Laman Utama Tags Posts tagged with "Tun Mahathir"

Tun Mahathir

520
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – DAP yang menganggotai Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal kerana sangat kurang kaum Melayu menghadiri forum oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan berbanding ceramah agama oleh pendakwah terkemuka antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Portal berita DAP, Roketkini.com dalam satu artikel berkata, Mahathir membantu pembangkang dengan membangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), tetapi puluhan ribu kaum Melayu lebih suka menghadiri ceramah Dr. Zakir.

Justeru, DAP menuduh UMNO dan PAS sengaja membawa Dr. Zakir menjelajah dari negeri ke negeri untuk bertemu orang ramai supaya menyokong penyatuan dua parti Islam itu demi kepentingan agama mereka.

“Agama, butang sensitif umat negara ini yang pantang disentuh pasti membuatnya melompat. Sekali dipicit butang agama ini, maka lembiklah tengkuk semuanya sekali.

“Sia-sia Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor) berbuih mulut bercerita panjang tentang skandal 1MDB. Akhirnya yang akan buat buntang mata orang Melayu-Islam ialah kesaktian Dr. Zakir mengislamkan orang dan berhujah dengan nas-nas yang dikutip daripada kitab-kitab hafalannya,” dakwa artikel itu semalam.

Roketkini.com turut menyindir Dr. Zakir mempunyai kuasa sakti untuk menarik perhatian dan rasa takjub umat Islam kerana berjaya mengubah keyakinan orang awam yang tidak percaya kepada agama supaya percaya kepada agama.

Artikel itu bagaimanapun mendakwa, kemampuan Dr. Zakir berbuat demikian sebenarnya bukan perkara luar biasa sebaliknya ia cuma satu fenomena biasa kerana pendakwah Islam itu bukan tahu semua perkara.

“Kita malah pernah melihat kesaktian yang hampir sama diperlihatkan melalui satu sosok bernama Ustaz Azhar Idrus, yang berceramah dengan loghat Terengganu pekat dan menjawab seremeh-remeh persoalan dengan apa yang kita lihat sebagai ilmu dan sikap yakin diri yang tinggi. Meski ada yang berhujah bahawa Azhar Idrus itu bukanlah ilmuan sangat pun.

“Hujah yang sama turut terpakai terhadap Zakir Naik. Dia bukannya tahu semua benda, malah sudah tersebar videonya membuat lebih dua puluh kesalahan dalam masa lima minit. Namun itu tidak penting bagi pancaindera Melayu Islam. Apa yang mahu dilihat ialah keyakinannya menjawab soalan, berhujah dan mengislamkan orang. Apa yang dimahukan orang Melayu Islam ialah ketokohan satu faktor yang sangat didahagakan sepanjang beberapa tahun lampau,” sindir DAP lagi.

Sebelum ini Dr. Zakir dalam satu temuramah secara terbuka menyatakan harapan beliau untuk melihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama bagi membolehkan negara ini dan syiar Islam terus berkembang maju.

Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara keseluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.

Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dalam kedua-dua parti, tetapi itu bukan penghalang.

“Kalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim.

“Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” katanya.

Rentetan itu Dr. Zakir dilempar dengan pelbagai kata nista oleh penyokong Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) di media sosial yang berang dengan saranan berkenaan.

Dr. Zakir yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia itu turut dituduh sebagai pencacai UMNO dan kerajaan.

PKR pula dalam reaksi berhubung kehadiran Dr. Zakir di Malaysia menyarankan pendakwah terkemuka agama bukan Islam turut datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di negara ini.

396

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan saman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi terhadapnya atas alasan tiada elemen perbuatan salah laku seperti yang didakwa ketiga-tiga plantif.

Peguam Wan Azmir Wan Majid, mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa saman difailkan Tun Dr Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin selaku plaintif itu bersifat remeh dan menyusahkan mahkamah.

“Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu semalam atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku (eng: tort misfeasance) seperti yang terkandung dalam writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif” katanya.

Beliau berkata permohonan itu akan didengar pada 23 Jun di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub.

Peguam itu berkata demikian selepas pengurusan kes saman itu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin hari ini yang turut dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi ketiga-tiga plaintif.

Mohamed Haniff Khatri berkata mahkamah juga mengarahkan perdana menteri untuk memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum atau pada 28 April ini.

Pada 23 Mac lepas, Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – BERNAMA

354

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah umum di Pusat Konvensyen Straits Quay di Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 8 Mei ini.

Ceramah itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) pro-DAP, “Penang Institute” yang ditubuhkan sebagai pemikir dasar awam untuk kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif “Penang Institute” merangkap Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, Mahathir akan menyampaikan ceramah bertajuk Quo Vadis, Malaysia? Ke Manakah Hala Tuju Malaysia?

“”Penang Institute” dengan bangganya menganjurkan ceramah umum oleh Mahathir iaitu Perdana Menteri ke-4 Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil berkata, Mahathir dijemput untuk menyampaikan ceramah itu kerana bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengaruh yang amat besar dalam politik Malaysia.

“Mari kita mendengar terus dari pemimpin yang telah membentuk banyak pembangunan moden Malaysia,” kata pemimpin Melayu DAP tersebut memuji-muji Mahathir.

Mahathir sejak kebelakangan ini sering dipergunakan oleh parti pembangkang untuk memburuk-burukkan reputasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mahathir turut mengetuai kumpulan penentang dalaman UMNO yang dianggotai anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan tersebut berusaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gara-gara tidak berpuas hati dengan beberapa dasar Najib yang menjejaskan kepentingan mereka. – mynewshub.cc

179

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran negara adalah disebabkan beliau masih mahu menguasai pentadbiran negara.

Katanya, bekas perdana menteri itu masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau kemungkinan disebabkan terdapat projeknya yang tidak ditunaikan.

“Dr Mahathir lupa bahawa semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau sendiri enggan diganggu oleh mana-mana pihak dan tidak mahu sesiapa membantahnya dengan mengamalkan cara “do it my way or you are no way” (buat ikut cara saya atau awak tidak akan dapat),” katanya dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News di sini malam ini.

Menurut Najib, Dr Mahathir mungkin lupa bahawa beliau adalah penyokong setianya selama 22 tahun malah menyokong kuat bekas presiden parti itu ketika hampir separuh daripada anggota parti tidak menyokong kepimpinannya.

Katanya, kini sebagai perdana menteri yang diberi mandat, beliau menentukan dasar negara dengan cara yang lebih terbuka dan membuat sesuatu keputusan secara berbincang dengan para pemimpin lain dalam kerajaan dan begitu juga dalam kepimpinan parti, beliau bersandar kepada prinsip yang sama.

“Bila saya jadi Perdana Menteri saya harus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Saya terima pendapat tetapi saya tidak mahu mengenepikan prinsip iaitu saya Perdana Menteri yang sah dan saya tetap akan memimpin mengikut pertimbangan saya yang terbaik untuk negara dan rakyat,” katanya.

Najib berkata, seseorang pemimpin harus mempunyai prinsip dan maruah diri kerana mereka akan dinilai dan dihukum oleh sejarah mengenai legasi yang ditinggalkan.

“Ini bermakna, jika kita tidak mempunyai apa-apa lagipun, sekurang-kurangnya kita masih ada maruah diri, jadi kalau korbankan prinsip, sejarah akan menghukum kita,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata politik di Malaysia pada dasarnya adalah stabil kerana undang-undang telah termaktub bahawa kerajaan tidak boleh diubah menerusi demonstrasi jalanan walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara.

“Hakikatnya politik di Malaysia stabil, apa yang mereka lihat itu (demonstrasi jalanan) saya anggap sebagai ‘noise level’ sebab untuk melakukan sesuatu perubahan di Malaysia mesti tertakluk kepada perlembagaan iaitu sesiapa yang majoriti di Parlimen, maka boleh menubuhkan kerajaan,” katanya.

Najib berkata, di Malaysia sesiapa yang menjadi presiden parti terbesar (UMNO) dalam Parlimen maka dia akan jadi Perdana Menteri dan sesiapapun tidak boleh menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

“Kita tidak mahu menukar demonstrasi jalanan menjadi ‘democrazy’ dan rakyat boleh membuat perubahan memilih kerajaan dalam masa lima tahun.

“Kita mesti ada rasa tanggungjawab dengan pemikiran yang rasional bahawa kita mesti berpandukan kepada demokrasi kedaulatan undang-undang iaitu berpaksi kepada prinsip demokrasi di mana rakyat ada hak pilih kerajaan,” katanya.

Presiden UMNO itu juga berkata, pengalamannya selama 40 tahun dalam politik telah memberi kelebihan kepadanya mendapat sokongan kerana beliau mempunyai kekuatan dari segi kenalan kawan-kawan seperjuangan dan sokongan secara peribadi sejak di peringkat pergerakan Pemuda UMNO lagi. – BERNAMA

603

HUTAN MELINTANG – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat terhadapnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Dr Mahathir supaya pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini, adalah bercanggah dengan prinsip yang beliau sendiri tegakkan sebelum ini.

“Jangan lakukan sesuatu yang akhirnya nanti orang yang hormati kita sebelum ini kerana prinsip yang baik, akan hilang hormat.

“Dalam hal ini, eloklah jaga acuan politik mengikut tata etika negara kita… hanya gunakan acuan yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kembara Kebajikan 1Malaysia, di sini Ahad.

Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan Dr Mahathir dalam satu wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, bahawa harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Dr Mahathir semasa memimpin Malaysia sebelum ini, pernah mengingatkan pemimpin kerajaan dan UMNO supaya sentiasa patuh kepada pemimpin yang baik.

“Maka, janganlah ubah pendirian kami dengan mengajak kami melakukan yang sebaliknya.

“Dulu dia (Dr Mahathir) marah kerana menggunakan hubungan antarabangsa sehingga ada orang yang dituduh jadi tali barut asing,” katanya.

Mengulas laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahmad Zahid berkata polis diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan siasatan mengenai isu tersebut.

Beliau berkata siasatan akan menjurus kepada dua aspek sama ada terdapat unsur jenayah perdagangan atau perlanggaran peraturan dalam urus niaga syarikat.

“Apapun, kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan jika ada pertuduhan yang mempunyai bukti untuk dibawa ke mahkamah,” katanya.

Khamis lepas, siasatan oleh PAC mengenai 1MDB mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan itu ‘kurang memuaskan’ menyebabkan kelemahan tadbir urus korporat.

Bagaimanapun, dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat pelaburan strategik itu yang timbul pada November 2014. – BERNAMA

955

HIMPUNAN bertemakan ‘Mansuh GST, Undur Najib’ hambar diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu setelah genap setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus  pada 1 April 2015.

Tun Dr. Mahathir Mohamad; yang teruk dikutuk rakyat Malaysia kerana tergamak sekongkol dengan DAP yang jelas misi anti-Islam dan anti-Melayu, tiba pukul 5.15 petang bersama-sama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Baca: Himpunan Bantah GST Hambar, Cuma 1,000 Peserta ‘Bodoh’

Juga: Protes GST: Wan Azizah, Nurul Izzah Elak Jumpa Tun M?

2

Beliau yang kelihatan seperti uzur terpaksa ‘menggagahkan’ diri untuk naik ke pentas utama sambil berucap melalut menaikkan semangat penyokong pembangkang yang letih kelesuan akibat cuaca panas terik El Nino.

Dalam ucapannya itu, Mahathir turut menggesa rakyat ‘rajin’ menandatangani Deklarasi Rakyat yang dibentuknya dengan beberapa pemimpin pembangkang tegar cauvinis agar dapat dibawa kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Mantan Perdana Menteri ini sempat mengaminkan doa bersama-sama 1,000 pengikut demonstrasi haram yang kurang mendapat sambutan ini dengan ramai dilihat kecewa sebelum mereka ‘angkat kaki’ meninggalkan majlis.

Himpunan bersurai pukul 5.30 petang selepas kepulangan Mahathir yang sekali lagi gagal ‘guling’ kerajaan Barisan Nasional mengambil idea demonstrasi era Reformasi musuh ketatnya, Anwar Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC

294

WASHINGTON – Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berpendapat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan yang dipegangnya dalam entiti berkaitan kerajaan adalah langkah terbaik.

“Tentunya sukar (bagi) pihak kerajaan jika seseorang yang tidak bersama dengan dasar kerajaan dan pada waktu yang sama memegang pelbagai jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan, walaupun ia hanya sebagai penasihat,” katanya kepada wartawan Malaysia bersempena lawatan kerjanya di sini Khamis malam.

Dr Mahathir pada Rabu meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), pengerusi Group Lotus Plc, Canselor Universiti Teknologi Petronas, Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Ahmad Zahid, ketika diminta mengulas tindakan bekas perdana menteri itu, berkata ia memperlihatkan Dr Mahathir faham dengan apa yang perlu dilakukannya apabila tidak lagi mendukung dasar kerajaan.

Pada 11 Mac, Kabinet memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.

Pada 29 Feb lepas, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO, menyatakan sudah hilang kepercayaan terhadap parti.

Ahmad Zahid berkata walaupun Proton bukan syarikat kerajaan, namun ia mempunyai hubungan dengan Dasar Automatif Negara dan tentunya syarikat pengeluar kereta itu memerlukan beberapa sokongan teknikal dan kewangan daripada pihak kerajaan.

Ditanya mengenai kedudukan Dr Mahathir dalam Yayasan Kepimpinan Perdana pula, Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini tiada desakan supaya beliau melepaskan jawatan sebagai presiden kehormat. – BERNAMA

565

KUANTAN – Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Sharkar berkata anggota majlis berkenaan juga sudah semestinya terdiri daripada mereka yang menghormati keputusan pilihan raya lalu dengan rakyat memberi kepercayaan kepada Najib untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang Tun M lakukan boleh dianggap sebagai the last resort (jalan terakhir)… bersekongkol dengan pembangkang. Apa sahaja jawapan yang kita beri pada dia, memang tak akan memuaskan hati kerana apa yang dia mahu ialah Najib berhenti,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita pada majlis santai bersama pengamal media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan seorang Perdana Menteri.

Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh turut menyifatkan gerakan menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana rakyat Malaysia dapat menilai kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dalam keadaan ekonomi dunia yang serba mencabar.

“Rakyat kita bukan seperti di negara lain di Timur Tengah. Kita tidak begitu emosi. Kita masih ada kemudahan asas yang selesa walaupun ada sedikit kesusahan akibat kesan ekonomi global. Tapi kita masih bertahan,” katanya.

Ditanya sama ada MT sepatutnya menyegerakan tindakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut aktif dalam gesaan menyingkirkan Najib, Mohd Sharkar berpandangan perkara itu tidak membawa banyak perbezaan.

“Sama ada ambil tindakan atau tidak, mereka akan terus begitu kerana ada agenda sendiri. Cuma kita harap bila tindakan diambil, anggota UMNO akan faham,” katanya. – BERNAMA

764
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan Perak menghasut orang ramai supaya tidak menghadiri sebarang program melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hasutan itu dipercayai dibuat gara-gara rasa tidak puas hati Pakatan Harapan terhadap sambutan hambar orang ramai ke atas himpunan anjuran mereka di Selangor malam tadi.

Untuk rekod, himpunan anjuran pembangkang bagi mendesak Najib berundur yang turut disertai Tun Dr. Mahathir Mohamad itu gagal mendapat sambutan walaupun ia telah diwar-warkan secara besar-besaran sejak minggu lalu.

“Pelbagai pendekatan boleh disuarakan dengan berbagai keadaan terutamanya dan jika Najib berada di Perak kelak, kita perlu sama-sama memboikot kehadirannya,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fitri dalam pada itu berkata, Pemuda PAN Perak menyokong penuh penglibatan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program anjuran Pakatan Harapan.

Mahathir dan Muhyiddin bersengkongkol rapat dengan pemimpin Pakatan Harapan termasuk DAP dalam agenda mereka menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik. – mynewshub.cc

424

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mahu bertindak ‘di luar jangkaan’ bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai menghasut, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata Dr Mahathir pada Ahad lepas ketika perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Dia (Dr Mahathir) bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk melakukan perkara ‘di luar jangkaan’ yang melangkaui perlembagaan.

“Tidakkah tindakan itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu yang ingin melakukan perkara ‘outside the box’ bagi menjatuhkan Najib.

Justeru, Nur Jazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terhadap pelbagai kenyataan dikeluarkan Dr Mahathir yang secara berterusan mahu menjatuhkan perdana menteri.

“Apa yang dilakukan Dr Mahathir hanya mahu mendapatkan publisiti dan demi kepentingan politik semata-mata. PDRM sedang siasat. Lagi banyak beliau perkatakan lebih banyak kesilapan beliau akan buat dan lebih banyak bahan untuk polis siasat,” katanya.

Nur Jazlan berkata walaupun negara mengamalkan kebebasan bersuara dan berhimpun namun jika didapati perhimpunan yang diadakan berniat menimbulkan huru-hara atau menjatuhkan mana-mana pemimpin maka polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

“Jika siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Mengenai tindakan anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), Nur Jazlan berkata PDRM telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Serah kepada polis untuk siasat dahulu sama ada maklumat yang Rafizi dedahkan itu adalah benar di bawah OSA. Kalau benar, maka kami boleh ambil tindakan. Kena siasat dahulu dan ambil masa,” katanya.

Nur Jazlan juga berkata kerajaan sedang menyemak untuk meminda OSA bagi memperkemaskan peruntukan sedia ada di dalam akta itu memandangkan sikap endah tidak endah sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan OSA. – BERNAMA

691

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan baginda hanya berpihak kepada Johor dalam kemelut yang berlaku di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baginda turut menegaskan, tindakannya membangkitkan semula layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1992 untuk mengingatkan supaya ia tidak berulang.

“Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin.

“Ia tidak ditujukan kepada Mahathir atau kepada sesiapa,” titah baginda dalam satu soal jawab yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tegas Tunku Ismail, titah baginda berhubung krisis Perlembagaan pada tahun 1992 itu ditujukan ke atas sistem yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Justeru, baginda meminta media agar tidak memutarbelitkan titahnya atau mengambil kenyataan baginda di luar konteks.

Baginda menjelaskan hanya berpihak kepada Johor dalam persengketaan yang berlaku di antara Mahathir dan Najib.

Tunku Ismail semalam bertitah masih mengingati bagaimana layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1992.

Titah baginda, pada waktu itu terdapat cubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Ahli Exco Johor diberitahu supaya tidak menyambut Almarhum nenda baginda di lapangan terbang.

Tunku Ismail bagaimanapun bertitah, peristiwa itu adalah kisah lama kerana sekarang hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerabat Diraja Johor berada dalam keadaan baik dan baginda amat menghargainya. – MYNEWSHUB.CC

936

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan baginda masih mengingati bagaimana layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1992.

Baginda bertitah, pada waktu itu terdapat cubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Ahli Exco Johor diberitahu supaya tidak menyambut Almarhum nenda baginda di lapangan terbang.

Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT bagaimanapun bertitah, peristiwa itu adalah kisah lama kerana sekarang hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerabat Diraja Johor berada dalam keadaan baik dan baginda amat menghargainya.

“Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

“JKR telah diberitahu untuk tidak membaik-pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor. Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci.

“Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” titah baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Kerajaan Persekutuan pada tahun 1992 di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri, manakala Timbalan Perdana Menteri pada tahun itu ialah bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sedang merengkok di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat manakala Mahathir kini menjalin kerjasama dengan pemimpin Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tunku Ismail bertitah, baginda bagaimanapun berharap hubungan baik Kerajaan Persekutuan dengan Istana Johor waktu ini bukan hanya disebabkan Kerajaan Persekutuan amat memerlukan Istana Johor sambil mengingatkan kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.

Justeru, titah baginda, tumpuan semua pihak pada waktu ini harus diberikan untuk memperbetulkan segala kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

“Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang demi rakyat,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tunku Ismail meminta seluruh rakyat Johor supaya mengingati kekuatan kedaulatan Johor terletak pada perpaduan rakyatnya.

“Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya,” titah baginda. – mynewshub.cc

510

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlupa kepentingan parti adalah lebih penting berbanding kepentingan dirinya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Mahathir turut terlupa kepentingan UMNO lebih penting berbanding anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli UMNO supaya mendoakan Mahathir supaya dilembutkan hati untuk menyedari kesilapannya.

“Marilah kita doakan agar Tun M (Mahathir) diberi kesihatan, taufik dan hidayat Allah S.W.T.

“Doakan lembut hatinya untuk melihat KESILAPAN BESARNYA BERSEKONGKOL dengan musuh parti yang selama ini dia ajar supaya kita menentangnya,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar bagaimanapun mengingatkan ahli UMNO supaya tidak berkasar dengan Mahathir disebabkan tindakannya yang menjejaskan UMNO.

Menurutnya, ahli UMNO juga diminta jangan berlaku tidak sopan ke atas Mahathir yang mementingkan diri.

“Memadai dengan kita beramai-ramai bersatu menolak syor dan hasutannya.Dengan itu dia akan sedar BAHAWA UMNO ITU LEBIH PENTING DARI MUKHRIZ ATAU DIRINYA,” katanya.

Mahathir menjalin kerjasama dengan DAP dan beberapa parti pembangkang lain dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik.

Tindakan Mahathir itu dilihat ramai pihak sebagai misi balas dendam beliau ke atas Najib kerana enggan tunduk kepada permintaannya selama ini.

Perbuatan Mahathir yang membahayakan UMNO itu juga dilihat berpunca daripada penyingkiran anaknya, Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah. – mynewshub.cc

888

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan menyertai perhimpunan pembangkang untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan di ibu negara pada 28 Mac ini.

Pakar propaganda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli memaklumkan, Mahathir akan menghadiri perhimpunan anti-kerajaan yang dibuat di Pandan Indah, Selangor.

“Mahathir mengesahkan akan hadir ke himpunan yang pertama di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Pengesahan diberikan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan program bagi pihak Mahathir,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi menambah, jadual perhimpunan itu telah diselaraskan dengan jadual Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan turut membantu menjayakan perhimpunan berkenaan.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan menyemarakkan semula gelombang reformasi dalam kalangan rakyat bagi menggulingkan Najib dan kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

836

KUALA LUMPUR – Pertubuhan BERSIH 2.0 tidak akan terlibat dengan `deklarasi rakyat’ apatah lagi mengunakan dananya untuk menjayakan deklarasi yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad tersebut.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan media menegaskan, pertubuhan itu tiada kena mengena dengan `deklarasi rakyat’ walaupun ia disertai Pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

“`Deklarasi rakyat’ ditandatangani oleh Maria dalam kapasiti peribadi beliau.

“Maria tidak menandatanganinya bagi pihak BERSIH 2.0 kerana dia tidak diberi mandat oleh Jawatankuasa Pemandu mahupun badan lain yang menyokong BERSIH 2.0,” tegas kenyataan itu semalam.

BERSIH 2.0 turut menjelaskan terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dalam pertubuhan itu tidak bersetuju Maria menyertai `deklarasi rakyat’ oleh Mahathir.

Mahathir bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Mac lalu duduk semeja dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan bagi mengumumkan `deklarasi rakyat’

Banyak pihak melihat Mahathir dan kumpulan penentang dalaman UMNO dipergunakan oleh Pakatan Harapan yang didominasi parti DAP untuk menjatuhkan UMNO dari dalam.

Segelintir pihak lain pula menggangap Pakatan Harapan dipergunakan oleh Mahathir dan sekutunya demi mencapai cita-cita peribadi untuk menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang baharu. – MYNEWSHUB.CC

858

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa idea untuk menumbangkan kerajaan melalui pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mewujudkan `deklarasi rakyat’ pada 4 Mac lalu bukan datang daripada parti itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebaliknya menuduh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekutu-sekutunya yang mengemukakan idea berkenaan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa inisiatif `deklarasi rakyat’ datang daripada Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang bagaimanapun mendakwa, persoalan sama ada Mahathir menggunakan pembangkang dan pemimpin masyarakat demi kepentingannya tidak timbul.

“Ia bukan persoalan siapa menggunakan siapa tetapi mencapai kesepakatan untuk menyelamatkan Malaysia,” dakwanya lagi.

Mahathir bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Mac lalu duduk semeja dengan pemimpin Pakatan Harapan bagi mengumumkan `deklarasi rakyat’

Ramai melihat Mahathir dan kumpulan penentang dalaman UMNO dipergunakan oleh Pakatan Harapan yang didominasi parti DAP untuk menjatuhkan UMNO dari dalam.

Segelintir pihak pula menggangap Pakatan Harapan dipergunakan oleh Mahathir dan sekutunya demi mencapai cita-cita peribadinya menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang baharu. – MYNEWSHUB.CC

632

KUALA LUMPUR – Keputusan Kabinet menamatkan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) adalah langkah bijak kerana beliau tidak lagi menyokong kerajaan.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan itu dibuat bersandarkan pelantikannya dibuat ketika beliau adalah sebahagian daripada kerajaan dan anggota parti yang memerintah.

“Ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik seseorang yang menyokong kerajaan untuk jawatan sedemikian (penasihat syarikat berkaitan kerajaan) dan sebaik anda mula bersekongkol dengan pembangkang, anda telah melepasi sempadan.

“Beliau (Tun M) sudah bekerjasama dengan pembangkang untuk menggugat kerajaan dan sudah tentu kami tidak boleh terus menyokong apa yang dilakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Asia Pasifik Kolej Antarabangsa Doktor Pergigian (ICD) dan Pameran Perdagangan 2016 di sini hari ini.

Kongres tiga hari yang mengumpulkan lebih 20 penceramah antarabangsa serta 600 delegasi dari seluruh dunia, bertujuan memberikan maklumat terkini berhubung kemajuan dalam industri itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam berkata Kabinet sebulat suara bersetuju menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.

Menurut kenyataan itu, Kabinet berpendapat beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan berkaitan dengan kerajaan kerana tidak lagi menyokong kerajaan sedia ada.

“Tindakan ke atas Dr Mahathir tidak dipengaruhi oleh keputusan politik, Petronas adalah satu entiti di bawah kerajaan dan ia bukan lantikan politik,” tambah kenyataan itu.

Dr Mahathir dilantik sebagai Penasihat Petronas selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003. Beliau kekal sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd, jawatan yang dipegangnya sejak Jun 2014. – BERNAMA

251

SERDANG – Keputusan menamatkan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) adalah wajar kerana beliau bersekongkol dengan pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan yang sah, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata keputusan itu adalah sebulat suara oleh Kabinet semalam kerana jawatan itu biasanya diberi kepada mereka yang mendukung kerajaan sedia ada.

“Sekarang, Dr Mahathir bukan hanya bersama pembangkang tetapi jelas berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang diundi rakyat dan beliau patut digugurkan sebagai penasihat Petronas,” katanya selepas bersama kira-kira 1,000 peserta menyertai larian amal, Putra-Makna Run 2016 di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan dan sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri berkata kabinet yang membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana menteri itu khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara bersama pemimpin pembangkang, minggu lepas.

Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2003. Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.

Mengenai kontroversi politik susulan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Selasa lalu, Idris berkata ia dijangka membolehkan Ahmad Razif mentadbir negeri itu dengan lebih selesa berikutan sokongan yang diperolehnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Terengganu sudah tenang. Sambutan (terhadap) menteri besar semakin baik sekarang.

“Usaha menjatuhkan Ahmad Razif gagal dan kita akan terus memberi kerjasama kepada beliau untuk menjalankan tugas sebagai menteri besar Terengganu dengan baik,” katanya.

Selalu lalu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif semasa sesi perbahasan atas titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Namun, Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul itu. – BERNAMA

300

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh berada dalam Petronas dan dalam masa yang sama menentang kerajaan, kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung penyingkiran bekas perdana menteri itu sebagai penasihat Petronas.

“Dalam keadaan sekarang, kedudukannya sebagai penasihat Petronas jelas tidak dapat dipertahankan. Dia tidak boleh bersama dengan Petronas dan dalam masa yang sama mengkritik kerajaan,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam akaun Twitter rasmi beliau, @mpkotabelud.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memberi jawapan kepada pengikut-pengikut di Twitter yang bertanya adakah keputusan Kabinet menamatkan pelantikan Dr Mahathir itu akan dapat menutup mulut bekas perdana menteri.

“Tidak. Saya tidak fikir begitu. Dan tiada siapa menjangka ia akan jadi seperti itu,” kata Abdul Rahman, yang menggunakan Twitter untuk mengulas mengenai penyingkiran Dr Mahathir daripada jawatannya.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Dr Mahathir akan disingkirkan daripada Proton, Abdul Rahman berkata ia terpulang kepada pemegang sahamnya.

“Proton adalah sebuah syarikat swasta. Jadi terpulang kepada pemegang saham mereka, bukan Kabinet. Tetapi saya ucapkan selamat maju jaya kepada Proton,” katanya terhadap Dr Mahathir yang memegang jawatan Pengerusi Proton Holdings. – mStar Online

764

KUALA LUMPUR – Kebenaran yang diberi kepada dua pemimpin PAS menghadiri majlis “deklarasi Mahathir” minggu lepas bukan bermakna parti menyokong deklarasi itu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hassan.

Beliau berkata kehadiran Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali adalah sebagai wakil PAS bagi mengetahui maklumat terperinci mengenai deklarasi tersebut untuk dinilai dan dikaji.

“Kalau ia baik kepada rakyat, untuk negara tidak mengapa, tapi sekiranya ia bertentangan dengan prinsip PAS, parti akan tolak. Sebab itu kami hantar wakil, kami tidak mahu maklumat daripada pihak ketiga, keempat dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata PAS akan mengadakan mesyuarat bagi memutuskan prinsip parti, sama ada menerima atau menolak deklarasi yang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, katanya PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap dua lagi pemimpin parti iaitu anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa kerana mereka hadir pada majlis deklarasi itu atas kapasiti peribadi.

“Kami tidak isytihar itu sebagai satu kesalahan sebab ia peribadi dan majlis itu bukanlah memberi kemudaratan dan kerugian kepada parti,” katanya. – BERNAMA

595

KUALA LUMPUR – Madu dibalas tuba. Ibarat melepaskan anjing tersepit!

Itu ungkapan terbaik bagi mengambarkan kesilapan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mempercayai gerombolan pemimpin pembangkang untuk bersengkongkol dengannya bagi membantu beliau mencapai cita-cita peribadi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir dalam sidang media `deklarasi rakyat’ yang turut dihadiri pemimpin pembangkang baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan beliau bekerjasama dengan pemimpin pembangkang bukan untuk menumbangkan UMNO sebaliknya mahu menjatuhkan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Malangnya kesudian Mahathir menerima tawaran kerjasama oleh pembangkang pada 4 Mac lalu telah dimanipulasi dengan hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk terus memfitnah UMNO.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan bersama hari ini mendakwa, `deklarasi rakyat’ yang ditandatangani Mahathir itu merupakan pengakuan beliau bahawa institusi kerajaan telah dirosakkan oleh UMNO.

“`Deklarasi rakyat’ yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh yang merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran UMNO/BN.

“Malah, pengakuan Tun Mahathir Mohamad itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan (bekas Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama,” dakwa mereka.

Ketiga-tiga pemimpin utama pembangkang itu turut menegaskan pengakuan Mahathir itu bagaimanapun tidak akan mengubah hala tuju Pakatan Harapan berhubung pendirian mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Justeru, kata mereka, Pakatan Harapan akan mengadakan Perhimpunan Mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diadakan pada 2 April ini di ibu negara.

Kata mereka, Pakatan Harapan juga akan menganjurkan perhimpunan-perhimpunan ‘Muafakat Selamat Malaysia’ di setiap negeri bermula bulan ini untuk terus menghasut rakyat menuntut Najib meletak jawatan.

“Mohamad telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan ‘Muafakat Selamat Malaysia’,” kata mereka. – MYNEWSHUB.CC

387

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) meminta semua penyokong Pakatan Harapan menerima bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan tangan terbuka.

Pemimpinnya, Suhaizan Kaiat berkata, tidak menjadi kesalahan untuk Mahathir menyertai pembangkang kerana perkara sama pernah dilakukan bekas pemimpin kerajaan.

“Kalau Mahathir bersama Pakatan Harapan jadi pertikaian, apakah bezanya Tengku Razaleigh Hamzah (1990) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1999) yang pernah menjadi menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudian bersama barisan pembangkang?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir selepas gagal menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu kini menjalin kerjasama dengan parti pembangkang untuk merealisasikan cita-citanya.

Beliau kelihatan cukup terdesak untuk menjatuhkan Najib atas kepentingan peribadinya hingga menyatakan tidak mengapa jika Malaysia diperintah DAP pada satu sidang media baru-baru ini.

Sidang media yang diadakan bersama parti pembangkang itu turut disertai anggota kumpulan penentang dalaman UMNO yang lain termasuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MYNEWSHUB.CC

634

KUALA LUMPUR – Pimpinan UMNO di peringkat akar umbi mendesak supaya kerajaan melucut jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam syarikat atau badan berkepentingan kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, tindakan sama perlu juga dikenakan ke atas mana-mana individu dalam badan itu yang bersengkongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami mendesak Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil tindakan tegas terhadap pimpinan dan ahli parti yang telah melanggar etika parti kerana bersekongkol dengan pembangkang bagi tujuan menjatuhkan Presiden parti selaku Perdana Menteri.

“Mengesyorkan supaya Kerajaan menlucutkan segala kemudahan Mahathir selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Penasihat Petronas dan Pengerusi Proton dan kepada sesiapa sahaja yang diberikan amanah tetapi bersama bersekongkol pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zein berkata, rancangan Mahathir dan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri melalui perhimpunan jalanan satu perbuatan yang tidak demokratik dan tidak bertamadun.

Parti pembangkang dengan kerjasama Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz akan mengadakan satu perhimpunan secara besar-besaran ala “Arab Spring” pada 27 Mac ini bagi menjatuhkan Perdana Menteri. – mynewshub.cc

696

MELAKA – DAP dilihat mempunyai agenda mereka yang tersendiri apabila mengambil langkah bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata beliau sangsi kerjasama itu mampu membawa kebaikan kepada negara.

