Laman Utama Tags Posts tagged with "tpm"

tpm

878

RUMAH anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah yang terletak di Country Heights, Kajang, Selangor dirompak buat kali kedua dalam tempoh 20 bulan, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Nurul bersama suami serta dua pembantu rumah dikatakan berada dalam kediaman tersebut.

nurulhidayah-600x359 (1)

Menurut laporan The Malay Mail, keluarga ini mengalami kerugian kira-kira RM25,000. Antara barang yang dilaporkan hilang adalah laptop, lima jam tangan, cincin kahwin dan barangan kemas.

Kejadian rompakan ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya perompak memecah masuk rumah melalui pintu belakang dan menggeledah ruang perpustakaan di tingkat bawah rumah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lalu, rumah Nurulhidayah pernah dirompak menyebabkan kerugian dua jam tangan dan wang tunai RM1,000. – MYNEWSHUB.CC

546

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra di sini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Kabinet yang diumumkan perdana menteri pada 28 Julai lepas.

Sejurus menerima watikah pelantikan, Ahmad Zahid diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menuju ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi memulakan tugas.

Beliau mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi.

Ahmad Zahid yang kelihatan ceria kemudian mengaminkan bacaan doa oleh pegawai agama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ustaz Azhar Tuarno.

Terdahulu Ahmad Zahid menyertai perhimpunan bulanan JPM yang turut dihadiri Menteri di JPM Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri di JPM Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga baharu dilantik menganggotai Kabinet. – BERNAMA

1470

TAN Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa esok.

Najib turut melahirkan penghargaannya terhadap Muhyiddin di atas bakti yang dicurahkan beliau.

“Keputusan menggugurkan Muhyiddin adalah satu keputusan yang sukar, tapi ia harus diambil demi memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum PRU14,” kata Najib di Putrajaya.

Selain Muhyiddin, menteri yang digugurkan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dipegang Datuk Seri Shafie Apdal dan portfolio beliau digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Seri G.Palanivel yang memegang tampuk sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar turut digugurkan dan tempat beliau kini digalas Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut menyaksikan perubahan apabila Datuk Seri Hasan Malek ditukarkan dengan Datuk Hamzah Zainuddin.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga menyaksikan perubahan apabila Najib mengumumkan jawatan yang dipegang Datuk Dr Ewon Ebin semenjak 2013 diganti dengan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Selain itu, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri digantikan dengan Datuk Mohd Johari Baharum. – MYNEWSHUB.CC