Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Zahid Hamidi

‘Pembersihan’ Dilaksanakan Di Seluruh Agensi

in Terkini

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan tindakan ‘pembersihan’ secara menyeluruh terhadap anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan di bawahnya yang terlibat dengan jenayah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu akan dilakukan setiap waktu dan tidak bermusim. “Kita harus bersiap siaga setiap masa kerana ada dalam kalangan kita…

Teruskan Membaca

Zahid Yakin BN Rampas Kerusi DUN Pujut

in Politik/Terkini

BEAUFORT – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak daripada pembangkang sekiranya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi berkenaan. Beliau berkata sekiranya BN berjaya merampas kerusi berkenaan kelak, ia akan menambah bilangan kerusi DUN BN Sarawak kepada 73 berbanding…

Teruskan Membaca

Tiada Kompromi Penguat Kuasa Lindungi Sindiket

in Jenayah/Terkini

CANBERRA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan badan penguat kuasa yang didapati melindungi aktiviti perjudian dan pelacuran. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras jenayah rasuah membabitkan penguat kuasa terbabit. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan…

Teruskan Membaca

Zahid Lakukan Lawatan Kerja 4 Hari Ke Australia

in Terkini

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia dari 7 hingga 10 Mei dengan tumpuan memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang keselamatan, usaha memerangi ancaman keganasan dan jenayah rentas sempadan serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma…

Teruskan Membaca

‘Kuman Politik’ Tak Mampu Gugat Sabah-Persekutuan

in Politik/Terkini

SIPITANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan akrab kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk “kuman politik”. Beliau yakin mana-mana pihak sama ada individu atau tokoh tidak akan mampu merosakkan atau memutuskan hubungan yang cukup rapat itu yang telah terjalin sejak sekian lama. ”…

Teruskan Membaca

ESSZone: Zahid, Musa Aman Pengerusi Mesyuarat

in Terkini

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini buat julung kalinya mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) di sini hari ini. Mesyuarat yang diadakan di Sri Gaya, iaitu kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di sini, disertai…

Teruskan Membaca

Pemilik Permit Senjata Api Wajib Mohon Kad Senjata

in Terkini

PUTRAJAYA – Semua pelesen dan pemilik permit senjata api diwajibkan memohon kad senjata bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kad yang akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah penambahbaikan kepada buku senjata sedia ada bagi memudahkan pengenalan pemilik lesen…

Teruskan Membaca

Pembentangan RUU 164 Ditangguhkan – Ahmad Zahid

in Terkini

PUTRAJAYA – Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 ditangguhkan pada persidangan Parlimen sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan…

Teruskan Membaca

Status Warga Korea Utara Di Malaysia Diketahui Hari Ini

in Terkini

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada menghantar pulang warganegara Korea Utara, yang tamat permit kerja atau melarang mereka daripada meninggalkan Malaysia, akan diumumkan hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, terdapat 315 warganegara Korea Utara di Malaysia dengan ada di antara mereka yang bekerja di negara ini. “Kami…

Teruskan Membaca

Pasukan Khas Siasat Sindiket Kad Pengenalan Di Sabah

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah. Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataan bersama sempena mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang berlangsung…

Teruskan Membaca

Korea Utara Perlu Belajar Hormati Negara Lain

in Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan Korea Utara agar belajar menghormati negara lain serta mengambil kira kepentingan warga antarabangsa dalam penyelesaian isu kematian Kim Jong-nam. Katanya Korea Utara tidak boleh melihat kes kematian Kim Jong-nam sebagai isu dalaman negara berkenaan semata-mata kerana ia turut membabitkan warga antarabangsa…

Teruskan Membaca

Warga Korea Utara Kena Visa Bermula 6 Mac

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Berkuat kuasa Isnin ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia akan dikenakan visa, umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan. Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang…

Teruskan Membaca

PM, TPM Ucap Takziah Kepada Keluarga Jins

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin yang meninggal dunia hari ini kerana sakit tua. “Sedih terima berita seniman Tan Sri Jins Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan Twitternya, malam ini.…

Teruskan Membaca

DAP Alami Krisis Kepercayaan, Rakyat Perlu Analisis – Zahid

in Politik/Terkini

LUNDU – Tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti itu merupakan satu manifestasi masalah dalaman dan krisis kepercayaan yang sedang dihadapi parti pembangkang itu, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Saya dimaklumkan tiga ADUN dan seorang Ahli Parlimen dari Melaka itu telah keluar parti,” kata…

