Bukan Berita Online Biasa

Esscom

Sekumpulan 27 Diplomat Asing Lawat ESSCom

in Terkini

LAHAD DATU – Sekumpulan 27 diplomat asing yang bertugas di Kuala Lumpur tiba untuk melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang dipertanggungjawab mempertahankan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone).

Ketibaan delegasi itu semalam yang diketuai Pegawai Perhubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Shakor Abu Bakar itu disambut Timbalan Komander ESSCom Brig Jen Subari Tomo dan pegawai-pegawai kanan ESSCom.

Rombongan itu kemudian diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keselamatan di ESSZone yang merangkumi perancangan serta strategi terkini ESSCom dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk kes penyeludupan, penculikan dan isu pendatang asing tanpa izin yang disampaikan Timbalan Ketua Pusat Operasi ESSCom (Pusop), Kol Mas’od Muhammad.


Delegasi itu turut diraikan dalam satu majlis makan malam yang dihoskan Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun di Kompleks Pangkalan Polis Marin Lahad Datu.

Hari ini, delegasi itu dibawa melawat ke pos kawalan Pasukan Gerakan Am di Pulau Mabul, Semporna.

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

ESSZone meliputi 10 daerah dari Kudat hingga ke Tawau, iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WZLrk1KJOVQ

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top