Bukan Berita Online Biasa

4 Kedai Sederet Musnah Dijilat Api Di Besut

4 Kedai Sederet Musnah Dijilat Api Di Besut

in Terkini

BESUT – Dua kedai makan dan masing-masing sebuah kedai runcit serta kedai menjual alat ganti motosikal di jalan utama Kuala Besut-Tok Bali, Kelantan berhampiran Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut musnah dijilat api pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut yang juga Komander Operasi, Mohd Zalani Abdullah memberitahu Bernama, kejadian yang berlaku pada 7 pagi itu melibatkan kerugian kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.13 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian sebelum berjaya mengawal kebakaran 12 minit selepas itu.

Sebanyak tiga jentera bomba dan 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari tiga balai bomba iaitu Kampung Raja, Jerteh dan Pasir Putih, Kelantan dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran tersebut yang bermula dari dapur sebuah kedai makan yang terbabit bagaimana pun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan penghuni kedai-kedai yang terbabit “, katanya.

Katanya, kedua-dua kedai makan setingkat itu hangus terbakar 100 peratus manakala kedai runcit dan kedai menjual alat ganti motosikal itu pula hanya musnah tingkat sebelah atas.

Punca kebakaran tersebut masih disiasat. – BERNAMA

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top