Bukan Berita Online Biasa

28 Askar Terbunuh Serangan Bom Kereta Di Sinai

28 Askar Terbunuh Serangan Bom Kereta Di Sinai

in Terkini

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 28 askar maut dalam serangan bom kenderaan di Semenanjung Sinai semalam, serangan berdarah terburuk sejak tentera mengguling Presiden Mohamed Morsi tahun lalu.

Pasukan perubatan berkata, 28 askar terbunuh manakala 31 lagi cedera dalam serangan oleh seorang pengebom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama di utara Sinai.

Suspek sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.


Terdahulu, penyerang turut menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish.

Kumpulan jihad dilaporkan melakukan siri serangan terhadap askas dan polis sejak Morsi digulingkan dengan kekerasan oleh polis terhadap penyokongnya.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi, ketua tentera yang menjatuhkan Morsi dan kemudian memenangi pilihan raya berikrar untuk menghapuskan militan di negara itu.

Susulan serangan semalam, Sisi mengumumkan tiga hari berkabung dan terus memanggil mesyuarat tergempar majlis pertahanan negara di pejabatnya.

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat mengutuk serangan itu. – AFP

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top