kalangan insan syahid beriman. Inna lillah wa inna ilaihi rojiun… Al-Fatihah….. – Mynewshub.cc/HAA

Teruskan Membaca

Bukan Niat Campur Tangan Urusan Pusat Tahfiz – TPM

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23 orang hari ini, semua pusat sedemikian di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu jelas dalam peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan…

Teruskan Membaca

Netizen Biadab Hina Kebakaran Pusat Tahfiz

in Utama & Sensasi

DALAM kesedihan rakyat Malaysia terhadap tragedi kebakaran tragis melanda pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, namun masih ada juga segelintir netizen tak senang duduk dan langsung tiada rasa berperikemanusiaan di dalam diri mereka. Mana tidaknya, dalam semua kita masih terkejut akan berita tragik ini, ada pula netizen mulut longkang dengan selamba mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya…

Teruskan Membaca

Bergegas Balik, Sedih Tahfiz Terbakar Di Kawasannya

in Utama & Sensasi

BANGKOK – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berada di sini atas urusan rasmi ketika berlaku tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi tadi dan bertindak membatalkan program rasminya serta pulang ke tanah air. Anggota Parlimen Titiwangsa ini yang mengetuai lawatan tiga hari Kuala Lumpur Business Club (KLBC) ke Thailand selama…

Teruskan Membaca

Kronologi Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Sejak 2007

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kebakaran bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara pagi ini adalah antara kebakaran terbesar melibatkan kematian yang tinggi di negara ini, seramai 23 orang. Dalam kejadian hampir waktu Subuh itu, 21 pelajar lelaki berumur 13 hingga 17 tahun dan dua orang guru yang juga warden…

Teruskan Membaca

Bunyi Dan Bau Gas Punca Seorang Pelajar Terjaga

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Remaja lelaki berusia 15 tahun ini sebak menceritakan detik cemas ketika kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi. Muhd. Izzaruddin Roslan berkata ketika kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi itu, boleh dikatakan kesemua pelajar sedang nyenyak tidur di tingkat tiga bangunan tersebut. Bagaimanapun…

Teruskan Membaca

Tahfiz Terbakar: 2 Beradik Anak Polis Turut Syahid

in Utama & Sensasi

INSIDEN tragik kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur awal pagi Khamis yang meragut 24 nyawa termasuk dua warden cukup mengejutkan pelbagai pihak. Ia malah tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila ramai netizen yang tersentuh perasaan dengan pelbagai kisah amat menyayat hati melibatkan kematian mangsa berusia muda gugur syahid menemui Ilahi.…

Teruskan Membaca

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya Premis Sementara

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini sepatutnya berpindah ke bangunan asal di kawasan berhampiran yang telah siap diubah suai hujung bulan ini, kata pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod. Beliau berkata bangunan tempat berlaku kejadian adalah bangunan sementara menunggu kerja pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa…

Teruskan Membaca

Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Ulangi Kes Pondok Pak Ya

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi tadi yang mengorbankan 23 orang termasuk dua guru agama merupakan kes kedua terbesar yang pernah berlaku melibatkan sekolah agama. Insiden malang yang sama pernah menggemparkan negara 28 tahun lalu di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau…

Teruskan Membaca

Warden Maut Kebakaran Baru Seminggu Majlis Kahwin

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tiada yang lebih menyedihkan buat seorang isteri apabila kehilangan suami tercinta awal pagi tadi selepas baru seminggu melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Namun, itu yang harus ditempuhi Noor Fatihah Osman selepas suami dinikahi pada Mei lalu, Mohd. Amirul Nizam Sokarno, 25, setelah maut dalam kebakaran di bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat.…

Teruskan Membaca

Syukur Anak Sempat Balik Sebab Kebetulan Sakit

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Salah seorang bapa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat dalam kebakaran di sini awal pagi ini secara kebetulan sempat balik ke rumahnya semalam. Azman Endan, 40, berkata anaknya, Muhammad Ashraf yang berumur 11 tahun sepatutnya berada di asrama tetapi telah dijemput pulang sekitar pukul 6 petang Rabu selepas mengadu mengalami alahan…

Teruskan Membaca

“Amiel Sempat Minta Maaf Dan Bagi Surat”- Ibu Mangsa

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Suasana pilu kini dirasai di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak awal pagi Khamis. Kesemua ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat sedang sabar menanti proses bedah siasat kesemua jenazah yang ditempatkan di sana. Pihak media difahamkan bahawa hanya ahli keluarga…

Teruskan Membaca

Api Terlalu Marak, Penduduk Telah Cuba Sedaya Upaya

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Keadaan api marak menyebabkan kepayahan bagi orang awam untuk bantu menyelamatkan pelajar yang masih terperangkap dalam bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, pagi tadi. Penduduk tempatan yang membantu hanya dapat masuk ke pintu masuk asrama sahaja kerana bahang yang sangat kuat dan api yang marak ketika itu. Seorang penduduk…

Teruskan Membaca

“Umar Selera Makan, Seronok 2 Minggu Di Tahfiz”

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tidak menyangka perubahan sikap ditunjukkan anaknya semalam merupakan satu petanda bahawa mangsa bakal meninggalkan mereka keluarga selama-lamanya. Bapa kepada salah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, Umar Al-Khattab, 7, yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi berkata, dia sempat meluangkan masa membawa anaknya makan bersama semalam. “Saya berjumpa dengan Umar…

Teruskan Membaca

“Allah Selamat Seorang Lagi Anak Saya”- Bapa Mangsa

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Walaupun seorang anaknya terkorban dalam kejadian kebakaran sekolah tahfiz ini, namun Allah telah menyelamatkan seorang lagi anaknya yang menuntut di tahfiz tersebut. “Saya telah kehilangan seorang anak lelaki. Tetapi Allah telah menyelamatkan yang lain,” kata Nasron Mat Yusof, 46. Nasron merupakan bapa kepada adik Mohd. Nizamuddin, 13, yang merupakan salah seorang mangsa kebakaran…

Teruskan Membaca

Ibu Mangsa Kebakaran Tahfiz Reda Pemergian Anaknya

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Kali terakhir kami bersama adalah pada Aidiladha yang lepas,” luah ibu kepada Muhammad Zattullah Roslan, 11, mangsa yang maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini. Kamizan Yusof, 48, berkata beliau mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang rakannya yang tinggal berhampiran…

Teruskan Membaca

PM Turut Sedih Atas Kes Kebakaran Pusat Tahfiz

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan rasa rendah hati telah mengucapkan ucapan takziahnya berkaitan kejadian kebakaran yang berlaku di sekolah tahfiz yang telah meragut seramai 24 nyawa pagi tadi. Najib telah menulis satu twit di akaun Twitter beliau pada pukul 9.35 pagi tadi. Beliau berasa sangat sedih dan pilu mengenai berita…

Teruskan Membaca

Jenazah Pelajar Tahfiz Ditemui Di Tingkat Dua

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seramai 22 orang pelajar tahfiz dan dua orang warden dilaporkan terkorban dalam insiden kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Bukit Keramat pada pukul 5:45 pagi tadi. Manakala enam orang pelajar yang lain dikatakan dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Kuala…

Teruskan Membaca

Pusat Tahfiz Terbakar: Cuma 14 Murid Selamat

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi tadi menyaksikan hanya 14 murid dan empat guru berjaya diselamatkan. Menurut sumber bomba, pihaknya dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi namun mereka menerima maklumat lebih kurang pukul 5.41 pagi dan pasukan pertama dari Keramat tiba di situ…

Teruskan Membaca

Go to Top