Bukan Berita Online Biasa

3 Termasuk Anggota Polis Maut Kemalangan Di Setiu

3 Termasuk Anggota Polis Maut Nahas Di Setiu

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Tiga termasuk seorang anggota polis maut dalam nahas dua kereta bertembung di Km66, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran Kampung Pak Kancil, di Setiu awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Faiezal Abdul Kayim, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Pahang dan rakannya Ahmad Zaki Baharudin, 37, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Lyza Syahira Ahmad Hazly, 17, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Setiu.

Ketika kejadian, kereta Proton Wira dinaiki Faiezal bersama-sama dua rakannya dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu sebelum berlanggar dengan kereta dipandu Nur Lyza Syahira, dari arah yang bertentangan.

Mohd Hizami Abdul Halim, 32, pemandu kereta Proton Wira mengalami kecederaan ringan manakala penumpang kereta yang dipandu Nur Lyza Syahira iaitu Nur Laila Zukiman, 15, mengalami kecederaan parah dan seorang lagi Mohd Hasraf Abdullah, 17, patah gigi.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan menurutnya mangsa yang maut dihantar Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top