Teruskan Membaca

Zahid Nafi Ada Menteri Letak Jawatan, Nama Anifah Disebut

in Politik

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan konon ada menteri kanan letak jawatan sebagai satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor. “Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan. Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau…

Teruskan Membaca

Perlu Adakan Kajian Jika Sabah Mahukan PRN Berasingan

in Politik/Terkini

KOTA KINABALU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan daripada pilihan raya umum (PRU). Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya berfikir kita harus terbuka…

Teruskan Membaca

Keharmonian, Perpaduan Perlu Dalam Masyarakat

in Terkini

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kepelbagaian agama, budaya dan perayaan yang disambut masyarakat tempatan adalah kelebihan dan kekuatan yang mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini. Beliau menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian bukan sekadar luahan retorik kata-kata sahaja dan ia sebaliknya perlu diterjemah dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang prejudis…

Teruskan Membaca

Bukan Trend Untuk BN Letak Balu Bertanding Dalam PRK

in Politik/Terkini

LUNDU (Sarawak) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan trend mahupun dasar Barisan Nasional (BN) meletakkan balu wakil rakyatnya bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kawasan yang disandang suami. “Kami jalankan kajian dan dapati si isteri yang dicadang bertanding mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah suami menerima sokongan kuat daripada akar…

Teruskan Membaca

Kebenaran Bekerja Etnik Rohingya Bermula 1 Mac

in Terkini

PUTRAJAYA – Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) etnik Rohingya akan bermula pada 1 Mac ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata projek perintis itu membolehkan seramai 300 pemegang kad UNHCR etnik Rohingya yang melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk…

Teruskan Membaca

Ruang Seluasnya Buat SPRM Buru Pesalah Rasuah

in Terkini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi ruang seluas-luasnya untuk menyiasat, menggeledah dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam gejala rasuah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata usaha proaktif itu perlu diberi sokongan dan kerajaan membuka ruang sepenuhnya kepada SPRM…

Teruskan Membaca

NGO Didalangi Pembangkang Mahu Jatuhkan Saya – TPM

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menegaskan usaha menjatuhkan beliau di Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, didalangi oleh sebuah parti pembangkang yang menggunakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan tertentu bagi mencapai matlamat tersebut. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan ia tidak membabitkan UMNO atau parti komponen…

Teruskan Membaca

TPM Terima Kunjungan Hormat Duta AS

in Terkini

PUTRAJAYA – Inisiatif Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang, perkembangan penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat, ancaman keselamatan peringkat serantau dan global serta isu migrasi. Itu adalah antara intipati perbincangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu, Kamala Shirin Lakhdhir, yang membuat…

Teruskan Membaca

Najib, Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Budiman

in Terkini

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, atas pemergian ke rahmatullah bapanya pagi tadi. “Takziah YB @BudimanZohdi dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter rasmi beliau,…

Teruskan Membaca

Jumlah Pelancong China Di Malaysia Meningkat Ketara

in Terkini

BEIJING – Ketibaan pelancong China di Malaysia meningkat dengan ketara sejak kerajaan memperkenalkan kemudahan pengecualian visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) dan kemudahan visa elektronik pada Mac tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah permohonan untuk kemasukan dari China bagi tempoh Mac hingga Disember tahun lepas ialah sebanyak…

Teruskan Membaca

Unsur Tradisional Dalam Pembangunan Bagan Datuk Perlu

in Terkini

BAGAN DATUK – Elemen tradisional perlu terus dikekalkan dalam pembangunan Bagan Datuk yang secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak hari ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan perimbangan antara sistem pentadbiran dan elemen nilai-nilai tradisional, ia diyakini dapat memantapkan pembangunan di daerah Bagan Datuk. “Eleman tradisional perlu…

Teruskan Membaca

Nahas Bas Ekspres: Najib Dan Zahid Rakam Takziah

in Terkini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di Km137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan kawasan rehat dan rawat Pagoh, awal pagi ini. “Innalillah. Sedih dengan berita tragedi bas di Johor yang ragut 14 nyawa. Takziah kepada keluarga mangsa,…

Teruskan Membaca

Najib Ucap Takziah Atas Pemergian Adinda Zahid Hamidi

in Terkini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta keluarga, setelah kembalinya ke Rahmatullah adik beliau, Ahmad Dzulfikri Hamidi. Dalam catatan terbaharu di laman media sosial Twitternya hari ini, Najib turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. “Takziah kepada @Zahid_Hamidi (Twitter rasmi TPM)…

