Bukan Berita Online Biasa

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

58 Program Pelancongan Di Pahang Bagi Tahun 2016

in Terkini

KUANTAN – Pahang menyediakan 58 program pelancongan tahun ini selaras dengan Tahun Melawat Pahang 2017, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata prapelancaran Tahun Melawat Pahang akan diadakan Mac ini dengan sasaran kedatangan 15 juta pelancong pada tahun 2017, dijangkan meningkat daripada sasaran 12 juta tahun ini.

Memberitahu pemberita pada majlis pelepasan peserta larian Sungai Lembing Mad Warrior di sini hari ini, beliau berkata pada tahun 2015, seramai 10.53 juta pelancong bercuti di Pahang dengan memperoleh hasil pulangan sebanyak RM8 bilion.

Katanya acara Sungai Lembing Mad Warrior merupakan acara baharu yang membuka kalendar pelancongan negeri tahun ini yang bakal disusuli dengan 46 program sukan lain.


“Semua program dirangka diadakan di daerah berlainan untuk mempromosikan keunikan dan keindahan tersendiri seperti Sungai Lembing yang merupakan kawasan bekas lombong dan Tasik Chini yang merupakan tasik kedua terbesar di Pahang,” kata Mohd Sharkar.

Antara acara tahun ini ialah Tioman Surfestival 2016 di Pulau Tioman pada 29 Jan, Cherating Night Surfing (pada 28 Jan), Karnival Masakan Tradisional Lipis (13 Feb) dan Balok Wind Surfing (19 Feb).

Kalendar bulan Mac dimulakan dengan program Bird Count (4 Mac), Niteride Enduro Challenge (12 Mac), Bubble Camp yang memberi pendedahan selam skuba di Pulau Tioman kepada pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun (14 Mac) dan Meow Island Challenge 2016 (26 Mac).

Turut diadakan ialah Pesta Memancing Udang Galah Ganchong di Pekan (3 April), Festival Memanah Tradisional Pahang (20 April), Cherating Family Carnival ‘Night of Lanterns’ (28 April) dan Pesta Jeram Besu pada April.

Bulan Mei pula akan menjadi bulan tersibuk dengan penganjuran 12 program seperti Cameron Highlands 60KM Challenge (1 Mei), Sail Malaysia-Passage to the East Yacht Rally (4 Mei), 2nd Malaysia Cavers Gathering 2016 (13 Mei), Fraser’s Hill International Bird Race (14 Mei), Tioman MTB Ride 2016 (21 Mei), Slide The City (21 Mei), Kuantan Half Marathon 2016 (22 Mei) dan Moh Ngemping Padi (23 Mei).

Sementara itu, program Bazar Ramadan yang menghimpunkan juadah tradisi Pahang diadakan pada 6 Jun, Cherating Eco&Environment Green Run 2016 (16 Julai), Pesta Hoki Pahang (29 Julai), Kuantan Arts&Cultural (6 Ogos), Fellowship Ride to the Centre of Peninsular Malaysia (7 Ogos) dan King of Sungai Lembing (28 Ogos).

Turut diadakan ialah Merapoh Forest Run 2016 (3 Sept), Taman Negara Bird Race (3 Sept), Bera International Wetland Fest (17 Sept), Karnival Lipis (22 Sept), Royal Pahang Billfish International Challenge (23 Sept) dan Spear Food Fest (24 Sept).

Kalendar pelancongan bagi bulan Oktober akan dimulakan dengan My Enduro Challenge (1 Okt), Kuantan Golf Amatur Marathon 2016 (7 Okt), Cameron Ultra Marathon 2016 (8 Okt), Festive El-Dorado of the East (15 Okt) dan Mempaga MTB Jamboree 2016 (23 Okt).

Yang turut diadakan ialah Teluk Chempedak Downhill Challenge (5 Nov), Cherating International Surfing (3 Dis), Beserah Tengkujuh Ride (17 Dis) dan Cherating Point Cup 2016 (29 Dis). – BERNAMA

Terkini dari Terkini

Go to Top