“Sehubungan itu, ahli-ahli parti (UMNO) dan rakyat diharap tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir, masih banyak tanda tanya mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan Dr Mahathir yang sebelum ini mereka lihat sebagai musuh,” katanya menerusi kenyataan SMS kepada Bernama di sini hari ini.

Jumaat lepas, Tun Dr Mahathir bersama 50 orang termasuk Lim menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mohd Ali berkata dalam kerjasama tersebut tindakan Dr Mahathir bersama penyokongnya lebih memenuhi kehendak DAP dan ini perlu ditolak kerana tindakan menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui perundangan dan proses demokrasi adalah tidak sah.

“Sistem demokrasi harus dipertahankan, kerajaan dan perdana menteri dipilih menerusi peti undi bukan dengan cara penggulingan atau demonstrasi jalanan.

Sehubungan itu, saya dan UMNO Bahagian Bukit Katil (diketuai Mohd Ali) menyokong penuh kepimpinan Najib dan menolak gerakan DAP bersama Dr Mahathir, katanya. – BERNAMA

911

JOHOR BAHARU – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama mengakui apa jua tuduhan bekas perdana menteri itu terhadapnya pada 1998.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dengan perkembangan terbaru ini, bekas ketua pembangkang itu seolah-olah mengakui segala dakwaan Tun Dr Mahathir ke atasnya sebelum ini.

“Saya rasa Anwar patut berterima kasih terhadap Dr Mahathir kerana memecat beliau pada 1998. Ia menunjukkan telah terbukti semua tuduhan Dr Mahathir terhadapnya (Anwar) atas apa jua kesalahan yang dilakukan (Anwar), adalah perkara betul.

“Dengan menyokong Dr Mahathir, beliau mengakui apa jua tuduhan yang dikatakan Dr Mahathir pada 1998,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang makanan ternakan Charoen Pokhpand (CP) di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, di sini Jumaat.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Anwar hari ini menyokong pendirian parti politik dan individu termasuk Dr Mahathir untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar, 69, dilucut daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta semua jawatan yang dipegang atas kapasiti dua jawatan itu, berkuat kuasa pada 2 Sept 1998.

Anwar, 69, dilucut daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta semua jawatan yang dipegang atas kapasiti dua jawatan itu, berkuat kuasa pada 2 Sept 1998.

Majlis Tertinggi UMNO dengan sebulat suara turut memutuskan untuk memecat Anwar daripada parti sehari selepas itu setelah diberi peluang menjelaskan segala tuduhan berbangkit ke atasnya.

Pada ketika itu, Dr Mahathir adalah perdana menteri dan presiden UMNO.

Anwar kemudian didakwa bagi 10 pertuduhan di mahkamah lima rasuah dan lima tuduhan liwat.

Selepas melalui proses perbicaraan, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 bagi tuduhan rasuah kerana campur tangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan salah laku seks terhadapnya.

Anwar juga dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat pemandunya berkuat kuasa selepas dia selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Bagaimanapun pada 2 Sept 2004, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu dibebaskan selepas hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat.

Ketika itu, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datin Paduka Rahmah Hussin dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud menerusi keputusan majoriti 2-1 mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan terhadap Anwar 2 Ogos 2000.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya pada 2008. – BERNAMA

1091

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan masyarakat terutama ahli dan para penyokongnya supaya tidak terlupa tentang perbuatan zalim Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas mereka sewaktu pernah mentadbir negara ini.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, rakyat tidak boleh melupakan perkara itu begitu sahaja hanya kerana Mahathir mengumumkan penentangannya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PAS sudah lupakah peristiwa Memali? Suka saya sebut, Mahathirlah yang bertanggungjawab kerana waktu itu beliau adalah Perdana Menteri. Sehingga hari ini belum kedengaran lagi beliau ada mohon maaf.

“PAS sudah lupakah ramai pimpinan PAS terdahulu ‘disumbat’ dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipenjara dan dibelasah oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

“Suka saya nyatakan bahawa Mahathirlah yang bertanggungjawab kerana waktu itu beliau adalah Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan rasmi media di sini hari ini.

Najib selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri bagaimanapun telah memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 yang didakwa sebilangan masyarakat sebagai suatu akta yang zalim.

Justeru, Nasrudin meminta masyarakat terutama ahli dan penyokong PAS mengingati kezaliman Mahathir selama lebih 22 tahun sebagai Perdana Menteri tersebut berbanding pemerintahan Najib yang masih baru.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas seruan Mahathir supaya semua pihak termasuk pemimpin dan ahli parti pembangkang menyertai perjuangan peribadinya untuk segera menjatuhkan Najib.

Malah, Mahathir menggunakan strategi keluar UMNO seperti beliau lakukan untuk menjatuhkan Presiden UMNO terdahulu, Tun Abdullah Badawi yang enggan patuh pada kehendak dan permintaannya sebelum ini.

Mahathir turut mengumumkan bersedia menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan politik masing-masing untuk menjatuhkan Najib.

Seruan itu disambut baik oleh Pakatan Harapan dan turut menyeru supaya pemimpin dan penyokong PAS menyertai kerjasama untuk merampas kerajaan secara tidak demokratik berkenaan. – mynewshub.cc

727

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan parti itu tidak berminat menyertai perjuangan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, Mahathir marahkan Najib kerana didakwa sedang mengukuhkan kepentingan peribadinya dalam UMNO walhal Mahathir sendiri berjuang menentang Najib demi kepentingan peribadinya.

“Dia (Mahathir) sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi. Persoalannya ialah, jika ini asas tindakan Mahathir maka apakah gerakannya wajar disokong?

“Suka saya sarankan kepada semua pihak agar tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan media yang ditujukan kepada ahli dan penyokong PAS hari ini.

Nasrudin dalam pada itu mengingatkan ahli dan para penyokong PAS bahawa Mahathir mahu menjatuhkan Najib bagi menaikkan orang pilihannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun, katanya, beliau tidak tidak yakin Mahahtir akan bertahan lama menyokong Muhyidin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebab Mahathir mempunyai rekod menentang orang pilihannya sendiri.

Katanya, Mahathir pada tahun 1969 pernah dipecat dari UMNO kerana menentang bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan kembali kepada UMNO apabila era Tunku Abdul Rahman berakhir.

Tambahnya, pada tahun 2008 Mahathir umum keluar UMNO kerana tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan kembali semula kepada UMNO selepas berjaya menjatuhkan Abdullah.

“Pada tahun 2016 beliau keluar lagi UMNO dan kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Najib orang pilihannya sendiri sewaktu menggantikan Abdullah.

“Perjuangan kita bukan hanya untuk dunia kita bahkan kita perlu merancang untuk akhirat kita yang selamat dan bebas dari murka Allah S.W.T,” jelas Nasrudin.

Mahathir kelmarin mengumumkan keluar UMNO iaitu strategi yang sering digunakan beliau untuk menjatuhkan mana-mana Presiden UMNO yang enggan patuh pada kehendak dan permintaannya.

Beliau turut mengumumkan bersedia menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan politik masing-masing untuk menjatuhkan Najib. – mynewshub.cc

267

JEDDAH – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.

“Bagi UMNO, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Dr Mahathir pada 29 Feb lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Dr Mahathir menyertai semula UMNO pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.

Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada UMNO, Najib berkata: “Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

“Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO.”

Beliau turut ditanya sama ada UMNO bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir.

“Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan. Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO,” tegasnya.

Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.

“Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah UMNO.

“Iaitu 160,000 perwakilan UMNO memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

“Tapi pada pemilihan UMNO (yang lepas) ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan
UMNO yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi.”

Najib berkata beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya daripada anggota UMNO.

Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.

Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah UMNO dan kerajaan mesti dipertahankan.

“Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita,” katanya.

Najib seterusnya berkata dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai. – BERNAMA

1206

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO.

Dr. Mahathir, 90, yang juga bekas presiden UMNO, membuat pengumuman itu dalam sidang media di pejabat beliau, Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 selepas beliau dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir menyertai semula UMNO pada 4 April 2009 apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan parti.

Dr Mahathir turut dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969 atas sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 semasa kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein.

Pada sidang media itu, Dr Mahathir berkata isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan turut keluar daripada UMNO, mengulangi senario serupa pada 2008.

“Bagaimanapun saya tidak boleh bercakap bagi pihak anak lelaki saya (bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir),” katanya.

Dr Mahathir berkata keputusan beliau untuk meninggalkan UMNO disebabkan beliau tidak berpuas hati dengan parti.

Kepada soalan sama ada beliau bercadang untuk menubuhkan sebuah parti baharu, beliau berkata: “Saya tidak akan menubuhkan sebuah parti baharu sungguhpun terdapat permintaan supaya kami menubuhkan parti baharu. Saya tidak suka menubuhkan parti baharu sebab ia akan mengakibatkan lebih banyak perpecahan.”

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain, Dr Mahathir menjawab tidak. – BERNAMA

732

KUALA LUMPUR – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada 5 Feb lepas yang didakwa berunsur fitnah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata apabila selesai kelak, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk diteliti.

“Tanggungjawab polis adalah untuk siasat kenyataan yang dibuat (oleh Dr Mahathir) dan dapatkan kenyataan daripadanya… ia telah dilakukan.

“Kita akan teliti dan lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada DPP untuk keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perbincangan Meja Bulat Mengenai Punca Utama Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan selepas polis mengambil keterangan Dr Mahathir baru-baru ini.

Pada 24 Feb lepas, polis merakam percakapan Dr Mahathir di Putrajaya berhubung kenyataannya itu. – BERNAMA

1132

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan sinis menyindir Tun Musa Hitam berhubung kenyataan yang dilemparkan bekas timbalannya itu mengenai punca sebenar kegagalan Wawasan 2020.

Melalui catatan terbaharu di blognya, Chedet.cc, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Musa gara-gara tuding jari kepadanya punca kegagalan Wawasan 2020 itu yang kurang empat tahun dari sekarang untuk dicapai.

“Kepada Musa, terima kasih banyak kerana menuding jari. Mesti kamu sudah menjangkakan ini pada 1986 lagi sebelum Wawasan ini (diperkenalkan).

“Ini mungkin kamu sudah ramalkan yang menyebabkan kamu meletakkan jawatan daripada kerajaan yang saya pimpin. Jadi, tiada sesiapa boleh salahkan kamu.

“Khidmat kamu kepada saya dan negara akan tercatat dalam sejarah,” tulisnya dalam artikel yang bertajuk ‘Tun Musa’.

Sebelum ini, Musa meletakkan kesalahan pada Mahathir sekiranya Wawasan 2020 gagal dicapai susulan beliau tidak melatih pemimpin di semua peringkat untuk menjayakan wawasan itu.

Beliau juga mendakwa Mahathir memilih untuk membuang pemimpin yang berpotensi dan memilih untuk hanya melatih penyokongnya.

Mengulas soal dakwaan Musa itu, Mahathir berkata beliau memilih semua pemimpin yang menentangnya sebagai menteri dalam Kabinetnya.

“Salah seorang daripadanya Tun Abdullah (Ahmad Badawi) yang kemudiannya saya namakan sebagai perdana menteri. Saya pilih yang tidak setia pada saya berbanding yang setia.

“Saya tidak melatih sesiapa untuk memastikan kejayaan Wawasan 2020. Saya percaya terhadap kepimpinan melalui teladan.

“Mungkin saya telah memberikan contoh yang tidak baik sebab semua pengganti saya gagal menjayakan Wawasan 2020. Sudah tentunya saya yang perlu disalahkan,” kata Mahathir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri ke-4 Malaysia ini menyifatkan kegagalan pertamanya adalah Musa sendiri.

“Dia tidak boleh tunggu saya bersara jadi dia meletakkan jawatan selepas lima tahun menjadi timbalan saya dalam kerajaan yang pengikutnya panggil ‘MM Government’.

“Dia percaya Majlis Tertinggi Umno akan buang saya dan memilihnya sebagai Presiden (Umno). Majlis Tertinggi memutuskan untuk pujuk dia kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.

“Dia pun kembali sebagai timbalan. Tetapi pada pemilihan parti, dia pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden melawan saya.

“Dia bersedia untuk menjadi timbalan di bawah Tengku Razaleigh, bukan bawah saya,” kata Mahathir lagi.

Tambahnya, Musa tetap berkomplot dengan Tengku Razaleigh meskipun beliau telah melantiknya sebagai duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan status menteri ketika itu.

Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang berkhidmat pada tahun 1981 hingga 1986 di bawah pentadbiran Mahathir. – Sinar Harian

367

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberi ruang untuk terus mengkritik kerajaan tanpa sekatan undang-undang.

Malah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berharap Dr Mahathir diberi layanan istimewa dengan menjadikan beliau seorang yang ‘kebal’ undang-undang.

“Berilah ruang Tun Mahathir bercakap. Kalau beliau langgar undang-undang pun spare him lah. Tapi saya tak tahu Tun Mahathir setuju atau tidak untuk menjadikan beliau orang yang terkecuali daripada undang-undang.

“Kalau tanya saya, secara peribadi kalau setakat Tun membebel sana sini, kecualikanlah beliau. Jika terlanggar undang-undang pun…kalau saya ada kuasa, kita jadikanlah beliau seorang yang above the law,” katanya dalam satu temubual bersama mStar Online baru-baru ini.

Pada 15 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis mula menjalankan siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataan dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah.

Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari lepas, Dr Mahathir mengatakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan mendakwa Mohamed Apandi tidak akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau secara peribadi tidak mahu bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berhadapan tindakan undang-undang.

Namun Annuar menegaskan beliau tidak teragak-agak menegur veteran Umno itu sekiranya terus menerus mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat hingga mengelirukan rakyat.

“Saya tak boleh berlaku biadab kepada Tun Mahathir. Tun adalah Umno. Tapi kalau saya beri pandangan yang mungkin berbeza dengan Tun, itu sekadar pandangan.

“Tapi jika ingin jadikan saya sebagai alat untuk balun Tun, saya tak akan ambil tanggungjawab itu. Kalau Tun buat sesuatu yang saya rasa tak menguntungkan Umno saya akan berterus terang.

“Saya terpaksa menjawab. Niat yang baik, belum tentu hasilnya baik. Niatnya baik nak tegur Perdana Menteri, niat baik nak kritik Najib…tapi kalau itu menyebabkan Umno runtuh, maka kita kena tegurlah,” katanya. – mStar Online

1554

DALAM satu kiriman status di laman Facebook, fan page Saya Sayang Tun Dr Mahathir telah menyelar beberapa tokoh politik terkenal di negara ini dengan mengaitkan ahli keluarga mereka.

Untitled

Dalam posting itu, yang diambil daripada kiriman Twitter @Azrul_Jabbar, admin Saya Sayang Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa Tun telah mengambil langkah awal dengan melarang anak-anak beliau daripada terlibat dalam politik atau perniagaan yang melibatkan kerajaan.

Sama ada Saya Sayang Tun Dr Mahathir cuba untuk menulis semula sejarah atau merasakan penyokong mereka bodoh apabila mendakwa bahawa Mahathir tidak pernah membenarkan anak-anaknya menjalankan perniagaan dengan pihak kerajaan.

Malah pada tahun 1997, ketiga-tiga anak lelakinya telah membeli dan menjual syarikat-syarikat daripada dan kepada kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan kroni-kroni UMNO secara bebas dan jumlah yang besar.

Pada 1997, tiga anak lelaki Mahathir – Mirzan (36 tahun) Mokhzani (35 tahun) Mukhriz (33 tahun) memegang jawatan pengarah dalam lebih daripada 210 syarikat Malaysia, termasuk sebilangan syarikat yang tersenarai.

Dalam masa lima tahun kembali dari luar negara, anak lelaki sulungnya, Mirzan malah merupakan pengarah sekurang-kurangnya di lapan buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Syarikat persendiriannya, Peringkat Prestasi, memegang kebanyakan pelaburannya termasuk 25.8% pegangan dalam syarikat tersenarai Lion Corp yang dibeli daripada dana kerajaan PNB (Nota: Bapa saudaranya, Tun Ismail Ali merupakan Pengerusi) untuk satu harga yang tidak didedahkan.

Tetapi kepentingan utamanya adalah Konsortium Perkapalan, syarikat tersenarai pengangkutan dan logistik, yang mengawal hampir separuh daripada fret jalan raya.

tun m

Pada tahun 1994, Konsortium telah membeli syarikat perkapalan Malaysia yang kedua, PNSL, bernilai AS$80 juta daripada syarikat milik kerajaan, PERNAS dan MHS, yang dikawal oleh kroni UMNO, Tajuddin Ramli.

Kepentingan perkapalan ini kemudiannya telah dijual kepada PETRONAS sebanyak RM1 bilion pada tahun 1998 untuk menyelamatkannya atau sering disebut dalam istilah ekonomi sebagai bail out.

Mirzan juga telah membeli pegangan sebanyak 61% di Diperdana Corp daripada Danny Tan, adik kepada kroni yang dikenali ramai, Tan Sri Vincent Tan, taikun Berjaya Group Berhad.

Antara lain, Mirzan juga mempunyai 25% daripada syarikat tersenarai Artwright Holdings, dan 10.25% dalam firma IT Dataprep Holdings.

Beliau juga merupakan pengarah sekurang-kurangnya di lapan buah lagi firma tersenarai, termasuk Mamee Double-Decker dan pemaju hartanah Worldwide Holdings.

Anak lelaki kedua, Mokhzani, syarikat utamanya adalah Tongkah Holdings, di mana beliau merupakan pengerusi. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 31 anak syarikat dalam pelbagai bidang, dan fokus utamanya adalah perkhidmatan kesihatan, pembuatan, dan broker saham.

Tongkah mempunyai konsesi kerajaan selama 15 tahun untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada 19 buah hospital milik kerajaan di Malaysia, selain pegangan terbesar di Hospital Pantai.

Pada tahun 2000, Mokhzani, orang penting dalam Kencana Petroleum yang menjalankan perniagaan dengan Petronas, di mana bapanya merupakan Penasihat.

Beliau kemudiannya menjadi salah seorang daripada 10 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2014.

Anak lelaki bongsu, Mukhriz mengawal Reliance Pacific, Prime Heritage dan Opcom Cables – pengeluar kabel optik fiber terbesar ASEAN – di mana pelanggan utamanya adalah syarikat milik kerajaan, Telekom Malaysia.

Ya, semua itu berlaku pada 1997. Bukanlah satu senarai yang lengkap kerana terdapat banyak lagi syarikat lain. Ketiga-tiga mereka adalah ahli perniagaan yang bijak berumur 30-an – yang dalam masa singkat berjaya mengumpul kekayaan atas kebolehan mereka sendiri.

Kesemuanya banyak melibatkan perniagaan dengan kerajaan dan kroni UMNO. SSTDM perlu berhenti membuat penyokong mereka seperti orang bodoh.

428

GEORGE TOWN – Polis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya baru-baru ini yang didakwa berunsur fitnah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dimulakan sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pihak yang mahu perkara itu diambil tindakan segera.

“Laporan polis itu diterima sehari dua lepas…setiap tindakan mesti ikut peraturan undang-undang dan patuhi semua proses perundangan. Kita tidak boleh emosional dalam semua perkara.

“(Kemudian) kami akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara, bila (terbukti) ada kes yang perlu diambil tindakan, kami akan ambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dan Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Dalam tulisan di blognya pada 5 Feb lepas, Dr Mahathir mengatakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan mendakwa Mohamed Apandi tidak akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis akan bekerjasama penuh dengan Jabatan Imigresen berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Ditanya adakah saringan lebih ketat akan dilakukan terhadap pekerja asing itu, beliau berkata: “Ya, kami akan ambil langkah yang patut dan perlu dalam pastikan mereka tak beri ancaman kepada kita”.

Sebelum ini, Abdul Ghafar merupakan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, manakala Abdul Rahim yang berkhidmat di Pulau Pinang sejak 2012 bertukar ke kontinjen Perak sebagai Ketua Polis Perak. – BERNAMA

629

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat pada hari perdana menteri kedua negara Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976 dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan peribadi untuk dirinya.

Dr. Mahathir, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, berkata beliau sudah tentu berasa amat sedih kerana beliau terhutang segala-galanya kepada Tun Razak.

Beliau mengimbas kembali pemecatannya dari UMNO dan bahawa orang yang dipecat sebelum beliau tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO tetapi kemudian melantik saya sebagai menteri penuh. Saya digambarkan sebagai anak emas Tun,” kata Dr. Mahathir menerusi catatan dalam blognya.

Beliau memuji Tun Razak kerana memisahkan diri dari tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan ketika angin perubahan bertiup kencang.

Dr. Mahathir berkata beliau tidak tahan berasa sedih tatkala menonton rancangan dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman Tun Razak yang menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Tun Razak meninggal dunia pada 14 Jan, 1976 di London ketika berusia 53 tahun.

“Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” kata beliau.

Dr. Mahathir berkata sebagai seorang doktor, beliau perhatikan bahawa pada awal lagi kesihatan Tun Razak semakin merosot.

“Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum beliau berlepas ke United Kingdom, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa beliau menghidap leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktornya, Dr. Macpherson.

“Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh keredaan sementara penyakit atau kesakitan akan menjadi pendek dan lebih pendek. Saya tetap terkejut apabila mendengar beliau telah meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat,” kata beliau.

Dr. Mahathir berkata Tun Razak mungkin dapat melakukan perbezaan sebenar terhadap masa depan negara yang diperjuangkannya selama ini.

“Bagi saya kehilangannya adalah peribadi. Tun Hussein (Onn) yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir karier saya.

“Tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik bagi saya kepada Tun Hussien,” kata beliau. – BERNAMA

440

PUTRAJAYA – Umat Islam tidak seharusnya mendiskriminasi golongan yang baharu memeluk agama Islam dan menanggap mereka sebagai ‘Muslim kelas kedua’, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir, yang juga penaung Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) berkata golongan mualaf itu seharusnya dianggap sebagai saudara.

“Tidak boleh ada diskriminasi. Kadang-kadang kita merasakan mereka Muslim kelas kedua. Itu salah. Tiada perbezaan antara seorang Muslim dan yang lain kecuali dari segi taqwa.

“Itu (taqwa) merupakan satu-satunya perkara yang membezakan kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Serantau Muslim Berbilang Kaum anjuran Perkim di sini hari ini.

Seminar dua hari bermula hari ini bertujuan untuk mengukuhkan solidariti Muslim dan menjadi platform mengumpul idea dan pendapat dalam menyatukan masyarakat Islam.

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, Dr Mahathir memberikan reaksi positif mengenai kemungkinan kerjasama UMNO dan PAS.

“Kita suka kalau ada gabungan UMNO dengan PAS,” katanya. – BERNAMA

526

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan pandangan pihak berkuasa berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mendesak penahanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar jika terdapat bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu. Perkara itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa, khususnya dalam isu ini, pihak polis,” katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di luar Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid dan Hishammuddin, adalah Naib Presiden UMNO.

Dr Mahathir membuat gesaan itu semasa berucap pada satu majlis di Kampung Baru di sini, Isnin lepas.

Sementara itu, mengenai isu derma RM2.6 bilion, Ahmad Zahid berkata perincian mengenai derma itu akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – BERNAMA

620

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.

“Tetapi dia (Tun Dr. Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)…,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd. Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd., Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib juga menyifatkan Dr. Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu, bahawa seorang pemimpin apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau haruslah sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.

“Waktu kita dalam kerajaan, kita hargai sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam kerajaan. Waktu kita di luar kerajaan, kita patut sokong orang dalam kerajaan.

“Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap… tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan,” katanya.

Najib juga mengakui berasa kesal dengan tindakan Dr. Mahathir yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya.

Keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahatir yang disifatkan Najib sebagai banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.

Menyifatkan segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi, Najib berkata perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin.

“Ini bukan baharu dan setiap pemimpin akan hadapi cabaran. Tapi ini ujian kepimpinan kita… ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti,” katanya.

Berhubung cadangan Dr. Mahathir yang mahu supaya Majlis Tetua ditubuhkan untuk membimbing perdana menteri dalam urusan pentadbiran, Najib berkata perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Malah, Najib menjelaskan tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penubuhan majlis itu, yang akan mengatasi kuasa Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.

“Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr. Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

“Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat…tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti,” katanya. – BERNAMA

1014

KUALA LUMPUR – Penguasaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik amat penting bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam bidang sains terkini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika bahasa tersebut tidak dikuasai sepenuhnya, negara juga tidak dapat membangun dengan pesat, terutama dari segi ekonomi.

“Pada masa kini, bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa yang penting dan kebanyakan ilmunya datang kepada kita dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tiga Dekad Alumni Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) di sini Sabtu malam.

Dr Mahathir berkata beliau “bukan tidak ada perasaan kebangsaan atau menyisihkan bahasa Melayu tetapi ini adalah hakikat yang harus kita terima bahawa untuk menguasai kedua-dua subjek penting tersebut, kita haruslah menguasai bahasa Inggeris.”

Beliau juga berkata penguasaan yang baik dalam bahasa antarabangsa itu juga penting dalam menjamin pekerjaan yang baik.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB Datuk Khairussaleh Ramli, bekas pelajar sekolah itu pilih sebagai Ikon Tiga Dekad SAMURA. – BERNAMA

1167

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok dalam penjara kerana meliwat membantah tindakan polis menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lucunya beliau yang juga musuh politik Mahathir mengambil pendirian berbeza untuk sokong Mahathir kali ini memandangkan bekas Perdana Menteri itu ada cita-cita sama dengannya iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya memandang serius berita Mahathir jadi subjek penyiasatan polis dan disoal pihak polis pada 6 November 2015. Dia tidak melakukan sebarang jenayah apabila menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu menerusi satu perutusan dari penjara yang disiarkan oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hari ini.

Anehnya, Anwar sebelum ini lantang ‘menghentam’ Mahathir dengan memberi pelbagai gelaran hina hanya kerana dipecat daripada jawatan pada 1998 lalu ekoran kes liwat pertama dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Benarlah kata Mahathir sendiri menerusi puisi terkenalnya bertajuk ‘Melayu mudah lupa’, Anwar sanggup berbuat apa sahaja waima terpaksa bersahabat semula dengan seteru tegar politiknya sejak dua dekad lalu, Mahathir!


Media sebelum ini melaporkan, polis telah mengambil keterangan Mahathir berhubung kenyataannya yang berbaur fitnah semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara pada 30 Ogos lalu.

Bekas Perdana Menteri itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana polis menerima aduan Mahathir membuat fitnah kononnya terdapat Ketua UMNO Bahagian menerima rasuah

Bersih 4.0 dianjurkan oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan melampau termasuk hak mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian.

Anwar dalam pada itu turut membayangkan seorang bekas Perdana Menteri tidak wajar dilayan oleh pihak berkuasa seperti itu meskipun terdapat aduan polis dikemukakan ke atasnya.

Jika ini caranya Mahathir dilayan, hak demokrasi orang ramai untuk mengkritik kerajaan dalam bahaya. Saya menyeru gangguan ke atas Mahathir yang hanya menjalankan tugas menyuarakan tentang salah laku kerajaan dihentikan,” katanya. – Mynewshub.cc

383

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menangkap beliau.

Perkara ini dinyatakannya ketika selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi.

“Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka.

“Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya,” katanya ketika ditemui media.

Dr. Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya akan meninggalkan parti UMNO.

Sementara itu, peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Dr. Mahathir disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya dalam menyertai Perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.

“Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan.

“Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi,” katanya.

Mohamed Haniff berkata, Dr. Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya. – BHarian Online

910

Kerajaan telah membuka tiga kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata dua kertas siasatan membabitkan siasatan yang masih lagi dijalankan manakala satu lagi telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 Oktober lalu untuk arahan lanjut.

“Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Tun Mahathir iaitu berkait Klang Report 33074/14 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk ulasan dan arahan lanjut setelah siasatan selesai dijalankan.

“Selain kes tersebut, pihak polis juga menjalankan siasatan berkait Jinjang Report 18448/2015 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Cheras, Tan Kok Wai yang meminta kementerian menyatakan hasil siasatan dan tindakan yang diambil polis ke atas Tun Mahathir yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan. – The Rakyat Post

328

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Pakatan Harapan, pujian turut diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal di atas usaha yang sama.

“Kami mengalu-alukan pertemuan bersejarah yang telah mempertemukan bekas-bekas pemimpin veteran UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mereka termasuk Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin, Tan Sri Sanusi Junid, Shafie, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Keat,” kata mereka dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar; Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayoh.

Justeru, Pakatan Harpaan menggesa semua pemimpin UMNO dan BN supaya bersama-sama Mahathir merealisasikan perubahan dalam sidang Parlimen akan datang.

Mahathir, Tengku Razaleigh, Muhyiddin, Sanusi Junid, Shafie, Liong Sik dan Tee Keat baru-baru ini mengadakan satu sidang media bersama bagi membantah tindakan pihak polis menahan pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Mereka menuduh polis menyalahgunakan kuasa menahan Khairuddin dan Matthias yang sebelum itu sedang giat memburuk-burukkan imej Malaysia kepada negara luar. – mynewshub.cc

1381

MELIHAT Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kini, yang bergelut dalam perjalanan politik di belakang skandal 1MDB, pemerhati mempersoalkan sama ada ini menandakan berakhirnya kedudukannya sebagai pemimpin negara – terutamanya dengan undi tidak percaya yang dirancang pada 19 Oktober.

Tuduhan yang diterima juga terlalu banyak dan pantas, seperti siasatan ke atas peranan Najib dalam skandal itu, dakwaan pemindahan dana ke dalam akaun luar pesisir peribadi, situasi ini nampaknya telah membuka satu keseluruhan siri luka lama dan hanya menunggu masa untuk membalas dendam.

Kebanyakan masalah Najib terletak pada persepsi bahawa negara berada dalam kedudukan ekonomi yang lemah pada masa ini, dengan ancaman skandal 1MDB yang mendorong negara ke curam bahaya.

Perbalahan media dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, yang mengaitkan kerunsingan terhadap ekonomi Malaysia konon dengan keengganan Najib untuk berundur, hanya meningkatkan situasi ketidaktentuan negara.

Nilai ringgit, sebagai contoh, konon menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pada paras terendah berbanding krisis Asia pada lewat tahun 1990-an. Keyakinan pelabur konon menjadi rendah, dengan pelaburan asing ke Malaysia jatuh sebanyak kira-kira 50% dalam tempoh separuh pertama tahun 2015.

Walau bagaimanapun, gambaran suram ini hanyalah perkaitan kecil dengan situasi ekonomi yang dikendalikan Najib – kerana Malaysia masih mampu mengatasi prestasi negara-negara jiran – berbanding kelembapan ekonomi di China baru-baru ini, mengapa pula Mahathir mengaitkan kewangan Malaysia dengan skandal perbankan?

Pada penelitian lanjut, semua situasi ini masih jauh untuk dilabelkan sebagai kegagalan ekonomi. Moody masih mengekalkan penarafan kredit A3, yang jelas menunjukkan keyakinan kepada ekonomi negara untuk bangkit semula.

Daripada  sebuah negara yang bergantung kepada eksport, Malaysia telah mempelbagaikan ekonomi negara dan ia dilihat sebagai satu usaha yang baik untuk menangkis permasalahan yang disebabkan isu 1MDB dan kemerosotan yang menjejaskan pasaran baru.

Tambahan pula, angka ekonomi menunjukkan negara ini ditadbir dengan baik di bawah kepimpinan Najib: Malaysia akan berkembang tahun ini dengan ramalan sebanyak 5%, dibantu dengan lebihan akaun semasa, kadar pengangguran yang rendah sebanyak 3% dan tahap simpanan yang tinggi.

Sehubungan itu, Najib mengaktifkan semula dana operasi domestik berjumlah AS$4.6 bilion pada September dipanggil dana ValueCap, yang dibentuk untuk menyokong kejatuhan saham yang teruk di negara ini.

Terima kasih kepada program pelaburan pelbagai hala, negara ini masih di landasan yang betul untuk mencapai status negara ‘berpendapatan tinggi’ menjelang tahun 2020, satu pencapaian yang hanya berjaya dicapai oleh 13 negara sejak tahun 1960-an (daripada 101 buah negara berpendapatan sederhana).

Selain itu, walaupun dihimpit dengan kerakusan China dalam usahanya mengaut sumber asli, Malaysia telah menjadi salah satu negara paling inovatif di rantau ini, melalui usaha negara yang berterusan untuk memerangi perubahan iklim.

Di bawah kepimpinan Najib, pelbagai inovasi telah diberi tumpuan bagi memajukan sumber tenaga yang boleh diperbaharui: terutamanya tenaga solar. Diwujudkan daripada dasar ekonomi dan cukai isentif menggalakkan industri tenaga solar, negara ini telah menjadi pengeluar panel solar keempat terbesar di dunia pada 2014.

Terlalu baik dengan Amerika Syarikat?

Walau bagaimanapun, kepimpinan Najib dihantui oleh bayangan gelap yang telah lama menyelubungi kawasan Asia Tenggara – bayangan pemerintahan silam.

Terjadi pada negara jiran terletak di utara Malaysia, Thailand, pada masa ini dikuasai oleh ketenteraan junta, yang mendakwa telah mengambil tampuk pemerintahan untuk melindungi kedaulatan Thai, tetapi hakikatnya berbuat demikian untuk melindungi kepentingan ekonomi dan menubuhkan pakatan pemerintah Siam yang terdahulu.

Walaupun tidak menghadapi situasi yang sama, boleh dikatakan situasi yang hampir sama juga wujud di Malaysia, dan skandal 1MDB telah memberikan alasan yang sempurna kepada ‘orang-orang lama’ untuk menyelar Najib ke atas apa yang dilihat sebagai tersasar dari dasar tradisonal.

Mantan Perdana Menteri yang dikatakan sebagai ‘kebal’, Mahathir adalah suara utama ‘orang-orang lama’ dan dalam temu bual baru-baru ini dengan terbuka telah menolak cara bekas anak didik beliau sendiri, Najib Razak dalam menguruskan kepimpinan beliau.