Teruskan Membaca

Adik TPM Zahid Hamidi Meninggal Dunia

in Utama & Sensasi

IPOH – Adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri meninggal dunia pada kira-kira 11.30 malam ini di ibu negara. Allahyarham berusia 45 tahun. Pegawai Khas kepada timbalan perdana menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi yang mengesahkan perkara itu berkata Ahmad Dzulfikri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa…

Teruskan Membaca

Indeks Jenayah Turun Persepsi Positif Tidak Meningkat

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun namun persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kadar jenayah telah berkurangan antara 4.2 peratus hingga 12.6 peratus dari 2011 hingga tahun lepas tetapi persepsi tidak meningkat kerana wujud prasangka terhadap pihak…

Teruskan Membaca

97 Sabitan Kes Pemerdagangan Orang Pada 2016

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Sebanyak 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkodkan pada 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di sini hari ini. Sabitan kes berkenaan terdiri daripada 76 sabitan…

Teruskan Membaca

Semakan Semula Elaun Penjawat Awam Dibawa Ke Kabinet

in Terkini

KUALA LUMPUR – Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun. “Saya akan ingatkan Menteri…

Teruskan Membaca

TPM Hadir Majlis Perkahwinan Anak Perempuan MB Pahang

in Terkini

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa meraikan majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini. Beliau yang berbaju batik tiba di dewan berkenaan pada pukul 1 tengah hari dari ibu negara selepas menghadiri ‘Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk…

Teruskan Membaca

Isu Rohingya, Bukan Campur Tangan Tapi Soal Kemanusiaan

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pembelaan terhadap etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar bukan soal campur tangan Malaysia di negara itu, sebaliknya ia adalah atas dasar kemanusiaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri menegaskan bahawa sikap mengambil berat itu adalah atas dasar sikap kepedulian universalisme yang ditunjukkan oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. “Kita…

Teruskan Membaca

Anggota Komponen BN Mesti Setia Sokong Calon Parti

in Terkini

KUALA LUMPUR – Anggota parti komponen mesti mempunyai ‘DNA’ Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesetiaan untuk menyokong calon perikatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Semestinya, apa yang penting adalah parti komponen kita perlu menggamit semula DNA parti mengikut keahlian parti masing-masing, bukannya mereka…

Teruskan Membaca

Najib Adil Kepada Semua Kaum – Zahid Hamidi

in Terkini

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melakukan pembahagian kompartmen sosial, sebaliknya sentiasa membela nasib semua kaum, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Najib, selaku perdana menteri, sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di…

Teruskan Membaca

Pandang Ke Hadapan Untuk UMNO Kekal Relevan – Zahid

in Terkini

KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO perlu memandang ke hadapan dengan memahami pola tingkah laku dan gelagat sosial masyarakat untuk memastikan parti kekal relevan daripada asyik bernostalgia mengenai bekas pemimpin parti, demikian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti berkata adalah lebih baik jika perwakilan…

Teruskan Membaca

Zahid, Hishammuddin Tenang Hadapi Kritikan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kedua-dua naib presiden UMNO sepakat dan berikrar untuk bersama presiden menghadapi pelbagai kritikan dan fitnah terhadap parti dengan penuh ketenangan dan kematangan. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mereka akan memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berseorangan dalam menghadapi serangan terhadapnya dan parti. Kedua-dua pemimpin…

Teruskan Membaca

“Saya Setia 101 Peratus” Ahmad Zahid

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau setia 101 peratus kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu dalam kerajaan dan parti. Timbalan perdana menteri berkata dalam UMNO beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai timbalan presiden parti dan keadaan itu memerlukannya untuk…

Teruskan Membaca

Kerajaan Bantu Bina Semula Tujuh Rumah Di Hutan Melintang

in Terkini

BAGAN DATOH – Kerajaan akan membantu membina semula tujuh buah rumah yang hangus dalam kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang pada Khamis lepas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memberi bantuan tambahan kepada kerajaan negeri bagi memastikan kesemua rumah terbabit disiapkan dalam tempoh terdekat. “Kita akan bina tujuh…

Teruskan Membaca

Lebih Ramai Peserta Baju Kuning & Merah Akan Ditahan

in Politik/Terkini

BAGAN DATOH – Lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu, senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan…

Teruskan Membaca

1 2 3 11
Go to Top