Bukan Berita Online Biasa

23% Bayi Mati Akibat Luka Tali Pusat

in Terkini

Islamabad – Seramai 23 peratus bayi meninggal dunia dalam tempoh sebulan pertama selepas dilahirkan akibat kesilapan memotong tali pusat di Pakistan.

Malah jumlah kematian itu jauh lebih tinggi di kawasan pedalaman yang kekurangan kemudahan, menyebabkan proses kelahiran dikendalikan golongan kurang berkelayakan.

Pengurus program Mercy Corps Shoaib Shahzad yang mendedahkan perkara itu dalam satu seminar semalam berkata, kematian berlaku akibat kesan jangkitan kuman ketika memotong tali pusat.

“Purata kematian neonatal di Pakistan adalah yang paling teruk di Asia Selatan iaitu 55 bayi bagi setiap 1,000 orang.

“Malah jumlah ini lebih teruk daripada Afghanistan yang diselebungi peperangan iaitu hanya 36 kematian neonatal daripada 1,000 bayi,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, Bangladesh dan Nepal menunjukkan rekod lebih baik dengan purata 24 kematian bagi 1,000 orang, manakala di India 31 bagi setiap 1,000.

Shoaib berkata, 75 peratus daripada bayi yang mati dalam tempoh bulan pertama kelahiran tidak mampu bertahan lebih seminggu.

Jumlah kematian kanak-kanak di bawah lima tahun juga paling teruk di catatkan di Pakistan (89/1,000) manakala Sri Lanka paling kurang (12/1,000).

Ia satu-satunya negara yang menunjukkan jumlah kematian kanak-kanak lebih teruk sejak 1990 berbanding negara lain di rantau berkenaan yang jauh menunjukkan peningkatan. – Agensi

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top