Kononnya penolakan beliau terhadap Najib adalah atas alasan sentimen patriotik. Walau bagaimanapun, isu tersirat beliau telahpun diketahui: kerjasama erat antara Malaysia dan AS.

Di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Malaysia sangat bertegas kepada kaum Cina. Mahathir sentiasa mengkritik dasar luar AS: “AS cenderung untuk ‘campur tangan’ di setiap negara, dan apabila mereka datang, pasti akan ada masalah… Mereka juga mahu datang ke Malaysia, tetapi pada waktu itu saya tolak kedatangan mereka.”

Sindiran yang dikeluarkannya baru-baru ini, dan perbualan lanjut yang menyokong kenyataan beliau, meletakkan tuntutan kepada sentimen pro-kedaulatan, sesetengah dari kita selalu mendengarnya daripada ahli politik yang berhempas pulas untuk bersaing dalam arus demokrasi pada abad ke 21.

Dan apa yang Mahathir terangkan mengenai imej ‘jari’ yang tersirat mungkin menggambarkan mekanisma yang diperlukan untuk sesebuah pentadbiran antarabangsa.

Ia menjadi kebiasaan kepada orang yang mempunyai pemikiran sempit dan takut dengan mekanisme itu, serta tidak mampu melihat ke luar dari zon selesa mereka dan arus global masa kini.

Tetapi, Najib telah menjadi salah satu daripada kejayaan usaha ‘Pangsi ke Asia’ oleh Obama, kerana beliau telah memimpin negaranya untuk lebih erat dengan AS, mengakibatkan tercetusnya kata-kata ‘sumbang’ dari pemimpin-pemimpin Malaysia yang terdahulu.

Tidak seperti negara jiran, Thailand, Malaysia merupakan penyokong kuat TPP, hingga ke tahap ianya bertentangan dengan pendapat umum. Kerajaan Malaysia menetapkan bahawa pihak mereka tidak meyukai perjanjian pasaran terbuka dengan beberapa atau lebih rakan kongsi dari kuasa besar.

Bukan sahaja kuasa berdagang untuk kepentingan mereka menjadi lemah, malah setiap tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan oleh badan-badan kawalan yang selalu menjalankan perjanjian seperti ini.

Sementara itu, Najib gembira untuk menggerakkan Malaysia ke hadapan dengan mematri perjanjian yang mendatangkan keuntungan kedua-dua pihak dengan AS, beliau bergerak menentang kepercayaan dan pegangan kuat ahli tertinggi politik yang masih mempunyai pemikiran kolot.

Walaupun Mahathir dan pengikutnya sentiasa memberi tekanan kepada Najib, hakikatnya adalah sukar untuk mereka menarik sokongan untuk mendapatkan undi tidak percaya terhadap Najib seperti yang mereka harapkan.

Sokongan yang diberi kepada Najib adalah kuat, dan di sebalik mendapat beberapa tentangan dari pihak pembangkang, kedudukan Najib kelihatan agak kukuh.

Jika beliau dipilih semula, suara-suara tentangan yang diperjuangkan oleh Mahathir tidak mungkin akan dapat dihentikan dan kita sememangnya seakan dapat menjangka drama seterusnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Huffington Post

998

DALAM menyoal perkara ini, penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin tertanya-tanya jika bekas Perdana Menteri merasakan bahawa SOSMA terlalu jinak berbanding akta yang telah dimansuhkan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau akta yang sama dilaksanakan di Amerika Syarikat iaitu Akta Patriot.

Atau bantahan itu disebabkan dua ‘ejen’ beliau iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang telah diambil tindakan?

Raja Petra, yang pernah menjadi sekutu kuat kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menyatakan Dr. Mahathir kini mula bimbang sejak dua ‘ejennya’ hilang kebebasan dan dua menteri Kabinet, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hilang jawatan. Ia bermakna negarawan tua itu kini malu.

“Dr. Mahathir memberi jaminan bahawa mereka akan selamat namun nampaknya tidak,” kata Raja Petra dalam blognya, yang turut disiarkan oleh The New Straits Times.

Pada Julai lalu, Muhyiddin telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala Shafie pula tidak dipilih semula sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Artikel berkenaan adalah sebagai respons kepada Dr. Mahathir yang mengkritik ‘penyalahgunaan’ SOSMA, tiga hari lalu.

Menurut Raja Petra, sidang media yang diadakan itu sama seperti ketika pembangkang membantah penggunaan ISA ke atas penyokong Anwar pada 1998 dan 2001.

Raja Petra sebelum itu menyatakan SOSMA ‘sangat jinak’ berbanding ISA dan Akta Patriot malah ia tidak tertakluk kepada penyeksaan untuk mendapatkan pengakuan sebaliknya dibenarkan untuk perbicaraan. – MYNEWSHUB.CC

1720

SEBUAH gambar entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu telah mendapat perhatian ramai netizen.

Penampakan seperti tangan (lihat bulatan dalam gambar) yang terletak di atas riba mantan Perdana Menteri itu dipercayai bukan pun anggota tubuh milik tokoh negara tersebut.

Entiti pelik itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai malahan mula menjadi viral menerusi laman-laman web tempatan sejak Isnin.

Adakah ia penampakan makhluk halus atau hanya halusinasi masyarakat yang melihat gambar itu? Itu semua terpulang pada persepsi dan pandangan individu yang melihat gambar tersebut.

Gambar yang mula viral itu dipercayai telah diambil pada Isnin lalu ketika Tun M mengadakan satu sidang media khas yang juga dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Ong Tee Keat.

Ia berhubung dengan isu-isu politik semasa termasuk penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan peguam, Matthias Chang. – MYNEWSHUB.CC

1513

SELEPAS diumumkan penyelarasan semula beberapa kadar bayaran tol semalam, media sosial telah dijadikan tempat luahan berkaitan keluhan rakyat yang merungut berikutan kenaikan yang disifatkan agak tinggi.

Pengumuman berkenaan kadar tol itu telah dibuat sendiri oleh syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang dimeterai.

Perjanjian Konsesi tersebut merupakan perjanjian yang dibuat oleh Tun Mahathir yang mana setiap 3 tahun sekali, kadar tol akan dikaji dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Namun setelah pemerintahan bertukar, perjanjian tersebut masih dimeterai dan tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan untuk menghalang kenaikan yang sudah tujuh tahun tertangguh.

Disebabkan perjanjian tersebut jugalah kadar tol di beberapa kawasan di Lembah Klang dinaikan, bukannya tol di seluruh negara.

Sepertimana video yang kami kongsikan di bawah, individu yang menggunakan nama Muhsin Latheef menerangkan punca sebenar kenaikan harga tol.

Di mana perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari tangan-tangan pemerintah terdahulu.

Jom kita lihat luahannya.


Tol naik, tinggalan legasi perjanjian Tun M oleh mynewshub

Sepertimana yang diterangkan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerajui kerajaan telah menghentikan kutipan di plaza tol Pan Borneo di mana ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah.

Perlaksanaan tersebut dibuat bagi meringankan beban pengguna jalan raya yang terpaksa membayar cukai serta laluan tersebut merupakan lebuhraya penting bagi penduduk Sarawak dan Sabah untuk tujuan ekonomi dan sosial.

Tetapi jika dilihat pada zaman Tun Mahathir Mohammad, mengapakah tol di negeri berkenaan tidak dimansuhkan jika benar-benar ingin membantu rakyat? Serta mengapakah kebanyakkan lebuhraya-lebuhraya di semenanjung masih mengenakan caj bayaran yang tinggi pada ketika itu?

Hal ini mungkin tidak dipandang oleh segelintir masyarakat yang ‘mindset’ nya nampak buruk sahaja walaupun pemimpin tersebut telah cuba untuk membantu rakyat.

Bercakap mengenai Tun M, tinggalan legasinya bukan hanya sekadar Perjanjian Konsesi, turut timbul menyegarkan ingatan kami ialah perjanjian Independent Power Producers (IPP) yang merupakan salah satu daripada idea asal Tun M.

IPP merupakan perjanjian yang dibuat setelah negara dikejutkan dengan insiden terputus bekalan elektrik pada tahun 1992, di mana menyebabkan sebahagian Malaysia ‘gelap-gelita’ selama tempoh 48 jam.

Pada tahun tersebut, Tun M telah menyalahkan monopoli TNB di dalam penjanaan tenaga elektrik negara di atas masalah yang berlaku.

Akhirnya, sejak daripada itu perjanji IPP dibuat dan secara tidak langsung telah membuka taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri pembekal tenaga di Malaysia.

Disebabkan itu juga, monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan ekektrik kepada Grid Kebangsaan.

Diantaranya ialah YTL Power Generation Sdn. Bhd. yang merupakan IPP terawal menandatangani perjanjian di bawah naungan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong.

Kontrak yang dikenakan di dalam perjanjian tersebut adalah selama 21 tahun dan dikhabarkan keuntungan yang diperoleh bagi setiap IPP adalah sebanyak 1 bilion setahun.

Bayangkan selama 21 tahun, 21 bilion lah ‘wang free‘ dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat ini yang masih di dalam kontrak perjanjian tersebut.

Jadi secara tidak langsungnya, rakyatlah yang perlu ‘membayar’ kepada taikun-taikun ini dan bukan apa, mungkin Tun M tidak perasan harga kepada semua kemajuan itu, kita (rakyat) lah yang membayarnya, bukan percuma. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IEAMYRUL HAZIQ EHSAN

618

KUALA LUMPUR – Parti-parti pembangkang menyatakan kegembiraan dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya terus menerus memberi tekanan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, parti pembangkang berhasrat mengadakan kerjasama bersyarat dengan Mahathir dan kumpulannya berikutan Mahathir dan pembangkang kini mempunyai agenda yang sama.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Sany Hamzan berkata, Pakatan Harapan perlu segera membuat kerjasama bersyarat dengan pasukan Mahathir bagi menentang kerajaan.

“Agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap 1MDB mampu digarap semaksimum mungkin.

“Terma-terma kerjasama ini haruslah dalam ruang lingkup untuk menyelamatkan negara dengan syarat yang kuat untuk Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman politik yang telah beliau legasikan sepanjang 22 tahun memerintah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sany berkata, tindakan Mahathir sanggup mengetepikan sengketa lama dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk memberi tekanan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatau yang menarik untuk parti pembangkang.

“Walau mungkin sukar, kita juga percaya bahawa melalui medium konsultasi, tiada masalah atau konflik yang tidak mampu dirungkai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

788

SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad pada Sabtu memberi jaminan untuk terus mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan dengan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata buat masa ini, pengeluar kereta nasional tersebut perlu menjual kenderaannya mengikut harga yang telah pun ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Berikutan penurunan tukaran asing, kos bahan mentah import itu juga meningkat. Namun kami masih cuba untuk mengekalkan harga (kereta Proton) seperti sedia ada,” kata beliau kepada wartawan.

Dr. Mahathir sebelum itu merasmikan Karnival Alami Proton 2015 di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, pada Sabtu. Karnival selama dua hari berkenaan akan berakhir pada Ahad ini.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, Proton merancang untuk mengeksport kereta elektrik Proton Iriz, yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300 kilometer bagi sekali pengecasan; ke pasaran Eropah.

Pada masa sama, Proton juga akan memastikan kesemua model kereta keluarannya pada masa depan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5, kata Dr. Mahathir.

Kami telah mencadangkan untuk mengeluarkan kereta jenis ini (Proton Iriz) ke Eropah dan tidak perlu membayar denda kerana ia cekap (tenaga),” kata beliau.

Mengulas ulang tahun ke-30 Proton tahun ini sejak diwujudkan pada 1985, Dr. Mahathir berkata syarikat itu berazam mengubah persepsi orang ramai bahawa ia mengeluarkan kereta berkualiti rendah.

Jelas beliau, Proton yang memulakan operasi dengan hanya menghasilkan kereta mekanikal kini ternyata mampu mengeluarkan kenderaan jenis elektrik yang menepati piawaian antarabangsa.

Malah, Proton sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan tinggi dengan memperkenalkan kereta yang dilengkapi enam beg udara.

“Proton kini dilihat sebagai pemangkin bagi mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia,” kata Dr. Mahathir lagi.

Menurut beliau, pengeluar kereta nasional itu akan kekal gigih bagi mengharungi cabaran industri automotif tersebut.

Selain itu, sejajar perancangan masa depan, Dr. Mahathir berkata, Proton akan mempertingkatkan prestasi varian keretanya tanpa perlu menukar nama sedia ada.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pihaknya akan memperkenalkan varian baharu Proton Perdana pada suku pertama tahun depan. – BERNAMA

435

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan niat di sebalik jemputan Umno Bahagian Pandan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu kenapa mereka jemput Tun. Apa niat (Umno) Bahagian Pandan?

“Jika niat mereka adalah baik dan bukan untuk menjejaskan parti serta mengikut etika mereka boleh mengadakan pertemuan.

“Jika mereka langgar etika, kami akan ambil tindakan terhadap mereka,” katanya memetik Rakyat Post.

Umno Bahagian Pandan merupakan perwakilan pertama yang menjemput Tun M untuk membincangkan isu semasa selain memberi ruang kepada mantan perdana menteri itu untuk menjelaskan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – MYNEWSHUB.CC

    1804

    JIKA diperhatikan sambutan yang cukup hangat diberikan peminat terhadap filem tempatan seperti Polis Evo dan Jwanita, namun berlainan pula situasinya dengan filem Kapsul yang ditayangkan sejak 17 September lalu.

    Setakat ini, difahamkan filem itu hanya mampu meraih kutipan sebanyak lebih kurang RM30,000 sahaja, jauh ke belakang bagi mengutip semula modal dibelanjakan untuk pembikinan filem ini yang berjumlah RM2.4 juta.

    Polis Evo Kutip RM8 Juta Dalam Masa 11 Hari Tayangan

    Konon-kononnya filem terbitan Two Tones Sdn. Bhd. ini dikatakan bakal mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana kemunculan istimewa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau glamor disebut Tun M.

    Negarawan itu ditampilkan secara khas dalam satu babak bergandingan dengan pelakon utamanya, Faizal Hussein, malahan anekdot ringkas itu diberi publisiti yang cukup luas di semua media massa tempatan.

    11737857_10154396525394572_4721940921148210709_n1

    Namun, nampaknya formula dan ramuan itu tidak boleh diguna pakai apabila kemunculan khas Tun M masih tidak mampu menarik kehadiran penonton bagi melihat penglibatan pertama beliau dalam bidang lakonan.

    Untuk makluman Kapsul adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun M yang mana idea filem adalah hasil gambaran penulis tentang bentuk fizikal kapsul.

    Isi kandungan tercatat dalam kapsul mengenai amanat Tun M menjelang tahun 2020 itu khabarnya ditanam di Monumen Alaf Baru di Putrajaya ketika upacara pecah tanah projek Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

    Disebabkan jumlah kutipan Kapsul yang amat memalukan ini, berkemungkinan besar penerbit-penerbit filem lain selepas ini akan berfikir panjang sebelum mengikat kontrak ambil Tun M berlakon dalam naskhah filem mereka.

    Mungkin juga sudah tiba masanya Tun M berehat meluangkan lebih masa dengan isteri, anak, menantu dan cucu bagi menebus kembali kesibukan 22 tahun menggalas tugas berat sebagai perdana menteri sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

    563

    KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menegur bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berpendapat beliau ada hak untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ini berpunca daripada sikap Dr. Mahathir yang percaya bahawa beliau merupakan individu yang telah berusaha keras konon untuk menjadikan Najib sebagai perdana menteri.

    Ini, katanya sama seperti apa yang orang di Amerika Syarikat kata iaitu If I can hire, then I can fire (Jika saya boleh ambil bekerja, oleh itu saya juga boleh pecat).

    Sebenarnya ini adalah tidak benar dan merupakan salah tanggapan. Mahathir bukan bos atau majikan Najib yang boleh memecat beliau sesuka hatinya,” katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my.

    Sesetengah orang, katanya mungkin mengelarnya delusi atau khayalan untuk seseorang itu fikir yang beliau boleh menentukan siapa patut dan tidak patut memimpin negara.

    Ia seolah-olah sistem demokrasi tentang bagaimana pemimpin dan kerajaan dalam sesebuah negara dipilih, sudah tidak lagi wujud.

    Dr. Mahathir mungkin boleh buat dakwaan itu apabila membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lagipun beliau yang lantik Abdullah sebagai timbalannya dan akhirnya letak jawatan dan serahkan kepimpinan negara kepada Abdullah,” katanya.

    Salleh berkata, sebenarnya Abdullah yang telah melantik Najib sebagai timbalannya, dan jika ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa beliau yang bertanggungjawab menjadikan Najib sebagai perdana menteri, pastinya Abdullah yang wajar membuat dakwaan itu.

    Menteri itu mengambil perhatian bahawa pada 2013, Najib menerajui Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan parti pemerintah telah memenangi pilihan raya tersebut.

    Jadi, pada 2013, rakyat atau pengundi, dan bukan Dr. Mahathir, yang menjadikan Najib sebagai perdana menteri. Dr. Mahathir hanya seorang daripada 11 juta pengundi,” katanya.

    Salleh seterusnya berkata UMNO yang telah memilih Najib sebagai presiden, dengan itu menjadikan beliau pemimpin UMNO yang telah dipilih oleh anggota parti secara sah.

    Sekurang-kurangnya tiada dakwaan berlakunya penipuan semasa pemilihan parti dan Najib tidak membatalkan pendaftaran UMNO untuk tutup penipuan seperti apa yang Bapa Merdeka, almarhum Tunku Abdul Rahman dakwa Dr. Mahathir telah lakukan pada 1987,” katanya. – BERNAMA

    534

    KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bekas perdana menteri itu membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya.

    “Menurut bekas editor WSJ, Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya,” kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

    Menulis di dalam blognya sskeruak.blogspot.com, katanya RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM225 bilion hari ini.

    Salleh berkata dalam buku, “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”, Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan.

    Ini berlaku biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau, ialah “bersih, cekap, amanah.”

    Salleh berkata menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an merupakan “satu dekad untuk tingkah laku yang buruk” atau “satu dekad yang buruk untuk tingkah laku yang baik.”

    “Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu benar?,” soal Salleh.

    Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ.

    Salleh berkata pandangan bahawa jika dakwaan itu tidak benar maka Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, dan ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah.

    “Bagaimanapun, jika Najib enggan menyaman WSJ, Dr Mahathir berkata itu bermakna dakwaan itu adalah benar,” katanya. – BERNAMA

    499

    PUTRAJAYA – Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menggesa komuniti antarabangsa untuk menjadi suara keamanan bagi rakyat dan negara-negara, dalam usaha menjadikan perbuatan melancarkan perang sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

    Semasa membuat gesaan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PGPF akan terus memperjuangkan bahawa perang bukan penyelesaian terhadap konflik, malahan jika ia akan mengambil masa 100 tahun untuk mencapainya.

    “Saya tahu ini akan mengambil masa dan kita perlu sabar. Kami harap usaha menentang perang ini dan memperjuangkannya, akan berjaya akhirnya tetapi kami sedar ini akan mengambil masa seperti perhambaan, yang mengambil masa hampir 200 tahun sebelum ia dihapuskan.

    “Ketika ini, kami telah mengambil langkah pertama dalam usaha menentang peperangan. Ia mungkin mengambil masa 10, atau 100 atau malah 200 tahun untuk mencapainya,” kata bekas perdana menteri.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dan syarahan umum pada program ke-4 Mahathir Global Peace School (MGPS) bertema, ‘Keadilan, Keamanan dan Kemakmuran bagi Warga Global’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Selasa.

    MGPS, merupakan inisiatif PGPF khusus untuk membolehkan pelajar daripada pelbagai kebudayaan dan latar belakang mendapatkan pemahaman lebih mendalam berkaitan keamanan dan keselamatan, yang merupakan isu penting dan penentu masa depan manusia.

    Kemudiannya pada sesi soal jawab, Dr Mahathir berkata negara anggota ASEAN sepatutnya menandatangani perjanjian bagi mempromosikan keamanan sebagai penyelesaian untuk menamatkan konflik dan mencegah perang di rantau itu.

    Memberikan contoh Malaysia yang menyelesaikan pertikaiannya dengan Indonesia, Singapura dan Thailand menerusi mahkamah dan rundingan, beliau berkata negara yang mengalami konflik perlu memilih untuk menyelesaikan isu itu menerusi timbang tara dan mahkamah antarabangsa, daripada melancarkan perang antara satu sama lain.

    Dalam menyelesaikan konflik melalui sistem perundangan, beliau berkata perlu ada perjanjian antara negara-negara untuk bersetuju atau menerima keputusan dibuat oleh mahkamah, tanpa mengira betapa negara itu terjejas olehnya.

    “Kita perlu berkempen bahawa perang adalah jenayah, dan pihak yang melancarkannya seperti jeneral, perdana menteri atau menteri pertahanan mesti dihukum…,” kata Dr Mahathir. – BERNAMA

    463

    KUALA LUMPUR – Komen bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai filem dokumentari terbitan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, adalah sama seperti menghina mahkamah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

    Mula-mula sekali mahkamah telah pun membicarakan kes ini dan telah membuat keputusan.

    “Adakah Dr Mahathir menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan bahawa hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?

    “Jika tidak mengapa Dr. Mahathir mempersoalkan mahkamah dan membuat sindiran bahawa mahkamah tidak jujur, sebenarnya sama seperti menghina mahkamah,” katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my semalam.

    Salleh berkata Dr. Mahathir harus ingat bahawa pada 1998 apabila beliau menjadi Perdana Menteri, dakwaan yang sama dibuat terhadapnya berhubung perbicaraan kes liwat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “…. Dan Dr Mahathir menjawab bahawa beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Malah seorang peguam yang mempersoalkan hakim telah didakwa kerana menghina mahkamah,” kata beliau.

    Selain itu, Salleh berkata ia bukan terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah seperti dicadangkan oleh Dr. Mahathir.

    Ia adalah bagi mahkamah untuk membuktikan kebersalahan. Dan mahkamah telah pun membebaskan Abdul Razak Baginda.

    “Jadi dengan apa cara lain Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib membersihkan namanya? Adakah terdapat cara lain selain daripada melalui mahkamah?” soalnya. – BERNAMA

    1240

    DENGARKANLAH…

    Waktu d sekolah rendah dulu..aku sgguh tertarik pd sbuah gmbar yg tgantung d depan kelasku..gmbar seorg lelaki berspek mata, berbaju melayu dan bersongkok hitam sambil d bibirnya tersimpul sbuah snyuman yg sgt mnggetarkan jiwa..senyumnya bgitu ikhlas ku rasakan..

    Gmbar itu slalu sj mncuri-curi perhatianku saat guruku mngajar d depan kelas..pandngan tajam matanya d dlm gmbar itu seolah2 memndang tepat ke arahku dan memerhati segala gerak geriku..

    Hari bgnti hari dan gmbar itu terus kadang2 mnghantui jiwaku..aku slalu btnya2 ttg gmbar itu kpd diriku sndiri..dan apa yg mnmbahkan lgi kemisteriusan gmbar itu kpdku adlh gmbar itu bkn saja tergantung d dpan kelasku malahan d semua kelas lain d bangunan sekolah 3 tingkat..

    Aku mula mengagak bhwa lelaki berkaca mata dan bersongkok hitam d dlm gmbar itu mgkin bknlah seorg manusia yg biasa2..klu tdak mna mgkin gmbarnya bisa tergantung d dpan semua bilik darjah d sekolahku..kdg2 jgak aku ada melihat gmbar itu d dlm surat khbar yg mnjadi pmbungkus nasi lemak yg aku beli d kantin sekolah..

    Aku mulai berilusi..kemungkinan lelaki itu tergolong dlm mnusia2 luar biasa dan hebat yg sebaris dgn hero2 d dlm watak kartun kegemaranku spt Superman Batman dan Spiderman..

    Mulai dri saat itu, lelaki d dlm gmbar itu tlh mnjadi idola buat aku..senyumannya selalu menenangkan jiwaku d saat mnghdapi kesulitan d dlm kelas..aku bgitu teruja sekali utk segera mnjadi dewasa seterusnya mnjadi hebat spt lelaki d dlm gmbar itu..

    keningau

    KINI SETELAH HAMPIR 20 TAHUN BERLALU…

    D celah2 ribuan org yg mmbnjiri Kula Lumpur kelihatan sebuah sosok tubuh tua..dia melambai lambai tngan ke arah ribuan org yg bersesak2 smbil dia d kawal oleh bbrapa org individu..

    Tiba2 terdgar jeritan suara yg memekakkan telinga..

    “Beeerrrrsiiihhhhhhhhhhhh…!!!”

    Sosok tubuh tua itu d beri satu ruang..dia berdiri d dpan ribuan org yg hmpir kesemuanya memakai baju kuning..dgn suara yg sdikit terketar2 dia mula berucap.. nmun suaranya sdikit tenggelam dlm suasana yg bgitu bingit bising dan panas itu..

    Entah knpa tiba2..sosok tubuh tua itu sgera mngingatkan aku pd sbuah gmbar lelaki berkaca mata, bersongkok hitam dan berbju melayu yg tergantung d dlm kelasku dulu..

    Iras wajahnya ada skit kesamaan..nmun garis2 kedut d wajahnya sdikit mmbezakan…snyumnya pun sdikit sama walau tdak semanis spt senyuman lelaki d dlm gmbar itu..

    Tp aku bgitu ckup yakin..aku bkn lagi bdak hingusan spt 20 puluh tahun dulu..aku kini tlh mnjadi mnusia dewasa dan mmpu utk berfikir menurut logik akal…sosok lelaki tua itu mmg adlh pemilik kpd wjah lelaki berkaca mata bersongkok hitam dan bbju melayu yg spt d dlm gmbar itu..aku bgitu ckup ykin..

    Perhimpunan haram yg d anjurkan oleh sbuah pertubuhan NGO yg d beri nama PERHIMPUNAN BERSIH 0.4 itu btul2 tlh meragut rasa respek dan kagum aku brrpuluh thun lamanya pd lelaki berkaca mata bersongkok hitam dan berbju melayu d dlm gmbar itu..dgn sekelip mata rasa banggaku pd lelaki misteri itu hilang dan lenyap bgitu sj..

    Kehadirannya d perhimpunan itu menokhtakan sgalanya..dia bkn lagi lelaki yg aku sangkakan spt 20 puluh tahun yg dulu..aku dgn bgitu sedih dan dlm keadaan terpksa mngisytiharkan dirinya bkn lagi sebaris dan sehebat dgn hero2 pujaanku time kecil dulu spt Superman Batman dan Spiderman..

    Jika sblm ini byak perbuatan2 nya serta suara2 baculnya yg mnghiris2 kpercyaan aku nmun rasa hormatku pdnya masih bersisa lagi..

    Dia ttp terus mnjadi idaloku utk mnjadi seorang mnusia yg hebat dan luar biasa..

    Nmun spt aku tlh katakan tadi..perhimpunan itu mnjadi nokhtah kpd sgalanya..perhimpunan itu mnjadi titik klimaks kpd rasa respek dan kekagumanku thdapnya…smkin hri kini aku smkin meluat melihat wajahnya..

    Dlm gelap jerubu yg kini mnyelimuti hmpir semua sudut bumi d Kuala Lumpur aku merayu kpd sosok tubuh tua itu..aku ingin dia kembali spt lelaki berkaca mata, bersongkok hitam dan berbju melayu spt mna d dlm gmbar itu dulu..aku rindukan senyumnya yg dulu..

    Aku brrhrap agar dia bisa smula mnjadi lelaki yg luar biasa dan hebat..

    Oleh: Facebook FromKeningauWithLove

      1049

      JIKA sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit di dalam sebuah babak di dalam filem, kini mantan perdana menteri dilihat bernyanyi mendendangkan lagu diatas pentas.

      Dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang netizen, Beliau yang juga dikenali sebagai Tun M, dilihat menyanyikan lagu popular klasik ‘My Way’ bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika di dalam sebuah majlis di Dewan Pedana Felda pada 11 September baru-baru ini.

      Tun M sejak akhir-akhir ini mendapat perhatian kerana tindakan berterusannya yang dilihat memberi kritikan terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

      Apa-apa pun, kami kagum sekejap melihat kebolehan mantan perdana menteri yang berjaya membawakan pitch suara dan vokal yang baik ketika menyampaikan lagu tersebut, jom saksikan.-Mynewshub.cc

      Oleh: hzqahmad

        1488

        KEHEBATAN mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad beraksi dalam berucap dan berhujah di pentas dengan mengupas pelbagai isu sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

        Malah tidak lama lagi, rakyat Malaysia bakal melihat satu sisi lain yang melibatkan bakat lakonannya apabila tampil buat pertama kalinya membintangi filem berjudul Kapsul.

        Pastinya, tayangan filem Kapsul yang dijangka pada 17 September ini dinanti-nantikan ramai apabila buat julung kalinya dalam sejarah perfileman negara, seorang yang begitu berpengaruh bersetuju terlibat sama berlakon dalam sebuah filem.

        Bercerita mengenai pengalamannya, Tun Mahathir, 90, mengakui berasa gementar sehinggakan terpaksa mengulangi beberapa kali dialog pada babak yang dilakonkannya dalam filem Kapsul.

        “Saya menggeletar apabila disuruh berlakon buat pertama kalinya. Saya ingat hanya di suruh untuk bawa kereta tetapi disuruh pula berdialog dan saya ikut sahaja.

        “Saya buat hanya satu hari sahaja. Saya terima untuk berlakon dalam filem ini setelah 1 tahun 3 bulan filem ini disiapkan.

        “Saya puas hati filem ini. Kalau yang ingin menilai dari segi lakonan saya, saya tak tahu nak letakkan diri saya di mana kerana saya bukan pelakon,” katanya yang turut ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika sidang media majlis pra tonton filem Kapsul, di Cineleisure The Curve.

        Difahamkan, menerusi filem Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali ini, Tun Mahathir melakonkan lima babak.

        Sementara itu, Tun Mahathir yang popular dengan nama Che Det turut meluahkan harapannya agar lebih banyak karya sebegini dihasilkan supaya generasi tidak mudah akan asal usul perjuangan negara untuk menuntut kemerdekaan.

        “Kena buat lebih banyak filem yang bergenre seperti ini supaya budak-budak tahu tentang perjuangan orang-orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan, kerana sekarang mereka buka mata terus melihat arus kemodenan yang dikecapi masyarakat sekarang,” ujarnya.

        Filem Kapsul diterbitkan oleh Two Tones Sdn Bhd dan dibarisi pelakon seperti Faizal Hussein, Elly Mazlein, Jue Aziz, Zamarul Hisham, Datuk Rahim Razali dan Normah Damanhuri. – MYNEWSHUB.CC

        Sumber: Roti Kaya!

        837

        MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak perlu diadakan demo ‘Baju Merah’ pada 16 September ini, yang mana bertujuan untuk ‘membalas’ balik perhimpunan haram Bersih yang diadakan baru-baru ini.

        Menurut beliau, Malaysia tidak perlu mengikut demonstrasi yang berlaku seperti di Bangkok, Thailand.

        “Saya tak rasa demo ‘Baju Merah’ ini perlu dilakukan. Baju kuning berlawan dengan baju merah, seperti mana yang berlaku di Bangkok.

        “Ini adalah isu negara kita sendiri, jadi kita selesaikan mengikut cara kita,” katanya memetik Berita Daily.

        Dalam himpunan Bersih, Mahathir menghadirkan diri bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

        Demo ‘Baju Merah’ dijadualkan bakal berlangsung pada Hari Malaysia (16 September) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

        Polis larang demo ‘baju merah’ 16 September.

        455

        KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.

        “Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan,” kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini.

        Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB.

        Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.

        “Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini,” kata Najib.

        Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB. – BERNAMA

        1073

        BAK kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri, Melayu memang mudah lupa. Labih malang apabila kelupaan itu diambil kesempatan pula oleh bangsa lain.

        Itulah yang boleh diibaratkan dengan tindakan Tun menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 Sabtu lalu. Beliau bukan sahaja menelan semula kritikan sendiri malah sebenarnya telah ‘diejek’ oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang menerusi ‘pujian’ atas kehadirannya itu.

        DAP Sanjung Mahathir Sebab Sertai Bersih 4.0

        Hakikat sebenarnya semua sedia maklum, DAP adalah puak yang paling pandai berpura-pura demi kepentingan politik sendiri.

        Maka tak hairanlah jika ketika perhimpunan Bersih sebelum-sebelum ini Tun Mahathir dijadikan antara bahan kutukan terhadap pentadbiran negara hingga disamakan seperti ‘Maha Firaun’, tiba-tiba ‘Firaun’ yang sama itu pula mereka puji melambung.

        mahafiraun (1)

        Rasanya rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu taklah terlalu bodoh untuk lihat apa yang sedang berlaku bukan?

        Bagi yang masih tak nampak, sedarlah bahawa ada satu parti politik yang bercita-cita mahu mengambil alih negara ini, sedang bersandiwara dan mempergunakan Melayu termasuk menerusi satu parti baharu bagi memenuhi agenda mereka.

        Mereka sangat licik hingga sekelip mata boleh tiba-tiba jadi sangat mesra dengan individu yang selama ini mereka labelkan sebagai musuh seperti Tun Mahathir, hinggakan bangsa Melayu yang tidak berfikir secara mendalam pasti dengan mudah termakan gula-gula mereka. – MYNEWSHUB.CC

        1117

        SIAPA jangka, dalam lautan manusia yang hadir memenuhi pelusuk Kuala Lumpur semalam bagi acara perhimpunan Bersih 4.0 tiba-tiba mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut muncul.

        Kira-kira jam 7.30 malam, negarawan tersebut bersama Tun Siti Hasmah Ali hadir di salah satu lokasi perhimpunan iaitu di Jalan Parlimen menuju Jalan Perak selama lebih kurang 15 minit.

        Terdahulu: Video: Gempar! Tun M Hadir Himpunan Bersih 4.0?

