Bukan Berita Online Biasa

Anggota Misi WBG & Dr Fauziah Yang Ditahan Israel Dibebaskan

11 Anggota Misi WBG Termasuk Dr Fauziah Dibebaskan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) Dr. Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau berkata, menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla.

Ia terletak di sebuah bandar di tengah Israel dan mereka akan dibawa ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Ben-Gurion, dekat Tel Aviv.

Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung tentera laut rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda pasukan keselematan Israel ke Pelabuhan Ashdod. – BERNAMA

Terkini dari Terkini

Go to Top