Bukan Berita Online Biasa

2 Rumah Kedai Terbakar Di George Town

in Terkini

GEORGE TOWN – Dua rumah kedai dua tingkat di bangunan berusia ratusan tahun (bangunan sebelum perang) di Jalan Pintal Tali, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Azmi Ahmad berkata kebakaran pada pukul 2.19 petang itu menyebabkan dua kedai pendingin hawa terbabit musnah sepenuhnya.

“Enam jentera bersama 34 pegawai dan anggota mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan sebelah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 5 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Semalam, tiga unit kedai yang terletak dalam Kawasan Tapak Warisan Dunia George Town di Jalan Pinang di sini musnah dalam kebakaran pada 9.43 pagi. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top