        Cakap tak serupa bikin? Ada segelintir menyifatkan kehadiran Tun M semalam sebagai kontra dengan agenda yang dilaksanakannya ketika memerintah dahulu

        Cakap tak serupa bikin? Ada segelintir menyifatkan kehadiran Tun M semalam sebagai kontra dengan agenda yang dilaksanakannya ketika memerintah dahulu.

        Situasi tersebut tentulah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penyokong Tun M kerana semua tahu, prinsip beliau ketika memerintah suatu ketika dahulu amatlah menentang perhimpunan haram.

        Dalam nada kecewa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut berkongsi luahan perasaan beliau menerusi laman sosial peribadinya.

        Tulis Ahli Parlimen Arau itu, “Wahai TM sayang, bahawa kasih sayang pada Tun tidak berubah walau ribuan nista dilemparkan. Saya tahu Tun bukan hendak jatuhkan Kerajaan tetapi Tun hendak jatuhkan DSNR.

        “Cuma saya terkilan kerana Tun hadir perjumpaan DAP yang anti negara Islam. Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah. I love you Tun.”

        Malah, beliau turut berkongsi harapannya agar Tun M tidak hadir sekali lagi ke perhimpunan tersebut yang berlangsung untuk hari kedua, hari ini.

        “Permintaan saya sebagai pejuang kecik ini ialah, Tolong Jangan Hadir Lagi.. Please Tun.”

        Sementara itu, Shahidan turut meminta agar pengkritik menghentikan tohmahan terhadap Tun M.

        “Kawan-kawan tolong jangan maki Tun Dr Mahathir.. Kita terlampau kerdil untuk berbuat demikian… Maki puak-puak natang Bersih tu.

        “Fahaman Sunnah… BOLEH KRITIK PEMIMPIN TETAPI HARAM JATUHKAN DENGAN KEKERASAN.”

        Perhimpunan yang makin menginjak waktu kemuncaknya malam ini terus menerus menerima pelbagai reaksi dari segenap pelusuk negara dan seantero dunia.

        Ada khabar angin turut bertiup menjangkakan kehadiran Tun M sekali lagi hari ini, tapi sehingga kini masih tidak dapat disahkan. – MYNEWSHUB.CC

        Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

        Tun M, Isteri Hadir Perhimpunan Bersih 4.0

        1293

        GAGAL melihat sambutan bangsa Melayu dalam perhimpunan Bersih 4.0, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya turun padang ke lokasi perhimpunan kira-kira pukul 7.30 malam pada Sabtu.

        Ketika tiba, Tun M bersama-sama dengan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.

        Video ini dikatakan telah dirakam di persimpangan Jalan Raja dekat Dataran Merdeka dan Tun M disambut hangat oleh peserta-peserta Bersih 4.0 yang rata-ratanya merupakan bangsa Cina.

        Baca: Pembangkang Sah ‘Hijack’ Acara Bersih 4.0


        Tun M Hadir Bersih 4.0 oleh mynewshub

        Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Tun M kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.

        Keadaan tolak-menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

        Sebelum ini, Tun M pernah menyifatkan perhimpunan haram Bersih adalah sebagai memalukan negara seperti mana perhimpunan Reformasi anjuran pembangkang pada penghujung 1990-an lalu.

        Malah beliau juga pernah menasihati anaknya, Marina agar tidak menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0 sebelum ini di mana salah satu objektif Bersih kebetulan adalah kepada hak asasi golongan LGBT.

        Perkara itu bagaimanapun amat disokong Marina serta parti-parti pembangkang kononnya kelompok tersebut juga wajar mendapat perlindungan hak asasi manusia.

        Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir di situ, beliau hanya berkata secara ringkas: “Just to look around (saja datang nak melihat-lihat)”.

        Malangnya kemunculan beliau kemudian cuba diperbesarkan portal propembangkang kononnya negarawan itu kini mula menyokong Bersih anjuran pembangkang bagi menggulingkan kerajaan.

        Untuk rekod, Dr Mahathir amat dibenci pembangkang kerana memecat bekas timbalannya Anwar Ibrahim pada 1998 akibat tidak dapat menerima latar belakang aktiviti seks bakal penggantinya itu. – Mynewshub.cc

        Oleh: hzq

          1710

          PELAKON terkenal tanah air, Faizal Hussein terpaksa mengelakkan dirinya daripada ditemuramah oleh media berikutan video lakonannya bersama bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi filem Kapsul adalah kerana perjanjian dengan beberapa pihak.

          Memetik laporan Mstar Online, pihak produksi telah meminta Faizal, 47, untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenai babaknya bersama Tun M yang viral sebulan sebelum tarik tayangan filem itu.

          “Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka mahu.

          “Bukan media tempatan sahaja, malah dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara lagi. Pihak produksi dan badan yang bertanggungjawab membawa Tun tidak benarkan saya keluar kenyataan sebelum 17 Ogos,” katanya.

          FH

          Babak antara Faizal Hussein bersama mantan Perdana Menteri, Tun M yang dinanti-nantikan.

          Video trailer filem Kapsul berdurasi 30 saat itu telah viral sejak kebelakangan ini kerana hadirnya mantan Perdana Menteri terkemuka itu sebagai salah seorang pelakon filem tersebut.

          Menurut Faizal, lakonannya bersama Tun M merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan.

          “Saya seperti tidak percaya kerana ia pada awalnya hanya angan-angan sahaja, biarpun hanya beberapa minit sahaja babak itu, namun ia sangat bermakna.

          “Filem ini adalah menceritakan tentang ideologi beliau dan pada penghujung cerita nanti beliau juga akan keluar dengan kereta proton baharu,” ujarnya kepada sumber.

          Filem Kapsul ini dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama Malaysia seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi yang bakal ditayangkan seluruh negara mulai 17 September ini. – MYNEWSHUB.CC

           

          871

          PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini berkata, dana politik yang diterima merupakan hak eksklusif presiden serta bendahari parti, lantas ia tidak dibincangkan secara terbuka.

          Tambahnya lagi, perkara berkaitan isu tersebut turut tidak dibawa ke dalam perbincangan tertutup parti mahupun majlis tertinggi UMNO.

          RM10 Juta Kempen PRU Zaman Tun M Tak Rasional – Najib Razak

          tribs1.transformed

          Najib dan Pak Lah hadir di perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepala Batas, hari ini.

          “Waktu saya jadi timbalan Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya tidak pernah menyoal Pak Lah. Saya tahu itu adalah urusan presiden parti.

          “Sampai sahaja pilihan raya fulus (duit) cukup, itu saja yang kita nak tahu … bagaimana presiden dapat dana, siapa bagi sumbangan itu hak budi bicara presiden. Kenapa pula nak dipersoalkan waktu saya jadi presiden parti,” ujar beliau seperti dilaporkan Astro Awani.

          Najib turut berkata, selepas mengambil alih tampuk kepimpinan parti, beliau meneruskan prinsip sama yang diamalkan presiden terdahulu.

          “Apa yang saya buat adalah untuk kepentingan parti dan bukan untuk peribadi … apa yang saya buat tidak menyalahi undang-undang negara.”

          Ahli Parlimen Pekan itu turut berkata, sepanjang menjadi timbalan kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak pernah mempersoalkan sesuatu yang di luar bidang kuasanya, iaitu urusan-urusan yang diketahui menjadi hak serta budi bicara presiden. – MYNEWSHUB.CC

          Beri Lebih Kuasa Autonomi Kepada Sarawak – Najib Razak

          901

          PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataaannya hari ini, menafikan dakwaan mantan PM, Tun Dr Mahathir bahawa ketika zaman pemerintahannya dahulu, beliau cuma membelanjakan RM10 juta untuk setiap pilihan raya umum yang dibuat.

          Ujar Najib lanjut, beliau sering mempertahankan Dr Mahathir sebelum ini, namun kenyataan terbaru itu disifatkannya perlukan ‘munasabah’!

          Zahid Dedah Ada Komplot Nak Gulingkan Kerajaan

          mahathir-kritik-najib

          Memetik laporan Malaysiakini, Najib berkata, perbelanjaan untuk deposit bagi setiap kawasan sahaja memperuntukkan sejumlah RM41 juta.

          “Itu dah lebih RM10 juta,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Kepala Batas, hari ini.

          Sambung Najib, “Itu tak termasuk berapa banyak baju T dan mesyuarat lagi.

          “Nak kritik pun kena ada asas dan mesti masuk akal. Ia tidak logik dan rasional. Oleh itu, saya akan betulkan keadaan.” – MYNEWSHUB.CC

          1MDB Berhutang Namun Belum Rugi – Najib Razak

          2041

          JANDA BAIK – Penulis buku politik veteran, Syed Hussein Al-Attas menyarankan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘zip mulut’ membuat ‘serangan’ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

          Ia susulan tindakan Tun M yang dilihat sejak kebelakangan ini asyik lantang bersuara mengenai hal pentadbiran kepimpinan negara sehingga boleh memburukkan lagi persepsi dan imej baik negara kita di mata dunia.

          Sehubungan itu, Syed Hussein telah menerbitkan buku ke-74 hasil tulisannya yang berjudul Dosa-Dosa Che Det yang mana ia menyenaraikan beberapa ‘dosa’ yang pernah dilakukan Tun M sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

          Penulis buku politik veteran, Syed Hussein Al-Attas

          “Tolong zip dia (Tun M) punya mulut. Anda (Tun M) merupakan kegagalan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Anda patut berasa malu.  (Dia sepatutnya) beri Najib peluang kesempatan (mentadbir negara).

          “Hari ini orang cerita tentang apa yang Najib buat saja. Sekarang kita kena tengok apa yang Mahathir dah pernah buat pula dulu masa dia memerintah negara ini.

          “Saya tak berani kata dia (Tun M) berdendam. Dia rasa kalau orang itu boleh rosakkan dia, ubah nasib dia (dalam politik), dia akan ‘bunuh’ orang itu,” kata Syed Hussein kepada pemberita tempatan.

          Beliau meluahkan kenyataan tersebut ketika ditemui MYNEWSHUB semasa majlis pelancaran buku terbaharu nukilannya bertajuk Dosa-Dosa Che Det di kediamannya di sini pada Khamis.

          Buku genre politik tanah air dan lengkap merekodkan segala peristiwa penting yang pernah terjadi sepanjang 22 tahun Tun M memerintah negara itu kini dijual di pasaran pada harga RM100 senaskhah.

          buku2

          Menafikan dia dibayar oleh mana-mana pihak untuk menerbitkan buku tersebut, sebaliknya menyatakan tujuannya menulis buku itu hanyalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk Malaysia.

          Syed Hussein bahkan bertegas mahu ‘mendidik’ rakyat Malaysia secara jujur agar dapat melihat suasana politik semasa dalam perspektif yang berbeza selepas selesai membaca buku tulisannya tersebut.

          Buku setebal 625 halaman itu mengandungi 50 bab yang mana kesemuanya mendokumentasikan perjalanan karier Tun M sepanjang memerintah negara dari 1981 hingga 2003. – MYNEWSHUB.CC

          Oleh: JULIANA JOHAR
          Foto/Video: RIZA RAZAK

          1278

          GEMPAR apabila satu screen shot tersebar luas dan dikongsi ramai pengguna Internet kononnya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan sulit dengan anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

          Melalui imej berkenaan, artikel yang kononnya hasil tulisan Melati A. Jalil itu turut menggambarkan ia telah dilaporkan oleh portal pro-pembangkang, The Malaysia Insider.

          ‘Usik Manja’ Najib Kalau BR1M Ditarik – Siapa Untung, Siapa Rugi?

          11885390_1660628940822607_5375782636721167148_n

          Artikel tersebut kononnya telah dimuat naik semalam kira-kira jam 4.10 petang.

          Walau bagaimanapun, melalui pengumuman terkini di laman portalnya, TMI menafikan pernah menerbitkan laporan berkenaan sambil menyifatkannya sebagai tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

          “The Malaysian Insider hari ini menafikan menyiarkan berita memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan anaknya, Datin Paduka Marina,” tulis TMI dalam artikel penafiannya. – MYNEWSHUB.CC

          Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

          Marina Mahathir Harap Kelantan Tak Laksana Hudud

          1494

          CHERAS – Apa sudah jadi dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad?

          Beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri mengkritik keras pihak yang mahu menjatuhkannya melalui demonstrasi jalanan sewaktu era reformasi pada tahun 1998.

          Hari ini Mahathir dalam kenyataannya pada satu majlis dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menyarankan orang ramai mengadakan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

          Mahathir Licik Tak Guna Akaun Peribadi – Nik Abduh

          “Rakyat Malaysia sekarang terlebih bertimbang rasa. Kalau di luar negara dah ada demonstrasi (jalanan) suruh orang tertentu turun,” katanya di hadapan peserta program Pesta Minda Malaysia Ke-11 anjuran UTAR di sini hari ini.

          Beliau menjawab soalan seorang pelajar berketurunan India yang mahu tahu pandangan Mahathir mengenai krisis semasa yang sedang melanda politik dan ekonomi Malaysia serta cara untuk menanganinya.

          Jawapan beliau mendapat tepukan gemuruh peserta program tersebut yang rata-rata mereka pelajar bukan Melayu.

          Turut hadir Pengerusi UTAR yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang pernah terpalit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada tahun 2010.

          Mahathir pada sidang akhbar dengan pihak media kemudiannya berkata, demontrasi jalanan terpaksa dilakukan jika Najib enggan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

          Bagaimanapun, katanya, ia merupakan kaedah terakhir untuk menjatuhkan Najib selepas semua kaedah lain gagal untuk memastikan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

          “Kita bukan negara yang ganas, Kita tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan tetapi kalau tiada cara lain kita mungkin menggunakan cara terakhir tersebut,” katanya.

          Sementara itu, Mahathir dalam jawapan lain kepada peserta program Pesta Minda Malaysia Ke-11 berkata, negara ini akan lebih maju jika semua pihak sedia untuk berkongsi kuasa dan kekayaan.

          Menurutnya, negara ini tidak akan maju jika cuma satu-satu kaum mahu meraih semua kekuasaan politik dan ekonomi dalam negara dengan alasan mereka berhak ke atas perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

          Demonstrasi Budaya Anwar Ibrahim – Tun Dr Mahathir Mohamad

          https://www.youtube.com/watch?v=MHZLc0Ut2tQ

          1298

          DALAM pada ramai yang mempertikaikan dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai wang derma, kini timbul isu baru apabila ada pihak mendakwa, taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan mantan PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyumbang sejumlah RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008.

          Dalam pendedahan yang dibuat oleh portal pro-kerajaan Mykmu, ia mempersoalkan tentang tuduhan bahawa ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik Kumpulan Berjaya telah menyalurkan hampir RM400 juta kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

          BACA: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

          3a78

          Memetik laporan yang disiarkan laman tersebut, “Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.”

          Bukan itu sahaja, menurut penulisnya Amin Yatim, beberapa ratus juta turut disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan beberapa tokoh perniagaan lain bagi membantu Pakatan Rakyat dalam salah satu pilihan raya paling sengit negara ini.

          21679173

          Dalam penulisan sama juga, penulis menggambarkan rasa kecewanya terhadap tindak-tanduk Tun M yang terus-terusan mempertikaikan kredibiliti Najib berbelanja habis untuk menang PRU, sedangkan dalam pada masa yang sama, dia langsung tidak menghalang tindakan kroninya menghulurkan bantuan kepada pembangkang.

          ‘Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.’

          Lantas, penulis menyifatkan Tun M tidak lagi berkelakuan sebagai seorang negarawan, malah tidak lagi menjadi seorang sahabat.

          “Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.” – MYNEWSHUB.CC

          Majlis Sambutan Hari Jadi Tun M Anjuran Vincent Tan

          1868

          KUALA LUMPUR – “Itu licik, bukan bersih namanya,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul.

          Kata beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh mendakwa dirinya bersih hanya kerana kerana tidak menggunakan akaun peribadi untuk wang pembiayaan politik.

          Menurut Nik Mohamad Abduh, zaman politik wang di Malaysia sebenarnya bermula dan begitu berleluasa pada era Mahathir yang kini diwarisi parti-parti politik.

          “Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

          Mahathir semalam menafikan beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

          Mahathir juga menyatakan beliau hanya pernah memasukkan wang tunai berjumlah RM20,000 dari Ibu Pejabat UMNO ke dalam akaunnya hanya pada PRU 1964 dan 1969.

          Isu mengenai pembiayaan politik itu timbul berikutan dakwaan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai dana kira-kira RM2 bilion.

          – MYNEWSHUB.CC

          838

          MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah hak Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

          “Itu hak Perdana Menteri, kalau dia nak gugur, dia gugur-lah,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara, pagi Jumaat.

          Diminta mengulas pengguguran Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara yang telah digantikan oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tun Mahathir berkata, “sekarang kita ada Peguam Negara yang baharu, saya rasa beliau akan menyiasat kes itu (1MDB). Sekarang kita juga ada PAC tanpa lima anggota , kita tunggulah sampai anggota baru dilantik,” katanya.

          Selain itu, Tun Mahathir berpendapat pemilihan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pilihan yang tepat iaitu dengan memberi isyarat mengangguk.

          “Beliau (Ahmad Zahid) layak seperti juga yang lain,” kata Dr. Mahathir.

          Pada masa yang sama, Tun Mahathir turut ditanya mengenai khabar angin yang melibatkan anaknya iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah akan digugurkan dari jawatannya.

          “Saya tidak tahu. Sesetengah pihak akan gembira, dan sesetengah pihak lagi sebaliknya. Yang pasti, jika seorang ahli politik ‘kehilangan kedudukannya’ tempatnya akan digantikan individu lain kerana ramai masih menunggu untuk memenuhi ‘kekosongan’ itu,” ujar veteran politik itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

          Sumber: Astro Awani

          378

          PETALING JAYA – Larangan meninggalkan negara yang dikenakan terhadap dua pemimpin pembangkang, termasuk wakil rakyat DAP adalah tindakan terdesak dan bermotifkan politik, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

          Menurut beliau, kerajaan bertindak ‘membuli’ pembangkang apabila mengambil tindakan segera terhadap pihak yang membuat pendedahan berhubung dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

          “PAS ingin mengingatkan kerajaan bahawa taktik membuli pembangkang dengan cara ini hanya akan menyemarakkan desakan dan keinginan rakyat untuk mengetahui kebenaran di sebalik semua dakwaan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

          “Rakyat akan melihat tindakan sebegini sebagai terdesak dan bermotifkan politik apabila tiada sekatan terhadap Dr Mahathir, pengkritik terhebat 1MDB, yang sudah terang-terang menjelaskan niatnya untuk menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri,” katanya merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan pada Khamis.

          Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan kredibiliti Jabatan Imigresen apabila tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap individu yang terlibat dan dikaitkan dengan isu 1MDB.

          “Persepsi buruk pada kerajaan akan bertambah apabila rakyat melihat mereka yang terlibat dengan isu 1MDB seperti Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat 1MDB masih bebas bergerak ke seluruh dunia, manakala mereka yang membongkarnya dikenakan tindakan,” katanya.

          Sehingga kini empat individu disekat daripada ke luar negara termasuk Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR, Mohd Rafizi Ramli.

          Terbaharu, seorang bekas pegawai 1MDB turut dihalang meninggalkan negara ini.

          Semakan di laman web Jabatan Imigresen menunjukkan bahawa Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, 44 yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB merupakan antara mereka yang disekat ke luar negara.

          SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.

          Individu lain yang dihalang ke luar negara adalah pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong. – mStar Online

            2142

            MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mencipta sejarah tersendiri dalam dunia perfileman apabila bersetuju untuk tampil buat pertama kalinya membintangi filem berjudul Kapsul.

            Lebih mengujakan, filem arahan Allahyarham Martias Mohd Ali dan terbitan syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd itu bakal menemui penonton tidak lama lagi bermula 17 September depan.

            Mengulas mengenai penampilan Tun M, penerbitnya Amru Najmi Osman berkata kehadiran negarawan tersebut dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

            “Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

            “Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong,” katanya kepada Harian Metro.

            Tambahnya, Tun M bersetuju untuk membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

            Menerusi filem itu, Tun M terlibat dalam lima babak antaranya termasuk berdialog dengan pelakon utama Kapsul iaitu Faizal Hussein.

            Difahamkan, filem ini telah menjalani penggambaran sejak tahun lalu hasil intepretasi Martias dalam menggambarkan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan  yang tercatat dalam kapsul berkenaan amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: CARRIE

            Sumber: Harian Metro

            2061

            MENGEJUTKAN! Anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh masa yang singkat hingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.

            Dakwaan tersebut dibuat oleh Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. Katanya, Mokhzani memiliki 18 buah kereta mewah pelbagai jenama.

            Dulu Kutuk Media Barat, Kini Tun M Jilat Ludah Sendiri

            event-20150327115940-9S3A1690_resized_650x420

            Lantas itu, ujar Azwanddin, Tun M harus tampil membuat penjelasan tentang sumber kewangan yang dipunyai anaknya berikutan ia dilihat bukanlah kemampuan sebenar mereka.

            Memetik kenyataannya dalam laporan Free Malaysia Today, “Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera.”

            Tambah Azwanddin, pendedahan yang dibuatnya hari ini hanya melibatkan nilai kereta sahaja, tidak termasuk nilai hartanah dan sebagainya.

            “Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz.”

            Susulan pendedahan tersebut, Azwanddin turut mencabar Mokhzani mahupun Tun M menyamannya jika mereka menganggap dia melakukan fitnah.

            “Jika pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas.”

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

            Najib Razak – Tun M Kalau Tak Boleh Sokong Janganlah Buli Saya

            1561

            NEGARAWAN ini pasti diingati seluruh isi Malaysia kerana jasa dan kejayaan yang dibawa sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 22 tahun, dari Julai 1981 sehingga Oktober 2003.

            Transformasi dunia maya dengan pengenalan Koridor Raya Multimedia (MSC), pembinaan KLCC dan Putrajaya, perintis jenama kereta nasional Proton merupakan antara kegemilangan dibawa Bapa Pemodenan tersebut.

            Selain dari kejayaannya melakukan anjakan terhadap ekonomi dan teknologi di Malaysia, beliau turut dikenang kerana kelantangannya mengkritik dasar-dasar yang dibawa beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Israel dan United Kingdom.

            Senang cakap, beliau berjaya berdiri di mata-mata pemimpin dunia yang lain sebagai seorang individu yang berpendirian.

            Beliau lah individu bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Hormat Tun M, Najib Takkan Serang Peribadi Mantan PM Itu

            397982-kuala-lumpur

            Namun demikian, selama meninggalkan tampuk pemerintahan kira-kira 12 tahun, Tun M dilihat tetap berada di hadapan kamera dan belakang rostrum mengkritik dan membelasah mana-mana pihak termasuk pemimpin penggantinya atas alasan tidak berpuas hati dengan kepimpinan individu tersebut.

            Fitnah? Tidak sama sekali. Kalau tak percaya, kita imbas kembali bagaimana Tun M mengangkat mantan PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya, namun hanya sempat memegang jawatan PM selama enam tahun, akhirnya Abdullah atau Pak Lah terpaksa tunduk terhadap desakan Tun M dan pihak-pihak lain untuk turun jawatan.

            Ramai yang beranggapan, Mahathir tidak berpuas hati dengan prestasi Pak Lah sebagai PM pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila Barisan Nasional (BN) telah hilang dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat dan terpaksa menyerahkan empat negeri kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

            Sampai satu tahap, Tun M, pada 19 Mei 2008, sanggup keluar UMNO dan berjanji untuk kembali dalam parti itu setelah Pak Lah meletak jawatan!

            badawi-najib

            Ingatkan setelah pengunduran Pak Lah dan pelantikan Datuk Seri Najib sebagai PM, Tun M akan diam dan tidak menganggu urusan pentadbiran kerajaan. Nampaknya, ia hanya satu mimpi.

            Beberapa tahun selepas Najib memerintah, Tun M kembali dengan taktik serangan sama, malah sejak akhir-akhir ini, dia dilihat semakin ganas melontarkan telahan tanpa bukti kukuh.

            Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Najib tanpa bukti kuat dan hanya bersandarkan maklumat yang diterimanya. Malah, Tun M turut tegar menjadikan media antarabangsa sebagai platform suaranya didengari, lantas memberi impak negatif kepada imej Najib dan Malaysia.

            Lihatlah bagaimana Tun M sanggup menulis sepucuk surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times dan mengecam pentadbiran negara sendiri, baru-baru ini.

            Bukan itu sahaja, hari ini pula, dalam wawancara bersama British Broadcasting Corporation (BBC) tentang isu berkenaan, Tun M turut menggesa supaya Najib mendedahkan akaun peribadinya sebagai usaha untuk membuktikan bahawa dirinya bersih dari tuduhan menggelapkan dana 1MDB sebanyak RM2.6 bilion.

            Kalau diimbas kembali, ketika zaman pemerintahannya dahulu, Mahathir dikenali sebagai anti-media barat kerana kebebasan yang diamalkan mereka.

            Bagi media di sana, mereka percaya kepada absolute freedom iaitu kebebasan mutlak dalam bersuara dan menyatakan pendapat melalui penulisan dan semestinya ia kontra dengan Tun M yang mengaplikasikan kawalan media ketika beliau berkuasa.

            Newspapers Publishers Seek To Stop Press Regulation Charter

            Ujar beliau dalam satu majlis di Putrajaya pada 2007, ” Kebebasan mutlak tak wujud, yang mana kebebasan perlu diminimakan dengan keperluan tertentu oleh masyarakat atau persekitaran. Konsep sama diaplikasikan kepada media yang mana kebebasan media tidak sepenuhnya.”

            Malah, dalam  ucapannya di Perhimpunan Organisasi Agensi Berita Asia di Kuala Lumpur pada 1981, beliau mengkritik media barat yang dikuasai oleh pihak-pihak tertentu untuk melampiaskan agenda mereka secara tersebunyi terhadap sesuatu negara.

            Ujar beliau, “Media antarabangsa barat yang dikawal pihak-pihak tertentu telah merosakkan kerajaan banyak negara membangun sehingga ada yang digulingkan. Apa yang mengecewakan adalah kerajaan yang mengambil alih kurang demokratik daripada yang sebelumnya. Mana-mana kerajaan yang mengambil alih, tidak lama selepas itu akan menjadi subjek media barat untuk dikutuk.”

            p1

            Mungkin tak ramai yang tahu, tetapi Tun M pernah terkelompok dalam 10 worst enemies of he press yang diberikan oleh Committee to Protect Journalists, sebuah organisasi membela hak-hak wartawan dari Amerika Syarikat kerana tindakannya yang menyekat hak kewartawanan ketika memegang jawatan PM.

            Itu cerita ketika beliau menjawat jawatan PM dulu. Sekarang semua itu telah berubah 360 darjah setelah beliau hanya menjadi pemerhati di luar gelanggang politik. Cuba anda fikir, kalaulah dia berada di tempat Najib ketika ini, adakah Tun M hanya akan tunduk pada asakan media pro-pembangkang? Sudah semestinya tidak!

            Malah, dalam satu kenyataan dari dari Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali, beliau menyifatkan Tun M sebagai pengecut dan memuji Najib kerana kebebasan media yang diamalkan pemimpin itu.

            Kini ramai yang tertanya-tanya, apa sudah jadi terhadap pendirian Tun M dahulu bahawa media antarabangsa merupakan alat propaganda pihak-pihak tertentu dan tegar menggunakan medium tersebut untuk hasrat yang sama?

            Adakah Tun M sudah ‘nyanyuk’ dengan kenyataan yang diungkapkannya dahulu atau dia tegar menjilat ludah sendiri demi kepentingan politik?

            Sayangnya, demi motif tertentu, negarawan itu kini tidak lagi dihormati seperti dahulu. Buat sesetengah pihak, dia dilihat sebagai mantan Perdana Menteri yang masih sayang pangkatnya manakala pemimpin pembangkang menjadikan dia sebagai pemudah cara menjatuhkan kerajaan sedia ada.

            – MYNEWSHUB.CC

            All The Best In Finding My Hidden Millions – Tun Dr Mahathir

            1038

            KEMELUT yang melanda antara dua tokoh besar iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus berlarutan dengan serangan demi serangan daripada pihak Tun M terhadap pentadbiran Najib.

            Lantas itu, sebagai Menteri Besar Kedah yang bekerja bersama pasukan Najib, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan anak sulung Tun M menyifatkan kedudukannya sebagai ‘tersepit’ antara pertelingkahan tersebut.

            Dalam satu ucapannya yang dimuat naik dalam sebuah blog, Minaq Jinggo, beliau berkata:

            “Saya tersepit antara dua tokoh besar dalam negara, satu pemimpin, satu bapa sendiri. Dalam istilah Bahasa Inggeris, ‘stuck between a rock and hard place’, maksudnya dua-dua keras, kita duduk tengah-tengah. Dalam Bahasa Melayunya, ‘bila gajah berperang kita nak lari mana.”

            Jangan Mimpi Tun Mahathir Sokong Pakatan – Mukhriz Mahathir

            21968814

            Dalam rakaman berdurasi hampir 11 minit itu, Mukhriz, walau bagaimanapun mengakui dia mempunyai pendirian peribadi namun mengambil pendekatan mendiamkan diri demi kepentingan negara, parti dan orang Melayu.

            “Saya ambil pendirian ‘duk’ senyap sahaja. Nak komen pandai-pandai, nanti ada yang terguris hati. Saya ambil pendirian untuk tidak mencelah. Secara peribadi tentunya saya ada pendirian. Tapi saya fikir apa kesan kepada parti, orang Melayu dan negara kita.”

            Dalam pada itu Mukhriz mempertahankan bapanya yang dikaitkan dengan skandal pemalsuan dokumen yang dilakukan individu warga Switzerland, Xavier Andre Justo, baru-baru ini.

            “Pandangan peribadi saya sendiri, tak timbul langsung Dr Mahathir terlibat dalam menyeleweng atau nak tukar fakta, emel atau sebagainya. Itu dakwaan tidak adil. Terbaru sekali, terlibat dengan Justo yang dikatakan dalang di sebalik menukar dokumen-dokumen ini, dan kononnya Tun Mahathir terlibat. Itu dakwaan tak benar. Saya harap tak panjanglah cerita itu.”

            Sebelum ini Mukhriz didesak oleh sesetengah pihak untuk menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Najib setelah Tun M bertubi-tubi menyerang Perdana Menteri dengan pelbagai dakwaan.

            Namun demikian sehingga hari ini, Mukhriz dilihat terus menyepi daripada memberi sebarang jawapan konkrit walaupun ramai sudah boleh mengagak pemimpin mana yang disokongnya… – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

            Rakaman Audio Ucapan Mukhriz Mahathir

            625

            PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menolak andaian lampu pada potret bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dipadamkan dengan sengaja.

            Katanya beliau percaya keadaan itu berlaku disebabkan masalah teknikal atau kerosakan pada fius lampu.

            Kecoh Gambar Tun M Di Bangunan PWTC ‘Ghaib’ Seketika

            Menteri Belia dan Sukan itu menganggap perkara tersebut sengaja diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

            “Takkanlah kita dengan sengaja padamkan lampu pada gambar Tun Mahathir. Itu tak masuk akal,” katanya ketika mengulas penyebaran dalam media sosial yang memaparkan potret tujuh orang presiden UMNO yang diterangi lampu, kecuali Tun Dr Mahathir.

            Potret berkenaan terletak di hadapan Dewan Tun Razak, PWTC.

            Khairy ditemui media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara kementeriannya dengan Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) di sini hari ini. – BERNAMA

            1484

            MENCETUSKAN persoalan apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam barisan Perdana Menteri di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, dikatakan tidak dinyalakan.

            Menerusi pautan gambar yang dimuat naik oleh Facebook Saya Sayang Tun Mahathir Mohammad, gambar bersaiz besar itu dikatakan ‘ghaib’ seketika walhal kesemua gambar bekas Presiden UMNO yang lain termasuk Datuk Seri Mohd Najib dilihat terang benderang.

            Maka, rata-rata netizen pun mulalah menyifatkan perkara tersebut berlaku disebabkan tindakan Tun M menyerang Perdana Menteri mengenai isu 1MDB.

            BACA: 1MDB: Pakar Siber Dakwa Data Sumber Diubah Suai

            m n n

            Namun hal yang sebenarnya bukanlah begitu.

            BACA: Siapa Xavier Andre Justo, Si Penjual Maklumat Palsu 1MDB?

            Menurut pihak pengurusan PWTC, connecter penyambung bekalan elektrik kepada gambar tersebut didapati terputus menyebabkannya menjadi malap untuk seketika.

            tun m2

            Malah menjelang jam 1 pagi Khamis, gambar Tun M ‘muncul’ bersinar kembali sama seperti gambar yang lain. – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: hzq 

            1264

            JIKA sebelum ini Mynewshub berkongsikan gambar comel Tun M bersama cucunya, hari ini video yang memaparkan aksi mantan perdana menteri melayan karenah gila-gila cucunya menjadi viral di media sosial.

            tun1

            Video yang berdurasi 10 saat itu menunjukkan cucunya, Meera Alyanna Mukhriz bersama datuknya, Tun M yang kelihatan cuba membuat mimik muka “Super Cute” ketika bersama.

            Memang melucukan, siapa sangka beliau dulunya seorang Perdana Menteri yang tegas dan lantang dalam pemerintahannya mempunyai sifat humor seperti ini.

            Apapun kami mendoakan semoga Tun sentiasa sihat dan kepimpinanmu Tun bakal dijadikan contoh buat genarasi-generasi baru akan datang. – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: hzq

            1157

            KUALA LUMPUR – Menteri Luar membidas kecaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times.

            Datuk Seri Anifah Aman kesal melihat Dr Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi.

            “Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara,” kata beliau dalam surat terbuka itu, yang dikirim kepada Bernama.

            Anifah mengkritik serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), UMNO dan tuduhan terhadap Perdana Menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Tun Razak.

            Ini ialah beberapa petikan surat Anifah mengenai 1MDB.

            “Contohnya dengan menyatakan bahawa RM42 bilion lesap dari 1MDB untuk menimbulkan kebimbangan awam sedangkan hakikatnya ini hutang yang diaudit bersandarkan aset bernilai RM51 bilion. Dakwaan-dakwaan melulu ini memberi kesan kepada sentimen pasaran terhadap Malaysia.

