Bukan Berita Online Biasa

Foto Daily Traffic Report

24 Elak Maut, Bas Persiaran Terbakar

in Terkini

SEREMBAN – Seramai 24 orang termasuk pemandu sebuah bas persiaran sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar di Kilometer 264 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, hari ini.

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pemandu dipercayai sempat memberhentikan bas berkenaan yang mengalami kerosakan enjin di tepi jalan sebelum mengarahkan penumpang turun.

“Pasukan bomba tiba 22 minit kemudian dan mendapati semua penumpang sudah berada jauh daripada bas yang sedang terbakar itu.


“Pemandu memberitahu dia menyedari asap keluar dari bahagian enjin dan segera memberhentikan kenderaan dan minta penumpang turun sebelum menghubungi bomba apabila melihat api semakin besar,” katanya. – BH Online

Lapan Maut Nahas Bas Persiaran Di Tapah

https://www.youtube.com/watch?v=BFXuT1hB6UU

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top