Laman Utama Tags Posts tagged with "vokal"

vokal

    938

    KHABARNYA pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30), Dayang Nur Faizah, 34; atau mesra dipanggil Dayang akui sedikit kekok apabila diajukan soalan berkaitan kahwin atau kawan.

    Menurut portal berita Singapura, BERITAMediaCorp, beliau hanya menunggu dan berdoa semoga jodohnya dipermudahkan. Buat masa sekarang Dayang hanya memberi tumpuan untuk menghasilkan album penuh sahaja.

    Dia yang juga terkenal dengan jolokan sebagai Beyonce Malaysia sibuk mengumpulkan lagu-lagu bagi album solonya dari ciptaan komposer-komposer tanah air untuk dimuatkan dalam album terbaharunya.

    Kali terakhir album beliau dikeluarkan adalah pada 2010 berjudul ‘Sayang dan Cahaya’. Lagu-lagu persembahan Dayang kebiasannya menjadi ‘soundtrack’ bagi drama-drama bersiri di kaca televisyen dan juga lagu tema filem.

    Terbaharu, lagu Langit Cinta menjadi official soundtrack (OST) atau lagu runut rasmi bagi filem Langit Cinta lakonan aktor kacak, Keith Foo dan aktres jelita, Fazura.

    Menjawab pertanyaan BERITAMediaCorp mengenai kebanyakan lagu beliau diangkat menjadi OST, Dayang menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk hanya memfokuskan kepada lagu OST sahaja.

    Tetapi beliau tetap bersyukur kerana lagu-lagu itu sering dipilih untuk menghiasi drama tersebut dan secara tidak langsung mempromosikan lagu tersebut juga.

    Antara lagu-lagu beliau yang diangkat menjadi OST ialah Di Pintu Syurga bagi drama Ariana Rose yang menjadi suatu fenomena di televisyen beberapa tahun lepas.

    Ariana_Rose

    Berbalik kepada isu kahwin dan kawan, ternyata beliau merupakan seorang yang pemalu dan kekok dalam berkawan.

    “Dayang nak berkawan dengan orang yang dah kenal pun agak lambat. Ambil masa. Kalau lelaki, lagilah lama kalau tak kenal langsung (ketawa).

    “Dari dulu selepas pertunjukan, Dayang tak keluar rumah. Itulah masalah dia,” jelasnya dengan jujur kepada portal berita Singapura itu.

    Tambahnya lagi, dia begitu senang dan gembira untuk rakan-rakan artisnya yang sudah pun mendirikan rumah tangga dan mengharapkan nasib yang sama juga terjadi kepadaya.

    Walaupun masih single dan belum dilamar oleh mana-mana jejaka, Dayang tidak meletakkan apa-apa syarat kepada mana-mana lelaki yang ingin mengenalinya.

    Dia malah juga bersyukur kerana mempunyai keluarga yang masih menyokong beliau dan menghormati kehendaknya. – MYNEWSHUB.CC