            “Selain itu, beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

            “Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir tidak berminat kepada jawapan daripada pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.’

            Mengenai pandangan Dr Mahathir terhadap UMNO yang menjadi ‘lubuk untuk ahli politik bernaung’, Anifah berkata: “Tun Mahathir yang mengetuai parti selama 22 tahun. Beliaulah semasa pemerintahannya berusaha untuk memupuk budaya “yes men” (Pak Turut) dan mengukuhkan kedudukannya.”

            Mengenai tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib, Anifah berkata ia semata-mata keterlaluan, dan tidak benar sama sekali.

            Beliau berkata ia adalah hasil daripada langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara begitu kritikal terhadap parti dan kerajaan yang beliau pernah memimpin.

            “Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya,” katanya. – BERNAMA

            743

            KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan pelbagai dakwaan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dalam blognya yang bertajuk ‘The 1MDB Story’ dan ‘More Investments By 1MDB.’

            Antara lain, isu membabitkan wang Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pembelian tanah serta usaha sama dengan PetroSaudi selain RM2 bilion yang dikatakan dipinjam daripada jutawan Ananda Krishnan.

            “Tidak berlaku cubaan untuk ‘merampas’ wang TIA,” kata 1MDB dalam satu kenyataan Selasa.

            Pada 2009, pelbagai perbincangan berlangsung antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai sumbangan setiap pihak sebagai pembiayaan untuk TIA, dengan pelbagai pilihan dibincangkan, katanya.

            Akhirnya, sumbangan Kerajaan Persekutuan membabitkan jaminan terbitan Sukuk RM5 bilion Sukuk oleh TIA, yang dilaksanakan pada 29 Mei, 2009, sebelum TIA dijadikan badan milik Kerajaan Persekutuan.

            “Susulan itu, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk menarik diri daripada TIA, yang menjurus kepada entiti itu menjadi milik Kerajaan Persekutuan pada Julai 2009.”

            Bertentangan dakwaan bahawa tiada kertas kabinet dibentangkan mengenai terbitan Sukuk terbabit, 1MDB berkata kertas Kabinet mengenai perkara itu disediakan dan diluluskan oleh Kabinet, selari dengan amalan standard, sama seperti semua jaminan lain kerajaan.

            “Tambahan pula, jaminan kerajaan bukannya ‘off-budget’ seperti didakwa. Ia merupakan liabiliti yang jelas dan diperakui Kerajaan Persekutuan, yang memegang 100 peratus kepentingan 1MDB,” katanya.

            Mengenai dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa semua orang mengetahui Ananda Krishnan perlu menyediakan RM2 bilion untuk membayar faedah, syarikat pembangunan strategik itu berkata, 1MDB memang meminjam wang RM2 bilion yang diurus oleh anak syarikat Tanjong PLC, yang digunakan untuk membayar pinjaman RM2 bilion yang disediakan oleh sebuah sindiket peminjam dalam negara.

            1MDB berkata ia membayar RM230 juta, bukan RM320 juta untuk membeli tanah berkenaan.

            Ia menegaskan bahawa 1MDB merupakan syarikat 100 peratus milik kerajaan dan oleh itu, sebarang pemindahan tanah kepada 1MDB dan seterusnya akan memberikan manfaat dari segi peningkatan nilai tanah 100 peratus untuk kerajaan.

            “Kos infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada 1MDB untuk menyiapkan

            Tun Razak Exchange sekurang-kurangnya RM1,500 sekaki persegi. Ini memberi faedah langsung kepada pembeli dan merupakan sebahagian daripada harga pembayaran.”

            Mengenai dakwaan bahawa ‘PetroSaudi tidak membayar ‘satu sen pun’ dalam usaha sama dengan 1MDB, ia berkata PetroSaudi, menerusi anak syarikatnya, memiliki aset membabitkan hak ke atas medan minyak di Turkmenistan dan Argentina, bernilai kira-kira US$2.7 bilion.

            Aset-aset ini dijual oleh PetroSaudi kepada anak syarikat yang lain ‘Joint Venture Company,’ yang pada masa aset dijual, merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh/dan pada asalnya 100 peratus milik PetroSaudi bagi memenuhi tujuan melaksanakan cadangan usaha sama dengan 1MDB.

            Sebagai pulangan kepada pemindahan aset bernilai US$2.7 bilion, Joint Venture Company perlu membayar sejumlah US$700 juta kepada PetroSaudi. Hutang ini wujud daripada pemindahan aset. Dan tidak ada pinjaman dibuat atau “perlu dilangsaikan’.

            Pada 29 Sept, 2009, 1MDB melaksanakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi.

            Selepas penilaian bebas diselesaikan, 1MDB menyumbang US$1 bilion dalam bentuk tunai, sebagai pulangan ke atas 40 peratus pemilikannya dalam Joint Venture Company, dan PetroSaudi menguasai baki 60 peratus kepentingan dalam Joint Venture Company.

            Sumbangan 1MDB adalah dalam bentuk tunai, dengan sumbangan aset PetroSaudi yang dinilai secara bebas berjumlah US$2.7 bilion, kata 1MDB.

            Menurut 1MDB, ia merupakan sebahagian daripada perjanjian usaha sama, dengan US$1 bilion daripada 1MDB, US$700 juta akan digunakan untuk membayar PetroSaudi atas pemindahan aset awal kepada Joint Venture Company dengan US$300 juta lagi kekal dalam Joint Venture Company.

            Setelah berpuas hati terhadap penilaian bebas itu, mengikut perjanjian usaha sama berkenaan, 1MDB membuat bayaran US$700 juta kepada anak syarikat PetroSaudi, dan memperoleh hak sah ke atas 40 peratus saham Joint Venture Company, sebuah syarikat bebas dengan aset bernilai US$2.7 bilion pada masa itu.

            Menurutnya, PetroSaudi mempunyai hak penuh ke atas US$700 juta yang dibayar oleh 1MDB dan dana ini adalah untuk kegunaan PetroSaudi, mengikut budi bicaranya. – BERNAMA

            552

            ALOR SETAR – Malaysia perlu tegas memberi tekanan kepada Myanmar untuk menangani isu pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang etnik Rohingya ke negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Beliau berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN seharusnya membawa isu ini ke peringkat ASEAN kerana ia merupakan masalah yang perlu diselesaikan sendiri oleh Myanmar dan bagi mengelakkan negara anggota ASEAN yang lain terheret sama dengan isu itu.

            “Kita (Malaysia dan ASEAN) hanya mampu memberikan bantuan sementara kepada pelarian Rohingya ini dan selepas itu mereka perlu dihantar balik semula ke negara mereka kerana jika tidak, ia akan menimbulkan masalah kepada negara ASEAN.

            “Kalau dia (Myanmar) buat macam ini, timbul masalah kepada negara ASEAN yang lain. Ini dia (Myanmar) punya masalah, tak bolehlah bunuh orang sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

            Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata Myanmar patut keluar daripada ASEAN sekiranya negara itu terus menerus bertindak kejam terhadap pelarian Rohingya yang disifatkannya melanggar hak asasi manusia.

            Beliau berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN hanya dapat memberi bantuan setakat yang mampu tetapi masyarakat antarabangsa perlu turut sama memikul beban secara bersama dalam hal ini dengan menghulurkan bantuan sewajarnya.

            “Sekiranya semua negara ASEAN bersepakat, kata putus mampu dicapai untuk menangani isu ini,” katanya.

            Terdahulu, Dr Mahathir dalam program sembang bersama pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di sini, berkata bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh semua pelajar sekolah mahupun institut pengajian tinggi memandangkan ia membolehkan negara ini setanding dengan negara maju.

            Beliau memberi contoh iaitu ketika menjadi perdana menteri, beliau telah memperkenalkan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains di sekolah.

            “Malah (ilmu matematik dan sains) sentiasa berubah setiap masa berbanding subjek Sejarah yang kekal sebagai fakta. Pada masa sama kita juga mahu memperkenalkan kebudayaan dan bahasa kita (bahasa Malaysia) kepada dunia, tapi penekanan harus diberikan terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian,” katanya. – BERNAMA

             

            1757

            Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mendedahkan jawapan kepada persoalan yang menjadi tanda tanya banyak pihak selama ini iaitu mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan beliau secara berterusan.

            Kata Najib, puncanya adalah kerana Dr. Mahathir mahukan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri seperti yang dilakukan Tun Abdullah Ahmad Badawi semata-mata kerana enggan memenuhi serta melaksanakan permintaan peribadi Dr. Mahathir.

            “Saya menolak kerana adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi untuk mentadbir negara ini dan melakukan apa yang saya rasakan bagus untuk negara ini, bukan untuk diri seorang sahaja.

            “Saya tidak percaya rakyat mahukan seorang bekas Perdana Menteri mentadbir negara ini dengan menggunakan proksi,” kata beliau dalam entri terbaru menerusi laman blognya, http://najibrazak.com/, hari ini.

            Najib bagaimanapun tidak menjelaskan apakah permintaan-permintaan peribadi daripada Dr. Mahathir itu.

            Beliau menambah, bagi tujuan menumbangkan beliau daripada jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menjadikan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai peluru untuk menyerang kepimpinannya.

            Kata Najib, agak jelas Dr. Mahathir bukan mencari jawapan tetapi menjadikan 1MDB sebagai alasan semata-mata.

            Beliau berkata, Dr. Mahathir tidak jujur dalam mempersoalkan mengenai 1MDB apabila menuduh RM42 bilion sebagai hilang, sedangkan ia adalah hutang kepada syarikat yang mempunyai aset bernilai RM51 bilion.

            Jelas beliau, selepas hutang RM42 bilion diperjelaskan secara terperinci, Dr. Mahathir mengubah kenyataan dengan berkata beberapa bilion telah hilang pula.

            “Kalau Tun jujur mahukan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan, beliau hanya perlu menanti hasil beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk merumuskan (jawapan kepada 1MDB).

            “Bagaimanapun, beliau seolah-olah tidak mempunyai keyakinan terhadap semua institusi dan pihak berkuasa yang sah itu atau minat terhadap jawapan yang mereka berikan,” jelasnya.

            Mengulas lanjut Najib menjelaskan, secara realitinya, andai tidak ada 1MDB pun, Dr. Mahathir akan tetap cuba mengulingkan beliau dengan menggunakan alasan yang lain pula.

            Najib juga mengulangi jaminan tindakan yang sewajarnya akan diambil andai ada berlaku sebarang pecah amanah atau penipuan dalam mana-mana urusniaga 1MDB tetapi semua itu hanya boleh dibuat setelah penyiasatan menyeluruh disempurnakan.

            Kenyataan penuh Najib boleh dibaca di sini

            – MYNEWSHUB.CC

            1111

            SHAH ALAM – Kisah ‘perang’ antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berterusan apabila masing-masing berbalas kenyataan melalui blog masing-masing.

            Terbaharu, Najib melalui ruangan soalan lazim di dalam blog, najibrazak.com menyifatkan apa sahaja yang disebut Dr Mahathir cenderung untuk dipercayai rakyat meskipun tidak semuanya tepat.

            “Walaupun saya turun (letak jawatan), Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Beliau boleh kata beliau mengamalkan hak demokrasi sebagai rakyat, tapi ini Tun Mahathir.

            “Rakyat cenderung percaya dengan apa sahaja yang beliau kata, walaupun tidak semuanya tepat. Beliau meninggalkan kesan kepada persepsi umum kerana beliau bukan sembarangan rakyat.

            “Ada alasan kenapa kebanyakan bekas pemimpin seluruh dunia tidak lagi campur tangan dengan kerja pentadbiran sebab apa sahaja yang mereka sebut akan mudah memberi kesan kepada sistem. Tun telah melakukan banyak perkara mulia dan hebat sebagai perdana menteri tapi beliau tidak lagi mentadbir negara,” katanya.

            Malah, Najib menyifatkan Dr Mahathir terus menyerang pentadbirannya kerana bekas perdana menteri itu telah menguasai persepsi umum.

            “Tun adalah ahli politik veteran dan menguasai persepsi umum. Beliau faham bahawa kenyataan politik tidak semuanya tentang kebenaran tapi tentang apa yang rakyat akan percaya dalam mahkamah pandangan rakyat.

            “Inilah sebab beliau terus menyindir, bercakap kenyataan yang separuh benar, membuat lawak yang mengelirukan, dan memutarbelitkan kenyataan untuk ia kelihatan menarik,” katanya.

            Sehubungan itu, Najib menggesa ahli-ahli Umno-BN dan rakyat Malaysia tidak terkesan dengan setiap serangan Dr Mahathir.

            “Ambil satu langkah ke belakang dan analisa fakta. Kita telah lakukan begitu banyak dalam enam tahun ini.

            “Tapi Tun abaikan semua itu dan hanya tonjolkan tuduhan serta masalah yang beliau tahu itu cara untuk mempengaruhi pemikiran rakyat menentang kerajaan dan saya,” katanya. – Sinar Harian Online

             

            1478

            KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau telah menimbulkan ‘masalah lebih besar” terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.

            “‘Masalah’ yang dirujuk oleh Tun sebahagian besarnya berpunca daripada perubatannya sendiri akibat daripada ‘serangan’ dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang,” kata perdana menteri dalam ruangan soalan lazim ditanya di dalam blog beliau, najibrazak.com.

            Najib berkata dakwaan berkenaan telah disebar luas menerusi Internet, dan ini merupakan sesuatu yang Dr Mahathir tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi perdana menteri.

            Beliau berkata apa yang jelas Dr Mahathir telah menggunakan pendemokrasian maklumat dalam sosial media iaitu semua maklumat, walaupun sekelumitpun tidak benar, dianggap sebagai benar.

            “Hanya kerana satu pembohongan telah disebarkan beribu-ribu kali, ia tidak akan menjadikan ia sebagai benar. Dengan serangan hebat seumpama itu dibuat secara dalam talian, adalah tidak menghairankan bahawa Tun fikir wujud ‘masalah’ lebih besar hari ini,” kata Najib.

            Najib mengambil peluang untuk menjawab kritikan dilemparkan terhadapnya dan pentadbiran beliau, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembelian jet rasmi dan kebimbangan terhadap keselamatan di Sabah.

            Mengakui bahawa pentadbiran beliau, sama seperti mana-mana pentadbiran lain, tidak terlepas daripada berdepan cabaran, Najib berkata rekod kerajaan sejak enam tahun lepas menunjukkan kerajaan menjadikan keadaan lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

            “Dan kami akan terus mengotakan janji kami untuk melakukan transformasi terhadap ekonomi, kerajaan dan negara apabila kita mencapai Wawasan 2020,” katanya sambil menggesa rakyat Malaysia untuk terus yakin dan bersama-sama berusaha untuk mencapainya daripada berbalah sesama sendiri.

            Najib juga mengingatkan anggota UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat Malaysia untuk tidak terus percaya bulat-bulat setiap kali Dr Mahathir melakukan ‘serangan’.

            Meminta mereka untuk berfikir sejenak dan menganalisis faktanya apabila itu berlaku, perdana menteri berkata apa yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir merupakan tuduhan dan masalah kerana beliau tahu bagaimana “untuk mempengaruhi minda rakyat terhadap kerajaan sekarang dan saya”.

            Najib berkata Dr Mahathir telah melakukan banyak perkara baik dan hebat semasa menjadi perdana menteri tetapi beliau tidak lagi menerajui pentadbiran.

            “Malah sekiranya saya berundur, Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Beliau boleh kata yang beliau hanya melaksanakan hak demokrasi sebagai sebagai seorang warganegara, tetapi inilah sifat Tun Mahathir,” kata Najib.

            Beliau berkata rakyat cenderung untuk percaya apa sahaja yang dikatakan oleh Dr Mahathir walaupun ia tidak betul sepenuhnya, dan ia mempunyai kesan amat besar terhadap persepsi orang ramai kerana beliau bukan sekadar orang biasa.

            “Terdapat sebab kenapa kebanyakan bekas ketua kerajaan di seluruh dunia tidak campur tangan dalam kerja pentadbiran semasa kerana apa sahaja yang mereka katakan boleh dengan mudah menjejaskan sistem itu,” katanya. – BERNAMA

            529

            KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengadakan perjumpaan ’empat mata’ bagi menyelesaikan sebarang perbalahan antara mereka.

            Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Najib dan Mahathir perlu bersemuka tanpa kehadiran orang ketiga yang bertindak sebagai faktor pendamai.

            “Saya rasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu menjadi faktor pendamai seperti yang diperkatakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

            “Tidak akan ada pihak ketiga yang boleh selesaikan kemelut ini. Hanya perbincangan empat mata boleh selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Art of Speed’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang, dekat sini, hari ini.

            Sebelum ini, Shahrizat berkata bagi tujuan menyelesaikan perbalahan itu, Muhyiddin, selaku Timbalan Presiden UMNO, perlu memulakan langkah tersebut bagi menyatukan kembali kedua-dua pemimpin berkenaan.

            Mengulas lanjut mengenai program dialog bersama perdana menteri dan badan bukan kerajaan (NGO) Jumaat lepas, Khairy berkata pihak penganjur sepatutnya menjemput wakil yang terlibat dalam isu berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu.

            “Siapa yang dipanggil mestilah ada kena mengena dengan isu prosiding, cadangan panggil Tun M (Tun Mahathir), Tun M tiada kena mengena dengan 1MDB,” katanya.

            Program dialog itu dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

            Dianggarkan 1,500 peserta daripada NGO hadir pada majlis dialog ‘Nothing2Hide’ itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sejak 9 pagi hari berkenaan sebelum program itu dibatalkan. – BERNAMA

            829

            ALOR SETAR – Menelusuri perjalanan di sepanjang Pekan Cina serta Pekan Melayu yang hanya dibahagikan satu jalan utama di Bandaraya Alor Setar dan mempunyai deretan bangunan lama kini lebih menarik dengan adanya lukisan mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Lukisan mural tersebut, yang terletak di Jalan Pekan Melayu di sini, siap semalam (6 Jun), merupakan usaha kerajaan negeri bersempena majlis pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah, di Tanjung Chali, semalam.

            Memaparkan anak jati Kedah itu berbaju Melayu dan bersongkok hitam tersenyum di sebuah dinding bangunan dua tingkat, dengan kelebaran 100 kaki (30.48 meter), lukisan mural itu dilihat mampu menghidupkan lorong di pekan tersebut.
            Di sebelahnya pula, kelihatan lukisan Menara Berkembar Petronas dan kereta pertama keluaran Malaysia, iaitu Proton Saga, yang kedua-duanya menjadi antara ikon kepada Bapa Pemodenan Malaysia itu.

            Pengurus Projek, Mustakim Ismail, 24, dari Medium Touch, Kuala Lumpur berkata beliau dan dua lagi pelukis, Abdul Qoyyum Mohd Nadzri 22, dan Mohd Zulfadli Ahmad Nawawi, 29, mula membuat lakaran itu pada 1 Jun lepas dan siap sepenuhnya semalam.

            Beliau memberitahu Bernama pemilihan Dr Mahathir dalam lukisan mural itu dibuat hasil perbincangan pihak beliau dengan kerajaan negeri Kedah.

            Menceritakan proses penghasilan lukisan mural berkenaan, Mustakim berkata dengan menggunakan gambar sebenar yang dirakam jurugambar MalaysiaKini, Lim Huey Teng, mereka memulakan kerja dengan melakukan lakaran asas dinding.

            “Selepas itu kami mulakan proses mewarna lapisan demi lapisan, lakar terus warna menggunakan cat semburan,” katanya.

            Sentuhan terakhir dibuat dengan memperbetulkan dan memperkemaskan lukisan bagi memastikan tidak ada kecacatan.

            Jelasnya operasi tersebut turut dibantu dengan penggunaan perancah dan skylift untuk para pelukis, disediakan khas kerajaan negeri.

            Lukisan mural itu, katanya, menggunakan hampir 100 tin montana gold spray paint dan Dulux Weathershield yang dibawa dari Kuala Lumpur.

            Mustakim berkata lukisan mural itu mampu bertahan lama, sekurang-kurangnya 10 tahun tanpa perlu dicat semula memandangkan ia menggunakan cat yang tidak mudah luntur dan tahan kepada pelbagai keadaan cuaca.

            Katanya tugas menyiapkan lukisan mural itu bukanlah mudah, mereka perlu berhadapan keadaan cuaca yang tidak menentu, seperti panas melampau dan hujan serta kilat.

            “Kami target lima hari, tapi ada masa tu hujan lebat dan kilat. Ada satu hari tu menyebabkan kami tak boleh nak buat kerja sebab risiko bahaya,” katanya. – BERNAMA

            596

            PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan program dialog perdana menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bukan atas arahan beliau atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

            Katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan itu berdasarkan aspek keselamatan susulan maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini pada majlis bertajuk ‘Nothing To Hide’ itu.

            “Pihak polis mendapat maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang akan menyebabkan sesuatu yang tidak positif walaupun tujuan anjuran majlis itu adalah untuk membuka sesuatu yang tidak patut diselindungkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama ulama Hadis, di sini.

            Ahmad Zahid berkata perdana menteri berdukacita dengan pembatalan dialog itu kerana beliau amat komited untuk hadir tetapi telah diberikan pandangan oleh pihak polis bahawa Najib tidak seharusnya hadir atas faktor-faktor keselamatan.

            Ditanya mengenai tindakan terhadap penganjur kerana membuka dewan kepada orang ramai walaupun majlis dibatalkan serta tindakan polis menghentikan ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara pada sidang media petang ini.

            “…Saya hanya menyentuh soal dasar. Soal operasi itu saya serahkan kepada ketua-ketua jabatan di bawah kementerian saya,” katanya.

            Pejabat Perdana Menteri dalam laman Facebooknya Jumaat memaklumkan Najib tidak hadir pada program dialog di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana faktor keselamatan atas nasihat ketua polis negara.

            Majlis anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) itu dijadualkan bermula pukul 10 pagi dengan wakil NGO, aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua perkara termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.

            Bagaimanapun pada pukul 10.30 pagi, penganjur membatalkan program itu kerana berlaku kekecohan di luar Dewan Tun Hussein Onn sehingga ada individu yang ditahan polis. – BERNAMA

            864

            KUALA LUMPUR: Kehadiran tanpa diundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke dialog Nothing2Hide mendorong pihak penganjur membatalkan program itu.

            Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairil Anuar Rahmat mendakwa, kehadiran Tun M mendorong ribuan penyokongnya menyerbu dewan, tempat berlangsungnya dialog itu sehingga menjejaskan keselamatan tetamu lain.

            Katanya, seramai 2,500 peserta termasuk 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke dialog itu sedangkan dewan hanya mampu memuatkan 1,500 orang.

            Katanya, disebabkan lambakan kehadiran yang tidak dijangkakan itu, dia telah dinasihatkan pihak polis supaya membatalkan program itu.

            “Pagi tadi Dr Mahathir telah bertemu saya, secara terbuka dan mengetahui dia tak diundang. Dia hadir hanya selepas kehadirannya diviralkan di laman sosial,” katanya.

            Khairil Anuar berkata, Dr Mahathir hadir disebabkan ingin bertemu peserta dialog dan mahu berucap jika diberi peluang oleh penganjur.

            Ketua Pemuda UMNO Kluang itu juga mendakwa, Dr Mahathir telah dibawa naik ke pentas untuk berucap tanpa kebenaran pihaknya.

            Mantan Perdana Menteri sempat berucap selama 15 minit sebelum diberhentikan oleh polis yang telah mengambil alih program itu atas faktor keselamatan.

            (Petikan: FreeMalaysiaToday)

            1042

            KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan pihak polis menghalang penganjuran Dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

            Ketua Biro Politik PKR, N.Surendran mendakwa, tindakan pihak polis memasuki premis forum itu berlangsung dan menghalang Mahathir daripada meneruskan ucapan tidak demoktratik dan menyalahi undang-undang.

            “Pihak polis tidak mempunyai sebarang kuasa dibawah Akta Polis 1967 atau undang-undang lain untuk menghalang perbincangan terbuka mengenai hal kepentingan awam.

            “Tindakan ini juga menyalahi undang-undang dan hak kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

            Surendran berkata, kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai tindakan polis tersebut dan mewujudkan satu inkuiri bebas berhubung tindakan tersebut.

            “Sudah tiba masa semua pihak bersatu menentang perkara ini,” dakwanya.

            Dilaporkan, Program Dialog bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan NGO di di sini dibatalkan setelah berlaku kekecohan di luar dewan.

            Pengumuman pembatalan itu dibuat pengacara majlis pada 10.30 pagi berikutan berlaku kekecohan dan pergaduhan dan polis menahan seorang suspek dalam insiden berkenaan.

            Dianggarkan 1,500 peserta daripada NGO hadir sejak 9 pagi ini untuk berdialog dengan Perdana Menteri. – mynewshub.cc

             

            691

            KUALA LUMPUR – Program Dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini dibatalkan setelah berlaku kekecohan di luar dewan.

            Pengumuman pembatalan itu dibuat pengacara majlis pada 10.30 pagi berikutan berlaku kekecohan dan pergaduhan dan polis menahan seorang suspek dalam insiden berkenaan.

            Dianggarkan 1,500 peserta daripada NGO hadir sejak 9 pagi ini untuk berdialog dengan Perdana Menteri.

            Sebelum itu penganjur mengumumkan penundaan majlis dialog PM bersama NGO namun meneruskan program itu tanpa kehadiran Perdana Menteri dan ia dimulakan dengan ucapan panel jemputan iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Ucapan Dr Mahathir bagaimanapun diberhentikan separuh jalan dan penganjur kemudian mengumumkan pembatalan program itu.

            Terdahulu pagi ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya mengarahkan supaya majlis dialog itu dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat. – BERNAMA

            1207

            MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bakal menghadiri program diskusi berkonsepkan ‘townhall’ yang akan dikendalikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjudul Nothing to Hide Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam.

            Majlis itu akan diadakan bermula jam 9 pagi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

            Tun Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Najib menerusi isu 1MDB.

            Pujian harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana bersikap terbuka, berani dan telus untuk mengadakan program seperti ini yang dilihat dapat memberikan pendedahan sebenar kepada masyarakat mengenai isu yang melanda Malaysia kini.

            tun1

            Bukan calang-calang pemimpin yang berani berhadapan dengan mantan ketuanya di dalam satu majlis diskusi.

            Umum mengetahui Tun M banyak mengasak pentadbiran Perdana Menteri melalui blog peribadinya.

            Tidak pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri Malaysia mengadakan sesi dialog dan diskusi bercorak ‘townhall’ waima tokoh negarawan Tun M sekali pun.

            Dari langkah ini dapat dibuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak memang tidak mempunyai sebarang perkara untuk dirahsiakan daripada seluruh rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

            669

            PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa generasi muda agar memelihara seni penulisan dan “dengan serius kembali kepada menulis secara sempurna”.

            Dr Mahathir, seorang penulis prolifik sejak zaman pelajarnya, mendapati generasi muda hari ini gemar menulis dengan menyingkatkan perkataan, menekankan kepada bunyi dan tidak pada ejaan.

            “Misalnya, perkataan (Inggeris) ‘for’ dipendekkan kepada ‘4’ (four) sementara ‘you’ kepada hanya ‘u’. Memang menyeronokkan kerana kamu boleh mengirim mesej panjang secara ringkas, dipadatkan kepada jumlah huruf yang sedikit.

            “Tetapi bila masa berlalu, akan hilang seni penulisan yang bernilai,” katanya.

            “Saya harap golongan muda kembali kepada penulisan yang sempurna…Saya syorkan kita perlu menguasai seni penulisan dan seni perhubungan,” kata beliau selepas melancarkan Pertandingan Penulisan dan Foto Yayasan Maybank-Yayasan Kepimpinan Perdana kedua di sini.

            Dengan tema “Empowering Youth for a Better ASEAN” (Memperkasa Belia untuk ASEAN lebih Cemerlang), pertandingan itu mencabar belia Malaysia berumur antara 13 dan 21 tahun mengemukakan penyertaan esei, fiksyen dan foto-esei, dari sekarang hingga 16 Sept.

            Hadiah utama pertandingan itu termasuk wang tunai USD2,500, baucer Macbooks, buku MPH serta ‘E-Book Readers’.

            Pemenang akan berpeluang bertemu dengan penulis serta wartawan foto terkenal di acara penyampaian hadiah pada November.

            Pengarah eksekutif Yayasan Kepimpinan Perdana Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob berkata tidak ada had jumlah penyertaan daripada seseorang peserta.

            Penyertaan boleh dikemukakan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

            Bagi esei, ia terbahagi kepada dua kategori. Kategori A berjudul ‘The Most Important Leadership Lessons I Learnt in School’ (350-500 perkataan) untuk golongan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun, sementara Kategori B berjudul ‘Volunteering Makes Us Better Leaders (750-1,000 perkataan) untuk kumpulan berusia 18-21 tahun.

            Untuk fiksyen, Kategori A (13-17 tahun) bertajuk ‘Heroism’ (350-500 perkataan), sementara Kategori B (18-21 tahun) bertajuk ‘Courage’ (750-1,000 perkataan).

            Bagi foto esei dengan judul ‘ASEAN Youth in Action’, penyertaan ialah bagi tiga hingga lima foto untuk kategori usia 13-17 tahun dan lima ke tujuh foto untuk (18-21 tahun).

            Untuk maklumat lanjut, layari http://www.maybankperdanacontest.com – BERNAMA

            2026

            DUA hari lalu, satu badan bukan kerajaan (NGO), Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM) membuat tawaran lumayan kepada mana-mana pihak untuk tampil membongkar kekayaan tersembunyi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun memacu jawatan tertinggi dalam kerajaan.

            Hadiah RM1 Juta Jika Ada Info Kekayaan Rahsia Tun M

            Bukan ‘kecil-kecil anak’ tawaran yang bakal diberikan! NGO terbabit berkata, individu yang berjaya membongkar rahsia kekayaan Tun M yang masih tidak diketahui umum akan diberikan sejumlah wang bernilai RM1 juta.

            Tidak menunggu lama, hari ini, CAGM tampil menyoal Tun M tentang dakwaan keterlibatannya dengan sebuah syarikat gergasi tenaga nuklear di Perancis, EDF atau Électricité de France.

            Menerusi kenyataan media yang dikirim melalui email, CAGM berkata, pihak mereka menerima bukti daripada satu sumber berpengkalan di Paris, Perancis tentang ‘penglibatan strategik’ figura tersebut untuk mengambil alih projek loji kuasa nuklear bernilai kira-kira USD20 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

            CAGM2 (1)

            Berdasarkan maklumat yang diberi, Tun M dikatakan berperanan sebagai ‘fasilitator’ kepada EDM untuk memasuki rantau Asian, khususnya Malaysia.

            EDF merupakan sebuah syarikat loji kuasa nuklear terbesar dunia dengan pendapatan tahunan lebih 70 bilion euro atau kira-kira RM280 bilion.

            Melalui kenyataan media tersebut, CAGM berkongsi beberapa maklumat dari sumber tersebut.

            Antaranya, penglibatan Tun M didakwa bermula semenjak 2005 di Mesir kerana memiliki hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri yang telah digulingkan, Husni Mubarak.

            Merujuk sumber, pengaruh Tun M ketika itu telah membawa kepada rundingan antara EDF dengan Tanjong Group Malaysia, sebuah syarikat milik taikun Ananda Krishnan yang juga rakan rapatnya.

            Akhirnya, rundingan dimetrai pada 3 Mac 2006 yang mana Tanjong Group membeli unit kuasa EDF dan dua lojinya pada harga USD307 juta.

            Pengambilalihan tersebut telah dibuat Kuasa Nusajaya (L) Ltd, anak syarikat milik penuh Tanjong Energy Holdings yang merupakan anak syarikat dimiliki sepenuhnya Tanjong Group.

            Kini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat kepada Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, yang dimiliki oleh syarikat pelaburan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

            1MDB

            Sementara itu, dalam kenyataan kepada Mynewshub, Pengerusi CAGM Md Zainal Abidin menafikan tuduhan yang dilemparkan banyak pihak kepada NGO itu, kononnya mereka disokong pihak tertentu.

            Jelas Md Zainal, CAGM adalah non partisan, malah mereka berazam untuk membongkar kemewahan yang dimiliki pemimpin-pemimpin Malaysia tanpa bias.

            “Kita bukan nak protect sesiapa. Sebagai sebuah NGO, kita kutip semua fakta dan data dan akan serahkan bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Interpol dan sebagainya.”

            Jelas Md Zainal lagi, tindakan memilih Tun M sebagai sasaran pertama adalah kerana mereka percaya, permasalahan yang sedang berlegar di atmosfera politik Malaysia kini berpunca darinya.

            CAGM turut mengalu-alukan reaksi dari Tun Dr Mahathir terhadap dakwaan-dakwaan yang dilontarkan kepadanya.

            Kita tunggu dan lihat, siapa yang kena… – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ALI, AHMAD & ABU

            Najib Razak Jawab Kritikan Tun M Tentang BR1M

            542

            Walaupun diasak segelintir pihak untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, nampaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan akur dan tetap bangkit mempertahankan kedudukannya sebagai teraju kepimpinan negara.

            Jadual beliau dijangka akan penuh dengan pelbagai aktiviti kerana bakal menjelajah ke seluruh negara bagi menyampaikan amanat penting itu kepada rakyat.

            BERKAITAN: Datuk Seri Najib Persoal Motif Tun M

            Memetik laporan MStar, Najib akan mengunjungi Perlis hujung minggu ini dan bertemu dengan pemimpin UMNO dan bakal menghadiri majlis makan malam di Dewan Wawasan 2020 di Kangar untuk menyampaikan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia.

            Sebelum ini, Najib telah membuat beberapa lawatan, antaranya di Kota Belud, Tawau, Johor Bahru, Gopeng dan Pekan.

            FW396336_SB01_100515_PM-lpr

            Beliau dilaporkan menggunakan kesempatan tersebut bagi mendekatkan diri dengan penduduk setempat dan menerangkan sendiri tentang isu-isu semasa serta dasar-dasar kerajaan.

