Bukan Berita Online Biasa

PBB

12.2j Rakyat Syria Perlukan Bantuan Kemanusiaan – PBB

in Terkini

NEW YORK – Dianggarkan 12.2 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan berikutan meningkatnya keganasan dan keadaan tidak menentu di negara itu.

Jumlah itu meningkat lebih tinggi berbanding 10.8 juta pada Julai lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Valerie Amos, memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa penyaluran bantuan dari Turki dan Jordan ke kawasan dikuasai pemberontak di Syria tanpa kelulusan kerajaan berjaya membantu menangani masalah itu.


Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Keselamatan agar melanjutkan program agihan bantuan menerusi sempadan yang tamat pada 9 Januari depan.

Amos memberi gambaran betapa buruknya keadaan di Syria – 40 peratus penyusutan ekonomi sejak 2011, satu pertiga penduduk hidup dalam kemiskinan, 50 peratus penurunan kehadiran ke sekolah, 7.6 juta pelarian dalam negara dan 3.2 juta pelarian di negara asing.

Beliau berkata, sejak wujudnya resolusi membenarkan bantuan dibawa menyeberangi sempadan, pasukan bantuan PBB berjaya memasuki empat kawasan sukar iaitu Aleppo, Idlib, Daraa, dan Quneitra. – AP

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top