            Selain itu, platform tersebut digunakannya bagi menjelaskan kontroversi yang menyelubungi pentadbirannya, seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian tanah milik Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji dan BR1M.

            Najib Jawab Isu GST, Jet Dan Cincin RM24 Juta Rosmah

            Menurut seorang pemimpin UMNO di Johor, sambutan baik yang diterima Najib ketika membuat kunjungan ke negeri paling selatan di semenanjung itu membuktikan bahawa beliau masih popular dalam kalangan rakyat.

            “Mereka datang untuk mendengar sendiri penjelasan terhadap isu-isu yang berlaku. Apa pun, Najib perlu berdiri dan membela dirinya. Beliau juga perlu meyakinkan rakyat bahawa beliau komited untuk menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan.”

            Ketika ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu paling lantang mengkritik kepimpinan Najib dan mendesak supaya Ahli Parlimen Pekan itu melepaskan jawatannya.

            Pihak pembangkang pula menggunakan isu panas seperti 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai subjek menghentam Najib serta kabinetnya.

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ALI, AHMAD & ABU

            PM Tak Tunduk Desakan Untuk Lepas Jawatan

            3184

            PERDANA Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab beberapa persoalan berbangkit yang hangat dikaitkan dengan beliau dewasa ini, termasuk isu GST yang mendapat kritikan ramai serta beberapa tuduhan lain yang dilemparkan mantan perdana menteri Tun Mahathir ke atas beliau dan keluarga.

            Semua ini dijawab menerusi pos terbaru di laman web rasm beliau, najibrazak.com.

            Berkaitan isu GST Najib berkata, sebagai pemimpin negara beliau cuba melakukan keputusan terbaik walaupun ianya membuatkan keadaan menjadi agak sukar pada mulanya.

            Pada masa ini ujar beliau, hanya satu daripada sepuluh rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan individu, justeru asas cukai perlu diperluaskan bagi kebaikan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

            Tambahan pula, 23% pendapatan semasa kerajaan yang bersumberkan minyak dan gas, terjejas berikutan kejatuhan harga pasaran minyak dan gas sedunia sekarang. Sekiranya berpegang pada sumber ini semata-mata, maka ia boleh merencatkan usaha memajukan negara.

            Tambah Najib, lebih 160 negara sudah mengamalkan GST sebelum ini malah dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia merupakan negara kelapan mempraktikkan cukai jenis ini.

            Negara jiran seperti Filipina, Kemboja, Vietnam, Laod dan Indonesia malah mengenakan GST sebanyak 10% berbanding hanya 6% di negara ini, ujar beliau.

            Merujuk kepada tuduhan dilemparkan Tun Mahathir kebelakangan ini, Najib menyifatkan kebanyakannya berbentuk fitnah dan berniat jatuh untuk menjatuhkan dirinya semata-mata.

            Antaranya kisah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin bernilai RM24 juta yang kembali diselak Tun Mahathir dalam satu ceramah di Ipoh baru-baru ini, jelas satu pembohongan.

            “Ini semua pembohongan. Syarikat yang memiliki cincin itu sendiri telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah,” tulis Najib.

            Mengulas tentang isu pembelian jet ganti yang digembar-gemburkan Tun bahawa ianya tidak digunakan Yang Di-Pertuan Agong, Najib berkata tuduhan itu nyata tersasar kerana Tuanku merupakan VIP pertama menggunakan khidmat jet tersebut untuk ke Langkawi dan akan terus menggunakannya pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: Rem Ramzi

            1297

            KUALA LUMPUR – “Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyuruh saya meletakkan jawatan dengan kadar segera kerana terlalu ghairah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak”.

            Demikian pendedahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung pertemuannya dengan Mahathir di Yayasan Al-Bukhary ada 13 Mac lalu.

            Beliau mengakui mencurahkan isi hati kepada Mahathir mengenai kekecewaannya dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan menyatakan niat untuk meletakkan jawatan itu.

            “Saya memaklumkan saya tidak akan mempengerusikan sesi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 yang berlangsung pada 11 Mac hingga 9 April 2015 ketika itu.

            “Atas keghairahan Mahathir untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, beliau bukannya menasihati saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan itu supaya permasalahan dapat diatasi dan dirungkai, sebaliknya beliau yang menyuruh saya meletakkan jawatan dengan kadar segera,” dedahnya dalam satu kenyataan hari ini.

            Pandikar berkata, beliau bagaimanapun pada 19 Mac lalu bertemu dengan Perdana Menteri dan memaklumkan hasrat meletakkan jawatan serta menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan bertarikh 18 Mac 2015.

            Namun, katanya, Najib tidak menerima dan membaca surat tersebut sebaliknya mahu tahu sebab dan punca beliau meletakkan jawatan dan beliau menjelaskan sebab-sebab tersebut.

            “Apa yang perlu diperjelaskan sebab untuk meletakkan jawatan bukan berpunca daripada masalah perabot atau kelengkapan Pejabat Speaker yang tidak sempurna atau perkara-perkara remeh lain. Jauh sekali didorong oleh perasaan merajuk,” katanya.

            Justeru, katanya, beliau tidak pernah memalukan Mahathir sebaliknya bekas Perdana Menteri itu yang mengaibkan diri sendiri tetapi menjelaskan Mahathir tidak berbohong dan beliau juga tidak berbohong dalam isu tersebut.

            – MYNEWSHUB.CC

            1430

            KUALA LUMPUR – “Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan.”

            Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

            “Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

            “Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

            “Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

            “Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign,” katanya di pelancaran buku ‘Dr Mahathir’s selected letters to world leaders’ di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

            Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

            “Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya,” katanya.

            Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan ‘hasrat untuk meletakkan jawatan.’

            Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.

            Hari ini Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13. – astroawani.com

            1165

            Kelab Veteran UMNO Malaysia menyimpulkan usaha meleraikan kemelut yang melanda antara dua pemimpin terkenal iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad sebagai sukar.

            Ini berikutan sikap Tun M sendiri yang enggan menerima nasihat walaupun pelbagai usaha telah dilakukan ahli UMNO.

            Dalam laporan Sinar Harian, Datuk Mustapha Yaakub yang juga setiausaha agung kelab tersebut berkata, usaha tersebut adalah tindakan sia-sia.

            [Khaled Ulangi Sokongan Kerajaan Johor Kepada Najib]

            mustapha2-M

            “Dr Mahathir tak nak dengar cakap orang lain. Ini sukar, Ia harus datang dari Dr Mahathir sendiri, kesedaran dan keikhlasan beliau menyuarakan pandangannya.

            “Veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) pernah menyatakan kesudian untuk menjadi orang tengah, tetapi kami bagai melukut di tepi gantang.

            “Dr Mahathir tidak akan dengar cakap orang lain,” ujarnya seperti dilaporkan ahbar berkenaan.

            Sementara itu, memberi ulasannya terhadap gesaan Tun M agar ahli UMNO menggugurkan Najib daripada jawatan dalam kabinet dan parti, Mustapha berkata, ia tidak mustahil walaupun mengakui kesukaran.

            “Ajakan dan desakan Dr Mahathir tidak mustahil berlaku, tetapi sukar. Najib masih mampu mentadbir negara.

            “Jika Majlis Tertinggi UMNO mahupun Kabinet bersetuju menjatuhkan Najib, ia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan keadaan.”

            Selain itu, Mustapha menolak cadangan undi tidak percaya dilakukan terhadap Najib kerana krisis tersebut patut diselesaikan secara beretika.

            “Jika mahu Najib berundur, tunggulah Perhimpunan UMNO akan datang. Ketika itu, cabarlah kerusi Presiden.

            “Jika Dr Mahathir masih mampu, beliau juga boleh mencabar jawatan itu.”

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ALI, AHMAD & ALI

            Serangan Tun M, Saya Terbuka Kepada Kritikan – Najib Tun Razak

            1475

            Mungkin dalam atmosfera politik kini, kebanyakan pembangkang melihat situasi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai satu kelebihan untuk milage politik mereka.

            Mana taknya, Tun M acapkali bersuara inginkan Najib untuk mengosongkan posisinya sebagai ketua kerajaan.

            Di pihak Pakatan Rakyat (PR) terutamanya, ‘gelora’ dalam pentadbiran Najib dan UMNO dilihat sebagai satu kelebihan buat mereka.

            Namun, tidak buat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang!

            najib

            Abdul Hadi berkata, Najib perlu diberi peluang untuk meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri kerana dia dipilih berdasarkan sistem yang adil.

            Memetik kenyataannya dalam laporan The Star, “Saya setuju dengan Najib apabila beliau tidak melepaskan jawatannya dan dia patut diberi peluang untuk menghabiskan tempoh pemerintahannya.”

            Beliau membuat kenyataan menyokong Najib di Kuala Terengganu hari ini.

            Ujar Ahli Parlimen Marang itu lagi, kecaman buat Najib untuk melepaskan jawatannya disebabkan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sia-sia.

            Ia sangat memalukan untuk memberi tekanan kepadanya segera letak jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang telus.”

            Abdul Hadi turut membandingkan senario Najib dengan era pemerintahan Perdana Menteri terdahulu yang terpaksa meletak jawatan kerana desakan sesetengah pihak.

            Ini bukanlah situasi baharu. Sebelum 1MDB, kita turut menghadapi masalah dengan Perwaja (Steel Sdn. Bhd.), Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan banyak lagi.”

            [MT Beri Sokongan Padu Najib, Muhyiddin Terajui UMNO]

            Tekanan yang dihadapi Najib dari pihak luar termasuk veteran UMNO  gagal menggugat beliau yang malah diberi sokongan penuh oleh kesemua sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

            Selain itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat semalam turut menyatakan sokongan padu kepada beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi kepimpinan tertinggi parti.

            Kenyataan terbaharu Abdul Hadi ini dilihat sebagai satu tamparan buat pakatan pembangkang.

            Maklumlah semalam, Abdul Hadi dilihat bersetuju dengan perlantikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang. Hari ini pula, lain ceritanya, dia menyokong kepimpinan Najib!

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ALI, AHMAD & ABU

            Laporan Astro Awani: Najib Mohon Kedutaan Turki Bantu Hadi Awang

            1350

            DALAM keadaan ketegangan hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad, ditambah pula dengan kontroversi pembelian sebidang tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, maka ramai mengandaikan situasi makin meruncing terutamanya posisi Najib sebagai PM.

            Bukan itu sahaja, dalam perkembangan terbaru, ada juga mendakwa, hubungan antara Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tidak sebulu.

            Dakwaan itu muncul setelah Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa isu 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Permatang Pauh.

            Maka terdapatlah desas-desus kononnya, keadaan akan jadi ‘huru-hara’ di Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sedang diadakan ketika ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

            Memetik kenyataan bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di ruangan blog peribadinya zamkata.blogspot.com, berdasarkan maklumat yang dterimanya satu tindakan bakal dibuat oleh keseluruhan anggota MT.

            ZAM INTERVIEW

            Tulisnya, “Mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang ini.”

            Bukan itu sahaja, blog-blog pro pembangkang turut memainkan isu ini dengan memetik fakta-fakta yang dinyatakan Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama penanya, Zam.

            Bagaimanapun, senario yang digemburkan hanya sekadar andaian kerana sehingga kini, tiada laporan sahih menunjukkan keadaan tersebut benar-benar berlaku.

            Membelek laman sesawang Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), tiada satupun laporan yang mengaitkan tentang situasi yang dicanang tersebut berlaku sehingga kini.

            Ketika ini, Najib sedang mempengerusikan mesyuarat bersama anggota Majlis Tertinggi UMNO.

            CEtjtY5WEAEo9k9

            Sumber foto dari akaun Twitter Astro Awani

            Maka, dapat disimpulkan bahawa kenyataan yang ditulis Zainuddin hanyalah andaian semata-mata tanpa bukti kukuh.

            [Saya Tidak Akan Tunduk Pada Tekanan, Letak Jawatan PM]

            Sokongan yang diterima Najib dalam pertemuan dengan penduduk Sabah semalam juga menjadi bukti bahawa beliau masih lagi memegang mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

            Malah dalam ucapannya, Najib menolak desakan segelintir pihak menggesanya meletak jawatan.

            Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” ujarnya yang membuat ucapan di hadapan kira-kira 40,000 penduduk di Padang Perbandaran Tawau.

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ALI, AHMAD & ABU

            PM Tak Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan

             

            1071

            Walaupun mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat banyak mengkritik pentadbiran negara sejak akhir-akhir ini, namun itu tidak bermakna bahawa pemimpin tersohor berkenaan menyokong pakatan pembangkang.

            Kenyataan tegas itu dikeluarkan oleh anak beliau yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media di Tanah Liat, Permatang Pauh, Pulau Pinang sebentar tadi.

            [BACA: Tun Dr Mahathir Optimis BN Pertahan Rompin]

            tun m

            “Kalau kita lihat kepada kenyataan-kenyataannya, beliau masih berharap yang BN akan menang pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.

            “Apa-apa kenyataan dan teguran yang beliau lakukan sekalipun, ia untuk kebaikan UMNO dan BN. Tak timbul langsung isu Tun Mahathir menyokong pembangkang.

            “Jadi jangan haraplah dia akan menyokong Pakatan Rakyat.”

            Beliau berkata demikian setelah diajukan soalan tentang segelintir pihak yang menggelar Tun M ‘Ketua Pembangkang tidak rasmi’ kerana kelantangannya menyatakan pandangan terhadap pucuk pimpinan BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ALI, AHMAD & ABU

            Siapa Kata Mukhriz Mahathir Tidak Sokong BN?

            1535

            Bila ada individu yang berkongsi berita bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi kemalangan, ia terus mendapat perhatian ramai.

            Ada pula pihak yang berkata, pemimpin nombor satu negara itu cedera! Eh, betul ke berita ni?

            Tak payah gundah, ia sebenarnya hanyalah satu jenaka dari segelintir individu ‘nakal’ yang menggunakan sekeping foto kemalangan melibatkan sebuah bas yang melanggar satu papan tanda berwajah Najib.

            IMG-20150427-WA0005 (1)

            Melalui medium Internet dan aplikasi Whatsapp, ia telah dikongsi ramai dan dijadikan topik perbualan.

            Namun pastinya, ia tidaklah memberi informasi salah mahupun fitnah kerana gambar tersebut terang-terang menunjukkan bahawa yang dilanggar itu hanyalah sebuah papan tanda.

            Najib ok aje…sihat Alhamdulillah….

            Namun, di sebalik gurauan tersebut, isu ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan senario semasa yang melanda arena politik negara.

            Anda pernah dengar kata-kata bahawa ‘sekeping gambar boleh memberi seribu tafsiran berbeza?’.

            Secara tak langsung, foto yang dimuat naik itu mampu memberi takrifan terhadap hubungan semasa dua tokoh politik terbabit.

            [BERKAITAN: 1MDB: Antara Fakta & Auta Tun Mahathir]

            8570780641_b44fa4b79f_b

            Semua tahu, hubungan antara Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad makin meruncing dari hari ke hari akibat serangan Tun M terhadap isu melibatkan pentadbiran negara.

            Namun, Najib langsung tak melatah dalam menguruskan kritikan tersebut dan tetap ‘steady‘!

            Senang cakap, Najib meneruskan tugasnya sebagai tonggak meneraju negara walaupun menghadapi kritikan tajam.

            Pastinya, gambar ini memberi satu makna buat Tun M, iaitu walaupun beliau mengasak dengan isu 1MDB, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perlaksanaan cukai GST, Najib tak pernah gentar dan masih ampuh berdiri!

            Sama seperti papan tanda tersebut, ia tak roboh walaupun telah dilanggar oleh kenderaan berat.

            – MYNEWSHUB.CC

            Ucapan Tun Dr Mahathir

            799

            MUADZAM SHAH – Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh akan memberi penjelasan sewajar terhadap perkara yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun tumpuan utama penjelasan yang akan dibuat oleh jentera BN ialah mengenai isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

            “Mana yang boleh kita jawab, kita jawab. Itu tanggungjawab sebagai jentera BN. (Namun) tak payah kita tumpukan kepada apa yang beliau (Dr Mahathir) sebut, tapi lebih kepada apa yang kita tahu berlaku di bawah.

            “Itu lebih baik dan menjurus kepada pengundi di kawasan itu (Rompin dan Permatang Pauh),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama 600 warga Institusi Pendidikan Daerah Rompin di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

            Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap pentadbiran kerajaan.

            Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khir Mohamad Yusof, Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail dan calon BN pada PRK Rompin, Datuk Hasan Arifin.

            Ditanya sama ada kritikan Dr Mahathir akan memberi kesan buruk kepada BN pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata ia terserah kepada jentera parti untuk turun ke akar umbi bagi memberikan penerangan.

            Kebelakangan ini, Dr Mahathir menerusi media dan laman sosial mempersoalkan pentadbiran negara, termasuk memberi saranan supaya perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 April lalu ditarik semula dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihentikan.

            Dalam pada itu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan jentera BN di Rompin, yang disifatkan beliau sebagai ‘berjalan dalam satu pasukan yang kuat’.

            “Saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, tak ada kawasan yang kita tinggalkan dan beri perhatian sama berat…calon kita (Hasan) juga baik dan semua orang kenal, jadi senang untuk kita buat kerja,” katanya sambil menasihatkan penduduk Rompin untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang semasa berkempen.

            PRK Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei ini menyaksikan Hasan dicabar calon PAS Nazri Ahmad, 40, bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lepas.

            Sementara itu, PRK Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Suhaimi Sabudin, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman dan calon Bebas, Salleh Isahak.

            PRK yang dijadualkan pada 7 Mei ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. – BERNAMA

            1463

            Oleh Tun Faisal Ismail Aziz

            Adakah portal berita pro-pembangkang dan Tun M ‘bekerjasama’ merosakkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia?

            1. Dulu Tun M kata dia tidak menuduh Datuk Seri Najib tetapi hanya bertanya. Tun M juga kata dia tidak menyuruh Najib meletak jawatan dan digantikan, tetapi hanya bertanya. Tun M terbukti berbohong apabila ada video yang mengesahkan dia tidak bertanya, sebaliknya membuat kenyataan mahu Najib digantikan kerana kononnya Najib mempunyai terlalu banyak skandal.

            2. Dulu Tun M mendakwa duit 1MDB yang ‘lesap’ adalah RM42 bilion. Tun M bertanya ke mana wang ini pergi dan mempersoal sama ada 1MDB benar-benar mempunyai aset dan tanah? Sekarang ‘wahyu’ terbaru Tun M menyebut jumlah yang ‘lesap’ bukan RM 42 bilion tetapi hanya RM27 bilion. Tun M turut membantu menyenarai dan menganggar nilai aset 1MDB walaupun dulu didakwa kononnya 1MDB tiada aset.

            3. Blogger dan cybertrooper pro Tun M pula sudah semakin keliru. Walaupun tidak faham kisah sebenar 1MDB mereka terpaksa mengubah skrip untuk disesuaikan dengan ‘wahyu’ terbaru Tun M.

            4. Dalam blognya, Tun M mendakwa 1MDB sebagai syarikat dengan modal RM1 juta tidak boleh meminjam sehingga 42,000 kali nilai modalnya tanpa sandaran dan hanya boleh berbuat demikian dengan jaminan kerajaan. Tun M juga cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya.

            5. Tun M nampaknya menyembunyikan fakta bahawa hanya RM 5.8 bilion hutang 1MDB yang dijamin kerajaan. Baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan  kerajaan Abu Dhabi. Tun M juga gagal menjelaskan bahawa 1MDB adalah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin kerajaan.

            6. Satu lagi perkara yang perlu dijelaskan adalah dakwaan bahawa1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh 5 buah bank, iaitu Maybank (58.9 %), RHB (32.4 %), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%). Ada blogger pro Tun M yang cuba menyamakan kegagalan ini dengan kegagalan Renong-UEM (pada zaman Tun M) dan kegagalan sistemik sistem kewangan dan perbankan negara walaupun agensi penarafan Moody menafikan hutang 1MDB akan mengakibatkan kegagalan sistemik. Hakikatnya 1MDB telah membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion telah ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.

            7. Dalam blognya, Tun M turut menyebut tentang isu komisen Goldman Sachs dan kadar faedah bon yang tinggi. 1MDB telah menjelaskan tentang perkara ini dan sejumlah perkara lain dalam FAQ 1MDB di laman web 1MDB. Mungkin Tun M belum berkesempatan membacanya.

            8. Tun M bukan auditor yang dipertanggung jawabkan untuk mengaudit akaun 1MDB dan tidak mempunyai kuasa penyiasat seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC) yang mendapat akses kepada dokumen dan transaksi 1MDB. Disebabkan itu dalam blognya Tun M sekadar mampu mencongak dan menganggar nilai pelaburan dan aset 1MDB.

            9. Dalam blognya, mungkin Tun M terlepas pandang beberapa perkara seperti aset dan pelaburan 1MDB dalam industri tenaga, antaranya:-

            i. pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

            ii. pembinaan 3 lagi loji kuasa baru, iaitu Jimah East Power di Port Dickson, loji kuasa Gas di Melaka dan loji Solar di Kedah

            iii. pembelian 310 ekar  tanah di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga

            10. Tun M juga mungkin tersalah anggar nilai aset dan pelaburan 1MDB dalam bidang hartanah, misalnya:

            i. pembangunan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion dan dijangka dapat menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

            ii. pembangunan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion yang dihubungi laluan Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur, salah satu stesennya dari TRX serta dapat menjadi pemangkin pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

            iii. pembinaan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM bernilai RM2.7 bilion, termasuk dua lapangan terbang udara baru, iaitu 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

            iv. pembelian tanah dan pembinaan 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik khususnya di Pulau Pinang (9999 unit) dan di Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia)

            11. Tulisan Tun M lebih banyak berbentuk dakwaan dan permainan persepsi, termasuk cubaan mengaitkan 1MDB dengan Jho Low dan Riza Aziz. Sehingga sekarang Tun M masih tidak dapat mengemukakan sebarang bukti yang kukuh tentang penggelapan wang yang dilakukan oleh kedua mereka.

            12. Dalam hal ini, Petrosaudi telah menyatakan bahawa
            pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan dan ia tercatat dalam akaun beraudit. 1MDB juga telah menyatakan pelaburan dalam syarikat usahasama dengan Petrosaudi ini telah ditukarkan ke dalam bentuk nota Murabaha dan dibayar sepenuhnya pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta pada tahun 2013.

            13. Dakwaan tidak berasas dan permainan persepsi ini tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan hanya untuk menghakis keyakinan terhadap ekonomi dan kepimpinan negara. Didapati terdapat usaha berterusan memainkan persepsi negatif walaupun kerajaan telah memberi komitmen untuk melaksanakan audit forensik, siasatan oleh PAC, tidak akan melindungi pihak yang bersalah dan tidak akan mem’bail-out’ 1MDB.

            14. Selain Tun M, portal pro-pembangkang juga turut berusaha menghakis keyakinan pelabur terhadap kepimpinan dan ekonomi negara. Artikel The Edge Review, yang turut disiarkan oleh Malaysian Insider menggunakan tajuk “Controversies raise Malaysia’s risk profile” menyiarkan berita bahawa agensi penarafan sedang berura-ura untuk menurunkan penarafan kewangan negara walaupun Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit bagi Institusi Agensi Penarafan Moody, Eugene Tarzimanov telah menyatakan bahawa hutang 1MDB tidak akan mengakibatkan kesan sistemik terhadap sistem kewangan dan perbankan negara kerana jaminan dan dedahan hutang 1MDB adalah terhad dan mempunyai sandaran. Kenyataan Moody ini konsisten dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar, CEO 1MDB Arul Kanda dan jawapan-jawapan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Husni Hanadzlah di Parlimen.

            15. Walaupun fundamental atau asas ekonomi negara adalah kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi negara sangat tinggi (terbukti apabila Sukuk Global Malaysia yang diterbitkan terlebih langganan sehingga RM32.8 bilion), namun ia masih boleh dirosakkan oleh khabar angin dan permainan persepsi yang negatif terhadap negara.

            16. Sepanjang tempoh beberapa tahun ini peranan menghakiskan keyakinan terhadap kepimpinan dan ekonomi negara dimainkan secara konsisten oleh pemimpin pembangkang dan portal pro pembangkang, tetapi kali ini nampaknya Tun M turut serta.

            17. Tun M mahu batalkan GST? Adakah ini kerana auta atau fakta?

             

            880

            KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kepimpinan sedia ada bagi memulihkan UMNO sebelum pilihan raya umum akan datang.

            “Kita mempunyai dua tahun setengah lagi untuk pilihan raya umum. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita boleh pulihkan UMNO dan juga parti rakan-rakan kita daripada masyarakat Cina dan India.

            “Kita mesti bekerjasama antara kita supaya UMNO dapat dipulihkan semula,” katanya pada majlis ‘Bicara Negarawan – Menyentuh Isu-isu Semasa’ di sini.

            Dr Mahathir berkata selepas beliau meletak jawatan pada 2003, Barisan Nasional menang 90 peratus kerusi dalam pilihan raya umum berikutnya pada 2004.

            “Tapi empat tahun selepas itu pada 2008, kita kalah lima negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah) dan satu Wilayah (Kuala Lumpur), jadi untuk pulih semula kena ada bantuan daripada orang-orang berpengalaman,” katanya.

            Mahathir berkata, kepimpinan parti juga harus berusaha menggembleng tenaga dan kepakaran untuk memulihkan semula kekuatan parti.

            Ketika ditanya sama ada beliau berhasrat kembali ke arena politik, Dr Mahathir berkata masanya sudah berlalu. – BERNAMA

            471

            KUALA LUMPUR – Kandungan semua media alternatif seperti blog dan media sosial perlu ditapis bagi mengekang kebimbangan yang disalurkan menerusi internet, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Bekas perdana menteri itu berkata orang selalu menyalahgunakan kemudahan internet, menggunakan ia bukan sahaja untuk menyebarkan apa yang baik tetapi juga menyebarkan apa yang tidak sihat untuk masyarakat.

            “Saya mendengar banyak laman lucah yang mudah untuk diakses oleh generasi muda tetapi tidak mudah untuk kita mencegah kerana mereka sangat teruja dengan cara yang salah.

            “Tindakan seperti ini boleh menyumbang kepada gejala sosial seperti kes-kes rogol,” katanya semasa memberi ucapan khas pada Sidang Kemuncak Media Sosial dan Blogger Sedunia 2015 di Hotel Berjaya Times Square di sini, hari ini.

            Sidang kemuncak itu diadakan sempena Minggu Media Sosial Malaysia 2015 bermula Selasa lepas hingga Sabtu ini.

            Dr Mahathir menegaskan media sosial memberi kesan kepada ciri-ciri individu terutamanya generasi muda yang lebih terdedah kepada media sosial tanpa bimbingan dan kawalan ibu bapa.

            “Pada masa lalu, jika kita menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kanak-kanak, kami bergantung kepada ibu bapa tetapi ibu bapa hari ini tidak menghabiskan masa berkualiti yang banyak bersama anak-anak mereka.

            “Kanak-kanak membesar dengan belajar daripada rakan mereka dan ini mengakibatkan masalah sosial,” katanya.

            Menurutnya, semua pengguna internet harus menggunakan media sosial dengan bijak dan bertanggungjawab dengan apa yang mereka kongsikan dengan orang awam menerusi medium itu.

            “Maklumat dalam media sosial boleh disebarkan ke serata dunia dalam masa sesaat. Media sosial memberikan kita kuasa yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

            “Semua orang hari ini kini menggunakan media sosial untuk mendapatkan kuasa yang luar biasa tetapi jangan anda membenarkan diri anda tercemar dan rosak dengan kuasa itu,” katanya.

            Tambahan pula, Dr Mahathir berkata walaupun pengguna internet boleh berkomunikasi secara bebas tetapi mereka berwaspada kerana apa sahaja yang mereka boleh kongsi boleh menguris perasaan dan sensitiviti orang lain.

            Misalnya, beliau berkata pengguna internet perlu mengelak daripada menyebarkan isu berkaitan dengan agama yang boleh mendorong kepada insiden keganasan seperti serangan terhadap majalah minggu bercorak sindiran di Perancis, Charlie Hebdo, awal tahun ini.

            Justeru, Dr Mahathir menasihatkan pengguna internet supaya hanya berkongsi maklumat berfaedah dan tidak menyalahgunakan medium itu untuk menyakitkan hati orang lain.- BERNAMA

            3945

            Siapa sangka, meskipun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan tegas dalam berbicara namun dalam diam beliau sebenarnya layak digelar atuk paling penyayang.

            Kalau korang nak tahu, Tun Mahathir yang senang disapa dengan gelaran Che Det ini sebenarnya sangat mesra dan sempoi dalam melayan kerenah cucu-cucunya.

            Lihat sahaja gambar aksi selfie yang sering kongsi oleh seorang cucunya, Meera Alyanna Mukhriz bersama atuknya dalam laman Instagram.

            Tersenyum-senyum kami melihat gambar comel atuk dan cucu ini beraksi menerusi lensa kamera.

            Pastinya, Meera merupakan antara cucu yang paling bertuah di dunia kerana memiliki atuk yang penyayang dan bijaksana.

            Mari kita saksikan beberapa gambar yang dikongsi Meera…. – MYNEWSHUB.CC

            download (5) download download (1) download (2) download (3) download (4)

            956

            KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa sikap bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini memberi kelebihan kepada PAS untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

            Dakwa beliau, tindakan Mahathir mengkritik pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kesan ke atas pengundi di Parlimen Rompin.

            “PRK Parlimen Rompin juga medan untuk rakyat menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST,” dakwanya sewaktu berucap di Bilik Gerakan PAS semalam.

            Salahuddin dalam pada itu cuba mengelak persepsi PAS tidak mengenang budi UMNO yang memberi laluan mudah kepada PAS memenangi PRK DUN Cempaka di Kelantan baru-baru ini kerana menghormati Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

            Dakwa beliau, isu membalas budi tidak timbul kerana PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam membela hidup rakyat.

            “Kita hormati Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis tetapi kekosongan yang berlaku merupakan kesempatan untuk kita bertemu rakyat apatah lagi baru beberapa hari pelaksanaan GST,” katanya. – mynewshub.cc

            2248

            DALAM satu kenyataan hari ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal meminta kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Kewangan menjawab persoalan yang diajukan mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir.

            Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, penjelasan tersebut bakal merungkai keraguan rakyat dan Tun M sendiri, lantas meredakan tekanan terhadap Putrajaya.

            1321678901_49e2fe41a0_z

            Ujar beliau ketika majlis perasmian Program Jelajah Kempen Penambahan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO, “Ini penting supaya apabila penjelasan dilakukan, kita dapat meyakinkan bukan hanya Tun Dr Mahathir, tetapi juga rakyat.

            “Di samping kita menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai maklumat contohnya Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan terperinci berhubung isu yang dilontarkan.”

            Tambah Shafie, situasi yang melanda kedua-dua tokoh politik tersebut tidak berkaitan dengan isu peribadi terutamanya pembatalan projek jambatan bengkok antara Johor dan Singapura.

            “Beliau bertanyakan banyak persoalan yang memerlukan penjelasan, jadi amat penting bagi kita jelaskan dengan terperinci, saya percaya bukan sebab jambatan bengkok sahaja,” ujarnya.

            – MYNEWSHUB.CC

            Astro Awani – Tun Dr Mahathir Optimis Kemenangan Di Rompin

            3801

            Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran.

            Beliau melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.

            Muhyiddin berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.

            “Bercakap tentang kebenaran dan keberanian, itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

            muh

            Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin sempat berbual sebelum bermulanya forum di PWTC pada Ahad.

             

            “Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Anti-War’ di Pusat Dagangan Dunia Putra pada ahad, yang turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

            -MYNEWSHUB.CC

            1025

            KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad optimis Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu 5 Mei depan.

            Beliau berkata ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990.

            “Di Rompin, sokongan BN masih ada…pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini,” katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa ‘Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan’ di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

            PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

            Semalam, BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin, 62, yang juga bekas timbalan menteri besar Pahang sebagai calonnya bagi PRK Rompin.

            Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini, Dr Mahathir berkata BN bakal berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi itu kerana penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kuat di kawasan berkenaan.

            “…ia pasti sukar, ada penyokong fanatik di situ. Orang yang tidak hiraukan realiti, tentang kebenaran, mereka sokong secara membabi buta,” katanya.

            Anwar merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh bagi BN dari 1982 hingga 1999 sebelum dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999.

            Kerusi itu kemudian dimenangi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.

            Dr Wan Azizah mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya seterusnya sebelum meletak jawatan pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos, 2008.

            Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

            PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja terhadap Anwar, yang dipohon melalui anggota keluarganya.

            Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabit meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

            2041

            Dalam satu kenyataannya kepada pemberita pagi ini (Ahad), mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak perlawaan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, untuk menjalinkan kerjasama.

            Menurut beliau, isu yang berlaku kini membabitkan kemelut dalaman UMNO dan ia tidak melibatkan parti pembangkang.

            [TERDAHULU: Mubarah Sedia Jadi Orang Tengah Antara Mahathir & Najib]

            AFF0788

            Memetik kenyataan beliau dalam The Malaysian Insider, “Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk jatuhkan Najib, pastinya tidak dengan pembangkang.

            “Masalah saya adalah dalam UMNO sendiri, ahli UMNO sudah menyatakan sokongan kepada Najib.”

            Sebelum ini, Kit Siang mempelawa Tun M untuk bersama-sama pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

            Walau bagaimanapun, usaha tersebut dilihat sia-sia kerana sehingga kini, Najib tetap utuh disokong semua pucuk pimpinan dan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

            – MYNEWSHUB.CC

            Komen Datuk Seri Najib Tun Razak Berkaitan Kes Altantuya Shaariibuu

            1548

            BUTTERWORTH – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata penyelesaian segera perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan dan UMNO.

            “Kami (Mubarak) hormati pandangan Tun Dr Mahathir yang menyuarakan beberapa isu berkenaan cumanya mungkin cara (secara terbuka) tidak kena, apa salahnya beliau berjumpa Perdana Menteri dan berbincang secara baik bagi mencari jawapan.

            “Sepatutnya ia diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan bukan secara terbuka seperti sekarang ini.

            “Pihak-pihak di sana (Pembangkang) memang menunggu peluang ini untuk mereka serang kita (kerajaan),” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung kali ke-14 Mubarak Pulau Pinang, di sini hari ini.

            Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas.

            Sementara itu, Reezal Merican berkata semua pihak diminta memberi ruang kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, antara yang ditimbulkan Dr Mahathir.

            Reezal Merican berharap Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dapat menyegerakan siasatan itu tanpa perlu menunggu keputusan Ketua Audit Negara.

            Ini kerana PAC sendiri memiliki kuasa untuk memanggil mereka yang terlibat dalam isu 1MDB ini untuk menjawab segala persoalan. – BERNAMA

            1766

            KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan beliau sanggup bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

            Katanya, beliau sanggup bekerjasama dengan musuh ketat politiknya itu supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh.

            “Tidak meragukan bahawa agenda utama untuk `menyelamatkan Malaysia’ adalah dengan pembebasan Anwar supaya dapat kembali kepada politik negara.

            “Atas agenda itu, saya bersedia untuk bekerjasama dengan Mahathir bagi menyelamatkan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

            Anwar dihukum penjara selama lima tahun kerana didapati bersalah oleh mahkamah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

            Mahathir pula sejak kebelakangan ini pula sering mengkritik pentadbiran kerajaan kerana tidak berpuas hati dengan keengganan kerajaan melaksanakan projek pembinaan jambatan bengkok di Johor.

            – MYNEWSHUB.CC

            492

            KUALA LUMPUR – Untuk mencapai keamanan secara adil, sistem kepercayaan dan persepsi manusia terhadap peperangan perlu diubah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            “Selama ini, set minda dan budaya kita menerima peperangan sebagai suatu perkara yang dibenarkan…selagi persepsi ini tidak diubah, selagi itulah keamanan tidak akan wujud.

            “Tidak kira dari sudut mana pun kita melihat peperangan, ia tetap suatu jenayah…yang membunuh banyak orang. Ia boleh memusnahkan apa saja secara besar-besaran…perkara ini masih tertanam dalam set minda kita,” kata beliau.

            Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada ‘Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan’ anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

            Beliau menegaskan bahawa dalam set minda manusia, membunuh dalam peperangan adalah suatu perbuatan sah, boleh diterima, malah sesuatu yang diagung-agungkan apabila pembunuh diberi pingat dan patung pula dibina di taman awam untuk diberi penghormatan oleh generasi akan datang.

            “Kita tidak ada tugu untuk keamanan…kerana set minda kita mengagung-agungkan peperangan..sekiranya kita tolak peperangan sebagai suatu cara untuk menyelesaikan konflik yang kita alami, maka kita boleh menuju ke arah keamanan secara adil,” katanya.

            Dr Mahathir berkata bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah set minda manusia dan usaha serta inisiatif ini tidak boleh membuahkan hasil besar dalam tempoh singkat.

            “(Selama) 22 tahun saya cuba mengubah set minda orang Melayu, tapi saya gagal, kemudian saya cuba pula mengubah set minda mengenai peperangan.

            “Harap-harap, orang akan faham bahawa perang adalah suatu jenayah…Kita tidak boleh mengubah set minda manusia dalam tempoh semalaman atau dalam masa satu atau dua tahun….(ia) menuntut perjuangan yang panjang,” kata pengasas dan pengerusi KLFCW itu. – BERNAMA

            1668

            KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membidas sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dilihat terlalu taksub dengan cadangan membina jambatan bengkok di Johor.

            Menurut beliau, sikap mantan Perdana Menteri itu yang terlalu obses dengan projek tersebut perlu dinilai dengan teliti kerana ia sebenarnya mengundang beberapa implikasi tidak baik kepada negara.

            “Kita sudah ada dua `link’. Adakah perlu `link’ ketiga dan adakah perlu dibuat secara bermasam muka antara dua negara (Malaysia dan Singapura).

            “Apa baik buruknya? Tidakkah lebih baik peruntukan besar `icon bad diplomacy’ itu diguna bagi meringankan pelbagai beban rakyat pada masa ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

            Justeru, Annuar mempersoalkan tindakan Mahathir yang berulang kali membangkitkan desakan kepada kerajaan supaya membina `jambatan aneh’ tersebut hingga menganggu-gugat politik dalam negara.

            Katanya, semua pihak dalam Malaysia memahami sikap Singapura yang kadang-kala mengguris hati negara ini, tetapi Mahathir masih lagi gemar mengambil pendekatan `Hold the bull by the horn’.

            “Lain pemimpin lain caranya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita harus terima situasi kerana masa terus beredar.

            “Gunakanlah kebijaksanaan. Bukankah kerana itu kita diberi mandat. Hanya yang berakar tunjang bisa menegak. Hanya berakal panjang tahan digasak,” katanya.

            Mahathir semalam dilaporkan meluahkan rasa kecewanya terhadap pimpinan kerajaan selepas beberapa cadangan pembangunan dipersetujui selama ini tidak dilaksanakan.

            Menurut laporan sebuah portal berita, Mahathir mendakwa idea bagi membina jambatan bengkok di Johor itu telah dipersetujui sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara.

            Kata Mahathir, pembinaan tersebut perlu dilaksanakan meskipun negara Singapuran tidak memberikan persetujuannya kerana kawasan projek itu tidak melibatkan negara jiran itu.

            – MYNEWSHUB.CC

            1503

            Pengerusi Majlis Ahli Barisan Nasional, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melihat isu jambatan bengkok yang ditimbulkan dalam siri serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya sebagai mahu mencari isu atau kesalahan. – bnbbc.my

            Ikuti laporan dalam video yang disediakan.

            1666

            Akibat tidak menyatakan pendirian terhadap kemelut antara bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah dicadang untuk meletak jawatan.

            Menurut ADUN Bukit Lada, Kedah iaitu Datuk Ahmad Lebai Sudin, pendapat tersebut dilontarkannya kerana Mukhriz berhutang budi dengan Najib yang memberikan peluang kepadanya menyandang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Kedah.

            Selain itu, Ahmad turut mengkritik Mukhriz yang mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

            DSCN6158

            Ujar Ahmad kepada sebuah portal, “Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang terbaik ialah beliau letak jawatan.”

            Kenyataan tersebut dikeluarkan Ahmad selepas selesai menghadiri mesyuarat luar biasa antara pemimpin UMNO negeri, Ahli Parlimen UMNO dan ADUN UMNO pagi tadi.

            Akhir-akhir ini, Najib dilihat teruk dikritik oleh Mahathir dengan pelbagai isu antaranya syarikat 1MDB dan perlaksanaan GST.

            Ujar Ahmad, dalam mesyuarat tersebut, Mukhriz berkata bahawa beliau akan menunggu keputusan audit terhadap 1MDB sebelum mengumumkan tentang sokongannya kepada Najib.

            – MYNEWSHUB.CC

            Dialog Bersama Mukhriz Mahathir Tentang Mahathir Mohamad

            1377

            KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk (PPP) mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan sebarang isu dengan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu daripada terus melemparkan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

            Presiden PPP Tan Sri M. Kayveas berkata isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu boleh diselesaikan secara baik jika perbincangan diadakan.

            “Kami sayang Tun M. Apa yang diperkatakan beliau (Dr Mahathir) sangat penting kepada kita semua tetapi dia harus memaklumkan kepada kami (terlebih dahulu) sebelum membangkitkan (apa-apa isu) di khalayak ramai,” katanya.

            Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ulang Tahun ke-62 PPP, di ibu pejabat parti berkenaan, di sini hari ini.

            Kayveas juga mengisytiharkan pendirian PPP untuk terus menyokong kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan juga Pengerusi BN.

            “Rakyat telah memberi mandat kepada Najib, maka biarkan beliau menyelesaikannya dan berhenti mengkritiknya.. kami tidak akan mengubah kesetiaan kami. Kami akan sentiasa menyokong kepimpinan Najib,” katanya.

            Beliau juga berkata Najib telah memberi penjelasan yang baik kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Dr Mahathir semasa program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, malam tadi. – BERNAMA

            1256

            Dalam satu kenyataannya hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lebih berjaya mendapat sokongan Melayu berbanding mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

            Ujarnya kepada pemberita, “Sebagai presiden UMNO, Najib membawa perubahan kepada UMNO dan sokongan kepada UMNO meningkat dalam pilihan raya umum lalu.

            Najib-Mahathir-Kelab-Chedet-FB-L-600x360

            “Ini berbeza dengan 1999.”

            Soalan tersebut diajukan wartawan kepada beliau berikutan kritikan demi kritikan yang dilontarkan Tun M terhadap Najib.

            Walau bagaimanapun, Najib masih belum membuat sebarang kenyataan balas bagi menjawab segala tuduhan tersebut.

            – MYNEWSHUB.CC

            Bidas Najib, Tun Dr Mahathir Tidak Menghasut – Khalid Abu Bakar

            1519

            PENGERUSI Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi respon terhadap kritikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Sejak kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir atau Tun M dilihat lantang mengkritik corak kepimpinan dan pentadbiran Najib sehingga melibatkan perkara-perkara peribadi.

            “Kami ada berbincang mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan BR1M tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya.

            “Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan-tuduhan ini,” katanya memetik The Rakyat Post.

            Tun M sebelum ini berkata Barisan Nasional kepimpinan Najib akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Najib terus mengetuai UMNO dan pentadbiran kerajaan.

            Selain itu, Tun M turut mendesak respon daripada Najib berhubung beberapa persoalan termasuk kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu.

            Bekas perdana menteri itu menyifatkan adalah zalim untuk Sirul Azhar dijatuhi hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan yang diberikan kepadanya.

            “Kami tidak ada keraguan soal kedudukan Najib dalam kes ini dan beliau (Najib) telah buat sumpah laknat dengan ikhlas,” kata Shahrir lagi.

            Menurut Shahrir tidak wajar perkara ini dibangkitkan semula kerana kes pembunuhan tersebut telah pun melalui proses perundangan tertinggi. – MYNEWSHUB.CC

            899

            MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang aktivis yang berkaliber.

            Tun Mahathir menyatakan beliau telah bersama Jamaluddin di dalam kabinet dalam tempoh yang lama.

            Beliau juga memaklumkan kali terakhir berjumpa dengan Allahyarham Jamaluddin ialah sewaktu di LIMA 2015 di Langkawi bulan lalu.

            Sementara itu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam turut melahirkan rasa simpati di atas kehilangan rakan karib beliau itu.

            “Kami dijadualkan berjumpa dalam masa terdekat bagi membincangkan perihal perumahan, bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Ilahi.”

            “Saya sangat terkesan dengan pemergian beliau. Kami sangat rapat dan saya doakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

            – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: Syfq

            1696

            MANTAN Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat kian lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk secara tiba-tiba kembali mempersoalkan kaitan beliau dengan model Mongolia, Altantuya Sharibuu.

            Mengulas hal ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara tersebut tidak patut dibangkitkan kerana ia telahpun selesai setelah Najib membuat sumpah laknat di masjid suatu ketika dahulu.

            [TERDAHULU: Hudud PAS Hanya Untuk Raih Undi – Tun M]

            “Najib dah pergi masjid angkat sumpah laknat yang dia tak pernah kenal Altantuya. (Datuk Seri) Anwar ‎(Ibrahim) liwat sehingga hari ini dia tak angkat sumpah. Ini semua kerja pembangkang untuk memutarbelitkan isu,” ujar  keTengku Adnan kepada pemberita di satu majlis hari ini.

            Selain itu, beliau turut menolak gesaan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tentang keperluan Najib menjawab setiap persoalan yang dikemukakan Dr Mahathir.

            “Saya rasa tidak ada masalah sebenarnya antara Najib dan Dr Mahathir, hanya ‎pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan mereka,” ujar beliau.

            Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa zaman pemerintahan beliau telahpun berakhir dan pandangannya mungkin tidak selari dengan cara kepimpinan Najib kini.

            “Ini bukan zaman dia lagi. Ini zaman Najib.

            “Pandangannya mengenai masa depan negara mungkin berbeza dengan apa yang kita mahu. Jadi dia perlu faham itu.”

            – MYNEWSHUB.CC

            Video Najib Bersumpah Dalam Masjid Tak Kenal Altantuya

            1004

            CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengkritik hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dengan menyifatkan ia sebagai ‘tidak Islamik’ dan hanya bertujuan untuk meraih undi.

            Beliau menjelaskan bahawa hukum hudud mengalakkan keadilan dan undang-undang hudud yang dicadangkan PAS mengecualikan orang bukan Islam daripada hukuman dan oleh itu ia tidak adil.

            “Di dalam al-Quran terdapat 43 ayat yang mengatakan bahawa apabila kamu menjatuhkan hukuman, anda mesti menghakiminya dengan adil. Tetapi dibawah hudud PAS, ia hanya diguna pakai terhadap orang Islam. Sekiranya orang Islam dan bukan Islam ditangkap kerana merompak, yang Islam akan dipotong tangannya manakala yang bukan Islam hanya dihukum penjara.

            “Beritahu saya adakah ia adil? Sekiranya tidak adil, ia bukan Islamik,” kata Dr Mahathir ketika menjawab soalan yang diajukan peserta persidangan kepimpinan ‘What Youth Should Know’ di sini Sabtu.

            Dr Mahathir juga berkata niat PAS untuk melaksanakan hudud bukan atas sebab Islam tetapi demi politik.

            “Niat PAS bukan untuk Islam. Ia hanya untuk memenangi pilihan raya dan membuktikan mereka lebih Islamik berbanding Umno. Sekiranya niat anda untuk politik, maka hudud yang anda cuba laksanakan tidak lagi bersifat Islamik.

            “Umno Kelantan menyokong hudud tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mereka sokong,” katanya.

            Dr Mahathir berkata sebagai sebuah negara berbilang kaum, kerajaan tidak mampu melaksanakan hudud di negara ini.

            “Kami tidak boleh melaksanakan hudud di Malaysia kerana ia sebuah negara berbilang kaum. Tetapi terdapat undang-undang sedia ada yang mampu menegakkan keadilan.

            “Saya percaya apabila anda menegakkan keadilan, maka anda sebenarnya menegakkan prinsip Islam,” katanya.

            – mStar Online

            1057

            Penganalisis ekonomi menjangkakan Malaysia akan mempunyai pertumbuhan KDNK sekurang-kurangnya 4.5% pada tahun ini dan dijangka akan terus meningkat lebih tinggi pada 2016.

            Hakikatnya, 4.5% adalah sangat jumlah yang amat baik berbanding dengan kebanyakan negara di ASEAN dan sememangnya suatu prestasi yang mengagumkan.

            Malah, Malaysia baru sahaja mengalami pertumbuhan KDNK 6% yang cemerlang pada tahun 2014 – dan salah satu yang tertinggi bukan sahaja di Asia tetapi seluruh dunia – hanya tewas kepada China. Jualan kereta juga terus memecahkan rekod saban tahun, satu indikasi ekonomi yang amat baik.

            Bercakap mengenai  aspek mata wang pula, Ringgit Malaysia (RM) merupakan mata wang Asia berprestasi terbaik pada tahun-tahun 2010 dan 2011 apabila harga minyak melonjak.

            Namun, mata wang ringgit sedikit terjejas pada kebelakangan ini gara-gara penurunan drastik harga minyak pada tahun 2014/15.

            Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa penurunan mata wang negara bukanlah akibat susut nilai; ia berpunca daripada permintaan tinggi terhadap Dolar Amerika berbanding RM.

            Malah, mata wang Malaysia sebenarnya jauh lebih kukuh daripada banyak negara-negara lain yang mengalami susut nilai mata wang.

            Sebagai contoh, Ruble Rusia, Brazil Real, Rand Afrika Selatan, Euro (yang terdiri daripada 20 buah negara), dolar Kanada, Dolar Australia dan Yen Jepun telah benar-benar jatuh merundum berbanding Ringgit Malaysia sepanjang tahun lalu.

            Bagaimanapun, oleh kerana penurunan mendadak harga minyak telah menjejaskan nilai RM, lebihan perdagangan Malaysia telah meningkat dengan kukuh untuk 3 bulan yang lalu bermula dari bulan November, Disember dan Januari.

            Dakwaan Tun Mahathir bahawa USD1 bernilai RM3.80 juga tidak tepat, kerana nilai sebenar adalah RM3.70; jauh lebih rendah dan stabil berbanding nilai paling rendah sebanyak RM4.83 sebelum ini.

            Baris berikut yang digelapkan (bold) adalah dari blog Tun Mahathir;

            18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

            (PMO perlu mengemukakan jawapan yang konkrit mengenai urusan sewa beli melalui sebuah syarikat swasta – sama ada kerana ia termasuk dengan penyelenggaraan atau syarikat yang telah dilantik sebagai agen dan rakan kongsi kepada penjual.)

            19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

            BR1M adalah bantuan yang disasarkan kepada Rakyat yang paling memerlukan bantuan dan bukannya subsidi yang tidak cekap yang memberi manfaat kepada lebih kaya.

            Pemindahan wang tunai langsung seperti BR1M kepada golongan berpendapatan rendah telah terbukti berkesan di negara-negara dan di tempat di Amerika Syarikat, Singapura, Brazil, Mexico, Indonesia dan banyak negara lain.

            Ia juga telah terbukti menjadi alat yang berkesan untuk membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dengan memindahkan lebihan kekayaan negara kepada golongan yang berpendapatan rendah daripada golongan berpendapatan lebih tinggi.

            Selain daripada memansuhkan keperluan Bumiputera untuk sub-seksyen kecil perkhidmatan dalam perolehan kerajaan dan juga menghapuskan keperluan 30% pegangan bumiputera bagi penyenaraian syarikat baru di bursa saham untuk menggalakkan lebih banyak penyenaraian, kita dapat mengatakan bahawa  Najib sememangnya tidak mengketepikan DEB kerana terlalu banyak aspek lain masih dikekalkan.

            Majoriti DEB masih ada termasuk keutamaan tender kerajaan, perolehan Petronas, diskaun ke atas perumahan dan lain-lain.

            Malah, Najib juga membuat langkah-langkah untuk “Memperkasakan Ekonomi Bumiputera”.

            Bagi pengundi Cina, ramai ‘termakan’ dengan pembohongan berterusan DAP dan propaganda termasuk tuduhan 40 ribu pengundi hantu Bangladesh, insiden ‘blackout’ dan juga oleh pembohongan DAP bahawa PAS tidak lagi akan melaksanakan hudud.

            Namun kini, kian ramai orang Cina telah menyedari bahawa pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat kian lemah setelah satu demi satu tipu helah DAP terbongkar, dijangkakan BN akan menang besar lagi pada pilihanraya umum akan datang.

            Tun M juga perlu faham bahawa penglibatan terbuka beliau dengan PERKASA sebelum pilihan raya umum ke-13 juga telah menyebabkan BN kehilangan banyak undi daripada golongan Cina.Tun M perlu menahan diri daripada melakukan perkara ini lagi di masa akan datang jika mahu lihat BN memenangi semula sokongan kaum Cina.

            (Blog Tun Mahathir)

            20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

            21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

            22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

            23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

            Walaupun Tun M masih setia kepada parti tetapi mungkin cara yang lebih baik untuk menyampaikan rasa tidak puas hati anda adalah bukan dengan membuat parti anda sendiri kelihatan lemah dengan terus melancarkan serangan peribadi terhadap Najib.

            ‘Serangan’ yang terdahulu terdahulu itu telah terbukti merosakkan pilihan raya umum ke-12 dan UMNO hilang banyak kerusi dan menjadi lemah. Dan sila ingat bahawa tanpa serangan anda, UMNO sebenarnya memenangi tambahan 9 kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya umum ke-12- yang menunjukkan bahawa Najib akan terus meraih sokongan majoriti jika beliau tidak terus diserang oleh anda.

            Tidak ada yang mendakwa Tun M telah nyanyuk tetapi beliau telahpun melalui zaman beliau setelah 22 tahun duduk di kerusi Perdana Menteri.

            Najib memahami bahawa kunci kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 adalah dengan membuktikan bahawa beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Pengundi bukan Melayu daripada Sabah dan Sarawak juga penting kerana tanpa mereka, BN tidak akan terus memerintah hingga kini.

            Saya akhiri ini dengan memetik kata-kata YB James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak.

            “Jangan campur tangan terlalu awal,” kata Masing. “Berikanlah Najib lebih banyak masa untuk membuktikan dirinya.”

            “Lagipun Mahathir menghadapi banyak kritikan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia berjaya melakukan kerja yang baik dan membuktikan pengkritik beliau salah.”

            Sekadar mengulangi petikan kata-kata James Masing tadi, Najib perlu diberi masa yang secukupnya. “Perdana Menteri telah mengarahkan audit dilakukan keatas 1MDB. Beri Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara lakukan tugas mereka. ”

            Kekuatan mana-mana organisasi yang berengsel pada perpaduan.

            “Ahli-ahli bersatu teguh bersama. Kritikan dalam sesebuah organisasi hanya boleh diterima jika ia bertujuan untuk memberi manfaat, tetapi tidak untuk menjatuhkan pemimpin.”-MYNEWSHUB.CC

            1015

            KUALA LUMPUR – “Saya tidak boleh kata saya adalah kawan rapat (Lee) Kuan Yew, tapi saya tetap sedih dengan pemergiannya,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perdana menteri pertama Singapura itu yang meninggal dunia pada Isnin.

            Melalui coretan bertajuk ‘Kuan Yew and I’ dalam blognya, Dr Mahathir menceritakan episod yang menyaksikan langkah mereka tidak sehala.

            “Apabila saya menjadi PM (perdana menteri) pada 1981, saya melakukan kunjungan hormat terhadap Kuan Yew. Ia merupakan kunjungan persahabatan dan pada perjumpaan itu, beliau bersetuju dengan cadangan saya agar waktu Malaysia dan Singapura yang sama sejak sekian lama, perlu dipercepatkan setengah jam,” katanya.

            Dr Mahathir berkata beliau menjelaskan bahawa adalah lebih mudah melaraskan waktu apabila melakukan perjalanan kerana kedua-dua negara akan terletak dalam zon waktu yang ditetapkan bagi seluruh dunia pada jarak satu jam.

            “Tetapi, mungkin juga, dalam kebanyakan isu lain, kami tidak sependapat,” kata Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003.

            Kuan Yew meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Besar Singapura setelah dimasukkan ke hospital itu kerana mengalami radang paru-paru teruk.

            Hubungan Kuan Yew dan Dr Mahathir menjadi hubungan peribadi apabila Dr Mahathir diserang sakit jantung pada 1989 dan memerlukan pembedahan terbuka.

            “Beliau (Kuan Yew) begitu prihatin dan menghubungi isteri saya (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) melalui telefon untuk memintanya menangguhkan pembedahan itu kerana beliau telah mendapatkan pakar bedah terbaik, seorang rakyat Singapura yang tinggal di Australia, untuk melakukan pembedahan itu. Tetapi, pada masa itu, saya telah diberi ‘pre-med’ dan terlena sebelum menjalani pembedahan pada hari berikutnya.

            “Isteri saya mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada beliau. Dia berjanji akan menghubungi beliau melalui telefon selepas pembedahan. Beliau berbuat demikian pada petang berikutnya.

            “Apabila beliau sakit, saya meminta untuk melawatnya. Beliau bersetuju, tetapi pada malam saya sepatutnya melawat beliau, Pesuruhjaya Tinggi Singapura menerima mesej bahawa beliau amat tidak sihat dan tidak dapat berjumpa saya,” kata Dr Mahathir.

            Dr Mahathir menceritakan satu lagi kisah ketika mereka berdua bertemu iaitu di Jepun.

            “Ketika beliau menghadiri persidangan tahunan Nihon Keizai Shimbun mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, yang saya tidak pernah ketinggalan untuk menghadirinya, saya pergi menemuinya ketika makan malam untuk bertanya khabar,” kata Dr Mahathir.

            Beliau berkata mereka duduk sambil berbual dan para jurufoto Jepun mengambil gambar mereka, dengan janji tidak akan menyiarkannya dalam akhbar.

            “Saya tidak kisah pun jika mereka menyiarkannya. Tetapi, saya rasa orang akan reka bermacam-macam cerita mengenainya,” kata beliau.

            Dr Mahathir begitu sentimental apabila beliau berkata: “Tidak kiralah betapa mesra atau tidak mesranya antara kami, pemergian seseorang yang anda kenal rapat tentu menyedihkan anda.”

            Negarawan ini berkata pemergian Kuan Yew menandakan berakhirya tempoh apabila mereka yang memperjuangkan kemerdekaan, kemudian menerajui negara mereka dan tahu tentang nilai kemerdekaan.

            Beliau berpendapat, ASEAN kehilangan kepimpinan utuh berikutan pemergian President Suharto dan Kuan Yew.

            Dr Mahathir berkata Kuan Yew terkenal sejak muda lagi dan beliau seorang pelajar di Singapura ketika membaca tentang kisah Kuan Yew mempertahankan kesatuan buruh.

            Menurut Dr Mahathir, kali pertama beliau berjumpa dengan Kuan Yew ialah ketika beliau menjadi Anggota Parlimen pada 1964 selepas Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dan mereka sering bertikam lidah ketika perbahasan.

            “Tetapi, tidak pernah bermusuh, hanya berbeza pendapat tentang apa yang baik untuk sebuah negara yang baru lahir. Beliau menyenaraikan saya sebagai antara Melayu ultra yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan kaum di Singapura.

            “Sebenarnya, saya tidak pernah pergi ke Singapura untuk mencetuskan kekacauan. Orang lain, tapi saya tidak mahu sebut namanya,” jelas Dr Mahathir.

            Beliau berkata perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menghadiri mesyuarat pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan agak mesra dengan Kuan Yew.

            “Beliau percaya Kuan Yew merupakan benteng untuk menentang Komunisme. Tetapi apabila PAP bertanding dalam pilihan raya Malaysia pada 1964 dengan menggunakan ‘Malaysian Malaysia’ sebagai slogannya, Tunku berpendapat kehadiran PAP di Malaysia akan mengganggu negara ini,” kata Dr Mahathir. – BERNAMA

            3102

            Malaysia harus ingat, ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,  terdapat kelompangan apabila kewangan negara menghadapi kerugian berbilion ringgit yang masih belum terungkai, dan tak dapat ditebus.

            Antaranya,

            i. Skandal Forex pada awal 90-an – RM30 bilion

            ii. Skandal The Perwaja Steel – RM10 bilion

            iii. Skandal Bank Bumi – RM10 bilion

            iv. Skandal Maminco Makuwasa – RM1.6 bilion

            v. Dr Mahathir menggunakan Petronas sebagai ‘bank’ untuk menyelamatkan banyak syarikat dan bank

            Memetik kenyataan ahli politik pembangkang, Syed Husin Ali, “Petronas tidak telus dan tidak bertanggungjawab dalam tindakan pengurusan wang, terutamanya dalam membantu Tun Dr Mahathir menikmati pembinaan projek-projek mega, menyelamatkan syarikat-syarikat kroninya yang bermasalah dan penglibatan dalam perbelanjaan yang membazir ketika perayaan dan persidangan.”

            [BERKAITAN: Sibuk Isu 1MDB, Tun M Selesaikan Dulu Tuduhan Korupsinya]

            Konsortium Perkapalan

            Awal 1998, Petronas dirundung kebimbangan terhadap hutangnya yang dikawal oleh anak sulung Dr Mahathir iaitu Mirzan melalui Konsortium Perkapalan pada nilai RM226 juta dan menganggarkan jumlah sebenar mencecah RM324 juta(menurut Far Eastern Economic Review jumlah keseluruhan dianggarkan RM1.6 bilion).

            Petronas-Finds-Gas-in-Malaysia-Indonesia-and-Australia

            Sapura Kenchana Petroleum

            Pada November 2012, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan memberi kontrak RM700 juta kepada Sapura Kenchana Petroleum Bhd, yang mana anaknya, Mokhzani merupakan naib pengerusi.

            Tun Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan nada sindiran ketika menjawab persoalan tentang konflik kepentingan (conflict of interest) dalam situasi tersebut.

            Ya pastinya, dia (Mokhzani) diberikan kontrak tersebut kerana saya yang mengarahkan Petronas. Masukkannya dalam akhbar anda. Saya menjadi pengerusi untuk segala-galanya. Saya yang beritahu, berikan kepada anak saya dan bukan kepada orang lain. Itu yang saya lakukan selama ini. Ketika saya menjadi perdana menteri, semuanya diberikan kepada anak-anak saya. Namun ketika segala-galanya diberikan kepada anak-anak perdana menteri lain, anda tidak memaklumkan kerana individu tersebut merupakan orang yang baik.”

            Bolehkah Tun Dr Mahathir membayar kembali keseluruhan nilai kerugian yang disenaraikan?

            Dalam situasi kontra, 1MDB sedang menghadapi situasi aliran tunai namun memiliki aset-aset yang kukuh.

            Ketika menjadi Presiden UMNO, Tun M memperkenalkan sistem kuota dalam pemilihan pasti untuk memastikan dia tidak dicabar. Namun kini, dia menggesa ahli UMNO supaya menukar perdana menteri.

            Ketika menjadi Perdana Menteri, dia dikenali kerana menggunakan ISA sebagai alat untuk memenjarakan pembangkang. Masihkah anda ingat Ops Lalang I dan II?

            Adakah pentadbiran terdahulu pernah melakukan sedemikian? Tidak.

            Najib-Razak

            Tun Dr Mahathir sebenarnya tidak boleh dikritik oleh sesiapa sahaja, termasuk Soros. Hari ini, pemimpin veteren dan kaya itu galak mengkritik dan ingin menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat senyap menghadapi cabaran dan bersedia menjadi lebih telus.

            Rakyat kini semakin lupa bagaimana indahnya Malaysia ketika diperintah oleh Tun Dr Mahathir kerana sering menghentam Najib. Terima kasih kepada media pro Tun M yang memperlihatkan sendiri beliau sebagai karakter terburuk pernah memerintah Malaysia!

            * Diterjemah daripada artikel terbitan Free Malaysia Today, hasil tulisan Azizan Abdullah

            Mahathir Minta Rakyat Akur Dengan Keputusan Terhadap Anwar Ibrahim

            1672

            Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lantang menyuarakan hujahnya terhadap isu yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya berkaitan syarikat 1MDB.

            Banyak kritikan tajam dilontarkan Tun M yang turut memaksa Putrajaya menjelaskannya kepada rakyat, namun satu persoalan kemudiannya berlegar di fikiran ramai…

            [BERKAITAN: Tun M Ragu-Ragu, Wawasan 2020 Mungkin Gagal Dicapai]

            Ketika zaman pemerintahan figura tersebut, beliau turut dihujani banyak kritikan tentang isu korupsi yang didakwa dilakukannya. Adakah semua itu sudah terjawab?

            Dalam satu artikel yang dimuat naik The Rakyat Post, seorang individu, Rahman Mohd Irwan menulis tentang kontroversi yang berlegar ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Mahathir_najib_300

            Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan ‘perang’ dari segala sudut terhadap kerajaan Malaysia melalui blognya, chedet.cc, dengan serangan bertalu-talu terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

            Merasakan dia boleh mempersoalkan banyak isu berdasarkan dakwaan ramai pihak tentang 1MDB dan Najib, mungkin telah tiba masanya untuk beliau turut menjawab tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya satu ketika dahulu.

            Sebagai permulaan, Tun M patut menjawab persoalan yang dikemukakan George Soros, pengurus dana pelindung nilai yang telah menyenaraikan kesalahan dilakukan beliau dalam satu artikel terbitan The Bangkok Post pada 2012.

            soros20e

            Tulis Soros, “Tiga anak kamu memiliki kekayaan US$8 billion. Di mana mereka mendapat jumlah sebanyak itu? Sudah tentulah, korupsi.

            “Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia setelah mengkayakan diri sendiri dengan nilai berbilion-bilion.

            “Kamu sebenarnya lebih dangkal dari apa yang dilihat individu lain. Berbilion dihabiskan untuk membina dua menara tinggi Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa. Kini, ia berdiri tinggi sebagai satu simbol kebodohan dan tidak bertanggungjawab.

            “Bagaimana pula dengan penambakkan 10 pulau di Kedah? Ia sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentulah, kamu untung sebanyak 20 peratus.

            “Dan sebuah jambatan merentasi perairan antarabangsa yang menghubungi Melaka dan Sumatera? Kenapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti, kamu masih akan mendapat keuntungan 20 peratus.

            Mahathir+dan+Soros+1

            “Kamu menggelar saya sebagai dungu. Bagaimana seorang dungu mampu membuat sebegitu banyak duit? Dengan membenarkan penjualan singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank kamu, kami pengurus dana memberi keuntungan berjuta-juta daripada kekurangan pengalaman dan peraturan lemah kamu.

            ” Kamu telah menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan wang mereka, justeru kamulah si dungu itu.”

            Barry Wain, seorang bekas editor di Asia Wall Street Journal dan penulis di Institute of Southeast Asian Studies di Singapura turut melakukan perkara sama.

            Penulis Australia yang telah menetap di Asia lebih dari 40 tahun, menulis dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2009, bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, bahawa Tun M telah membazirkan RM100 bilion sepanjang perkhidmatannya sebagai perdana menteri.

            9780230367869

            Menurut Wain, sebahagian besar penipuan yang dilakukan Tun M termasuklah percubaan kerajaan memanipulasikan harga timah antarabangsa dan aktiviti perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global pada 1980-an.

            Tulis Wain lagi, Tun M turut menggunakan dana tersembunyi yang dimiliki UMNO untuk mentransformasikan parti itu sebagai sebuah konglomerat besar dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.

            Kesemua itu merupakan tuduhan-tuduhan serius yang perlu dijelaskan oleh Tun Mahathir yang hanya menepisnya tanpa jawapan jitu, sebelum ini.

            Ketika menjangkakan pentadbiran sekarang untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakannya, adakah Tun M turut bersedia melakukan perkara sama terhadap dakwaan yang dibuat kepadanya?

            – MYNEWSHUB.CC

            Kritikan George Soros Terhadap Tun Mahathir Mohamad

            2007

            KIRA-KIRA empat bulan lalu, seorang pakar silap mata dikenali sebagai David Lai telah memuatnaik video reaksi spontan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang terkejut dan teruja dengan persembahannya di sebuah hotel ternama di ibu kota menerusi akaun Instagram @mindofdavid88.

            Bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari video tersebut hinggalah ia dikongsi di laman sosial oleh pengikut akaunnya. Sejak itu video tersebut mula viral.

             

            Ramai yang menyifatkan reaksi terkejut Tun Mahathir sebagai ‘comel’ dan ‘jarang dilihat’ terutama oleh rakyat biasa.

            David juga memuatkan video tersebut buat kali kedua enam minggu lalu, kali ini dalam versi slow motion.

            Jadi, kalau anda masih tidak berpuas hati menonton reaksi Tun Mahathir dalam video asal, jom tonton video ini pula!

            – MYNEWSHUB.CC

            My friend did the edit for the Tun Dr.Mahathir clip in slo-mo for me 😊 , priceless !!!

            A video posted by David Lai (@mindofdavid88) on

             

            Oleh: Elza

            324

            BAU – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari orang yang boleh memberi nasihat kepada mereka, sehingga mereka menawarkan kedudukan itu, kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Bagaimanapun timbalan perdana menteri itu percaya Tun Dr Mahathir terlalu sebati ‘darah UMNOnya’, iaitu parti yang dipimpinnya begitu lama, untuk menerima jawatan berkenaan jika ditawarkan.

            “…saya percaya begitu, walaupun beliau kritikal dalam isu-isu tertentu dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan tapi saya percaya beliau ahli Umno yang sebati selepas menjadi pemimpin parti begitu lama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Suarah Bau di sini hari ini.

            “Mungkin mereka (PKR) sudah rasa terdesak, tak ada siapa lagi yang boleh membantu jadi mereka terfikir Tun (Dr Mahathir),” katanya.

            BACA –Takkan PKR Nak Lantik ‘Mahafiraun’ Jadi Ketua Umum?

            Beberapa blog semalam melaporkan sekumpulan anggota PKR yang berhimpun di hadapan Ibu pejabat PKR Tropicana memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Tun Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

            Sementara itu, semasa dirujuk mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin berkata ketika ini masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu.

            Ini kerana sehingga ini belum ada kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen itu.

            Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan mendapati penasihat PKR yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Anwar, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan mengekalkan keputusan serta hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini. – BERNAMA

            1021

            Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wawasan 2020 yang ideanya dicetuskan beliau pada tahun 1991 mungkin tidak akan tercapai andai pencapaian ekonomi semasa dan tahap pengetahuan dalam pelbagai bidang tidak dipertingkatkan.

            Ujar figura tersebut, kemajuan sesebuah negara bukan sahaja diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun tahap kesediaan rakyat untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.

            [BACA INI JUGA: M’sia Boleh Capai Wawasan 2020 Jika Kurangkan Perbelanjaan]

            “Kalau kita ada nisbah lima orang kaya dengan 1,000 orang miskin boleh dikira sudah baik. Jadi untuk capai sasaran ini kita perlu majukan pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, industri serta pengetahuan.

            “Macam-macam pengetahuan kita perlu ada untuk capai negara maju,” ujarnya kepada akhbar Sinar Harian.

            wawasan-2020

            Semalam (Khamis) Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, kelemahan ringgit ketika ini bukanlah cerminan asas kepada Malaysia yang masih kukuh.

            Ujarnya lagi, negara kini berada pada kedudukan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan boleh dilihat melalui kekuatan asas-asas sistem kewangan serta rizab kewangan, malah kedudukan hutang luar negari yang boleh diurus.

            Terkini, hutang luar negeri jangka pendek Malaysia berjumlah RM359.1 bilion, atau 33.6% daripada KDNK pada suku tersebut. – MYNEWSHUB.CC

            Bernama Radio 24 – Meniti Cabaran Wawasan 2020

            1037

            KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad membidas beberapa kerajaan asing yang mengkritik keputusan mahkamah mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

            Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan negara berkenaan tidak sepatutnya berasa mereka mempunyai keistimewaan untuk mengkritik keputusan itu.

            “Sepatutnya, mereka mengkritik diri mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Dilema Malaysia’, anjuran Centre For A Better Tomorrow di sini hari ini.

            Beberapa negara dilaporkan mengritik keputusan rayuan akhir Anwar oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengenai sabitan kesalahan dan hukuman penjara terhadap ketua pembangkang itu kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

            Mengenai saranan pihak tertentu agar pentadbiran Presiden Barack Obama menjadikan pembebasan Anwar dari penjara sebagai keutamaannya, Dr Mahathir berkata pihak yang mempunyai pandangan berbeza juga boleh mengemukakan petisyen balas.

            Anwar gagal dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Mahkamah itu juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan.

            Berikutan keputusan itu, Anwar, 67, berdepan dengan kemungkinan hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh dan seterusnya memerlukan pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi itu.

            Mengenai ura-ura bahawa anak perempuan Anwar, Nurul Nuha, 30, akan dipilih sebagai calon bagi kerusi itu, Dr Mahathir secara menyindir berkata, “Mestilah, ia kan parti keluarga…parti keluarga mesti menggantikannya dengan keluarga juga.”

            Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah presiden PKR, Anwar pula adalah penasihat parti itu, manakala anak sulung mereka, Nurul Izzah merupakan naib presiden PKR dan anggota Parlimen Lembah Pantai.

            Terdahulu, dalam ceramah beliau, Dr Mahathir berkata perkongsian kuasa dan ekonomi antara semua kaum merupakan formula terbaik bagi Malaysia untuk melangkah ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

            Katanya rakyat Malaysia perlu mengamalkan semangat sedia berkongsi kerana semangat itu boleh menjadikan Malaysia lebih berjaya dan makmur.

            Mengenai kewujudan kumpulan pelampau di negara ini, Dr Mahathir berkata untuk mencegah perkembangannya, golongan berpendirian sederhana perlu memastikan suara mereka didengari dan kehadiran mereka, dirasai. – BERNAMA

            1545

            MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika berlakunya insiden ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 masyarakat Cina merupakan penyokong padu dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

            Buktinya, BN berjaya menawan 2/3 kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum tahun yang sama.

            mata-lebam

            Ujar beliau, masyarakat Cina pada ketika itu menyatakan sokongan melalui undi setelah beliau berjaya memulihkan semula ekonomi Malaysia yang teruk ketika krisis ekonomi 1997/1998.

            Manakala, masyarakat Melayu pula menolak BN kerana keputusan memenjarakan Anwar.

            Memetik kenyataan beliau menerusi portal The Malaysian Insider, “Saya hilang 300,000 undi Melayu dalam pilihan raya 1999 disebabkan insiden mata lebam, tetapi Cina membantu saya mendapatkan majoriti 2/3 parlimen.”

            Ujar pemimpin tersohor itu lagi, pada ketika itu, kaum Melayu menganggapnya sebagai pemimpin diktator kerana memenjarakan Anwar, namun tidak bagi komuniti Cina yang berjaya mengelak dari diisytiharkan bankrap.

            “Pada masa itu berlaku insiden mata lebam dan ramai orang bersimpati,” ujar beliau merujuk bekas timbalannya, Anwar Ibrahim.

            “Ada seorang perempuan Melayu, saya teringat, penyokong kuat UMNO, dia kata tidak akan sokong UMNO lagi,” ujarnya yang turut berkata, tanpa sokongan masyarakat Cina, beliau tidak mampu untuk menguasai Parlimen ketika itu. – MYNEWSHUB.CC

            Ucapan Mahathir Tentang Sokongan Masyarakat Cina Ketika Pilihan Raya Umum 1999

            1804

            Siapa yang tidak akan teruja apabila menaiki kenderaan yang sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad? Apatah lagi, tokoh tersebut yang menjadi pemandu!

            Pengalaman tersebut dirasai oleh pemimpin nombor satu Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi ketika lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, baru-baru ini.

            [ARTIKEL BERKAITAN: Jokowi Puas Hati, Sifatkan Lawatan Ke Malaysia Berjaya]

            joko4

            Menerusi satu sesi lawatan, Jokowi dibawa melawat sebuah kilang Proton bagi menyaksikan sendiri kecanggihan teknologi serta R&D syarikat kereta nasional pertama Malaysia itu.

            Bukan itu sahaja, satu MoU juga ditandatangani antara Proton dan PT Adiperkasa Lestari bagi merealisasikan cita-cita republik berkenaan untuk memiliki kereta nasional sendiri.

            Dalam sesi berkenaan, Jokowi sempat merasai pengalaman menaiki model terbaru keluaran Proton iaitu Iriz yang dipandu sendiri oleh Tun Mahathir di litar pandu uji di situ.

            Kalau di Indonesia, kelajuan yang paling tinggi saya pandu hanyalah 60km/j, tetapi Dr. Mahathir bawa mencecah 150 km/j namun pemanduannya sangat lancar dan stabil tanpa sedikit pun gegaran yang terasa dan inilah antara teknologi Proton yang mahu dipelajari oleh Jakarta,” ujar beliau kepada media.

            Sementara itu, menurut Tun Mahathir pula, beliau akan memandu sendiri setiap model yang dikeluarkan bagi memastikan kenderaan tersebut benar-benar lulus ujian kualiti sebelum dikeluarkan kepada pembeli. – MYNEWSHUB.CC

            Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

            Tiga Ucapan Paling Diingati Oleh Tun Mahathir Mohamad

            1079

            LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.

            Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

            Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan.

            Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan muzium itu sebagai satu kejayaan baharu untuk mempromosikan aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village, di mana terletaknya perkhidmatan kereta kabel yang begitu popular dalam kalangan pelancong.

            “Sementara menunggu giliran (untuk menaiki kereta kabel), maka dia (pengunjung) boleh pergi melihat bermacam-macam pertunjukan (seni 3D) yang ada di sini,” katanya.

            Semasa berucap di majlis perasmian itu, Dr Mahathir yang juga penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata kejayaan yang dicapai industri pelancongan Malaysia adalah hasil dari penciptaan produk yang dapat menarik pengunjung ke negara ini.

            Katanya Malaysia tidak mempunyai tamadun lama terkenal seperti di Mesir yang dapat menarik ramai pelancong, namun kebolehan mencipta produk pelancongan unik telah menjadikan negara ini antara destinasi pelancongan utama.

            Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli berkata projek Muzium 3D itu telah mengambil masa hanya lima bulan untuk disiapkan dan telah mulai dibuka kepada orang ramai bermula 31 Jan lepas.

            Menurutnya LADA juga sedang berusaha untuk membina sebuah muzium coklat selain menambahkan aktiviti rekreasi lain di kawasan Oriental Village yang telah berjaya menarik kira-kira 1.5 juta orang pengunjung tahun lepas. – BERNAMA

            485

            LANGKAWI – Peningkatan penyertaan dalam Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (LIMA’15) berbanding sebelum ini dapat dijangkakan berikutan keadaan kemerosotan ekonomi dunia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

            Beliau berkata dalam keadaan ekonomi dunia sekarang, kebanyakan syarikat atau negara akan meningkatkan lagi aktiviti mempromosikan barangan mereka kepada pembeli-pembeli dari negara lain.

            “Jadi bagi mereka, LIMA ini memberi peluang kepada mereka mempamerkan barangan mereka termasuk barangan ketenteraan dengan harapan pelawat-pelawat yang akan datang dari negara negara jiran (untuk melihat dan membeli produk-produk pameran),” katanya.

            Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi di Oriental Village di sini hari ini.

            Malaysia telah memperoleh manfaat dari penganjuran LIMA, khususnya dalam perkembangan industri penerbangan negara.

            Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata jumlah syarikat pempamer di LIMA’15 telah bertambah kepada 502 buah berbanding 433 buah yang dicatatkan pada 2013.

            Penyertaan negara juga turut bertambah dari 31 buah pada LIMA’13 kepada 36
            pada tahun ini dan ini turut melibatkan penyertaan kali pertama Jepun semenjak negara itu melonggarkan dasar eksport produk pertahanannya.

            Selain itu, negara besar seperti China juga telah menambah keluasan ruang pameran mereka daripada 60 meter persegi kepada 219 meter persegi tahun ini, katanya. – BERNAMA

            996

            KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu kenaikan harga barang yang berlaku sekarang bukan soal melibatkan sesuatu kaum tertentu.

            “Ini bukan soal (bangsa) Cina, Melayu … ini soal harga minyak jatuh kenapa harga barang tak turun. Ia melibatkan semua peniaga tetapi memanglah peniaga dalam Malaysia ini kebanyakannya Cina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pemasangan plak warisan kebangsaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dekat sini hari ini.

            Beliau berkata menyalahkan sesuatu kaum berhubung kenaikan harga barang merupakan satu cara negatif dalam menyelesaikan masalah itu.

            Justeru, Dr Mahathir berkata usaha mencari punca kenaikan harga perlu dilakukan secara menyeluruh ke arah meringankan beban rakyat.

            Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang, dan menjadi viral di laman sosial.

            Bagaimanapun, Ismail Sabri tampil membuat penjelasan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

            Dr Mahathir seterusnya berkata Malaysia tidak mendapat manfaat penuh sekalipun harga bahan api mengalami penurunan susulan kejatuhan nilai ringgit sekali gus menyebabkan nilai import negara meningkat.

            “Walaupun kita boleh kutuk mereka ini (peniaga), kita perlu pastikan import dikawal dan harga barangan dan pengangkutan dikawal, kita tidak suka untuk mengawal pasaran perniagaan tetapi kadang kala … kita perlu kawalnya kerana pasaran tidak dapat membuat kawalan sendiri,” katanya.

            Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mencadangkan satu siasatan dan kajian teliti dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang cuba mensabotaj ekonomi negara.

            Sambil menjelaskan bahawa nilai mata wang susut disebabkan penjualan mata wang itu dengan mendadak dan kerap, beliau berkata siasatan perlu dibuat untuk memastikan sama ada inikah yang berlaku.

            Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan mengenai kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara. – BERNAMA

            695

            KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata krisis MIC perlu ditanggani dengan bantuan pihak ketiga.

            Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan orang yang sesuai menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah parti berkenaan memandangkan kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak akan menemui persetujuan jika ia diselesaikan di antara mereka.

            “MIC ini selalu ada masalah. Saya ingat masalah ini patut dibetulkan oleh orang di luar MIC, kalau sama-sama dia, mereka tidak akan mencapai persetujuan.. masa saya dulu pun berlaku juga,” katanya kepada pemberita selepas meletakkan plak warisan kebangsaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dekat sini, hari ini.

            Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung masalah yang melanda MIC ketika ini.

            Ditanya sama ada beliau bersetuju jika diminta menjadi orang tengah, Dr Mahathir berkata: “Saya bukan lagi seorang ahli politik. Saya hanya pengkritik”.

            Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam perhimpunan agung MIC di Melaka pada Nov 2013.

            Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari. – BERNAMA

            2073

            HATI siapa yang tak berbunga jikalau dapat bertentang mata dengan negarawan yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad bukan?

            Itulah yang dirasakan sekumpulan penghibur jalanan (buskers) terkenal, Genji Buskers ketika sedang membuat persembahan di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

            genji

            Menerusi akaun Facebook rasmi mereka, vokalisnya yang dikenali sebagai Mustam memberitahu, sebaik sahaja menyedari kehadiran Tun Mahathir di situ, lirik nyanyiannya terus berterabur dek kerana terkejut melihat tokoh tersebut.

            Rupa-rupanya, beliau sudah memerhatikan persembahan mereka selama beberapa minit.

            Tun Mahathir turut meletakkan wang sebanyak RM50 ringgit ke dalam beg gitar yang disediakan untuk mengutip sumbangan daripada penonton.

            Haa… menariknya, Genji Buskers bercadang untuk  membingkaikan wang tersebut sebagai kenang-kenangan.

            Jom saksikan rakaman detik manis itu! -MYNEWSHUB.CC

            Oleh: ELZA

            468

            CYBERJAYA – Malaysia masih mampu mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju jika kerajaan bersedia mengurangkan dan berhemah dalam perbelanjaannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Beliau berkata kerajaan perlu segera mengenal pasti dan menghentikan projek dan peruntukan tidak perlu dan memberi keutamaan kepada projek yang penting sahaja.

            “Saya mencadangkan (kerajaan) agar lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Kerajaan perlu meneliti sama ada apa yang ia belanjakan sekarang adalah perlu. Banyak daripada peruntukan itu tidak perlu,” katanya.

            Dr Mahathir, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Sumbangan Satu Bilion Dollar Untuk Pembinaan Semula Gaza di Shaftsbury Asteria, di sini hari ini.

            Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas bahawa kerajaan akan memotong perbelanjaan operasi sebanyak RM5.5 bilion kepada RM217.94 bilion. Jumlah itu bagaimanapun, tidak termasuk sebarang perbelanjaan tambahan.

            Katanya kerajaan telah membuat perancangan, dan dengan strategi yang betul dan kerja keras, negara masih mampu mencapai status negara maju.

            Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata dengan peruntukan yang kurang akibat kejatuhan harga minyak global, adalah penting bagi kerajaan untuk memotong perbelanjaan tidak perlu.

            “Projek-projek perlu dikenal pasti dan potong sahaja peruntukannya. Kita tahu yang kita tidak ada banyak wang, jadi kita mesti cari cara untuk kurang berbelanja. Apabila kita kaya, kita buat macam orang kaya, dan apabila kita miskin, kita perlu buat macam orang miskin,” katanya.

            Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata beliau melihat wujud reaksi hipokrit antara respons terhadap serangan terhadap majalah satira Charlie Hebdo di Perancis, sedangkan negara-negara Barat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan pembunuhan ribuan penduduk Palestin.

            “Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada kartunis berkenaan dan saya mengutuk keganasan. Tetapi negara-negara Barat dilihat lupa tentang kira-kira 200,000 orang yang telah dibunuh, rumah dan bandar mereka dimusnahkan di Palestin dan Gaza.

            “Sesetengahnya adalah bayi dan kanak-kanak manakala yang cedera kebanyakannya orang tua. Apabila beribu-ribu orang dibunuh, tiada siapa di dunia barat bersedih ataupun menangisi nasib mereka,” kata Dr Mahathir.

            Sehubungan itu, beliau menggesa negara-negara Islam untuk kekal bersatu dan berjuang untuk kebebasan bersama, serta merumuskan strategi betul untuk menamatkan penderitaan itu dan terus membantu pembinaan semula Gaza.

            “Kita dapat melihat perubahan kuasa apabila beberapa negara Eropah mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Kita perlu memanfaatkan ini dengan tidak menyebabkan mereka marah, sebaliknya pupuk persahabatan supaya mereka membantu perjuangan kita dan menukar fikiran mereka,” katanya.

            Berhubung sumbangan, Dr Mahathir berkata sumbangan akan disalurkan untuk pembinaan semula infrastruktur di Gaza termasuk sektor kesihatan, perumahan, pertanian, air, pembetungan, bekalan elektrik, telekomunikasi dan pembuatan.

            Negara Arab dan Suruhanjaya Antarabangsa bagi Pembinaan Semula Gaza bersama-sama dengan Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia(MySET) dan
            Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) akan bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam pembinaan semula Gaza bagi membolehkan penduduknya mendapat peluang untuk membina semula kehidupan mereka. – BERNAMA

            2680

            MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad mempamerkan pelbagai aksi comel dan menarik ketika mengunjungi muzium 3D di Langkawi, baru-baru ini.

            Pasangan ini meluangkan masa di muzium 3D, Art in Paradise di Oriental Village dan berposing sambil mengambil gambar di hadapan pameran seni tiga dimensi yang unik.

            Perdana menteri keempat Malaysia itu sememangnya gemar melancong ke pulau destinasi perhatian ramai tersebut malah turut dikenali sebagai ‘Arkitek untuk Langkawi Moden’.

            Beliau turut merasmikan muzium seni itu ketika ianya dibuka kepada umum pada Oktober tahun lalu. -MYNEWSHUB.CC

            tun m1

            tun m2

            tun m3

            1351

            MASIH ingatkah anda dengan kisah kembar siam Ahmad dan Muhammad yang berjaya dipisahkan pada tahun 2002 setelah menjalani pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi?

            Dilahirkan pada 1998, mereka kini sudah menjejaki usia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penghujung tahun ini.

            Kisah mereka pernah mendapat perhatian seluruh dunia satu ketika dahulu, namun ia semakin dilupakan. Jikalau dahulu, ramai pihak muncul dan menghulurkan sumbangan, namun kini, kembar tersebut tidak lagi menerima bantuan sewajarnya.

            kembar 7

            Menurut bapa pasangan tersebut, Rosli Abdul Rahim, pendapatan bulanan yang tidak tetap membuatkannya terpaksa mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak berkaitan bagi menampung urusan perbelanjaan seharian anak-anaknya.

            Namun, kerenah birokrasi dan prosedur yang rumit tiap kali hadir ke pejabat kerajaan menyebabkan Rosli serik.

            Memetik kenyataannya dari portal MStar, “Dah banyak kali saya pergi ke pejabat zakat (cawangan Bandar Puteri) tetapi terlalu banyak kerenah. Sejak itu saya dah serik dan putus asa untuk meneruskan permohonan bantuan.”

            kembar 3 kembar 6

            Sebelum itu, Rosli juga pernah menghantar borang ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memohon mendapatkan bantuan lampin pakai buang serta beg najis buat kembar tersebut.

            Selama 13 tahun, dia terpaksa membelanjakan kira-kira RM500 setiap bulan untuk membeli dua barangan utama tersebut agar Ahmad dan Muhammad dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

            Walaupun serik dengan situasi tersebut, namun isterinya, Junaidah Awang, yang juga ibu tiri kembar itu tidak mengalah dan meneruskan perjuangan bagi mendapatkan bantuan buat mereka.

            “Saya memang dah putus asa tapi Ummi mereka pergi semula ke pejabat zakat untuk mendapatkan bantuan. Ummi mereka kata kalau dapat bantuan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saya.”

            ohtidak-kembar-ahmad-muhamad-1

            Ujarnya, proses tersebut mungkin mengambil masa kerana pihak berkenaan memintanya mendapatkan surat pengesahan doktor mengenai keadaan semasa kedua beradik itu.

            “Mereka minta pula surat doktor yang mengesahkan kedua-dua beradik itu memang pakai pampers dan beg najis,” kata Rosli sambil menggelengkan kepalanya.

            Tambah Rosli, dia tidak lagi menerima bantuan kerajaan setelah kali terakhir mendapat bantuan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

            “Sepanjang yang saya ingat kali terakhir kami terima bantuan beg najis untuk tempoh setahun dari Dr Mahathir tapi saya tak ingat tahun bila. Lepas tu tak ada dah bantuan… Nak buat macam mana hidup perlu diteruskan.”

            Sehingga kini, Ahmad dan Muhammad hanya menerima bantuan persekolahan dari Kementerian Pendidikan sebanyak RM900 setahun.

            Pada tahun 2011, ibu kandung Ahmad dan Muhammad, Asiah Kanda, meninggal dunia akibat kanser.  – MYNEWSHUB.CC

            Dokumentari Mengenai Abby Dan Brittany Hensel, Kembar Siam Yang Berkongsi Satu Tubuh

            1010

            PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersimpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan AirAsia QZ8501.

            Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan mencari pesawat di lautan apabila teknologi sedia ada, dalam bentuk penggunaan alat pengesan penerbangan tidak digunakan.

            “Ia seolah-olah, ketika Airbus bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan penggunaan sistem data penerbangan dan perakam suara untuk pesawat komersil, Boeing yang telah menggunakan alat perakam pada sekurang-kurangnya tiga pesawat tentera tidak bersetuju bahawa teknologi itu adalah sesuai atau selamat untuk pengangkutan komersial,” katanya menerusi tulisan di blognya, chedet.cc, Khamis.

            Dr Mahathir telah memetik satu artikel dari majalah Flight International, bertarikh 14 Oktober 2014, yang memperincikan keretakan lain dalam landskap kompetitif antara Airbus dan Boeing.

            Beliau berkata konsep Airbus membabitkan penggunaan satu daripada dua set data penerbangan dan perakam suara kokpit sekiranya berlaku perlanggaran di udara atau kesan di daratan.

            Unit yang digunakan, yang termasuk beacon pencari, direka untuk terapung jika kemalangan itu berlaku di dalam air.

            “Bayangkan jika perakam ini dan beacon dipasang pada pesawat AirAsia Indonesia atau MH370, kita tidak perlu mencari pesawat di lautan,” katanya, sambil menyatakan ketidakfahaman beliau tentang mengapa Boeing bersikap bertentangan dengan langkah itu.

            Memetik artikel lain daripada FlightGlobal.com, pada Disember 2006, Dr Mahathir berkata Boeing telah menerima paten Amerika untuk satu sistem yang ‘membenarkan rampasan kapal terbang oleh alat kawalan jauh’ sebagai langkah pencegahan terhadap rampasan pengganas.

            “Boeing tidak membuat sebarang komen berhubung keupayaannya yang kuat itu. Dan MH370 tidak ditemui sehingga kini.

            “Dan kini Boeing seolah-olah tidak bersedia untuk membuatkan usaha mencari pesawat yang hilang lebih mudah dan lebih cepat, yang mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa. Mengapa?” tanya beliau. – mStar Online

            482

            KUALA LUMPUR – Kaum Melayu tidak boleh malas, sebaliknya harus berusaha lebih gigih untuk menguasai ekonomi negara bagi menjamin mereka memperoleh bahagian yang sepatutnya apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Bekas Perdana Menteri itu menegaskan orang Melayu tidak boleh bergantung kepada penguasaan politik semata-mata kerana ia mungkin tidak mampu bertahan tanpa pegangan ekonomi yang kukuh.

            Katanya, walaupun melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenal pada 1971 telah ditetapkan agihan ekonomi untuk orang Melayu sebanyak 30 peratus daripada kekayaan negara, namun selepas 20 tahun pelaksanaannya, sasaran itu dilihat tidak berjaya dipenuhi.

            “Jadi jika kita mahu bahagian kita, orang Melayu mesti tukar pendirian, mesti usaha lebih gigih untuk dapatkan bahagian kita dalam negara maju.

            “Saya khuatir bila kita capai matlamat negara maju pada 2020, orang Melayu menjadi golongan miskin di dalam negara kaya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Hala Tuju Melayu Islam Menuju Wawasan 2020’ pada Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA’14) di sini hari ini.

            Dr Mahathir turut menjentik soal politik orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga parti utama iaitu Umno, PAS dan PKR, yang menurutnya menjurus kepada undi Melayu menjadi minoriti dalam negara yang majoritinya orang Melayu.

            Keadaan itu, katanya, menyebabkan setiap parti Melayu mempunyai sokongan kurang daripada 50 peratus dan akhirnya terpaksa ‘mengemis’ sokongan kaum lain untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa.

            “Bila jadi pengemis, mereka (parti Melayu) bukan lagi merupakan orang berkuasa (sepenuhnya), ini keadaan yang sedang kita hadapi sekarang,” katanya.

            Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya untuk kaum Melayu kembali mengamalkan ajaran dan nilai-nilai Islam yang sebenar sebagai landasan dan panduan hidup mereka.

            “Maju atau mundurnya kita tidak bergantung kepada warna kulit, kekayaan sumber atau tempat tinggal kita, tetapi budaya dan nilai hidup yang dipegang,” jelas Dr Mahathir.

            “Nilai hidup yang baik termasuk jujur, amanah, bekerja keras perlu dijadikan budaya hidup kita. Kalau setakat berdoa tapi tak berusaha, ALLAH pun tidak akan tunaikan permintaan kita,” kata Dr Mahathir.

            Kepada satu pertanyaan daripada peserta, Dr Mahathir mengulangi pandangannya berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

            “Sebaliknya wujudkan peluang kerja, latihan untuk rakyat supaya mereka dapat tingkatkan kebolehan dan ilmu untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi, itu cara terbaik,” katanya. – BERNAMA

            1019

            KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kepentingan politik kerana menghentam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Ahli Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran.

            Beliau mendakwa, sebagai Perdana Menteri yang telah bersara, Mahathir tidak sepatutnya mencampuri urusan 1MDB maka beliau perlu menjelaskan tindakannya memarahi sekumpulan pegawai tertinggi 1MDB pada 4 Disember lalu.

            “Adalah jelas bahawa kepentingan Mahathir dalam skandal itu adalah atas sebab-sebab politik sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

            Justeru, Surendran mendakwa tindakan Mahathir yang mengambil berat terhadap isu 1MDB menjadi bahan ketawa orang ramai.

            Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataan berasingan mahu 1MDB diperiksa oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara.

            Dakwa beliau, 1MDB mesti bersedia untuk diaudit jika syarikat itu yakin tiada sebarang permasalahan berlaku dalam 1MDB.

            “Jika 1MDB jujur dan telus, 1MDB perlu bersedia untuk disiasat oleh PAC dan Ketua Audit negara,” dakwanya.

            Media semalam melaporkan sekumpulan pegawai tertinggi 1MDB dimarahi Mahathir dalam satu perjumpaan bersama bekas Perdana Menteri itu pada 4 Disember lalu.

            Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.

            Kadir mendakwa, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Ahli Lembaga Pengarah, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman “dibelasah” Dr Mahathir dalam pertemuan tersebut. – mynewshub.cc

            296

            PUTRAJAYA – Al-Quran harus menjadi rujukan utama untuk menguruskan hal berkaitan Islam secara berkualiti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

            Beliau berkata kegagalan segelintir umat Islam pada masa kini menjalani cara hidup Islam dengan berkualiti adalah kerana tidak berpegang sepenuhnya kepada ajaran kitab suci itu.

            Berucap merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam 2014 anjuran Universiti Utara Malaysia di sini hari ini, Dr Mahathir berkata keadaan itu menyebabkan mereka terjebak melakukan perbuatan menyalahi agama termasuk salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

            Bagi mendalami ajaran al-Quran, beliau berkata umat Islam disaran membaca dan memahami al-Quran dalam bahasa yang difahami sama ada tafsiran dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, seperti yang dilakukan beliau sendiri.

            “Ini membolehkan kita mendapat banyak maklumat kerana memahami bahasa itu, sekali gus dapat menjalani kehidupan berkualiti untuk berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.

            Dr Mahathir turut menyentuh sikap segelintir umat Islam yang lebih gemar mengikut ajaran ulama atau pemimpin-pemimpin tertentu berbanding merujuk al-Quran.

            “Kita lagi suka mendengar apa yang disarankan ulama terkenal sehinggakan ada yang bertentangan dengan agama pun kita sanggup terima,” katanya. – BERNAMA

            509

            Menurut sebuah laporan, Proton sedang merancang untuk mendirikan sebuah kilang kereta di Bangladesh tidak lama lagi.

            Ini didedahkan selepas Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, sempena lawatan rasmi tiga hari di sana.

            Laporan daripada akhbar Dhaka Tribune pada September lepas, mengatakan bahawa Proton telah mengadakan perbincangan berkenaan dengan kerjasama Malaysia-Bangladesh bersama PHP Group dan dikatakan sidang  tersebut telah membincangkan perihal industri otomotif demi memenuhi permintaan kenderaan di sana.

            mahathir_M

            Sebelum ini, pada tahun 2009, media Bangladesh telah melaporkan bahawa sebuah syarikat Malaysia iaitu Agate Group telah melahirkan minat untuk membina kilang kereta dengan usahasama syarikat tempatan Bangladesh, Walton High Tech Industries.

            Namun, ia nampaknya tidak berhasil oleh beberapa sebab tertentu dan kali ini kami mengharapkan semogo Protan berjaya menempa namanya di sana!

            Apa-apa pun, jom kita lihat ulasan kereta Proton model Iriz dulu di bawah bagi anda yang bercadang untuk membelinya.

            Sumber: Paultan

            Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

            456

            PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan di blognya tentang kurangnya perbincangan mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat pada Perhimpunan Agung Umno 2014, minggu lepas.

            Bekas presiden Umno itu yang sebelum ini enggan mengulas mengenai perhimpunan itu berkata kepimpinan parti tidak menjelaskan, antara lain, ‘sistem pendidikan yang memisahkan golongan miskin dengan kaya’.

            Beliau, bagaimanapun, memuji keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendengar dan mengambil berat akan pandangan orang ramai berkenaan dengan pengekalan Akta Hasutan.

            Mengenai pendidikan, Dr Mahathir, yang juga bekas Perdana Menteri, mengulangi apa yang telah katakan sebelum ini bahawa ramai yang sangat mengambil berat mengenainya.

            “Yang kaya pergi ke sekolah Inggeris, mendapat ilmu-ilmu yang penting dan mudah mendapat kerja.

            “Yang miskin ke sekolah Kebangsaan, dengan penguasaan bahasa Inggeris yang rendah dan ketinggalan dalam bidang Sains dan ilmu Matematik tinggi. Mereka tidak mudah mendapat kerja dengan upah yang tinggi.

            “Dengan ini jarak antara miskin dengan kaya akan menjadi lebih luas,” katanya.

            Dr Mahathir berkata walaupun amalan menjadikan peperiksaan lebih mudah untuk lulus adalah popular dan mudah diterima, ia boleh bertukar menjadi sesuatu yang tidak baik dan merugikan.

            “Amat malanglah jika populariti lebih diutamakan dari nasib buruk anak rakyat yang terpaksa terima dasar yang tidak baik bagi mereka.

            “Mereka menjadi mangsa, tidak anak orang kaya,” katanya.

            Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaan apabila respon berkenaan dengan tuduhan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

            “Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian TPPA. Perjanjian 29 bab ini berbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera,” katanya.

            Dr Mahathir hadiri ke majlis perasmian perhimpunan agung tetapi enggan mengulas mengenai ucapan presiden ketika ditanya oleh pemberita. – mStar Online